Pemimpin BN acapkali perbodohkan rakyat. Baru-baru Najib sekali lagi perbodohkan rakyat dengan mendakwa bahawa jika kerajaan bertukar tangan maka akan berlaku :-
1) Matawang jatuh
2) Inflasi meningkat
3) Sektor pelancongan lumpuh
4) Keselamatan negara tidak terjamin
Jelas sekali pemimpin Umno sudah tidak mempunyai idea dan hujah untuk membendungf kemarahan rakyat kepada mereka.
Mereka menggunakan pelbagai taktik untuk memaksa rakyat menyokong mereka. Selain dari rasuah politik dengan pemberian wang 'one off' mereka menggunakan taktik ugutan yang telah sekian lama mereka gunakan sejak selepas merdeka. Najib dan kuncu-kuncunya memandang lekeh kepada rakyat seolah-olah rakyat tidak tahu menilai yang mana benar dan salah.
Apakah dengan menukar kerajaan yang lebih adil, telus, bertanggungjawab, bersih dari rasuah dan komited memperjuangkan nasib rakyat menyebabkan matawang negara jatuh?
Apakah inflasi akan meningkat jika keduduk ekonomi negara kukuh kerana wang negara tidak tiris, tiada rasuah, keyakinan pelabur meningkat dan sebagainya?
Apakah pelancong tidak suka datang ke negara kita sedangkan mereka tahu rasuah berkurang, negara aman dan sebagainya?
Siapa yang akan melakukan huru hara? Takkan kerajaan baru akan buat huru hara sedangkan mereka memang mahu mentadbir negara menggantikan BN.
Kejayaan kerajaan negeri PR mentadbir kewangan dan ekonomi dengan baik membuktikan PR lebih mampu dan kompeten menguruskan negara dan negeri. Negeri-negeri PR dipuji oleh Ketua Audit Negara dari segi pengurusan kewangan, ekonomi, tiadanya rasuah dan penyelewengan.
Malah negeri Selangor dan Pulau Pinang menjadi negeri paling maju, ekonomi paling kukuh, rezab simpanan negeri paling banyak.
Manakala Kelantan dan Kedah juga mempunyai sistem kewangan terbaik diakui oleh Ketua Audit Negara. Kedua-dua negeri tersebut juga tiada rasuah dan penyelewengan dilakukan oleh pimpinan kerajaan dan penjawat awam. Malah Kelantan dan Kedah berjaya meningkatkan ekonomi negeri, membayar hutang mengikut jadual, menjalankan program kebajikan kepada rakyat dan sebagainya.
Keempat-empat negeri PR juga ditadbir dengan baik di mana tiadanya huru hara dan ketenteraman awam bertambah baik dan jenayah semakin berkurang.
Janji semua ugutan Najib adalah bohong dan berniat jahat. Rakyat sudah pasti dapat menilai busuknya hati pemimpin BN.

Comments