.

.

04 July 2014

RAKYAT MALAYSIA WAJAR BERPUASA TANDA SOLIDARITI KEPADA UMAT ISLAM XINJIANG

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng mencadangkan rakyat bukan Islam di Malaysia berpuasa bagi menyatakan sokongan dan solidariti mereka kepada penduduk Xinjiang China yang dihalang oleh kerajaan mereka menunaikan ibadah wajib tersebut.

Ong sendiri telah berpuasa sejak hari pertama lagi bagi menyatakan solidaritinya kepada umat Islam Malaysia.

Ini adalah contoh terbaik yang ditunjukkan oleh beliau bagi menyatakan rasa hormat dan kebersamaan dengan kawan-kawan dan pengundi-pengundinya yang beragama Islam.

Inilah kesan dari slogan Islam Rahmat untuk semua di mana masyarakat berbilang kaum dan agama saling hormat menghormati.

Tindakan bacul kerajaan China yang menghalang umat Islam Xinjiang berpuasa dikecam hebat di seluruh dunia. Malah kerajaan Amerika dan Britain pun tidak melakukan kekejaman sebegitu. Presiden Obama sendiri menyampaikan perutusan Ramadhan kepada umat Islam Amerika dan dunia.


~ therakyatpost.

PINANG ANAK PAK IMAM, JANGAN MAIN-MAIN KENA TEST!!!

3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.
Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..
Lelaki 3 mulai menggigil.

Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad.."

~ fb Siti Nor Baayah

03 July 2014

SKETSA PIALA DUNIA : BILA MALAYSIA AKAN JADI JUARA

Ada empat orang pemain bolasepak yang handal pergi jumpa ngan pendita kat tibet, nak menilik nasib team memasing menang piala dunia.
Tanya pemain yang pertama ronaldo dari portugal.
'Tuan pendita, bila portugal nak jadi juara piala dunia?
Pendita jawab 'empat tahun lagi'
Ronaldo pun menangis..
Tanya lak pemain kedua, Lionel Messi dari argentina.
'Tuan pendita, bila argentina nak menang piala dunia?'
Pendita tu jawap 'lapan tahun lagi'
Lionel Messi pun menangis.
Tanya lak pemain ketiga, Neymar dari Brazil.
'Tuan pendita, bila lak brazil nak dapat piala dunia yang kali ke enam?
Pendita jawab 'dua belas tahun lagi'
Neymar pun menangis...
Tiba lak giliran Safee Sali bertanya.
'Tuan pendita, bila lak malaysia nak menang piala dunia?'
Tuan pendita lak yang menangis...

~ fb hJKHAIRIISMAIL

BAZAR RAMADHAN HARAM UNTUK ORANG BUKAN ISLAM?

Mana undang-undang dan peraturan yang dipakai sehingga orang bukan Islam tidak boleh membeli belah di bazar Ramadhan. Bukankah itu akan menjauhkan mereka dari mendekati orang Islam. Malah mereka akan merasakan bahawa Islam ini memang agama yang mengasingkan manusia mengikut agama dan kaum.

Inilah yang berlaku di Johor apabila Adun Mengkibol, YB Tan Hong Ping dihalang macai Umno untuk memasuki bazar Ramadhan .............apa komen anda???

02 July 2014

MANA SATU YANG ANDA MAHU?



TAMBANG DOMESTIK MENINGKAT SELEPAS GST DIAMALKAN

Tambang Kapal terbang untuk penerbangan domestik akan meningkat selepas GST dikuatkuasakan.

Terima kasih Kerajaan BN!!!!!

LTAM : TIADA PENERBANGAN KOMERSIAL SEJAK MAC 2014???

Sejak Mac 2013 lalu tiada sebarang penerbangan komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). Takkan Lapangan Terbang Antarbangsa tiada kapalterbang turun naik. Hebatnya .....macamana boleh dapat status Antarabangsa kalau tiada penerbangan komersial???
RM240 juta dibelanjakan untuk menaiktaraf LTAM tetapi ini hasilnya. Ketua Menteri pun sudah bertukar tangan tetapi LTAM terus kelam dan malap.

Kita memohon SPRM menyiasat mengapa pihak berwajib gagal menjalankan kajian terperinci sebelum ianya dinaiktaraf. Adakah hanya sekadar untuk mendapat projek sehingga tiada kajian terperinci sehingga duit rakyat hangus begitu sahaja, Sejak dinaiktaraf pada 2012 LTAM telah mengalami kerugian yang besar. Pendapatan pada tahun 2012 hanya RM856,594 sedangkan perbelanjaan adalah RM3.6 juta manakala pada 2013 pendapatan hanya RM729,089, perbelanjaan RM4.1 juta.

Sinar Harian mendedahkan hal tersebut hari ini,

01 July 2014

SUDAH KAYA RAYA, TETAPI MASIH LAHAP CEROBOH TANAH RAKYAT.

Memang manusia yang gila harta dan kuasa tidak pernah puas dengan kekayaan yang mereka ada. Apa sahaja peluang yang terhidang di hadapan mereka, hendak disapu samada dengan cara penipuan atau menggunakan kuasa yang mereka ada.

Semalam, beberapa orang penduduk dua kampung di Lundu, Sarawak mendakwa 280 ekar tanah adat mereka menjadi mangsa pencerobohan sebuah “syarikat kroni”.

Perkara itu ditimbulkan oleh penduduk di Kampung Siru Dayak dan Kampung Sebat Dayak di kawasan Tanjung Datu.

Hasil pencerobohan itu, dakwa mereka menyebabkan kemusnahan tanaman kontan, pokok buah-buahan, getah dan kelapa sawit mereka.

Syarikat itu dikaitkan dengan anggota keluarga bekas ketua menteri Tun Taib Mahmud.

“Nampaknya tiada sesiapa boleh bantu kami, walaupun polis, sudah banyak laporan polis dibuat.

“Malah wakil rakyat kami Adenan Satem yang kini ketua menteri Sarawak tidak dapat membantu,” kata Nanty Binglai, suri rumah dan jurucakap kumpulan penduduk dalam sidang media semalam.

Mkini

TUDUHAN TERHADAP DIPLOMAT : SIAPA CAKAP BOHONG ANIFAH ATAU MCCULLY?

Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman mendakwa New Zealand memberi tawaran kepada Malaysia supaya membawa balik Diplomat yang didakwa melakukan kes jenayah seksual dan mencuri. Manakala perkara itu dinafikan Menteri Luar New Zealand. Jadi siapa sebenarnya yang menipu dan menyelewengkan fakta.? Sudah tentu salah seorangnya menipu ........

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.

New Zealand perjelas 'salah faham'

Satu lagi dokumen yang didedahkan oleh Wellington ialah surat bertarikh 10 Mei daripada MFAT kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Tiada dokumen lain di antara 10 Mei hingga 212 Mei berhubung kejadian itu didedahkan.

Bagaimanapun, Menteri Luar New Zealand Murray McCully lewat hari ini menjelaskan bahawa ia hanya satu salah faham.

Jelasnya, surat rasmi itu mungkin menyatakan dengan jelas mengenai niat New Zealand untuk membatalkan kekebalan Rizalman, namun perkara itu masih belum jelas dalam perbincangan tidak rasmi.

“MFAT lewat hari ini memberikan kepada saya perutusan surat di antara pegawai New Zealand dan Malaysia berhubung perkara ini.

“Walau permohonan rasmi amat jelas dalam memohon untuk membatalkan kekebalan, kini saya faham bahawa para pegawai berkenaan berhubung dalam komunikasi tidak rasmi  dalam kes yang kompleks, dalam cara yang mungkin tidak jelas bagi kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan stuff.co.nz.

Kenyataannya itu timbul selepas bercakap dengan Anifah lewat hari ini bagi menjelaskan “salah faham” tersebut.

McCully berkata, beliau percaya kerajaan Malaysia bertindak dengan niat yang baik dan keengganan untuk membatalkan kekebalan itu kerana mahu ketua pertahanan Malaysia menangani kes Rizalman.

Katanya, perkara itu masih boleh dapat diterima oleh New Zealand

30 June 2014

ADUN BUKIT BARU BINA RUMAH RAKYAT MISKIN

Sekretariat Adun Bukit Baru Dr Khalid Kassim berjaya membina sebuah rakyat miskin hasil sumbangan orang ramai dengan kos kira-kira RM60K. Ini membuktikan baru Adun Pas/PR mampu menjalankan tugas dengan baik jika diperuntukkan dana oleh kerajaan. Walaupun tiada peruntukan Adun Pas masih mampu memberikan khidmat terbaik.

Gambar menunjukkan Dr Khalid bersama Pengerusi Sekretariat Dun Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dan Ustaz Ibrahim Duralim bersama tuan rumah di hadapan rumah barunya.

PEMECATAN DR REDZUAN SATU TINDAKAN DRAKONIAN

Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysis tidak serik dengan kdudukan dan taraf Universiti Malaysia yang semakin merudum. Jangankan hendak capai kedudukan ke 100 di dunia, di Asia pun jauh seksli.
Hari ini kita digemparkan satu lagi sikap todak bertamadun dan drakonian Universiti dengan campurtangan kerajaan. Mereka 'memecat' Pengarah UMcedel Prof Dr Redzuan Othman tanpa alasan konkrit. 
Tindakan tidak 'senonoh' ini ditentang hebat oleh Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom. Dalam satu kenyataan medianya hari ini beliau  berkata, jika benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan buat keputusan berasaskan politik.
Beliau berkata, isu ini merupakan bukti salah satu punca universiti di Malaysia sukar untuk maju kerana ada campurtangan daripada pihak politik.

Sementara itu Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata tindakan itu merupakan tindakan yang mengundur ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.
"Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.
"Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fahmi berkata, UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.
"Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?
"Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel'. katanya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter