.

.

06 September 2008

UMNO KUBURKAN SAR, GUAN ENG HIDUPKAN SAR ~ Ref Malaysiakini

Siapa lebih zalim antara Umno yang memerintah Malaysia lebih dari 50 tahun atau Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang baru hampir 6 bulan.

Umno yang menjadi teras kerajaan BN sudah diketahui umum menarik balik bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu ketika dahulu iaitu zaman Mahathir. Kezaliman ini diteruskan oleh Pemerintah yang lebih Zalim sekarang iaitu Pak Lah. Keputusan menghentikan bantuan kepada SAR ini menyebabkan sebahagian besar SAR terpaksa ditutup atau pun kalau hidup pun sekadar hidup segan mati tak mahu. Ramai guru-guru SAR terpaksa mencari pekerjaaan lain kerana SAR tidak mampu membayar gaji. Pendekata keputusan menarik balik bantuan kepada SAR ini merupakan antara keputusan paling zalim pernah dilakukan oleh kerajaan BN.

Di saat kerajaan BN Islam Hadhari meneruskan dasar zalim yang ingin menguburkan SAR ini tiba-tiba pemimpin DAP yang dituduhkan anti-Islam membuat pengumuman ingin menubuhkan SAR.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily semalam, Lim berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau juga berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

Lim juga berjata, bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya.

Beliau menambah bahawa setelah berkuasa kita akan beri kembali.

Jadi siapa zalim Umno yang menarik peruntukan perkapita dari SAR atau Lim Guan Eng yang ingin memberikan semula bantuan dan menubuhkan SAR di Pulau Pinang.

PAK LAH JUGA SOKONG AHMAD, ORANG CINA AKAN LEBIH MARAH? ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah nampaknya menyebelahi Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail dalam isu kenyataan yang didakwa berbau hasutan yang menimbulkan kemarahan orang Cina yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Ahmad dilaporkan berkata demikian ketika kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh berlangsung. Kenyataan Ahmad yang didakwa berbauh hasutan itu disiarkan oleh sebuah akhbar Cina yang akhirnya menimbulkan kemarahan Orang Cina sehingga parti-parti DAP< Gerakan dan MCA membuat laporan Polis dan mendesak Umno mengambil tindakan ke atas Ahmad Ismail.

Sebaliknya Imam Hadhari dalam kenyataanya hari ini berkata Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Imam Hadhari juga menyatakan bahawa Ahmad melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta sejarah telah disalahertikan oleh sebuah surat khabar yang buat pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.

Jelas sekali Imam Hadhari menyebelahi Ahmad dan kenyataan dijangkakan akan merumitkan lagi keadaan. Semalam dan hari ini sahaja beberapa kenyataan tegas dan dilantang dibuat oleh Penasihat Parti Gerakan, Lim Kheng Yaik dan Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Kon yang mahu mengkaji semula penyertaan Gerakan di dalam BN ekoran dari beberapa perkembangan semasa yang berlaku di dalam Umno dan BN.

Pemuda MCA Perak juga menyuarakan hasrat yang sama di mana pertubuhan itu menggesa MCA Pusat mengkaji semula keanggotaan MCA di dalam BN disebabkan rasa tidak puashati terhadap Umno parti teras BN yang dilihat semakin tidak relevan dan sering memainkan isu perkauman.

Tidak syak lagi bahawa BN sekarang ini membilang hari untuk menemui ajalnya. Samada lambat atau cepat kita melihat BN semakin nazak dan tenat sekarang. Bukan sahaja pergeseran antara parti-parti komponennya malah di dalam parti-parti komponen itu sendiri sekarang ini berkecamuk disebabkan pemilihan dan politik wang yang semakin membarah dan tidak dapat diubati lagi.

PAK LAH BAZIRKAN DUIT RAKYAT UNTUK SELAMATKAN KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Tindakan Perdana Menteri, Pak Lah meluluskan peruntukan untuk lawatan keluar negeri 75 ahli parlimen merupakan suatu tindakan penyalahgunaan duit rakyat tanpa tujuan dan objektif yang konkrit dan berfaedah. Tindakan beliau ini dilihat benar-benar terdesak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah mendengar adanya perancangan untuk menghantar ahli-ahli parlimen ini untuk membuat lawatan sambil belajar seperti alasan yang diberikan oleh kerajaan.

Saya melihat lawatan yang diaturkan oleh kerajaan BN merupakan tindakan terdesak bagi menggagalkan perancangan Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini. Lawatan yang dicadangkan pada 7 hingga 19 September ini membuktikan BN benar-benar takut dengan perancangan Anwar walaupun Pak Lah dan Najib berkali-kali berkata Anwar hanya bermimpi di siang hari.

Sesungguhnya penyalagunaan wang rakyat untuk lawatan ini membuktikan bahawa kerajaan BN tanpa segan silu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan politik BN yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan. Memang kita yakin bahawa kerajaan BN yang memerintah Malaysia selama 51 tahun ini sering menggunakan duit rakyat untuk kepentingan Umno dan BN. Entah berapa juta atau mungkin juga bilion wang rakyat telah digunakan untuk kepentingan BN dan Umno.

Saya sebagai rakyat Malaysia TIDAK REDHA DAN TIDAK MENGHALALKAN semua wang rakyat yang digunakan oleh BN. Saya yakin semua rakyat juga sependapat dengan saya. HANYA ALLAH AKAN MEMBALAS KEJAHATAN DAN KEZALIMAN BN MENGGUNAKAN WANG RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA

ANWAR ATAU ABDULLAH, SIAPA PENIPU? Ref Malaysiakini

Anwar kata ya, Pak Lah kata tidak. Anwar kata on track, Pak Lah no, no way. Siapa yang bercakap benar, siapa yang bohong. Masing-masing menunjukkan keyakinan bahawa kedia-duanya mempunyai sokongan padu dari ahli-ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat parti.

Namun riak-riak ada menunjukkan Pak Lah cuba menipu kita sekali lagi. Kalau tidak masakan BN merancang untuk men'kuarantin'kan ahli-ahli parlimennya di luar negeri atas alasan lawatan sambil belajar.

Anwar sudah berulang kali menyatakan bahawa beliau akan membentuk kerajaan baru. Namun Pak Lah dan kuncu-kuncunya menyangkal keras dakwaan Anwar dengan berkata Anwar bermimpin di siang hari. Bukan mimpi malah mungkin mengigau....

Malah Anwar bukan sahaja ahli-ahli parlimen yang akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat malah akan ada parti-parti komponen BN yang keluar dari BN. Dakwaan Anwar ada kebenarannya kerana ada antara parti-parti komponen BN secara terbuka membidas BN seperti Parti Maju Sabah (SAPP). Ada juga parti yang hanya berdiam diri mungkin sengaja kurangkan bercakap tetapi bertindak bila masanya sampai.

Malah dua rakan kongsi terkuat Umno di dalam BN iaitu MCA dan Gerakan mula bercakap dalam nada yang agak berlainan. Semalam Pemangku Presiden Gerakan (Ketua Menteri Pencen), Koh Tsu Kon memberi amaran bahawa Gerakan mungkin akan mempertimbangkan untuk keluar dari BN jika pemimpin-pemimpin Umno tidak berubah. Pendapat Koh ini sama seperti kenyataan Penasihat Parti Dr Lim Kheng Yaik yang disiarkan di muka hadapan SIASAH minggu ini, di mana Lim menyatakan kekesalannya di atas tindak tanduk pemimpin Umno sekarang.

Hari ini Pemuda MCA Perak pula menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasion(BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.

Mengambil contoh kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan Bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

Ini jelas menunjukkan sebenarnya banyak perasan tidak puashati kepada Umno dan BN yang disimpan di dalam hati oleh pemimpin dan ahli parti-parti komponen BN. Persoalaannya adakah mereka ingin merealisasikan dengan tindakan.

Tunggu dan lihat sahaja nanti. Politik Malaysia semakin menarik. 10 hari lagi untuk kita sampai ke tarikh 16 September.

KALAU ANGIN TIADA MASAKAN POKOK BERGOYANG, KALAU TIDAK BENAR MASAKAN HANTAR MP KELUAR NEGARA ~ Ref Malaysiakini

Berkali-kali Pak Lah dan Najib menafikan akan adanya Ahli Parlimen yang menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September. Namun semakin rancak mereka menafikannya rakyat semakin sangsi kerana rakyat sudah lali dengan perangai kedua-dua pemimpin utama Islam Hadhari ini yang gemar bercakap bohong kepada rakyat sepertimana pembohongan Pak Lah ketika pembubaran parlimen dan kenaikan harga minyak.

Kini di saat BN menafikan dakwaan Anwar, tiba-tiba sahaja Ahli Parlimen BN akan dihantar keluar negeri pada 7-19 September kononnya atas alasan lawatan sambil belajar. Tiba-tiba sahaja ada program semacam ini. Diberitakan antara lokasi yang dipilih kemungkinan China atau Taiwan.

Hebat sungguh pemimpin BN bersandiwara. Adakah belum sedar bahawa drama dan sketsa yang mereka buat untuk kesekian kalinya ini sudah dapat dibaca oleh rakyat yang sudah muak dengan 'drama melayu' yang mereka mainkan. Sepatutnya mereka sedar dan insaf bahawa rakyat Malaysia sekarang sudah cerdik dan tidak mudah untuk ditipu dengan cara penipuan tradisional mereka.

Sepatutnya dalam keadaan genting sebegini, BN tidak perlu menafikannya. Apa yang penting ialah mereka mengadakan dialog dan perbincangan dengan ahli-ahli parlimen tersebut bertanyakan apa yang menyebabkan mereka ingin menyeberang. Bukannya menipu rakyat dengan penipuan yang tidak masuk akal. Semakin banyak penipuan dibuat semakin meluat rakyat kepada mereka.

PAK LAH MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Oleh kerana tidak ramai yang memuji pemerintahan Pak Lah, malah lebih ramai yang mengejinya maka Pak Lah terpaksa masuk bakul angkat sendiri apabila mendakwa Seri Paduka Baginda pun gembira dengan pemerintahan BN Islam Hadhari yang diterajui oleh Pak Lah sekarang.

Memanglah takkan Pak Lah hendak menghentam kerajaannya sendiri. Bukan stail pemimpin Umno termasuk Pak Lah untuk berkata jujur tentang corak pemerintahan BN. Kalau ada pemimpin yang berani mengakui kesilapan dan bersedia untuk bermuhasabah dengan dirinya sendiri, orang itu bukan pemimpin Umno tetapi sudah tentu beliau adalah pemimpin PAS.Hanya pemimpin PAS sahaja yang berani mengaku kesalahannya sendiri dan berani memohon maaf. Pemimpin Umno tidak akan berbuat demikian kerana mereka seolah-olah 'maksum' tidak pernah melakukan kesalahan. Malah mereka juga 'immune' dan tidak akan dikenakan sebarang tindakan sebab ramai dikalangan mereka mengatasi undang-undang yang ada.

Hari ini Pak Lah sekali lagi masuk bakul angkat sendiri. Tanpa rasa melayu dan segan, tanpa beliau sedar bahawa di sana ribuan bahkan jutaan rakyat tergelak besar apabila beliau berbuat demikian (puji diri sendiri).

Beliau berkata Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah dimaklumkan mengenai perkembangan semasa dan baginda puashati dengan pentadbiran sekarang.(angkat bakul nampak).

Abdullah menjawab soalan sama ada beliau telah menemui Yang di-Pertuan Agong dan memberi taklimat mengenai perkembangan semasa.

Perdana menteri berkata, setiapkali mengadap baginda, beliau akan memberi taklimat mengenai apa yang berlaku.

Beliau juga, katanya, memberi jaminan kepada baginda bahawa keadaan berjalan seperti biasa dan kerajaan sedang melakukan sebaik mungkin untuk memperbaiki pentadbirannya.

"Kita juga sedang menolong rakyat menangani masalah kenaikan harga minyak dan barang," katanya Abdullah yang menambah bahawa baginda berpuashati dengan pentadbiran sekarang.

Mengenai lawatan ahli-ahli Parlimen BN ke luar negara dalam minggu menjelang tarikh 16 September, Abdullah menjawab:

"Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN."

"Ia (16 September) tidak penting bagi mereka. Bukan mereka yang akan lompat dan tinggalkan BN untuk menyertai pembangkang," katanya.

Menurut Abdullah, mereka tidak akan meninggalkan parti masing-masing dan gabungan BN juga adalah parti mereka.

Sebaliknya, tegas beliau, BN bukanlah parti yang kalah (dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu) dan "kita masih memerintah negara".

"Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita.

"Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 September. Tidak," kata Abdullah

Kesian Pak Lah beriya-iya benar beliau memuji dirinya sendiri. Diharapkan pencacai-pencacainya selalu-selalulah puji Pak Lah ini sebelum beliau dipencenkan tidak lama lagi samada oleh rakyat atau oleh Ahli-ahli PArlimen BN yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat.

05 September 2008

TERBUKTI UMNO PARTI PERKAUMAN ~ Ref Malaysiakini

Apakah Umno hendak menafikan bahawa ianya parti perkauman sedangkan namanya sendiri Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organization (Umno) yang terang-terang nama parti Melayu. Sudah tentu parti akan akan berjuang untuk kepentingan Melayu walaupun sebenarnya parti ini bukan berjuang untuk melayu tetapi berjuang untuk menjual melayu. (Buktinya Tanah Orang Melayu semakin berkurangan jumlahnya, tulisan jawi diketepikan, Bahasa Melayu dipinggirkan di Sekolah pun Bahasa Inggeris diagung-agungkan, Islam agama orang Melayu semakin dihina murtad berleluasa).

Hari ini semangat perkauman sempit Umno semakin terbukti apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang menghina Cina. Malah Ahmad mendapat sokongan moral apabila semua 11 Bahagian Umno di Pulau Pinang menyokong tindakan Ahmad yang tidak mahu meminta maaf diatas tindakannya menghina Cina walaupun digesa oleh MCA, DAP dan Gerakan supaya memohon maaf. Malah laporan Polis telah dibuat terhadap Ahmad oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Walaupun Timbalan Presiden Umno terhegeh-hegeh meminta maaf kononnya atas kesilapan Ahmad tersebut, namun permohonan maaf beliau nampaknya tidak mendapat sokongan dari pimpinan Umno yang lain hatta Ketua-ketua Bahagian Umno di Pulau Pinang sendiri tidak menyokong AlNajib.

Saya berasa kesal dengan tindakan Ahmad yang berani menghina orang Cina. Saya ingin bertanya kepada beliau apa rasa beliau kalau orang Cina menghina beliau. Tindakan beliau juga sebenarnya menyentuh sensitiviti kaum Cina.

Saya bukannya anti Melayu dan pro-Cina tetapi saya sentiasa terbuka dalam soal kaum kerana di dalam perjuangan berasaskan perkauman tiada di dalam ajaran Islam sebagaimana Hadis Nabi Mohamad S.A.W " Bukan dari golonganku orang yang berjuang diatas dasar kebangsaan .....".

Jadi bagi saya kita mesti menegakkan keadilan Islam di mana di dalam negara Islam, rakyat bukan Islam ada hak untuk tinggal dan menjalankan semua kegiatan agama mereka seperti juga hak rakyat beragama Islam di dalam sesebuah negara Islam.

Jadi saya nasihatkan kepada pemimpin, ahli dan penyokong Umno totok supaya sedar dan insaf bahawa perjuangan perkauman tidak diakui oleh Nabi Mohamad S.A.W sebagai umatnya.

LANUN DI SOMALIA BELAJAR DARI LANUN DI MALAYSIA ~ Ref Malaysiakini

Kita sangat bersimpati dengan sahabat-sahabat kita yang diculik oleh lanun di Selat Eden Somalia.Keluarga mereka sudah tentu sangat susah hati dengan keadaan ini. Kita mendoakan agar sahabat-sahabat kita yang diculik tidak diapa-apakan oleh lanun tersebut.

Mungkin lanun-lanun tersebut tahu kapal yang diculik itu berasal dari Malaysia yang juga diperintah oleh 'lanun' juga.

Banyak persamaan lanun yang merampas dengan kapal MISC ini dengan 'lanun' yang sedang memerintah Malaysia.

'Lanun' di Malaysia yang memerintah kita sekarang apa kurangnya tindakan mereka terhadap rakyat, cuma 'lanun' di sini dilihat 'merompak', 'merampas', 'menzalimi' rakyat atas nama undang-undang.

Apa 'lanun' di sini buat :-

1) Bunuh rakyat di Memali pada 19 Nov 1985
2) Rampas tanah rakyat atas nama Akta Tanah
3) Rampas kesejahteraan rakyat dengan naikkan harga minyak yang menyebabkan rakyat menderita.
4) Biarkan rakan-rakan mereka seperti perogol, perompak, penyamun melakukan kegiatan jenayah, sebab itu pihak keselamatan disibukkan untuk pantau ceramah pembangkang, demonstrasi aman dan sebagainya
5) Biarkan Murtad berleluasa.

dan banyak lagi .......nanti sambung kalau ada masa!!

GERAKAN MULA BERI TEKANAN KEPADA BN ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini Gerakan salah satu parti dominan dalam BN mula memberikan tekanan kepada BN agar membuat perubahan dan memenuhi permintaan parti-parti komponen khasnya Gerakan.

Ekoran dari prestasi terburuk BN pada pilihanraya Umum lalu Gerakan mula berubah sikap dan lebih terbuka dan berani membuat kenyataan-kenyataan pedas kepada pucuk pimpinan BN. Mungkin kerana tersentak dengan kehilangan negeri mereka iaitu Pulau Pinang, Gerakan sering menuding jari menyalahkan pucuk pimpinan tertinggi BN yang menyebabkan kekalahan BN di Pulau Pinang.

Minggu ini pergeseran semakin memuncak apabila Gerakan dan MCA membuat laporan Polis terhadap Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang didakwa menghina kaum Cina semasa berceramah ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun Umno kelihatan tidak serius menangani isu ini apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap 'jagoan tengik' Melayu itu. Ini membuatkan Gerakan dan MCA naik berang.

Hari ini Pemangku Presiden Gerakan, Kon Tsu Kon dengan berani membuat kenyataan bahawa Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Laporan ini disiarkan oleh Bernama.

Sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.

Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini hari ini.

Koh berkata apa yang dituntut oleh Gerakan antaranya ialah perubahan sikap dan pendekatan serta mewujudkan semula semangat bermusyawarah yang lebih adil dan saksama antara parti-parti komponen supaya suara semua parti dapat didengar, diambil kira dan dimasukkan dalam agenda BN.

"Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu, tapi mungkin lama-kelamaan, kita semakin sibuk, semakin mementingkan diri sehingga kita terlupa," katanya.

Bagaimanapun, Koh mengakui perubahan telah mula berlaku dalam BN namun parti itu menganggap ia belum mencukupi.

"Kita sudah bermesyuarat lebih kerap dalam lima bulan yang lepas ini di peringkat Dewan Tertinggi BN dan Jawatankuasa Pengurusan BN berbandiing lima tahun dahulu.

"Ia satu permulaan yang baik. Kami bincang banyak isu tapi masih perlu buat perubahan. Tapi nak buat perubahan, bukanlah dalam masa sebulan dua," katanya.

Koh berkata pepimpin BN juga perlu mendengar luahan hati rakyat dan suara tidak puas hati termasuk yang mula kedengaran dari dalam BN sendiri.

"Bukan senang untuk saya menangani perasaan ini. Suara-suara ini mesti diambil kira," katanya.

BN MEMANG TAKUT UNTUK HADAPI 16 SEPT ~ Ref Malaysiakini

Mulut berkata, Anwar bermimpi di siang hari, dalam hati siapa yang tahu. Malah macam-macam perancangan di lakukan untuk menggagalkan perancangan Anwar untuk membentuk kerajaan baru. Begitulah takut dan bimbangnya pimpinan BN terhadap tindak tanduk Anwar dan ahli-ahli Parlimen BN.

Macam-macam telah dilakukan dan dirancangkan oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya untuk menafikan akan tertubuhny kerajaan Pakatan Rakyat. Antaranya melantik orang Sabah menjadi Speaker Dewan Rakyat dengan memencenkan Ramli Ngah Talib; berjanjikan untuk melaksanakan projek-projek dan peruntukan hebat di Sabah dan Sarawak; memaksa ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak menandatangani akujanji sumpah taat setia kepada BN dan terbaru menaja ajli-ahli parlimen ini makan angin keluar negeri atas alasan lawatan sambil belajar dan sebagainya.

Persoalaanya adakah dengan melantik speaker dari Sabah, janji projek, akujanji dan menaja lawatan tersebut dapat memastikan tiada yang melompat? Jawapannya sudah tentu tidak kerana jika mereka berada di luar negeri sekalipun mereka tetap boleh melompat parti mungkin dengan menghantar fax atau email mengaku yang mereka telah keluar BN. Sekarang dunia tanpa sempadan tiada yang menghalang untuk berkomunikasi. Cuma Umno/BN yang dungu tidak mahu menggunakan kecanggihan ini.

Anwar telah beberapa kali bertemu Ahli-ahli parlimen BN ini. Perkara ini sudah tentu diketahui oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya kerana SB (Cawangan Khas) sudah tentu mengekori Anwar kemana sahaja hatta di bilik tidur dan tandas sekalipun dengan cara-cara tertentu yang sofistikated. Sebab itulah Pak Lah pucat lesi dan pusat gigi dengan keadaan semasa kerana beliau mengetahui semua situasi semasa yang kian meruncing bagi beliau sekarang.

Bagi saya kalau beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan bertaraf negarawan tidak ada yang perlu beliau gusarkan. Pastikanlah kalau benar-benar berlaku pertukaran kerajaan biarlah ianya dilakukan secara professional dan licin, jangan ada cemburu dan hasad dengki.

UMNO HANCUR DENGAN POLITIK WANG ~ Ref Malaysiakini

Umno yang sedang nazak ekoran kekalahan pada PRU ke 12 lalu, semakin tenat dengan sikap pemimpinnya yang langsung tidak peka dan bimbang dengan penularan rasuah politik atau politik wang pada pemilihan Umno kali ini.

Walaupun bermacam-macam rungutan dan kekesalan dilemparkan kepada Umno dari dalam dan luar Umno pemimpin Umno tetap tidak mengambil langkah drastik untuk membenterasnya. Saya yakin pemimpin-pemimpin ini sengaja tidak mahu membenterasnya kerana sebahagian besar pemimpin Umno juga mungkin terlibat memasang kaki-kaki diperingkat cawangan dan bahagian.

Etika pemilihan yang dilaksanakan di dalam Umno tidak berkesan untuk membendung amalan tersebut sewaktu pemilihan parti diadakan, kata beberapa pemimpin Umno.

Menurut mereka lagi, pihak-pihak yang melakukannya sebenarnya tidak takut dengan peraturan kerana jawatan parti menguntungkan mereka.

"Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya," kata Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

"Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan," katanya.

Suhaili berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kelmarin atas dua tuduhan rasuah berhubung pemilihan parti.

Mohd Nor, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.

Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lalu, mencalonkan Mohd Nor sebagai calon ketua Umno bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.

'Sanggup lakukan apa saja'

Suhaili yang juga ketua Umno bahagian Labuan berkata, orang yang gila jawatan dan mahu berkuasa, sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai.

Katanya, Umno tidak memerlukan orang sedemikian rupa kerana ia boleh merosakkan parti dalam tempoh jangka panjang.

Sementara Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail pula berkata, ada pemimpin parti yang menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi dan bukannya menolong orang.

"Perjuangan mereka telah terpesong sedikit setelah mendapat kesenangan daripada jawatan yang dipegangnya," katanya.

Menurut Ishak (foto), beliau percaya kegiatan sebegini berlaku di merata tempat dan ianya dilakukan oleh orang muda yang "mahu cepat naik".

Katanya, jika masalah ini tidak dibendung, Umno akan pupus di kalangan orang Melayu.

Ishak berkata, masalah itu boleh dibendung jika ahli-ahli parti sedia membuat laporan BPR terhadap individu yang disyaki melakukan rasuah politik.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad pula berkata, politik wang berlaku kerana ramai yang mahu menjadi pemimpin parti.

Bagaimanapun, katanya, ini bukanlah bermakna mereka yang mahukan jawatan semuanya kerana kepentingan peribadi semata-mata.

Sebaliknya, tambah bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, ada yang memerlukan jawatan untuk berkhidmat kepada parti dan masyarakat.

04 September 2008

JALAN TERAKHIR PAK LAH, ISYTIHAR MAGERAN ATAU BUBARKAN PARLIMEN ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah semakin tertekan dengan situasi semasa dan krisis politik dalaman Umno dan BN. Tanda-tanda akan berlakunya Tsunami kedua selepas BN ditolak pada PRU 12 pada 8 Mac lalu semakin terserlah. Pak Lah sendiri semacam tidak senang duduk sekarang terpaksa terbang ke sana ke mari menagih sokongan.

Malah belanjawan 2009 juga menjadi mangsa apabila dijadikan gula-gula untuk memujuk rakyat dan ahli-ahli parlimen BN supaya tidak berpindah kapal atau melompat parti. Namun semua itu tidak menjanjikan apa-apa kepastian samada ahli-ahli parlimen tersebut akan melompat atau tidak.

Semakin hari semakin tercungap-cungap Pak Lah memikirkan bagaimana cara untuk menghadapi tarikh 16 September yang dijanjikan Anwar bahawa akan tertubuhnya sebuah kerajaan baru menggantikan kerajaan Ganyut yang telah ditolak oleh rakyat akibat pemimpinnya yang lemah dan lembap.

Berbagai janji dan habuan dihamburkan kepada rakyat terutama rakyat Sabah dan Sarawak, namun semua itu mungkin memuaskan hati rakyat tetapi belum tentu dapat menawan hati wakil rakyat.

Anwar berkali-kali mengulangi kenyataannya bahawa tarikh 16 September tetap akan dikenang sebagai tarikh bersejarah. Malah orang-orang kanan Anwar tidak putus-putus membuat kenyataan bahawa tidak ada yang perlu dirisaukan oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana perancangan dan strategi yang diilhamkan oleh Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru masih 'on track'.

Pak Lah semasa membentangkan belanjawan 2009 tanpa segan silu berkata bahawa beliau akan tetap mempertahankan kerajaan BN yang dibentuknya selepas PRU ke 12 ini. Bagaimana beliau mampu mempertahankannya, kalau seramai 30 orang Ahli-ahli PArlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat? Ini yang menjadi persoalannya.

Tidak ada yang boleh dilakukan oleh Pak Lah bagi menyelamatkan kerajaan BN jika berlakunya 'lompatan' ini. Hanya ada 2 cara sahaja itupun bukannya hendak memastikan BN terus berkuasa tetapi untuk menggagalkan penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat. Pak Lah isytiharkan MAGERAN atau membubarkan Parlimen. Namun kedua-dua tidak semudah yang disangka kerana kedua-duanya memerlukan perkenan Ke Bawah Duli Tuaku Yang Dipertuan Agong.

Adalah diharapkan Pak Lah akan berjiwa besar bila menghadapi situasi ini sebagaimana yang dilakukan oleh Pairin di Sabah dan Asri di Kelantan yang tetap 'cool' walaupun BN merampas kerajaan-kerajaan negeri-negeri terbabit dengan cara membeli wakil-wakil rakyat PBS dan PAS.

SYABAS DR OSMAN DAN RAMLANG, BERANI KERANA BENAR ~ Ref Malaysiakini

Saya sangat menyanjung insan-insan di dunia ini yang berani kerana benar walaupun berhadapan dengan kerenah dan fitnah manusia. Sifat berani kerana benar adalah sifat yang sangat mulia kerana dengan keberanian seseorang itu maka, akan ada insan yang teraniaya dibela.

Inilah yang dilakukan oleh dua orang hamba Allah yang saya rasa mempunyai watak yang sangat penting dalam episod fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Tanpa keberanian saksi-saksi atau hamba Allah yang terlibat secara langsung ini maka mudah puak-puak yang menjadi konspirator mengatur gerak seterusnya untuk menguatkan lagu hujah fitnah mereka.

Tidak syak sifat mulia Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dan Imam Ramlang Porigi yang sanggup menggadaikan nyawa dan periuk nasi masing-masing demi kebenaran mesti dicontohi oleh semua rakyat Malaysia dan hamba Allah di dunia ini. Andaikata lebih ramai insan seperti mereka berdua ini saya yakin negara kita akan lebih aman dan maju. Namun tidak ramai yang berani seperti mereka berdua. Kebanyakannya lebih sayang kepada pangkat dan kedudukan sehingga sanggup berdiam diri merahsiakan perkara yang sebenar. Tetapi ingat Saksi palsu, berbohong dan menyembunyikan kebenaran merupakan satu dosa besar.

Pada kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini Imam Ramlang Porigi mendedahkan duduk perkara sebenar dalam isu sumpah Saiful di mana beliau menyatakan beliau dipaksa untuk duduk seolah-olah menjadi saksi ketika Saiful bersumpah mendakwa DSAI meliwatnya. Imam Ramlang dengan tegas dan berani berkata perkara yang benar.

Hari ini pula, Dr Mohd Osman yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.

Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Syabas Dr Mohd Osman dan Imam Ramlang, ingatlah sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang-orang benar.

KESAL KERANA DI SELANGOR JUGA BANYAK TEMPAT MAKSIAT ~ Ref Malaysiakini

Saya terima komen ini dari Wak Segen...response kepada tulisan Amat Alang yang saya postingkan sebelum ini. Tuan-tuan baca dan nilaikan sendiri dan yang pasti kalau boleh bantu Wak Segen ini bantulah .....kepada orang Selangor ambil teguran ini secara positif kerana ini juga akan digunakan oleh Umno untuk menghentam kerajaan PR di Selangor!!!! Wak Segen menyangka saya tidak akan siarkan komen beliau ...tetapi yang pasti saya terbuka ...saya akan siarkan komen anda selagi tidak memudaratkan dari segi agama, bahasa dan sebagainya.......

Komen Wak Segen ...

Salam,
Saya penduduk Selangor di bawah kerajaan PR. EXCO Agama, Datuk Hassan Ali. (PAS).
Semua tempat2 maksiat dan amalan2 yang Tuan sebutkan dalam posting ini sedang wujud di Selangor dan boley di katakan 5 kali ganda lebih besar lagi .Salepas 6 bulan kerajaan PR memerintah tiada apa perubahan yang ketara. Malahan akan di tambah lagi dengan projek babi yang mega.

Sila bagi cadangan bagaimana rakyat negeri saperti saya dapat memberikan rayuan yang berkesan.


Apa komen anda !!!

LAWAN TETAP LAWAN, LAWAN SAMPAI PUNAH RANAH BN ~ Ref Malaysiakini

Inilah 'tarbiah' Umno dan MCA. Walaupun parti masing-masing dalam keadaan kritikal dan nyawa-nyawa ikan tetapi pemimpin-pemimpinnya berlumba-lumba ingin bertanding jawatan tertinggi parti oleh kerana mereka tahu menang ertinya mereka akan dapat jawatan menteri, menang ertinya mereka senang di kemudian hari.

Tidak ada rasa takut sedikitpun untuk memegang jawatan kerana bagi mereka, pangkat dan kuasa di dalam parti merupakan jambatan untuk menjadi kaya-raya dan senang lenang. Berlainan dengan pemimpin-pemimpin Parti Islam seperti PAS yang yakin bahawa jawatan dan kuasa adalah amanah yang berat yang terpaksa ditanggung. Walau sekecil mana amanah yang dipegang sudah tentu ianya akan ditanya dan disoal oleh Allah di Hari Kemudian (Kiamat).

Namun di dalam Umno maupun MCA pertanyaan Allah tentang amanah yang mereka pegang tidak menakutkan dan menginsafkan mereka. Yang penting bagi mereka jawatan yang dimenangi akan menjadi batu loncatan untuk disanjung dan menjadi orang kaya. Mana tidaknya dengan jawatan sebagai Presiden, Timbalan dan Naib-naib Presiden, Ketua Pemuda dan Wanita Parti Umno dan MCA sudah tentu mereka akan dipilih menjadi calon pilihanraya dan dilantik menjadi menteri yang gajinya puluhan ribu. Itu belum dicampur dengan elaun dan sebagainya. Duit uu...uu...uu..uu tak kira lagi tu??

Inilah sebabkan seorang demi seorang pemimpin Umno dan MCA menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan penting tersebut. Mereka yang menawarkan diri bertanding ini pula akan menggunakan pelbagai taktik untuk menang sehingga ada yang bersalahan dengan agama dan undang-undang. Ada yang menggunakan wang untuk membeli perwakilan yang mengundi pada persidangan bahagian dan pusat. Pertama mereka 'membeli' perwakilan supaya mencalonkan mereka untuk layak bertanding di peringkat pusat. Kedua setelah menang pencalonan ini, mereka 'membeli' pula perwakilan supaya mengundi mereka pada persidangan peringkat pusat.

Selain rasuah politik dengan memberi wang, ada juga yang menaja lawatan ke luar negeri, ada yang mengumpan dengan gelaran Datuk, ada yang menggunakan samseng dan gangster untuk mengugut dan seribu satu macam cara asalkan menang. Pendekata mereka ini menggunakan kaedah Matlamat Menghalalkan Cara untuk mencapai objektif masing-masing.

Lebih malang lagi, kegiatan songsang mereka ini seolah-olah dilindungi oleh kerajaan Islam Hadhari di mana sebelum inipun tidak ada seorang pun pelaku-pelaku rasuah politik ini dihadapkan ke mahkamah dan dihukum. Sebagai contoh Bekas Naib Presiden Umno, Isa Samad walaupun terbukti bersalah mengamalkan rasuah beliau hanya digantung keahlian Umno selama 4 tahun tetapi tidak dihukum di bawah akta rasuah. Sekarang ini beliau kembali memenangi jawatan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang tanpa bertanding dan akan bertanding pula dalam pemilihan Umno peringkat pusat Disember ini. Inilah Umno parti yang tidak tahu yang mana HARAM dan mana HALAL disisi ISlam dan undang-undang.

Masalah rasuah ini juga menular hebat dalam MCA di mana Calon Presiden MCA, Ong Tee Keat baru-baru ini kesal dengan kejadian merasuah perwakilan dalam Parti MCA. Tee Keat berkata lebih baik dikeluarkan tender kepada semua calon, siapa boleh bayar lebih dialah yang menang.

Sesungguhnya wabak rasuah dan negatif yang berlaku didalam MCA dan Umno mempercepatkan lagi hari kematian BN yang semakin hampir.

PAK LAH TAK SENANG DUDUK, MELAWAT SABAH, NAK PUJUK ORANG SABAH KE? ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini, Pak Lah memang tidak senang duduk. Ibaratkan duduk tak kena, berdiri pun tak kena. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang terutama bulan puasa. Manakan tidak hari-hari Anwar mendakwa beliau akan merampas takhta Pak Lah menjelang 16 Sept.

Semalam Pak Lah bergegas ke Sabah. Mungkin hendak memujuk Orang Sabah supaya tidak lompat parti. Pak Lah janganlah risau, kan dah buat akujanji. Najib pun begitu yakin tidak ada yang akan lompat. Apa nak dirisaukan.

Musa Aman pun juga yakin kerajaan Sabah tetap utuh dan teguh.

Pak Lah pun dah bentangkan bajet 2009 yang dilihat amat menyanjung tinggi orang Sabah. Banyak peruntukan dihadiahkan kepada Sabah. Apa nak risau lagi Pak Lah, Orang Sabah takkan lompat. Bulan-bulan puasa elok Pak Lah duduk rumah dan pejabat zikir dan doa banyak-banyak. Mana tahu lepas ini pencen awal kan. Orang suruh pencen tak mahu ...Insya Allah nanti dapat pencen free ......

SYUKUR 'SEKOLAH' LAMA DIPILIH SEBAGAI UNIVERSITI APEX PERTAMA ~ Ref Malaysiakini

Rasa gembira bercampur syukur apabila 'sekolah lama' saya iaitu USM dipilih sebagai Universiti Apex pertama di Malaysia.

Apa bendanya Apex ini? - Accelerated Programme for Excellence atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan

USM dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun.

Dalam tempoh itu USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020, katanya yang juga yakin USM mampu mencapai universiti bertaraf dunia.

Ini persoalannya? Mampukah USM menempatkan dirinya dalam kategori 100 Universiti terbaik dunia setelah semua IPTA Malaysia merudum rankingnya sejak akhir-akhir ini kerana campurtangan politik yang keterlaluan di semua IPTA.

IPTA dijadikan gelanggang politik oleh Umno/BN sehingga pemilihan Naib Canselor dan pegawai-pegawai utama Universiti, Pilihanraya Kampus, Bantuan Geran Penyelidikan semuanya dipengaruhi oleh politik sempit Umno. Mahasiswa dan Pensyarah seolah-olah dikurung dari dunia luar. Sesiapa yang bersuara menyatakan rasa tidak puashati sudah tentu di'blacklist' dan dipetisejukkan.

Pensyarah, Mahasiswa dan kakitangan IPTA juga dikongkong oleh kerajaan sehingga kampus diibaratkan sebagai Umno punya bukannya institusi pendidikan tinggi. Akhirnya mutu dan kredibiliti IPTA merudum dan menjunam begitu teruk di mata dunia.

Selagi semua perkara ini tidak diselesaikan dan kongkongan politik dirungkaikan selagi itulah cita-cita untuk mendapat status APEX hanyalah khayalan. Bukan APEX yang akan dicapai tetapi mungkin Universiti APEK yang diperolehi.

ADNAN TANDING KETUA PEMUDA : SEDARLAH DIRI SIKIT, AWAK SUDAH TUA ~ Ref Malaysiakini

Saya rasa geli geleman dengan hasrat Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub yang mungkin ingin bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno setelah sebelum tidak berminat berbuat demikian.

Bukan apa, bagi saya berilah peluang kepada orang muda memimpin pergerakan pemua ini. Zaman engkau muda sudah berlalu, jangan pula berasa muda kembali. Biarkan organisasi pemuda dipimpin oleh pemuda yang seeloknya berumur 40 tahun kebawah atau sekurang-kurangnya 45 tahun ke bawah.

Orang tua cara berfikir pun dah tua. Jangan jadi Syed Hamid dan Ali Rustam dulu yang masih nak pegang jawatan dalam belia walaupun usia dn menjangkau 'larut malam'. Inilah masalahnya apabila jawatan dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri. Malu dan tanggungjawab ditolak ke tepi.

Media hari ini melaporkan bahawa Adnan Yaakob sedang menimbang semula secara serius kemungkinan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.

Menurutnya, beliau menerima banyak permintaan daripada pelbagai pihak dari seluruh negara supaya bertanding jawatan tersebut pada pemilihan akan datang.

Adnan dengan bangga berkata, ramai suruh saya bertanding Ketua Pemuda. Saya dapat panggilan seluruh negara terutama selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu.

Menurutnya beliau sedang memikirkan secara serius.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Seri Pahang di Kuantan semalam.

Pada Mei lalu, kesemua 14 bahagian Pemuda UMNO Pahang menyokong Adnan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Memang lah negeri sendiri semua Pemuda Bahagian sokong engkau tetapi pemuda negeri lain belum tentu. Kadang-kadang luar cakap lain, dalam lain.

RAYUANKU KEPADA KETUA MENTERI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Saya sebagai salah seorang penduduk Melaka amat berharap YAB Datuk Seri mempertimbangkan rayuan saya sempena Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Saya membuat rayuan ini kerana berasa terpanggil untuk sama-sama mengambil bahagian menyelamatkan negeri Melaka yang ditadbir oleh YAB Datuk Seri yang saya lihat semakin menyimpang jauh dari agama Islam dan dari sehari ke sehari semakin banyak maksiat dan pembaziran berlaku :-

SAYA MERAYU :-

1) Tutuplah semua Hotel-Hotel murah di seluruh negeri Melaka yang menjalankan kegiatan pelacuran sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Sudah banyak kali serbuan dibuat oleh JAIM tetapi Hotel ini tetap menjalankan operasi maksiatnya. Tarik balik lesen premis, potong air dan talian elektriknya. Susah sangat ke YAB Datuk Seri untuk menutupnya?

2) Tarik balik semua lesen premis pusat dangdut, kelab malam, karaoke, Pub, Bar dan sebagainya yang menjadi antara punca berlaku maksiat. YAB Datuk Seri tentu tahu bahawa sebahagian besar pekerja pusat-pusat ini adalah melayu. YAB tidak malu ke apabila anak-anak muda Melayu ini melayan orang lain, tidak terhina ke bangsa Datuk Seri sendiri dengan keadaan ini?

3) Hentikan serta merta semua program maksiat seperti konsert, pesta nyanyian, karaoke dan sebagainya yang jelas menjadi tempat berlakunya pergaulan bebas yang akhirnya menyebabkan berlakunya pergaulan bebas antara muda-mudi remaja. Tidakkah YAB Datuk Seri risau dan bimbang dengan hamil luar nikah berjumlah 199 kes sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini dan sebanyak 399 kes dikesan oleh JAIM.?

4) Tarik balik semua lesen premis perjudian yang terdapat di semua tempat seluruh negeri Melaka sehingga Melaka boleh dikategorikan sebagai Melaka Darul Judi dan Maksiat.

5) Hentikan semua program membazir seperti pemindahan Eye On Malaysia ke Melaka dan lain-lain. Gunakan wang tersebut untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan barangan.

6) Hentikan semua tekanan dan diskriminasi kepada Pakatan Rakyat kerana sebelum ini poster-poster ceramah, bendera, banner dan sebagainya sering dikoyak, dicabut dan 'dicuri' oleh orang-orang tertentu hatta di markas atau pejabat parti sekalipun.

7) Hentikan semua amalan kronisme dan nepotisme di dalam pembahagian projek dan kontrak kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan kerana negeri ini bukan Umno atau BN punya. Negeri ini adalah rakyat punya, semua rakyat membayar cukai.

8) Hentikan semua amalan kronisme dalam pengambilan kakitangan baru kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri kerana sebelum hanya ahli-ahli Umno sahaja yang diterima bekerja.

9) Imarahkan lagi masjid dengan program-program kuliah, tazkirah, diskusi, forum dan sebagainya demi untuk mentarbiahkan rakyat agar kembali kepada Islam.

10) Hentikan amalan diskriminasi kepada Ustaz-ustaz tertentu yang dilabelkan sebagai pembangkang sehingga tidak dibenarkan mengajar di masjid-masjid. Sedangkan ustaz-ustaz adalah lulusan Al-Azhar, IPTA dan sebagainya. Akibat amalan ini akhirnya masjid menjadi sunyi sepi dan anak-anak muda semakin menjauhi masjid kerana program-program tidak menarik minat anak kariah terutama muda-mudi. Contohnya Kuliahnya berkisar tentang Haid Nifas dan ilmu-ilmu yang diajar sejak puluhan tahun. Tiada ilmu-ilmu baru diajar.

11) Bebaskan institusi masjid dan surau dari politik kerana sekarang ini semua Pengerusi Masjid adalah pimpinan Umno cawangan dan JKKK. Ini menyebabkan ada Pengerusi Masjid yang tidak berjemaah di masjid, datang sekali-sekala dan lebih teruk lagi ada pengerusi masjid akhlaq dan amalan Islamnya dipertikaikan anak kariah.

12) Bebaskan JKKK dari politik kerana ini menyebabkan perpecahan di kampung-kampung. Sekarang ini semua Pengerusi dan AJK JKKK semuanya pimpinan dan ahli Umno. Adakah kampung-kampung ini Umno/BN punya??

13) Selamatkan muda-mudi dinegeri ini yang semakin liar dan menjauhi agama. Jangan lalaikan mereka dengan program-program maksiat dan 'lagho' yang sebelum ini digalakkan oleh kerajaan negeri seperti Pesta-pesta, Sure Heboh, Konsert yang menggalakkan dan membiarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Banyak lagi sebenarnya Datuk Seri ....lain kali saya tulis lagi.

Tolonglah YAB Datuk Seri jangan jadikan negeri ini negeri Umno/BN punya. Jangan jadikan negeri harta pusaka Umno/BN. Adakah YAB Datuk Seri tidak takut HUKUM ALLAH dan SOALAN ALLAH kerana kita semua akan mati dan MENGADAP ALLAH. Segala amalan kita di dunia walau sekecil mana pun akan ditanya oleh ALLAH hatta sebesar atom pun.

Bukan tujuan saya untuk mengajar YAB Datuk Seri kerana saya yakin ilmu agama YAB Datuk Seri setanding atau lebih hebat dari Ulama' seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Prof. Dr Haron Din. Tujuan saya hanya sekadar ingat mengingati antara kita terutama bulan RAMADHAN AL MUBARAQ ini.

Sekali lagi saya merayu YAB Datuk Seri agar mempertimbangkan rayuan saya ini. Terima Kasih dan Selamat Berpuasa.

Yang Benar

Amat Alang
Batu Berendam

IMAM PENCEN CARI PUBLISITI NASIHATKAN TIMBALAN KM~ Ref Malaysiakini

Semenjak di'tendang' dari menjadi Calon BN pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jarang sekali Imam Pencen, Pirdaus Ismail mengeluarkan kenyataan akhbar di media. Mungkin beliau berkabung agaknya.

Pirdaus mungkin boleh diibaratkan sebagai diam-diam ubi berisi. Ini kerana beliau kena mengaturkan strategi tertentu demi untuk memenangi jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan bahagian Permatang Pauh tidak lama lagi. Dilaporkan Imam Pencen yang berangan-angan besar ini sedang mengintai jawatan tertinggi bahagian untuk menentang penyandang jawatannya Abdul Jalil Majid dan calon Pilihanraya yang dimalukan Anwar, Arif Shah.

Ketiga-tiga mereka ini dikatakan sedang berusaha mencari sokongan cawangan-cawangan bagi memuaskan nafsu masing-masing yang cintakan pangkat dan jawatan yang sudah tentu memberikan habuan besar di dunia. Walaupun Arif Shah berjanji untuk tidak meneruskan hasrat bertanding Ketua Bahagian setelah dipilih sebagai Calon Permatang Pauh tetapi ramai pemerhati politik berpendapat janji tersebut hanya mainan politik beliau agar dipilih sebagai calon Pilihanraya Kecil tempohari.

Hakikatnya Arif Shah sekarang sedang berada di keduduka selesa kerana mendakwa dirinya lebih dipercayai oleh pimpinan tertinggi Umno sebab itu beliau dipilih menjadi calon mengenepikan Jalil dan Imam Pencen tersebut.

Semalam Imam Pencen 'menjengoi' kembali dengan mengeluarkan kenyataan menegur YAB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahmad Fairus Kamaruddin berkenaan isu tidak turun padang. Imam Pencen ber'madah' menasihatkan Fairus agar menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik dan tidak mencari alasan untuk menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahannya.

Imam Pencen tersebut mengulas kenyataan Fairus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, yang mendakwa ahli-ahli Umno sengaja menuduh beliau jarang melawat kawasannya selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Semalam Fairus dilaporkan berkata, ahli-ahli Umno di situ cemburu kerana beliau merupakan timbalan ketua menteri yang termuda dalam sejarah Pulau Pinang.

Ahad lalu, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Fairus supaya lebih kerap turun ke padang bagi menyelesaikan masalah rakyat walaupun sibuk sebagai timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.

Menurut Anwar, rakyat boleh faham dan terima sekiranya sibuk bertugas tetapi rakyat tidak boleh terima sekiranya, sebagai wakil rakyat, tidak turun padang.

Jelas sekali Imam Pencen yang terkenal dengan skill beliau menendang peti undi ini, cuba mencari publisiti murah agar ahli-ahli Umno kembali mengingati beliau yang semakin tenggelam dari minda ahli-ahli Umno Permatang Pauh.

Syabas Imam Pencen, teruskan usaha 'murnimu' untuk menerajui Umno Permatang Pauh. Diharapkan selepas Umno lebih teruk porak perandanya kerana masing-masing tamakkan kuasa dan pangkat yang menjanjikan seribu satu projek dan habuan dunia.

SIASAT, DAKWA DAN HUKUM ~ Ref Malaysiakini

Jabatan Audit Negara berjaya mengesan pembelian sebuah mesin pengimejan (X-RAY) yang berharga 33 juta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mematuhi syarat pembekalan kerajaan.

Difahamkan, syarikat Glotel Sdn Bhd yang mendapat kontrak untuk membekalkan alatan tersebut tidak pernah mendaftar dengan Kementerian Kewangan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan Glotel tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor seperti disyaratkan bagi setiap kontraktor yang mahu melaksanakan projek kerajaan dan sepatutnya tidak layak ditawarkan kontrak berkenaan.

Malah, Syarikat Allied Physics Sdn Bhd, sub kontraktor dilantik Glotel bagi mengiktiraf kualiti dan keselamatan PET CT Scan didapati tidak berkelayakan atau memiliki lesen mengendalikan bahan radioaktif dan alat pengimejan seperti disyaratkan di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pelesenan Tenaga Atom.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang diminta mengulas mengenai isu ini dipetik sebagai berkata :

“Kita sedar isu kontrak itu yang sememangnya dalam perhatian dan tindakan kementerian. Isu ini bukan perkara baru dan kita memang mengetahui mengenainya,"

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut bila ditanya oleh wartawan.

Blog Nuraflah

03 September 2008

HAYAT BN SUDAH BERAKHIR - DR MAHATHIR ~ Ref Malaysiakini

Dalam tulisannya dalam Blog beliau, Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno memberitahu, penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah hancurkan Umno, MCA, Gerakan, MIC dan BN.

"Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.

"Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang," kata beliau sambil menambah, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu, ahli Umno dan BN tidak berani pakai baju dengan logo Umno atau BN.

"Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan Umno duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) berucap.

"BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN," katanya.

Telahan Dr Mahathir ini ada benarnya kerana dari sehari ke sehari semakin ramai ahli Umno, MCA, MIC dan Gerakan keluar parti atau secara senyap-senyap mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ini dibuktikan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh ahli-ahli parti komponen BN memberikan undi kepada Anwar Ibrahim. Malah mereka secara terang-terangan menghadiri ceramah PR dan datang ke pondok panas PR semasa hari pengundian.

Sehari dua ini pula dijangkakan lebih dari 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan ini merupakan titik permulaan yang BN akan lenyap menjadi sejarah. Ini kerana tanpa jentera kerajaan dan pertolongan agensi-agensi kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama dan pasti akan tewas pada pilihanraya umum akan datang. Kekuatan BN sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada agensi kerajaan seperti SPR, pasukan keselamatan, media dan lain-lain. Tanpa 'parti-parti komponen BN' seperti SPR ini maka sudah pasti BN akan kehilangan taring.

Ramai pemerhati politik juga menjangkakan bukan sahaja 30 ahli parlimen ini yang akan melompat ke kem PR tetapi lebih ramai lagi yang menuruti jejak mereka apabila kerajaan baru PR semakin mantap. Ini kerana tidak apa lagi yang mereka tunggu di dalam parti-parti komponen BN kerana projek dan 'duit terpijak' sudah tidak ada lagi kerana BN sudah tidak menjadi kerajaan lagi.

Selamat Tinggal BN.......

PAK LAH SEMAKIN MENGHAMPIRI PENCEN SEBAGAI PM? - Ref Malaysiakini

Kasihan Pak Lah Ramadhan ini mungkin Ramadhan terakhir beliau menjadi PM. Ini kerana spekulasi Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan semakin hampir. Dari sehari ke sehari sinar semakin menyinsing untuk PR membentuk kerajaan pusat yang diidamkan oleh rakyat terbanyak.

Bermula dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh diikuti dengan beberapa peristiwa seperti keengganan beberapa MP dari Sabah dan Sarawak menandatangani akujanji BN, sokongan terbuka Bernard Dompok kepada cadangan Anwar untuk menjadikan 16 Sept hari cuti umum.

Hari ini Ketua PKR Sarawak, Dominic Ng pula dengan begitu yakin bahawa PR akan disertai oleh lebih 40 ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Dominique berkata tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar.

Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah laporan bahawa pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.

Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.

CUTI 16 SEPT : JAWAPAN TIMBALAN PERDANA TIDAK RELEVAN ~ Ref Malaysiakini

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajan pusat tidak bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan 16 September sebagai cuti umum adalah tidak relevan dan tidak masuk akal.

Dalam kenyataannya dipetik dari akhbar portal internet, Malaysiakini, Najib dilaporkan berkata bahawa kerajaan pusat di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak setuju dengan cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

Najib berkata sebagai sebuah negara, kita patut ada satu sahaja hari kemerdekaan sebab kita sudah pilih itulah hari kemerdekaan negara kita.

Beliau seterusnya berdalih bahawa dengan memberi (cuti) hari yang lain, boleh memberi macam-macam intepretasi,polimik dan juga tidak sihat dari segi perpaduan nasional.

Menurut beliau itu adalah pendirian kerajaan pusat, kita pentingkan perpaduan dan integrasi nasional. Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibunegara semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Nampak jelas Najib tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan tentang isu ini. Sebagai Orang Nombor 2 sepatutnya Najib lebih berhati-hati membuat kenyataan supaya nanti sebarang kenyataan tidak ditertawakan oleh rakyat.

Najib tidak faham bahawa Anwar mencadangkan 16 September sebagai hari cuti untuk memperingati penubuhan Malaysia bukannya memperingati kemerdekaan. Penubuhan Malaysia sudah tentu berbeza dengan kemerdekaan. Saya pun pelik adakah Najib faham dan sedar bahawa penubuhan Malaysia adalah peristiwa berbeza dengan kemerdekaan. Tidak timbul isu kita menyambut dua hari kemerdekaan yang berlainan. Hari kemerdekaan tetap sama iaitu 31 Ogos, manakala 16 September adalah hari memperingati Penubuhan Malaysia.

Najib, Najib lain kali cermat sikit kalau hendak buat kenyataan akhbar.

KESAL DENGAN TINDAKAN KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH TANAH GLC ~ Ref Malaysiakini

Saya sangat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan negeri Melaka yang bercadang untuk mengambilalih tanah milik Sime Darby yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC).

Tanah milik syarikat itu seluas 21.04 hektar di daerah Jasin, Melaka itu akan diambil alih dan kemudiannya diberi milik kepada sebuah syarikat iaitu Splendid Oasis Sdn. Bhd., untuk tujuan pembangunan bercampur.

Adalah jelas kerajaan negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk 'merampas' tanah GLC terbabit dan diberikan kepada syarikat sendirian berhad di mana ini akan hanya memanfaatkan dan menguntungkan segelintir pihak sahaja.

Kerakusan kerajaan negeri mengambil tanah dari Syarikat GLC ini mesti disiasat kerana kita takut ada unsur-unsur yang tidak baik dalam 'penganugerahan' tanah kepada Splendid Oasis Sdn. Bhd. ini. (Splendid Oasis ini pula kena siasat siapa punya?)

Mengapa kerajaan negeri bersungguh-sungguh ingin mengambil tanah ini dari Sime Darby sedangkan Sime Darby adalah sebuah syarikat GLC yang bertanggungjawab kepada kepentingan awam ?

Dilaporkan juga bahawa kes di Jasin itu bukanlah yang kali pertama Kerajaan Negeri Melaka bertindak sedemikian ke atas tanah milik Sime Darby yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC). Malah sebelum ini juga sudah ada kes-kes seumpama ini dilakukan oleh kerajaan negeri.

Walaupun pemegang saham utama Sime Darby termasuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tanah milik syarikat di Melaka telah beberapa kali diambil untuk kepentingan pihak ketiga.

Contohnya di Alor Gajah di mana 180 hektar telah dibangunkan untuk Pusat Peranginan A Famosa dan baru-baru ini seluas 10 hektar di Ladang Merlimau telah diambil secara paksa dan diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

Bantahan demi bantahan di buat oleh Sime Darby terhadap kegiatan merampas tanah secara 'paksa rela' ini namun ia tidak dihiraukan oleh kerajaan negeri Melaka.

Kegiatan 'merampas' tanah milik syarikat GLC dengan menggunakan Akta Tanah 1960 ini mesti dibendung bagi menyelamatkan kepentingan syarikat terbitan awam seperti Sime Darby ini. Kerajaan Pusat mesti campurtangan dalam hal ini demi menjamin kelangsungan perniagaan syarikat awam ini.

Walaupun kita tahu kerajaan negeri berkuasa ke atas tanah di negeri ini, tetapi ini tidak bermakna kerajaan negeri boleh sewenang-wenangnya 'merampas' tanah syarikat GLC dan 'memberikannya' kepada syarikat yang tidak mempunyai kepentingan awam.

Saya ingin tegaskan sekali lagi, kerajaan pusat mesti campurtangan untuk memberhentikan kegiatan tidak professional kerajaan negeri Melaka ini.

ULAMA' 'YES MAN' DAN PENGAMPU SAHAJA YANG BOLEH SEBULU DENGAN KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Saya ingin response kepada kenyataan Pak Lah pada sesi dialog Perdana Menteri bersama Ulama dan Umara anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.

Pak Lah antara lain berkata bahawa Ulama dan Umara perlu bersatu untuk mengelakkan perbalahan.

Macamana Ulama' yang ikhlas dan tegas boleh bersama dengan Kerajaan BN kalau kerajaan BN terang-terang melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Jadi Ulama' yang baik bukan Ulama Us-Suu' mesti menasihati dan menjauhi kerajaan yang zalim yang tidak makan nasihat. Antara kezaliman kerajaan BN yang jelas bertentangan dengan Islam ialah :-

1) Tidak mahu mengamalkan Undang-undang Islam sepenuhnya.
2) Tidak mahu mengamalkan sistem ekonomi Islam sepenuhnya. Bank Islam ada Bank Riba ada.
3) Mengamalkan sistem undang-undang zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya.
4) Membiarkan gejala rasuah berleluasa cuma ikan bilis yang kena ...
5) Mengamalkan pentadbiran yang membazirkan duit rakya .....
6) Tidak mengharamkan judi malah digalakkan dengan memberikan lesen
7) Tidak menghadkan penjualan arak malah memberikan lesen untuk kilang arak beroperasi di Malaysia
8) Menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
9) Menekan kerajaan-kerajaan negeri yang bukan BN
10)Mengujudkan satu pendekatan baru Islam Hadhari sedangkan Islam yang ada sudah cukup lengkap dan syumul
11) Meminggirkan institusi ulama' dan memuja-muja artis dengan menggalakkan pelbagai program konsert dan nyanyian yang melalaikan
12) Memberikan lesen untuk Kelab-kelab Malam,Dangdut, Karaoke, rumah urut, hotel murah (digunakan untuk pelacuran), rumah urut dan sebagainya.

Banyak lagi .........

BILA ALI RUSTAM NAK JADI MACAM IR NIZAR ~ Ref Malaysiakini

Sebagai seorang rakyat yang menetap di Melaka saya kepingin sangat untuk melihat YAB Ketua Menteri Melaka menjadi Imam solat Maghrib dan Isyak seterusnya Solat Sunat Tarawih sempena Bulan Ramadhan ini. Selepas itu saya juga kepingin untuk mendengar beliau menyampaikan Tazkirah Ramadhan. Sebab dengar ceritanya YAB kita ini tidak kurang hebat ilmu agamanya sebab itu beliau selalu memperlekehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya rasa teruja hendak berimamkan YAB Ketua Menteri Melaka selepas melihat iklan di blog Ustaz Misbahul Munir yang memberitahu kita bahawa YAB Menteri Besar Perak akan menjadi Imam Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta menyampaikan Tazkirah pada 4 Ramadhan1429H / 4 Sept 2008 (Khamis), bermula jam 6.30 petang di Dataran MBI.

YAB Menteri Besar akan merasmikan Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kerajaan Negeri Perak di Dataran MBI di mana program berbuka puasa akan diteruskan dengan sembahyang Tarawih dan Tazkirah yang akan dipimpin oleh beliau sendiri.

Saya cadangkan kalau YAB Ketua Menteri Melaka ingin menuruti program yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar ini, kita boleh buat di Stadium Hang Jebat atau Dataran MBMB pun boleh. Takkan lah Dataran MBMB itu kita hendak anjurkan Konsert dan Pertandingan Karaoke je, sekali sekala kita buat program yang bermanfaat seperti Majlis Berbuka Puasa dan Solat serta Tazkirah sekali.

JAWAPAN TUDUHAN KERAJAAN PERAK BELAKANGKAN SEKOLAH AGAMA LEBIHKAN SEKOLAH CINA ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi.

Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu.

Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut?

Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana.

Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah.

Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

Ustaz Misbahul Munir Masduki
Setiausaha Politik Menteri Besar Perak

SIAPA HIPOKRIT SHABERY ATAU PAS? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Penerangan, Shabery Chik semalam menuduh Kerajaan PAS Kelantan bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum. Saya hairan macamana Menteri Penerangan ini berfikir. Tidak berbangkit soal hipokrit dalam isu ini.

Shabery berkata ini kerana mengikut sejarah, kerajaan PAS Kelantan telah mempertikaikan penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.

Malah, katanya kerajaan Kelantan PAS pernah membawa kes ke mahkamah kerana mempertikaikan penggabungan tersebut, tetapi kes itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 14 September 1963.

Bukankah Shabery sebagai seorang terpelajar, sepatutnya mempunyai minda terbuka. Bukankah kita perlu berubah ke arah yang lebih baik. Tidak salahnya kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh kepimpinan yang lain dari kerajaan tahun 60-an, bersetuju dengan cuti pada 16 September. Mungkin pada tahun 60-an pimpinan Kerajaan PAS Negeri Kelantan pada waktu mengambilkira pelbagai aspek semasa yang mungkin tidak sesuai pada masa tersebut. Bukankah untuk maju kita kena berubah.

Saya juga yakin yang Shabery juga berubah dari minda seorang pembangkang kepada minda seorang menteri yang berfahaman Islam Hadhari sekarang. Bukankah dahulu ketika Shabry menjadi aktivis pelajar semasa menuntut di UM sehinggalah Shabery aktif di dalam Parti Melayu Semangat 46, Shabery begitu kritis dan lantang mengkritik apa juga langkah dan program kerajaan Dr Mahathir pada waktu itu. Tetapi kini minda Shabery sudah berubah mungkin untuk kebaikan Shabery sendiri maka minda kelas pertama dahulu sudah menjadi minda 'Yes Man'.

Selain itu saya juga yakin Shabery sedar bahawa sejak beliau menjadi Menteri Penerangan ini tidak banyak dasar dan polisi-polisi baru yang diperkenalkan Shabry. Dalam isu memakai tudung untuk pembaca Berita pun Shabery tidak dapat selesaikan dengan baik, di mana sampai sekarang ramai pembaca berita TV yang tidak memakai tudung. Sedangkan isu ini dianggap 'basic' bagi umat Islam.

Sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan saf kabinetnya, saya ingatkan akan ada sedikit kelainan jika Shabery memegang jawatan Menteri Penerangan, umpamanya dari segi program hiburan yang keterlaluan dan pakaian pelakon filem Inggeris yang menjolok mata mungkin dikurangkan. Namun semuanya meleset. Sebelum ini saya menaruhkan keyakinan bahawa Shabery yang dulunya mempunyai fikrah yang agak Islamik mungkin dapat merubah RTM tetapi malangnya sangkaan saya semuanya tersasar jauh. Jadi siapa yang hipokrit????

Jadi tidak perlulah Shabery menghentam dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai hipokrit atas alasan kerajaan PAS Kelantan tidak konsisten dalam sesuatu isu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyatakan bahawa Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Bagi saya Shabery sebagai Menteri Penerangan sepatutnya memainkan peranan untuk memujuk Pak Lah agar menerima cadangan Anwar untuk memberi cuti pada 16 September, demi untuk memperatkan lagi hubungan rakyat sesama rakyat dan rakyat bersama pemimpin.

PERMATANG PAUH SERLAHKAN KEBODOHAN UMNO/BN ~ Ref Malaysiakini

Permatang Pauh benar-benar menyerlahkan kebodohan dan kebangangan BN terutama Umno yang memimpin kempen di sana.

Manakan tidak Umno/BN gagal mengesan penolakan rakyat terhadapnya hatta dua tiga hari sebelum pengundian pun Umno syok menghentam Anwar secara keterlaluan.

Apa lagi yang Umno/BN tidak labelkan kepada Anwar. Semuanya dihamburkan oleh mulut-mulut busuk pemimpin Umno guna untuk menewaskan Anwar, konon. Akhirnya Umno sendiri terjelepok dan hancur berkecai di Permatang Pauh.

Melihat sejenak keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, jelas menampakkan BN tidak pernah belajar dari pengalaman.

Isu liwat adalah konspirasi yang pernah digunakan di zaman Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Anwar. Terbukti isu tersebut bukan setakat tidak berkesan kerana majoriti rakyat terutama orang Melayu tidak mempercayainya, malahan ia menjadi isu yang menikam diri BN sendiri.

Rakyat marah, mengamuk dan menjatuhkan hukuman yang sangat berat kepada BN dalam pilihan raya umum 1999. Malangnya Umno/BN menunjukkan kebodohan mereka apabila ingin menggunakan isu ini sebagai senjata untuk menjatuhkan Anwar di Permatang Pauh. Hasilnya meleset rakyat bukannya menolak Anwar malah menghukum BN dengan semalu-malunya.

Saya nukilkan catatan Zulkifli Yahaya di dalam Harakahdaily (di bawah) yang membuktikan betapa bodohnya Umno/BN di Permatang Pauh.

Apabila isu liwat hendak digunakan buat kali kedua untuk menjatuhkan Anwar, bagi BN ia cuma mengulangi kebodohan yang sama. Rakyat makin menyampah.

"Tak dak isu lain dah ka, liwat, liwat, liwat. Kami bukan nak dengag cerita liwat, kami nak tau apa kebajikan depa boleh bagi dekat rakyat," ujar seorang penduduk spontan sewaktu seorang penceramah BN sedang ghairah membelasah Anwar.

Menyusuri akar umbi di kampung-kampung, rata-rata yang ditemui tidak senang dengan isu liwat yang dijadikan modal utama BN untuk meraih undi.

Betul kajian Merdeka Center bahawa 53 peratus orang Melayu tidak percaya Anwar terbabit. Itu kajian sebelum Saiful Bukhari bersumpah.

Selepas bersumpah lain pula jadinya. Peratus orang Melayu yang tidak percaya Anwar terbabit meningkat, iaitu 57 peratus! Maknanya rakyat bertambah jijik melihat permainan BN.

Cara berfikir masyarakat kini sudah jauh berubah berbanding 20 tahun lalu. Mereka dapatmembezakan antara kebetulan atau perancangan. Takkan kebetulan namanya apabila Saiful Bukhari bersumpah sehari sebelum penamaan calon.

Di mana kebetulannya apabila dua exco kerajaan negeri Perak ditangkap dan didakwa BPR (dalam masa singkat) dalam tempoh pilihan raya berlangsung, sedangkan isu rasuah Musa Hassan dan Ghani Patail hingga kini belum selesai siasatannya.

Siapa mahu percaya cakap Pak Lah bahawa penurunan hanya minyak tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Begitu juga kehadiran Konsulat Mongolia Dato' Abdul Rahman Al-Habshee di kawasan pilihan raya.

Takkanlah dia hadir secara kebetulan untuk menjelaskan isu Atantuya yang terpalit ke muka Najib. Siapa pula mahu percaya bahawa seorang wartawan yang cedera ringan dibelasah, terlantar di katil hospital hampir 10 hari?

Isu sumpah laknat yang berlarutan sejak 10 hari, mengheret ulama-ulama tanahair dan luar negara dalam polemik, tiba-tiba mati begitu saja sebaik selesai pilihan raya.

Jika ia bukan untuk manipulasi pilihan raya mengapa tidak diteruskan? Apakah rakyat bodoh sangat untuk menilai segala perancangan BN?

Menghimpunkan semua peristiwa yang dianggap menguntungkan politik BN dalam waktu pilihan raya adalah modus operandi yang digunakan sejak hampir separuh abad. Mungkin mula-mula dulu ia boleh memberi kesan.

Lama-kelamaan ia cuma masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri rakyat. Tidak ubah seperti cerita kanak-kanak mengenai seorang pengembala yang berteriak kepada orang kampung bahawa kambingnya dibaham harimau Kali ketiga dia berteriak, tiada siapa mahu mempercayainya setelah dia menipu untuk kali pertama dan kedua.

BN jenuh berteriak bahawa Anwar meliwat, tali barut Amerika Syarikat, terima dana asing,sedia izinkan Amerika buka pengkalan tentera di Sabah, alat DAP, pengkhianat Melayu, gunarasuah untuk jatuhkan Ghafar Baba dulu, terima duit syarikat judi RM60 juta, gila nak jadi Perdana Menteri, mahu pijak kepala PAS dan macam-macam lagi. Tidak mudah lagi orang nak percayainya.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh ini memperlihatkan kepada kita bahawa BN, khususnya Umno menyempurnakan kebodohannya dalam pilihan raya.

DEBARAN 16 SEPT, BERJAYAKAH ANWAR REALISASIKAN IMPIAN TUBUH KERAJAAN BARU? ~ Ref Malaysiakini

Setelah rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan PilihanrayA kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos kini, semua orang tertumpu pula kepada satu tarikh yang paling mendebarkan dalam sejarah politik tanahair iaitu 16 September.

Seperti lagu nyanyian Khatijah Ibrahim (Khaty Ibrahim) yang antara mengalunkan bahawa September amat dinantikan dan dikenang sepanjang hayat, mungkin 16 Septemer 2008 juga akan menjadi serupa dengan Bulan September dalam lagu Khaty tersebut. Walaupun mungkin ia sekadar lagu yang agak popular pada penghujung 70-an dan awal 80-an, tetapi mesejnya adalah jelas iaitu ia sukar dilupakan (mengikut bait-bait lirik lagu itu).

Andaikata benar-benar berlaku pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat sudah tentu tarikh 16 September akan dikenang bukan sahaja sebagai tarikh pembentukan Malaysia malah tarikh di mana kerajaan zalim Parti Dacing Senget (PDS) tersembam ke bumi digantikan dengan kerajaan rakyat (Pakatan Rakyat-PR).

Persoalannya sekarang, pemimpin-pemimpin Umno begitu bersungguh-sungguh menafikannya. Namun di pihak PR, terutama Anwar dan pemimpin PKR lain, perancangan untuk membentuk kerajaan baru masih di atas arah tuju yang betul. Anwar sendiri semalam, menyatakan walaupun beliau hanya mempunyai masa 2 minggu lagi tetapi tempoh masa 2 minggu ini disifatkan sangat panjang dan lebih dari mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengakui ada menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung beberapa hari yang lalu.

Beliau memberitahu bahawa perkembangan pertemuan beliau itu adalah sangat baik.

Ditanya mengenai kemungkinan sasarannya untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini tidak akan berhasil memandangkan tarikh itu adalah pada bulan Ramadan dan Parlimen juga sedang bercuti, beliau berkata Pakatan Rakyat masih berada dalam landasannya.

Menurutnya sasarannya tetap sama dan beliau juga menghormati bulan Ramadan ini tetapi beliau meminta supaya jangan risau kerana Parlimen kita hanya berehat sekejap sahaja.

Anwar turut mengulas mengenai keyakinanya untuk mengambil alih kerajaan seperti yang disasarkan kerana tempoh itu hanya tinggal 14 hari, beliau berkata tempoh itu masih panjang.

Beliau menambah bahawa dalam dunia politik ini, tempoh seminggu pun adalah sangat panjang dan macam-macam perkara boleh berlaku. Adalah diharapkan segala perancangan dan strategi Anwar akan berhasil dan kita akan beraya pada tahun ini dibawah naungan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Mstar.

KESAL KERAJAAN NEGERI GAGAL SELESAI MASALAH BANJIR ~ Ref Malaysiakini

Bukit Katil : Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin kesal dengan kegagalan pihak-pihak berwajib yang gagal menyelesaikan isu banjir di Kampung Tun Razak, dekat sini, sejak 11 tahun lalu.

Beliau melahirkan kekesalan di atas sikap lepas tangan pihak-pihak berwajib terutama Pemaju Perumahan berdekatan dan Kerajaan Negeri Melaka yang seolah-olah tidak mengambil tahu langsung akan penderitaan penduduk kampung tersebut sehingga mereka terpaksa menanggung kesusahan dan penderitaan pada setiap kali banjir melanda kampung mereka.

Menurut Nazri tahun ini sahaja, penduduk kampung tersebut sudah 11 kali dilanda banjir.

"Banjir berkenaan yang melanda setiap kali hujan lebat, menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian besar kerana kerosakan harta benda terutamanya barangan yang kerap terendam air".

Minggu lepas kampung tersebut sekali lagi di landa banjir di mana air lumpur setinggi dua meter melimpah masuk ke rumah penduduk secara mendadak, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barangan rumah termasuk persiapan Ramadan.

Kejadian banjir lumpur dikatakan berpunca daripada projek taman perumahan Bukit Katil Damai berhampiran dengan kampung berkenaan di mana pemaju dikatakan membina saluran longkang tanah menghala ke kawasan perumahan penduduk.

Selain itu sistem perparitan dan longkang yang tidak berfungsi dengan baik juga dikatakan menjadi punca berlakunya banjir apabila hujan turun dengan lebatnya.

Baru-baru ini sebuah media cetak melaporkan kekesalan beberapa penduduk kampung terbabit yang sudah muak dengan janji-janji pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah banjir ini tetapi sehingga kini masalah tersebut masih gagal diselesaikan.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Khirul Che Salleh berkata kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu ini membuktikan sikap kerajaan negeri yang tidak serius dalam menangani sesuatu isu sehingga membiarkan ianya berlanjutan sehingga 11 tahun.Beliau melahirkan rasa simpati kepada penduduk Kampung Tun Razak yang seringkali mengalami trauma pada setiap kali hujan turun dengan lebat.

Khirul mencadangkan penduduk kampung terbabit menubuhkan Cawangan PAS secepat mungkin sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri yang langsung tidak prihatin kepada penduduk malang terbabit.

"Saya yakin kalau Cawangan PAS ditubuhkan di kampung ini, kerajaan negeri akan segera mengambil berat akan kebajikan penduduk di sini"

"Saya juga mencadangkan kerajaan negeri memberikan pampasan setimpal kepada penduduk di sini yang telah mengalami kerugian yang banyak kerana kemusnahan harta benda sejak 11 tahun lalu".

02 September 2008

ISU AHMAD ISMAIL CELUPAR : AKHIRNYA NAJIB TERPAKSA MINTA MAAF ~ Ref Malaysiakini

Raja Sumpah, Najib Razak akhirnya membuka mulut dan memohon kemaafan dari Kaum Cina di Malaysia kerana keceluparan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang menghina kaum Cina semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

Mungkin kerana takut kehilangan sokongan kaum Cina secara total maka terpaksalah Najib 'berlakon' meminta maaf sebagaimana beliau 'berlakon' bersumpah tidak mengenali Altantuya.

Najib memang terkenal dengan perkara-perkara sebengini kerana beliau sedang membodek Pak Lah agar peralihan kuasa yang dijanjikan Pak Lah benar-benar menjadi kenyataan. Sebab itulah sekarang Najib akan sentiasa ke depan untuk 'memikat' hati Pak Lah. Untuk peringantan Najib tidak perlu terlalu yakin dengan peralihan kuasa ini kerana masa masih panjang. Apa-apa juga boleh berlaku. Siapa tahu kalau-kalau Pak Lah berubah fikiran selepas ini.

Maka demi untuk mendapat perhatian Pak Lah dan kaum Cina terpaksalah Najib menjilat apa juga salah laku dan kesalahan Umno termasuk dalam isu keceluparan Ahmad Ismail ini. Selain itu Najib juga terpaksa bertanggungjawab dengan kekalahan memalukan BN di Permatang Pauh. Kesihan Najib, bodek punya pasal semua boleh buat.

Dalam isu Ahamd Ismail ini Najib berkata, Umno akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap Ahmad.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mengarahkan Ahmad supaya tidak mengulangi kenyataannya pada masa depan.

Bagaimanapun, jaminan beliau yang juga presiden Umno itu gagal menyelesaikan isu tersebut.

Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad berhubung kenyataannya itu.

Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu ketika pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata.

Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya sejak tercetusnya kontroversi tersebut Isnin lalu.

Pemuda DAP (Dapsy) telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terhadap

Parti-parti komponen BN - MCA dan Gerakan - juga telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama beberapa hari yang lalu.

MCA DAN GERAKAN SERTAI PAKATAN?? ~ Ref Malaysiakini

Mungkinkah MCA dan Gerakan juga menyertai Pakatan Rakyat (PR)? Ini tidak mustahil kerana di dalam politik semuanya tidak mustahil. Hari ini jadi musuh esok jadi kawan. Kadang-kadang parti-parti tertentu ini mencari tempat berpaut paling kuat untuk meneruskan kesinambungan perjuangan politik mereka.

Mungkin juga setelah melihat Umno sebagai teras BN sudah ditolak oleh rakyat dan pakatan di dalam BN sudah goyah maka tidak mustahil parti-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan lain-lain akan mencari tempat berlindung yang lebih kuat.

Tidak syak lagi BN semakin hari semakin goyah dan goyang. Malah kekalahan memalukan BN baru-baru ini menunjukkan bahawa parti teras BN iaitu Umno dan pengerusi BN dari Umno juga sudah tidak berkeupayaan untuk memimpin BN. Sudah tentu pemimpin MCA dan Gerakan yang tangkas dan bijak dalam strategi politik masing-masing sudah mula mengalihkan pandangan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Sehari dua ini kita melihat bahawa pemimpin MCA dan Gerakan mula 'cari pasal' dengan membuat bantahan terbuka terhadap kebiadapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang didakwa celupar terhadap bangsa Cina.

Satu demi satu kenyataan bantahan secara terbuka dibuat oleh bukan sahaja DAP malah MCA dan Gerakan juga berbuat demikian. Beberapa Laporan Polis juga telah dibuat terhadap Ahmad Ismail.

Malah ketua MCA bahagian Bukit Bendera, Quah Eng Lam dan naib ketuanya, Tan Khai Beng telah menggesa Umno supaya memecat Ahmad sebagai pengajaran kepada yang lain.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menggesa BN supaya menyediakan kod etika sebagai garispanduan kepada para pemimpin dan ahli parti komponannya.

Manakala Naib Presidennya, Datuk Dr Teng Hock Nan pula mengkritik Ahmad kerana tidak sensitif dan tidak menarik balik kenyataannya serta memohon maaf kerana membuat kenyataan yang didakwa berunsur perkauman itu.

Kecaman terhadap Ketua Umno Bukit Bendera itu berterusan kerana didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap kaum Cina sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, dan semalam, satu lagi laporan polis dibuat terhadapnya.

Laporan Polis juga dibuat oleh Pemuda DAP (Dapsy) di balai polis Jalan Patani di Pulau Pinang semalam, yang menuntut polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ahmad yang didakwanya membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu.

Empat pemimpin Dapsy yang diketuai oleh Setiausaha Politik Lim Guan Eng - Ng Wei Aik - membuat laporan tersebut. Mereka menuntut supaya polis menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas Ahmad kerana berkata orang Cina menumpang di negara ini.

Dapsy membuat laporan polis itu selepas Ahmad gagal menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Cina menjelang 31 Ogos lalu.

Ng berkata, pihak polis perlu menunjukkan bahawa ia bebas untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Umo, dan bukan hanya terhadap lawan Barisan Nasional dan Umno.

Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata.

Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya sejak tercetusnya kontroversi tersebut Isnin lalu.

Pemimpin Dapsy telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan terhadap Ahmad.

ULASAN 'ACADEMICIAN' SUDAH CUKUP MEMBUATKAN PAK LAH TAK TIDUR LENA ~ Ref Malaysiakini

Beberapa orang Pensyarah Sains Politik dan Pengkaji Politik Malaysia merumuskan bahawa tidak mustahil untuk Pakatan membentuk kerajaan Persekutuan yang baru menjelang 16 September ini.

Kalau sebelum ini kebanyakan pemerhati politik terutama yang cenderung menyokong BN merasakan Anwar hanya bermain dengan kata-kata dan juga berangan-angan bagaikan Mat Jenin, kini mereka nampaknya bercakap berlainan nada pula.

Dalam Mstar hari ini dilaporkan bahawa pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein dalam politik tidak ada apa yang mustahil. Beliau yang terkenal sebagai penyokong kuat BN sebelum ini, berkata bahawa tiada istilah mustahil dalam politik. Mungkin juga apa yang diperkatakan Anwar itu menjadi kenyataan. Namun semuanya bergantung kepada keadaan politik semasa.

Jelasnya, perkara lompat parti itu mungkin mampu menjadi kenyataan kerana ahli politik adalah manusia dan mereka mempunyai pilihan untuk mencari yang terbaik.

Beliau seterusnya menambah bahawa kita kena ingat ahli politik ini manusia bukannya benda yang tidak punya keinginan untuk mendapat perkara yang terbaik.

Sementara itu, menurut pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk perkara tersebut tidak mustahil untuk berlaku walaupun beliau ragu-ragu mengenai kemungkinannya. Mungkin faktor masa akan menentukan sama ada ia benar-benar terjadi atau tidak.

Menurut beliau, isu lompat parti ini bergantung kepada keadaan politik semasa dan jika benar ia terjadi rakyat perlu bersedia meneriman perubahan. Mungkin Barisan Nasional hanya akan menjadi sejarah dan kita akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nizammudin Sulaiman berkata agak sukar untuk menjangkakannya sekarang, tapi ia tidak mustahil untuk berlaku. Politi, katanya, bersifat relatif dan ia bergantung kepada keadaan semasa.

Jelasnya, isu-isu rakyat terutamanya masalah kenaikan harga minyak, inflasi dan ketidakstabilan politik mendorong isu lompat parti ini terjadi.

Mstar.

MALUNYA BILA HUJAH KETUA MENTERIKU DANGKAL ~ Ref Malaysiakini

Malunya diri ini apabila hujah Ketua Menteri Negeriku yang berstatus orang nombor 3 dalam Umno begitu dangkal dan mudah dipatahkan oleh orang lain. Sudah acapkali hujah Ketua Menteriku bagaikan hujah budak-budak sekolah yang bertaraf pengawas sekolah rendah atau menengah.

Bukan tujuanku untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan Ketua Menteriku tetapi ku coretkan posting ini untuk memberikan peringatan kepada diriku sendiri dan Ketua Menteriku agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan takut-takut nanti dirinya ditertawakan oleh orang lain.

Dalam keadaan berkabung barangkali Ketua Menteriku mengeluarkan kenyataan dengan tidak berhati-hati sehingga ianya ala kebudak-budakan dan hujahnya ini disangkal secara mantik oleh seorang penulis bernama Mat Zain Mat Isa dalam Harakahdaily hari ini, atas tajuk nukilannya 'Tidak ada orang miskin, orang tua sakit di Melaka?'.

Ku ambil sebahagian tulisan Mat Zain untuk tatapan Tuan-Puan dan buatlah penilaian sendiri keatas YAB Ketua Menteri yang disayangi oleh orang Melaka ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di antara pemimpin BN yang gagal menyelami mesej dari Permatang Pauh itu ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Dalam kenyataannya kepada media mengulas keputusan pilihan raya itu, Mohd Ali bagaikan mengulangi apa yang menjadi isu utama kempen BN apabila masih mengaitkan soal kemiskinan rakyat Permatang Pauh sebagai bukti kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Umum tahu Anwar juara bela orang miskin dan melaung-laungkan slogan tersebut sejak dari universiti lagi, tapi di kawasannya (Permatang Pauh) masih ramai lagi orang miskin dan terbiar," kata Mohd Ali, sebagaimana disiarkan akhbar, Khamis.

Baginya, kemiskinan rakyat kawasan itu adalah bukti Anwar 'tidak banyak buat kerja' selama menjadi wakil rakyat dan menteri suatu ketika dahulu.

Agak sukar dimengertikan mengapa Ketua Menteri Melaka itu masih memilih isu berkenaan untuk menyerang peribadi Anwar. Apakah beliau sudah ketandusan isu untuk memperlekehkan kewibawaan Ketua Pembangkang baru itu?

Sedangkan isu kemiskinan rakyat itu telah dikumandangkan para pemimpin BN dan media massa dikuasainya sepanjang kempen pilihan raya kecil itu berlangsung.

Secara logiknya sudah dapat difikirkan bahawa setelah rakyat Permatang Pauh memberikan kemenangan lebih besar kepada Anwar, bermakna rakyat sudah tidak termakan dengan manipulasi isu kemiskinan itu. Lantas di mana wajarnya seorang pemimpin nasional seperti Mohd Ali masih mengungkitkannya?

Dunia sudah semakin maju. Minda rakyat juga semakin ke hadapan. Mereka dapat memikirkan bahawa soal kemiskinan dan lain-lain isu berkaitan pembangunan adalah isu pemerintahan. Ia tidak wajar dianggap sebagai isu peribadi seseorang wakil rakyat sahaja.

Apatah lagi jika nak disabitkan kemunduran sesuatu kawasan itu kerana ia diwakili pembangkang. Sedangkan rakyat dapat melihat betapa di negeri diperintah BN dan kawasan diwakili Yang Berhormat daripada BN pun masih banyak aspek pembangunan yang tidak selesai dan masih ada orang miskin.

Sebab itu agak melucukan apabila Mohd Ali dalam kenyataan sama turut mengaitkan adanya orang tua yang sakit dan anak-anak muda yang menganggur sebagai antara bukti kegagalan Anwar sebagai pemimpin.

"Melalui pemerhatian saya (sewaktu di Permatang Pauh), masih ada yang tidak ada bekalan air, masih banyak kawasan setinggan, orang-orang tua yang sakit, anak-anak muda tiada kerja serta tiada sebarang bimbingan dan kemahiran untuk mereka," katanya.

Sebagaimana disebutkan tadi, jika berasaskan hujah tersebut, apakah Mohd Ali bermaksud semua kekurangan itu sudah tidak wujud di negeri atau di kawasan diwakili BN? Apakah di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang misalnya, semua pelusuk negerinya telah dibekalkan air bersih?

Apakah sudah tidak ada anak-anak muda yang tidak berpekerjaan di Johor, Negri Sembilan dan Perlis yang diperintah BN?

Bahkan, barangkali satu keadaan yang paling mahu diketahui rakyat negara ini ialah apakah di Melaka sendiri sudah tidak ada orang miskin dan orang-orang tua yang sakit?

Ternyata kenyataan yang terlalu didorong emosi itu kembali memerangkap Mohd Ali sendiri. Nampaknya beliau masih gagal memahami mesej perubahan diisyaratkan rakyat Permatang Pauh, Selasa lalu.

KEDAH BEBAS DARI SERANGAN MEDIA ARUS PERDANA ~ Ref Malaysiakini

Sejak akhir-akhir ini jarang benar kerajaan negeri Kedah diserang oleh akhbar arus perdana. Mengapa jadi begitu? Saya yakin saudara-saudari mempunyai jawapan masing-masing.

Bagi saya yang pertamanya, Kerajaan Negeri tidaklah 'majmuk' sangat seperti kerajaan Selangor dan Perak yang terdiri dari campuran PAS-DAP-PKR, di mana jika sekiranya salah satu dari parti 'komponen' Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak bertindak keluar dari pakatan, maka 'ghuyub' kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka atas dasar itulah media cuba memecahbelahkan perpaduan PAS-DAP-PKR di Selangor dan Perak dengan membuat pelbagai fitnah dan berita berniat untuk mengujudkan suasana yang tidak selesa dan seterusnya mungkin parti-parti itu berpatah arang berkerat rotan. Itu sahaja tujuan media jahat ini.

Berlainan dengan Kedah di mana seperti juga Kelatan kerajaan ini didominasi oleh PAS, tanpa DAP pun kerajaan Pakatan Rakyat masih utuh dan tegap. Mungkin kerana itulah media jahat ini merasakan tidak perlu melaga-lagakan PAS-DAP-PKR di Kedah kerana sudah tentu kerajaan ini tidak akan tergugat walau apa pun terjadi.

Kali terakhir kalau tidak silap saya saya ialah isu Menteri Besar naik pesawat Diraja serta isu menebang balak selepas itu tiada lagi isu besar.

Berlainan sekali dengan kerajaan Negeri Perak dan Selangor, ada sahaja isu yang dibangkitkan. Lepas satu, satu isu yang kadang-kadang merimaskan kita yang tidak mengetahui perkara sebenar. Namun bagaikan kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di harapkan YAB Datuk Seri Ir Nizar dan YAB Tan Sri Khalid dapat menanganinya dengan hikmah dan baik.

Bagi kerajaan negeri Kedah pula, mereka semakin mendapat sokongan kuat dengan kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan. Baru-baru ini Kedah menjulang Piala Malaysia dan dua piala lain dan banyak lagi kejayaan lain yang kadang-kadang ditutup oleh media arus perdana.

Rakyat Kedah dilihat semakin gembira dengan kerajaan baru ini dan mereka sudah tentu gembira dengan 'performance' kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Selain itu kejayaan YAB Datuk Seri Azizan mentadbir negeri ini tanpa apa-apa diskriminasi dan masalah menyebabkan rakyat semakin 'cinta' kepada kerajaan baru ini. Pendekatan YAB Menteri Besar yang mesra rakyat dan mesra pembangkang dilihat berjaya mengurangkan masalah di negeri Jelapang padi ini.

SEMOGA LEBIH RAMAI ORANG PAS MENJADI 'PUBLIC FIGURE' ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada Juara Akademi Nasyid musim pertama, Azhan Atan yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai, Johor.

Pada malam yang cukup bermakna dan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam Sabtu lalu menyaksikan detik bersejarah Azhan, 35, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sijil yang disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Ternyata persembahan mantap dan konsisten Azhan saban minggu berjaya memikat hati barisan juri profesional pada malam itu, iaitu Farihin Abdul Fatah, Azmeer dan Ustaz Mohd Rrozie.

Malah, persembahan Azhan yang menyampaikan dua lagu Iqra' yang juga dendangan asal papa rock Ramli Sarip dan lagu baru ciptaan Yusof Ahmad, Segalanya Pasti turut mendapat pujian barisan juri dan menawan hati pengundi Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Selaku juri tetap AN musim pertama, Farihin mengakui Azhan memang berhak memegang gelaran juara pada malam itu.

Sesungguhnya kejayaan Azhan membuktikan bahawa Orang PAS mampu diketengahkan sebagai Public Figure dalam apa bidang sekalipun.

Mungkin sebelum ini kita biasa mendengar nama Radhi Mat Din bekas pemain Bolasepak kebangsaan yang sekarang bersama-sama Mohd Azraai Khor membimbing Kedah menjadi juara Piala Malaysia baru-baru ini. Beliau juga merupakan ahli dan penyokong PAS yang sangat komited.

Siapa tidak kenal Pengarah Filem Kontroversi, Nasir Jani. Beliau juga merupakan penyokong setia Parti Islam ini. Diharapkan suatu hari nanti PAS dapat membantu Nasir menerbitkan sebuah filem Islam yang mantap sebagai alternatif kepada filem-filem arus perdana yang melalaikan.

Penyanyi tersohor sekarang, Ustaz Akil Hayy juga merupakan penyokong kuat PAS dan sering memberikan ceramah di atas pentas Parti Islam SeMalaysia ini. Selain itu beliau juga acapkali mencurahkan keringat dan tenaga beliau dalam program-program kesenian anjuran PAS.

Begitu juga dengan Ustaz Zamri Mari Mengaji yang merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan di Selangor.

Sebenarnya ramai lagi aktivis PAS yang mempunyai skill, ilmu, bakat dan kreativiti masing-masing yang seharusnya digilap supaya nanti masyarakat melihat PAS bukan sahaja gerakan politik semata-mata tetapi juga pertubuhan amal, kebajikan dan sebagainya.

Keterlibatan Orang PAS di dalam semua cabang kehidupan akan membolehkan PAS dilihat mampu memimpin masyarakat dalam apa juga akitiviti seperti seni, ekonomi, kebajikan dan sebagainya.

Syabas Azhan, teruskan Perjuangan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter