Pakatan Rakyat komited menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab dengan mengambil contoh Rasulullah sebagai pimpinan agung tamadun manusia.
"Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik sebagai Ketua Negara yang menaungi seluruh rakyat tidak kira bangsa dan agama."
"Baginda tidak membina empayar kekayaan, tidak menyalahgunakan kuasa jauh sekali dari penyelewengan dan rasuah" ujar Anwar.
Anwar berkata cuba bandingkan dengan kerajaan wasatiyyah yang ada sekarang.
"Orang bercakap pasal wasatiyyah ini 30 tahun dahulu, tetapi ada Professor kangkung kaki pembodek mendakwa bahawa Najib, pemimpin besar dunia Islam sekarang mengasaskan prinsip wasatiyyah ini".
"Wasatiyyah apa, pada masa yang sama rasuah, curi lembu, kaya raya, zalim dan macam-macam" tambah Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah maghrih di Bilik Berakan UPU Pengkalan Minyak, Ayer Molek malam ini.
"Sebab itu kita dalam Pakatan Rakyat kena kerja kuat untuk menumbangkan kerajaan yang ada sekarang yang jelas gagal memartabatkan Islam dan menjaga kebajikan semua lapisan rakyat" kata Anwar.
Sebelum itu Anwar menghadiri program bersama rakyat di Kampung Gangsa, Durian Tunggal. Selepas program ini beliau bergegas ke Tg Kling dan Rim untuk program ceramah Perdana.
Comments