.

.

09 February 2013

TANDA-TANDA BN NAK MENINGGAL PADA PRU 13?

Ini tanda-tanda awal BN hendak meninggal pada PRU 13.

Tak tau mana atas mana bawah............

08 February 2013

SIAPA PETUALANG HALANG CERAMAH PAS DI GUGUSAN JENGKA


Dato Saari Din nombor handphone 0197536806 Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka dan Timbalannya Shafie Embong nombor handphone 0199325766 adalah dua makhluk yang bertanggungjawab melaksanakan arahan 3 serangkai Isa samad, Ahmad Maslan dan Faizoll Ahmad untuk menyekat ceramah ceramah PR di seluruh Wilayah Jengka,menghalang Kembara Oren walaupun dibenarkan polis.

Terbaru malam tadi Pengurus Felda Kota Gelangi 2 naik ke atas pentas untuk menghentikan ceramah Dato Tuan Ibrahim Tuan (gambar) ...tindakan yang amat biadap. Berani spesied ini naik ke pentas pada ceramah yang dianjurkan di dalam premis persenderian.

Jom seluruh rakyat bantah kedua dua Pak Turut ini..hantar sms segera bantah tindakan mereka yang tidak hormat kepada demokrasi dan menjatuhkan maruah rakyat.

Sumber : FB Tukul Besi

LAKONAN : PEMUDA UMNO BERLAGAK HEBAT?


Pemuda Umno Kedah menegur Ketua Pemuda Gerakan negeri , Tan Keng Liang kerana membuat kenyataan yang tidak tepat berkaitan agama Islam,.

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, perkara yang berkaitan dengan agama Islam wajar dibawa berbincang atau sebaik-baiknya janganlah mereka yang bukan Islam membuat kenyataan kerana ini boleh menyentuh sensitiviti perbezaan agama. Walaupun tujuan Keng Liang mahu mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu garis panduan pakaiana model dalam iklan .

Dalam isu sangkutan dengan hukum -hakam agama Islam, bukan sahaja Keng Liang ataupun pemimpin Gerakan tetapi mana-mana ahli politik yang bukan Islam dalam BN atau Paktan Rakyat tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangya mebuat kenyataan, kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Macamana pula dengan lakonan Chua Soi Lek, mana Pemuda Umno?
Macamana dengan tindakan pemimpin Umno yang rasuah, mengumpul empayar kekayaan?
Macamana dengan penyelewengan seperti dalam isu NFC, Kapal Selam dan sebagainya?

Di mana Pemuda Umno????

Pada masa yang sama ada pihak menempelak PAS konon-kononnya tidak berani menegur DAP. Benarkah begitu??? Pada hal PAS sentiasa konsisten dalam pegangan dan prinsipnya seperti isu negara Islam, kalimah Allah dan lain-lain. Majlis Syura PAS tetap konsisten dengan keputusannya walaupun ada pihak kurang bersetuju dengan keputusan Majlis Syura. 

UNDI BN SEMUA NAIK ........AKHIRNYA DARAH NAIK.

BN - Barang Naik. Semua Naik. Ada yang tak naik? Apa dia?

BN - Barang Naik. Semua Naik. Cuba teka apa yang tak naik? Senaraikan!!!

BN - Barang Naik. Semua suka barang Naik? Kalau suka Undi BN.!!!

BN - Barang Naik. Semua tak suka barang Naik. Kalau tak suka Jangan Undi BN!!!

Barang Naik....Susah kita kalau Barang Naik. Barang tak Naik pun kita  susah. Inikan pula Barang Naik.

Kalau BN naik ....pada PRU 13. ...Darah pasti Naik. Sebab Barang Naik. GST Naik.......semua Naik. Untuk cover semua yang BN beri ...............

INI GAMBAR BIKIN HATI NAJIB SUSAH OOO

RAKAMAN GAMBAR YANG AMAT MENGUSARKAN PARA PEMIMPIN UMNO!!!!....HASUTAN FITNAH UMNO KEPADA WARGA BUKAN ISLAM TERHADAP PAS TIDAK MENJADI!!!!!

..yang mengundang gusar dan penng kepala para pemimpin UMNO yang diketuai Najib Razak.

Lagi PAS diserang secara garang dengan tomahan dan fitnah agar warga bukan Melayu/Islam menjauhi PAS lagi kuat pula mereka datang mendakap perjuanagn yang dibawa PAS.

Satu keadaan yang tidak terfikir dan termimpi oleh para pemimpin UMNO kini boleh berlaku.

BILA WARGA BUKAN MELAYU/ISLAM SUDAH TIDAK GENTAR DENGAN PAS MAKA TUNGGU SAJA SAAT DAN KETIKA UMNO AKAN DITALKINKAN.

KEKALAHAN UMNO ADALAH KEBAIKAN UNTUK RAKYAT..JOM!!


Sumber : FB Bus Man

UMNO HAMPIR PUPUS : AHLI UMNO KELUAR PARTI DI FELDA TRIANG 1

Sebuah ranting baru PKR ditubuhkan di Felda Triang 1, Bera malam ini. Penubuhan itu menjadi kenyataan selepas 15 orang ahli-ahli Umno cawangan Felda tersebut keluar parti dan mengisytiharkan diri menyertai PKR.

Selain dari 15 ahli Umno, 21 orang penduduk di Felda itu juga turut sama menyertai PKR. Jelas sekali semakin diasak, semakin ramai yang menyokong PR.

Pada masa yang sama, media pencacai terus menayangkan drama-drama lakonan ahli Umno memijak gambar Lim Guan Eng, menghentam pimpinan PAS di merata tempat. 

Yang lucunya mereka tersilap menggunakan istilah dalam lakonan tersebut. Antaranya lakonan ahli-ahli PAS 'Ranting' Jerantut yang kononnya mahukan PAS kembali kepada perjuangan asal. Media pencacai TV3 menayangkan gambar-gambar pelakon murahan ini dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.

'Hentah' berapa 'hinggit' agaknya pelakon-pelakon tidak bermaruah ini dapat upah?????

Kasihan Najib, asyik kena tipu dan kena main dengan media pencacai kaki pembodek ini .............

PENDEDAHAN YANG MENAKUTKAN UMNO DAN POK JIB


PENDEDAHAN MAKLUMAT SEBEGINI PASTINYA AMAT MENAKUTKAN UMNO DAN BN kerana ianya mendedahkan bagaimana rakyat ditindas dan ditekan oleh kepimpinan UMNO dan BN



Ianya dipecayai akan mempengaruhi sebahagian besar rakyat terutamanya yang makan gaji.


Sumber : FB Kebangkitan Kuasa Rakyat

07 February 2013

GAMBAR INI AKAN MATIKAN KARIER POLITIK KU LI !!!!

KEJUTAN R DARI KL: KULI (PEMIMPIN UMNO/BN) SOKONG PENUH TUNTUTAN ROYALI.

Presiden R, Nazri Deraman bergambar mesra dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang.

Jika masih ada yang kata perjuangan R adalah perjuangan politik kepartian, mereka sudah silap besar.

Semalam kami buktikan, Pemimpin Utama UMNO/BN juga menyokong tuntutan royalti kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Yang tak sokong kami hanyalah lanun-lanun seperti Tok Pa, Awe Adek!


Apakah gambar ini akan menyebabkan karier politik Kul Li berkubur dalam Umno.

Beranikah Umno memilih calon lain untuk mewakili mereka bertanding di Parlimen Gua Musang pada PRU 13 nanti. 

Apakah Ku Li sekali lagi akan bertanding atas tiket bebas bagi menentang Umno pada PRU 13 nanti, jika dirinya dibuang oleh Umno? Dengar khabar nama Ku Li sudahpun tidak termasuk dalam senarai calon Umno untuk Parlimen Gua Musang?????

Sumber : FB Royalti.

LIHAT !! SIAPA PANDU VAN YB PAS INI???

Cuba anda perhatikan siapa pemandu Van YB PAS ini.

Meroyan Zambri Kadir dan Najib melihat gambar ini. Seorang Wanita India memandu Van Pusat Khidmat YB Mohd Anuar Sudin, Adun Changkat Jong.

Pasti Najib Razak dan UMNO dan rakan karibnya semenjak Merdeka, MIC pucat lesi muka dan gelabah gundah gelana apabila melihat rakaman gambar ini.

Mau kan tidak.. masyarakat India terutamanya dari kaum wanita sudah mendakap perjuangan yang dibawa PAS walaupun difitnah dan ditohmah dengan cerita-cerita karut yang menakutkan.
Kalau rakaman gambar ini mau dijadikan kayu ukur sokongan masyarakat India kepada PAS, maka harapan PR mau merampas Putrajaya dari UMNO/BN pada PRU 13 nanti demi membela nasib rakyat dan masa depan anak cucu cicit kita, AMATLAH CERAH SEKALI...INS'YALLAH.
TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU DIPERTAHANKAN LAGI OLEH UMNO...RATA-RATA RAKYAT MAU MEMBERIKAN PR PELUANG MEMERINTAH NEGARA UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG.

KALAU PEMERINTAHANYA BAIK MAKA DISAMBUNG KONTRAKNYA UNTUK LIMA TAHUN AKAN DATANG PADA PRU 14.

RAKYAT ADALAH TUAN DAN PARA PEMIMPIN POLITIK ADALAH KULI RAKYAT...MENGIKUT ISTILAH PRINSIP PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH PAKATAN RAKYAT...

BERLAINAN DENGAN UMNO/BN....DIA ADALAH TUAN BESAR SEDANGKAN RAKYAT ADALAH HAMBA ABDINYA.


Sumber : FB Bus Man


RAKYAT DAPAT RM500 SEORANG, PSY GANGNAM DAPAT RM2 JUTA


BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.



Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

br1m 2.0 launch by najib razak 2Beberapa orang penganjur konsert memberitahu Malaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga 
beberapa orang artis iringan.

Ini kerajaan BN mereka akan buat apa sahaja untuk menarik sokongan rakyat hatta dengan membelanjakan jutaan ringgit supaya rakyat hadir program mereka. Pemimpin BN tahu jika tiada persembahan artis popular sudah tentu tidak ramai rakyat hadir program mereka. ....

Sumber : blog btmmari 

PELIK TAPI BENAR : AHLI PAS BOLEH BERCAKAP DALAM TV?

Pelik tetapi benar bila seorang ahli PAS dan juga bekas pimpinan tertinggi PAS dibenarkan bercakap dalam TV bukannya 5 minit tetapi 1 jam. Agaknya sebab apa TV 3 suku memberi peluang kepada ahli PAS itu bercakap dalam siarannya. Sudah tentu apa yang dipercakapkan itu memberikan keuntungan kepada Tuan TV 3 suku itu.

Pelik tetapi benar, seorang ahli PAS boleh memburuk-burukkan pimpinan PAS dan parti PAS sendiri.

Pelik Tetapi benar, seorang ahli PAS boleh bercakap dalam media tersiar ke seluruh dunia isi kandungan surat yang dihantar kepadanya. Bukankah ianya satu rahsia.

Pelik Tetapi benar, seorang ahli PAS yang mentarbiah orang lain supaya memberi wala' kepada pimpinan, istiqamah dalam perjuangan, tidak menggadaikan maruah agama dan sebagainya tetapi dia sendiri membelakangkan apa yang diucapkan olehnya dahulu.

Pelik Tetapi benar, seorang ahli PAS tidak sayang kepada PAS, tidak sayang kepada perjuangan dan tidak mendokong keputusan PAS dan Majlis Syura PAS yang dia sendiri adalah anggotanya suatu ketika dahulu.

Pelik Tetapi benar, seorang ahli PAS yang sebelumnya komited tetapi tiba-tiba berubah 180 darjah selepas tidak diamanahkan dengan jawatan tertinggi parti.

Pelik Tetapi benar, seorang ahli PAS yang hebat, tinggi ilmunya, dipercayai oleh bekas Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor, tiba-tiba terkucil .............dan memuji-muji parti yang terang-terang tidak mahu kepada Islam ..............

Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar .............

PENGURUS FELDA TARIK MIC SEMASA TUAN IBRAHIM CERAMAH


Alhamdulillah selesai ceramah umum sebentar tadi. Tetapi kecewa dengan sikap pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang naik ke pentas untuk merampas microfon bg mengganggu majlis. 

Adakah sebagai negara demokrasi perlu berkelakuan begini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap. 

Pengurus Felda Kota Gelanggi ini benar-benar memalukan masyarakat Felda dan ianya sungguh biadap.

Sumber : Shahrom Othman

SELAMAT JALAN NASHA


Baru selesai tgk Temubual TV3 bersama YB Ust Nasaruddin, mantan Timbalan Presiden PAS. Konklusi nya mudah je pada pandangan aku secara politik. "(1) Kalau dah sampai tahap memuji serta mengangkat Najib & Kak Mah ke tahap yg lebih hebat drp pimpinan parti sendiri....Apa maknanya tu? (2) Kalau dah sampai tahap menyebut & memuji berkali2 NGO yg berkaitan dgn UMNO didalam membantu Palestin tanpa menyebut walaupun sepatah apa yg PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR ni lakukan...Apa lagi maknanya tu? Justeru itu, dgn bahasa mudah aku...Ustaz Nasharuddin eloklah skrg masuk UMNO, mudah2an lekat jadi calon BN plak pd PRU13 nanti!!"

Selamat Jalan Nasha ........apa engkau tunggu lagi. Kalau dah begitu kenyataan engkau ....eloklah engkau masuk Parti Kak Mah dan Abang Jib.

06 February 2013

PENATNYA TUNGGU PARLIMEN BUBAR!!!

Tunggu parlimen  bubar sampai jadi 'tengkorak'.

Tak sedar diri sendiri hilang 'nyawa' .......

BR1M vs 4 TAWARAN UTAMA PR : MANA SATU RINGKAN BEBAN RAKYAT JANGKA PANJANG?

Sehari dua ini riuh rendah rakyat berebut-rebut mengambil bantuan BR1M kali kedua. Bersusun-susun kereta dan motorsilkal di perkarangan Dewan Japerund di Melaka. Sehingga ini rakyat yang layak menerima RM1000. Memang wang RM1000 itu banyak bagi sesetengah rakyat yang fakir atau miskin.

Namun mari kita mencongak fakta yang sepatutnya direnung dan diteliti oleh rakyat.

1) Wang RM1000 boleh habis sekelip mata sahaja terutama kepada mereka yang sememangnya dhaif dan memerlukan wang segera. Namun ianya bukanlah memberikan kesejahteraan dan kesenangan dalam jangkamasa yang lama. Ia mungkin meringankan beban rakyat dalam masa singkat. Mungkin sehari habis, seminggu langsai atau mungkin sebulan ianya habis dibelanjakan.

2) Tawaran PR yang pertama iaitu PENDIDIKAN PERCUMA dari pra-sekolah hingga Universiti. Sebagai contoh yuran pengajian untuk mahasiswa lebih kurang RM60,000. Jika tuan-puan ada anak 4 orang masuk Universiti bermakna RM240,000 dapat dijimatkan dan anak-anak tuan-puan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Cuba kira berapa banyak belanja yang tuan-tuan belanjakan untuk yuran Pra-Sekolah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Pra-Universiti dan seterus Universiti. Bandingkan RM1,000 dengan kira-kira RM60,000 (tambah lagi perbelanjaan semasa persekolahan).

3) Tawaran kedua iaitu MENURUNKAN HARGA MINYAK. Cuba tuan-puan kira berapa banyak wang dibelanjakan untuk membeli minyak. Jika tuan-puan mempunyai kereta, seminggu mungkin perbelanjaan untuk membeli minyak RM50, sebulan RM200 maka setahun RM2400. Jika harga minyak diturunkan sebagai RM0.50 sen kiralah sendiri berapa penjimatan yang dibuat. Kalau 10 tahun sudah tentu ianya melebihi BR1M.

4) Tawaran ketiga ialah MENGHAPUSKAN TOL. Bagi mereka yang sering 'travel' sudah tentu penurunan harga Tol akan mengurangkan belanja mereka dan dapat menabung. Jumlahnya sudah tentu jauh lebih banyak dari RM1000 BR1M.

5) Tawaran Keempat MENURUNKAN HARGA KERETA. Malaysia adalah negara yang mengenakan cukai kereta tertinggi. Harga kereta di Malaysia 100 % lebih mahal dari negara-negara lain. Sudah tentu tuan-puan dapat membeli kereta dengan harga yang jauh lebih.

Jadi mana yang lebih membantu rakyat pada jangka panjang. Sudah tentu TAWARAN PR dapat menringankan beban rakyat. Malah dengan penurunan harga minyak, penghapusa tol dan penurunan harga kereta sudah tentu akan mengurangkan kos pengangkutan dan ini memungkinkan pihak pengeluar dan perkhidmatan MENURUNKAN HARGA BARANG.

Namun rakyat yang layak menerima BR1M wajib mengambil wang tersebut kerana ianya bukan hak milik Umno/BN tetapi ianya datang dari pembayaran cukai dan lain-lain sumber yang mana ianya adalah duit kerajaan = rakyat.

Rakyat Malaysia mesti bijak menilai TAWARAN PR dan BN supaya rakyat benar-benar mendapat manfaat kepada rakyat.

05 February 2013

JANGAN PERKECIL TENTERA MEREKA JUGA FAHAM POLITIK MALAYSIA

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lef. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata pihak PR jangan 'under estimate" terhadap anggota Tentera kerana pihak mereka juga mengetahui apa yang berlaku.

"Jangan kita under estimate terhadap anggota Tentera kerana mereka juga memahami keadaan di negara ini" ujar beliau.

Ghafir berkata pada PRU 13 nanti beliau yakin PR akan menang kerana rakyat dan anggota tentera sudah banyak berubah.

Ikuti ucapan beliau pada program PAS bersama 'figura-figura' hebat yang baru masuk PAS di Hotel De Palma Ahad lalu.

Di akhir ucapan beliau berdoa agar rakyat diberi keringanan oleh Allah untuk memilih kerajaan yang lebih telus dan baik pada PRU 13 nanti.

JANGAN MIMPI NAK TAWAN JOHOR


Jangan mimpi hendak tawan Johor itulah kenyataan angkuh Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman. Pernah suatu ketika dahulu Hosni Mubarak, Zaen Al Abidin Ali, Muammar Gaddafi, Firaun dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka juga mempunyai iktikad yang sama, yakin bahawa mereka akan memerintah dan berkuasa sehingga akhir hayat. Tetapi ke mana mereka sekarang ini.


Tetapi itulah iktikad Ghani yang disiarkan oleh media edisi Johor. Kita hendak nasihatkan kepada Ghani supaya jangan angkuh. Siapa sangka Khir Toyo, Mahazir Khalid, Tajol Rosli, Wan Mokhtar, Koh Tsu Kon dan lain-lain tewas padahal masing-masing perasan mereka mendapat sokongan padu dari rakyat.

Malah Khir Toyo pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor akan sifar pembangkang selepas PRU 2008. Tetapi hakikatnya dia sendiri yang dihumban oleh rakyat Selangor. Di mana Khir Toyo sekarang????

Oleh itu Ghani janganlah terlampau angkuh, Namrud dan Firaun yang mempunyai kerajaan yang paling hebat pun runtuh inikan pula BN Johor.

Bukankah Ghani sudah mahu pencen. Jadi tidak perlulah bercakap angkuh takut-takut nanti tersungkur dan tidak dipedulikan oleh rakyat.

TARIAN BOGEL : JANGAN IKUT PERANGAI MCA

Penyokong Pakatan Rakyat disaran supaya tidak mengikut perangai pemimpin MCA yang tidak tahu menilai yang mana baik dan buruk. Jangan kita terikut-ikut dengan perangai pemimpin MCA yang pernah menggemparkan negara dengan Klip Video 18SX suatu ketika dahulu.

MCA juga pernah menganjurkan program nyanyian dan tarian menghairahkan semasa kempen Piliharaya Kecil Bukit Gantang beberapa tahun lalu.


Sebagai sebuah parti yang ingin membentuk sebuah kerajaan yang telus, bersih, berakhlaq dan berkebajikan kita mesti bijak membawa diri lebih-lebih lagi kita diperhatikan oleh Allah dan rakyat. Sebagai manusia naluri kita sudah tentu dapat membezakan yang mana sesuai dengan manusia dan sesuai dengan binatang.


Pertunjukan seperti tarian separuh bogel dan menjolok mata tidak patut dihidangkan kepada rakyat kerana ianya jelas bertentangan dengan adat ketimuran apatah lagi ianya haram di sisi agama.

Pada masa yang sama kita juga mesti berhati-hati dengan provokasi dan perang psikologi musuh yang sentiasa memasang jerangkap samar untuk memburuk-burukkan kita di mata rakyat. Sudah banyak kali kita terleka dan tertipu dengan taktik dan strategi musuh yang bisa sahaja melakukan tindakan yang berkonsepkan matlamat menghalalkan cara.


Laporan akhbar berbahasa Cina hari ini menyebut, majlis tarian dengan pakaian yang menghairahkan  dianjurkan oleh satu ranting PKR di Kulim. Namun begitu ianya belum dapat dipastikan samada ianya benar-benar dianjurkan oleh ranting PKR atau pihak lain walaupun logo dalam banner di atas pentas jelas menampakkan logo PKR.

Dalam maklumbalasnya kepada media, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu ranting parti itu yang didakwa menganjurkan tarian dengan menampilkan wanita berpakaian mengghairahkan. 



Anwar yang juga ketua pembangkang berkata parti itu mempunyai nilai tersendiri yang patut disokong. 
 
Katanya, PKR akan mengambil tindakan sekiranya tarian itu didapati tidak sesuai dan juga jika program berkenaan melibatkan parti.



"Parti ini perlu mendukung nilai yang baik, yang mana ia perlu dipertahankan setiap masa," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh. 
 
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bentuk tindakan yang akan diambil oleh parti ke atas cawangan parti yang didakwa menganjurkan majlis tersebut. 


Anwar berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama berkaitan pendidikan percuma di Universiti Selangor di Shah Alam.

FITNAH BURUKKAN PAS DI KALANGAN KAUM TIONGHUA DIEDAR

Risalah fitnah memburuk-burukkan PAS diedar di seluruh negeri Melaka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai ada kaitan dengan Umno/MCA/BN.

Risalah yang memaparkan 'penyokong' PAS memijak bendera DAP dilihat bertujuan supaya rakyat berketuruanan Tionghua semakin hebat menyokong DAP dan PR menolak PAS pada PRU 13 nanti.

Pihak DAP dan PAS khususnya mestilah mengambil langkah segera untuk memastikan perkara ini tidak berlanjutan bagi mengelakkan pengundi Cina terkeliru.

Gambar itu sebenarnya adalah gambar yang memperlihatkan seolah-olah penyokong PAS membenci DAP padahal orang-orang yang terlibat dalam gambar itu bukanlah penyokong PAS tetapi mereka yang menyamar sebagai penyokong PAS.

Timbalan Ketua Penerangan PKR Melaka, Freedie Lim berkata pihak yang terbabit dengan risalah haram ini hendaklah menghentikan tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.

"Jika mereka matang, mereka harus menyahut debat diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, bukannya menyebarkan surat sebegini" Ujarnya.

Beliau mengutuk tindakan sedemikian dan menyeru pihak terbabit menghentikan tindakan sedemikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Keadilan Taman Asean.

Ketua Penerangan PAS Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan ini merupakan fitnah dan ianya tidak adil kepada PAS. 

Beliau memaklumkan terdapat pihak-pihak tertentu yang dipergunakan oleh UMNO bagi memecahbelahkan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Hubungan diantara PAS-DAP adalah kukuh, malah hubungan antara PAS dan rakyat telah merentasi agama, bangsa dan bahasa.

Perbezaan pendapat diantara PAS dan DAP ditangani dalam keadaan yang cukup harmoni.

"Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan Karpal Sigh di rumah beliau baru-baru ini di Pulau Pinang, malah memotong kek persahabatan".

"Begitu juga dalam isu kalimah Allah, Tuan Guru Nik Aziz telah mengadakan pertemuan dengan Bishop Wilayah Utara, Sebastian Josef berlangsung dalam keadaan harmoni"

"Oleh itu saya melihat ada pihak yang dipergunakan oleh UMNO/BN untuk memecahbelahkan kesepakatan diantara PAS-DAP-PKR" Ujar beliau lanjut.

Sidang media itu turut dihadiri oleh saudara Gui Tek dari DAP dan aktivis dari pelbagai parti. 

SPR TOLONG JAWAB JANGAN TIPU RAKYAT

SPR tolong jawab dakwaan yang dibuat oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Dakwaan yang dibuat oleh MERAP ini cukup menggerunkan seolah-olah keselamatan negara kita begitu mudah ditembusi oleh orang luar.

Lebih teruk lagi jika perkara benar-benar berlaku dan terus menerus berlaku suatu hari kuasa politik rakyat asal Malaysia khususnya orang Melayu akan pupus dek kerana lambakan orang asing yang diberikan 'infak' percuma Kad Pengenalan dan hak mengundi menentukan kerajaan.

Tidak mustahil suatu hari ini orang Bangla, Nepal atau Pakistan maupun Filiphina menjadi Perdana Menteri dan pimpinan negara. Kekayaan dan hasil negara serta apa juga kemudahan terpaksa dikongsi bersama dengan orang asing.

Malaysia akan menjadi lebih majmuk pada masa akan datang.

SAMSENG HALANG CERAMAH : APAKAH MALAYSIA SUDAH TIDAK ADA UNDANG-UNDANG?

Kejadian puak-puak samseng menghalang ceramah PAS di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi menambahkan koleksi kegagalan pihak berkuasa keselamatan menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat. Bayangkan apa akan jadi terhadap negara kita apabila pihak Polis hanya melihat samseng-samseng jalanan melempar kerusi melolong-lolong mengeluarkan ugutan dan kata-kata kesat kepada pihak penganjur. Mereka juga merempuh kawalan yang dibuat oleh pihak Unit Amal. Mujur juga pihak penganjur berjaya mententeramkan penyokong agar tidak melayan provokasi samseng jalanan tersebut.

Jelas sekali Malaysia seolah-olah tiada undang-undang apabila pihak berkuasa hanya memandang dan membiarkan perusuh-perusuh tersebut melakukan tindakan biadap dan kuranga ajar serta ganas. Apakah tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa sehingga membiarkan samseng bertindak mengikut hawa nafsu mereka.

Seringkali kita mendengar rungutan jika pihak yang membuat kacau itu adalah penyokong Umno/BN atau Perkasa, Polis akan memandang sahaja tanpa apa-apa tindakan seolah-olah mereka itu ada imuniti khas dan tidak tertakluk kepada undang-undang. 

Apakah Malaysia sedang menuju ke arah undang-undang rimba iaitu siapa gagah dan ramai mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati dan nafsu mereka. Malang sekali negaraku kalau inilah yang berlaku seterusnya ......


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi. 

"Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.

"Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir.

"Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya.

Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.

Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda.

"Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau," katanya.\

Gambar ihsan Blog Omakkau.

KALIMAH ALLAH : KEMENTERIAN DALAM NEGERI YANG BENARKAN CETAK BIBLE DALAM BAHASA MELAYU

Umno dan kuncu-kuncunya cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Tetapi sedarkah kita semua bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan kelulusan untuk mencetak Bible dalam Bahasa Melayu. Perkara sudah berlaku puluhan tahun lalu. Malangnya pihak kerajaan Umno/BN cuba memainkan isu ini dengan mewar-warkan bahawa PR membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

Jawapan Presiden PAS semalam ketika ditanya tentang isu ini amat tepat sekali. 


Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut.

Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.


"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri.



"Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam pagi.



Beliau berkata sedemikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS berhubung soal tersebut dalam satu sidang media di Shah Alam pagi tadi.



Hadi berkata, PAS hanya "diheret" ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.



"Mengapa heret kami dalam perbincangan ini?," kata Hadi.

Jelas sekali pihak Umno/BN cuba memainkan isu untuk kepentingan politik mereka. 



Hadi sebelum ini mengumumkan pendirian PAS bahawa penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan walaupun ia tidak mencapai maksud sebenar Al-Quran.



Penggunaan kalimah Allah itu juga dibenarkan dengan syarat ia tidak disalahguna atau pun bertujuan menghina agama Islam, kata Hadi.

Beliau menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim.

AMBIL BR1M DENGAN BAJU BERSIH 'TENTU' DAPAT PUNYA

'Brother' ini selamba sahaja ambil duit rakyat BR1M dengan memakai baju Bersih....ini baru betul. Kalau pakai baju Bersih sudah tentu dapat cepat ...................

TAKZIAH BUAT SAHABATKU

Blog ini mengucapkan takziah buat Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Saudara Roslan Zainal di atas pemergian menantu beliau ke Rahmatullah awal pagi ini.

Anak dan menantu beliau koma selepas terlibat kemalangan kereta berhampiran R&R Benta, Kuala Lipis kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Kedua-duanya kritikal dan koma selepas kereta jenis Toyota Avanza dinaiki mereka, terbabas lalu melanggar kereta lain dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat sepanjang hari.

Turut menziarahi di hospital ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jenazah Allahyarham yang berasal dari Sabah, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berchang selepas Zohor hari ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin. Al Fatihah.

04 February 2013

PRU 13 : MAHATHIR AKAN BERTANDING DI PARLIMEN KUBANG PASU?

Melihat kepada gelagat dan tingkah laku mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, blog ini mencadangkan kepada si pencen ini supaya bertanding semula di kerusi Parlimen Kubang Pasu. Ini kerana beliau dilihat lebih berkuasa dan lebih hebat berbanding Perdana Menteri dan menteri-menteri yang ada sekarang.

Setiap hari beliau mengeluarkan kenyataan. Macam-macam kenyataan yang dikeluarkan beliau. Sekali pandang kita tengok beliau acapkali mendahului Najib dalam banyak perkara. Kenyataannya pula jarang sekali disanggah oleh Najib. Anak Tun Razak itu menjadi Pak Pacak dan Tukang 'Hangguk' Mahathir. Apa sahaja yang Mahathir cakap semua di'hangguk' oleh Najib. Apa ilmu yang Doktor ini pakai kita pun tidak tahu.

Tetapi apa yang pasti semua cerita Najib ada dalam 'poket' Mahathir. Najib tak berani bersuara. Sebab itu Najib lantik anak Mahathir yang kalah bertanding Ketua Pemuda Umno jadi anggota kabinetnya. Tetapi tidak memberi ruang kepada Ketua Pemuda Umno yang menang mengalahkan anak Mahathir untuk  sebarang jawatan dalam kabinet.

Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam kabinet Najib dan keputusan yang Najib buat. Kalau Pak Lah ada 'geng' tingkat 4, Najib ada Mahathir. Itulah kehebatan Mahathir. Selagi nafsunya tidak dipenuhi dia akan terus bersuara dan memastikan nafsu itu dipenuhi walaupun dengan apa cara sekalipun. Dia sanggup memecat 3 Timbalan Perdana Menteri, beliau sanggup memfitnah dan buat apa sahaja. Sekarang ini anaknya kaya raya, ada syarikat minyak ada macam-macam syarikat yang kontroversi. Salah seorang anaknya mempunya duit sebanyak RM2.9bilion untuk membeli Syarikat San Miguel. Dari mana anaknya dapat duit sebanyak itu ......RM2900 juta bukan sedikit. Kalau diharapkan kepada gaji dan elaun Mahathir takkan dapat dia mengumpul wang sebanyak itu .........dari mana anaknya dapat duit sebanyak itu.

Kini ada satu lagi hasrat dan nafsu serakah Mahathir yang belum tertunai. Ramai mendakwa bahawa beliau mahu anaknya menjejaki Najib yang berjaya menjadi Perdana Menteri. Sebab itu beliau beriya-iya menonjolkan anaknya itu. Najib kelihatan begitu menghormati anak Mahathir apatah lagi Mahathir. Namun akhir-akhir ini kelihatan Mahathir mempunyai agenda untuk mencari pengganti Najib......semakin cepat Najib  pergi semakin cepat Mahathir menggapai cita-citanya .........

GURU DIZALIMI TIDUR DALAM KERETA

Seorang guru di Temerloh ditukarkan 24 jam tanpa sebab yang munasabah. Beliau yang mengajar di Paya Pulai ditukarkan ke Felda Mayam iaitu kira-kira 70 km dari rumahnya. Cikgu ini seorang anak yang berhati mulia kerana beliau terpaksa menjaga ayah di kampungnya.

Oleh kerana beliau ditukarkan secara tiba-tiba terpaksalah beliau meninggalkan ayahnya di kampung

Beliau terpaksa berulang-alik sejauh 140 km setiap hari untuk mengajar. Untuk menjimatkan belanja beliau terpaksa tidur di dalam kereta.....ikuti penjelasannya mengapa beliau sanggup tidur dalam kereta.

UNDANG-UNDAG DOUBLE STANDARD : YANG INI TAK SALAH

Semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat riuh rendah juak-juak pencacai mahu menyiasat ibubapa yang membawa anak masing-masing menghadiri himpunan tersebut. Malah gambar-gambar 'para pesalah' itu dimuatkan di dalam media.

Tetapi mengapa program dalam gambar ini yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur dan ianya lebih bahaya kerana berbasikal di jalanraya, juak-juak pencacai diam seribu bahasa.

Undang-undang apa yang mereka pakai. Undang-undan rimba ke? Yang kuat dibiarkan, yang lemah 'dihenyak sehenyak-henyaknya'.

Ribut di My Beautiful Malaysia, Teluk Chempedak

Ribut berlaku tidak lama selepas Najib memulakan ucapannya pada program Beautiful Malaysia di Teluk Chempedak, Kuantan semalam.

Khemah beterbangan. Hujan turun dengan lebat bersama angin yang kuat.

Orang ramai bertempiaran lari sebaik 2 khemah berterbangan ditiup angin kencang.


JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT

Pemimpin BN acapkali perbodohkan rakyat. Baru-baru Najib sekali lagi perbodohkan rakyat dengan mendakwa bahawa jika kerajaan bertukar tangan maka akan berlaku :-

1) Matawang jatuh
2) Inflasi meningkat
3) Sektor pelancongan lumpuh
4) Keselamatan negara tidak terjamin

Jelas sekali pemimpin Umno sudah tidak mempunyai idea dan hujah untuk membendungf kemarahan rakyat kepada mereka.

Mereka menggunakan pelbagai taktik untuk memaksa rakyat menyokong mereka. Selain dari rasuah politik dengan pemberian wang 'one off' mereka menggunakan taktik ugutan yang telah sekian lama mereka gunakan sejak selepas merdeka. Najib dan kuncu-kuncunya memandang lekeh kepada rakyat seolah-olah rakyat tidak tahu menilai yang mana benar dan salah.

Apakah dengan menukar kerajaan yang lebih adil, telus, bertanggungjawab, bersih dari rasuah dan komited memperjuangkan nasib rakyat menyebabkan matawang negara jatuh?

Apakah inflasi akan meningkat jika keduduk ekonomi negara kukuh kerana wang negara tidak tiris, tiada rasuah, keyakinan pelabur meningkat dan sebagainya?

Apakah pelancong tidak suka datang ke negara kita sedangkan mereka tahu rasuah berkurang, negara aman dan sebagainya?

Siapa yang akan melakukan huru hara? Takkan kerajaan baru akan buat huru hara sedangkan mereka memang mahu mentadbir negara menggantikan BN.

Kejayaan kerajaan negeri PR mentadbir kewangan dan ekonomi dengan baik membuktikan PR lebih mampu dan kompeten menguruskan negara dan negeri. Negeri-negeri PR dipuji oleh Ketua Audit Negara dari segi pengurusan kewangan, ekonomi, tiadanya rasuah dan penyelewengan.

Malah negeri Selangor dan Pulau Pinang menjadi negeri paling maju, ekonomi paling kukuh, rezab simpanan negeri paling banyak.

Manakala Kelantan dan Kedah juga mempunyai sistem kewangan terbaik diakui oleh Ketua Audit Negara. Kedua-dua negeri tersebut juga tiada rasuah dan penyelewengan dilakukan oleh pimpinan kerajaan dan penjawat awam. Malah Kelantan dan Kedah berjaya meningkatkan ekonomi negeri, membayar hutang mengikut jadual, menjalankan program kebajikan kepada rakyat dan sebagainya.

Keempat-empat negeri PR juga ditadbir dengan baik di mana tiadanya huru hara dan ketenteraman awam bertambah baik dan jenayah semakin berkurang.

Janji semua ugutan Najib adalah bohong dan berniat jahat. Rakyat sudah pasti dapat menilai busuknya hati pemimpin BN.

GAMBAR-GAMBAR YANG MEMBUATKAN ALI RUSTAM MEROYAN


 Beberapa keping gambar ceramah Anwar di Melaka malam tadi.

Gambar-gambar ini boleh menyebabkan Pengerusi Umno Melaka, Ali Rustam meroyan dan tak lelap tidur.

UMNO MALUKAN RAKYAT MELAKA : GANGGU CERAMAH ANWAR DI JASIN

Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.

"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".

"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.

Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.

Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.

"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".

"Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat.


03 February 2013

SIARAN LANGSUNG CERAMAH ANWAR DI JASIN MELAKA MALAM INI

Ceramah Anwar di ganggu Umno/BN di Rim. Sila KLIK di sini untuk mendengar ceramah Anwar.

Anwar kesal kerana Polis membiarkan Umno/BN mengganggu ceramahnya malam ini.

ANWAR : PR KOMITED TUBUHKAN KERAJAAN BERSIH DAN BERTANGGUNGJAWAB

Pakatan Rakyat komited menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab dengan mengambil contoh Rasulullah sebagai pimpinan agung tamadun manusia.

"Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik sebagai Ketua Negara yang menaungi seluruh rakyat tidak kira bangsa dan agama."

"Baginda tidak membina empayar kekayaan, tidak menyalahgunakan kuasa jauh sekali dari penyelewengan dan rasuah" ujar Anwar.

Anwar berkata cuba bandingkan dengan kerajaan wasatiyyah yang ada sekarang.

"Orang bercakap pasal wasatiyyah ini 30 tahun dahulu, tetapi ada Professor kangkung kaki pembodek mendakwa bahawa Najib, pemimpin besar dunia Islam sekarang mengasaskan prinsip wasatiyyah ini".

"Wasatiyyah apa, pada masa yang sama rasuah, curi lembu, kaya raya, zalim dan macam-macam" tambah Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah maghrih di Bilik Berakan UPU Pengkalan Minyak, Ayer Molek malam ini.

"Sebab itu kita dalam Pakatan Rakyat kena kerja kuat untuk menumbangkan kerajaan yang ada sekarang yang jelas gagal memartabatkan Islam dan menjaga kebajikan semua lapisan rakyat" kata Anwar.


Sebelum itu Anwar menghadiri program bersama rakyat di Kampung Gangsa, Durian Tunggal. Selepas program ini beliau bergegas ke Tg Kling dan Rim untuk program ceramah Perdana.

TERGAMAK KAMU PERSENDAKAN PERDANA MENTERI KU!!!



Tergamak rakyat malaysia persenda PM yang berani 'berjihad' di Gaza. 


Dia PM yang hebat, ajak berdebat dia pucat, ajak dialog dia lalok, ajak muzakarah dia mengalah, ajak berlawan dia sawan....



Harga roti Najib 80 sen sahaja sebab tak ada telur. 

Harga roti telur lagi mahal iaitu RM1.50 sebab ada telur.


Barang yang tidak ada telur memang murah....sebab bila tak ada maksudnya tidak berani kalau kita analogi kepada seseorang.



Jadi sesiapa yang tidak 'telur' maksudnya orang penakut ..........harganya murah ..........

SYAITAN TAK PERNAH REHAT, AHLI PAS ASYIK NAK REHAT JE!!!!

Syaitan tdk pernah rehat utk sesat manusia. Kenapa kita sebagai ahli Pas boleh selesa dan berehat panjang dgn membiarkan penyelewingan dan kemusnahan harta negara sehingga menjejas masa depan rakyat.

Tepat sekali apa yang diungkapkan oleh Ustaz Idris di atas. Mengapa ahli PAS dan umat Islam hanya melihat dan membiarkan kemungkaran berlaku di hadapan mata. Apakah mereka tidak yakin bahawa rasuah, penyelewengan, kezaliman, menolak hukum Allah, memfitnah dan sebagainya itu adalah kemungkaran yang besar yang mesti DICEGAH .............

Ahli PAS mesti bekerja kuat untuk menyedarkan umat Islam khasnya bahawa menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mencegah kemungkaran ............

ARTIS MASUK PAS MEMANG PELIK, TAPI USTAZ MASUK UMNO LAGI PELIK DAN AJAIB

Siapa paling pelik, artis masuk PAS atau Ustaz masuk Umno ..........cuba teka dan buat pilihan ....kepelikan mana yang berada pada tahap GABAN.

Fathul Bari dan gangnya atau Bob Lokman dan gangnya yang pelik.

TUAN GURU PRESIDEN DAN DATUK SERI ANWAR GEMPUR MELAKA

Tuan Guru Presiden PAS dan Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan program berturutan selama 2 hari. Anwar akan turun ke Melaka hari ini manakala Tuan Guru Hadi Abdul Hadi datang ke Melaka esok.

Anwar turun bertazkirah dan berceramah di Gangsa, Ayer Molek, Sg Udang dan Rim hari ini 3 Feb.

Tuan Guru berceramah di Taman Sri Aman, Masjid Tanah esok 4 Feb.

Rakyat Melaka datang ramai-ramai kita buka minda dengar dua-dua belah pihak BN dan PAS. Selepas itu buat keputusan dengan memohon petunjuk dari Allah.

Jangan lupa sembahyang istikharah untuk buat pilihan kalau masih was-was .............

JOM UBAH TUKAR KERAJAAN BARU(PR)

1)Gelombang Hijau di Masjid Tanah Melaka. Bendera besar dinaikkan di tepi Lebuh AMJ berdekatan Kg Melekek.

2)Masyarakat cina bantu naikkan banner di Kampung Tabuh Naning. Cina dah bersama dengan PAS, melayu tunggu apa lagi? Orang sini kata " ini kali lah!! "

3)Markaz PAS cawangan Kg Melekek. Kemas, cantik dan lengkap.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter