ALI BODOHKAN RAKYAT MELAKA DAN DIRI SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Ternyata tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggembar-gemburkan berita 41 orang ahli PAS dan seorang Ketua Cawangan PAS memperlihatkan ketidakcerdikan beliau. Di samping itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka.
Ali Rustam lupa bahawa rakyat Malaysia kecuali orang Umno sudah cukup faham dengan permainan media pengampu seperti Utusan Meloya (Utusan Malaysia).
Seperti yang saya postingkan di dalam Blog ini semalam, Ismail Tompang (Senin Tompang) adalah ahli PAS yang sudah lama keluar PAS dan berminat untuk menyertai Umno. Sudah bertahun-tahun beliau tidak membayar yuran, malah tindak-tinduknya juga sudah lama diketahui oleh PAS Kawasan Bukit Katil.Beliau adalah bekas ahli Umno yang mempunyai kepentingan diri. Sentiasa bertukar parti yang disokongnya semata-mata kerana mencari habuan. Beliau pernah cenderung kepada DAP dan PKR kemudian berpatah balik menyertai Umno.
Jadi tidak perlulah dirisaukan orang seperti ini tempat yang paling sesuai untuknya ialah bersama Ali Rustam. Jumlah 40 orang lagi ahli PAS yang ikut jejak langkah Ismail adalah tidak benar kerana ahli di cawangan yang sudah lama mati inipun tidak sampai seramai itu. Mungkin Ai Rustam mengirakan jumlah tersebut dengan bayang-bayang sekali. Kalau adapun 40 orang mungkin ianya bukan ahli PAS tetapi penyokong Umno atau orang yang tidak berparti.
Saya hairan bagaimana calon Timbalan Presiden Umno cuba memperbodohkan rakyat. Dalam sedar atau tidak sedar beliau memperlihatkan ketidakcerdikan beliau sendiri.

Comments

perunding said…
seorang YB masuk Pkr kan bermakna untuk satu Malaysia.
jadi Ali dia cuba tumpang sekaki,
mana tau glamer ke.
perunding said…
40 orang penyamun tarbus katanya.
Cara Ali Rustam berpolitik tak ubah macam Annuar Musa berpolitik. Nampak cerdik tapi sebenarnya tidak sebagaimana digambarkan.

Ali Rustam ni sebagaimana juga Annuar Musa yang telah ditolak rakyat kerana gagasan dan cara berpolitik yang tidak menunjukkan ketinggian ilmu, sering berbohong, memfitnah org lain utk menutup kelemahan sendiri dan desprado.

Utk Ali Rustam, rakyat Kelantan masih ingat lagi larangan kurang cerdik anda ke atas kakitangan Kerajaan Melaka utk melawat Kelantan.

Untuk Ali RUstam, rakyat Masjid Tanah dan Kg Paya Mengkuang serta kampung2 melayu sekitarnya masih ingat lagi akan kegagalan anda menangani isu penternakan babi yang berlarutan sejak sebelum merdeka lagi.

Kalau betul kamu bela melayu sebagimana diwar-warkan setiap hari, sila bertindak sekarang. Jangan sampai rakyat menilai kamu sebagai "cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap".

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com
pemerhati sepi said…
Setahu aku ALI PAK TAM ni peminat bollywood jer.. jadi macam-macam citer dia reka ikut skrip bollywood.. pasal tu pelakon bollywood boleh dapat pingat.. semua langkah yang dia buat tak pakai hotak tapi pakai playwood.. kayu..
Anonymous said…
1) kalau ali bodoh...sofi wahab tu x kan dapat kerja kat CTRM......

2)x sedar diri sofi tu...patutnya ko bersyukur kerana dapat kerja dan cari rezeki sara diri dan keluarga di bumi melaka di bawah kepimpinan ali.

3) kalau ko rasa ko bagus sangat, keje la kat tpt lain....kat kelantan ker.....kat KT pun bole....pegi la sana...buat per dah dapat imbuhan kat melaka, kutuk pulak..betul x sedar diri....

4)patutla aku dapat maklumat drp staff CTRM yg sofi ni pekerja paling lembab dan dungu kat situ....

5) nanti aku mintak ali nengok kan, kalau 2 bole sofi ni diberhentikan kerja dari CTRM....baru dia tau......
4)
Anonymous said…
He anonymous bodoh,
apa kau ingat kau bolih berhentikan orang kerja ke ? kau pun sama macam ali ketam. taubatlah, Allah tahu apa yang kamu buat.