SPRM JANGAN HAMPAKAN RAKYAT

Rakyat yang semakin hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi dihidangkan dengan cerita sensasi oleh badan tersebut 2 hari lepas. SPRM dalam kenyataan tersebut dikatakan akan mendakwa beberapa individu yang berprofil tinggi yang dibuktikan melakukan kesalahan rasuah.
Namun Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Jamidan enggan menyatakan nama-nama besar tersebut.
Media hari ini melaporkan bahawa ada 18 'orang besar' yang akan didakwa namun kesahihan berita itu masih dipertikaikan banyak pihak kerana keengganan SPRM mengumumkannya.
Rakyat sebenarnya semakin muak dengan tindak tanduk SPRM walaupun selepas dinaikkan taraf dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kesangsian rakyat ini ada faktanya kerana sehingga kini perasuah-perasuah dalam Umno yang disabitkan kesalahan mereka oleh Lembaga Tataterib Parti Rasuah masih bebas dan tidak pernah didakwa. Antaranya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Jadi kali ini jika Mohd Ali dan perasuah-perasuah dikalangan Umno dan BN tidak didakwa maka kredibiliti SPRM akan terus hilang dan rakyat tidak akan menghormatinya lagi.
Oleh itu saya mengharapkan SPRM supaya bertindak dengan lebih telus, professional dan cepat dalam menangani gejala jijik ini.

Comments

dapbabi said…
bro putarligat x da cte pasal kedah ke??
Anonymous said…
Dulu Inggeris tipu Melayu dengan pelbagai muslihat untuk mengaut kekayaan bumi melayu. Kini UBN pula buat hal lebih kurang sama untuk kekal memerintah. Selalama-lamanya Melayu kena main. teringat pula pada Tok Janggut!!!!