Pas Kelantan yakin calonnya, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji), mampu menarik hati pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, 14 Julai ini.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata pengumuman lebih awal nama calon oleh parti itu untuk bertanding membuktikan keyakinan terhadap kemampuan Mohd Fauzi.Katanya, Mohd Fauzi yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai pilihan terbaik pucuk pimpinan parti dan mampu menarik sokongan pengundi.
“Kita tak ada masalah. Kita yakin calon kita ini mempunyai kelebihan, sebab itu kita umum awal dari Barisan Nasional (BN). Siapa pun kita sedia berhadapan,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda berpendidikan tinggi berbanding calon Pas yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda berpendidikan tinggi berbanding calon Pas yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Abdul Fatah berkata, soal latar pendidikan calon bukan ukuran kepada penerimaan pengundi kerana apa yang penting kemampuan calon selain mempunyai hubungan rapat masyarakat setempat.
Katanya, terdapat calon di negara ini berpendidikan tinggi dan sebaliknya, tetapi pemilihan seseorang individu menjadi wakil rakyat terletak kepada sokongan rakyat.
“Mungkin yang tak ada pendidikan mempunyai kelebihan lain dan dalam konteks Manek Urai pun begitu juga, malah sebelum ini Umno tidak menggunakan isu pendidikan. Calon sekarang ni ada kemampuan.
Sebab itu dia dipilih mewakili Pas bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai,” katanya.
Sumber : Hmetro
Comments