.

.

04 July 2009

PRK MANEK URAI : BN JANGAN BERTANDING BAZIRKAN DUIT RAKYAT SAHAJA

Saya sekali lagi menggesa BN supaya menarik diri dari bertanding di Manek Urai memandangkan peluang untuk BN menang amat tipis dengan 'signal' terbaru yang ditunjukkan oleh rakyat di sana.

Sambutan kepada program PAS amat baik walaupun di kawasan kubu kuat Umno. Sebaliknya sambutan kepada calon BN semakin teruk walaupun pelbagai cara dilakukan. Ini termasuk di kawasan kubu kuat Umno.

Dengan ini Sudah pasti BN akan kecundang dan tidak berpeluang untuk menang,

03 July 2009

PRK MANEK URAI : UMNO BENAR-BENAR DEFENSIF

Umno/BN benar-benar berada dalam keadaan defensif apabila tiada mempunyai isu untuk menyerang PAS pada PRK Manek Urai.
Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah dengan menjalankan projek 'mee segera', bantuan kebendaan, rasuah politik, ugutan, pujukan dan janji-janji manis yang hampir pasti tidak akan ditunaikan.
Sebaliknya dipihak PAS begitu banyak isu tempatan dan nasional yang boleh dimainkan. Antaranya isu penderaan kerajaan BN kepada rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak; isu diskriminasi kerajaan pusat kepada Kelantan untuk bantuan perkapita dan banyak lagi. Isu nasional pula tidak muat untuk saya catatkan di sini.
BN benar-benar berada dalam keadaan defensif dan tertekan. Sebab itulah saya menggesa BN supaya memberi kemenangan percuma kepada PAS kerana terbukti Insya Allah PAS akan menang jika ditakdirkan ada pertandingan nanti.

PEMUDA GANAS : DAH GANAS BERBOHONG PULA

Saya rasa sungguh kesal dengan sikap Pemuda Umno yang membuat kenyataan bohong di Malaysiakini sebagai menjawab kenyataan akhbar yang saya buat tentang keganasan mereka semalam.
Dalam kenyataan di Malaysiakini hari ini mereka menuduh pemimpin PAS dan DAP membuat provokasi kepada pemuda Umno sehingga terjadi pergaduhan semalam.
Ini merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana pihak kami langsung tidak membalas segala maki hamun yang dilakukan oleh Jailani. Malah pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS dan DAP hanya berdiam diri sahaja.
Saya juga ingin memperbetulkan kenyataan pemuda Umno bahawa kami tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan kempen pendaftaran pemilih baru. Beberapa ahli kami yang bertugas semalam dilantik oleh SPR sebagai Penolong Pendaftar pemilih sementara mewakili parti-parti masing-masing. Malah kami mempunyai kad kuasa yang diberikan SPR sendiri.
Selain itu tuduhan Setiausaha Pergerakan Pemuda Bukit Katil, Safrie Abdullah bahawa kami melancarkan kempen menambah keahlian parti adalah bohong dan berniat jahat.
Seperti yang saya nyatakan dalam blog ini sebelum ini kempen tersebut bukannya untuk pendaftaran keahlian parti tetapi untuk pendaftaran pemilih baru. Tuduhan Safrie itu adalah berniat jahat dan tidak berasas sama sekali. Tidak ada sekeping pun borang keahlian parti yang kami bawa pada program tersebut.
Saya yakin bahawa tindakan pemuda Umno tersebut adalah kerana mereka cemburu dengan sambutan hangat rakyat yang datang mendaftar untuk menjadi pemilih berdaftar di mana dalam tempoh sebulan ini kira-kira 1,000 pengundi baru berjaya didaftarkan.
Selain itu pemuda Umno juga mahu menunjukkan bahawa mereka berkuasa untuk melakukan apa sahaja walaupun bertentangan dengan undang-undang.
Saya berterima kasih kepada pihak Polis dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang bertindak secara professional walaupun dicaci oleh Pemuda Umno kerana tidak mengambil tindakan kepada kami yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

AWAS KES DENGGI SEMAKIN MENINGKAT DI MELAKA

Melaka mencatatkan kes denggi sebanyak 36 %. Seperti yang kita semua tahu demam denggi merupakan suatu penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut.
Oleh itu saya mengharapkan seluruh rakyat negeri Melaka membersihkan kawasan rumah masing-masing bagi mengelakkan nyamuk aedes membiak dan membahaya kita.
Jumlah terkumpul kes demam denggi seluruh negara setakat ini ialah 24,543 kes dengan 62 kematian berbanding 20,721 kes dengan 45 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2008.

PRK MANEK URAI : UMNO PATUT KAJI SEMULA HASRAT UNTUK BERTANDING

Selepas hampir seminggu PAS mengumumkan nama calonnya, Haji Fauzi Abdullah (Abe Uji) sokongan kepada PAS semakin meningkat. Hasil kajian beberapa pihak termasuk sumber dalaman Umno kita melihat lonjakan jelas tentang sokongan rakyat kepada PAS.
Lonjakan ini juga didorong oleh isu-isu nasional yang jelas memihak kepada PAS. Antara isu nasional yang dilihat memberikan kelebihan kepada PAS ialah isu penipuan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan dalam isu minyak dan gas di mana dinyatakan bahawa Kelantan tidak mempunyai minyak dan gas maka negeri itu tidak layak mendapat royalti.
Isu nasional kedua ialah isu PPSMI yang cukup dirasakan di Manek Urai yang rata-rata pelajar-pelajar luar bandar amat lemah untuk menguasai subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu isu ekonomi juga memberi sedikit kesan kepada rakyat di Manek Urai kerana isu ini berhubungkait dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Rata-rata rakyat yang ditemui menyalahkan kerajaan BN Pusat yang gagal memulihkan ekonomi dan harga barangan.
Isu-isu lain seperti isu keselamatan, kedegilan BN tidak mahu menerima Islam, isu diskriminasi kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan, isu rasuah dalam Umno, ISA, isu mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris, isu menghadkan 10 subjek untuk SPM, isu menggalakkan maksiat dan lain-lain juga memberikan kelebihan kepada PAS kerana rakyat Manek Urai melihat BN gagal mengatasi dan menyelesaikan isu ini dengan baik.
Sementara itu para pemerhati politik bersetuju bahawa isu tempatan dan isu calon sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan Pilihanraya Kecil Manek Urai ini.
Sebab itulah mereka berpendapat PAS berada agak jauh didepan selepas nama kedua-dua calon PAS dan BN diumumkan. Terbukti penerimaan rakyat terbanyak kepada calon PAS, Abe Uji jauh meninggalkan Tuan Aziz Tuan Mat yang dilihat tidak diterima oleh rakyat.
Rakyat Manek Urai sebenarnya memang cerewet dalam memilih calon di mana menurut rekod hanya calon-calon yang mesra rakyat, jerih payah bersama rakyat, pemurah, mudah didekati dan sebagainya sahaja yang disokong oleh mereka.
Dalam hal ini ramai pemerhati politik berpendapat BN wajar MENARIK DIRI dari bertanding di DUN Manek Urai jika sekiranya takut koleksi kekalahan melebar kepada 6 kali selepas PRU 2008 yang lalu. Jika BN berdegil ingin berlawan juga makan BN perlu menggali kuburnya dari sekarang untuk ditanam di mana-mana tanah perkuburan di Manek Urai.

RAKYAT TIDAK SENANG DENGAN WACANA PEMUDA PAS-UMNO?

Selepas isu kerajaan perpaduan selesai kini timbul pula isu wacana Pemuda PAS dengan Pemuda Umno. Wacana ini dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketuanya Ustaz Nasruddin Hassan yang mempelawa Pemuda Umno untuk berwacana atas tajuk benarkah perjungan Umno tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Bagi saya tidak ada salahnya untuk berwacana, berdebat atau berbincang dengan sesiapapun atas kepentingan negara dan rakyat. Namun dalam keadaan politik sekarang yang sensitif rasanya tidak sesuai untuk ianya diadakan. Lebih-lebih atas nama wacana, perbincangan, muqabalah dan sebagainya yang kadang-kadang disalahtafsirkan oleh rakyat. Jika ianya debat mungkin tidak ada masalah kerana rakyat faham bahawa debat dalam bentuk terbuka.
Saya bertalu-talu oleh rakyat tentang isu wacana ini kerana mereka mula sangsi dengan pendirian PAS. Sekali ingin menutup isu kerajaan perpaduan tetapi pada masa sama ingin berwacanalah, berbincanglah dan sebagainya yang menurut mereka seolah-olah PAS bermain wayang. Bukan senang untuk memberi kefahaman kepada rakyat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan, agama, budaya, bangsa dan pemikiran.

Itu sebabnya bagi saya sebelum kita membuat keputusan dan mewar-warkan sesuatu perkara kita mesti mengkaji risiko dan impaknya kepada parti dan rakyat. 'Risk Assessment' mesti dijalankan dulu untuk mengkaji kesan dan impak dari segenap segi. Bukan hanya melihat dari sudut positif sahaja sedangkan di sana banyak aspek negatif yang akan menenggelam aspek positif tersebut.
"Apa ni sekali tak mau kerajaan perpaduan, sekali mau bincang, saya tarak faham apa ini PAS punya politik"tanya seorang kawan lama saya berbangsa Tionghua.
"Ini apa itu wacana, debat atau itu apa balah(muqabalah). Jangan itu macam nanti rakyat tarak percaya sama lu" kata rakan beliau.
Mari sama-sama kita fikir akan kesan dan impak kepada PAS tentang apa juga usaha yang kita lakukan. Kita bimbang kepercayaan rakyat semakin menipis dari sehari ke hari lantaran kegagalan kita mengkaji kesan dan akibat dari perancangan dan pelaksanaan sesuatu program dan langkah yang diambil.

PEMUDA UMNO GANAS SERANG PEMIMPIN DAP DAN PAS

Terbukti bahawa Pemuda Umno memang biadap, tidak beradap dan bongkak. Mereka langsung tidak menghormati orang lain termasuk Majlis Kerajaan Tempatan, Polis dan sesiapa sahaja.

Sikap kurang ajar Pemuda Umno yang mengepung OKU seperti Karpal Singh dalam Bangunan Parlimen seolah-olah menjadi sifat yang wajib ada pada Pemuda Umno.

Semalam perangai kurang ajar ini sekali ditonjolkan oleh Pemuda Umno apabila bertindak menyerang pimpinan DAP dan PAS yang menjalankan kempen pendaftaran pemilih di Pasar Malam Taman Melaka Baru, Batu Berendam.

Seorang pemuda yang menyatakan namanya sebagai Mohd Jailani dan mengaku sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Parlimen Bukit Katil dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di kawasan Pasar Malam tersebut.

Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tak tau undang-undang dan sebagainya.

Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain. Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau.

Ternyata mereka cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang. Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang.

Pemuda Umnolah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami.

Memang tindakan Pemuda Umno itu kebudak-budakan dan tidak matang. Mereka sememangnya cuba melakukan provokasi supaya ahli-ahli DAP dan PAS bertindak di luar batasan undang-undang.

Selepas Jailani mencaci, menghina dan membuat provokasi beliau mengetuai sekumpulan pemuda Umno bertindak menendang meja yang digunakan untuk pendaftaran pengundi yang mengakibatkan meja itu pecah. Jailani dan sekumpulan Pemuda Umno berjumlah kira-kira 40 orang bertindak ganas merosakkan barangan yang digunakan untuk perdaftaran tersebut seperti bunting, meja dan lain-lain.

Selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat. Akibatnya YB Khoo telah luka dikedua-dua belah lututnya.

Pergelutan dapat dileraikan dalam masa yang pantas, di mana beberapa pegawai Polis berpakaian preman bertindak mengheret seorang pemuda Umno yang terlibat dengan pergaduhan tersebut dan memberi amaran supaya tidak ada pergaduhan berlaku.

Turut sama berada di tempat kejadian pada masa itu ialah ADUN Kesidang (Ketua Pembangkang DUN Melaka), YB Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; Ketua Penerangan Dewan Pemuda Negeri Melaka, Abu Iskandar; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Puhat Bedol, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Kerol Salleh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Jauhar Dawi dan semua pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan lain-lain.

Saya sendiri turut bersama-sama menyaksikan peristiwa yang memalukan ini.

Selepas kejadian tersebut pemimpin PAS dan DAP telah membuat laporan Polis di Ibupejabat Polis Daerah di Banda Kaba. Sebanyak 8 laporan dibuat oleh YB Goh Leong San, YB Khoo Poay Tiong, YB Lim Jak Wong, YB Tey Kok Kiew, Puhat Bedol, Jauhar Dawi, Kerol Salleh dan Nazri Ariffin.

Mereka melaporkan bahawa Pemuda Umno yang diketuai oleh Jailani telah membuat provokasi dan menyerang mereka di Tapak Pasar Melaka Baru jam 8.30 malam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol dalam kenyataannya pagi ini mendakwa tindakan pemuda Umno membuktikan sebenarnya siapa yang ganas dan tidak menghormati undang-undang.

"Kami di pihak PR tidak menjawab provokasi, cacian dan penghinaan kepada kami, kami hanya mendiamkan diri namun mereka terus mencaci dan akhirnya menyerang kami".

"Kami tetap mempertahankan barang-barang kami seperti meja, kerusi, boranh-borang, banner dan lain-lain. Kami langsung tidak membalas serangan mereka, namun mereka tetap bertindak ganas sehingga Polis menyuraikan mereka" kata Puhat.

Menurut Puhat rakyat dapat melihat siapa yang rasional, ganas dan bertindak mengikut hawa nafsu sendiri.

Keterangan Gambar : Gambar paling bawah menunjukkan pemuda Umno berkaca mata berbaju hitam dan berseluar hitam itulah yang mengaku sebagai Jailani (Gambar ihsan Blogger Palestinhood).

Cerita lanjut sila klik disini ( ada klip video) dan disini



02 July 2009

PRK MANEK URAI : PAS KELANTAN YAKIN ABE UJI MENANG

Pas Kelantan yakin calonnya, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji), mampu menarik hati pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, 14 Julai ini.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata pengumuman lebih awal nama calon oleh parti itu untuk bertanding membuktikan keyakinan terhadap kemampuan Mohd Fauzi.Katanya, Mohd Fauzi yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai pilihan terbaik pucuk pimpinan parti dan mampu menarik sokongan pengundi.
“Kita tak ada masalah. Kita yakin calon kita ini mempunyai kelebihan, sebab itu kita umum awal dari Barisan Nasional (BN). Siapa pun kita sedia berhadapan,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda berpendidikan tinggi berbanding calon Pas yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Abdul Fatah berkata, soal latar pendidikan calon bukan ukuran kepada penerimaan pengundi kerana apa yang penting kemampuan calon selain mempunyai hubungan rapat masyarakat setempat.
Katanya, terdapat calon di negara ini berpendidikan tinggi dan sebaliknya, tetapi pemilihan seseorang individu menjadi wakil rakyat terletak kepada sokongan rakyat.

“Mungkin yang tak ada pendidikan mempunyai kelebihan lain dan dalam konteks Manek Urai pun begitu juga, malah sebelum ini Umno tidak menggunakan isu pendidikan. Calon sekarang ni ada kemampuan.

Sebab itu dia dipilih mewakili Pas bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai,” katanya.
Sumber : Hmetro

PRK MANEK URAI : JANJI PEMBANGUNAN BN TAK LAKU, RAKYAT LEBIH PENTINGKAN KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN

Janji-janji pembangunan yang dibuat oleh BN semasa berkempen di Manek Urai tidak mendapat sambutan dari rakyat manakala program-program kebajikan dan pendidikan serta tarbiah PAS lebih menarik minat rakyat.
Perkara ini terbukti apabila ceramah-ceramah anjuran BN tidak mendapat sambutan di mana ianya hanya dihadiri tidak sampai 50 orang itupun diimport dari ladang-ladang tertentu untuk meramaikan orang sahaja.
Ini berlawanan dengan program-program kuliah, ceramah dan acara-acara kebajikan yang dianjurkan oleh PAS di mana ratusan malah ribuan rakyat hadir untuk mendengar ceramah dan mengikuti program-program tersebut.
Ini merupakan tamparan hebat kepada BN yang mendabik dada bahawa BN akan menang pada kali ini.
Kajiselidik badan bebas juga menunjukkan bahawa 39.2 % dari 716 responden memberikan jawapan yang sangat positif kepada program-program kebajikan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri berbanding hanya 17.2 % yang menyatakan program-program tersebut tidak memberikan impak positif kepada rakyat. Selebihnya pula menjawab tidak pasti samada program kebajikan tersebut memberikan impak kepada rakyat atau tidak.
Dari dapatan di atas dapat saya simpulkan bahawa rakyat Manek Urai merupakan mereka yang matang berpolitik dan tidak mudah termakan dengan umpan dan gula-gula politik BN yang menjadikan pembangunan sebagai modal untuk memancing undi.
Rakyat sebenarnya sudah muak dan meluat dengan cara BN mempolitik dengan menjadikan pembangunan sebagai bahan kempen mereka sedangkan pembangunan itu sendiri adalah tanggungjawab kerajaan pusat dan negeri. Sebab itulah kerajaan negeri tidak pernah mengungkit tentang pembangunan yang dijalankan oleh mereka kerana itu memang tanggungjawab 'ayah' kepada 'anak dan keluarganya',
Tidak syak lagi BN mempunyai tugas berat untuk menarik sokongan rakyat dari PAS.

MANEK URAI : PENGUNDI MESTI KENANG 'JASA' BN KEPADA RAKYAT KELANTAN

Pengundi Manek Urai mesti mengenang 'jasa' BN kepada rakyat Kelantan dengan menolak BN pada hari pengundian 14 Julai ini.
Antara 'jasa' yang besar BN dan kerajaan Pusat BN kepada rakyat Kelantan ialah :-
  • Mendera rakyat Kelantan dengan mendiskriminasikan Kelantan dari segi bantuan perkapita
  • Mendera rakyat Kelantan dengan menyatakan Kelantan tiada minyak dan gas yang menyebabkan Kelantan tidak mendapat royalti dari hasil bumi tersebut
  • Kerajaan Negeri didiskriminasikan dengan tidak dijemput menghadiri sesetengah mesyuarat di peringkat kementerian dan agensi-agensi kerajaan
  • Wakil-wakil rakyat Kelantan khususnya Ahli Parlimen tidak mendapat peruntukan sebagaimana Ahli-ahli Parlimen BN. Dengan itu wang tersebut tidak disalurkan untuk membantu rakyat
  • Pemimpin-pemimpin Umno menghalang dan meminta kerajaan pusat supaya memberhentikan bantuan tertentu kepada negeri Kelantan
  • Pelbagai gambaran buruk dan fitnah dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan

SELESAIKAN ISU PR SECARA RUNDINGAN BUKAN KELUAR PAKATAN

Saya mengharapkan DAP dan PR Negeri Kedah dapat mencari jalan penyelesaian dalam kemelut politik di negeri Kedah sehingga DAP Kedah keluar dari PR Kedah.
Kedua-dua pihak mesti berunding secara terbuka bukannya melalui media yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan pakatan dalam PR. Saya yakin isu ini bukanlah suatu perkara yang besar dan ianya mampu diselesaikan sendiri oleh pihak pimpinan PR di Kedah.
Dalam mentadbir sesebuah negeri kerajaan sememangnya perlu menjaga kebajikan semua rakyat jelata demi kesejahteraan rakyat. Namun pada masa yang sama rakyat juga mesti menerima keputusan kerajaan yang tidak bertentangan dengan undang-undang demi kebaikan semua rakyat.
Tetapi kerajaan tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat tanpa adanya budi bicara dan perbincangan secara telus, terbuka dan jujur. Tidak ada gunanya semua pihak tertegang urat dan keras kepala kerana tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.
Kerajaan sebagai pihak yang berkuasa seharusnya mencari jalan penyelesaikan terbaik demi menjaga kebajikan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama rakyat mesti rasional dan bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang negara dan kerajaan tempatan.
Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan asalkan semua pihak sudi berunding dengan jujur, ikhlas dan bertimbang rasa.
DAP Kedah semalam mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.
Selain itu Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dalam kenyataan akhbarnya semalam menyatakan rasa tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini

Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.
Saya yakin DAP Pusat akan menolak hasrat DAP Kedah kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan baik. Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga AJK Pusat DAP, YB Teresa Kok berkata perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan PR hari ini.

SPRM JANGAN HAMPAKAN RAKYAT

Rakyat yang semakin hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi dihidangkan dengan cerita sensasi oleh badan tersebut 2 hari lepas. SPRM dalam kenyataan tersebut dikatakan akan mendakwa beberapa individu yang berprofil tinggi yang dibuktikan melakukan kesalahan rasuah.
Namun Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Jamidan enggan menyatakan nama-nama besar tersebut.
Media hari ini melaporkan bahawa ada 18 'orang besar' yang akan didakwa namun kesahihan berita itu masih dipertikaikan banyak pihak kerana keengganan SPRM mengumumkannya.
Rakyat sebenarnya semakin muak dengan tindak tanduk SPRM walaupun selepas dinaikkan taraf dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kesangsian rakyat ini ada faktanya kerana sehingga kini perasuah-perasuah dalam Umno yang disabitkan kesalahan mereka oleh Lembaga Tataterib Parti Rasuah masih bebas dan tidak pernah didakwa. Antaranya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Jadi kali ini jika Mohd Ali dan perasuah-perasuah dikalangan Umno dan BN tidak didakwa maka kredibiliti SPRM akan terus hilang dan rakyat tidak akan menghormatinya lagi.
Oleh itu saya mengharapkan SPRM supaya bertindak dengan lebih telus, professional dan cepat dalam menangani gejala jijik ini.

01 July 2009

PRK MANEK URAI : ABE UJI PUNYA CIRI-CIRI YB YANG DISUKAI RAKYAT

Mesra rakyat, pemurah, mudah didekati selalu mendampingi rakyat dan suka menangani masalah rakyat adalah antara sifat-sifat yang memang disukai oleh rakyat bawahan terutama di kawasan luar bandar.

Sifat inilah yang dipunyai oleh Abe Uji yang menyebabkan beliau dipilih untuk menjadi calon PAS. Berbanding dengan calon BN yang ternyata renggang dengan masyarakat.
Terbukti pengundi Manek Urai memang menyukai pemimpin yang sentiasa berdamping dengan rakyat sepertimana mereka memilih Allahyarham Pak Su Wil selama 5 penggal dari tahun 1986 hingga 2009 kecuali tahun 2004 di mana beliau tidak bertanding.
Pada pilihanraya pengundi Manek Urai memilih Zulkepli Omar dari BN yang juga merupakan pemimpin grassroot yang bukan berpendidikan tinggi. Beliau mengalahkan Ustaz Zamzuri Mat Lazim yang berkelulusan Ijazah dari Universiri Al Azhar.
Jadi ramai berpendapat bahawa pemilihan Abe Uji adalah tepat dan sangat sesuai. Peluang beliau untuk menang terbuka luas.

PRK MANEK URAI : UMNO/BN SEMAKIN TERTEKAN

Umno/BN semakin tertekan menjelang hari penamaan calon 6 Julai ini. Terbukti calonnya Tuan Aziz Tuan Mat masih gagal mendapat mandat sepenuhnya dari ahli Umno akar umbi apabila beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kuala Kerai didakwa membuat bantahan secara senyap walaupun mungkin tidak disedari oleh pemimpin Bahagian dan Negeri.
Cawangan Umno yang menyokong Ramzi dan Wan Zaid juga penyokong Ketua Wanita Rohani Abdullah dikatakan akan membuat 'silent protest' pada hari pengundian 14 Julai ini. Ini kerana calon-calon yang mereka sokong tidak dipilih oleh pucuk pimpinan parti.
Tuan Aziz dikatakan adalah calon sokongan Umno Negeri pimpinan Mustapha Mohamad. Antara calon-calon yang disokong oleh akar umbi ialah Che Jalal Che Muda, Azizzudin Hussein dan Zulkepli Omar serta Rohani Abdullah. Tetapi semuanya tidak dipilih.

Ramai pemerhati politik tempatan mendakwa ahli Umno akan melakukan 'silent protest' dengan mengundi calon PAS, membuat undi rosak ataupun tidak keluar mengundi.

RTM LAMBAT 30 TAHUN KE BELAKANG

Rasa hendak tergelak dengan kebodohan RTM yang memotong siaran langsung di Dewan Rakyat dengan slot bual bicara pada setiap kali Ahli Parlimen PR mengemukakan soalan. Saya yang berkesempatan menonton siaran langsung itu baru-baru ini tergelak sendiri dengan tindakan RTM yang ternyata terbelakang selama 30 tahun.
Sedarkan RTM bahawa walaupun RTM memotong siaran tersebut tetapi sebenarnya keseluruhan perbahasan di Parlimen disiarkan secara langsung melalui internet dan ditonton oleh jutaan rakyat. Malah VCD rakamannya juga dijual secara terbuka kepada rakyat.
Jadi tidak perlulah RTM bertindak membodohkan diri sendiri dengan memotong siaran langsung tersebut setiap kali Ahli Parlimen PR bangun bertanyakan soalan.
Saya cadangkan lebih baik RTM memansuhkan siaran langsung tersebut kerana ianya dapat menjimatkan wang rakyat kalau setakat untuk menyiarkan slot bual bicara semasa siaran lintas langsung parlimen itu.

Terbukti RTM mundur 30 tahun kebelakang.

PRK MANEK URAI : JELAS PENDIRIAN PENGUNDI MANEK URAI TIDAK BERUBAH

Berita terbaru yang diterima dari 'Special Branch' saya yang berkampung di Manek Urai menyatakan bahawa pendirian politik pengundi Manek Urai tidak berubah sehingga ke saat ini. Namun tidak diketahui apa akan berlaku 13 hari lagi iaitu sehingga ke hari pengundian pada 14 Julai.
"Sehingga ke hari ini rata-rata pengundi PAS tetap bersama PAS dan pengundi Umno masih bersama-sama Umno".
"Namun begitu sebelum Allahyarham Pak Su Wil meninggal dulu memang ramai pengundi Umno yang menyertai PAS secara terang-terangan dan diam-diam" lapor beliau.
Dari tinjauan beliau PAS masih berada di depan berdasarkan sumber yang dipercayai serta laporan dari dalaman Umno sendiri.
Tidak syak lagi PAS mesti bekerja lebih kuat untuk mempertahankan momentum ini sehingga ke hari terakhir kempen.
Selain itu hujah beliau ini diperkukuhkan dengan keputusan kajiselidik pihak bebas yang dijalankan beberapa lepas seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiabaru.

DEBAT UNTUK MENCARI YANG TERBAIK

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata debat adalah bertujuan mencari yang terbaik.

Beliau membuat kenyataan itu merujuk kepada keengganan Perdana Menteri untuk berdebat dengan Mursyidul Am PAS dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan tuduhan Tok Guru bahawa Umno sesat sama seperti komunis.

"Debat bukan untuk bertelagah, bukan untuk bergaduh"

"Debat berlaku bila Rakyat Amerika memilih Presiden, mencari pemimpin terbaik, debat berlaku bila Rakyat Indonesia memilih Presiden" kata Adly

Menurutnya bagi memilih samada SBY, Pak Yusuf (Kalla) atau Ibu Mega bisa jadi pemimpin unggul untuk warga Indonesia maka debat diadakan antara mereka.

Adly berkata debat berlaku disekolah. Ada macam-macam pertandingan debat untuk merebut piala-piala tertentu.

"Dalam debat kita mencari hujah dan isi terbaik, siapa yang terbaik akan menang dan dikira hebat"ujar beliau.

"Debat berlaku antara agama, bukan memperkecilkan tapi mencari kebenaran."

"Debat antara cara terbaik mencari kebenaran. Tiada kalah tiada yang menang. Yang penting rakyat dididik agar lebih terbuka, berfikir dan kritis."

Beliau juga kesal kerana bila melihat pemimpin UMNO ulas pasal debat, sudah merdeka lebih 50 tahun tapi bodoh sampai kemati.

"Hanya pemimpin kelas pertama saja mampu berdebat, asasnya mencari yang terbaik bukan membina gelanggang menang atau kalah.:

"Saya pasti UMNO bukan takut, tapi bimbang rakyat melihat kebenaran. Sebab itu UMNO suka bincang senyap-senyap kerana itu lebih berhemah".

"Bila berdebat, hati kena ikhlas, lidah tak boleh bercabang, rakyat akan nampak cabangnya" tambah beliau.

Adly berkata demikian dalam posting terbaru di dalam blog peribadinya.

PRK MANEK URAI : 43 % RESPONDEN KAJISELIDIK YAKIN PAS MENANG

PAS akan menang pada Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini. Itulah rumusan kepada kajiselidik yang dijalankan oleh sebuah firma bebas di kawasan tersebut.
Keputusan kajiselidik itu mendapati bahawa 43 % dari 716 responden sangat setuju dan bersetuju bahawa PAS akan menang manakala berbanding hanya 16,9 % responden yang berpendapat PAS akan kalah. Manakala yang selebihnya tidak menyatakan pendirian masing-masing.

Dari segi responden pula ianya terdiri dari pelbagai latarbelakang politik, pekerjaan, pendidikan dan lokasi serta pendapatan.
Seperkara yang menarik lagi yang ingin saya kongsikan di sini ialah penerimaan rakyat Manek Urai kepada program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan negeri seperti Takaful Kifaalah, bantuan Armalah, bantuan fakir miskin, pendidikan, pesakit kronik, warga emas dan lain-lain. Dari kajiselidik tersebut, keputusannya jelas bahawa rakyat Manek Urai menyambut baik program tersebut di mana 39.2 % responden berpandangan bahawa program-program tersebut memberikan impak positif berbanding hanya 17.2 % berpendapat sebaliknya.
Untuk maklumat lanjut sila layari : Laman Malaysiabaru.

PRK MANEK URAI : 'BALA' TENTERA BN TURUN 'SERANG' RAKYAT

Seperti biasa BN tidak segan silu menggunakan kemudahan dan prasarana kerajaan untuk berkempen dan memenangkan calon mereka pada setiap kali pilihanraya.
Bala 'Tentera' BN terdiri dari penyokong dan agensi-agensi kerajaan sudah pasti sekali lagi akan 'menyerang' Manek Urai bagi memastikan kemenangan BN pada 14 Julai ini.
Sebutlah apa sahaja agensi kerajaan, sudah tentu mereka dipaksarela untuk 'bekerja' untuk BN. Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Polis, Kesedar, Risda dan sebagainya semuanya mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan rakyat memangkah BN. Sekolah, kenderaan, bantuan, bangunan-bangunan kerajaan pusat, pekerja dan lain-lain digunakan tanpa segan silu untuk memenangkan BN.
Acapkali kita lihat bila pemimpin-pemimpin BN turun maka bangunan sekolah, murid-murid, guru-guru dan ibubapa dikerah untuk datang ke sekolah mendengar 'dikir barat' pemimpin berkenaan. Jika tidak hadir guru-guru mungkin akan diambil tindakan.
Bantuan-bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan tidak semena-mena mencurah-curah datang semasa pilihanraya sedangkan jika tiada pilihanraya jangan mimpin bantuan tersebut akan diberikan.

Projek-projek 'mee segera' seperti membaiki masjid, surau, balai sah, rumah hatta kandang kambing pun bertali arus dilaksanakan oleh kerajaan pusat.
Jalan-jalan raya diturap, lubang ditampal malah kadang-kadang yang baru diturap pun sekali lagi dibaiki diturap demi untuk memperlihatkan bahawa kerajaan pusat bermurah hati dan menjaga kebajikan rakyat.
Tidakkan ini menyalahgunakan kuasa namanya?
Bangunan-bangunan lama seperti sekolah, surau, balai raya, pejabat dan sebagainya dirasmikan buat kesekian kalinya sebagai satu cara untuk berkempen dan mengumpulkan orang ramai.
Barangan seperti beras, milo, gula, garam dan sebagainya seringkali masuk ke rumah rakyat bagaikan ianya berjalan sendiri kerana terlalu banyak bantuan datang.
Kini kita digemparkan pula dengan pendedahan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bahawa Tentera pula digunakan secara terang-terangan melalui surat yang diterima oleh beliau.
Mahfuz Omar mendedahkan penemuan satu dokumen sulit berhubung dengan penyertaan anggota tentera dalam memenangkan UMNO di Manek Urai, khamis lalu di bangunan parlimen.
Namun saya yakin pengundi Manek Urai yang matang berpolitik tidak akan termakan dengan pujukan, rasuah, ugutan dan penipuan sebegini. Mereka sudah masak dengan tipu muslihat Umno/BN yang sememangnya sudah lama ditolak rakyat Manek Urai.

ISLAM HADHARI DAN 1MALAYSIA ADA PERSAMAAN?

Memang Islam Hadhari dan 1Malaysia banyak persamaan. Ini kerana selepas 1Malaysia diperkenalkan kita melihat tiada perubahan besar yang dilakukan oleh Najib semuanya dasar dan stail pemerintahan Pak Lah hatta Dr Mahathir dikekalkan walaupun terbukti lemah dan merugikan negara.
ISA, OSA, AUKU, diskriminasi kepada negeri-negeri PR, amalan Rasuah, amalan Riba, amalan Judi, Maksiat, Penyalahgunaan kuasa, pendakwaan terpilih dan sebagainya semuanya masa sama dan dikekalkan malah ada yang lebih buruk daripada zaman Pak Lah dan Mahathir.
Jadi memang betul apa yang dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamal Khir Baharom bahawa Islam Hadhari dan 1Malaysia ada persamaan. Bagi saya bukan setakat ada persamaan tetapi memang ia sama sahaja iaitu setakat slogan dan retorik kosong.

30 June 2009

PRK MANEK URAI : PANTUN EDISI 4

Tuan Aziz Tuan Mat mula gementar
Kekuatan PAS memang diakui
Umno berkempen berdegar-degar
Janji PRU 2004 belum dipenuhi

Stopa Mamat suka hati
Ramzi Rahman muram durja
Tuan Aziz rendah diri
Takut kalah pencen tak ada

Kak Ani merajuk hati
Lama berjuang tak dihargai
Lebih baik keluar parti
Masuk PAS lebih dirahmati

Azizzudin Hussein pasang angan-angan
Che Jalal Che Muda rasa terhina
Berangan jadi YB tidak kesampaian
Sampai kini masam mencuka

Abe Uji kuat bekerja
Tinggal perniagaan beberapa hari
Pengundi Manek Urai bijaksana
Umno/BN pasti gigit jari

Pelakon Hisdustan J.Shahrizat
Pelakon Cowboy Khairi Rembau
Umno/BN ditolak rakyat
Akibat zalim dan melampau

Manek Urai hawanya dingin

Tambah dingin di waktu malam
Umno/BN akan ditalkin

Sudah ditalkin ia ditanam

SPRM DEDAH KES BESAR TIDAK LAMA LAGI, MUNGKINKAH ALI RUSTAM JUGA TERSANGKUT

Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah hari ini berkata bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi.

Namun begitu Mohd Jamidan enggan mengulas lanjut mengenai kes-kes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.

Menurutnya pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM Negeri Kedah di Alor Setar.
Persoalannya apakah SPRM berani untuk mendakwa jerung-jerung dan golongan bangsawan ini yang sudah tentu akan memujuk dan merayu Presiden Parti, Ketua-Ketua mereka melindungi mereka dari di dakwa.
Saya yakin jika SPRM benar-benar bebas, telus dan professional sudah tentu Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam akan turut tersangkut kerana beliau telah jelas dibuktikan bersalah terlibat dengan rasuah oleh jawatankuasa tatatertib Umno beberapa bulan lepas.
Andaikata Mohd Ali tidak didakwa dalam jangkamasa terdekat ini maka saya yakin rakyat akan hilang kepercayaan kepada integriti SPRM walaupun telah dinaiktaraf menjadi Suruhanjaya.
Rakyat sedang menunggu dan memantau janji dan kenyataan yang dibuat oleh Mohd Jamidan ini.

PRK MANEK URAI : 'PELAKON-PELAKON' BANGSAWAN SEMAKIN RAMAI

Pada setiap kali kempen pilihanraya berlangsung maka sudah ramai 'pelakon-pelakon' bangsawan yang datang berlakon kawasan pilihanraya tersebut. Tidak terkecuali di Manek Urai. Sudah tentu ramai 'pelakon-pelakon' lama dan baru yang bersedia untuk memegang apa juga watak samada watak utama atau sampingan.

'Pelakon-pelakon' inilah sudah pasti mahir dan hebat memegang watak masing-masing berdasarkan lokasi, masa, budaya dan adat resam tempatan.

Sudah tentu apabila mereka datang ke Manek Urai 'pelakon-pelakon' tahu bahawa pegangan agama rakyat di Manek Urai adalah kuat kerana di sekitarnya banyak pondok-pondok pengajian agama seperti Pondok Sungai Durian dan lain-lain.

Maka sudah tentu 'pelakon-pelakon' akan menggunakan kopiah, jubah, kain pelikat, baju gombang, tudung, telekung, tasbih, capal dan sebagainya.

Surau-surau, madrasah dan balai sah serta masjid akan menjadi tempat persinggahan dan lawatan mereka walaupun di luar masa kempen susah benar untuk melihat berjemaah di surau dan masjid.

Bagi 'pelakon' wanita pula, walaupun di tempat asal mereka tiada seurat benang yang menutup kepala tetapi apabila berkempen di Manek Urai terpaksalah mereka menutup kepala dengan kain tudung walaupun tidak sempurna.

Tasbih, kopih, baju gombang, kain pelikat sudah tentu akan menjadi pakaian harian mereka lebih kerap dipakai dari seluar dan baju kot.

Semua itu adalah untuk memancing undi. Kalau jangan harap!!!!!!!!!!!!

Sebelum ini kita telah mendengar bagaimana beberapa orang 'pelakon' tidur di rumah orang kampung dan menoreh getah bersama-sama.

Semua itu adalah untuk mengabui mata rakyat supaya memberikan undi kepada BN. Rakyat jangan tertipu!!!!!!!!!!.

Antara 'pelakon-pelakon' handalan yang sudahpun memperlihatkan lakonan mereka di Manek Urai ialah Kepala kepada semua pelakon iaitu Pelakon Veteran Y.Muhyiddin; 'Heroin Hindustan' J.Shahrizat; Pelakon sedang meningkat naik, A Maslan; Pelakon airmata Stopa Mamat; Hero Cowboy Khairy J; Pelakon baru T Aziz T Mat dan lain-lain.

PRK MANEK URAI : TUAN AZIZ MERENDAH DIRI, AKUI MANEK URAI KUBU PAS

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat (gambar) hari ini dilaporkan mengakui bahawa DUN Manek Urai adalah kubu kuat PAS yang sukar ditawan.

"Saya akui ini kawasan mereka (PAS), namun dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi, saya yakin BN mampu memecahkan monopoli PAS di sana (Manek Urai)".

"Insya-Allah selepas kita berikhtiar kita serahkan semuanya kepada Allah Taala," katanya.

Kenyataan Tuan Aziz ini tidak diketahui samada ianya datang dari fakta sebenar yang beliau perolehi atau hanya strategi beliau untuk mengujudkan rasa 'over confident' di pihak PAS.

Yang pasti sejarah memang membuktikan bahawa sejak Pilihanraya 1986 BN hanya menang sekali iaitu pada tahun 2004. Itupun hanya dengan undi majoriti 53 sahaja.

Malah pada zaman PAS kalah dengan teruk pada Pilihanraya Umum 1978, Manek Urai masih mampu di tawan oleh PAS bersama-sama dengan DUN Sering dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Sementara dari tinjauan 'Special Branch' saya di Manek Urai selepas 4 hari PAS mengumumkan calonnya dan 2 hari selepas BN berbuat demikian penerimaan pengundi kepada PAS semakin baik. Rata-rata rakyat Manek Urai yang ditemui menyatakan bahawa calon PAS lebih berpengalaman, mesra rakyat, mudah didekati dan lebih dipercayai berbanding calon Umno.

Perkara paling penting yang disuarakan oleh rakyat ialah Umno tersilap memilih calon sebagaimana kesilapan mereka di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang tempohari. Ini kerana calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat kata mereka kurang kenali dan tidak mesra rakyat.

Namun begitu saya mengharapkan jentera PAS tidak mudah leka dan tertipu dengan isu kelemahan calon Umno/BN dan perpecahan dalam BN. Apa yang penting kerja kuat dan bersistematik mesti dilakukan bagi menagih sokongan dan simpati rakyat.

KERAJAAN NEGERI DIGESA TARIK BALIK GELARAN DATUK DARIPADA SHAH RUKH KHAN

Batu Berendam : Aktor Hollywood, Datuk Shah Rukh Khan yang dianugerahkan bintang Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh kerajaan Melaka mengemparkan umat Islam seluruh dunia dengan kenyataannya yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam majalah "Time' n Style" baru-baru ini, Shah Rukh Khan menyifatkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang tokoh yang tidak berpengaruh dalam sejarah dunia.
Malah beliau menyifatkan tokoh lain seperti Hitler, Napoleon, Winston Churchill serta tokoh terkini seperti Nelson Mandela, Gandhi dan Mother Teresa merupakan tokoh yang berpengaruh dan 'agak baik'.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Mohd Dawi amat kesal dengan kenyataan Shah Rukh Khan tersebut dan beliau menggesa kerajaan negeri Melaka supaya menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Shah Rukh Khan.

"Tindakan Shah Rukh Khan menghina Nabi Muhammad sudah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh seluruh umat Islam di dunia ini".

"Kerajaan Negeri Melaka mesti menarik balik gelaran Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan sebelum ini, jika ianya tidak ditarik balik ini bermakna kerajaan Melaka bersekongkol dengan Shah Rukh Khan dan redha dengan penghinaan tersebut" ujar Jauhar dengan tegas.

Menurut laporan beberapa media kenyataan Shah Rukh Khan yang menghina Nabi Muhamad S.A.W menyebabkan beberapa laporan polis dibuat oleh beberapa individu dan pertubuhan Islam di India kerana kenyataan tersebut jelas amat berat dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Dalam nada sinis Jauhar juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Bin Rustam sebelum yang begitu bersungguh-sungguh menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh kerana jasanya yang begitu banyak kepada bumi Melaka.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Mohd Ali selaku Ketua Menteri Melaka yang telah memilih seorang yang macam ini untuk menerima gelaran Datuk".

"Kita sejak dari dahulu lagi memang tidak bersetuju dengan penganugerahan itu dan sekarang siapa yang malu, keraajaan negeri malu, rakyat pun malu" tambah Jauhar.

KESAL KERAJAAN NEGERI TIDAK SENSITIF BANTAHAN RAKYAT

Jasin : Di sebalik bantahan demi bantahan yang dilakukan oleh penduduk setempat, kerajaan nampaknya terus membenarkan pembinaan taman peringatan (jirat Cina) di Kampung Pondok Kempas, Bemban dekat sini.

Kawasan pembinaan merupakan kampung tradisional Melayu yang didiami oleh 100 % orang Melayu sememangnya tidak sesuai untuk didirikan tapak jirat cina. Tidak ada sebuah pun rumah orang Cina di sekitar kawasan berkenaan. Rumah atau pekan Cina berhampiran hanya kira-kira 2 kilometer dari tapak berkenaan.

Tapak pembinaan berkenaan terlalu hampir dengan rumah penduduk Melayu yang dianggarkan tidak lebih dari 50 meter. Ahli badan perhubungan PAS Negeri, Imran Abdul Rahman kesal dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang langsung tidak sensitif dengan bantahan penduduk setempat.

"Masalahnya kenapa tapak berkenaan tetap diluluskan oleh kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri YAB Datuk Seri Muhd. Ali Rustam? Adakah beliau tidak menyedari sensitiviti orang Melayu dalam hal ini kerana tapak pembinaan jirat Cina ini sangat hampir dengan rumah penduduk di kampung?"

"Adakah kerajaan negeri tidak ada tapak lain yang lebih sesuai selain di situ? Adakah ini yang dikatakan idea 1Malaysia?" kata Ustaz Imran.

"Membina kawasan jirat Cina di kawasan penempatan Melayu! Adakah Ali Rustam juga boleh meluluskan tapak perkuburan untuk orang Melayu beragama Islam di kawasan penempatan penduduk Cina seperti di Banda Hilir, Ayer Keroh atau di tengah-tengah Bandaraya Melaka?" soal Imran

Imran berkata penduduk bukan menentang kawasan khas untuk jirat orang Cina tetapi tempat yang dipilih adalah sangat tidak sesuai memandangkan kawasan terbabit didiami oleh 100 % orang Melayu. "Mungkin inilah balasan kepada pengundi dan penyokong Umno di kawasan berkenaan yang dulu kini dan selamanya serta selamat,aman makmur bersama Umno" ujar Imran.

Sumber : Blog Angkasa Nuri


MANEK URAI : PERPECAHAN DALAM KEM UMNO SUKAR DIBENDUNG

Pemerhati politik melihat bahawa perpecahan dalam Umno Kuala Kerai berhubung dengan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN tidak dapat dibendung lagi.
Walaupun penentangan itu tidak dibuat secara terang-terangan namun sebenarnya ia berlaku secara senyap-senyap. Perbuatan 'cah keting' ini bukan perkara baru dalam Umno Kelantan malah ianya sudah menjadi tradisi pada setiap kali pilihanraya. Puak-puak yang tidak berpuashati sudah pasti akan memprotes secara terang ataupun biasanya secara senyap-senyap.
Kali ini ternyata kem Ketua Bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; bekas Ketua Bahagian, Wan Zaid dan Ketua Wanita Rohani Abdullah ternyata amat tidak berpuashati dengan pemilihan Tuan Aziz yang mereka kira seorang budak mentah yang tidak diterima oleh ahli akar umbi dan rakyat Manek Urai.
Pemilihan Tuan Aziz ini sebenarnya direstui oleh Mustapha Mohamad dan Muhyiddin Yassin kerana bagi mereka adalah baik untuk memilih calon 'neutral' seperti Tuan Aziz bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk jika 'orang-orang' Ramzi, Wan Aziz dan Kak Ani sendiri di pilih.
Kini semuanya sudah berlaku. Wan Zaid, Ramzi dan Kak Ani sudah berputih mata. Orang kuat Ramzi iaitu Naib Ketua Bahagian Che Jalal Muda sekali lagi kempunan untuk menjadi calon setelah diketepikan beberapa kali sebelum ini.
Bagi PAS perpecahan dan perpaduan di dalam Umno Bahagian Kuala Kerai tidak memberikan kesan kepada PAS. Ini kerana kekuatan PAS bukan terletak kepada kelemahan dan perpecahan dalam Umno. PAS mempunyai kekuatan sendiri dan jentera sendiri dalam menghadapi apa juga suasana. Malah kekuatan asas sudah sekian lama terbina. Sebab itu PAS tidak pernah kalah sejak Pilihanraya 1986 kecuali pada Pilihanraya 2004. Itupun tewas dengan majoriti 53 undi sahaja.

PANTUN MANEK URAI - EDISI 3

Tok Guru Nik Aziz Datuk Stopa
Umno kempen berdegar-degar
Calon PAS seorang peniaga
Calon BN Pegawai Kesedar

Wan Zaid Datuk Ramzi
Berbalah sakan tak ada penamat
Calon PAS Abe Uji
Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat

Tuan Aziz Tuan Mat
Haji Fauzi digelar Abe Uji
Masa kempen kena cermat
Jangan fitnah tohmah dan caci

Jangan fitnah tohmah dan caci
Jangan perlekeh dan juga menghina
Atur rancangan dan juga strategi
Silap-silap umpan tak mengena

Muhyiddin Yassin hina Abe Uji
Tiada pendidikan jual ikan
BN dan PAS akan teruji
Siapa hebat dapat kemenangan

Che Jalal Che Muda putih mana
Kak Ani bengang marah-marah
Kerja berniaga kerja mulia
Kerja hina makan rasuah

Ustaz Baasit Ustaz Zulkifli
Ustaz Latif Ustaz Zamzuri
PAS berjuang Islam yang suci
Umno berjuang kepentingan diri

Jangan dihina seorang peniaga
Rezeki halal untuk keluarga
Calon PAS berhati mulia
Calon BN seorang anak muda

Datuk Najib tak kenal Altantuya
Makan di Paris sekalipun tidak
Manek Urai PAS punya
BN tersungkur rakyat tolak

Umno/BN semakin terdesak
Rakyat meluat tambah benci
Tuan Aziz rakyat tolak
Mereka suka Abe Uji

Sungai Sok Kg Peria
Manek Urai tersohor di Kelantan
Mari berjuang sepenuh tenaga
Bebaskan rakyat dari kezaliman

29 June 2009

PRK MANEK URAI : SESAT ATAU TIDAK KITA BOLEH NILAIKAN SENDIRI

Pengundi Manek Urai dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam boleh menilai sendiri samada Umno sesat atau tidak sesat.
Perkara-perkara asas seperti judi, arak, maksiat, hukum sekular, zalim, rasuah, riba dan sebagainya memang jelas hukumnya. Orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam pun tahu akan hukum perkara tersebut.
Polimek tuduhan Tok Guru Nik Aziz bahawa Umno sesat nampaknya menjadi isu hangat sehari dua. Tok Guru mendakwa Umno sesat sama seperti komunis pada ceramahnya di Manek Urai 2 hari lalu.
Bagi saya mudah sahaja. Saya ingin bertanya kepada tetamu blog ini. SESAT atau TIDAK SESAT jika??? :-
  • Arak diberikan lesen untuk dijual dan dikilangkan di Malaysia
  • Judi diberikan lesen oleh Kementerian Kewangan
  • Riba terus dibiarkan berleluasa dalam sistem ekonomi negara
  • Kezaliman, diskriminasi dan penindasan kepada rakyat terus berlanjutan
  • Maksiat seperti pelacuran, konsert bebas, pergaulan bebas, rumah urut, night Club dan lain-lain dibiarkan berleluasa
  • Hukum bukan Islam (sekular) terus digunapakai di negara kita
  • Rasuah dibiarkan berleluasa dan tiada tindakan diambil sepertimana yang berlaku semasa pemilihan Umno. SPRM langsung tidak mendakwa mereka yang terlibat dengan rasuah ini
  • Sistem Kehakiman yang tercalar dan buruk imej dibiarkan tanpa ada penambahbaikan.
  • Dan lain-lain

Jadi sekali lagi saya ingin bertanya kepada Tuan-Tuan dan puan-puan sesat atau parti ataupun kerajaan yang membiarkan atau mengalakkan perkara diatas.

Saya juga mengharapkan pengundi Manek Urai dapat menjadikan ilmu dan asas agama mereka sebagai panduan untuk memilih parti mana yang mereka akan undi pada 14 Julai nanti. Jangan nanti mereka tersilap memilih parti yang dikatakan sesat oleh Tuan Guru Nik Aziz.

PEMBANTU RUMAH TEMPATAN PERLU DISEGERAKAN

Sudah banyak cerita tentang pembantu rumah asing membuat onar. Antaranya mencuri, menculik, menggoda dan sebagainya. Oleh kerana kes-kes ini sering berlaku ramai yang serik untuk mengambil pembantu rumah walaupun terpaksa bersusah payah melakukan kerja-kerja rumah sendiri.
Setakat ini terdapat 251,355 orang pembantu rumah yang datang dari 14 negara luar. 51.7 % dari jumlah tersebut datang dari Indoesia.
Oleh kerana masalah sebegini bagi saya sudah sampai masanya kerajaan menggalakkan rakyat tempatan untuk bekerja sebagai Pembantu Rumah dengan gaji minimum, elaun-elaun, caruman KWSP dan sebagainya sebagai galakan kepada mereka untuk menceburi bidang ini.
Kerajaan mungkin boleh menyediakan insentif bulanan kepada Pembantu Rumah ini sebagai tambahan kepada elaun yang diberikan oleh majikan mereka. Bagi saya sebab utama rakyat tempatan tidak mahu bekerja sebagai Pembantu Rumah adalah kerana gaji yang rendah.
Oleh kerana pelbagai masalah yang dilakukan oleh Pembantu Rumah asing ini saya percaya sudah sampai masa kerajaan memikirkan langkah-langkah di atas dengan serius dengan segera.
Isu ini juga dibincangkan pada sessi soal jawab di Parlimen pagi ini.

PRK MANEK URAI : BN ROMPAK HAK RAKYAT KELANTAN

Presiden PAS dan Ahli Parlimen Machang dengan jelas menyatakan bahawa BN merompak hak rakyat Kelantan apabila tidak membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan.

Fakta-fakta yang didedahkan oleh mereka :-

  • Kerajaan BN telah merompak RM 1bilion wang royalti minyak kepunyaan Kelantan sejak tahun 2002.
  • Bagaimana mungkin BN menafikan perkara ini sedangkan jelas di dalam laporan Jabatan Perangkaan 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia.
  • Perjanjian kerajaan pusat dengan semua kerajaan negeri pada tahun 1975 yang menyebut bahawa royalti minyak akan diberikan kepada negeri sebanyak 5 %

Namun kita amat kesal kerana sehingga sekarang BN menafikan kewujudan minyak dan gas di Kelantan.

Sumber Berita : Harakahdaily.

PRK MANEK URAI : ISU PERPADUAN DAN ISU UMNO KOMUNIS JADI WIRID KEMPEN

Nampaknya Umno/BN terus memainkan isu kerajaan perpaduan dan isu tuduhan Umno sama dengan komunis dalam kempen-kempen mereka di Manek Urai setakat ini.
Semalam Timbalan Perdana Menteri (yang menghina calon PAS) berkata tindakan Pas kembali mengkafirkan UMNO hanya suatu cubaan mengalih pandangan umat Islam terhadap pembohongan mereka yang mengorbankan prinsip perpaduan ummah.

Muhyiddin Yassin berkata, dalam landskap politik yang sudah berubah, penolakan mereka terhadap gagasan perpaduan seakan-akan rela membiarkan masa depan orang Melayu dan umat Islam keseluruhan dalam keadaan membimbangkan.
Isu mengkafirkan Umno sengaja dimainkan oleh Umno/BN di Manek Urai kerana mereka sudah tiada isu lain untuk dibangkitkan. Terpaksa isu lama yang di'recycle' semula digunakan untuk mengabui mata rakyat.
Kalau itu niat Muhyiddin (bangkit semula isu kafir mengkafir) saya yakin beliau sudah tersilap tempat dan masa. Pengundi Manek Urai bukannya pengundi di tempat lain, isu ini sudah masak di dalam kefahaman politik mereka apatah lagi sebahagian besar mereka mempunyai pengetahuan agama yang baik kerana di kawasan sekitarnya banyak pondok-pondok dan kelas pengajian agama. Rakyat Manek Urai sudah faham secara jelas tentang isu ini.
Isu kerajaan perpaduan juga telah dijelaskan secara terperinci oleh pemimpin PAS. Mengapa PAS tidak mahu bersama Umno yang menolak Islam, menzalimi rakyat, cinta kepada rasuah, sayang kepada penyalahgunaan kuasa, mengamalkan kronisme, mendiskriminasi rakyat negeri PR dan lain-lain.
Rakyat Manek Urai juga tidak lupa kepada kebongkakan dan kesombongan BN/Umno yang menendang keluar PAS dari kerajaan BN pada 1977 sehingga akhirnya PAS tinggal 2 kerusi sahaja pada Pilihanraya Umum 1978. Salah satu kerusi itu ialah Manek Urai sendiri.
Jadi tidak perlulah Muhyiddin cuba memperbodoh-bodohkan pengundi di Manek Urai takut-takut nanti Muhyiddin sendiri yang dilihat rakyat sebagai tidak cerdik.

DEBAT TOK GURU-NAJIB : KALAU TAKUT KATAKAN TAKUT

Seperti diduga Najib tidak akan berani untuk berdebat dengan Mursyidul Am PAS dalam isu-isu yang berkaitan dengan politik Islam dan tuduhan Tuan Guru bahawa Umno sesat umpama komunis.
Bagi saya jika Najib seorang negarawan dan pecinta kebenaran sudah tentu beliau sanggup dan gembira untuk berdebat di hadapan rakyat untuk menegakkan kebenaran.
Malangnya pemimpin kerajaan BN semuanya berfikiran kolot dan penakut tidak seperti pemimpin di negara maju yang sanggup berdebat di mana sahaja atas apa juga tajuk di hadapan rakyat bagi menegakkan kebenaran.
Budaya debat atau diskusi ini merupakan budaya yang baik yang diamalkan di negara maju malah mereka memberikan peluang kepada rakyat dan para cendikiawan menyoal pada pendebat.
Di Indonesia umpamanya, mereka jauh terkehadapan apabila dalam kempen pilihanraya semua calon diberi peluang untuk berdebat di khalayak ramai dan disiarkan secara langsung oleh media. Namun perkara mustahil berlaku di Malaysia.
Bagi saya mudah sahaja, kalau Najib takut untuk berdebat katakan takut, tidak perlu mencari seribu alasan dan berselindung di sebalik budak-budak suruhannya serta NGO untuk memberikan alasan mengapa Najib takut untuk berdebat.

28 June 2009

MANEK URAI : PANTUN UMNO HINA CALON PAS - EDISI 2

Rakyat Manek Urai rasa terhina
Tindakan Umno lekehkan Abe Uji
Kerja berniaga kerja mulia
Lebih baik dari makan gaji


Jual Ikan bukan mencuri
Jauh sekali dari rasuah
Calon PAS amat disenangi
Mudah mesra lagi pemurah

Pemborong ikan di Kuala Kerai
Semua kenal satu jajahan
Akhlaq mulia baik perangai
Tentu rakyat beri sanjungan

Hinakah dia pemborong ikan
Lebih hina kaki perempuan
Akhlaq mulia diberkati tuhan
Rakyat pun senang dapat kebajikan

Sepenggal menang jadi ADUN
Bina rumah macam istana
Perangai mereka bagaikan malaun
Pitih banyak mana dikebasnya

Zulkifli Omar duitnya sarat
2004 capai kemenangan
4 tahun jadi wakil rakyat
Mana pembangunan yang dia janjikan

Tuan Aziz Tuan Mat
Calon BN orangnya muda
Mari berlawan secara terhormat
Jangan perlekeh dan juga menghina

Projek mee segera sudah kelihatan
Rasuah pengundi ada kedengaran
Itulah perangai tidak ketahuan
Pasti ditolak rakyat Kelantan
Foto : Sebelah kiri calon PAS Haji Mohd Fauzi Abdullah dan di kanan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat

MANEK URAI : PANTUN UMNO HINA CALON PAS - EDISI 1

Dari Melaka ke negeri Kelantan
Singgah sebentar membeli belah
Lebih baik meniaga Ikan
Dari pegawai yang makan rasuah

Jual Ikan tiap-tiap hari
Dari malam sampai ke pagi
Calon diberi nama Abe Uji
Mesra rakyat mudah didekati



Jangan hina penjual Ikan
kerja berniaga kerja mulia
Nabi Mohamad ada berpesan
9 per 10 rezeki dari berniaga

Dari Russia ke Mongolia
Singgah sebentar membeli gergaji
Orangnya pemurah kuat bekerja
Itulah gerangan Abe Uji

Bom C4 kuat bergegar
Habis berkecai siapa yang tulang rawan
Masa kempen berdegar-degar
Sampai sanggup menghina lawan

Menghina lawan katanya jual ikan
Tiada pelajaran tiada pendidikan
Tiadalah isu hendak berlawan
Sanggup menghina orang Kelantan

Pengundi tersinggung rakyat marah
Menghina kerjaya seorang peniaga
Bukan curi bukan rasuah
Rezeki halal kerja mulia

Rakyat meluat makin benci
Kerana sombing dan juga bongkak
Undi Abe Uji sudah pasti
Umno/BN pasti terkopak

Lima kali BN kalah
Tak serik-serik muka jamban
Manek Urai catat sejarah
Di sini BN akan ditalkinkan

Lain kali berpantun lagi
Untuk gurauan tetapi tauladan
Jangan lupa undi Abe Uji
Moga kebajikan rakyat diutamakan

PRK MANEK URAI : PAS MENDAHULUI BN SETAKAT HARI INI

Dari tinjauan 'Special Branch' saya di Manek Urai, PAS sedang mendahalui BN setakat hari ini. Ini berdasarkan beberapa faktor :-
  • Ketokohan dan populariti alon PAS, Abe Uji (Haji Fauzi Abdullah) ternyata jauh meninggalkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat
  • Tradisi pengundi Manek Urai yang memilih calon-calon yang mudah didekati, mesra rakyat dan bekerja keras untuk rakyat dilihat masih menebal dan BN melakukan kesilapan dengan memilih Tuan Aziz yang kurang dikenali, bukan anak tempatan dan tidak mesra rakyat.
  • Rakyat masih mengenang jasa-jasa Pak Su Wil yang sememangnya menjadi legenda di Manek Urai seperti yang dinyatakan YB Cikgu Wan Rahim
  • Kaji Selidik beberapa badan bebas menunjukkan PAS berada di hadapan dan kedudukan dijangka semakin meningkat selepas bakal calon sudah diketahui
  • Rakyat Manek Urai tersinggung dengan penghinaan Timbalan Perdana Menteri yang memperli calon PAS seorang penjual ikan.
  • Beberapa kubu kuat BN/Umno sudah dapat ditembusi oleh PAS semasa PRU 2008.

Jadi apa yang penting sekarang ialah PAS mesti mengekalkan momentum ini di samping memastikan tiadanya rasuah, ugutan dan penipuan semasa kempen dan juga pada hari pengundian dan pengiraan undi.

MANEK URAI : MUHYIDDIN HINA CALON PAS, PENGUNDI TERSINGGUNG

Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan nama calon BN hari ini telah menghina calon PAS, Abe Uji (Hj Fauzi Abdullah) dengan menyatakan calon BN bukan penjual ikan dan calon BN berkelulusan tinggi.
Dalam majlis pengumuman calon tersebut yang diadakan di diadakan di Kampung Sok Luar, Manek Urai hari ini Muhyiddin dengan sombong dan sinis berkata bahawa calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan.
"Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng," katanya lagi.
Ternyata kata-kata Muhyiddin menyinggung perasan pengundi-pengundi Manek Urai.
Saya yakin sifat sombong dan bongkak Muhyiddin ini akan dihukum oleh pengundi Manek Urai pada 14 Julai.

BN MENERUSKAN DASAR MENZALIMI RAKYAT, PENGUNDI MANEK URAI MESTI HUKUM BN

Terbukti BN tidak pernah serik dengan hukuman yang dikenakan pada mereka apabila BN kalah di 5 negeri pada Pilihanraya Umum lepas.
Seperti juga kerajaan negeri BN Terengganu yang merampas kerajaan negeri dari PAS pada tahun 2004, menzalimi rakyat Terengganu dengan memansuhkan semua tanah yang dikurniakan kepada rakyat kali ini kerajaan haram BN Perak juga berbuat demikian.
Malah lebih teruk lagi hampir semua dasar kerajaan PR yang menjaga kebajikan rakyat dimansuhkan oleh kerajaan haram BN.
Ahli Parlimen Taiping yang juga ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming dalam kenyataannya kepada media hari menggariskan 9 kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN kepada rakyat sedangkan ianya telah diluluskan oleh kerajaan PR sebelum ini.
Antaranya :-
  • 3,000 permohinan dari penduduk Kampung Baru untuk menukarkan taraf tanah dari leasehold kepada freehold dibatalkan
  • 817 Ketua Kampung yang dilantik telah dipecat. Kesemua mereka sudah memfailkan saman kepada kerajaan HARAM BN
  • Cadangan untuk menukarkan Perniagaan Octagon Yak Tack Seng sepanjang Jalan Osbone untuk Pusat Pelancongan dibatalkan.
  • Sistem Parking seragam satu kupon, dan kadar diskaun dari bulan April dibatalkan.
  • Cadangan membina Terminal Bas berharga RM38 juta di Meru Jaya dibatalkan.
  • Polisi Sistem tender terbuka untuk kontrak, tanah dan logging yang diluluskan oleh kerajaan dikembali kepada sistem asal iaitu secara tender tertutup
  • Pemberian tanah kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah persendirian Cina juga dibatalkan
  • Polisi pemberian saguhati RM1,000 kepada waris wargatua yang meninggal dunia dibatalkan
  • Proses 'legalising' 134 kampung baru dibekukan.

Apa salahnya BN meneruskan polisi kerajaan PR kerana ianya jelas membawa kebaikan kepada rakyat. Namun oleh kerana dendam kepada PR mereka sanggup menjadikan rakyat mangsa mereka.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sedar bahawa BN sememangnya sebuah kerajaan yang langsung tidak memikirkan kebajikan rakyat. Politik sempit dan stail lama yang mereka teruskan ternyata menjadi mimpin ngeri kepada rakyat.

Saya mengharapkan rakyat di Manek Urai dapat mewakili kita semua mengajar BN pada 14 Julai dengan memberikan kemenangan besar kepada PAS/PR. Calon BN mesti dikalahkan dengan pukulan Knockout HILANG WANG PERTARUHAN.

MUSIBAH MENIMPA EMAK SAUDARA

Emak saudara saya, Nurjannah Mohd Teh ditimpa musibah apabila rumahnya hampir ranap dihempap sebatang pokok dalam kejadian ribut.

Mak Cik Nurjannah berkata, ketika kejadian beliau sedang mengajar anaknya Al Quran, bagaimana beliau bersyukur kerana beliau dan keluarga selamat.

“Saya ingat ketika itu pukul 7.45 malam dan saya sedang mengajar anak-anak mengaji Al-Qur’an,” katanya yang juga merupakan AJK Dewan Muslimat Negeri Pahang. Kerugian dianggarkan berjumlah RM5000.

Mak Cik ini seorang ibu tunggal yang tinggal dengan 3 orang anaknya yang 2 orang masih bersekolah. Jika ada sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi talian 013-667 4588.
Gambar dan sumber berita diambil dari blog kekanda darigaunghati.

PRK MANEK URAI : ABE UJI LAWAN TUAN AZID

Akhirnya Umno terpaksa mengumumkan calonnya walaupun mendapat tentangan dari beberapa pihak Bahagian dan cawangan-cawangan di Kuala Krai.
Umno Perhubungan Negeri Kelantan terpaksa memilih Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Kerai, Tuan Aziz Tuan Mat bagi meredakan pergeseran dan perebutan antara 2 puak iaitu puak Ketua Umno Bahagian Kuala Kerai, Ramzi Abdul Rahman dan Bekas Ketua Umno Bahagian Wan Zaid Abdullah.
Akhirnya perebutan ini menguntungkan Dato Mustapha Mohamad kerana memberikan beliau peluang memilih Tuan Aziz calon yang sememangnya disenangi oleh beliau Najib.
Namun ramai pemerhati politik melihat Tuan Aziz tidak dapat menandingi ketokohan Abe Uji Calon PAS yang ternyata disenangi dan diyakini oleh rakyat Manek Urai.
Rakyat Manek Urai sebenarnya tidak memandang kepada kelulusan calon tetapi mereka memilih calon yang mereka suka dan mudah didekati serta mesra rakyat. Faktor inilah yang menyebabkan Allahyarham Pak Su Wil tidak pernah kalah di DUN Manek Urai walaupun beliau tidak mempunyai kelulusan.
Faktor inilah juga menyebabkan Abe Uji dipilih oleh PAS kerana ternyata PAS sekarang ini berada di depan jika dilihat dari faktor calon.

TERIMA KASIH PAS KAWASAN LEDANG : DAPAT KAWAN BARU

Malam tadi saya dijemput untuk sama-sama berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan sahabat-sahabat dari PAS Kawasan Ledang, Johor atas tajuk Perancangan dan Pengurusan Organisasi.
Program tersebut dijalankan sebagai salah satu pengisian dalam Tamrin Qiadi PAS Kawasan Ledang yang diadakan di Taman Negara Legenda, di kaki Gunung Ledang.
Alhamdulillah saya mendapat sahabat-sahabat baru terdiri dari YDP PAS Kawasan Ledang, Saudara Rosman Kemin; Setiausaha PAS Kawasan Saudara Ilham; Ketua Pemuda Kawasan, Azmi Ahmad, Bendahari Haji Nasir dan lain-lain.
Banyak pengalaman, ilmu dan idea baru yang saya pelajari dan kongsi bersama sahabat-sahabat PAS Kawasan Ledang.
Terima kasih atas kesudian mereka memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama mengikuti kertas kerja yang dibentang oleh Ustaz Arif Kadir, Timbalan YDP PAS Mersing dan Kuliah Maghrib Ustaz Ishak Nor.
Moga-moga lain kali ketemu lagi.

PRK MANEK URAI : ABE UJI SERUPA PAK SU WIL

Daripada cakap-cakap yang didengar di kedai-kedai kopi ramai pemerhati berpendapat rakyat Manek Urai memang setuju dengan pemilihan Haji Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji sebagai calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Malah sesetengah mereka berpendapat sifat dan perawakan Abe Uji tidak jauh berbeza dengan Pak Su Wil yang mudah mesra, senang didekati dan pemurah. Tidak hairanlah bagaimana reaksi spontan rakyat yang tidak putus-putus bertakbir ketika nama Abe Uji diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan sebagai calon PAS malam tadi.
Umno/BN dilihat menghadapi masalah yang agak rumit untuk berdepan dengan ketokohan dan populariti Abe Uji lebih-lebih tidak ada seorang pun bakal-bakal calon BN yang dilihat mampu menandingi ketokohan Abe Uji.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter