UMNO KUBURKAN SAR, GUAN ENG HIDUPKAN SAR ~ Ref Malaysiakini

Siapa lebih zalim antara Umno yang memerintah Malaysia lebih dari 50 tahun atau Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang baru hampir 6 bulan.

Umno yang menjadi teras kerajaan BN sudah diketahui umum menarik balik bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu ketika dahulu iaitu zaman Mahathir. Kezaliman ini diteruskan oleh Pemerintah yang lebih Zalim sekarang iaitu Pak Lah. Keputusan menghentikan bantuan kepada SAR ini menyebabkan sebahagian besar SAR terpaksa ditutup atau pun kalau hidup pun sekadar hidup segan mati tak mahu. Ramai guru-guru SAR terpaksa mencari pekerjaaan lain kerana SAR tidak mampu membayar gaji. Pendekata keputusan menarik balik bantuan kepada SAR ini merupakan antara keputusan paling zalim pernah dilakukan oleh kerajaan BN.

Di saat kerajaan BN Islam Hadhari meneruskan dasar zalim yang ingin menguburkan SAR ini tiba-tiba pemimpin DAP yang dituduhkan anti-Islam membuat pengumuman ingin menubuhkan SAR.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily semalam, Lim berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau juga berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

Lim juga berjata, bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya.

Beliau menambah bahawa setelah berkuasa kita akan beri kembali.

Jadi siapa zalim Umno yang menarik peruntukan perkapita dari SAR atau Lim Guan Eng yang ingin memberikan semula bantuan dan menubuhkan SAR di Pulau Pinang.

Comments

Nostradamus said…
(Anwarwood Produksi - Tayangan Paling Besar dan Hebat di Dunia!)
---------------------------------
Awas! Politik bukan permainan untuk mereka yang berlemah hati di Malaysia. Rakyat Malaysia akan sakit jantung apabila melihat kesudahannya. Jika pun tidak, anda akan terkena strok atau darah tinggi. Kenapa? Tayangan Titanic 2 kali ini yang diarah dan diskripkan oleh Anwarwood Produksi akan bersambung dengan adegan-adegan berikut:

1. Little Napoleon akan meneruskan dengan ungkapan "Matalamat Menghalalkan Cara-Caranya" dalam mempertahankan kepentingan-kepentingan mereka.
2. Sebilangan penumpang-penumpang akan kehilangan kewarasan dan kemanusiaan apabila kapal sedang tenggelam.
3. Semua orang akan merebut-rebut naik bot-bot penyelamat.
4. Wang digunakan untuk membeli apa sahaja untuk menyelematkan diri daripada kehampaan yang akan menimpa.
5. Pelakon dan Pembantu-pembantu Seniman dan Seniwati Terbaik serta Kuda-kuda Trojan akhirnya dipertontonkan pada kesudahan tayangannya.

Jika adapun emosi yang tinggal pada akhir tayangan tersebut, harus ingat bahawa ia cuma sebuah tayangan sama seperti gelagat-gelagat politik. Realiti kehidupan bersama masih berterusan di tanah air ini.

http://patek172.wordpress.com
Malaysia said…
Ada udang disebalik mee goreng kut(gula-gula katakan,PEMANIS JANGKA MASA PANJANG..macam kat negera jiran ..Pulau Pinang ni kecil tanahnya,apalah sangat!!..dibandingkan tanah di Perak,Selangor & Malaysia sekali .. )

Tulisan jawi pun DAP komplen..
Azan Subuh pun komplen..
Islam pun nak diforumkan..
Bina surau pun bantah..
Azan pun di RAP kan..
Raja dan Sultan pun DAP cakap ikut sesedap rasa..macam kat Perak..
MB Perak macam Badut..bila DAP mengata kat Sultan..
MB Perak kata..nak wat camne..Ditelan mati mak,diluah mati bapak..kena ikut aje lee DAP punya kata..
DAP lagi racist..itu pun tak sedar lagi..

Orang Melayu PR buat bodo jerr..
Nak buat camne..Exco Orang Melayu PR dua,tiga orang jerr..kat Penang,Perak,Selangor..so tak cukup korum..)
Jadi BADUT boleh laaa...
Hi semua,

Saya sokong penuh hasrat kerajaan negeri P. Pinang untuk menubuhkan dan membantu SAR.

Sebagai seorang rakyat Malaysia kemajmukan kebudayaan dan berbagai agama adalah satu keistimewaan Malaysia. Agama sentiasa menekankan amalan baik kepada semua orang, tak kira pun orang itu daripada agama atau etnik lain!
dark am said…
orang melayu roboh SAR...
orang cina bina balik SAR...

apa dah jadi ngan orang melayu? solat tak mau? puasa tak mau? zakat takmau bayar? tudung tolak tepi pakai skirt.. romen pandai kawin takmau... masjid tak singgah disko tiap malam... nasi takmau dadah mau...

untung ada SAR.. semoga berubah umat akan datang...