21 July 2018

SAYU DAN SEDIH SAMPAIKAN KERUSI RODA


Adun Durian Tunggal, Sofi Wahab telah menerima aduan dari 2 orang kakak dari Bukit Balai Durian Tunggal iaitu Kak Fatemah Binti Ahmad dan Kak Azizah Binti Jonet yang memerlukan kerusi roda. Mereka telah memohon kerusi roda bertahun-tahun lamanya.

Selepas 2 hari permohonan dibuat, petang ini beliau telah menyampaikan kerusi roda kepada kedua-dua mak cik tersebut.

"Sayu dan sedih melihat mereka bergenang air mata menerima kerusi roda. Apa yang berlaku sebenarnya sehingga kerusi roda begini pun tak mampu diberi oleh kerajaan sebelum ini" ujar Sofi ketika ditemui di rumah Kakak Fatemah Ahmad petang ini.

MELAKA : BELUMPUN 3 BULAN TAPI BANYAK KEJAYAAN DICAPAI

Walaupun kerajaan PH Melaka belum mencapai usia 3 bulan tetapi banyak kejayaan telah dicapai. Antaranya :
1) Parkir percuma Sabtu dan Ahad
2) Bantuan pendidikan bagi semua kursus pengajian 
3) Semua Tender kerajaan dilaksanakan secara tender terbuka
4) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan negeri
5) Penubuhan Melcat - Badan Pemantau Kompetensi, Pertanggungjawaban, Ketelusan
6) Menghadkan jawatan Ketua Menteri kepada 2 penggal sahaja
7) Menubuhkan Institut Tun Perak sebagai Badan Pemikir bagi negeri Melaka
8) Meluluskan bantuan JKM tanpa perlu melalui ADUN
9) Mengembalikan kepentingan kerajaan dan rakyat dalam projek Melaka Gateway
10) Menyusun semula ALP, Pengurusan Agensi Kerajaan Negeri dan GLC bagi memastikan keberkesanan dan kemajuan badan-badan tersebut.

ADLY DAN SOFI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN

Adun Durian Tunggal, Mohd Sofi Abdul Wahab satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Melaka dari Parti AMANAH Negara mengangkat sumpah sebagai Adun Melaka Khamis lalu.

Beliau yang memenangi Dun Durian Tunggal pada PRU14 Mei lalu dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam.

Selain Sofi, Ketua Menteri iaitu Adly Zahari juga dari AMANAH. Insya Allah wakil-wakil rakyat Parti AMANAH akan berusaha untuk menjalankan AMANAH sebaik mungkin.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter