.

.

14 March 2017

CERAMAH PAS PENUH CERCAAN RAKYAT MELUAT

Seorang penganalisis politik mendakwa Pas seperti hilang arah apabila ceramahnya semakin hilang tarikan sebaliknya sarat dengan cercaan.
Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata pendekatan politik Pas kini berbeza dengan gerak kerja Umno, Amanah dan Bersatu yang lebih lembut, memujuk, kemas dan kerap.
Justeru katanya Pas perlu mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus memerintah Kelantan kerana sikap pengundi Kelantan tidak statik.
Menurutnya rakyat Kelantan akan menukar kerajaan apabila kerajaan sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan imej perpaduan yang baik.
"Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan yang akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu besar kerajaan yang akan memerintah selepas PRU14 nanti.
"Jika Pas tidak berubah dan masih dengan sikap politiknya sekarang, PRU14 nanti akan menyaksikan perubahan kerajaan di Kelantan," katanya di Facebook hari ini.
Menurut pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, pada tahun 1978, rakyat Kelantan menolak kerajaan Pas apabila Pas berkonflik dan Berjasa ditubuhkan.
Pada tahun 1990, rakyat Kelantan menolak kerajaan Umno apabila parti itu berkonflik dan Semangat 46 ditubuhkan.
"Senario tersebut berulang lagi sekarang. Parti Pas yang memerintah Kelantan berkonflik berat sehuingga tertubuhnya Amanah," katanya.
Beliau turut melontarkan soalan sama ada Umno-BN atau Pakatan Harapan dan Amanah yang akan menggantikan Pas di Kelantan.
Mdateline.

NAJIB KATA KERAJAAN TIADA DUIT TAPI LABUR DALAM PROJEK MEWAH

PM Najib Razak berkata kerajaan tiada duit sebab itu subsidi minyak ditarik balik. Tetapi malangnya di saat kerajaan tidak ada wang tiba-tiba kerajaan menggunakan wang rakyat untuk melaburkan dalam pembinaan hotel mewah  di Langkawi iaitu berjumlah RM327juta dan melabur dalam pembinaan Langkawi International Conventional Centre - LICC berjumlah RM116juta.

Apa sebab kerajaan membazir melabur dalam kedua-dua projek mewah tersebut sedangkan Najib berkata kerajaan tiada wang.

Pada masa yang sama kita semua tahu bahawa di negara kita sudah banyak convention centre yang besar-besar telah dibina. Langkawi sudah mempunyai banyak hotel bertaraf 5 bintang. Adakah pelaburan ini ada udang disebalik mee sebab projek ini dikatakan berkaitan dengan sahabat baik pimpinan tertinggi negara.


NAJIB PM TERHEBAT

Tidak pernah berlaku subsidi minyak dihapuskan sejak dari tahun 1974. Najib adalah satu-satunya PM yang berbuat demikian yang menyebabkan rakyat semakin tertekan dan menderita. Bukan sahaja akibat harga minyak yang naik tetapi akibatnya harga barangan dan caj perkhidmatan juga naik.

Statistik penggunaan wang Petronas di kalangan PM.
Tun Razak RM1 biliion RM175 juta setahun
Hussien RM8 bilion - RM1.6 bilion 
Mahathir RM163 bilion - RM8 bilion
Pak Lah RM204 bilion - 41 bilion
Najib Razak RM376 bilion - RM54 bilion setahun

Juara hutang paling tinggi, juara dunai skandal terbesar dan menerima derma peribadi paling besar dalam dunia. (Sumber : Ucapan  YB Rafizi Ramli)

Inilah PM yang paling pintar dan hebat pernah dilahirkan oleh Malaysia. Syabas.


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter