Saya cukup rasa gumbira (gembira) apabila setiap kali pemimpin PR terutama Anwar Ibrahim bercakap akan ada ADUN dan Ahli Parlimen BN melompat menyertai PR, pemimpin Umno dan BN akan mengatakan ianya angan-angan.
Tetapi angan-angan itu telah menjadi kenyataan dengan kemasukan ADUN Bota, Nasaruddin Hashim. Walaupun ianya sudah nyata tetapi pemimpin BN masih menyatakan ianya angan-angan. Hari ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru, Zahid Hamidi sekali mengulanginya dengan menyatakan ianya hanyalah angan-angan.
Menurut Zahid, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memasang angan-angan jika mengharapkan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak yang akan menyertai parti itu mengikut jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, penghijrahan sekumpulan anggota UMNO di kawasan Bota untuk menyertai parti pembangkang itu juga hanya sesuatu yang bersifat sementara.
“Mereka (PKR) bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat lagi.. itu semua kenyataan politik, tetapi tidak melihat kepada hakikat dan realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mesra Rakyat anjuran Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak di sini hari ini.
Baguslah Zahid, biarlah pemimpin Umno/BN menyatakan ianya angan-angan dan tidak berusaha menghalangnya. Apa yang penting PR akan terus menerangkan kepada pemimpin dan ahli Umno bahawa Umno adalah parti jijik dan kotor yang penuh dengan rasuah. Umno juga sudah berada dalam keadaan nazak, jadi apa yang ditunggu lagi sebelum perahu Umno tenggelam selamatkan diri masing-masing dengan menyertai PR.
Comments
Benarkah apa yang dikomen oleh saudara AlBakistani dalam artikel terbaru seperti yang saya linkkan?
http://g-82.blogspot.com/2009/01/baiknya-exco-kerajaan-selangor-siri-3.html
Adakah begitu kelakuan sesetengah pemimpin PAS? Atau memang begitu hakikatnya bila nak bersuara dalam saf?
Mana kebajikan kerajaan PR Selangor yang ahli PAS juga menjadi sebahagian darinya?
Benarkah PAS sebuah parti yang memperjuangkan isu kebajikan rakyat atau sekadar mengambil isu yang boleh memberikan liputan yang hebat kepada PAS semata2?
Adakah kes atau isu ini terpencil? Kalau benar ia terpencil mengapa ia pernah disiarkan dalam satu kolum akhbar parti pembangkang menjelang PRU 12 2008?
Adakah ini bukti bahawa PAS dan rakan2 dalam PR masih gagal menguruskan kemenangan mereka terdahulu?
mohon penjelasan kerana tuan adalah pemimpin penting PAS sebuah negeri dan semestinya mempunyai hubungan yang baik dengan rakan2 pimpinan negeri2 lain...
thx!
p/s: di sini saya copy komen blogger yang agak kecewa...tapi taklah sampai nak keluar jemaah PAS..
ana tulis dalam blog, sebab ini jalan terakhir bagi ana..
ana sudah bersuara, tapi sapa lah ana untuk didengari suara..
khalid samad pun dipecat kerana mengkritik, inikan pula ana yang tidak mempunyai apa2. bila bersuara, hanya sinis dan sindiran yang ana dapat.
dalam meeting, bahkan tamrin tarbiyyah, kedengaran perbincangan itu melibatkan isu GLC, berbanding dakwah dan masalah rakyat.
apa sudah jadi????
lebih baik ana dedahkan semua ini, agar mereka yang berkenaan ambil tindakan. kalau tak buat macam ni, dorang tak gelabah. semua relex... rasa macam tenang je hidup, padahal ada rakyat sendiri duduk dalam khemah.
semua ini kita nak jawab didepan Allah....
sekian
Al-Bakistani