.

.

04 February 2011

IKTIBAR BUAT KERAJAAN DIKTATOR

?Kerajaan diktator seluruh dunia mesti mengambil iktibar dari penentangan rakyat Mesir dan Tunisia terhadap pemimpin mereka yang zalim dan kaya raya.

Kita lihat pemimpin kerajaan kedua-dua negara itu begitu zalim membunuh dan mengurung ulama di negara tersebut. Selain itu saudara mara mereka menjadi golongan yang kaya raya tidak terhingga.

Mari kita 'teropong' dan selidiki apakah sifat kedua-dua pemimpin negara itu ada pada pemimpin negara kita?

Berapa orang ulama dan pemimpin politik di negara kita dipenjara di bawah ISA?

Adakah keluarga pemimpin kita kaya raya?????

Cuba tuan-tuan fikirkan?

03 February 2011

PRK MERLIMAU : JENTERA PAS TURUN HABIS-HABISAN

PAS akan turun habis-habisan menerangkan kepada rakyat di Merlimau tentang kegagalan kerajaan negeri Melaka yang gagal menyelesaikan masalah banjir, pembaziran duit rakyat, penyelewengan dan rasuah yang membarah di negeri dan negara kita.
Kita juga akan berusaha menyedarkan rakyat bahawa negeri ini sekarang ditadbir oleh seorang perasuah yang didaoati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Umno. Rakyat Melaka khususnya pengundi DUN Merlimau berhak menggesa Ketua Menteri Melaka supaya meletakkan jawatan dengan memastikan BN kalah di Merlimau. Ianya sebagai isyarat kpeada Ali Rustam supaya meletakkan jawatan.
Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Melaka antaranya pembinaan Eye On Melaka, MIBC, Pembangunan Pulau Melaka, Stadium Hang Jebat, Litar Go-Kart, Monorel dan sebagainya.
Rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan barangan harian. Namun kerajaan BN terus mendiamkan diri membiarkan rakyat terkapai-kapai menjalani kehidupan harian.
Gambar : Banjir di Taman Angkasa Nuri 1/2/2011

01 February 2011

MELAKA MAJU : BANJIR TERUS MELANDA

Melaka dikatakan negeri maju tetapi malangnya isu asas seperti banjir pun tidak dapat diatasi. Walaupun kerajaan negeri melaung-laungkan Melaka telah maju dari semua segi tetapi tebrukti dakwaan itu hanyalah masuk bakul angkat sendiri.

Banjir yang melanda negeri Melaka khususnya di Asahan dan Alor Gajah gagal diatasi kerana sememangnya kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan konkrit untuk mengatasinya.

Bila rakyat dan Wakil Rakyat PR bertanya kepada kerajaan negeri jawapan yang diberi ialah tiada peruntukan dan dalam perancangan. Itu sahaja jawapan mereka.

Akhirnya rakyat terus menderita dan berada dalam keadaan trauma.

Saya sempat melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gangsa, Durian Tunggal. Antara masa banjir yang ditemui ialah Mamet Alang, 41 dari Taman Angkasa Nuri. Beliau telah tinggal di taman tersebut lebih dari 5 tahun berkata ini kali kedua kawasan itu dilanda banjir.

"Sudah 2 kali berlaku banjir, tetapi kerajaan negeri nampaknya tidak mengambil langkah yang berkesan, selepas 4 tahun banjir berlaku lagi"

"Banyak projk pembangunan dilaksanakan kerajaan negeru tetapi ianya membazir dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat, sepatutnya peruntukan lebih besar mesti diperuntukkan untuk masalah banjir ini" ujar Mamer seorang pekerja swasta.

30 January 2011

PRK TENANG : BN MENANG MAJORITI LEBIH 3,000 UNDI

BN menang dengan majoriti lebih dari 3,000 undi. BN dilaporkan mendapat 6698 dan PAS 2963 undi. Majoriti BN 3735. Terdapat kira-kira 1000 undi lagi belum dikira.

PRK TENANG : 6. 48 PM : PAS 2033, BN 4420

PRK TENANG :6.45 PM : BN 3737, PAS 1692

PAS 1692 , BN 3737

PRK TENANG : KAWASAN MELAYU KUBU KUAT BN

Peti Undi Sawah Baru (saluran 1) - PAS 55, BN - 212.

PRK TENANG : PAS MENANG BESAR DI PETI UNDI BANDAR LABIS TENGAH

Peti Undi Bandar Labis Tengah - SMK Kamarul Ariffin - PAS 801, BN 365. Majoriti - 436 undi

PRK TENANG : PAS 1136, BN 634

PAS menang di kawasan Cina setakat ini. Di mana sehingga posting ini dibuat PAS mendahului dengan majoriti 502 di mana PAS mendapat 1136 dan BN 634. Ini termasuk keputusan undi Pos. BN dijangka akan memintas PAS di semua peti undi Melayu.

PRK TENANG : PAS MENDAHULUI

Peti Undi Labis Tengah (Saluran 4) - PAS 209, BN 90 (Kawasan Majoriti Cina)
Pei Undi Bandar Baru Labis - PAS 123, BN 64.

Jumlah - PAS 335 BN 269.

PRK TENANG : UNDI POS PAS DAPAT 3 UNDI SAHAJA

Undi Pos terus menjadi post dated cek untuk BN apabila PAS hanya memperolehi 3 undi berbanding BN yang mendapat 115 undi.

PRK TENANG : 71.78 % KELUAR MENGUNDI, BN DIJANGKA MENANG LEBIH 2,000 UNDI

Angka tidak rasmi yang saya perolehi menyaksikan bahawa 71.78 % atau kira-kira 10,593 pengundi Tenang menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Dari jumlah ini dijangkakan Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim akan memperolehi 4,204 undi Melayu, 1,446 undi Cina dan 763 India iaitu jumlahnya 6,413 undi. Manakala Cikgu Normala Sudirman calon PAS memperolehi 4,180 undi. Majoriti BN sebanyak 2,233 undi.

Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat masih memberikan sokongan kepada PR kerana ianya tidak jauh dari keputusan PRU 2008.

PRK TENANG : MELAYU 19 %, CINA 65 % DAN INDIA 40 % KEPADA PR

Beberapa pemerhati politik menjangkakan BN akan menang selesa pada PRK Tenang ini. Namun begitu BN tidak akan memperolehi majoriti sehingga 5,000 undi sebagaimana yang diwar-warkan oleh pimpinan mereka.

Dengan peratusan yang diperolehi oleh PR iaitu 19 % sokongan pengundi Melayu, 65 % pengundi Cina dan 40 % pengundi India, BN dijangka menang dengan majoriti antara 3,000 hingga 4,000 undi sahaja.

Keputusan banyak dibantu oleh kegagalan pengundi Cina keluar mengundi pada tahap maksima disebabkan masalah hujan lebat dan banjir serta ketidakadilan pihak tertentu yang gagal memberikan sepenuhnya bantuan kepada mangsa banjir di kawasan tertentu untuk keluar mengundi.

Selain itu terdapat juga aduan berlakunya pembelian undi, ugutan, rasuah dan sebagainya yang sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada BN.

PRK TENANG : KIRAAN UNDI BERMULA, MUTALIGAT AKAN LAPORKAN KEPUTUSAN SEMASA TIDAK RASMI

Kiraan undi akan dimulakan bila-bila masa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup jam 5.00 petang tadi. Kesemua pusat pengundian memulakan pengiraan undi selepas ianya ditutup.

Adalah dijangkakan keputusan tidak rasmi pertama akan diketahui menjelang jam 7.00 malam bagi mana-mana saluran dan pusat pengundian yang mempunyai pengundi kurang dari 1,000 orang.

Blog ini akan cuba melaporkan keputusan terkini tidak rasmi dari kesemua peti-peti undi.

PRK TENANG : 2O MINIT LAGI UNTUK BUANG UNDI

Pengundi Tenang mempunyai 20 minit lagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Masih ramai pengundi Tenang yang belum mengundi kerana sehingga jam 4.30 petang tadi hanya kira-kira 69.3 % pengundi sahaja membuang undi. Peratusan ini amat rendah jika hendak dibandingkan Pilihanraya Kecil lain.

Adalah diharapkan pengundi yang belum menunaikan tanggungjawab mereka segera berbuat demikian sebelum pusat pengundian ditutup jam 5.00 petang nanti.

PRK TENANG : 63.2 % KELUAR MENGUNDI SEHINGGA JAM 3.25 PTG

Sehingga jam 3.25 petang tadi kira-kira 63.2 % pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing.Pengundi Cina lebih ramai yang keluar mengundi di sebelah petang berbanding di awal pagi tadi.

PRK TENANG : BELI UNDI, UGUT RASUAH DAN MACAM-MACAM LAGI

Beberapa insiden memalukan berlaku di Tenang hari ini. Antaranya dakwaan tentang insiden membeli undi dan lain-lain. Saya tidak hairan jika perkara ini berlaku kerana sememangnya ia menjadi amalan parti lawan sejak dari dahulu, kini dan selamanya.

Namun bila ianya dilaporkan kepada pihak berkuasa belum tentu ianya akan diambil tindakan kerana si pelaku seolah-olah kebal dan punya imuniti.

Rasuah, ugut, beli undi dan sebagainya sudah lama menjadi taktik ampuh piihak terbabit.

PRK TENANG : BLOG INI AKAN MENYIARKAN KEPUTUSAN TERKINI TENANG

Seperti biasa blog ini akan menyiarkan keputusan terkini DUN Tenang dari masa ke semasa bermula jam 6.00 petang sehingga keputusan rasmi diumumkan.

Kepada semua tetamu diharapkan mendoakan kemenangan PAS/PR di Tenang.

PRK TENANG : MENGUNDI NAIK SAMPAN?

Hujan lebat mencurah-curah sejak malam tadi berkemungkinan besar akan menyebabkan beberapa kawasan di dalam DUN Tenang digenangi air pagi ini. Jadi sudah tentu akan ada pengundi yang terpaksa naik sampan untuk keluar mengundi.

Keadaan ini juga akan mempengaruhi jumlah pengundi yang akan membuang undi di Tenang.

Selain itu ada pihak yang teringat nostalgia Pilihanraya Kecil Parlimen Arau beberapa tahun lepas di mana pada malam sebelum pengundian, hujan turun dengan lebat beserta angin yang agak kuat. Akhirnya keesokan harinya calon PAS, YB Ustaz Hashim Jasin menang dengan mengalahkan calon BN, Ismail Kassim. Padahal sebelum itu ramai menjangkakan bahawa Ustaz Hashim akan tewas dengan mudah di kubu kuat BN tersebut. Apakah kejadian yang sama berulang di Tenang.

Walaupun kajian Ilham Center menunjukkan bahawa BN akan menang selesa dengan majoriti lebih dari 3,000 undi tetapi ianya tidaklah 100 % betul akan apa sahaja keputusan boleh berlaku.

Kepada semua pengundi Tenang, khasnya kepada pengundi PAS/PR adalah diharapkan mereka keluar beramai-ramai walaupun basah kuyup. Apa yang penting kita mesti memberikan isyarat dan amaran kepada kedurjanaan BN yang sudah mencengkam dan menzalimi rakyat lebih dari 50 tahun.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter