.

.

09 October 2009

HATI-HATI PENGUNDI BAGAN PINANG, JANGAN TERPEDAYA DENGAN PERASUAH

Saya dengan rasa rendah diri menyeru seluruh pengundi Bagan Pinang supaya berhati-hati sebelum membuat keputusan memilih siapa bakal wakil rakyat Tuan-Puan pada 11 Oktober ini. Saya bimbang Tuan-Puan terpedaya dengan dakyah dan janji perasuah yang menjadi calon BN di Bagan Pinang.
Ingat bahawa perasuah, perompak, penyamun dan sebagainya tidak boleh dibuat kawan apatah lagi untuk dijadikan pemimpin. Pemimpin semestinya seorang yang telus, berintegriti, tiada rekod buruk serta bersih dari segala masalah.
Saya teringat kepada kisah Hajjaj Yusof As-Thaqafi seorang pemimpin Islam yang zalim di zaman pemerintahannya. Beliau meminta jubahnya dijahit oleh seorang tukang jahit yang masyhur di zamannya. Tukang Jahit tersebut meminta pandangan seorang ulama' samada harus bagi beliau menjahit jubah Hajjaj.
Ulama' tersebut berfatwa bahawa jika tukang jahit itu menjahit jubah Hajjaj bermakna tukang jahit itu turut sama bersekongkol dengan kejahatan dan kezaliman Hajjaj malah sesiapa yang membuat benang untuk digunakan menjahit jubah Hajjaj juga terpalit sama dengan kejahatan Hajjaj.
Jadi saya faham bahawa, menjahit jubah seorang zalim pun kita ditegah inikan pila mengangkat seorang perasuah menjadi pemimpin sudah tentu ianya lebih ditegah lagi.
Moga-moga Tuan-Puan yang membaca posting saya ini faham apa yang ingin saya sampaikan ........

PENGAKUAN FRU TENTANG UNDI POS

Malam tadi ketika berlaku kekecohan, saya sempat sembang dengan salah seorang anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika anggota yang lain meleraikan provokasi yang dilakukan oleh UMNO/BN. Ketika sedang bersembang berdekatan dengan kenderaan ‘Land Rover’, saya sempat bertanyakan anggota polis mengenai pembuangan undi yang akan berlangsung 11 Oktober ini.

Semasa bersembang dengan anggota polis tersebut, saya bertanyakan beliau tentang pembuangan undi. Beliau berkata, semenjak menjadi anggota polis tidak pernah lagi melihat kertas undi terutama undi pos dan beliau berkata bahawa orang atasan menyuruh semua anggota polis untuk tidak dalam aktiviti pembuangan undi.

Jika ada pun, alasan yang diberikan oleh pegawai tertinggi adalah bahawa jika kamu jadi polis maka kamu perlu memilih BN dan undi kamu telah diuruskan. Mana perginya hak demokrasi seorang anggota polis? Hantu manakah yang memangkah bagi pihak beliau. Semasa bertugas pun beliau tidak dibenarkan terlibat dengan politik malahan hanya bersifat neutral. Beliau tidak memihak pada mana-mana parti. Beliau akan buat keputusan terlebih dahulu siapa yang bersalah dan tidak akan bersifat melulu seperti kebanyakan anggota polis yang lain.

Renungkanlah apa yang diluahkan oleh seorang anggota polis kepada saya. Hak mengundi pun mereka dinafikan. Mereka bekerja kerana ikut arahan tetapi akan dikambing hitamkan jika perlu. Polis sudah menjadi seperti anjing yang mana bila disuruh bertindak dan disuruh diam patuh pada arahan.

Akan menyusul dengan isu lebih menarik...

Catatan : Kijang59

BN WAJIB DITOLAK, PARTI RASUAH DAN SAMSENG

Pengundi Bagan Pinang wajib menolak calon BN kerana BN adalah parti rasuah. Bukan sahaja calonnya yang pernah terlibat dengan rasuah BN dan komponen utamanya Umno memang parti rasuah yang menghalalkan rasuah. Sehingga ini BN/Umno tidak mengambil langkah yang serius untuk membenteras rasuah sehingga ahli yang terlibat dengan rasuah pun dipilih sebagai calon.
Selain itu BN juga menggalakkan budaya samseng sehingga membiarkan dan menggalakkan penyokongnya bertindak samseng memukul dan mencederakan petugas PAS.
Lebih malang lagi menteri BN tanpa rasa tanggungjawab sedikit pun menuduh PAS cuba mengada-adakan isu untuk meraih simpati dan sokongan dengan mendakwa penyokong BN memukul penyokong PAS.
Tiada alasan lagi yang dapat diberikan oleh pemimpin BN tentang dakwaan kita bahawa BN parti rasuah dan samseng kerana semua bukti terbentang di depan mata. Bukan kita dakwa tetapi semuanya berlaku di hadapan mata rakyat.
Sesungguhnya parti rasuah dan samseng seperti tidak layak dan tidak wajar disokong malah ianya HARAM disokong. Kita bimbang kita juga mendapat 'saham' sama jika kita menyokong dan mengundi parti sebegini.

BAGAN PINANG : BN TERTEKAN, PENGUNDI CENDERUNG SOKONG PAS, UNDI POS SEDIKIT

Keganasan dan budaya samseng yang dilakukan BN semalam sebenarnya disebabkan BN semakin tertekan dengan situasi terkini yang semakin memihak kepada PAS. Ini kerana pengundi bukan Melayu semakin ramai yang menyokong PAS dan benar-benar merimaskan jentera BN.
Perkembangan terbaru juga menampakkan isyarat jelas bahawa pengundi Melayu juga semakin sedar dan insaf betapa pentingnya mereka menolak seorang perasuah walaupun perasuah itu dikatakan seorang baik dan berjasa.
Pengundi Melayu diramalkan akan melakukan protes senyap dengan mengundi calon PAS kerana tidak mahu bersekongkol dengan perasuah yang sememangnya ditegah oleh agama supaya jangan kita berkawan dan cenderung dengan perasuah, perompak, penyamun dan pe...pe yang lain.
Lebih memeningkan kepala pemimpin BN ialah jumlah pengundi pos yang mengundi semalam amat sedikit berbanding dengan jumlah undi pos yang mereka perolehi pada PRU 2008 lalu. Jika jumlah undi pos ini tidak melebihi 2000, PAS dijangka akan menang walaupun kesemua undi pos itu menyebelahi BN.
Namun begitu PAS jangan leka dengan taktik BN yang sudah tentu mempunyai muslihat dan strategi tertentu untuk undi pos ini bagi memberikan kelebihan kepada mereka.

Saya yakin mereka sudah mengatur taktik dan strategi licik untuk sekurang-kurangnya mendapat 4,000 undi pos ini. BN sedar jika mereka gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 3,000 undi pos mereka sudah tentu berada dalam keadaan yang tidak selamat.

AWAK JANGAN TAKUT, SAYA MESTI UNDI PAS

Sahabat saya, Haji Ali Sharif cukup yakin PAS akan menang di peti-peti undi kaum India kerana hampir 90 % pengundi India yang ditemui beliau di sekitar estet di Bagan Pinang berjanji akan mengundi PAS.
"Haji jangan bimbang, kita oowrang undi sama PAS, kita suma tahu BN pandai cakap, janji sahaja, tarak bikin punya".
"Itu Samy (Vellu) tarak guna punya ooowrang apa dia bikin sama orang India, dia sudah kaya, kita ooowrang suma miskin" kata salah seorang penduduk Ladang Atherton.
Ali juga menceritakan bagaimana beliau dimaki hamun oleh sepasang penduduk kaum India kerana disangka sebagai petugas BN.
"Dia maki dalam Bahasa Tamil, apa yang saya faham, dia sebut BN banyak kali, setelah kami menunjukkan kami dari PAS, mereka ajak kami masuk rumah dan pelawa minum air" ujar Ali.
Ini adalah beberapa fenomena yang cukup memberangsangkan yang dapat kita lihat di Bagan Pinang. Tidak syak lagi jika tiada undi pos ataupun undi pos dapat dijalankan secara adil BN akan tersungkur sekali lagi.

1,275 PENGUNDI POS MENGUNDI SEMALAM

Sehingga semalam seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem telah keluar mengundi manakala pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama.

Terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang. Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Hari ini proses pengundian pos diteruskan lagi. Sehingga kini saya tidak dapat mengetahui jumlah pengundi pos yang telah membuang undi.

Kita mengharapkan SPR berlaku adil dalam proses pengundian ini iaitu tidak membenarkan sesiapa membuang undi atau memangkah bagi pihak pengundi yang tidak hadir.

Namun PAS mesti berwaspada dan meneliti serta memantau perjalanan pengundian secara pos ini. Kita bimbang tipu muslihat pihak terbabit akan menyebabkan PAS tersungkur awal-awal lagi.

SELOKA BAGAN PINANG

Zul lawan Isa di Bagan Pinang
Bersih atau rasuah jadi pilihan
Undi banyak dia yang menang
Hendak mengundi ingat tuhan

Zul lawan Isa tidak sepadan
Seorang bersih seorang rasuah
Hendak undi ingat tuhan
Pilih calon yang beramanah

Zulkefli muda segak tampan
Isa Samad tua sudah pencen
Calon bersih jadi pilihan
Calon rasuah tak guna satu sen

Zulkefli Omar masih muda
Isa Samad sudah beruban
Calon berintgeriti mesti diutama
Calon rasuah mesti dihumban

Zulkefli Omar aktivis masyarakat
Isa Samad aktivis rasuah
Orang Bersih mesti diangkat
Orang kotor dihumban ke bawah

Isa Samad wakil pos
Zul Omar wakil rakyat
SPR terus tidak telus
Berat sebelah jelas dilihat

Zul Omar orang yang tabah
Keburukan Isa banyak terdedah
SPR bongkak tak mahu berubah
Aduan dan laporan tidak diendah

Zul Omar muda belia
Isa Samad tidak gagah
SPR bongak keras kepala
Hati batu tak mahu berubah

Isa Samad bongkak dan sombong
Menang pemilihan Umno dengan rasuah
Hidung tinggi tak mahu ditolong
Macamana rakyat nak bagi amanah

DAFTAR PEMILIH BERBEZA : SPR LAKUKAN TINDAKAN DURJANA

SPR benar-benar melampau apabila tidak segan silu menggunakan daftar pemilih yang berbeza dengan daftar pemilih yang diedarkan kepada calon pada hari penamaan calon 3 Oktober lalu.
Kedurjanaan SPR ini dibongkar oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub hari ini.

Dalam kenyataannya Salahuddin menggesa proses pengundian pos yang sedang berlangsung bermula semalam dihentikan kerana SPR telah melakukan penyelewengan dan penipuan dengan menggunakan daftar pemilih berbeza dengan apa yang diedarkan pada hari penamaan calon.
Sebenarnya SPR sudah acapkali melakukan perkara sebegini dan PAS sentiasa komited membantah tindakan SPR ini namun badan tersebut hanya memekakkan telinga dan membutakan mata dengan aduan dan laporan PAS lakukan sebelum ini.
Sesungguhnya tindakan SPR ini amat memualkan rakyat dan ianya mesti dihentikan segera.
Saya menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil oleh Salahuddin iaitu meminta SPR menghentikan proses pengundian pos dan juga menangguhkan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semua isu berkaitan dengan daftar pemilih ini diselesaikan.

BAGAN PINANG : PAS MENANG BESAR UNDI PENGUNDI BIASA

PAS dijangka tidak mempunyai masalah untuk menang pengundi biasa iaitu bukan pengundi pos. Ini kerana dari tinjauan di hujung kempen ( tinggal 2 hari lagi sebelum mengundi), diramalkan pengundi India dan Tionghua akan tetap mengundi calon Pakatan Rakyat. Dianggarkan 80 % pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepada PAS dan 40 % pengundi Melayu akan berbuat demikian.
Malam tadi pengundi Tionghua sekali lagi membuktikan sokongan mereka apabila kira-kira 700 orang menghadiri majlis makan malam dan ceramah anjuran PR di Bagan Pinang walaupun mereka terpaksa membayar RM350 satu meja.
Sambutan ini menunjukkan bahawa mereka terus menyokong PR walaupun media mendakwa sebaliknya.
Ramalan pemerhati menjangkakan bahawa PAS akan mendapat majoriti lebih dari 1000 undi untuk pengundi biasa. Ini kerana perkembangan terkini menunjukkan pengundi semakin menerima PR dengan isu dan beberapa insiden yang berlaku sehari dua ini.
Jadi jika BN menang kali ini, BN tidak boleh mendabik dada kerana hakikatnya BN hanya menang kerana undi pos yang diketahui umum senantiasa di menangi BN dengan majoriti besar.
Wakil Rakyat BN jika menang nanti bolehlah digelar Wakil Pos.

BERAPA BILANGAN PENGUNDI POS SEMALAM? PAS MESTI WASPADA !!!

Saya tidak dapat mengetahui jumlah sebenar pengundi pos yang membuang undi semalam. Hanya Polling Agent PAS, BN dan Pegawai SPR yang mengetahuinya.

Hari ini dan esok pengundi pos yang belum membuang undi boleh menunaikan tanggungjawab mereka di Pusasda, Kem Sirusa.
Semalam SPR membuat kenyataan bahawa hanya 2,000 pengundi pos yang tinggal di dalam kem. Ini bermakna 2,571 anggota tentera lain tidak tinggal di kem tersebut. Mereka ini mungkin sudah pencen, berpindah ke kem lain ataupun anggota tentera yang masih berkhidmat tetapi tinggal di luar kem.
31 pengundi pos lagi adalah dari anggota polis dan 2 anggota tentera yang berada di luar negara.
Persoalannya kini adakah anggota tentera yang sudah pencen dan berhenti boleh membuang undi di dalam kem.?
SPR tidak menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan isu ini.
Berapa jumlah pengundi pos yang sudah tidak layak menjadi pengundi pos.?
Apakah mereka yang pencen boleh mengundi di dalam kem?
Apakah mereka yang tinggal di luar kem boleh mengundi di dalam kem?
PAS mesti berhati-hati dan berwaspada dengan isu ini. Jika benar hanya 2,000 pengundi pos yang tinggal maka semestinya hanya 2,000 undi pos sahaja yang sepatutnya dikeluarkan bukannya 4,604 undi.

MENGAPA PENYOKONG UMNO MENGGANAS?

Persoalan sekarang timbul di kepala saya mengapa penyokong Umno mengganas sehingga mencederakan penyokong PAS.
1) Adakah Umno/BN dalam keadaan tertekan sehingga memaksa penyokong mengganas?
2) Adakah Umno/BN ingin menunjukkan bahawa mereka berkuasa melakukan apa sahaja hatta membelakangi undang-undang?
3) Adakah Umno/BN ingin menggunakan cara kekasaran untuk melemahkan jentera PAS?
4) Adakah Umno/BN ingin menggunakan kekerasan dan budaya samseng untuk menakutkan pengundi supaya jangan mengundi PAS?
Persoalan di atas tidak mampu untuk saya jawab secara tepat kerana hanya pemimpin dan penyokong Umno/BN dan Allah sahaja yang mengetahui hati perut mereka.
Semalam beberapa petugas PAS di serang dan dicederakan sehingga berdarah dengan teruk. Pemimpin PAS menyelar sikap ganas penyokong Umno ini.

08 October 2009

HANYA 2,000 UNDI TENTERA DI BAGAN PINANG?

Timbalan Pengerusi SPR di dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa pengundian pos berjalan lancar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa.
Katanya pengundian pos di situ hanya membabitkan kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal dalam kem.

Wan Ahmad berkata undian pos di Pusasda dikendalikan oleh para anggota tentera yang kita lantik, dalam proses ini, anggota tentera membawa kad identiti masing-masing ke meja semakan nama dan mengambil kertas undi dengan disaksikan wakil-wakil calon yang berada di belakang meja berkenaan sebelum ke petak untuk mengundi.

Katanya lagi proses ini berjalan dengan begitu telus sekali dan wakil-wakil calon yang menyaksikannya berpuas hati dengan perjalanan urusan ini.

Beliau juga berkata undian pos di Pusasda dibuka dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini. Sekiranya masih ada anggota tentera belum mengundi, ia akan dijalankan sekali lagi esok dan lusa sehingga kesemua anggota terbabit selesai mengundi.
Beberapa persoalan bermain di kepala saya :-
1) Apakah benar jumlah pengundi pos yang di kem adalah 2,000 sahaja. Mana lagi 2,573 pengundi tentera yang ada dalam daftar pemilih. Apakah mereka ini tidak layak mengundi kerana sudah pencen?
2) Apakah 2,573 pengundi yang tinggal di luar kem akan mengundi sebagai pengundi biasa? Jika benar adakah nama mereka ada dalam daftar pemilih di pusat pengundian awam.
3) Apakah ada pusat-pusat pengundian lain selain dari Pusasda?.
Saya berharap SPR dapat menjawab kekeliruan ini. Selain itu petugas PAS mesti sentiasa berwaspada dengan taktik licik SPR dan kuncu-kuncunya kerana dari kenyataan di atas hanya 2,000 pengundi pos tinggal di kem, adalah baki pengundi pos iaitu 2,573 pengundi akan juga mengundi di Kem tersebut dan adakah ini dibenarkan?

BAGAN PINANG : SIAPA CAKAP BENAR?

PAS mendakwa ujudnya nama berganda di dalam daftar pemilih DUN Bagan Pinang. Di mana ada anggota tentera yang namanya di dalam senarai pengundi pos tetapi ada juga di dalam senarai pengundi biasa.
Begitu juga ada nama pengundi Bagan Pinang yang didapati di DUN lain selain DUN Bagan Pinang. Maksudnya nama pengundi berada di dua tempat mengundi yang berlainan iaitu satu di Bagan Pinang dan satu lagi di DUN lain.
Keadaan di atas sudah cukup membuktikan bahawa daftar pemilih DUN Bagan Pinang adalah berkecamuk dan bercelaru serta tidak mempunyai integriti.
Malangnya SPR terus menafikan fakta yang dikemukakan oleh PAS dengan bukti yang kukuh. Mereka seolah-olah bebal, memekakkan telinga dan membutakan mata.
Hari ini Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar mengulangi jaminan bahawa tidak wujud nama berganda dalam daftar pemilih bagi kawasan DUN Bagan Pinang sebagaimana yang didakwa oleh PAS.

"Kita dah buat semakan semalam dan kita telah pasti tak wujud nama berganda dalam N31 Bagan Pinang, senarai yang diterima daripada PAS semalam telah kita semak dan tak ada nama berganda.

"Kalau berganda mungkin dalam senarai daftar awam di luar DUN Bagan Pinang, itu kita akan semak selepas pilihan raya kecil ini nanti," katanya.

Siapa yang bercakap benar dan siapa yang bohong. Siapa yang celik siapa yang buta, siapa yang dengar siapa yang tuli.????

PENGERUSI SPR PATUT TANDING ATAS TIKET BN

Saya sungguh terkilan dengan sikap Pengerusi SPR Aziz Yusof yang langsung tidak menghargai kesusahan dan penat lelah PAS meneliti Daftar Pemilih DUN Bagan Pinang dan mendedahkan kepincangan dan keraguan pada daftar pemilih tersebut.
Pendedahan yang dibuat oleh PAS bukannya dakwaan kosong tanpa fakta konkrit malahnya ia sarat dengan bukti kukuh di depan mata.
Malangnya Aziz dengan mudah menyindir PAS dengan menyatakan bahawa PAS menuduh daftar pemilih tidak bersih adalah kerana PAS tidak dapat menarik sokongan di Bagan Pinang. Dalam kenyataan beliau pada siaran berita jam 1.00 petang di Radio 1 sebentar tadi Aziz berkata PAS sepatutnya sedar bahawa mereka tidak mendapat sokongan di Bagan Pinang jadi jangan pula mencari alasan daftar pemilih tidak meragukan dan sebagainya.

Menurut Aziz, BN juga mengalami masalah yang sama pada Pilihanraya Kecil sebelum ini, jadi PAS tidak perlu mencari alasan.
Kenyataan Aziz ini cukup tidak bertanggungjawab kerana kritikan dan aduan yang PAS buat bukannya disebabkan PAS akan kalah sebaliknya ia dibuat kerana integriti daftar pemilih yang jelas meragukan dan penuh dengan kecelaruan. Aduan dan laporan tentang daftar pemilih ini bukannya di buat di Bagan Pinang sahaja malah dari dulu lagi termasuk tuntutan yang dibuat oleh BERSIH beberapa tahun lalu.
Terbukti Aziz gagal memainkan peranan beliau sebagai Pengerusi SPR yang baik dan beliau mengulangi kesilapan yang dibuat oleh Pengerusi SPR sebelum ini iaitu Abdul Rashid Abdul Rahman.
Sepatutnya Aziz berterimakasih dengan penemuan yang diperolehi oleh PAS dan bersungguh-sungguh untuk menyiasat serta memperbetulkannya jika tuduhan dan dakwaan itu benar.
Saya menggesa supaya Aziz meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SPR dan bertanding pada mana-mana pilihanraya akan datang atas tiket BN kerana tidak ada gunanya memegang amanah sebagai Pengerusi SPR yang tidak telus dan tidak professional.

PAS VS DAP DI SELANGOR : HASRAT BN BERKECAI

Hasrat BN ingin melihat kerajaan negeri Selangor runtuh dengan perbalahan PAS dan DAP berkecai dengan kematangan kedua-dua pemimpin parti tersebut menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Semalam segala-galanya telah selesai dan Khir Toyo pemimpin BN Selangor sudah tentu gusar dan pening dengan perkembangan ini.

Sebenarnya tidak ada isu besar yang melibatkan persengketaan kedua-dua parti PR tersebut cuma media jahat sahaja yang memutarbelitkan isu sehingga dilihat isu tersebut amat besar dan genting.

Dengan pertemuan meja bulat antara kedua-dua pemimpin PAS-DAP kata sepakat tercapai. 5 ketetapan yang dipersetujui bersama ialah :-

1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.

2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.

3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.

4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.

5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.

Sebenarnya kelima-lima ketetapan itu adalah ketetapan biasa yang sebenarnya sudah pun dipersetujui cuma kebelakangan ini terdapat sedikit masalah kerana masing-masing tidak dapat mengawal tindakan sehingga ianya dijadikan modal oleh media untuk mengeruhkan suasana.

Syabas Pakatan Rakyat Selangor !!!!

MEMANG TAK YAKIN MENANG SEBAB PENIPUAN BOLEH BERLAKU

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyifatkan PR kini berada dalam keadaan tertekan dan tidak yakin untuk menang sehingga mahu menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan Ahad ini.

Beliau berkata PAS sengaja mencetuskan isu kononnya mereka tidak berpuas hati dengan beberapa beberapa isu yang berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pembangkang rasa tak puas hati dan dia minta SPR tangguhkan pilihan raya... dia konon tak puas hati.

"Pasal apa dia mahu tangguh? Sebab dia kempen tak cukup, dia tahu dia tertekan, jadi dia kata supaya bagi masa lebih sedikit," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau di sini hari ini.

Memang kita tidak yakin menang kerana BN dan kuncu-kuncu boleh melakukan penipuan dan penyelewengan dengan adanya pengundi yang didaftarkan 2 kali dalam daftar pemilih dan juga terdapat pengundi luar yang namanya ada di DUN lain juga terdapat dalam daftar pemilih DUN Bagan Pinang.

Jumlah kedua-dua pengundi yang terlibat dengan kecelaruan melebihi 500 orang dan ini sudah tentu akan mempengaruhi keputusan pilihanraya. Sudah tentu ianya memberikan kelebihan kepada BN.

Apa guna kita berpilihanraya jika perkara pokok iaitu Daftar Pemilih tidak bersih dan boleh dimanipulasi untuk memberikan kelebihan kepada BN. Itu belum lagi dikira bilangan undi pos yang sudah tentu akan dimanipulasi oleh BN dan kuncu-kuncu tradisionalnya.

BAGAN PINANG : APA TUNGGU LAGI, INJUNKSI JAWAPAN TEPAT

Bagi saya PAS dan PR tidak perlu menunggu lagi untuk memohon injunksi mahkamah menangguhkan pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini kerana kecelaruan daftar pemilih yang jelas tidak bersih dan mengelirukan.
Terdapat beberapa kecelaruan yang jelas menghancurkan integriti daftar pemilih tersebut :-
1) Pertindihan nama pengundi sehingga ada yang nama mereka dicatatkan dua kali dalam daftar pemilih iaitu sebagai pengundi pos dan pengundi biasa.
2) Terdapat juga nama pengundi DUN Bagan Pinang yang juga dicatatkan sebagai pengundi di DUN selain dari Bagan Pinang. Jumlahnya kira-kira 200 pengundi.
Semua bukti di atas sudah cukup meyakinkan kita bahawa daftar pemilih tersebut bercelaru dan memberikan peluang kepada penipuan, penyelewengan dan sebagainya.
Pimpinan PR mesti membawa isu ini ke mahkamah supaya mahkamah dapat menghalang pilihanraya kecil dari berlangsung sehinggalah ianya dibersihkan.

07 October 2009

ISA MENANG NAMA MALAYSIA KIAN BURUK

Jika ditakdirkan calon BN, Isa Samad menang saya pasti nama negara dan rakyat kita akan semakin buruk.
Ini kerana Malaysia akan dikenang sebagai negara yang melantik pemimpin di kalangan perasuah dan kaki rasuah.
Manakala rakyat Malaysia akan dikenang sebagai rakyat suka kepada pemimpin rasuah walaupun sudah diketahui pemimpin itu kaki rasuah tetapi rakyat masih melantiknya.
Oleh sebab itu saya menasihatkan kepada diri saya dan semua pengundi Bagan Pinang supaya berhati-hati memilih calon yang hendak dipangkah pada Ahad ini. Jangan nanti kita dikenali sebagai negara rasuah dan rakyat yang suka kepada pemimpin rasuah.

KANAK-KANAK SEKOLAH DIEKSPLOIT BN

Laporan Astro Awani mengenai isu mahasiswa melibatkan diri dalam kempen di pilihanraya N31 menjadi suatu isu besar sedangkan BN dari awal-awal telah melibatkan remaja dibawah umur yang diseret untuk menyertai kempen dari awal-awal lagi.

Tinjauan awal dari waktu pencalonan lagi kelihatan ramai penyokong BN terdiri daripada remaja yang dibawah umur. Seawal dari jam 3 pagi lagi mereka telah didatangkan dengan beberapa buah bas dan dibiarkan berkeliaran di kawasan Port Dickson sementara menunggu jam 8 pagi untuk proses pencalonan. Mereka menghabiskan masa melepak dipinggir pantai dan membuat kotor dengan membuang sampah merata-rata.
Saya perhatikan terdapat botol arak bergelimpangan dikawasan tersebut sewaktu melalui kawasan tersebut di waktu pagi.

Apakah yang difikirkan oleh puak-puak BN ini sehinggakan mereka-mereka ini dieksploit sehingga begitu rupa. Remaja tersebut mengatakan mereka diupah sebanyak RM30-RM50 untuk datang semata-mata untuk bersorak sedangkan mereka sendiripun tidak mengerti apa yang mereka sorakkan.

Ia merupakan suatu tanda yang BN kini semakin terdesak dalam memastikan kerusi DUN Bagan Pinang dapat dipertahankan.
Terbaru mengenai isu papan tanda provokasi BN, Ali Rustam mengulas dengan mengatakan ia merupakan suatu jawab balas terhadapat fitnah Pakatan selama ini terhadapat parti tersebut. Mengapa perlu bilboard digunakan untuk membalas serangan fitnah terhadapat mereka?
Sepatutnya mereka terlebih dahulu perlu menjawab kepada rakyat mengenai projek-projek dan perumahan yang terbengkalai selama ini. Kalau dahulu Port Dickson merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati, tetapi kini anda sendiri nilai, dapat pergi free pun saya pasti anda akan menolak.

Kini bukan lagi soal rakyat meninginkan perubahan, tetapi rakyat telah meluat dengan layanan serta pentadbiran kotor oleh kerajaan BN.

Undur undur....undur BN.
Dihantar oleh George Orwell melalui email.

SOKONG TANGGUHKAN PRK BAGAN PINANG

Seperti yang saya nyatakan beberapa kali dalam posting sebelum ini bahawa PRK Bagan Pinang mesti ditangguhkan, saya menyokong penuh sebarang tindakan yang akan diambil oleh PAS untuk memohon injunksi mahkamah agar PRK ini ditangguhkan.
Hari ini Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub berkata kemungkinan injunksi itu akan dipohon kerana keraguan di dalam daftar pemilih yang jelas mempunyai nama yang berganda pada seseorang pengundi. Perkara ini bukannya berlaku pada seorang dua pengundi bahkan melibatkan ratusan pengundi.
Jika seorang pengundi sudah menimbulkan keraguan apatah lagi kalau jumlahnya ratusan maka sudah tentu ianya akan mempengaruhi keputusan pilihanraya nanti.
PAS akan mengemukakan bukti dakwaan pada pertemuan wakil PAS dan SPR di pejabat SPR petang ini. Delegasi PAS akan diketuai oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YB Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.
Andaikata SPR gagal mengambil tindakan yang drastik dan meyakinkan PAS mungkin akan mengambil tindakan mahkamah. Itu antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin yang juga Pengarah Operasi Pilihanraya PAS Pusat bagi PRK Bagan Pinang ini.
Bagi saya, amat susah untuk SPR mengambil tindakan dalam masa sehari dua ini dan ianya seolah-olah mustahil untuk dilakukan.
Oleh itu saya menyarankan panel peguam PAS supaya bersedia untuk mengemukakan injunksi tersebut secepat mungkin.

BAGAN PINANG : DAFTAR PEMILIH MAKIN BERKECAMUK

Daftar pemilih DUN Bagan Pinang yang bakal digunakan Ahad ini makin berkecamuk. Terbukti gagal mengatasi masalah ini dari dulu, kini dan mungkin selamanya.
SPR mungkin juga sengaja membiarkan perkara ini berlaku kerana aduan, gesaan dan cadangan serta saranan supaya SPR memutihkan Daftar Pemilih telah dibuat dari dulu, kini dan selamanya.
Namun SPR tetap bebal, degil dan buat 'tak reti' sahaja.
Pengerusi SPR sudah bertukar tangan banyak kali tetapi masalah daftar pemilih meragukan, berkecamuk dan sebagainya terus terusan berlaku dan berlaku.
Hari ini PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.
Naib presiden PAS, YB Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.
Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini."Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Saya mencadangkan supaya Pilihanraya ini ditangguhkan sehingga semua masalah berkaitan daftar pemilih dan undi pos diselesaikan.

BAGAN PINANG : PAS MENANG BESAR

Pemerhati politik berpendapat PAS akan menang besar tanpa mengira undi pos. Congakan mereka begini.

Andaian yang dibuat ialah 75 % pengundi biasa membuang undi = 6795 undi. (13664 - 4604 undi pos).

80 % bukan melayu yang keluar mengundi memangkah PAS = 80 % X 3249 =2599
40 % Pengundi Melayu yang keluar undi PAS = 40 % X 3546 = 1418

Jumlah PAS = 4017
Jumlah BN = 2778
Majoriti PAS = 1239 undi.

Tetapi campur undi Pos sudah tentu PAS terlentang.

BAGAN PINANG : PAS BERADA DI DEPAN

Kalau beberapa hari lepas, pemerhati politik melihat BN selesa di hadapan hari ini tinjauan mereka menampakkan keputusan yang berlainan. Ini berdasarkan kepada beberapa perubahan mendadak yang berlaku di Bagan Pinang terutama kepada perkara-perkara di bawah :-

1) Perubahan besar pengundi India dan Cina yang sokongan mereka makin melonjak kepada PAS

2) Perubahan sikap pengundi melayu kepada PAS terutama pengundi muda

3) Undi pos yang tidak akan dapat digunakan sepenuhnya oleh BN untuk memenangkan mereka.

Dari tinjauan tersebut kedudukan terkini adalah seperti berikut :-

Andaian : Jumlah keluar mengundi = 10 799 undi ( 75 % pengundi bukan pos dan 87 % pengundi pos keluar mengundi). Pengundi lain-lain bangsa di kira sebagai melayu.

Pengundi Melayu (bukan pengundi pos) keluar mengundi = 3546 undi
Bukan Melayu keluar mengundi = 3249
Bilangan undi pos = 4000 undi

80 % pengundi Bukan Melayu menyokong PAS = 2599
43 % pengundi Melayu menyokong PAS = 1524
25 % undi pos = 1000 undi

Undi PAS = 5123 undi
Undi BN = 5110 undi
Majoriti PAS = 13 undi setakat ini.

SPR BUTAKAN MATA PEKAKKAN TELINGA TERHADAP ADUAN PAS

SPR nampaknya memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap aduan dan saranan PAS serta komponen PR supaya membuat penambahbaikan terhadap undi pos. Tidak ada tanda-tanda SPR mahu berubah dari yang tidak baik kepada baik.

Perubahan yang dilakukan SPR hanyalah perubahan kosmetik yang sebenarnya tidak memberikan kesan kepada persepsi rakyat bahawa undi pos tidak telus, berat sebelah dan meragukan serta memberi kelebihan kepada BN.

Dengan hanya tinggal 3 hari lagi sebelum hari pengundian iaitu Ahad ini, PAS dan PR berusaha sedaya upaya dengan saluran diplomasi untuk memujuk SPR supaya membuat pembaharuan agar undi pos lebih telus dan tidak meragukan.

Antaranya PAS meminta penggunaan borang 2 yang mencatatkan nombor ATM dimansuhkan; petugas parti diberikan ruang untuk memantau perjalanan pengundian secara total; pengiraan undi dibuat pada hari pembuangan undi; anggota tentera yangs sudah pencen dan tidak lagi tinggal di kem diberikan peluang mengundi di peti undi biasa; tiada penipuan dengan memangkah undi bagi pihak orang lain; memasang poster dan mengedarkan bahan kempen kepada semua pengundi pos bukannya hanya BN yang boleh berkempen; membenarkan kempen di dalam kem dan lain-lain.

Namun sehingga SPR seolah-olah mendiamkan diri dan tidak membuat keputusan yang konkrit dan professional.

Semalam PAS mendedahkan tentan ujudnya pertindihan nama di mana seorang pengundi didapati mempunyai nama berganda di 2 peti undi berasingan. Ini cukup-cukup meragukan. SPR sepatutnya mengambil langkah drastik untuk memperbaikinya.

Saya yakin jika SPR berusaha dan serius untuk membaiki kelemahan ini SPR akan lebih dihormati dan diyakini pada masa akan datang. Nama SPR akan harum sebagai badan bebas yang adil dan saksama.
Gambar : Utusan Meloya.

DALAM UMNO SIAPA RASUAH DIA NAIK CEPAT

Dalam politik Umno siapa yang amalkan rasuah dia akan menang dalam pemilihan. Jika ditangkap pun ia tidak memberi kesan apa-apa. Paling besar akan digantung keahlian selama 2-3 tahun selepas itu diterima kembali malah mungkin dilantik menjadi pimpinan semula.

Perasuah itu pula tanpa segan silu menawarkan diri dan melobi untuk diangkat menjadi ketua atau calon pilihanraya.

Maka tidak hairan perasuah seperti Isa Samad, Ali Rustam dan lain-lain terus menerus dipuja dan dipuji oleh Umno tanpa rasa malu dan segan. Terbukti rasuah tidak memberi sebarang bekas dan pekung kepada sesiapa sahaja yang mendokong ‘akidah’ Umno.

Siapa yang tidak mengamalkan rasuah walau sehebat mana sekalipun, otak bergeliga, akhlaq baik, ilmu tinggi dan sebagainya sudah pasti akan tewas dan tidak dipilih oleh Umno kerana mereka tidak akan mampu menewaskan perasuah yang berbelanja jutaan ringgit untuk menang sesuatu jawatan besar.

Itulah bahaya ‘akidah’ Umno yang tidak menjadikan rasuah sebagai jenayah, perkara jijik dan keji yang mesti dijauhkan. Jika ‘akidah’ ini dan parti Umno itu sendiri tidak dibenteras saya bimbang Negara kita akan runtuh dan hancur kerana pemimpin yang menang adalah kaki rasuah berhidung belang.

UNDI POS : BN SEPATUTNYA DAPAT HANYA 1,00O UNDI

Pendedahan PAS beberapa hari lalu bahawa hanya sekitar 1,200 pengundi pos sahaja yang masih tinggal di kem tentera di Bagan Pinang seharusnya menyedarkan SPR supaya bertindak segera menyelesaikan isu ini.

Kira-kira 3,000 pengundi pos yang masih ada dalam senarai daftar pemilih majoritinya sudahpun pencen. Maka mereka tidak layak lagi untuk menjadi pengundi pos. Maka menjadi tugas SPR untuk memastikan tiada penyelewengan maksudnya hanya pengundi pos yang tinggal di kem sahaja wajar mengundi secara pos. Manakala pengundi yang sudah menjadi orang awam (pencen) mesti diberikan peluang untuk mengundi di peti-peti undi biasa sebagai pengundi biasa.
Dari statistik ini iaitu hanya 1,200 pengundi pos sahaja yang layak mengundi kali ini, saya yakin PAS akan menang kerana kemenangan BN pada Pilihanraya Umum lalu adalah kerana jumlah undi pos yang besar yang diperolehi mereka. BN mendapat kira-kira 3,000 undi manakala PAS hanya mendapat 1,000 undi sahaja.

Tidak syak dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat PAS, BN sedang mengatur strategi licik penuh dengan tipu helah untuk menewaskan PAS melalui undi pos. Itu sebabnya ada pihak mendakwa pihak-pihak tertentu sedang mengatur beberapa strategi bagi memastikan pengundi pos yang dikenalpasti mengundi PAS dinafikan hak mereka kali ini.

SPR mesti menyiasat dan mengambil langkah segera bagi mengatasi semua masalah berkaitan undi pos ini.

Andaikata SPR tidak mampu malah mungkin tidak mahu melakukan penambahbaikan untuk masalah ini, saya menggesa Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan dan bertanding pilihanraya atas tiket BN pada pilihanraya umum akan datang atau mana-mana pilihanraya kecil yang mungkin berlaku selepas ini.

Tugas SPR ialah memastikan perjalanan pilihanraya adalah lancar dengan tiada keraguan pada daftar pemilih, proses pengundian berlaku dengan telus dan professional. Jika proses pengundian pos ini tidak dapat dipastikan ketelusan dan integritinya maka SPR wajar dibubarkan dan digantikan dengan badan lain.

BN KALAH KALAU SPR TELUS DAN PROFESSIONAL

Saya yakin jika SPR telus dan professional BN akan tersungkur buat kali kesembilan berturut-turut di Semenanjung Malaysia.

Ini kerana :-

1) BN akan hanya mendapat kira-kira 1,000 undi sahaja melalui undi pos kerana jumlah pengundi pos yang tinggal di kem hanya kira-kira 1,200 pengundi sahaja yang lain sudah pencen dan mereka tidak layak untuk mengundi secara pos.
2) BN tidak akan dapat apa-apa kelebihan dari daftar pemilih yang tidak dibersihkan di mana terdapat kira-kira 200 nama pengundi yang bertindih ( nama pengundi berganda di dalam daftar pemilih). SPR mesti membersihkan daftar pemilih tersebut sebelum pengundian dijalankan. Jika perlu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ditangguhkan untuk memberi peluang kepada daftar pemilih dibersihkan.
3) BN tidak akan memperolehi apa-apa kelebihan jika SPR menggunakan kuasanya meminta media cetak dan elektronik menyiarkan berita-berita secara beretika, professional dan adil.
4) BN tidak dibenarkan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen
5) BN tidak berani melakukan rasuah jika SPR tegas dan menjalankan kerjanya secara professional dan menghukum sesiapa sahaja yang terbukti melakukan kesalahan.
Malangnya sehingga kini kita masih sangsi dengan kewibawaan dan integriti SPR. SPR masih dilihat menjadi parti komponen BN yang sering bertindak untuk membantu BN mencapai kemenangan.

06 October 2009

TANGGUHKAN PILIHANRAYA BAGAN PINANG SELAGI DAFTAR PEMILIH TIDAK BERSIH

Saya menggesa SPR menangguhkan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang yang dijadualkan 11 Oktober ini selagi Daftar Pemilih yang akan digunakan nanti tidak bersih. Tidak ada gunanya pilihanraya itu diadakan andainya ia tidak telus dan adil.
Daftar Pemilih merupakan satu-satunya medium yang sangat penting kepada setiap pilihanraya. Andai integritinya dipersoalkan maka sewajarnya SPR menyiasat dan menyelesaikannya sebelum Pilihanraya dilaksanakan.
Hari ini PAS berjaya mengesan kira-kira 200 orang yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk menggunakan kad pengenalan tentera, pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mendakwa daftar pemilih tersebut berpotensi tidak bersih di mana kira-kira 200 nama pengundi didapati berganda.
Terdapat (kemungkinan) nama pengundi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera dan ada kad pengenalan awam.
Sehubungan itu, tambah Suhaizan, rombongan pemimpin PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.

Sekali lagi saya menggesa SPR menangguhkan pilihanraya kecil ini sehinggalah daftar pemilih yang akan digunakan kelak benar-benar bersih dari sebarang keraguan.
SPR mesti melaporkan kepada rakyat mengapa perkara ini berlaku dan apa tindakan yang SPR ambil bagi mengatasi masalah ini.

TIADA APA LAGI YANG TINGGAL PADA UMNO

Umno sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibanggakan.
1) Pemimpin - ramai yang terlibat dengan rasuah. Calon pilihanraya pun calon rasuah. Pemilihan Umno penuh dengan rasuah. Pemimpin Umno yang menang ramai yang rasuah,
2) Islam - telah lama dikesampingkan. Hukum Islam dipersendakan. Huduh dicaci di hina. Aurat yang wajib dalam Islam dipermainkan. Ketua Wanita, puteri dan ramai pemimpin tidak tutup aurat. Islam hanya setakat doa makan, mula majlis, nikah kahwin cerai berai dan lain-lain
3) Melayu - sudah lama diterajang. Tanah orang Melayu semakin kurang. Bahasa Melayu dipinggirkan. Jumlah kerusi Parlimen dan DUN Melayu dikurangkan (persempadanan pilihanraya dimanipulasi).
4) Ekonomi - ekuiti orang melayu semakin susut. DEB gagal, yang kaya pemimpin Umno dan kroni-kroninya.
5) Pendidikan - Biasiswa untuk bumiputera ditiadakan yang ada pinjaman itupun kena interest.
Apa lagi yang ada pada Umno dan pemimpinnya. Maka Umno/BN wajib ditolak di Bagan Pinang.

ISA IKON PERASUAH DAN IKON KEPALSUAN

Calon BN wajar dinobatkan sebagai ikon perasuah dan ikon kepalsuan. Sebabnya ialah :-
1) Pernah disabitkan dengan rasuah sehingga menang jawatan Naib Presiden Umno dan akhirkan disingkirkan dari jawatan itu setelah dibuktikan bersalah. Namun Umno tidak berani melaporkan kesalahan tersebut kepada BPR (sekarang SPRM)
2) Menjadi pelopor dan ketua kepada perasuah kerana terang-terang melakukan rasuah semasa pemilihan Umno.
3) Menjadi Ikon kepalsuan, berdasarkan beberapa rekod projek terbengkalai di bawah kepemimpinan bekas Menteri Besar itu.
4) Isa sebagai ikon kepalsuan, kerana keutamaannya (pembangunan) bukan untuk rakyat, tetapi kronik-kroninya. Berdasarkan beberapa pendedahan yang dibuat sejak tiga hari lalu, pembangunan yang dibawa Umno adalah pembangunan palsu.

Persoalannya wajarkah Ikon Perasuah dan Ikon kepalsuan ini dipilih sebagai calon oleh BN dan wajarkan pengundi mengundi Isa????

BAGAN PINANG : RASUAH DIMULIAKAN, INTEGRITI DIBAKULSAMPAHKAN

Impak dari Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ini sudah tentu meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat negara kita. Ini kerana rasuah akan dilihat sebagai perkara mulia kerana pesalah rasuah tetap didewakan sehingga diangkat menjadi calon wakil rakyat.
Tidak salah melakukan rasuah, lepas lakukan rasuah, jalani hukuman ringan dan lepas itu boleh jadi wakil rakyat. Tiada masalah.
Rakyat akan melihat bahawa rasuah adalah perkara biasa dan dibolehkan malah mungkin ia dilihat sebagai tindakan yang mulia.
Andaikata BN menang impaknya lebih besar kerana terbukti pengundi yang mengundi BN rela dan redha untuk bersekongkol dengan perasuah.
Sepatutnya perasuah diletakkan sebaris dengan penyamun, perompak, pencuri, pencopet dan sebagainya. Tetapi tidak di Malaysia.
Sebaliknya orang yang tidak melakukan rasuah dihina, dikeji dan dicaci dengan pelbagai tuduhan sebagai tidak mampu, bukan anak tempatan, tiada apa yang boleh dibuat dan sebagainya.
Rakyat harus menilai semua ini dan segera menolak parti rasuah dan calon rasuah.

BAGAN PINANG : APA ISA SAMAD BUAT PULUHAN TAHUN JADI MENTERI BESAR?

Rakyat Bagan Pinang wajar mempersoalkan apa yang calon BN Isa Samad dan wakil rakyat BN Bagan Pinang buat terhadap beberapa isu yang jelas menyusahkan penduduk DUN tersebut.
Antara isu yang sepatutnya telah lama ditangani oleh Isa Samad dan BN ialah :-
1) Menaiktaraf jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang.

2) Masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk.

3) Isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson yang dilihat menyebabkan pelancong kurang datang ke Port Dickson walaupun ianya merupakan kawasan pantai yang sangat berpotensi.

Walaupun Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan puluhan tahun dan ADUN BN menjadi wakil rakyat di sini sejak pilihanraya pertama namun isu-isu di atas gagal diatasi oleh mereka.

Untuk itu calon PAS, Zulkefli Mohd Omar dilaporkan akan menumpukan isu tersebut untuk diselesaikan dalam masa terdekat jika beliau menang pada pilihanraya kecil ini nanti.

PAS TIDAK PERNAH GADAIKAN PRINSIP

PAS tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangannya iaitu menjadi Al Qur'an, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan, menegakkan Islam di negara kita dan Allahu Akhabar sebagai seruan PAS.
Matlamat menegakkan negara Islam adalah termaktub di dalam matlamat menegakkan Islam dan matlamat ini tidak pernah dipadamkan dari perlembagaan PAS.
Jadi dakwaan calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad yang menuduh PAS bersikap hipokrit kerana didakwanya sanggup mengorbankan prinsipnya adalah bohong dan tidak benar.

Isa berkata matlamat PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam sewaktu pilihan raya umum 1999 tetapi menggugurkannya tahun lalu kerana mahu menubuhkan pakatan dengan DAP. Dakwaan ini juga tidak benar.
PAS sendiri tidak pernah mempersoalkan matlamat perjuangan Parti KeADILan Rakyat dan DAP begitu juga sebaliknya kedua-dua parti itu menghormati perjuangan PAS. Paling penting jika ada perbezaan pendapat dan perselisihan semua parti dalam Pakatan Rakyat akan berbincang dan menyelesaikannya secara muafakat.
Matlamat menegakkan Islam yang adil, saksama dan sesuai untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sentiasa diterangkan oleh PAS dan ini diterima baik oleh rakyat bukan Islam. Jadi tidak timbul isu PAS menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam kerana PAS berjuang untuk matlamat yang lebih besar iaitu menegakkan Islam secara syumul, menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran serta kebatilan.

BAGAN PINANG : KEDUDUKAN TERKINI - BN 5649 PAS 4599??

Dengan mengandaikan sejumlah 75 % pengundi keluar mengundi iaitu 10,248 pengundi membuang undi. Kedudukan terkini mengikut congakan beberapa pemerhati politik adalah seperti berikut:-

PAS 4599 undi
BN 5649 undi

BN mendahului dengan 1050 undi.

Antara faktor yang menyebabkan ianya berkeadaan demikian ialah BN dijangka akan terus menguasai undi pos dengan mendapat kira-kira 3,000 undi.

JAWAPAN UNTUK ISA SAMAD

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang,Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan pembangkang sudah kekeringan modal berkempen apabila terus menerus menyerang peribadinya sejak namanya diumumkan sebagai calon Sabtu lalu.
Ini jawapan saya kepada Isa.
MENJADI TANGGUNGJAWAB PAS DAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENERANGKAN KEPADA RAKYAT BAHAYANYA MENGANGKAT PEMIMPIN YANG TIDAK MEMPUNYAI INTEGRITI DAN PERNAH TERBABIT DENGAN RASUAH.
KITA TIDAK MAHU RAKYAT TERSALAH PILIH DENGAN MEMILIH CALON YANG TERBUKTI TERPALIT DENGAN RASUAH. JIKA PEMIMPIN SEBEGINI MENANG KITA BIMBANG IA AKAN MENGULANGI PERANGAI LAMANYA MENGGUNAKAN KUASA UNTUK MAKAN RASUAH, MEMBERI RASUAH DAN SEBAGAINYA.
APA SALAHNYA KITA MENGINGATKAN RAKYAT TENTANG BAHAYA BERKAWAN DENGAN PERASUAH. SEPERTI JUGA KITA MENGINGATKAN ORANG SUPAYA JANGAN BERKAWAN DENGAN PEROMPAK, PENYAMUN DAN SEBAGAINYA.
Rakyat harus faham akan perkara ini jangan mereka mengulangi kesilapan yang lalu dengan memilih calon parti yang MENGHALALKAN RASUAH.

MUHYIDDIN : JAGA IMEJ KAMU SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tak habis-habis Muhyiddin mendakwa Kelantan negeri paling mundur dan miskin. Semalam Beliau berkata rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan BN.

Muhyiddin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu.

"Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di Port Dickson semalam.

Begitulah tuduhan melulu Muhyiddin kepada Kelantan sedangkan beliau tidak sedar dari fakta sebenar, Kelantan bukanlah negeri paling miskin dan paling mundur. Saya nasihatkan Muhyiddin supaya bercakap mengikut fakta dan data-data yang tepat supaya nanti rakyat tidak mentertawakan beliau.

Muhyiddin kena jaga imejnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Jangan bercakap sembrono tanpa fakta kukuh.

BN AJAR RAKYAT TERIMA RASUAH

Pemilihan Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang benar-benar memberikan impak yang besar kepada rakyat.

Antara impaknya ialah :-

1) BN mengajar rakyat supaya menerima rasuah sebagai bukan suatu jenayah dan ianya tidak salah

2) Pemimpin yang pernah terlibat dengan rasuah boleh diangkat kembali sebagai pemimpin walaupun rekodnya buruk

3) Negara luar dan pelabur luar kurang yakin dengan kesungguhan Malaysia membenteras rasuah

4) Rasuah adalah perkara biasa dan ianya adalah kesalahan yang tidak serius

05 October 2009

BAGAN PINANG : BN MENANG TIPIS KURANG 1,000 UNDI

Pemerhati politik menjangkakan BN akan menang tipis di bawah 1000 undi pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.
Ini berdasarkan andaian bahawa BN mendapatkan kira-kira 3,200 undi pos manakala PAS hanya mendapat 1,00o undi pos. 400 undi pos lagi tidak di'buang' oleh pengundi.
Statistik
Jumlah keseluruhan pengundi = 13664
Jumlah undi pos = 4604 undi
Jumlah pengundi bukan Melayu = 4332
Jumlah pengundi Melayu bukan undi pos = 4728
(Andaian yang dibuat pengundi lain-lain bangsa diandaikan sebagai pengundi Melayu bukan undi pos.)
PAS dikatakan akan mendapat 75 % sokongan pengundi bukan Melayu yang berjumlah 4,332 undi. Dengan andaian peratusan keluar mengundi adalah 75 % maka PAS akan mendapat
1) 75 % X 75 % X 4332 = 2436 undi bukan Melayu.
2) 40 % X 75 % X 4728 = 1418 undi Melayu (Selain dari undi pos)
3) 1,100 undi pos.
Jumlah semua PAS = 4954 undi.
Jumlah keseluruhan keluar = 75 % X 13664 = 10248 undi.
Jumlah BN = 10248 - 4954 undi = 5,294 undi.
Jadi BN menang dengan majoriti = 340 undi.
Ini adalah keadaan sekarang. PAS perlu meningkatkan gerakerja mendekati pengundi melayu untuk mendapat 5 % pengundi lagi, memastikan tiada penipuan undi pos serta meningkatkan sokongan pengundi bukan Melayu kepada 80 %.

BACAAN YASIN UNTUK AZEEZ YANG NAZAK

Malam tadi TV3 menyiarkan gambar Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim yang kelihatan begitu teruk dan bermaya. Macam nazak nampaknya.

Jadi saya cadangkan semua surau di Bagan Pinang membacakan Yasin untuk Azeez supaya lekas sembuh dari nazak. Oleh kerana keadaannya yang begitu teruk maka diharapkan semua rakyat menziarahi beliau di Hospital dan sedekahkan bacaan Yasin.


Sabtu lalu Azeez mendakwa beliau dipukul oleh penyokong Pas semasa penamaan calon semalam dengan menunjukkan 'merah-merah' di leher dan badannya. Namun ketika itu Azeez kelihatan gagah dan tidak seperti orang sakit.

Rakyat Malaysia langsung tidak percaya kerana walaupun 'dibelasah' oleh lapan lelaki seperti didakwa beliau masih kelihatan sihat waalafiat seperti yang dirakamkan oleh media dalam sidang akhbarnya semalam.

Lihatlah gambar beliau diatas itu terlantar di katil hospital dengan muka yang penuh tanda-tanda kesakitan. Tidak mustahil selepas ini beliau akan dipindahkan ke ICU. Kalau bukan ICU pun mungkin beliau akan dipindahkan ke Wad Pesakit Mental.

MASYARAKAT INDIA BAGAN PINANG TIDAK TERMAKAN PUJUKAN BN

Rata-rata pengundi berbangsa India di DUN Bagan Pinang tidak termakan dengan janji-janji BN, MIC, PPP, Makkal Sakhti dan T Murugiah.
Salah seorang pengundi Ladang Atherton yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu bahawa 80 % pengundi India Bagan Pinang akan mengundi calon PAS, Zulkefly Mohd Omar kerana sudah hilang terus keyakinan kepada BN bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Kami masih sokong PR macam tahun lepas punya pilihanraya, jangan bimbang mungkin ada yang gantung poster BN tapi itu cari duit sahaja undi tetap PAS, jangan takut".
"Sini punya orang sudah banyak marah sama BN, cakap ada, janji ada, buat tak ada" kata beliau yang sudah tinggal di ladang tersebut puluhan tahun.
Rakan beliau, seorang anak muda, kelihatan sibuk memasang bendera PAS. Apabila didekati beliau berkata pemuda-pemuda India juga akan tetap menyokong PAS kali ini.
Dari pemerhatian petugas PAS, pengundi-pengundi di ladang tersebut masih komited bersama Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi selepas isu kepala lembu, kuil di Selangor, isu Kampung Buah Pala, politik dalam MIC dan lain-lain.

UNDI POS : HATI-HATI JIKA INGIN MENIPU

Beberapa kenyataan dari pemimpin PAS perlu diamati dan diteliti oleh SPR, BN dan rakan-rakan yang sewaktunya dengan jika ingin menipu dan membuat penyelewengan. Antara nasihat dan peringatan yang dikemukakan oleh pemimpin PAS ialah :-
1) Ingat Allah melihat setiap apa yang kamu kerjakan. Jika di dunia ianya tidak di balas sudah tentu balasan akan menanti penipu dan penyeleweng di akhirat nanti
2) Jangan cuba manipulasi undi pos dengan memangkah kertas undi bagi pengundi pos yang tidak hadir kerana PAS mempunyai cara dan kaedah untuk mengesannya.
3) Kira-kira 1,000 lebih pengundi pos sudah tidak tinggal di kem-kem sekitar Bagan Pinang kerana kebanyakan mereka sudah pencen, berpindah dan sebagainya. Anggota yang pencen sudah tidak layak untuk menjadi pengundi pos.
4) Terlalu banyak dakwaan dan cerita-cerita tentang penyelewengan undi pos yang dilakukan oleh SPR, Pegawai Tentera dan pihak berwajib.
Jadi peringatan dan amaran di atas wajar di teliti dan difahami oleh SPR dan pihak berwajib lain agar pilihanraya kecil berjalan mengikut undang-undang, telus, adil, jujur dan saksama.

UNDI POS : KEPUTUSAN PRK PARLIMEN TELUK KEMANG BAKAL BERULANG?

Parti lawan BN pernah menang undi pos iaitu pada pilihanraya kecil Parlimen Teluk Kemang melalui calon Parti KeADILan Nasional, Roslan Kassim beberapa tahun lepas. Kalau tidak silap saya, inilah sejarah kemenangan parti lawan BN untuk undi pos. Pada pilihanraya lain dari 1955 hinggalah 2008 dan semua pilihanraya kecil BN menang dengan penuh bergaya.
Entah apa silapnya sehingga di Teluk Kemang Roslan Kassim boleh menang. Mungkin BN 'over confident' agaknya sehingga terlepas pandang. Mungkin kerana mereka yakin calonnya ketika itu Sothinathan boleh menang besar jadi tidak perlulah mereka usik undi pos tersebut.
Namun pada kali ini ramai pihak yakin jika SPR dan Kementerian Pertahanan menjalankan urusan pengundian pos dengan telus, adil, jujur dan professional tidak mustahil PAS akan menang. Ini kerana pada pilihanraya umum 2008 PAS mendapat undi yang agak tinggi iaitu 1189 undi dan BN memperolehi 3080 undi dari undi pos yang dikembalikan. Maknanya PAS mendapat lebih dari 27 % undi pos.

Keadaan inilah yang sebenarnya merunsingkan BN kerana jika PAS dapat mengekalkan undi sebanyak 1189 ini tidak mustahil PAS akan merampas kerusi DUN Bagan Pinang ini.
Ini kerana PR masih berkeyakinan bahawa 70-80% pengundi India dan Tionghua masih mengekalkan sokongan kepada PAS dan PR. Jika kedudukan ini kekal maka BN sudah pasti akan menghadapi masalah.
Itulah sebabnya BN akan memastikan sekurang-kurangnya 90 % undi pos memihak kepada mereka. BN akan menggunakan apa juga cara untuk mendapatkan jumlah 90 % tersebut, samada dengan cara HALAL atau HARAM.

ISA MENANG, KERAJAAN MAT HASSAN TAK STABIL

Ramai pemerhati politik meramalkan jika calon perasuah, Isa Samad menang di Bagan Pinang kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Mat Hassan menjadi tidak stabil. Ini kerana Isa yang masih mempunyai pengaruh di kalangan pimpinan Umno di peringkat cawangan dan Bahagian sudah tentu akan cuba untuk menggugat Mat Hassan ayng terkenal dengan kerajaan adik beradik.
Sekarang inipun Mat Hassan sebenarnya berhadapan dengan masalah dalaman yang parah dengan penentangan terbuka Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail dan juga isu rasuah 5 orang ADUNnya. Jika Isa menang sudah tentu keadaan menjadi lebih rumit dan mencabar bagi Mat Hassan.
Tidak mustahil selepas ini penyokong Isa akan mendesak Mat Hassan supaya berundur dari jawatannya Menteri Besarnya lebih-lebih prestasi Mat Hassan yang merudum teruk selepas BN Negeri Sembilan gagal mempertahankan majoriti 2/3 pada Pilihanraya Umum lalu. Malah kini BN hanya mempunyai majoriti 4 kerusi DUN sahaja selepas kematian ADUN Bagan Pinang.

Andaikata BN tewas di Bagan Pinang majoriti BN menjadi 3 kerusi sahaja ini menjadikan Kerajaan BN adalah kerajaan yang goyah dan bila-bila masa boleh tumbang.
Isa seorang pemimpin berpengalaman sudah tentu akan menggunakan segala taktik dan strategi untuk menaiki heirarki politik Umno lebih-lebih lagi akar umbi Umno dikatakan lebih senang dengan cara Isa berbanding Mat Hassan.
Mat Hassan benar-benar tersepit sekarang kerana jika Isa menang kedudukannya sebagai Menteri Besar tergugat dan jika Isa kalah kedudukan BN sebagai kerajaan negeri pula goyah. Mat Hassan semakin pening ditelan mati mak diluah mati bapak. Kemam je lah nampaknya ............
Sementara itu Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin juga berpendapat bahawa jika Tan Sri Isa Samad menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, ia boleh menjejaskan kestabilitan di Negeri Sembilan kerana beliau akan menjadi ancaman kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi.

AZEEZ 'DIPUKUL' NYAMUK BUKAN MANUSIA

Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahman sebenarnya bukan dipukul manusia tetapi beliau dipukul nyamuk. Sebab itu tiada kesan bengkak, berdarah atau kotornya selepas dipukul. Siapa tidak kenal Azeez, semua orang kenal macam-macam cerita yang ditimbulkan beliau.
Jadi tidak usahlah Azeez hendak berbohong. Kalau kena pukul sila laporkan pada Polis biar orang yang didakwa memukulnya ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Semalam Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sumber : Malaysiakini

BAGAN PINANG : MAT HASSAN MESTI JAWAB 5 ISU

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan mesti menjawab 5 isu dibawah ini jika benar-benar beliau telus. Jika beliau gagal menjawabnya maka rakyat Bagan Pinang wajib menghukum BN pada 11 Oktober ini.

Antara isunya ialah :-

1) Tuduhan bahawa kerajaan Negeri Sembilan adalah kerajaan adik-beradik Mat Hassan kerana didakwa adik beradiknya mempunyai pengaruh besar dalam menentukan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mat Hassan. Selain itu ada pihak juga mendakwa bahawa syarikat Bumi Highway dan Selia Selenggara banyak mendapat projek di Negeri Sembilan kerana kedua-dua syarikat tersebut mempunyai kaitan dengan keluarga Mat Hassan

2) Isu pengswastaan air di mana Mat Hassan menjanjikan keuntungan air diberikan kepada rakyat. Beliau juga mesti menjelaskan konsesi pengswastaan dan jadual kenaikan kadar tariff air yang dijanjikan kepada syarikat pengendali air dan siapa pemilik sebenar syarikat tersebut.

3) Mat Hassan mesti menjawab dakwaan bahawa beliau campurtangan siasatan SPRM terhadap 5 ADUN BN yang dituduh rasuah. Dengan campurtangan itu pihak terbabit mendakwa kerajaan BN Negeri Sembilan berjaya diselamatkan dari jatuh ke tangan PR. Kerajaan BN Negeri Sembilan hanya mempunyai majoriti 5 kerusi sahaja. Terdapat bukti yang kukuh bahawa 5 ADUN tersebut terbabit dengan rasuah.

4) Mat Hassan sehingga kini gagal menunaikan janji Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu di mana antara janji beliau ialah membina Hospital Daerah Rembau, pembinaan Masjid Pedas, Tuisyen percuma kepada penduduk setempat dan projek lapangan terbang ringan Rembau.

5) Pembaziran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melampau dengan membazirkan wang rakyat sedangkan anak-anak syarikat kerajaan negeri banyak yang tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Sumber : Suara Keadilan. Surat Terbuka Cikgu Bard yang diserahkan kepada Mohamad Hassan pada 16 September 2009 lalu.

DIPENJARA KERANA LAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH : TERBELAKAH WANITA?

Sabtu lalu saya berkesempatan bersembang dengan seorang Pegawai Penjara dalam program rumah terbuka seorang sahabat. Dalam kesempatan bersembang secara santai beliau menceritakan bagaimana seorang wanita muda dihukum penjara atas kesalahan melahirkan anak luar nikah.

Menurut beliau, wanita tersebut benar-benar teraniaya kerana beliau melahirkan anak luar nikah akibat dirogol oleh 6 orang lelaki. Saya bertanya mengapa wanita terbabit tidak membuat laporan Polis terhadap kejadian rogol tersebut. Pegawai tersebut memberitahu bahawa laporan telah dibuat tetapi perogol terbabit sehingga kini masih belum dihukum sedangkan mangsa rogol (wanita) terbabit pula yang menerima hukuman Mahkamah Syariah.

Persoalannya mengapa mangsa rogol itu dihukum sedangkan beliau dirogol bukannya berzina suka sama suka. Bukankah secara logiknya Mahkamah Syariah perlu menyiasat dengan lebih terperinci mengapa wanita terbabit mengandungkan anak yang tidak mempunyai bapa yang sah.
Harap sesiapa yang membaca posting ini yang arif tentang undang-undang syariah Malaysia dapat menjelaskan isu ini.

BAGAN PINANG : BILANGAN PENYOKONG KECIL, BN HADAPI KRISIS KEYAKINAN

Sebagaimana biasa Pakatan Rakyat sentiasa mendahului Barisan Nasional dari segi jumlah kehadiran penyokong pada hari penamaan calon.

Dari pemerhatian saya, sejumlah 25,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri jalan dihadapan Majlis Perbandaran Port Dickson manakala hanya kira-kira 8,000 penyokong BN yang sanggup datang itupun dengan dibayar sejumlah wang.

Sebahagian besar penyokong BN adalah remaja yang kemungkinan masih bersekolah. Manakala hampir separuh dari penyokong BN adalah remaja India yang terdiri dari ‘tentera’ upahan Samy Vellu, Kayveas, T Murugiah, parti Makkal Sakhti dan lain-lain.

Tidak syak lagi BN menghadapi tamparan hebat dengan kurangnya penyokong yang datang terutama dari Umno dan MCA serta Gerakan.

Jelas sekali BN sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat yang hebat. Andaikata BN menang di Bagan Pinang ini saya yakin kemenangannya adalah dari sumbangan undi pos.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter