SAYU DAN SEDIH SAMPAIKAN KERUSI RODA


Adun Durian Tunggal, Sofi Wahab telah menerima aduan dari 2 orang kakak dari Bukit Balai Durian Tunggal iaitu Kak Fatemah Binti Ahmad dan Kak Azizah Binti Jonet yang memerlukan kerusi roda. Mereka telah memohon kerusi roda bertahun-tahun lamanya.

Selepas 2 hari permohonan dibuat, petang ini beliau telah menyampaikan kerusi roda kepada kedua-dua mak cik tersebut.

"Sayu dan sedih melihat mereka bergenang air mata menerima kerusi roda. Apa yang berlaku sebenarnya sehingga kerusi roda begini pun tak mampu diberi oleh kerajaan sebelum ini" ujar Sofi ketika ditemui di rumah Kakak Fatemah Ahmad petang ini.

Comments

Unknown said…
YB, yang lepas biarlah jadi iktibar...
I said…
Betul..jangan yb nk unkit2 pasal yg lepas... kita dah tau perangai dorang memang macam itu....
Unknown said…
Betul tu yang lepas jangan dikenang. Teruskan usaha membantu yg memerlukan.
zul said…
Brg yg lps usah dikenang