PAK LAH BAZIRKAN DUIT RAKYAT UNTUK SELAMATKAN KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Tindakan Perdana Menteri, Pak Lah meluluskan peruntukan untuk lawatan keluar negeri 75 ahli parlimen merupakan suatu tindakan penyalahgunaan duit rakyat tanpa tujuan dan objektif yang konkrit dan berfaedah. Tindakan beliau ini dilihat benar-benar terdesak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah mendengar adanya perancangan untuk menghantar ahli-ahli parlimen ini untuk membuat lawatan sambil belajar seperti alasan yang diberikan oleh kerajaan.

Saya melihat lawatan yang diaturkan oleh kerajaan BN merupakan tindakan terdesak bagi menggagalkan perancangan Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini. Lawatan yang dicadangkan pada 7 hingga 19 September ini membuktikan BN benar-benar takut dengan perancangan Anwar walaupun Pak Lah dan Najib berkali-kali berkata Anwar hanya bermimpi di siang hari.

Sesungguhnya penyalagunaan wang rakyat untuk lawatan ini membuktikan bahawa kerajaan BN tanpa segan silu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan politik BN yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan. Memang kita yakin bahawa kerajaan BN yang memerintah Malaysia selama 51 tahun ini sering menggunakan duit rakyat untuk kepentingan Umno dan BN. Entah berapa juta atau mungkin juga bilion wang rakyat telah digunakan untuk kepentingan BN dan Umno.

Saya sebagai rakyat Malaysia TIDAK REDHA DAN TIDAK MENGHALALKAN semua wang rakyat yang digunakan oleh BN. Saya yakin semua rakyat juga sependapat dengan saya. HANYA ALLAH AKAN MEMBALAS KEJAHATAN DAN KEZALIMAN BN MENGGUNAKAN WANG RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA

Comments

ro_shah said…
Saya sebagai pembayar cukai tak halal duit saya digunakan untuk tujuan yang salah
saya termat setuju ...satu sen yang dibayar melalui cukai selama ini ..haram jadah digunakan untuk tujuan itu ..harap kapalk terbang yg bawa mereka itu terhempas jeeeee..biar mampos semua