.

.

31 January 2009

DUA EXCO PERAK DARI PKR SERTAI BN? ~ Ref Malaysiakini

Media melaporkan bahawa 2 orang Exco Kerajaan Negeri Perak dari PKR gagal dijejaki semenjak 4 hari lalu. Usaha untuk menjejaki mereka gagal.
Ramai mendakwa bahawa kedua-duanya iaitu Jamaludin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu telah 'diculik' oleh BN untuk tujuan politik. Adalah dijangkakan kedua-dua akan membuat pengumuman yang mengejutkan semua pihak.
Saya yakin perancangan ini dibuat oleh BN khasnya Umno untuk mengimbangi tindakan ADUN Bota yang menyertai PKR beberapa hari lepas.
Antara tawaran yang mungkin diberikan kepada 2 Exco tersebut pengguguran tuduhan rasuah; wang dalam jumlah besar dan lain-lain tawaran menarik.
Jika benar dakwaan ini, maka inilah satu taktik tidak bertamadun yang diamalkan oleh Umno/BN demi untuk menutup malu mereka yang kalah dalam Pilihanraya Kecil dan juga aib dengan penyertaan ADUN Bota ke dalam PKR.
Saya mendoakan kedua-dua Exco Perak ini tetap teguh dengan prinsip perjuangan dan tidak menggadai maruah masing-masing.

ISU LOMPAT MASUK PR : ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN ~ Ref Malaysiakini

Saya cukup rasa gumbira (gembira) apabila setiap kali pemimpin PR terutama Anwar Ibrahim bercakap akan ada ADUN dan Ahli Parlimen BN melompat menyertai PR, pemimpin Umno dan BN akan mengatakan ianya angan-angan.
Tetapi angan-angan itu telah menjadi kenyataan dengan kemasukan ADUN Bota, Nasaruddin Hashim. Walaupun ianya sudah nyata tetapi pemimpin BN masih menyatakan ianya angan-angan. Hari ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru, Zahid Hamidi sekali mengulanginya dengan menyatakan ianya hanyalah angan-angan.
Menurut Zahid, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memasang angan-angan jika mengharapkan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak yang akan menyertai parti itu mengikut jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, penghijrahan sekumpulan anggota UMNO di kawasan Bota untuk menyertai parti pembangkang itu juga hanya sesuatu yang bersifat sementara.

“Mereka (PKR) bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat lagi.. itu semua kenyataan politik, tetapi tidak melihat kepada hakikat dan realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mesra Rakyat anjuran Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak di sini hari ini.
Baguslah Zahid, biarlah pemimpin Umno/BN menyatakan ianya angan-angan dan tidak berusaha menghalangnya. Apa yang penting PR akan terus menerangkan kepada pemimpin dan ahli Umno bahawa Umno adalah parti jijik dan kotor yang penuh dengan rasuah. Umno juga sudah berada dalam keadaan nazak, jadi apa yang ditunggu lagi sebelum perahu Umno tenggelam selamatkan diri masing-masing dengan menyertai PR.

500 HADIR PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Kuala Lumpur : 500 rakyat prihatin hadir pada majlis pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Kompleks membeli-belah Sogo di sini jam 3.00 petang tadi.

Antara akitivis bahasa yan hadir ialah pimpinan GMP iaitu Dato' Hassan Ahmad, Prof Dr Shaharil Mohd Zain, SN A Samad Said, Prof Dr Awang Sariyan, Khalid Salleh; Hasni Abas, Prof Dr Abdullah Hassan, Suhaizan Kaiat dan lain-lain.
Sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat pelbagai kaum hari ini Insya Allah mampu diterjemahkan pada himpunan 100,000 GMP yang bakal diadakan pada awal Mac depan di Perkarangan Istana Negara.

BENARKAH SAMY MAHU LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Benarkah Presiden MIC, Samy Vellu akan meletakkan jawatan tahun ini.? Suatu persoalan yang sebenarnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh ahli MIC yang majoritinya sudah meluat kepada Samy. Malangnya dengan kuasanya sebagai Presiden MIC, Samy bermaharajalela memecat dan menggantung sesiapa sahaja yang cuba menentangnya pada pemilihan MIC.
Hari ini Samy buat kali pertama bercakap soal perletakan jawatan. Menurut laporan media ketika membayangkan kemungkinan itu, bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, "saya hanya akan berada dalam MIC antara enam hingga tujuh bulan sahaja."

Bagaimanapun beliau tidak memberikan dengan jelas tarikh akan berundur daripada memegang jawatan itu.

Kata Samy Vellu lagi, jikapun bersara daripada politik tahun ini beliau tetap akan memantau perjalanan MIC dari dekat.

"Saya tidak akan tinggal di Australia ataupun Britain selepas melepaskan jawatan.
"Saya akan tinggal di Kuala Lumpur untuk melihat perkembangan semasa politik," kata beliau yang dipetik oleh akhbar Makkal Osai hari ini.
Nampaknya Samy masih ada hati untuk memantau MIC dari dekat. Mungkin beliau melepaskan jawatan itu secara rasmi tetapi kroni dan talibarutnya masih mendominasi MIC.
Malah kenyataan Samy untuk melepaskan jawatan itu hanya gimik politik untuk meredakan kemarahan kaum India kepada MIC. Siapa yang tidak kenal Samy? Ahli politik yang didakwa licik, keras, samseng dan bertindak apa sahaja untuk menyelamatkan kariernya sejak lebih 20 tahun lalu.

MENTERI BESAR PERAK BERTUKAR TANGAN? ~ Ref Malaysiakini

BN Perak tidak pernah serik dengan masalah dalaman mereka. Akibat dari masalah yang dialami oleh Umno di mana ramai ADUN mereka mula hilang kepercayaan kepada parti rasuah itu, Umno kini mencari isu baru untuk memecahbelahkan PR.
Terbaru Umno dijangka akan memainkan isu PAS akan kehilangan kerusi Menteri Besar jika lebih ramai ADUN BN menyertai PKR. Isu ini mula disensasikan di dalam akhbar harian semalam.
Saya yakin ada dalang dari Umno/BN yang nampak isu ini mungkin dapat memecahbelahkan perpaduan PR. Perang saraf mungkin bagi mereka akan memberikan kesan positif supaya PR berpecah. Mungkin juga mereka merasakan PAS akan berasa terancam dan tidak menentang kemasukan ADUN BN kedalam PKR. Sedangkan isu ini sebenarnya tidak berbangkit.
Bagi PAS sebagai sebuah parti yang matang dalam sepak terajang politik Malaysia sudah pasti tidak mudah melatah dengan apa juga perang saraf musuhnya. PAS bukanlah sebuah parti yang gila kuasa, gila pangkat dan mabuk kuasa seperti Umno/BN. PAS tidak pernah meminta ADUNnya dilantik menjadi Menteri Besar. Datuk Seri Ir Nizar juga tidak pernah bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Perak. Semuanya atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Baginda yang berkuasa memilih Menteri Besar.
Jadi tidak timbul masalah penggatian Menteri Besar dan sebagainya. Semuanya atas budi bicara Baginda Sultan Perak. Umno/BN tidak perlu menggunakan isu ini. Jika mereka masih memainkan isu ini bermakna mereka cuba menghina Sultan Perak.

Umno TERTINGGAL 50 TAHUN KE BELAKANG ~ Ref Malaysiakini

Politik moden tidak pernah menganjurkan kepada mana-mana parti politik agar menggunakan sistem kouta bagi membolehkan seseorang calon bertanding pada pemilihan mana-mana parti-parti politik.
Sistem Kouta ini hanya digunakan oleh parti yang ketinggalan zaman dan tidak bertamadun.
Mengapa ianya tidak dianjurkan oleh politik moden? Sebabnya ialah sistem ini bakal mencetuskan perkara yang tidak sihat dan melanggari undang-undang. Oleh kerana itulah sewaktu sistem kouta ini hendak diamalkan di dalam Umno zaman Mahathir dulu ramai para sarjana politik tidak bersetuju. Tetapi ianya diamalkan juga atas kepentingan peribadi penyandang jawatan kerana takut kedudukan mereka tergugat.
Kini baru Umno separuh sedar bahawa sistem ini sebenarnya menjahanamkan negara dan Umno. Pemimpin yang menang dalam pemilihan adalah pemimpin yang kotor dan jijik dengan rasuah.
Sehari dua ini baru terdengar bahawa Umno membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak.

Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.
Terbukti Umno tertinggal 50 tahun kebelakang. Sudah parah baru tersedar namun masih belum insaf.
Sedangkan PAS dan parti-parti PR yang lain tidak pernah menggunapakai sistem kolot dan mundur ini.

USTAZ GHANI KEMALANGAN ~ Ref Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Ghani terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur pagi ini.
Kemalangan itu berlaku ketika beliau cuba mengelak sebuah motosikal. Kereta yang dipandu beliau melanggar pembahagi jalan. Ustaz Ghani cedera di bahagian dada. Beliau kini sedang berehat di rumahnya di Cheras.
Semoga Ustaz Abdul Ghani cepat sembuh.

DULU LIWAT KINI KHALWAT ~ Ref Malaysiakini

Isu liwat Anwar Ibrahim belum berakhir. Kini isu khalwat Exco Negeri Selangor YB Dr Halimah Ali pula dibangkitkan. Saya hairan mengapa isu mengaibkan sebegini menjadi mainan politik. Bukankah di dalam Islam tuduhan ini sangat berat. Orang yang menuduh tanpa akan dihukum. Ianya bukan main-main. Tetapi perkara sebegini sudah jadi mainan sekarang.
Tidak adakah cara lain yang lebih sopan, halal dan masuk akal untuk digunakan bagi 'berperang' dengan lawan politik masing-masing. Banyak lagi cara dan kaedah untuk menghentam lawan politik. Jangan jadikan isu yang bahaya dan haram di sisi Islam sebagai modal politik untuk mencapai tujuan peribadi dan parti.
Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.
Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang.
"Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam. "Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com.

KHAIRUL STABIL

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khairul Che Salleh semakin stabil dan boleh bercakap walaupun masih lemah.

Saya sempat melawatnya malam tadi. Insya Allah beliau semakin sihat. Sama-sama kita doakan beliau sempat sembuh. Turut serta melawat beliau malam tadi ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Mazlan Mohd Yassin, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Sufian Abu Bakar dan beberapa yang lain.

30 January 2009

BN MASUK PR, PR MASUK BN ~ Ref Malaysiakini

Pelbagai spekulasi dan perang saraf dimainkan oleh kedua-dua gabungan parti terbesar di Malaysia ini.
PR mendakwa ADUN BN masuk PR (dakwaan ini benar apabila ADUN Bota melakukannya), BN mendakwa ADUN PR masuk BN (dakwaan ini bohong-setakat tiada yang masuk BN).
Masing-masing cuba membuat perangs saraf.
Namun kenyataan yang sudah sahih ialah ADUN Bota menyertai PKR. Tiada apa yang disangsikan ianya telah berlaku.
Ada 2 negeri yang dilihat kritikal dalam soal lompat melompat ini. Negeri itu ialah Perak dan Negeri Sembilan.
Bagi Perak jika jika lebih ramai ADUN BN menyertai PR ianya tidak memberikan kesan besar, cuma PR bertambah kuat itu sahaja. Soal pertukaran Menteri Besar dan barisan Exco tidak timbul lagi.
Namun jika 4 ADUN BN menyertai PR di Negeri Sembilan maka kerajaan baru PR akan ditubuhkan. Ini yang amat ditakuti oleh BN sekarang. Ia tidak mustahil boleh berlaku kerana melihat kepada situasi terkini menunjukkan bahawa ahli politik kita sudah terbuka dan berubah fikiran sekelip mata.

Oleh kerana takut kehilangan sebuah negeri lagi BN cuba membuat serangan psikologi dengan mendakwa 2 Exco kerajaan negeri Perak dari PKR akan menyertai BN. Benar atau tidak kita kurang pasti. Tetapi Menteri Besar Perak sudah pun menafikan perkara tersebut.

Begitu juga dengan Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan dakwaan PR bahawa beberapa ADUNnya akan menyertai PR.

Sama-sama kita tunggu ...........

NAJIB TAK LAYAK KETUAI UMNO PERAK ~ Ref Malaysiakini

Umno benar-benar ketandusan pemimpin. Sepatutnya bukan Najib yang dilantik menggantikan Tajol Rosli untuk jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perak kerana Najib sendiri sebenarnya adalah pemimpin yang lembap dan lemah.

Buktinya 2 kali PRK yang diketuai beliau iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu BN tewas. Bukan sahaja tewas tetapi kecundang dengan teruk dan memalukan.

Jadi Najib tidak layak untuk mengetuai Umno Perak yang juga kalah teruk pada PRU 12 disebabkan rakan sebantalnya iaitu MCA dan MIC tersungkur.

Terbukti Umno memang tiada pemimpin berwibawa sehingga terpaksa melantik orang lemah, lembap dan tidak cerdik seperti Najib mengetuai Umno Perhubungan Negeri Perak.

Saya setuju benar dengan perlantikan Najib kerana mudahlah bagi PR untuk mempertahankan negeri Perak pada PRU 13 kerana Najib terbukti tidak mempunyai idea yang bernas untuk mengalahkan PR.

Takziah buat Umno kerana melantik orang yang tidak berkeupayaan.

NAJIB TAK LAYAK KETUAI UMNO PERAK ~ Ref Malaysiakini

Umno benar-benar ketandusan pemimpin. Sepatutnya bukan Najib yang dilantik menggantikan Tajol Rosli untuk jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perak kerana Najib sendiri sebenarnya adalah pemimpin yang lembap dan lemah.

Buktinya 2 kali PRK yang diketuai beliau iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu BN tewas. Bukan sahaja tewas tetapi kecundang dengan teruk dan memalukan.

Jadi Najib tidak layak untuk mengetuai Umno Perak yang juga kalah teruk pada PRU 12 disebabkan rakan sebantalnya iaitu MCA dan MIC tersungkur.

Terbukti Umno memang tiada pemimpin berwibawa sehingga terpaksa melantik orang lemah, lembap dan tidak cerdik seperti Najib mengetuai Umno Perhubungan Negeri Perak.

Saya setuju benar dengan perlantikan Najib kerana mudahlah bagi PR untuk mempertahankan negeri Perak pada PRU 13 kerana Najib terbukti tidak mempunyai idea yang bernas untuk mengalahkan PR.

Takziah buat Umno kerana melantik orang yang tidak berkeupayaan.

KERAJAAN BARU PR BAKAL TERBENTUK? ~ Ref Malaysiakini

Walaupun Ketua Pembangkang tidak meletakkan tarikh seumpama 16 September untuk membentuk kerajaan baru namun pemerhati politik Anwar masih berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.
Kemasukan ADUN Bota, benar-benar dijadikan titik tolak kepada gerakerja menumbangkan kerajaan BN. Khabarnya gerakerja tersebut makin serius tetapi dalam senyap. Tidak mustahil ianya akan berlaku. Siapapun tidak menyangka Nasaruddin Hashim akan masuk PKR. Siapa pun tidak menduga Kapten Zahar Hashim menyertai PAS.
Jadi tidak mustahil jika ada ADUN atau Ahli Parlimen BN masuk PR.

Malah kemungkinan untuk anggota kabinet sendiri menyertai PR pun diperkatakan orang sejak-sejak akhir-akhirnya. Walaupun 'sebakul' sumpah taat setia dibuat tetapi sumpah kepada manusia boleh dilanggar kerana manusia yang wajib ditaati jika ianya tidak menyuruh kita melakukan maksiat. Dalam konteks BN hari ini bukan kecil-kecil maksiat yang dilakukan malah sebesar-besar maksiat terus menjadi amalan istiqamah mereka. Contohnya menolak hukum Allah, menjalankan undang-undang ISA, menzalimi kerajaan PR, menindas rakyat dengan harga barangan mahal, rasuah terus menjadi amalan dan sebagainya.
Jadi saya tidak hairan jika Putra Jaya bakal bertukar tuan tidak lama lagi. Begitu juga saya tidak hairan jika Menteri Besar Negeri Sembilan juga bertukar tangan selepas ini.
Semuanya boleh terjadi setelah ahli-ahli Parlimen dan ADUN muak dan jijik dengan tingkah laku pemimpin BN dan kerajaan BN.
Ayuh jangan tunggu lama-lama, mari kita bina Malaysia Baru.!!!

MAT HASSAN PENING KEPALA? ADUN NAK LOMPAT MASUK PR? ~ Ref Malaysiakini

Kepala Menteri Besar Negeri Sembilan benar-benar serabut dan pening. Semuanya gara-gara ADUN Bota, YB Nasaruddin Hashim menyertai PR baru-baru ini.
Keberanian ADUN Bota tersebut cukup dibimbangi oleh Mat Hassan. Beliau begitu ngeri, takut-takut ADUN BN Negeri Sembilan mengikut jejak langkah Nasaruddin.
Mat Hassan cukup takut kerana kerajaannya hanya mempunyai majoriti 4 kerusi sahaja. Kalau 4 orang ADUN BN menyertai PR, maka tumbangkan kerajaan BN dan pencenlah Mat Hassan dari jawatan Menteri Besarnya. Jika 4 ADUN BN masuk PR maka PR akan ada 19 kerusi dan BN tinggal 17 kerusi. Jika itu berlaku Mat Hassan akan 'merampas' kerusi Loke Siew Fook sebagai Ketua Pembangkang dan salah seorang ADUN PKR atau PAS akan menjadi Menteri Besar kerana ia mestilah seorang Melayu. Walaupun DAP mempunyai majoriti tetapi DAP tiada ADUN Melayu.
Hari ini Mat Hassan menafikan desas-desus beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional akan menyertai pembangkang.
"Kalau ada dakwaan, suruh dia bagi nama. Yang DAP Perak risau sangat pasal apa, jagalah negeri Perak itu," Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan DAP Perak yang tersiar dalam laporan muka depan akhbar China Press yang menyebut tiga atau empat wakil rakyat negeri akan menyertai Pakatan Rakyat.

APAKAH PAK LAH / NAJIB BERANI MACAM ERDOGAN ~ Ref Malaysiakini

Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan membuktikan keberanian beliau membawa suara umat Islam apabila mengecam pemimpin Yahudi Laknatullah, Simon Peres pada program Forum Ekonomi Sedunia di Davos semalam.

Erdogan dengan tegas berkata Presiden Israel, Simon Peres," anda membunuh manusia".

Peres dengan bongkak berkata kepada Erdogan bahawa dia akan bertindak sedemikian jika roket jatuh kepada Istanbul.

Erdogan berkata lagi, saya sangat sedih apabila orang bertepuk tangan kepada apa yang anda katakan, sedangkan begitu ramai manusia dibunuh, dan saya fikir ianya sangat salah dan tidak berperi kemanusiaan.

Ucapan Erdogan seringkali diganggu oleh Moderator, David Ignatius yang tidak memberikan ruang yang secukupnya kepada Erdogan sebaliknya Peres bercakap secara panjang lebar.

Ahirnya Ignatius meminta Erdogan menghentikan ucapannya setelah beliau berani mengeluarkan kecaman kepada Peres yang zalim dan jahat tersebut.

Di akhirnya ucapannya yang ringkas, Erdogan mengucapkan, "terima kasih banyak-banyak, terima kasih banyak, saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini".

Apa yang ingin saya katakan di sini, ADAKAH NAJIB DAN PAK LAH berani berucap sebagaimana yang dilakukan oleh Recep Tayyib Erdogan.?

Mungkinkah selepas ini ada lagi pemimpin negara umat Islam yang berani bercakap seumpama Erdogan. Saya yakin hanya ada seorang lagi yang berani iaitu AhmadiNejad. Yang lain saya tidak nampak semuanya menikus dan kecut perut.

SAYANGKAN ATAU BENCIKAN BAHASA MELAYU ? ~ Ref Malaysiakini

Jika anda sayangkan Bahasa Melayu tidak mahu ianya dihina dan seterusnya pupus, maka saya cadangkan saudara-saudari semua hadir beramai-ramai di hadapan Kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan Gabungan Membantah PPSMI (GMP) jam 3 petang esok.

Program ringkas ini diakhiri dengan acara pelancaran oleh Pengerusi Induk GMP, Dr Hassan Ahmad.

JIKA ANDA BENCIKAN BAHASA MELAYU DAN MAHU IANYA DIPUPUSKAN, MAKA ANDA BOLEH CADANGKAN SUPAYA POLIS MENANGKAP PARA PESERTA HIMPUNAN ESOK.

NAMUN SAYA RASA ANDA TIDAK PERLU MENCADANGKANNYA KERANA POLIS SUDAH FAHAM DENGAN KEHENDAK KERAJAAN BN YANG SEMEMANGNYA BENCIKAN BAHASA MELAYU.

SUDAH PASTI POLIS AKAN BERKAWAL DI SANA DAN 'SILAP HARIBULAN' PESERTA HIMPUNAN AKAN DITANGKAP.

Itulah nasib Bahasa Melayu ditanahair sendiri. Akibat dari sifat bongkak, hati batu, kuda kayu, otak udang dan sebagainya Bahasa Melayu melukut di tepi gantang di negara sendiri.

PENGERUSI UMNO PERAK : PERLANTIKAN NAJIB HINA ORANG PERAK ~ Ref Malaysiakini

Perlantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak merupakan penghinaan kepada Umno Perak. Ianya seolah-olah menafikan keupayaan anak Perak untuk menerajui Umno negeri mereka sendiri.
Saya yakin ada di antara ahli-ahli Umno Perak rasa terhina dengan perlantikan Najib.

Persoalaannya, tidak adakah lagi pemimpin Umno dari negeri Perak yang layak untuk Tajol Rosli yang meletakkan jawatan semalam.
Adakah Umno Perak sudah ketandusan pemimpin berwibawa dan berkarisma.?
Perlantikan ini sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada pemimpin Umno Perak sedia ada yang sememangnya sudah lama memasang angan-angan untuk menduduki kerusi no. 1 dalam Umno Perak.
Bukankah Umno Perak masih mempunyai pemimpin seperti Zahid Hamidi, Zamri Kadir, Raja Ahmad Zainuddin, Hamzah Zainudin, Tajudin Abdul Rahman dan lain-lain.
Apakah mereka tidak layak untuk diketengahkan? Kasihan kepada Umno Perak.
Saya cadangkan kepada pemimpin Perak supaya menuruti tindakan YB Nasaruddin Hashim menyertai Pakatan Rakyat kerana tidak ada gunanya mereka bersama Umno yang tidak mengiktiktiraf keupayaan mereka.
Apa ditunggu lagi, ayuh moh kita masuk PR!!!

HEBATNYA NEGERI YANG DIPERINTAH BN ~ Ref Malaysiakini

Negeri-negeri yang diperintah PR sering dilemparkan dengan tuduhan dan tohmahan jika berlaku kesilapan dan kelemahan kerajaan negeri PR.
Tohmahan dan tuduhan ini sering dilakukan oleh media pengampu seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3 (Suku) dan lain-lain.

Namun jika sesuatu keburukan dan masalah itu berlaku di negeri BN maka beritanya jarang sekali kita tonton dan dengar. Kalau ada pun ditayangkan kepada kita betapa wakil rakyat BN sangat peka dan berjaya mengatasi masalah tersebut sepantas kilat.

Tetapi saya tertarik dengan laporan sebuah media harian tentang masalah penduduk Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis, Pahang yang terpaksa menggunakan bekalan air paya untuk kegunaan seharian, sejak sepuluh tahun lalu.

Mana pergi ADUN BN, Abdul Rahman Mohamad dan bekas ADUN Abdul Halim Mansor sehingga sudah 10 tahun ianya tidak diselesaikan.

Apakah BN hendak menunggu sehingga 20 tahun baru isu ini hendak diselesaikan.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

TAJOL ROSLI LETAK JAWATAN : KINI BARU KAU SEDAR? ~ Ref Malaysiakini

Masih ingatkah kita kepada tindakan dan tingkah laku, Ketua Pembangkang DUN Perak, Tajol Rosli yang tidak langsung menghormati Menteri Besar Perak semasa Sidang DUN Perak beberapa bulan lepas?


Kalau sebelum ini Tajol dilihat sebagai pemimpin yang lemah lembut, berhemah dan berdisiplin, namun mungkin akibat BN Perak kalah teruk pada PRU 12 sifatnya jauh berbeza apabila berkelakuan biadap terhadap Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia.


Beliau langsung tidak menunjukkan sifat matang dan rasional ketika berbahas di dalam DUN. Sebab itulah sikap kurang ajar beliau diikuti oleh ADUN lain terutama ADUN Pangkor, Zamri Kadir.
Semalam keangkuhan Tajol terlerai dan beliau mula sedar siapa dirinya.


"Saya tidak cukup kuat," demikian reaksi awal Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali selepas keputusannya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Umno Perak diterima oleh Majlis Tertinggi (MT).

"Ini bukan sahaja saya rasa bertanggungjawab terhadap peletakan jawatan ADUN Bota, tetapi saya juga rasa tidak terpikul tanggungjawab untuk memenangkan semula Perak," kata beliau lagi.

KINI BARU KAU SEDAR.

NAJIB MULA PERKUKUH EMPAYAR ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Presiden Umno, Najib Razak mula merancang untuk mengukuhkan empayarnya apabila bertindak menggantikan Tajol Rosli yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Umno Negeri Perak.
Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini.
Perlantikan Najib ini dilihat sebagai satu cara untuk memastikan pengaruhnya bertambah kuat di Perak, salah satu negeri yang mempunyai Bahagian yang banyak.
Tajol Rosli dilihat benar-benar kecewa dengan tindakan ADUN Bota keluar dari Umno dan menyertai PKR. Tindakan beliau meletakkan jawatannya merupakan langkah beliau untuk terus dilupakan oleh Umno Perak. Karier politiknya juga dijangka akan berakhir selepas penggal ini.

SETIAUSAHA LAJNAH PENERANGAN MELAKA KRITIKAL ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khairul Che Salleh di masukkan ke Hospital Besar Melaka malam tadi akibat sakit jantung.
Menurut doktor yang merawatnya keadaan beliau adalah kritikal dan memerlukan rawatan rapi.
Semasa melawatnya awal pagi tadi, beliau masih lemah dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Darah juga keluar dari mulutnya. Doktor menasihat beliau supaya banyak berehat.
Beliau yang mengadu sakit pada jam 7.00 petang dikejarkan ke hospital beberapa minit selepas itu.
Saya mengharapkan para tetamu blog ini dapat mendoakan beliau supaya cepat sembuh.

RINTIHAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Inilah salah satu rintihan rakyat yang dihantar kepada saya (Maaf Bahasa yang digunakan adalah bahasa santai dan sms)

Kenapalah perlu parking berbayar terutamanya di kawasan-kawasan awam? walaupn org berpikir yg bayaran RM1.00 terutamanya di tmpat letak motorsikal murah tp kalo selalu parah gak "kocek" dibuatnya.

Mengapakah lot parking terutamanya di kawasan2 awam seperti Melaka sentral, hangtuah mall dan sebagainya kene bayar walaupun segala infrasturuktur telah dibina menggunakan duit rakyat(cukai2 yg dipungut oleh kerajaan).

Satu lagi, apakah modal yang disumbangkan oleh pengusaha2 lot-lot parking ini...tar(duit rakyat), infrastruktur (duit rakyat), elektrik (guna lampu jalan ajer sudey tu pn duit rakyat)........rasanya modal terlalu ciput (besi, mangga, pondok satu) so diorg nie meniaga atas angin ajer dan untung besar.

Satu lg isu, sekiranya motor atau kereta hilang atau rosak di kawasan parking tersebut, pihak pengusaha awal2 lg telah menyatakan yang "Segala kecurian atau kerugian adalah tanggungjawab pengguna bukannya pengusaha parking berkenaan".

Duit pengguna diorg nak tp bila ader masalah diorg taknak bertanggungjawab. Korang tak pelik kah. Kalo parking di kawasan persendirian tu lain la, dah tentu2 modal agak besar tuan punya tanah yang keluar.

You all pikirla sendiri...

29 January 2009

PEJABAT POS DURIAN TUNGGAL PERLU DI'UPGRADE'

Pejabat Pos Pekan Durian Tunggal perlu di'upgrade' kan supaya perkhidmatannya lebih cekap dan sistematik.
Saya berkesempatan menjengah Pejabat Pos tersebut hari ini kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara peribadi. Untuk pengetahuan semua saya terpaksa menunggu 1 jam setengah untuk mendapatkan giliran saya. Suatu tempoh penantian yang amat panjang dan tidak produktif.
Cuma 2 kaunter sahaja yang dibuka sedangkan pelanggan begitu ramai. Jadi saya yakin sudah sampai masanya pihak Pos Malaysia Berhad menaiktaraf pejabat Pos tersebut. Antaranya menambah bilangan kaunter dan sebagainya.

Semoga mendapat perhatian....

40 AHLI 'CELUP' VS 19 AHLI TULEN ~ Ref Malaysiakini

Angka 40 ini selalu digunakan untuk menggambarkan 40 orang penyamun tarbus. 40 juga jumlah untuk mencukup bilangan untuk solat Jumaat walaupun pendapat mengatakan 12 orang pun sudah memadai.
Maka mungkin itulah sebabnya Umno Melaka khasnya Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggunakan angka 40 untuk menunjukkan bilangan ahli PAS 'celup' yang menyertai Umno.

Sedangkan terbukti bahawa 40 orang itu entah ada entah tidak, malah ahli PAS sebenarnya sudah tidak ada di Musai.
Maka ramai yang percaya 40 orang termasuk 'Ketua'nya Senin Tumpang adalah terdiri dari orang Umno, bekas Umno, atas pagar dan mungkin termasuk bayang-bayang mereka sekali.
Namun malam ini kita akan buktikan bahawa bukan ahli PAS yang masuk Umno, tetapi ahli Umno yang semakin ramai menyertai PAS. 19 orang ahli Umno akan menyerahkan borang keahlian PAS kepada pimpinan PAS Kawasan.
Jadi nampaknya untuk 'round' ini PAS menang 19-0, sebab orang yang masuk Umno di Musai itu tidak ada seorang pun ahli PAS yang sebenar, aktif dan membayar yuran. Cuma mereka mendakwa mereka orang PAS. Malang sekali Umno sekali lagi ditipu oleh 40 orang tersebut.

PEKERJA KILANG SERAH MEMO BANTAH MAJIKAN ~ Ref Malaysiakini

Beberapa orang pekerja sebuah Kilang di Batu Berendam akan menyerahkan memo bantahan terhadap majikan mereka tentang beberapa isu yang melibatkan kebajikan pekerja akan dilakukan pada jam 11.30 pagi di Pejabat Jabatan Buruh di Wisma Persekutuan, Jalan Hang Tuah hari ini.
Antara bantahan yang dikemukakan ialah pekerja kilang tersebut diarahkan mencuci tandas, penukaran tempat kerja tanpa alasan munasabah, masalah asrama dan sebagainya.

Berita lanjut akan menyusul.

ISU PEKERJA : HILANG KERJA, CARI KERJA, PEKERJA ASING MELIMPAH ~ Ref Malaysiakini

12,000 orang hilang pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi sehingga 12 Januari lalu.

600,000 pekerja baru mencari kerja setiap tahun.

Terdapat 1.5 juta pendatang asing bekerja di negara itu.

3 fakta di atas menggambarkan betapa susahnya para pencari kerja untuk mendapat pekerjaan. Ini semua gara-gara kegagalan kerajaan BN menyelesaikan isu pengangguran dan pencarian kerja lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara yang semakin tidak menentu sekarang.

Bulan lepas, kerajaan BN menyalurkan pakej rangsangan ekonomi melibatkan RM7 bilion. Namun keberkesanannya tidak begitu ketara kerana bilangan pekerja yang kehilangan mata pencarian semakin meningkat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk menyalurkan pakej kedua tidak lama lagi. Adakah ianya berkesan?, kita tunggu dan lihat.

Banyak pihak menjangkakan kemelesetan ekonomi kali ini lebih teruk berbanding 1997 kerana ia bersifat lebih menyeluruh dan melibatkan sebahagian besar dunia.

Persoalannya adakah kerajaan kita bersedia untuk menghadapi keadaan ini.

குகன் சவ அடக்கம்: 500 பேர் உடன்செல்ல 20கிமீ ஊர்வலம் - Malaysiakini

போலீஸ் தடுப்புக் காவலில் மரணமுற்ற குகனின் உடல் கிடத்தப்பட்ட பொன் நிற மெர்சடீஸ் பென்ஸ் காரைப் பின்தொடர்ந்து 500 பேர் கொளுத்தும் வெயிலையும் கடும் மழையையும் பொருட்படுத்தாமல் ஊர்வலமாகச் சென்றனர்.

பின்னேரம் மணி 2 அளவில் பெட்டாலிங் ஜெயா மலாயாப் பல்கலைக்கழக மருத்துவ மையத்திலிருந்து ஊர்வலம் சுமார் 20 கிமீ தொலைவிலுள்ள பூச்சோங், இந்து மயானத்தை நோக்கி புறப்பட்டது.

சிறிது தூரம் நடந்தபின் கூட்டத்தினர் அவர்களுடைய வண்டிகளில் ஏறி சவம் ஏற்றப்பட்டிருந்த பென்ஸ் காரைப் பின்தொடர்ந்து சென்றனர்.

தென்இந்திய வழக்கப்படி சவப்பெட்டி வாழை இலைகளால் அலங்கரிக்கப்பட்டிருந்த காரில் ஏற்றப்பட்டு குகன் மரணமடைந்த போலீஸ் நிலையத்திற்குச் சென்று, பின்னர் சடங்குகள் செய்து அடக்கம் செய்வதற்காக மயானத்திற்கு கொண்டு செல்லப்பட்டது.

முதல் சவப் பரிசோதனையில் அவருடைய நுரையீரலில் தண்ணீர் கோர்த்திருந்ததால் குகன் இறந்ததாகக் கூறப்பட்ட மருத்துவ அறிக்கையை குகனின் கும்பத்தினர் நிராகரித்ததைத் தொடர்ந்து இரண்டாவது பரிசோதனை மலாயாப் பல்கலைக்கழக மருத்துவ மையத்தில் நடைபெற்றது.

ஏராளமான செய்தியாளர்கள் - வெளிநாட்டு செய்தியாளர்கள் உட்பட - பின்தொடர எல்டிபி நெடுஞ்சாலை வழியாகச் சென்ற ஊர்வலம் சுமார் 80 நிமிடங்களுக்குப்பின் சுபாங், தைப்பான் போலீஸ் நிலையத்தை சென்றடைந்தது.

அந்தப் போலீஸ் நிலையத்தில்தான் உடலில் கடுமையான காயங்களுக்கு ஆளான 22 வயதான அந்த இளைஞர் மயக்கமுற்று விழுந்து இறந்து போனார்.
அப்போலீஸ் நிலையத்தின்முன் ஊர்வலமாகச் சென்ற கூட்டத்தினர் மற்றும் அவர்களுடன் சேர்ந்து கொண்ட இன்னொரு பெரிய கூட்டத்தினர் இரண்டு நிமிடங்களுக்கு பிராத்தனை செய்ததுடன் போலீசாருக்கு கண்டனம் தெரிவிக்கும் சுலோகங்களை முழங்கினர். அதன் பின்னர், ஊர்வலத்தைத் தொடர்ந்தனர்.

அங்கு 20 போலீஸ் சேமப் படையினர் கண்காணிப்பில் ஈடுபட்டிருந்தனர். ஒரு ஹெலிக்கோப்டர் உயரே சுற்றிக் கொண்டிருந்தது. ஆனால், அசம்பாவங்கள் எதுவும் நடக்கவில்லை.

ஊர்வலம் செல்லும் வழியில் பத்து 14, தேவான் செபாரங்கான் பூச்சோங் முன் போலீஸ் சேமப் படையினரின் இன்னொரு ஒன்பது வாகனங்கள் நிறுத்தப்பட்டிருந்தன.

இரண்டு மணி நேரத்திற்குப் பின்னர் ஊர்வலம் பூச்சோங், கம்போங் பத்து 14 லில் உள்ள மயானத்தைச் சென்றடைந்தது. வழியில் போக்குவரத்து நிலைகுத்தியது. வாகனங்களில் பயணம் செய்தவர்கள் ஒலி எழுப்பி தங்களுடைய ஆதரவைத் தெரிவித்தனர்.

அந்நேரத்தில் கூட்டத்தினரின் எண்ணிக்கை 1000 க்கு மேலாகியது.
இறுதியில், சில சடங்குகள் மற்றும் பிராத்தனைக்குப்பின் மாலை மணி 5.30 க்கு குகனின் உடல் அடக்கம் செய்யப்பட்டது.

அறுவர் கைது செய்யப்பட்டனர்

இதற்குமுன் காலையில் மலாயாப் பல்கலைக்கழக மருத்திவ மையத்திற்குச் செல்லும் சாலைகளை ஊர்வலம் தொடங்குவதற்கு முன்பே போலீசார் மூடினர்.

அறுவர் கைது செய்யப்பட்டனர்: மூவர், தடை செய்யப்பட்டிருக்கும் இண்ட்ராப் இயக்கத்தின் டி-சட்டையை அணிந்து இருந்தனர் என்பதற்காக; இன்னும் இருவர், போலீஸ் தடையை மீறி சவக்கிடங்கினுள் நுழைய முயன்றனர் என்பதற்காக.

கைது செய்யப்பட்டவர்களில் இண்ட்ராப் இயக்கத்தின் ஒருங்கிணப்பாளர் ஆர்.எஸ், தினேந்திரனும் ஒருவர்.

ஆறாவதாகக் கைது செய்யப்பட்டவர் கொலை சம்பந்தமாக சந்தேகிக்கப்பட்டவர் என்று போலீஸ் ஐஜிபி மூசா ஹசான் பின்னர் கூறினார்.
சொகுசு கார்கள் களவாடலில் சம்பந்தப்பட்டிருப்பதாக சந்தேகிக்கப்பட்ட குகன் ஜனவரி 15 ஆம் திகதி கைது செய்யப்பட்டார். அவர் ஐந்து நாள்களுக்குப்பின் விசாரிக்கப்பட்டுக் கொண்டிருக்கும் போது மரணமடைந்தார்.

குகனின் சவ அடக்கத்தை ஓர் அரசியல் கூட்டமாக்கக் கூடாது என்று சிலாங்கூர் மாநில போலீஸ் தலைவர் காலிட் அபு பாக்கர் ஓர் எச்சரிக்கை விடுத்திருந்தார்.

சிலாங்கூர் மாநில அரசாங்கம் சவ அடக்கத்திற்கான செலவுகளை ஏற்றுக் கொண்டுள்ளதாக காப்பார் நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் எஸ். மாணிக்கவாசகம் கூறினார்.

சவ அடக்கத்தில் கலந்து கொண்ட இதர தலைவர்களில் பினாங்கு துணை முதலமைச்சர் பி. ராமசாமி, நாடாளுமன்ற உறுப்பினர்களான கோபிந்த் சிங் டியோ, ஆர். சிவராசா, எம். மனோகரன், தெராசா கோக் மற்றும் சிலாங்கூர் சட்டமன்ற உறுப்பினர் சேவியர் ஜெயக்குமார் ஆகியோர் அடங்குவர்.
பொதுமக்கள் எழுப்பிய கடும் கண்டனத்தைத் தொடர்ந்து சட்டத்துறைத் தலைவர் அப்துல் கனி பட்டெய்ல் இவ்வழக்கை கொலை என்று வகைப்படுத்தினார். இவ்வழக்கு பற்றிய விசாரணைகள் முடிவுற்றுள்ளன.
குற்றவாளிகள்மீது வழக்கு தொடரப்பட வேண்டும்
“இன்றைய சவ அடக்கம் போலீஸ் அத்துமீறலால் ஏற்பட்ட கடைசி சம்பவமாக இருக்க வேண்டும்”, என்று சிவராசா கூறினார்.

“மக்கள் நீதி கோருகிறார்கள். அரசாங்கம், குகனின் மரணம் முழுமையாக விசாரிக்கப்படுவதை, குற்றவாளிகள்மீது வழக்கு தொடரப்படுவதை, அவர்கள் தப்பித்துவிடாமல் இருப்பதை, உறுதி செய்ய வேண்டும்”, என்று அவர் எஎப்பியிடம் கூறினார்.

கைது செய்யப்பட்டவர்களில் ஒருவரான, இண்ட்ராப் ஒருங்கிணைப்பாளர், தனேந்திரன் கைதுகள் நியாயமற்றவை என்று அவர் தடுத்து வைக்கப்பட்டிருக்கும் போலீஸ் நிலையத்திலிருந்து கூறினார்.

“நாங்கள் செய்ததெல்லாம், போலீசாரின் அத்துமீறலால் இறந்து போன ஒருவரின் சவ அடக்கத்தில் கலந்து கொண்டு அவருக்கு மரியாதை தெரிவிக்க வந்ததுதான். இது மலேசிய அரசாங்கம் அதன் மக்களுக்கு, குறிப்பாக இந்தியர்களுக்கு, மரியாதை கொடுப்பதில்லை என்பதைக் காட்டுகிறது”, என்று தொலைபேசி வழியாகக் கூறினார்.

சவ அடக்கத்தில் தனது மனைவி மற்றும் அவர்களுடைய மூன்று குழந்தைகளுடன் கலந்து கொண்ட 38 வயதான பொறியியலாளர் பீட்டர் செல்வநாயகம் குகனின் மரணத்தை சிறுபான்மை இனத்தவருக்கு எதிராகப் பின்பற்றப்படும் வேறுபாட்டுடன் இணைத்துக் கூறியவர்களில் ஒருவராவார்.
“இந்திய சமூகத்தினருக்கு எதிரான அநீதியை நாம் ஏற்றுக்கொள்ளப் போவதில்லை என்பதைக் காட்டுவதற்காக எனது குடும்பத்தினரும் நானும் இங்கு வந்திருக்கிறோம். குற்றவாளிகள்மீது வழக்கு தொடரப்பட வேண்டும். அவர்கள் நீதியின் பிடியிலிருந்து தப்ப விடக்கூடாது”, என்று அவர் கூறினார்.

霹雳州巫统再刮起跳槽风又一州议员放话考虑退党 - Malaysiakini

继霹雳波打区州议员纳沙鲁汀哈欣突然跳槽公正党,引起霹雳州政坛震撼后,又有一名巫统州议员表态,考虑在近期内退出巫统。巫统连登(Lintang)州议员阿末法格(Ahmad Fakeh Adam)表示,他目前仍未决定是否退出巫统。

“目前对是否继续留在巫统或加入反对党,意愿是50-50。

”指民联领袖亲自上门会面

他说,回教党、公正党与行动党的领袖天天致电与传送手机短讯,甚至有一些人亲自上门找他。但是他指出,他目前仍未决定要加入哪一个政党。

称行动党献议出任州大臣

他继称,虽然有行动党领袖献议他跳槽,以便担任州务大臣一职,但是他认为,这只是引诱他跳槽的糖果而已。不过,他表示,本身有意跳槽,因为目前州议员不受到重视,在巫统里仅有区部主席受到看重。阿末法格在去年10月的巫统党选中,竞选和丰区部主席失败。

声称数名州议员不满巫统

他声称还有数名州议员也对目前的局势感到不满。根据报道,对巫统心存不满的州议员尚包括古布牙也(Kubu Gajah)州议员拉惹阿末(Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar)、孟加兰峇鲁(Pengkalan Baharu)州议员韩迪(Hamdi Abu Bakar)和双溪喇叭(Sungai Rapat)州议员哈米达(Hamidah Osman)。

不过,阿末法格表示,他不清楚上述议员是否有意跳槽。

他说,本身曾在霹雳州巫统会议上提出此事,但是未受到理会,结果在纳沙鲁汀跳槽后才惊觉,并开始看重这些州议员。

他说,他对中央政府感到失望,因为迟迟不发放拨款,尽管有关款项早已准备好;但是,中央对于巫统区部主席所要求的款项,却能够迅速发出。

19 AHLI UMNO SERTAI PAS MALAM INI ~ Ref Malaysiakini

Kalau 2 hari lepas Ketua Menteri Melaka mendakwa 40 orang ahli 'celup' PAS menyertai Umno, malam ini Insya Allah 19 orang ahli tulen Umno akan menyertai PAS. Majlis ini akan berlangsung di sebuah restoran di negeri Melaka.

Saya akan melaporkan berita ini dengan lebih lengkap selepas majlis tersebut berlangsung.

Bak kata Pendekar Musytar dalam Filem Pendekar Bujang Lapok, "ini betul-betul bukan main-main".

Kalau Umno main-main dalam hal penyertaan ahli PAS celup ke dalam Umno, PAS tidak berbuat demikian sebaliknya akan memeriksa dahulu kesahihan orang-orang tersebut samada benar-benar ahli Umno atau sekadar penyokong Umno atau mungkin juga tidak berparti. Tidak sebagaimana Umno seringkali mengelirukan rakyat dengan dakwaan bahawa sesiapa sahaja yang mendakwa ahli PAS mereka percaya. Sedangkan mereka yang mengaku ahli PAS tersebut adalah ahli PAS yang sudah terlucut keahliannya; sekadar penyokong; tidak berparti malah kadang-kadang ahli Umno yang berlakon menjadi PAS. Mereka sebenarnya hanya mahukan duit dan habuan yang diterima dari Umno dalam apa juga bentuk.

Sebab itulah PAS tidak risau dengan berita-berita kemasukan ahlinya ke dalam Umno kerana kebanyakan kes itu adalah tidak benar dan palsu. Ini termasuklah isu kemasukan Senin Tumpang dan kononnya 40 orang ahli PAS ke dalam Umno 2 hari lepas. Setelah diperiksa ahli-ahli di Musai boleh dikatakan tiada kerana cawangan PAS Musai juga sudah lama tidak ujud.

Jadi persoalannya sekarang siapa yang menipu dan siapa yang kena tipu. Mungkin Senin Tumpang menipu YAB Ketua Menteri atau sebaliknya.


28 January 2009

TAK HABIS-HABIS TANGKAP RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Tidak adakah cara lain yang boleh dibuat untuk meredakan kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dan Polis. Tangkap bukan jalan penyelesaian terbaik. Kerajaan dan Polis boleh menangkap seberapa ramai rakyat yang mereka mahu tangkap kerana kerajaan dan Polis ada kuasa.

Rakyat 'marah' kerana ada sebab untuk mereka marah. Kalau tidak ada sebab sudah tentu rakyat tidak akan marah dan melakukan demonstrasi.

Kerajaan BN yang kononnya prihatin dan mesra rakyat mesti mencari penyelesaian secara berhikmah dan baik dalam menangani isu seperti ini. Kekerasan dan sikap bongkak dengan kuasa yang ada ditangan tidak akan meredakan rasa tidak puashati rakyat.

Sebaliknya kerajaan dan Polis mesti balik kepada petunjuk agama dan demokrasi iaitu menjalankan kerja dengan telus, benar dan adil. Kerajaan dan Polis mesti kembali kepada asas Islam dalam pentadbiran iaitu berani kerana benar takut kerana salah dan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh rasa tangggungjawab kepada Allah bukan kepada nafsu.

Hari ini 5 orang lagi rakyat ditangkap di Kuala Lumpur ketika upacara pengebumian Kugan seorang pemuda India yang mati di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu. Keluarga Kugan mendakwa beliau mungkin dicederakan dan akhirnya mati akibat kecederaan itu. Tanda-tanda kecederaan itu memang ada di mayat Kugan.

Saya yakin jika kerajaan dan Polis lebih telus, bertanggungjawab dan adil serta tidak pilih kasih sudah tentu rasa tidak puas hati rakyat akan berkurangan dan seterus hilang.

BERUCAP ATAS PENTAS PR KENA PECAT, KEMPEN BN NAIK PANGKAT ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi kezaliman di Malaysia bahawa parti yang memerintah terkenal dengan sifat zalimnya. Hari ini kerajaan BN dan agensinya sekali menunjukkan kekuasaan mereka apabila memecat bekas Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi.
Kesalahannya ialah berucap atas pentas PKR semasa PRK Permatang Pauh Ogos tahun lalu.
Persoalannya adakah Ramlang melakukan kesalahan semata-mata kerana bercakap benar. Beliau hanya menjelaskan yang beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Ramlang tidak pula meminta pengundi supaya mengundi Anwar Ibrahim dan beliau juga tidak mencemuh BN. Adakah itu menjadi kesalahan.
Sedangkan setiap kali Pilihanraya Umum atau PRK, 'berlambak' kakitangan awam yang berkempen untuk BN, berceramah dan merayu undi untuk calon BN. Apakah itu tidak menjadi kesalahan?
Ketua Pengarah Jakim, Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.
Wan Mohamad yang juga bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan Nombor Satu Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

TIMBALAN PRESIDEN : TIADA KOMPROMI, MASING-MASING GILA PANGKAT ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin cadangan Umno Besut supaya calon-calon Timbalan dan Naib Presiden Umno berkompromi adalah tidak masuk akal kerana masing-masing gila pangkat dan kuasa. Mereka lebih rela kalah bertanding dari berputih beri kemenangan percuma.

Sudah pasti calon-calon tersebut tidak akan berkompromi kerana masing-masing mungkin sudah menghabiskan ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk mendapatkan pencalonan yang cukup semasa mesyuarat bahagian baru-baru ini.

Malah calon-calon itu masing-masing 'confident' boleh memenangi jawatan yang mereka tandingi secara tender itu. Siapa yang sanggup mengeluarkan 'qoutation' paling tinggi sudah pasti akan menang.

2 orang calon Timbalan Presiden iaitu Muhammad Taib dan Ali Rustam sudah menyatakan pendirian mereka untuk tidak berkompromi. Sudah pasti mereka tidak mahu kerugian kerana masing-masing untuk banyak membuat pelaburan untuk mendapatkan pencalonan.

Saya juga yakin Muhyiddin juga tidak sanggup berkompromi kerana beliau semestinya yakin boleh menang pada pemilihan nanti. Namun Muhyiddin mungkin silap ahli Umno dan perwakilan bukannya memilih karisma, personaliti dan daya kepimpinan tetapi mereka memilih siapa boleh beri 'fulus' paling banyak.

UMNO Bahagian Besut yang bermesyuarat kelmarin membuat keputusan untuk menyarankan kepada semua calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden supaya berkompromi dan memberi keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan kekuatan parti.

Ketuanya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) dalam masa terdekat.

BN TERDESAK, MALUKAN MUKA PUJUK NASARUDDIN ~ Ref Malaysiakini

Umno/BN benar-benar terdesak terpaksa memalukan muka memujuk ADUN Bota, Nasaruddin Hashim supaya berpatah balik menyertai parti kotor dan mengotorkan Umno.
Memang Umno/BN tidak ada maruah memujuk orang yang sudah tidak sudi untuk bersekongkol melakukan maksiat rasuah dan lain-lain kejahatan.
Sepatutnya sebagai sebuah parti yang sering mendakwa mereka kuat dan gagah tidak perlulah memalukan muka memujuk orang yang sudah tidak sudi bersama-sama Umno. Cerita pujuk memujuk sama seperti suami yang merayu dan merintih supaya bini yang diceraikan kembali rujuk kepadanya. Suami yang sebegini tidak kisah, beliau akan lakukan apa sahaja supaya isteri mahu rujuk kembali hatta menggunakan 'Cina Buta' pun ia sanggup.
Begitulah dengan Umno/BN. Saya yakin sudah tentu Umno/BN akan menjanjikan apa sahaja asalkan Nasaruddin sudi kembali kepada Umno. Umno boleh janji apa sahaja kecuali bulan dan matahari.
Memang benar bahawa Umno begitu takut penyakit melompat parti menyertai PR kerana mereka tahu penyakit boleh berjangkit dan sangat merbahaya sehingga boleh membawa Umno maut.
Sebab itu Umno berusaha sedaya upaya untuk memujuk Nasaruddin.
Media internet semalam melaprokan bahawa Badan Perhubungan Umno Perak kini dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

Saya mengharapkan YB Nasaruddin tidak termakan dengan tawaran dan janji Umno/BN ini kerana semuanya hanya manis dimulut. Kalau mereka menangis pun, air mata mereka tidak boleh dipercayai kerana ianya adalah air mata buaya.

27 January 2009

SUMPAH SETIA KEPADA UMNO TAK WAJIB TAAT ~ Ref Malaysiakini

Hanya janji dan taat setia kepada Allah sahaja yang wajib dipatuhi. Manakala sumpah taat setia kepada manusia tidak wajib ditaati apabila ianya bercanggah dengan Islam dan hukum-hukunya.

Seperti yang kita tahu, tidak ketaatan kepada manusia di dalam perkara-perkara yang maksiat kepada Allah.

Jika sesebuah parti itu tidak mengikut Al-Qur'an dan hadis malah banyak melakukan perkara-perkara maksiat seperti tidak menjalankan hukum Allah bila memerintah, berlaku zalim kepada rakyat, melakukan rasuah dan sebagainya, maka ahli-ahlinya tidak wajib taat malah wajib keluar dari parti tersebut.

Dalam hal ini saya mencadangkan kepada semua ahli Umno supaya keluar dari Umno kerana Umno jelas terlalu menyimpang dari Islam dari semua segi. Samada perlembagaannya, amalan rasuahnya dan lain-lain.

Maka sumpah taat setia ADUN-ADUN Umno Perak kepada BN adalah tidak wajib dipatuhi malah wajib dilanggar atas alasan yang saya berikan di atas.
Media hari ini melaporkan bahawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak telah menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di ibu negara malam tadi untuk menyatakan ikrar akan kekal dalam BN.

Ikrar itu dibuat beberapa jam selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dijangka menyertai Pakatan Rakyat ekoran langkah Datuk Nasarudin Hashim kelmarin.

Ketika dihubungi mStar Online, Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, mereka melahirkan sumpah taat setia untuk terus bersama BN.
Jadi walaupun YB-YB itu telah bersumpah taat setia kepada BN, TETAPI sumpah taat setia itu BOLEH DILANGGAR dan WAJIB DILANGGAR kerana bersumpah untuk terus bersama dengan BN bermakna mereka akan terus bersekongkol dengan parti rasuah, parti zalim dan sebagainya.

PAKAR SAINS POLITIK SEPENDAPAT DENGAN SAYA ~ Ref Malaysiakini

Dalam posting sebelum ini saya menulis tentang kemungkinan besar Tsunami besar bakal berlaku dengan kemasukan beramai-ramai ADUN dan Ahli-ahli Parlimen BN menyertai PR selepas ini. Tsunami kedua bermula dengan kemasukan ADUN Bota menyertai PKR dua hari lepas.

Pandangan saya ini dipersetujui oleh Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin yang menyifatkan tindakan melompat parti ini sebagai permulaan 'gelombang wakil rakyat' mungkin terlalu awal, namun ia tidak mustahil.

"Setakat ini, mungkin terlalu awal untuk meramalkan akan ada lagi wakil rakyat BN yang akan melompat ke pembangkang kerana pada masa ini baru ada seorang wakil rakyat BN yang menyertai pembangkang.

"Jika ada yang kedua (menyertai pembangkang), mungkin itu boleh dikatakan permulaan 'gelombang wakil rakyat' selepas berlakunya 'gelombang rakyat' pada pilihan raya umum, Mac lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Seorang lagi pakar Sains Politik iaitu Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman juga berpendapat, tindakan Nasarudin itu akan menarik wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut jejak langkah beliau.

"Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ia akan menjadi bola salji yang semakin lama semakin besar... semakin lama, semakin ramai pula yang akan bertindak demikian.

"Mungkin pada masa ini, ada yang sedang tunggu dan lihat dan tindakan ADUN Bota ini menyebabkan mereka semakin berani," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin sebagai wakil rakyat Umno menyertai PKR sememangnya sesuatu yang mengejutkan memandangkan ahli-ahli Umno mempunyai disiplin yang kuat dan patuh kepada arahan parti.

"Walaupun beliau adalah ADUN, bukan ahli Parlimen tetapi tindakan beliau sebagai seorang pemimpin daripada Umno sememangnya mengejutkan.

"Kita tidak jangka 'lompat parti' ini akan berlaku di kalangan ahli Umno yang kuat disiplinnya dan sering mengikut arahan parti. Kita jangka mungkin wakil rakyat dari Sabah atau Sarawak," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin itu bagaimanapun merupakan langkah 'selamat' kerana Perak kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

PAS MELAKA PERLU BERUBAH ~ Ref Malaysiakini

Komen menarik blogger angkasanuuri tentang PAS Melaka. Jadikan ia sebagai komen positif untuk memantapkan PAS Melaka.
Komen beliau ....

Saya tertarik dengan tulisan rakan-rakan tentang Pas Melaka. Menurut mereka Pas Melaka perlu melakukan perubahan kalau hendak mencapai kejayaan.

Bagi saya Pas Melaka tidak jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain yang telah berjaya menghantar wakil ke DUN dan Dewan Rakyat. Tidak adanya wakil di sidang Dun dan Dewan Rakyat menyebabkan Melaka kini mendapat jolokan sebagai kubu umno yang paling kuat dalam dunia yang sebelum ini disandang oleh Johor dan Negeri Sembilan. Sehingga ada lawak dari kawan-kawan, kalau Umno letak tunggul kayu bertanding di Melaka pun boleh menang!

Sebenarnya dalam beberapa aspek, Pas Melaka agak mendahului negeri-negeri lain.Program tarbiyyah juga agak mantap. Misalnya usrah Pas kawasan di tempat saya berjalan dengan baik sekali mengikut jadual. Setiap hujung minggu apabila saya hadir bersama keluarga ke kuliah dhuha mingguan yang diadakan oleh Ustaz Zulkifli , Ketua Dewan Ulama Pas Melaka di Baitul Qura kehadiran ahli dan penyokong Pas begitu menggalakkan terutama golongan muda dan profesional.
Begitu juga dengan aktiviti pemuda yang banyak melibatkan program kemasyarakatan dan menjadi pelopor dalam isu kemasyarakatan dan isu semasa. Misalnya isu babi di Paya Mengkuang dan isu Palestin. Malah dalam beberapa aspek lebih baik berbanding dengan negeri-negeri lain. Misalnya aktiviti pengedaran risalah dan misi dakwah pada malam ambang kemerdekaan. Begitu juga dengan aktiviti riadah untuk golongan muda seperti kejohanan bowling yang diadakan baru-baru ini.

Persoalannya kenapa Pas Melaka tak menang atau payah nak menang dalam pilihanraya? Apa yang saya perhatikan Pas Melaka memiliki gabungan yang mantap adunan di antara golongan profesional dan orang lama atau veteran dalam Pas. Cuma apa yang saya perhatikan gerak kerja Pas Melaka masih lagi kurang berfokus. Strategi taktikal dan ilmu pilihanraya masih lagi jauh ketinggalan. Misalnya penculaan dan latihan kepada petugas pilihanraya sudah ketinggalan zaman. Pas Melaka masih terumbang-ambing dalam gerak kerja pilihanraya yang sistematik.

Di samping itu apa yang saya perhatikan kepimpinan Pas Melaka segelintir daripada mereka masih berada dalam zon selesa dan masih mengekalkan gaya kepimpinan 1980-1990-an yang tidak sesuai dengan senario masyarakat sekarang. Untuk membuat perubahan besar Pas Melaka perlu berani membuat perubahan. Perubahan sikap, perubahan organisasi, perubahan strategi dan perubahan dari segi cara dan gaya berfikir.
Wallaualam.

ALI BODOHKAN RAKYAT MELAKA DAN DIRI SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Ternyata tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggembar-gemburkan berita 41 orang ahli PAS dan seorang Ketua Cawangan PAS memperlihatkan ketidakcerdikan beliau. Di samping itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka.
Ali Rustam lupa bahawa rakyat Malaysia kecuali orang Umno sudah cukup faham dengan permainan media pengampu seperti Utusan Meloya (Utusan Malaysia).
Seperti yang saya postingkan di dalam Blog ini semalam, Ismail Tompang (Senin Tompang) adalah ahli PAS yang sudah lama keluar PAS dan berminat untuk menyertai Umno. Sudah bertahun-tahun beliau tidak membayar yuran, malah tindak-tinduknya juga sudah lama diketahui oleh PAS Kawasan Bukit Katil.Beliau adalah bekas ahli Umno yang mempunyai kepentingan diri. Sentiasa bertukar parti yang disokongnya semata-mata kerana mencari habuan. Beliau pernah cenderung kepada DAP dan PKR kemudian berpatah balik menyertai Umno.
Jadi tidak perlulah dirisaukan orang seperti ini tempat yang paling sesuai untuknya ialah bersama Ali Rustam. Jumlah 40 orang lagi ahli PAS yang ikut jejak langkah Ismail adalah tidak benar kerana ahli di cawangan yang sudah lama mati inipun tidak sampai seramai itu. Mungkin Ai Rustam mengirakan jumlah tersebut dengan bayang-bayang sekali. Kalau adapun 40 orang mungkin ianya bukan ahli PAS tetapi penyokong Umno atau orang yang tidak berparti.
Saya hairan bagaimana calon Timbalan Presiden Umno cuba memperbodohkan rakyat. Dalam sedar atau tidak sedar beliau memperlihatkan ketidakcerdikan beliau sendiri.

TERIMA KASIH ATAS MUHASABAH MU NUR AFLAH ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas muhasabah sahabat blogger saya NurAflah yang menasihatkan saya supaya bergambar dengan lebih manis dan tersenyum.
Untuk pengetahuan NurAflah saya memang tidak fotogenik. Gambar saya semua masam. Mungkin lebih masam dari Wan Farid yang dikecundangkan oleh YB Wahid Endut di Kuala Terengganu.
Sebab gambar saya selalu masam mencuka itulah saya tidak mahu bertanding pilihanraya. Sebab kalau bertanding pun mungkin kalah macam Wan Farid (he he he). Lebih bagi orang lain yang lebih manis senyumannya serta juga fotogenik.
Saya memang suka dan sedia mendengar komen dari sahabat-sahabat di luar sana terutama komen dan nasihat yang membina.
Terima kasih sekali lagi kepada NurAflah. Terimalah pantun di bawah ini dari saya ....
Gambar masam orang tak suka
Senyuman manis pasti memikat
Muhasabah nasihat amat berguna
Semoga kita mendapat berkat
Sahabat sejati sentiasa terbuka
Mendengar nasihat tanda sayang
Jangan bersedih jangan berduka
Teruskan jihad sebagai pejuang

26 January 2009

BEREBUT-REBUT LIHAT KEKUASAAN ALLAH ~ Ref Malaysiakini


Tiap-tiap sesuatu yang berlaku di dunia ini ada hikmah dan sebab musababnya. Namun ada sesetengah manusia yang mengaku Islam tetapi tidak mahu menerima kenyataan bahawa segala musibah yang berlaku adalah bala Allah.

Mereka ini mengaitkan semua kejadian tersebut sebagai fenomena alam yang tiada kaitan dengan Allah. Walaupun pelbagai peringatan di firmankan oleh Allah dan hadis disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W mereka tidak juga mahu mempercayainya.

Mengapa mereka begitu takut untuk mengakui kekuasaan Allah dan firman Allah.

Hari ini orang-orang beriman menyambut gerhana matahari atas rasa keinsafan kerana mereka faham bahawa Allah menjadikan gerhana untuk menakutkan hambanya. Namun di sana masih ramai yang melihat gerhana dengan tidak ada rasa apa-apa seolah-olah gerhana itu terjadi dengan sendirinya.

Orang-orang beriman berebut-rebut untuk mengambil peluang untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kejadian gerhana, tetapi orang-orang yang derhaka kepada Allah melihat gerhana hanyalah fenomena Alam yang datang sekali sekala.


PAS KAWASAN BUKIT KATIL ADAKAN PROGRAM SOLAT SUNAT GERHANA ~ Ref Malaysiakini

Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Bukit Katil mengadakan program solat sunat gerhana di surau Solok Gaong Ayer Molek petang tadi.

Solat tersebut dijalankan pada kira-kira jam 4.55 petang diimamkan oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan, Ustaz Mohd Khairi. Kira-kira 60 orang penduduk setempat bersama-sama berjemaah menunaikan solat sunat tersebut.

Dalam khutbahnya selepas solat sunat tersebut, Ustaz Khairi menegaskan bahawa Allah menjadikan gerhana hari ini sebagainya peringatan kepada manusia, sepertimana dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W menegaskan Allah menjadikan gerhana untuk menakutkan manusia supaya kembali kepada Islam dan tunduk kepada Allah.

Gerhana ini bukannya semata-mata fenomena alam tetapi ianya ada hikmah dan sebab mengapa Allah menjadikannya. Manusia mesti berdoa kepada Allah sempena gerhana ini supaya kita semua menjadi hamba Allah yang taat dalam segala sesuatu yang kita lakukan.
Menurut Ustaz Khairi, manusia pada hari ini sudah jauh sesat agama yang akhirnya menyebabkan negara porak peranda, jenayah berleluasa, maksiat didepan mata, hukum Allah dihina dan macam-macam lagi.

"Kita mengharapkan kejadian gerhana ini dapat menyedarkan manusia supaya kembali kepada Islam sebelum terlambat".
"Tidak ada gunanya kita melihat gerhana jika kita tidak insaf dan bertaubat kepada Allah kerana Nabi bersabda antara lain kejadian gerhana ini adalah cara Allah untuk menakutkan manusia, jika manusia tidak takut maka tunggulah saat kehancurannya" tegas beliau yang juga seorang guru agama.



ALLAH JADIKAN GERHANA UNTUK TAKUTKAN MANUSIA ~ Ref Malaysiakini

Hari ini pada jam 4. 45 petang tadi satu lagi gerhana matahari dijadikan oleh Allah S.W.T bagi menggambarkan kekuasaanNya mencipta sesuatu.

Nabi Mohammad S.A.W pernah bersabda bahawa " Allah utuskan gerhana bukan kerana adanya orang yang hidup atau mati tetapi Allah jadikan gerhana untuk menakutkan manusia supaya sedar dan insaf akan kekuasaanNya. Maka bila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah supaya hidup dalam kesejahteraan ,........................
Ternyata bahawa kejahatan, kebongkakan, dan kezaliman manusia hari ini semakin parah dan melampau. Allah turunkan gerhana sebagai peringatan kepada manusia. Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana berserta khutbah bagi mengingatkan manusia betapa berkuasanya Allah menjadikan segala sesuatu.
Namun manusia ternyata tidak pernah insaf dan sedar bahawa sebagai hamba Allah kita mesti meletakkan segala sesuatu yang berlaku ada hikmah dan sebabnya. Malangnya manusia termasuk yang mengaku Islam masih terus ingkar dan bongkak kepada Allah.
Sampai bilakah agaknya manusia ini akan sedar????? Mungkin bila nyawa sudah dihalkum baru masing-masing menyesal....

3 LAGI ADUN BN PERAK SERTAI PR? ~ Ref Malaysiakini

Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Yang mana satu betul??
Benar atau salah dakwaan Nizar, ianya tidak menjadi hal, jika benar PR akan bertambah kuat, BN semakin lemah dan longlai.
Malah bukan itu sahaja, ianya sudah tentu menjadi pemangkin kepada ahli-ahli parlimen BN untuk sama-sama menyertai PR dan akhirnya menumbangkan kerajaan BN yang sudah tua ganyut itu.
Mstar melaporkan suatu berita yang sudah tentu merunsingkan Najib.
Dalam laporannya hari Mstar memuatkan kenyataan Nizar bahawa perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.

Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.

"Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.

Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.

Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.

"BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini.
Insya Allah BN Perak khususnya Umno akan LUMPUH.

PAS MESTI BERSEDIA MENGHADAPI TSUNAMI SETERUSNYA ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin selepas ini Tsunami Besar yang kedua bakal berlaku. Tsunami besar pertama berlaku pada 8 Mac 2008, diikuti dengan Tsunami Sederhana pada Ogos 2008 di Permatang Pauh dan satu lagi Tsunami Sederhana pada 17 Januari lalu di Kuala Terengganu.
Tsunami Besar seterusnya bakal berlaku sedikit masa lagi dan ianya telah dimulakan oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim semalam.
Ramai pemerhati politik tidak menolak kemungkinan bahawa selepas semakin ramai YB-YB dari BN akan melompat menyertai PR setelah lihat kapal BN semakin nazak dan hampir tenggelam. Semuanya adalah disebabkan keangkuhan pemimpin BN yang terus mempertahankan kedudukan mereka dengan menggunakan seribu satu macam cara hatta dengan melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Akhirnya YB-YB, pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahlinya sudah insaf dan sedar bahawa Umno dan BN tidak boleh diubati lagi, hanya menunggu masa untuk ditalkinkan.
Oleh itu kita di pihak PAS mesti bersedia sedaya mungkin untuk menerima kemasukan bekas-bekas pemimpin dan ahli-ahli Umno. Jangan kita hanya menjadi pemerhati kepada gelombang ini dengan hanya memerhatikan mereka ini menyertai parti-parti rakan kita iaitu PKR dan DAP sahaja. Kita mesti turut sama menawarkan mereka untuk bersama dengan perjuangan kita yang sama-sama kita dokongi ini.
Kita mesti yakinkan mereka bahawa PAS juga adalah sebuah parti pelbagai kaum, terbuka, telus, sistematik, kukuh dan sedia menerima sesiapa sahaja untuk bersama PAS melayari perjuangan menegakkan Malaysia Baru yang menjaminkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
PAS mesti bersedia dengan segala persiapan dari segi prasarana, modal insan, infrastruktur, kepakaran dan sebagainya bagi menghadapi situasi getir jika ditakdirkan PR memerintah Malaysia dalam masa terdekat.
Kita semua faham bahawa bukan mudah untuk kita menerajui sebuah kerajaan baru apatah lagi di peringkat pusat. Sudah tentu banyak kerenah, vakum, taktik dan strategi yang perlu dimainkan demi untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PR dan parti-parit komponennya.
Bersedialah dari sekarang ................

SERTAI PR : NAJIB NAFI, TANDANYA SELEPAS INI SEMAKIN RAMAI YANG MASUK PR ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Presiden Umno, Najib Razak hari ini menyatakan bahawa tidak ada seorang pun ADUN atau Ahli Parlimen BN yang akan menyertai PR selepas ini.

Sebelum ini pun Najib dan Imam Hadhari sendiri menafikan bahawa ada wakil rakyat BN akan menyertai PR. Kini terbukti kedua-dua pemimpin Islam Hadhari ini menipu. Semakin banyak kenyataan yang mereka buat semakin terserlah bahawa mereka suka menipu dan berbohong.

Hari ini Najib mungkin menipu lagi dengan mengatakan tidak akan ada lagi wakil rakyat yang mengikut jejak ADUN Bota, Nasaruddin Hashim selepas ini.

Sudah menjadi lumrah bahawa jika Pak Lah dan Najib menafikan sesuatu perkara maka perkara itu akan benar-benar terjadi. Saya yakin selepas ini mungkin semakin ramai yang akan menyertai PR kerana Najib sudah menafikannya. Biasanya pemimpin BN bercakap secara terbalik.

AHLI PAS MASUK UMNO, SATU LAGI SANDIWARA UMNO MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka sekali lagi diperbodoh-bodohkan oleh Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan RTM apabila melaporkan bahawa 40 ahli dan penyokong PAS Cawangan Kg Musai, Bachang menyertai Umno.

Berita tersebut disiarkan oleh RTM hari ini.

Laporan itu menyebut bekas seorang ahli PAS Senin Tompang dan kawan-kawannya dari Kg Musai keluar PAS dan menyertai Umno kerana tidak yakin kepada PAS lagi.

Untuk pengetahuan semua, Senin Tompang sudah lama gugur keahliannya kerana tidak membayar yuran. Beliau juga merupakan ahli yang bermasalah.

Menurut AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Amran Kassim, sebelum Senin menyertai PAS beberapa tahun lalu beliau merupakan ahli Umno dan selepas itu menyertai DAP dan seterusnya menjadi ahli PAS. Selepas itu beliau membuat permohonan untuk menyertai semula Umno tetapi ditolak oleh Umno Cawangan.
"Bayangkan jika sebelum ini Umno cawangan pun tolak beliau sudah tentu beliau merupakan seorang yang bermasalah"

"Baru sekarang Senin diterima menyertai Umno, mungkin beliau terima semata-mata untuk kepentingan politik Umno kononnya ada ahli PAS menyertai Umno, sedangkan Senin sebenarnya sudah lama menjauhi PAS dan cuba menyertai Umno sebelum ini" ujar Amran yang merupakan rakan sekampung Senin.

Sementara itu Mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Berendam (kini Bukit Katil) Haji Mohd Diah Abdul berkata, beliau sangat mengenali Senin sejak dari sebelum beliau menyertai PAS.

"Senin merupakan ahli PAS yang sering memberikan masalah kepada PAS, sebab itu saya tidak hairan jika Senin masuk Umno, sebab beliau sendiri sudah lama menjauhkan diri dari PAS dan tidak membayar yuran keahlian PAS" kata Mohd Diah yang masih menjadi AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Seorang lagi AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Abdullah Ahmad pula berkata, jumlah 40 orang ahli PAS dan penyokong PAS yang didakwa masuk Umno merupakan jumlah yang tidak masuk akal. Ini kerana jumlah ahli PAS Cawangan Kg Musai yang sudah berkubur itu pun tidak sampai 40 orang.

"Saya pasti ahli dan penyokong PAS berkenaan adalah ahli celup yang berlakon mengikut arahan Umno Melaka" kata beliau dengan sinis.

Saya siarkan komen sinis sahabat saya blogger Angkasanuri tentang isu ahli PAS 'celup' masuk Umno.


ALI RUSTAM DAH KERING MODAL

Dalam sibuk-sibuk berita orang Umno masuk ke Pakatan Rakyat , Ali Rustam menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menonjolkan pengaruh dan popularitinya.Ali Rustam masih menggunakan pendekatan 'tradisional' untuk menonjolkan imej menjelang pemilihan jawatan timbalan presiden umno yang ditandinginya.

Masih ingat 'zaman dulu-dulu' media pro Umno akan menyiarkan berita hampir setiap hari berita pemimpin dan ahli Pas masuk Umno terutama menjelang pilihanraya sama ada umum atau kecil. Beratus-ratus kadang kala beribu-ribu angka yang dikemukakan. Tetapi strategi itu tidak digunakan lagi sekarang.

Malah satu yang 'ajaib' dalam sibuk-sibuk orang semakin menolak Umno ada orang yang masih sudi dan teringin masuk Umno.Hari ini Utusan Online melaporkan ketua dan 40 ahli cawangan Pas Kampung Musai di Melaka telah menyertai Umno dan borang permohonan keahlian telah diserahkan pada Ali Rustam.

Ali Rustam mungkin boleh temberang orang yang tinggal di luar Melaka, tetapi tidak orang Melaka seperti saya. Malah Kampung Musai adalah 'port' saya minum setiap pagi kalau tak out station. Mana ada cawangan Pas kat Kampung Musai????

Kalau ada cawangan dan ahli Pas kat situ, itu adalah ahli hantu! Saya cabar Ali Rustam atau mana-mana pihak untuk mengesahkan di Pejabat Agong Pas di Jalan Raja Laut wujud atau tidak cawangan Pas Kampung Musai.Kepada Ali Rustam saya nasihatkan gunakanlah taktik lain untuk pancing undi dan bina pengaruh. Buat malu kat orang Melaka je...

INIKAH 'STANDARD' BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO, BUAT MALU 'COMPANY' JE ...

Umno BERTAMBAH GELABAH ~ Ref Malaysiakini

Umno bertambah gelabah dengan tindakan ADUN Bota menyertai PKR. Kegelabahan Umno semakin kencang setelah mereka tersentak pada 8 Mac 2008 diikuti dengan kekalahan memalukan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Umno dan BN Perak malam tadi bermesyuarat bagi menangani masalah ini khususnya di Perak. Antara yang mungkin dibincangkan ialah kemungkinan untuk memujuk ADUN Bota, YB Nasaruddin supaya berpatah balik menyertai Umno. Malah Ketua Pembangkang DUN Perak, Tajol Rosli mencadangkan supaya Nasaruddin bertemu Najib Razak bagi membincangkan isu tersebut.

Tetapi saya yakin ianya tidak akan menjadi kenyataan kerana Nasaruddin sudah pun mengisytiharkan keluar Umno. Jadi tidak ada apa lagi yang perlu dibincangkan.

Seperti mana biasa jika usaha memujuk Nasaruddin gagal, besar kemungkinan Umno akan menggunakan skrip lama mereka iaitu menghentam dan memfitnah Nasaruddin bagi membalas dendam Umno kepada ADUN Bota tersebut.

Saya pasti selepas sudah tentu banyaklah cerita-cerita keburukan Nasaruddin akan digembar-gemburkan.

PKR dan PR mesti bersedia mempertahankan Nasaruddin.

Syabas YB Nasaruddin!!!

UMNO TIDAK PERLU BERUBAH TAPI DIMATIKAN ~Ref Malaysiakini

Saya ingin menyangkal pendapat Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar yang mahukan Umno berubah.
Syed Hamid berkata semalam bahawa Umno mesti berubah sebelum rakyat mengeluarkan “hukuman mati” terhadapnya.
Bagi saya Umno tidak perlu berubah kerana Umno memang tidak akan berubah. Umno juga sudah kematu dan sebati dengan segala macam sifat mazmumah yang buruk-buruk belaka. Memang sukar dan mungkin mustahil untuk diubah.
Apa yang tidak ada pada Umno. Tanyalah sesiapa sahaja hatta ahli Umno sendiri mengakui Umno memang teruk, nazak dan tidak boleh diubati lagi. Semua perangai buruk ada dalam Umno pembunuh, kaki betina, rasuah, salahguna kuasa, gila kuasa, gila pangkat dan seribu satu macam sifat yang tidak baik.
Maka saranan Syed Hamid tidak relevan bagi Umno. Tindakan yang paling tepat matikan Umno dan pemimpin dan ahlinya masuk PAS atau PKR atau mungkin juga DAP.

25 January 2009

KPI AMAT PENTING DALAM GERAKERJA PAS ~ Ref Malaysiakini

Target atau 'Key Performance Indicator' (KPI) amat penting kepada sesebuah organisasi. Jika sesebuah organisasi tiada target maka mudah untuk difahami bahawa organisasi tersebut bergerak tanpa target dan tujuan tertentu, sehingga tidak dapat mengukur prestasi dan 'performance' organisasi tersebut.

KPI yang dipilih mestilah dalam bentuk angka, boleh dicapai, realistik dan sesuai dengan organisasi tersebut.

Mudah sahaja untuk memilih KPI yang sesuai dengan perjuangan PAS. Sebagai contoh :-

1) Bilangan keahlian yang mesti diperolehi setahun - contoh minima 6oo setahun
2) Bilangan cawangan baru yang ditubuhkan - 10 setahun

dan lain-lain KPI yang difikirkan sesuai.

BEBERAPA ORANG LAGI YB IKUT JEJAK NASARUDDIN? ~ Ref Malaysiakini

Setelah ADUN Bota, Perak menyertai PKR hari ini beberapa pihak membuat spekulasi bahawa beberapa orang lagi YB termasuk Ahli Parlimen dan ADUN akan turut sama menyeberang menyertai PKR dalam masa terdekat.

Spekulasi ini menguatkan lagi keyakinan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa hasrat PR untuk merampas Putra Jaya tetap dan segar.

Perkembangan ini (ADUN Bota masuk PKR) benar-benar merimaskan AlNajib yang semakin tertekan sejak kekalahan terbaru BN di Kuala Terengganu.

Sementara itu BN Perak khususnya Umno begitu tertekan dengan tindakan ADUN Bota, Nasaruddin menyertai PKR. Satu mesyuarat tergempar di adakan oleh BN Perak malam ini di Ipoh. Walaupun Setiausaha Umno Perak, Ramly Zahari menafikan ianya mesyuarat tergempar, ramai percaya ianya diadakan secara mengejut untuk membincangkan tindakan Nasaruddin menyertai PKR hari ini.

TSUNAMI PEMIMPIN BN SERTAI PR BERMULA ~ Ref Malaysiakini

Setelah BN dilanda Tsunami pada PRU 12, PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, hari ini BN dilanda Tsunami keempat di mana seorang ADUN Umno di Perak menyertai PKR.
ADUN tersebut YB Dato' Nasaruddin Hashim telah mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR hari ini.
Ramai percaya ini adalah permulaan Tsunami keempat iaitu penghijrahan beramai-ramai pemimpin BN menyertai PR selepas ini. Nasaruddin telah memulakan Tsunami dan ianya bakal diikuti oleh ramai lagi pemimpin dari semua komponen BN selepas ini.

Sesungguhnya penghijrahan ini merupakan suatu yang bersejarah kerana selama ini BN khususnya Umno sentiasa menafikan dakwaan bahawa akan ada YB yang berhijrah menyertai PR tetapi hari ini semuanya telah terbukti.

Kini BN semakin tertekan. Isu kematian Kugan, kes Altantuya yang kembali hangat, kekalahan di Kuala Terengganu, perselisihan antara Timbalan Menteri dan Polis, isu ekonomi, pengangguran dan sebagai benar-benar menjadi mimpi ngeri yang akan mempercepatkan lagi kejatuhan BN.

Apakah mereka akan keluar dari Putra Jaya ikut pintu belakang kerana malu dan bertindak sebagai anak jantan keluar secara terhormat dari pusat pentadbiran kerajaan itu????

TINGKATKAN KEMAHIRAN DAN ILMU AHLI-AHLI ~ Ref Malaysiakini

Akademi Latihan Penerangan PAS Melaka (ALPEN) mempelawa PAS Kawasan, Cawangan dan dewan-dewan untuk mengikuti latihan yang dikelolakan oleh ALPEN bagi meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu ahli-ahli terutama ahli baru.

Antara modul yang disediakan ialah :-

1. Teknik Pengucapan Awam – 2 hari
2. Teknik Pemberitaan – 1 hari
3. Teknik Pembinaan Blog – 1 hari
4. Teknik Pengendalian Mesyuarat – ½ hari
5. Teknik Penulisan Minit Mesyuarat – ½ hari
6. Pengurusan MTD – 1 hari
7. Pengurusan UPU – 1 hari
8. Gerakerja Penerangan – 1 hari
9. Pengurusan PAS Kawasan – 1 hari
10. Pengurusan PAS Cawangan – 1 hari
11. ‘Key Performance Indicator’ PAS – ½ hari
12. Gerakerja Pilihanraya (Penerangan) – 1 hari
13. Teknik membuat kenyataan akhbar – ½ hari
14. Teknik mempromosi PAS – ½ hari
15. Teknik Penyelesaian Masalah – ½ hari
16. Sistem Pengurusan Kualiti Jemaah – 1 hari
17. Isu-isu semasa – 1 hari
18. Teknik Mempengerusi Majlis – ½ hari
19. Perancangan Strategik – 1 hari
20. Pengurusan Portfolio dalam organisasai Pilihanraya – ½ - 1hari untuk setiap portfolio
21. Semua jenis motivasi untuk pelajar, pekerja, ibubapa dan lain-lain
22. Semua jenis kursus Smart Learning untuk pelajar
23. Kem-Kem Motivasi untuk Organisasi, pelajar, pekerja dan lain-lain.
24. Explorace25. Kursus-kursus untuk Nisa', Remaja dan sebagainya
26. Kem Bistari solat
27. Pengurusan Masa
28. Kursus Kepimpinan dan pemantapan organisasi
29. Indoor atau Outdoor game dan lain-lain

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat ALPEN di talian 06-293 5486 atau 019-682 1318 atau email : penjana@gmail.com atau sofiwahab@gmail.com

DEMO KEKEJAMAN ISRAEL ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Masjid Tanah akan mengadakan demonstrasi membantah kekejaman Israel pada 30 Januari 2009 di Masjid Jamek Putra, Pekan Masjid Tanah selepas Solat Jumaat.
Semua rakyat negeri Melaka di jemput hadir.

TUKAR POLIS DAN SIASAT HANYA HELAH REDAKAN KEMARAHAN? ~ Ref Malaysiakini

Apakah tindakan Polis menukarkan 11 anggotanya yang didakwa terlibat dengan siasatan kematian pemuda India, Kugan hanyalah untuk meredakan keadaan.?

Mengapa anggota Polis itu tidak ditangkap sebaliknya hanya ditukar dari balai Polis Taipan ke Ibupejabat Polis Kontinjen Petaling Jaya.?

Mengapa Peguam Negara dan Polis lambat bertindak terhadap isu ini?

Inilah persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia tentang sikap pihak berkuasa yang didakwa cuba melengah-lengah kes ini.

Ternyata sikap Polis dan pihak berkuasa belum dapat meyakinkan rakyat tentang slogan Polis Mesra Cepat Pantas dan sebagainya.

Terlalu banyak persoalan yang terus meragukan rakyat termasuk kesanggupan Polis menjadi kuda tunggangan BN di Kuala Terengganu; isu kematian Kugan; gangguan pada program PR dan sebagainya.

Selagi isu-isu sebegini tidak diselesaikan selagi itulah rakyat akan terus memandang serong dan tidak yakin kepada Polis.

SUKARNYA MENCARI MANUSIA YANG JUJUR ~ Ref Malaysiakini

Memang di dalam dunia serba moden ini sukar untuk kita mencari manusia yang betul-betul jujur. Islam sebagai agama yang universal, syumul dan sesuai sepanjang zaman dan tempat memang sangat-sangat menuntut penganutnya bersikap jujur dan amanah sebagaimana sifat Nabi Muhammad S.A.W yang terkenal dengan sifat tersebut.

Namun di sepanjang sejarah perjuangan Islam, kejujuran merupakan sifat terpenting dalam menyelusuri perjuangan ini.

Sudah banyak terdengar cerita-cerita ketidakjujuran pimpinan negara dan negeri yang akhirnya menyebabkan duit rakyat hangus dan hilang begitu sahaja.

Saya mengharapkan kejahatan dan kebobrokan pimpinan negara ini diikuti oleh pemimpin perjuangan Islam. Jangan kita menuruti segala sifat buruk dan mazmumah yang diamalkan oleh pimpinan seperti itu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter