.

.

07 September 2016

ANAK PANDA DITIMANG2, RAKYAT SENDIRI HIDUP SENGSARA

Anak panda ditimang dan diberi sepenuh keistimewaan. Tetapi rakyat sendiri ramai yang melarat dan menderita. Itulah hebatnya kerajaan tanahairku.

Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, Nuan Nuan berkemungkinan besar akan dipulangkan ke China, Ogos tahun hadapan.

Keputusan itu dibuat berikutan Zoo Negara tidak mampu untuk membiayai kos penjagaannya yang terlalu tinggi.

Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, Malaysia perlu menanggung kos tinggi jika penjagaan anak panda itu dilanjutkan tempoh dua tahun.

Pejuang 16 Final4 RGB (1)

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya perlu membayar kepada China sebanyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampir RM200,000 sebulan.

Selain itu katanya, selepas usianya dua tahun, anak panda betina itu perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku pergaduhan dan ini menyebabkan kos tambahan diperlukan.

“Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu,” katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan

06 September 2016

JANGAN HINA PELAJAR

Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Kelantan meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun padang melihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan untuk murid.

Guru berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau sedih melihat menu makanan pagi untuk murid miskin tegar disediakan seperti nasi kosong dengan lauk separuh potongan sosej.

Katanya, pihak yang diberi tanggungjawab menyediakan makanan RMT tidak wajar menyediakan menu seperti itu, walaupun harga disediakan kerajaan hanya RM2.50 untuk seorang murid.

"Pagi tadi saya turun ke kantin sekolah, saya terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik.

"Saya tanya beberapa murid yang ada di situ kenapa tidak makan nasi disediakan. Mereka jawab tidak ada selera.

"Kemudian saya ambil makanan itu dan setelah melihatnya sendiri, baru saya tahu kenapa murid hilang selera untuk makan," katanya.

Menurut pekeliling Kementerian Pendidikan bertarikh 19 Januari 2016, pelaksanaan program itu bertujuan menyediakan makanan berkhasiat yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas.

Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, manakala Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi. 

Cuba kita beri makanan itu pada pembekal tersebut. Selerakah dia memakannya

- MalaysiaGazette

ARIF dan AWAN Melaka komited bantu rakyat

AMAL Relief (ARIF) dan Angkatan Wanita (AWAN) Parti AMANAH Negara Negeri Melaka tidak jemu-jemu membantu rakyat yang memerlukan bantuan dalam apa juga bentuk.

Terbaru ARIF dan AWAN membantu meringankan beban seorang ibu tunggal, Norhashimah Ahmad, 46,  yang menderita sakit kencing manis yang kronik. Keadaan beliau memang menyedihkan di mana beberapa jari kaki beliau telah dipotong.

Lebih memilukan beliau juga mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) yang menderita sakit buang pinggang yang serius.

Beliau tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Alai, Telok Mas.

Bantuan yang diberikan berupa kerusi roda bagi menyenangkan beliau bergerak di dalam rumahnya.

Sumbangan ini amat bermakna kepadanya di mana beliau beberapa mengucapkan terima kasih dengan linangan air mata.

Sumbangan kerusi roda tersebut disampaikan oleh Ketua Parti AMANAH Negara Kawasan Kota Melaka, Harun Mohamad di rumah Norhashimah semalam.

Turut hadir Pengarah ARIF Melaka, Hairil Anuar dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa ARIF dan AWAN Negeri Melaka.

05 September 2016

MAHATHIR SOKONG REFORMASI

Jiwa besar Anwar Ibrahim jelas ditunjukkan apabila beliau bersalaman dengan Dr Mahathir orang yang pernah melakukan kekejaman kepada beliau.
Apakah kita sanggup untuk melakukan perkara serupa jika perkara sedemikian berlaku ke atas kita.
Dalam kenyataan kepada media hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim beranggapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong agenda reformasi apabila datang ke mahkamah menemui beliau bagi menyokong permohonan beliau agar akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kaji dari segi kedudukannya dengan perlembagaan.
"Beliau bersedia datang ke mari dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan saya supaya sentiasa sihat dan dengan itu saya anggap beliau menyokong agenda reformasi," kata Anwar kepada wartawan.
Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi memberikan sokongan kepada Anwar dalam saman beliau itu.
Bagi Anwar, beliau menghargai langkah Dr Mahathir itu.
"Saya hargainya... hakikat bahawa beliau cukup baik hati dan menyokong permohonan ini, (beliau) ucapkan selamat berjaya dan sentiasa sihat," katanya.
Namun, kata Anwar, beliau tidak sepenuhnya mempercayai sokongan Dr Mahathir kepada agenda reformasi beliau namun, katanya, "kami akan terus berunding."
Bagi bekas timbalan perdana menteri yang kini dipenjarakan di Sungai Buluh itu, perkara utama sekarang adalah rakyat.
"Pendirian saya, nombor satu, (adalah) kebajikan rakyat paling utama, ini bermaksud sesiapa yang ingin berunding, mesti menerima agenda perubahan kami," katanya.
Bagi beliau, ini bukan mengenai mempercayai atau tidak.
"Sesiapa yang menyokong agenda reformasi mesti diberi peluang untuk bersama,"katanya.
Anwar berkata, hakikat bahawa Dr Mahathir bersedia datang bertemu beliau dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan supaya beliau sentiasa sihat boleh dianggap sebagai Dr Mahathir menyokong beliau.
Selain sokongan terhadap permohonan mengkaji akta MKN ini, Anwar dan Dr Mahathir juga berbincang mengenai perkara lain.
"Kami membincangkan isu lain hanya secara umum. Tumpuan kami kepada permohonan (halang Akta MKN) tetapi kami juga membincangkan isu-isu lain, tetapi kami akan mengumumkannya," kata Anwar.

BIARKAN KUDA DAN ANJING LAUT MENGEJI

SETAHUN TELAH BERLALU

Setahun sudah berlalu,
September datang kembali.

Syukur padaMu
Walau taufan dan badai melanda
Perahu kecil terus membadai samudera
Turun naik bergoyang kiri kanan
Penumpang dan nakhoda tetap utuh

Tidak terjun ke laut
Walau dikutuk dikeji
Kuda-kuda dan anjing-anjing laut
Yang berlagak suci

Yang Maha Esa dan KekasihNya
Jadi pedoman dan tempat mengadu

Sabar wahai penumpang dan nakhoda
Kita semua sama destinasi
Di muhasabah nanti
Bukan mereka yg Maha Menghisab
Bukan mereka yg Menentukan nasib
Ikhlaskan niat dan teruskan perjuangan
Islam Milik Semua
Islam Rahmatan Lil 'Aalamin

Di hujung sana ramai yang menanti
Menagih simpati dan dambakan kasih

Di luar sana ramai yang dizalimi
Perlu pembelaan dan menagih simpati
Penguasa rakus dan kapitalis ganas
Menghisap darah dan melahap peluh

Ayuh mara tanpa menoleh kiri kanan
Jangan berpaling tanpa rasa letih
Tugas peranan amat besar
Ganjaran Insya Allah menanti di sana .....

Sofi Wahab
Le Buck
1302 31 Augustus 2016
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter