.

.

02 October 2009

KHUTBAH JUMAAT : JAUHI RASUAH, TOLAK ISA SAMAD

Khutbah Jumaat hari ini berkisar kepada jijiknya najis rasuah. Khutbah yang disiarkan secara Langsung Solat Jumaat yang disiarkan Radio IKIM juga mengutarakan tajuk yang sama.
Rakyat diajak sama-sama membenteras najis rasuah di setiap peringkat samada di sektor awam maupun swasta. Khutbah itu juga menegaskan bahawa kerajaan 1Malaysia pimpinan Umno juga komited untuk membenteras rasuah.
Jadi bagi mengambil iktibar dari khutbah saya cadangkan beberapa tindakan perlu dibuat :-
1) BN yang menjadi parti kerajaan menukarkan calonnya di Bagan Pinang iaitu Isa Samad kerana beliau pernah terbabit dengan rasuah
2) Jika BN mengekalkan Isa sebagai calon bagi rakyat di Bagan Pinang mesti menolak BN dan mengundi PAS kerana calon PAS tidak pernah terlibat dengan rasuah dan jenayah lain.
3) Rakyat harus sedar bahawa parti Umno dan BN yang memerintah sekarang adalah sejijik-jijik parti kerana gejala rasuah berlaku berleluasa semasa pemilihan parti tersebut.

Kesimpulannya mari sama-sama kita menghayati khutbah tersebut dengan menolak BN dan pemimpinnya pada pilihanraya akan datang kerana RASUAH.

SEMUANYA KERANA BAGAN PINANG?

Banyak pihak mendakwa beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir dipengarauhi oleh berlakunya Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang. Antaranya :-
1) Pendakwaan terhadap pembunuh Kugan yang meninggal di lokap Polis
2) Pembebasan 5 orang tahanan ISA
3) Pengisytiharan Bandar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat
4) dan lain-lain
Tetapi ada juga pihak mendakwa bahawa kesilapan terbesar BN kali ini ialah memilih Isa Samad sebagai calon. Ini membuktikan bahawa BN tidak memusuhi rasuah dan meredhai rasuah.

BAGAN PINANG : UNDI POS PALING BANYAK DLM SEJARAH PRK

Undi Pos yang berjumlah 4,604 di Bagan Pinang merupakan jumlah undi pos tertinggi dalam sejarah pilihanraya kecil DUN setakat ini.
Jumlah yang besar ini sebenarnya melegakan sesetengah pihak kerana ianya memberikan kelebihan kepada mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa setakat ini hanya keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Kemang yang menunjukkan parti selain dari BN menang undi pos. Di tempat lain undi pos dimenangi oleh BN dengan majoriti yang besar. Biasanya parti selain BN hanya mendapat maksima 10% undi sahaja.
Sebab itulah kali ini BN sangat yakin mereka akan menang besar dengan bantuan undi pos.

30 September 2009

KENA TANGKAP MAKAN DADAH : JAUHI PEMUDA UMNO

Bukan semua pemimpin pemuda Umno yang terlibat dengan dadah, dedah, rasuah dan sebagainya. Tetapi kalau pemimpin pemuda peringkat bahagian pun terlibat dengan dadah macamana dengan pemimpin di peringkat cawangan dan ahli pemuda Umno sendiri.
Diharapkan Umno dapat mentarbiahkan pemimpin pemudanya supaya jangan MAKAN RASUAH dan MAKAN DADAH.
Puteri Umno dan Wanita Umno pula diharapkan dapat tarbiah ahlinya supaya jangan DEDAH dan GODA.
Media melaporkan bahawa Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama. "Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.
Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

BAGAN PINANG : DR MAHATHIR DIBAKULSAMPAHKAN

Pandangan bekas Presiden Umno, Dr Mahathir supaya BN tidak mencalonkan Isa Samad di Bagan Pinang dibakulsampahkan oleh Najib dan Muhyiddin.
Terbukti Najib dan Muhyiddin mengenepikan dengan begitu sahaja pandangan bekas ketua mereka yang disanjung dan dipuja di zaman pemerintahan Mahathir dulu.
Pandangan tersebut dibakulsampahkan oleh pimpinan Umno sekarang lantaran takut akan bayang-bayang kekalahan akibat dari gesaan dan ugutan kuncu-kuncu Isa Samad yang dikatakan berakar umbi di Bagan Pinang.
Bagi saya Dr Mahathir telah memberikan pandangan yang bernas,ikhlas dan jujur demi masa depan negara dan rakyat di mata dunia. Namun kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Najib dan Muhyiddin lupa bahawa impak besar akan melanda Umno dan BN. Mungkin akar umbi Bagan Pinang akan menerima Isa tetapi bagaimana dengan rakyat Malaysia keseluruhannya yang memang bencikan rasuah. Mereka sudah tentu hilang keyakinan dengan Umno/BN kerana tidak serius menangani isu rasuah sehingga perasuah seperti Isa dipilih sebagai calon BN.
Najib dan Muhyiddin juga lupa bahawa masyarakat antarabangsa juga memerhatikan perkara ini. Pelabur kecewa dengan situasi ini. Bagaimana seorang yang terlibat dengan najis dadah diangkat menjadi pemimpin.
Mahathir secara terbuka menggesa supaya tidak mencalonkan Isa Samad di Bagan Pinang.
Sebuah media internet menyiarkan kenyataan terbuka Mahathir beberapa hari lalu yang meminta Isa tidak menerima keputusan Umno jika beliau dipilih sebagai calon.
Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.
Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.
Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.
"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

BAGAN PINANG : SUCI LAWAN RASUAH, UNDI BIASA LAWAN UNDI POS

Demi untuk menyelamatkan Umno/BN dari kalah buat kali kelapan berturut-turut di Semenanjung Malaysia, Barisan Nasional khasnya Umno terpaksa akur dengan kehendak ahli Umno akar umbi Bagan Pinang yang berkeras mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi calon BN.

Akhirnya Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin terpaksa memejamkan mata mereka terhadap kes rasuah Isa Samad walaupun satu dunia telah kenal siapa Isa sebenarnya.

Akibat takut kalah Umno/BN terpaksa menggadai maruah mereka yang sememangnya sudah lama tergadai akibat rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, skandal dan lain-lain. Sesungguhnya pemilihan Isa sebagai calon BN menambahkan koleksi betapa Umno/BN sebenarnya tidak memandang rasuah sebagai perkara besar dan menjijikkan. Sebab itulah tidak ada seorang pun pemimpin Umno dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun jelas mereka didapati melakukan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno.

Pemilihan Mohd Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang sudah tentu amat mengembirakan Ketua Menteri Melaka< Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana Umno/BN seolah-olah meredhai rasuah dan membiarkan seorang pengamal rasuah mewakili Umno/BN. Jadi apa salahnya kalau Ali terus dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Keputusan Umno/BN memilih Mohd Isa, sebenarnya memberikan impak yang besar kepada imej Malaysia dan Najib sendiri. Kalau sebelum ini Najib beriya-iya ingin meneruskan retorik Pak Lah membasmi rasuah kini semua itu hanya omongan kosong. Tidak ada bezanya Najib dan Pak Lah dari segi menangani rasuah. Rakyat mesti sedar tentang perkara ini.

Dunia luar sedang memerhatikan negara dan pemimpin kita samada benar-benar komited membenteras rasuah atau sekadar beretorik dan menanam tebu di bibir mulut.

Najib masih mempunyai masa untuk menarik balik pencalonan Isa jika benar beliay mahu membersihkan imej Malaysia dan dirinya sendiri dari palitan rasuah.

Keputusan Umno/BN ini juga cukup memualkan rakyat di mana mereka tidak diberikan pilihan untuk mengundi calon yang bersih jika mereka mahu mengundi BN. Bagi pengundi yang mahukan wakil rakyat yang bersih sudah tentu mereka tiada pilihan selain mengundi calon PAS, Zulkefly Mohd Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai calon lain yang lebih bersih dan berintegriti. Atau mungkinkah semua pemimpin Umno terbabit dengan rasuah sehingga tiada yang bersih dan suci lagi.

Pekung dan kebobrokan Umno/BN semakin meloyakan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan menolak Umno/BN secara total. Walaupun Umno/BN mungkin menang di Bagan Pinang dengan undi pos namun secara keseluruhan rakyat Malaysia khasnya di Semenanjung semakin meluat dan benci dengan sikap pemimpin Umno/BN yang menghalalkan rasuah.

Isa Samad pernah digantung keahliannya selama 6 tahun dari Umno kerana terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas. Namun selepas itu hukumannya dipendekkan kepada 3 tahun sahaja dan beliau kembali memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang tanpa bertanding tahun lepas.

Rakyat Malaysia saya berasa malu dan sedih dengan pemilihan Isa Samad ini kerana dunia luar melihat seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang menghalalkan rasuah.

Pemilihan Isa Samad ini juga sebenarnya akan menguji sensitiviti rakyat Bagan Pinang terhadap rasuah. Adakah mereka masih boleh menerima calon yang pernah mengamalkan rasuah. Jika di negara barat sudah tentu calon sebegini akan ditolak secara total oleh rakyat.

BAGAN PINANG : ZUL VS ISA

Zul lawan Isa
Tidak Rasuah lawan pernah terlibat rasuah
Tidak pernah kena tindakan disiplin lawan kena gantung dari parti
Muda lawan berumur
Sederhana lawan kaya (dari mana dapat kekayaan - tidak diketahui?)
Wakili parti perjuang keadilan dan kebajikan lawan parti halalkan rasuah

29 September 2009

BAGAN PINANG : UMNO/BN TAKUT KALAH TERPAKSA PILIH ISA

Demi untuk menyelamatkan Umno/BN dari kalah buat kali kelapan berturut-turut di Semenanjung Najib/Muhyiddin terpaksa akur dengan kehendak ahli Umno akar umbi Bagan Pinang yang berkeras mahu Isa menjadi calon BN.
Akhirnya Najib/Muhyiddin terpaksa memejamkan mata mereka terhadap kes rasuah Isa Samad walaupun satu dunia telah kenal siapa Isa sebenarnya.
Akibat takut kalah Umno/BN terpaksa menggadai maruah mereka yang sememangnya sudah lama tergadai akibat rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, skandal dan lain-lain.
Pemilihan Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang sudah tentu amat mengembirakan Ketua Menteri Melaka kerana Umno/BN seolah-olah meredhai rasuah dan membiarkan seorang pengamal rasuah mewakili Umno/BN. Jadi apa salahnya kalau Ali menuntut beliau terus dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Pemilihan Isa ini sebenarnya memberikan impak yang besar kepada imej Malaysia dan Najib sendiri. Kalau sebelum ini Najib beriya-iya ingin meneruskan retorik Pak Lah membasmi rasuah kini semua itu hanya omongan kosong.
Dunia luar sedang memerhatikan negara dan pemimpin kita samada benar-benar komited membenteras rasuah atau sekadar beretorik dan menanam tebu di bibir mulut.
Bagi saya Najib masih mempunyai masa untuk menarik balik pencalonan Isa jika benar Najib mahu membersihkan imej Malaysia dan dirinya sendiri dari palitan rasuah.

BAGAN PINANG : ISA SAMAD DIPILIH, BUKTI UMNO/BN HALALKAN RASUAH

Terbukti rasuah bukan satu kesalahan bagi Umno. Sebab itulah seorang perasuah seperti Isa Samad dipilih sebagai bakal calon BN DUN Bagan Pinang.
Ini mengukuhkan lagi sifat dan prinsip Umno bahawa rasuah dibenarkan dan ianya bukan satu kesalahan jenayah sebagaimana Umno membiarkan Ali Rustam terus menjadi Ketua Menteri Melaka walaupun beliau jelas terbabit dengan rasuah.
Pemilihan Isa Samad cukup memualkan rakyat dan ini membuktikan bahawa Umno/BN tidak serius menangani rasuah.
Pekung dan kebobrokan Umno/BN semakin meloyakan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan menolak Umno/BN secara total. Walaupun Umno/BN mungkin menang di Bagan Pinang dengan undi pos namun secara keseluruhan rakyat Malaysia khasnya di Semenanjung semakin meluat dan benci dengan sikap pemimpin Umno/BN yang menghalalkan rasuah.
Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai calon lain yang lebih bersih dan berintegriti. Atau mungkinkah semua pemimpin Umno terbabit dengan rasuah sehingga tiada yang bersih dan suci lagi.
Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno kerana terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas. Namun selepas itu hukumannya dipendekkan dan beliau kembali memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang tanpa bertanding tahun lepas.

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa malu dan sedih dengan pemilihan Isa Samad ini kerana dunia luar melihat seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang menghalalkan rasuah.

BAGAN PINANG : UMNO/BN MAKIN PANIK

Menjelang hari penamaan calon 3 Oktober ini Umno/BN semakin panik. Semakin dekat dengan hari penamaan calon pemimpin Umno semakin takut untuk berhadapan dengan ahli Umno akar umbi dan semua pengundi Bagan Pinang.

Mengapa pemimpin Umno/BN takut :-

1) Ahli Umno akar umbi mahukan Isa Samad menjadi calon sedangkan Pengerusi Umno/BN Negeri Sembilan dan pusat mahukan calon lain.

2) Mood pengundi memang masih bersama Pakatan Rakyat seperti pada 7 pilihanraya kecil sebelum ini.

3) Tekanan dari Pakatan Rakyat terhadap SPR dan Kementerian Pertahanan berhubung dengan undi pos sedikit sebanyak mencemaskan BN kerana mereka bergantung 100 % kepada undi pos untuk menang.

TIDAK DIBENARKAN SIMPAN JANGGUT

Ini satu lagi peraturan menyalahi hak asasi manusia dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Guru-guru yang berusia bawah 50 tahun di Tajikistan tidak lagi dibenarkan menyimpan janggut, namun dibenarkan untuk mengajar dengan memakai but hujan, menurut peraturan baru kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

“Lelaki yang berusia lebih 50 tahun dibenarkan menyimpan janggut yang panjangnya tidak melebihi tiga sentimeter, manakala golongan muda pula mesti tampil kemas,” menurut salinan dekri kementerian pelajaran yang dilaporkan secara meluas oleh akhbar tempatan.

“Manakala untuk kasut, apa-apa sahaja kasut yang bertutup penuh adalah dibenarkan, termasuk kasut pelapis,” tambahnya.

Tajiskistan, sebuah negara miskin di Asia Tengah yang bersempadan dengan Afghanistan berkata, peraturan tersebut merupakan sebahagian daripada pembaharuan pendidikan yang bertembung dengan mentaliti dan cara hidup rakyat tempatan.
Diharapkan pemimpin negara-negara umat Islam lain tidak menuruti jejak langkah Tajikistan ini.

TAMAN BUAH-BUAHAN JADI SARANG MAKSIAT

Laman Web PAS Cawangan Chabau membongkar satu lagi pembaziran di Melaka. Taman Buah-buahan Selandar yang dulunya menjadi kebanggaan penduduk Selandar kini menjadi sarang maksiat.

Jika dulunya banyak gerai yang menjual buah-buahan yang dikeluarkan daripada taman buah-buahan tersebut, kini kemeriahannya tidak ada lagi. Taman tersebut juga menjadi tempat kaki karaoke menyanyi sehingga menganggu pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengulangkaji pelajaran.

Nasib baik selepas banyak teguran dibuat oleh penduduk kampung akhirnya ia ditutup.

Tinjauan wakil laman web tersebut mendapati papan tanda taman ini terbiar dan tidak terurus.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap taman ini harus memanfaatkan tempat tersebut seperti pembukaan gerai makanan dan lain-lain agar taman ini dapat dimanfaatkan semula.

Apa yang menjadi kemusykilan sekarang ialah tempat tersebut juga menjadi medan kaki botol.

Tinjauan krew laman web itu mendapati botol-botol arak bertaburan dan bersusun di atas grandstand, seolah-olah tempat tersebut menjadi tapak pesta minum arak dan perlakuan maksiat.
Perbuatan ini harus dihentikan segera supaya ia tidak menjadi gejala yang merosakkan akhlak anak-anak muda. Pihak berkuasa seperti polis, Pegawai Agama, JKKK, Rela dan sebagainya mestilah bekerjasama bagi membenteras gejala ini.

Amatlah merugikan projek yang memakan kos berjuta ringgit seperti ini tidak di manfaatkan sebaik mungkin.

28 September 2009

BAGAN PINANG : ISA PUTIH MATA?

Isa Samad putih mata? Itulah antara gembar gembur yang bertiup kencang berhubung calon BN yang bakal diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin esok di Bagan Pinang.
Muhyiddin hari ini menyatakan bahawa ada lebih dari 1 nama yang dikemukakan kepada Umno Pusat untuk dipilih. Ini bermakna selain Isa ada nama lain yang sedang dipertimbangkan oleh pimpinan pusat.

Sudah tentu calon selain Isa adalah calon yang pimpinan Umno Negeri dan Pusat. Ini kerana Umno Bahagian dan cawangan mahukan Isa Samad bertanding walaupun Isa jelas perasuah dan pemakan suap.
Kita tunggu esok siapa yang bakal dinobatkan oleh Muhyiddin. Esok juga kita akan dapat lihat apa reaksi penyokong Isa jika beliau tidak dipilih.
Namun begitu saya yakin jika Isa tidak dipilih beliau sudah tentu akan dapat habuan lain. Mungkin habuan itu lebih besar dari apa yang beliau dapat jika menjadi YB Bagan Pinang. Untuk memujuk orang Umno mudah sahaja bagi projek, kontrak dan pangkat senyap lah dia. Pujuk ahli Umno lagi senang bagi mereka makan 'free', melancong 'free' habis cerita.

ZUL CALON PAS BAGAN PINANG

Kalau di Permatang Pasir PAS memilih Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding di sana, kemungkinan besar PAS juga akan berbuat demikian dengan memilih Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkiply Mohd Omar bertanding di Bagan Pinang.
Zul (panggilan mesra) bagi PJ Negeri Sembilan memang dikenali ramai oleh rakyat negeri tersebut bukan sahaja di kalangan kaum Melayu malah lain-lain kaum pun turut sama merasai nikmat kepimpinannya yang sentiasa mengambil tahu permasalahan rakyat.
Isu Broga, Bukit Pelanduk dan lain-lain isu masyarakat menjadi agenda perjuangan sejak dari mula-mula memimpin PAS Negeri Sembilan bermula sebagai aktivis pemuda sehingga sekarang.
Tidak hairanlah kalau PAS memilih beliau menjadi calon Bagan Pinang. Memang kena pada tempatnya. Namun calon lain seperti YDP Kawasan Telok Kemang, Ramli Ismail juga mempunyai kelayakan yang setanding dengan Zul. Buktinya jelas Ramli berjaya mengurangkan majoriti BN dari 4,00o lebih pada PRU 2004 kepada 2,000 lebih sahaja pada PRU 2008 lalu.
Apa yang penting calon PAS sudah pasti bersih, berpengalaman, berakhlaq dan diterima semua kaum.

JALAN KG PENGKALAN MINYAK KE TAMAN PENGKALAN JAYA BERLUBANG-LUBANG

Semasa melalui jalan Kg Pengkalan Minyak ke Taman Pengkalan Jaya baru-baru ini saya dapati ianya rosak teruk di beberapa tempat.

Adalah diharapkan pihak berwajib dapat membaikinya dengan segera sebelum kejadian tidak diingini berlaku terutama kepada penunggang motosikal yang mungkin terjatuh jika terlanggar lubang tersebut.
Pihak JKR, JKKK dan Wakil Rakyat diharapkan dapat menjenguknya untuk diambil tindakan.
Insya Allah jika saya ada kesempatan saya akan postingkan gambar jalan berlubang itu di dalam blog ini.

PENDUDUK TAMAN PENGKALAN JAYA MOHON SURAU

Saya menziarahi salah seorang rakan yang tinggal di Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil beberapa hari lepas.
Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan memohon jasabaik saya untuk memanjang permintaannya di dalam blog saya ini tentang rayuan mereka bagi pembinaan surau di taman tersebut.
Alangkah baiknya jika Wakil Rakyat DUN Ayer Molek, Dato' Yunos Hussin atau mana-mana agensi kerajaan dapat membantu penduduk di taman tersebut membina surau bagi kegunaan masyarakat setempat.

Taman tersebut sudah didiami lebih kurang setahun yang lalu tetapi surau masih belum dibina
Jika sekiranya ada tetamu blog ini yang terbaca posting dapat kiranya ia dipanjangkan kepada YB Dato' Yunos dan YAB Dato Seri Ali Rustam.

PEMUDA MELAKA KECAM ALI RUSTAM

Kenyataan akhbar Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Khairul Che Salleh berhubung dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka dalam Sinar Harian MNS2 28 Sept 2009.
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Mohd Ali Rustam sebagai menangguk di air yg keruh ekoran daripada kenyataan Mursyidul Am PAS Tn Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap Ibrahim Ali. Ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh Mohd Ali, adalah amat jelas sekali bahawa tuduhan itu hanya menonjolkan lagi kelemahan beliau sekaligus membuktikan UMNO memang berminat kepada pemimpin yang korup.
“ Soal pembangunan yang dinyatakan oleh Mohd Ali sebenarnya itulah yang bersifat retorik , apa makna pembangunan ketika disaat ini rakyat terpaksa berhadapan dengan tekanan perbelanjaan yang tinggi sehinggakan mengheret rakyat menjadi hamba dunia tanpa memikirkan kesejahteraan hidup bersama keluarga dan bermasyarakat dan saya hairan melihat disaat beliau memperlekeh kenyatan Mursyidul Am beliau seolah terlupa bahawa beliau sendiri memiliki kredibiliti yang teruk dengan isu rasuahnya , salah laku pengurusan pentadbiran serta terlampau banyak pembaziran dana kerajaan yang diperolehi dari rakyat untuk ‘projek’ yang’ diprojekkan’ oleh syarikat yang berkepentingan .
”Oleh yang demikian Pemuda PAS Melaka amat menyokong kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyifatkan "Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" dan sekaligus mengigatkan bahawa yang sepatutnya melepaskan jawatan bukan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sebaliknya beliau (Mohd Ali) yang mesti mengosongkan kerusi Ketua Menteri Melaka dengan segera bagi membolehkan kerajaan negeri ditadbir oleh orang yang lebih berintegriti .
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga menasihatkan dan mencabar Ibrahim Ali supaya melepaskan segera jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas berikutan sikap beliau yang menonjolkan berlawanan dari dasar-dasar yang telah galas oleh PAS dalam urustadbir kerajaan di Negeri Kelantan dan jika beliau merasakan beliau mampu membeli rakyat Pasir Mas dengan retorik pembangunan ayuh silakan untuk memasuki pentas Pilihan Raya bagi membolehkan rakyat menentukan yang mana ikhlas untuk mewakili rakyat.

ISU SELCAT : MENGAPA BISING-BISING

Isu tidak puashati dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) sedang hangat diperkatakan sekarang.
Bagi saya mudah sahaja. Sebarang isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri wajib diselesaikan secara musyawarah dalaman dan tidak perlu diperbesar-besarkan kepada umum atau media. Kerajaan mempunyai medium dan cara sendiri bagi menyelesaikannya.
Jika ianya tidak dapat diselesaikan di peringkat pentadbiran kerajaan negeri ia seharusnya dirujuk kepada pimpinan atasan parti untuk diselesaikan. Tidak perlulah kita rumitkan keadaan.

Lebih buangkan masa kita untuk tegakkan keadilan dan kebajikan kepada rakyat. Lebih banyak kerja lain yang seharusnya kita jalankan bukannya bazirkan masa untuk perkara-perkara sedemikian. Kita semua sudah besar panjang dan matang berpolitik.

SIAPA KATA SAMY DIBENCI RAKYAT?

"Saya yakin Samy Vellu masih disayangi oleh rakyat. Kalau tidak masakan beliau masih terus mendapat sokongan padu dari ahli MIC pada pemilihan parti itu baru-baru ini." kata salah seorang sahabat saya.
Itu pandangan sinis beliau bila diajukan soalan tentang Samy, Presiden parti paling lama yang masih tidak mahu turun dari 'takhta'nya. Beliau masih perasan yang rakyat sukakan beliau.
Cuma rakyat Parlimen Sungai Siput sahaja yang menolak beliau.
Signal yang ditunjukkan oleh rakyat Sungai Siput gagal dibaca oleh Samy sehingga beliau masih perasan rakyat sukakannya.
Dr Mahathir pun cemburu dengan beliau. Sehebat-hebat Dr Mahathir pun terpaksa turun dari 'takhta' namun Samy masih gagah. Rakan-rakannya seperti Ling Lion Sik, Lim Kheng Yaik dan Dr Mahathir sendiri sudah lama 'pencen'. Cuma beliau dan Taib Mahmud sahaja yang masih mahu terus menjadi pemimpin parti masing-masing.
Lebih hebat lagi Samy langsung tidak dicabar untuk jawatannya. Apa rahsia beliau tuan-tuan lebih tau.
Dr Mahathir pun cemburu dengan beliau sehingga menyarankan Samy Vellu supaya mengambil cuti daripada bertugas sebagai Presiden MIC selama 20 tahun dan bukannya dua bulan sahaja.

Dr. Mahathir berkata, Samy Vellu sepatutnya sudah tidak memegang jawatan itu lagi kerana sudah berada di situ selama 30 tahun.

Kata bekas Perdana Menteri itu, keengganan Samy Vellu melepaskan jawatannya itu hanya akan menimbulkan kebencian ramai orang.

BERILAH PELUANG PADA PENGUNDI POS BUAT PILIHAN TERBUKA

Saya menggesa SPR dan Kementeria Pertahanan memberikan peluang seluas-luasnya kepada pengundi Pos di DUN Bagan Pinang membuat pilihan terbuka pada 11 Oktober tanpa adanya desakan, ugutan, rasuah dan sebagainya.

Selain itu saya juga mengharapkan pengundi pos ini diberikan peluang untuk mendengar kempen dan membaca buletin, risalah dan apa juga bahan kempen parti-parti yang bertanding nanti.
Saya yakin itu yang dimahukan oleh pengundi pos bukannya mendengar kempen sebelah pihak iaitu dari menteri dan bos-bos mereka sahaja.
Diharapkan suatu pembaharuan drastik dapat dilakukan kali ini berbanding dengan peristiwa lama yang penuh dengan kontroversi dan dakwaan yang meloyakan.
Dalam posting terdahulu saya telah menyatakan keluhan dan dakwaan bekas-bekas anggota tentera tentang perilaku orang-orang tertentu yang melakukan penyelewengan terhadap undi pos sehingga memberikan kelebihan kepada parti-parti tertentu pada setiap kali pilihanraya.

BERAHIM ALI : MEMANG DARI DULU SAYA TAK SETUJU

Sewaktu nama Ibrahim Ali diumumkan sebagai calon PAS untuk Parlimen Pasir Mas menjelang Pilihanraya Umum 2008 dahulu, saua memang tidak setuju. Tapi apakan daya saya hanya ahli biasa PAS apatah lagi bukan orang Kelantan pun.
Walaupun keputusan PAS Kelantan meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon ada strategi politik namun bagi saya keputusan itu adalah silap. Berahim sendiri bukannya mempunyai pengaruh yang kuat. Malah tewas teruk pada Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir sebelum itu.
Kini Berahim mula menunjukkan sifat semulajadi beliau iaitu lupa diri dan suka lawan taukeh tak tentu pasal.
Berahim tidak mengira siapa, dia belasah tanpa usul periksa.
Saya menyokong desakan yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz supaya Berahim letak jawatan.

MAAF TAK UPDATE

Kesibukan atas urusan peribadi menyebabkan blog ini tidak dapat diupdate selama 4 hari selain dari masalah talian.
Insya Allah bermula hari ini saya akan cuba updatekan blog ini sebagaimana biasa. Banyak isu-isu yang bergentayangan yang menarik untuk dianalisis dan dikupas.
Terima Kasih atas sokongan anda.
Jangan lupa puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Tinggal 20 hari lagi untuk merebutnya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter