Politik moden tidak pernah menganjurkan kepada mana-mana parti politik agar menggunakan sistem kouta bagi membolehkan seseorang calon bertanding pada pemilihan mana-mana parti-parti politik.
Sistem Kouta ini hanya digunakan oleh parti yang ketinggalan zaman dan tidak bertamadun.
Mengapa ianya tidak dianjurkan oleh politik moden? Sebabnya ialah sistem ini bakal mencetuskan perkara yang tidak sihat dan melanggari undang-undang. Oleh kerana itulah sewaktu sistem kouta ini hendak diamalkan di dalam Umno zaman Mahathir dulu ramai para sarjana politik tidak bersetuju. Tetapi ianya diamalkan juga atas kepentingan peribadi penyandang jawatan kerana takut kedudukan mereka tergugat.
Kini baru Umno separuh sedar bahawa sistem ini sebenarnya menjahanamkan negara dan Umno. Pemimpin yang menang dalam pemilihan adalah pemimpin yang kotor dan jijik dengan rasuah.
Sehari dua ini baru terdengar bahawa Umno membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak.
Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.
Terbukti Umno tertinggal 50 tahun kebelakang. Sudah parah baru tersedar namun masih belum insaf.
Sedangkan PAS dan parti-parti PR yang lain tidak pernah menggunapakai sistem kolot dan mundur ini.
Comments