.

.

10 September 2009

TAK SALAH CALONKAN ISA SAMAD

Saya yakin jika BN mencalonkan Isa Samad untuk kerusi DUN Bagan Pinang ianya tidak salah kerana Isa sendiri tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas apa juga kesalahan.

Isa yang digantung dari Umno kerana kes rasuah tidak dihukum di bawah apa-apa undang-undang negara. Ini kerana bagi Umno rasuah tidak salah dan tidak menyalahi undang-undang. Rasuah adalah kerja suci dan mulia sebab itu Isa Samad tetap diterima oleh orang Umno malah kembali dilantik menjadi Ketua Bahagian Umno Telok Kemang sebaik sahaja pergantungannya selesai.

Malah Isa juga mendapat pencalonan yang agak banyak untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno tidak lama dulu.

Jadi saya yakin jika Umno mencalonkan Isa ianya bukan sesuatu yang pelik. Yang menjadi peliknya ialah jika Umno tidak mencalonkan untuk bertanding di DUN Bagan Pinang. Umno tidak rasuah, skandal dan apa juga kesalahan kerana bagi halal haram tolak tepi.

09 September 2009

BAGAN PINANG : NAJIB CUBA PERANGKAP PAS

Bila ada sahaja pilihanraya maka Umno cuba memerangkap PAS dengan senjata ingin berbaik-baik dengan PAS. Ini kerana mereka tahu bahawa jika PAS menolak pelawaan Umno untuk berbaik-baik maka PAS akan di'cop' sebagai anti perpaduan, sombong dan bongkak.
Maka Umno akan mencanangkan kepada seluruh dunia bahawa sentiasa terbuka mahu berbaik-baik dengan PAS tetapi PAS yang tidak mahu berbaik-baik dengan Umno.
Bagi PAS adalah senang untuk berbaik dengan Umno dan sesiapa sahaja asalkan mereka menerima prinsip perjuangan PAS iaitu menegakkan kebenaran, keadilan, menentang kezaliman dan kejahatan.
Mana mungkin Umno bersedia untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta meninggalkan semangat keangkuhan dan kezaliman yang bersarang sekian lama di tubuh mereka.
Sebab itulah Umno sebenarnya tidak ikhlas untuk berbaik dengan PAS. Ianya semata-mata kerana politik. Bila Umno hampir kelemasan ia mencari PAS tetapi bila mereka kuat PAS ditendang seperti kucing kurap yang tiada nilai satu sen pun.
Sekiranya Umno/BN berubah menerima kebenaran, keadilan dan menghapuskan kezaliman saya yakin bukan sahaja PAS yang mahu berbaik-baik dengan Umno malah PKR, DAP dan semua orang mahu berkawan dengan Umno.

BAGAN PINANG : PAS AKAN BERTEMU PENGERUSI SPR

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata pemimpin PAS memohon untuk bertemu Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof bagi membincangkan isu pengundi pos di DUN Bagan Pinang.
"Kita telah hantar surat kepada Tan Sri Aziz Yusof untuk mengadakan pertemuan pada 8,9 atau 10 September, tetapi beliau ada kita tangguhkan pada bulan Oktober kerana terlalu awal".
"Kita pun tak tahu mengapa beliau mahukan pertemuan tersebut di buat pada bulan Oktober" kata Mustafa.
Menurut Mustafa antara perkara yang menimbulkan masalah ialah parti politik tidak dibenarkan memantau perjalanan proses pengundian secara pos dan juga kemusykilan tentang mengapa ahli keluarga pihak keselamatan yang tinggal di kem juga dikategorikan sebagai pengundi pos sedangkan mereka adalah orang awam.
Mustafa berkata PAS akan mencadangkan beberapa perkara untuk memperbaiki kelemahan pengundian secara pos dan ini mesti dilaksanakan pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang ini.
Dalam ceramahnya juga, Mustafa berkata Pakatan Rakyat tetap akan bertanding pada pilihanraya kecil itu walaupun BN mempunyai kelebihan dari segi undi pos yang seringkali memihak kepada BN.
"Kita akan tetap lawan kerana keputusan pilihanraya umum lalu menyaksikan bahawa pengundi biasa memberikan sokongan padu kepada PAS, BN hanya menang kerana undi pos".
"Kita akan lihat nanti kecenderungan pengundi biasa yang Insya Allah akan terus memberikan sokongan kepada PAS" ujar Mustafa.
Beliau berkata demikian pada ceramahnya di Kampung Solok Gaong Ayer Molek. Turut berceramah beliau beliau ialah Imam Taisyir dari Gaza dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

08 September 2009

'TAUKEH' KEPALA LEMBU GAGAL DICARI?

Pihak Polis sangat cekap dan hebat jika suspek yang terlibat dalam demonstrasi adalah penyokong PR dan rakyat yang ikhlas membela kebenaran. Tetapi mandom dan longlai serta layu jika suspek yang dicari adalah penyokong BN dan Umno.
Inilah sikap 'double standard' Polis dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Sebab itulah walaupun esok adalah adalah tarikh suspek demonstrasi kepala lembu namun 'taukeh' kepala lembu seramai 12 orang ini masih belum dikesan semuanya. Pelik tetapi benar. Kalau penyokong PR sampai lubang cacing pun mereka cari. Tetapi kalau suspek itu orang Umno maka pelbagai alasan diberi.
Hari ini media melaporkan bahawa, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka (Taukeh Kepala Lembu) tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana mereka tidak dapat dikesan.

Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.

BAGAN PINANG : RAMLI DIPILIH SEBAGAI CALON PAS?

Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail disebut-sebut antara calon yang bakal diketengahkan oleh PAS untuk bertanding di DUN Bagan Pinang.
Beliau merupakan anak tempatan yang tinggal bersebelahan dengan DUN Bagan Pinang.
Seorang yang mudah didekati, mesra dan seorang pemimpin yang tidak jemu-jemu membantu rakyat.
Namun paling penting ialah Ramli tidak pernah disabitkan dengan kes rasuah, kes betina, pecah amanah dan lain-lain.

Selain Ramli, PAS mempunyai ramai calon berkaliber setanding dengan Ramli. Antaranya Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar; Ketua Pemuda Negeri, Khairul Anuar Wafa; Bekas Ketua Pemuda Pulau Pinang, Azizi Ayob dan lain-lain.
Tidak syak lagi sesiapa sahaja yang akan dipilih nanti Insya Allah akan membawa panji-panji Islam menuju kemenangan.

MALU : SPR AKAN DISAMAN

Jarang sekali sebuah badan pengendali pilihanraya seperti SPR disaman di negara lain atas alasan tidak mahu memantuhi arahan Speaker.
Semua kita sedia maklum di negara-negara lain jika Speaker mengisytiharkan sesuatu kerusi kosong dan sebagainya SPR akan akur kepada keputusan Speaker kerana tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya bukannya mencari jalan untuk menidakkan pilihanraya.
Malangnya SPR di negara kita peranannya sudah terpesong di mana sejak akhir-akhirnya SPR 'penat' untuk mengadakan pilihanraya sebaliknya mencari jalan untuk tidak mengadakan pilihanraya.
Hari ini SPR diconteng arang dimukanya akibat sikap SPR sendiri yang tidak telus dan professional.
Media melaporkan bahawa Speaker Dewan Udangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail telah melantik sekumpulan peguam untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 1 September lalu yang mengekalkan kedudukan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.

Abdul Isa berkata, kumpulan peguam berkenaan yang dilantik sejak tiga hari lalu itu akan menfailkan tuntutan di mahkamah dalam tempoh 40 hari berhubung perkara berkenaan.
Katanya, beliau tetap berpegang kepada keputusan untuk mengosongkan kerusi Kota Siputeh selepas Abu Hasan gagal menghadiri mesyuarat DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

''Terserah kepada panel peguam yang dilantik untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mencabar keputusan SPR itu di mahkamah,'' katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah di Kediaman Menteri Besar, Sri Mentaloon Alor Setar hari ini.

NASIB BAIK ADA BAGAN PINANG

"Saya yakin bahawa andaikata tiada pilihanraya kecil Bagan Pinang, sudah lelaki yang berdemonstrasi menyepak kepala lembu tidak akan didakwa".
"Oleh kerana adanya pilihanraya kecil di Bagan Pinang maka kerajaan BN terpaksa mempercepatkan proses pendakwaan ke atas mereka sedangkan sebelum itu menteri BN menyokong demonstrasi tersebut" kata Dr Hatta Ramli.
Beliau berkata demikian pada ceramah Badar Al-Qubra di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi.
"Kita hairan mengapa pada mulanya Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri menyokong demontrasi tersebut tetapi bila khabar bahawa DUN Bagan Pinang ada pilihanraya kecil, menteri kata mereka akan didakwa pula".
"Jelas Kerajaan BN mengambil sesuatu tindakan hanyalah berdasarkan keuntungan politik bukannya atas dasar undang-undang". kata Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai.

Dalam ceramahnya itu Dr Hatta juga menyatakan bahawa walaupun DUN Bagan Pinang mempunyai bilangan pengundi Pos yang ramai iaitu 5000 lebih namun belum tentu BN boleh menang dengan mudah.
Menurutnya, PAS akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan proses pengundian pos berjalan dengan telus dan professional.
"Kita jangan lupa pada Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Kemang pada tahun 2000 dahulu calon Parti Keadilan, Roslan Kassim pernah menang undi Pos di sana"
"Jadi kita mendoakan perkara yang sama berlaku pada kali ini" kata Dr Hatta.
Beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS supaya tampil membantu calon PAS pada pilihanraya kecil tersebut kerana jika BN tewas di Bagan Pinang impaknya sangat besar kepada landskap politik Malaysia.
"Jika BN kalah di Bagan Pinang, BN akan goyah di Negeri Sembilan dan seluruh negara, Insya Allah pilihanraya umum ke 13 kita akan menang" tambah Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat.

BAGAN PINANG : ISA SAMAD CALON TERBAIK

Saya mencadangkan kepada BN supaya memilih Isa Samad sebagai calon BN untuk Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.
Ini kerana semua orang mengenali Isa Samad yang merupakan bekas Naib Presiden Umno, bekas Menteri dan juga bekas Menteri Besar. Jika beliau dipilih sudah tentu semua rakyat mengenali beliau dan tidak susah untuk rakyat membuat pertimbangan samada ingin menyokong calon PAS atau Isa Samad.
Rakyat Bagan Pinang sudah tentu kenal beliau luar dan dalam, rekod peribadi dan rekod perkhidmatan cemerlang beliau.

07 September 2009

BAGAN PINANG : KALAU ANAK JANTAN HAPUSKAN UNDI POS

Sahabat saya dengan selamba memberikan komentarnya berkenaan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.
"Kalau anak jantan dan berani ayuh hapuskan undi pos biarkan pasukan keselamatan menjadi pengundi biasa bukan pos".
"Kalau tidak lakukan demikian maknanya BN tidak berani berdepan dengan rakyat secara telus" kata Hamid ketika diminta memberikan komennya.
Hamid, 40 merupakan penyokong tegar PAS yang sejak dari dahulu tidak pernah mengundi BN. Katanya, jika undi Pos tidak dihapuskan di Bagan Pinang ini lebih baik PAS dan PR boikot pilihanraya kecil ini.
"Jangan habiskan tenaga dan wang ringgit sebab BN awal-awal lagi dah dapat lebih dari 4,000 undi".
"Lebih baik bagi BN menang percuma, apa salahnya kita dah menang 7-0 kan" kata Hamid.

BAGAN PINANG : BN TIADA MASALAH?

Nampaknya penggal ini menjadi penggal paling sibuk bagi SPR kerana terpaksa mengadakan 9 pilihanraya kecil dalam 18 bulan.
Selain itu penggal ini juga menjadi ingatan yang tidak mungkin dilupakan oleh pimpinan BN apabila mereka kalah teruk 7-0 di Semenangjung dan menang hanya 1 di Pulau Borneo itupun di Batang Ai.
Kini tiba giliran negeri di selatan untuk menghadapi pilihanraya. Kalau sebelum ini negeri-negeri utara dan Pantai Timur menyaksikan BN dimalukan dengan teruknya kini tiba giliran rakyat di Selatan tanahair untuk membuat pilihan.
Namun kali ini padang tidak sama rata di DUN Bagan Pinang yang bakal menyaksikan pilihanraya kecil dalam masa terdekat. Ini kerana DUN ini mempunyai lebih dari 34 % pengundi Pos, satu fenomena yang amat menggembirakan BN.

Pilihanraya kecil ini terpaksa diadakan berikutan kematian ADUN Badan Pinang Allahyarham Azman Mohd Noor yang meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah, pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Pada Mei lepas, Allahyarham telah menjalani pembedahan pintasan koronari jantung.

Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli memperolehi 4,097 undi.

Mengikut daftar pemilih pada Pilihanraya Umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran dari kematian Allahyarham Azman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Seperkara yang menarik mengenai DUN Bagan Pinang ialah komposisi pengundinya yang bukan sahaja berbilang kaum tetapi juga mempunyai bilangan pengundi pos yang ramai.

Mengikut daftar pemilih terbaru, DUN ini mempunyai 4,925 pengundi pos yang terdiri daripada sebahagian besarnya Tentera. Selebihnya terdiri dari anggota polis dan petugas-petugas SPR.

Umum telah sedia maklum bahawa undi pos sudah tentu memberikan kelebihan kepada BN sejak zaman berzaman. Biasanya parti lawan BN akan mendapat undi maksima sekitar 10% shaja dari undi Pos, itupun jarang-jarang berlaku. Ini bermakna dari 4,925 undi BN sudah pasti akan memperolehi sekurang-kurangnya 4,400 undi sebelum pengundian bermula. Maka dengan ini amat sukar bagi PR untuk menewaskan BN walaupun dengan apa cara sekalipun.

Beberapa pihak mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya memboikot Pilihanraya Kecil Bagan Pinang jika SPR tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa undi pos adalah telus, tiada manipulasi dan dijalanakan dengan professional.

Sebagaimana yang kita tahu undi pos seringkali menjadi senjata ampuh untuk BN memenangi sesuatu kerusi. Jarang sekali parti lain mendapat kemenangan melalui undi Pos. Sebaliknya BN seringkali memenangi sesuatu kerusi dengan kelebihan undi pos. Contoh paling ketara ialah kemenangan BN besar di kerusi DUN Sungai Udang, DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan DUN Pangkor di Perak yang mana BN memenangi lebih dari 90% undi Pos.

Antara sebab mengapa banyak pihak mempertikaikan pelaksanaan undi pos ini ialah kerana parti-parti politik terutama lawan BN tidak dibenarkan menyaksikan proses pembuangan undi. Keduanya parti-parti politik khasnya bukan BN tidak dibenarkan berkempen kepada pengundi pos khasnya Polis dan tentera

Terdapatnya aduan bahawa pihak atasan mempengaruhi dan menekan anggota bawahan supaya mengundi parti-parti tertentu.

Alasan SPR bahawa undi pos masih relevan kerana isu keselamatan tidak boleh diterima. Ini kerana pasukan tentera dan polis boleh diberi pelepasan untuk membuang undi hanya kira-kira 2 atau 3 jam sahaja kecuali mereka yang sememangnya berada di hutan dan perantaun mungkin undi pos boleh dipakai. Jika sekiranya mereka berada kem adalah mudah bagi mereka untuk keluar mengundi di tempat pengundian awam.

Sekiranya pihak keselamatan tetap bertegas mahukan urusan pengundian dijalankan di dalam kem maka SPR dan pihak keselamatan digesa supaya memberikan kelonggaran untuk petugas parti politik menyelia perjalanan pengundian di kem seperti juga yang dilakukan semasa proses pengundian awam di mana ‘Polling Agent’ dibenarkan memantau dan menyelia proses pengundian dari awal hingga akhir.

Dengan langkah-langkah tersebut Insya Allah ianya dapat mengurangkan kesangsian rakyat terhadap ketelusan proses pengundian pos.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 4,925 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Mengikut sejarah, BN tidak pernah kecundang di kawasan ini dan ianya bolehlah disifatkan sebagai kubu kuat BN. Malah PAS pernah hilang wang pertaruhan pada pilihanraya umum 1986 ketika itu DUN Bagan Pinang dikenali sebagai DUN Pasir Panjang.

PUASA : MANA SATU ANDA PUNYA

1. Puasa Buta Celik:- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak awek lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!

2. Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.

3. Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.

4. Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.

5. Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!

6. Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.

7. Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu. Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!

8. Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik. Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.

9. Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.

10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.
Saya tak tau siapa pengarang asal artikel di atas. Ianya dihantar oleh Ibnu Wahab melalui email kepada saya.

PELIK TETAPI BENAR

Mengapa manusia tidak dapat melihat kebenaran dan fakta sehingga pelbagai perkara berlaku di depan mata tidak dapat dilihat dengan mata dan hati.
Komen tentang kerajaan negeri Selangor.
BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun
-A. Kohilan Pillay
Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam
-Datuk Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi
-Profesor Dr. Ahmad
Atory Hassan
Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia

BAGAN PINANG : KOMEN TENTANG UNDI POS

Ini komen dari pengunjung blog ini tentang undi POS.

Salam Bang Sofi...
Pasal undi Pos Polis Aku tak tau... Tapi Kalau undi Pos tentera aku pernah buat kerja tu. Pihak atasan tentera tidak akan memberi arahan kepada anggota bawahan utk undi Umno/BN.

Sebaliknya kami anggota 3 Div dan 10 Bgd Para(salah sorangnya aku anggota 10Bgd Para sbg petugas SPR) diarahkan menukarkan semua kertas undi yg telah dibuang oleh anggota tentera kepada undi yg dipangkah dgn calon BN (ada anggota yg ditugaskan memangkah kertas undi BN).

Bukti kertas undi yg ditukarkan (dikeluarkan dr peti undi asal) pada pilihanraya 199X masih kami simpan di satu stor rahsia di kem terendak dan masih elok lg. kes terbaru ..pilihanraya baru2 ni... kertas undi ditulis nombor tentera... undi apa tu...

Oleh itu saya yakin PR mesti mendesak SPR supaya membuat perubahan drastik terhadap undi pos ini. Antara langkah yang mesti diambil serta merta ialah membenarkan pihak pengundi pos membuang undi di tempat pengundian biasa bersama-sama dengan pengundi biasa.

UNDI POS MESTI DIHAPUSKAN!

BAGAN PINANG : PR PATUT BOIKOT

Saya mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya memboikot Pilihanraya Kecil Bagan Pinang jika SPR tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa undi pos adalah telus, tiada manipulasi dan dijalanakan dengan professional.

Sebagaimana yang kita tahu undi pos seringkali menjadi senjata ampuh untuk BN memenangi sesuatu kerusi. Jarang sekali parti lain mendapat kemenangan melalui undi Pos. Sebaliknya BN seringkali memenangi sesuatu kerusi dengan kelebihan undi pos. Contoh paling ketara ialah kemenangan BN besar di kerusi DUN Sungai Udang, DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan DUN Pangkor di Perak yang mana BN memenangi lebih dari 90% undi Pos.

Apa yang menyebabkan ianya tidak telus ialah :-
  • PR tidak dibenarkan menyaksikan proses pembuangan undi

  • PR tidak dibenarkan berkempen kepada pengundi pos khasnya Polis dan tentera

  • Terdapatnya aduan bahawa pihak atasan mempengaruhi dan menekan anggota bawahan supaya mengundi parti-parti tertentu

Oleh kerana DUN Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos saya yakin BN sudah tentu akan memperolhi lebih dari 4,000 undi dari pengundi pos dan PR siang-siang lagi sudah tewas sebeum bertanding.

Saranan saya supaya memboikot pilihanraya kecil seiring dengan tuntuan BERSIH yang mahukan undi Pos dihapuskan.

Pilihanraya Kecil bakal berlaku di DUN Bagan Pinang berikutan kematian ADUNnya Allahyarham Azman Mohd Noor, 55, dua hari lalu.

Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli memperolehi 4,097 undi.


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter