.

.

20 March 2010

MALAYSIA TIDAK SELAMAT LAGI

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata Malaysia sudah tidak selamat lagi berdasarkan statistik terkini indek jenayah dalam negara kita.

Menurutnya kadar kes rogol ialah 7 kes setiap hari, kes bunuh 1.5 orang dibunuh sehari, 41 kes rompakan sehari dan 6 biji motosikal hilang selama sehari.

"Jangankan nenek yang berumur 70 tahun tidak selamat, moyang yang berumur 92 tahun pun di rogol di negara kita, semua orang tidak selamat".

"Rakyat yang kena bunuh pula 2 orang sehari, 1.5 tu kira 2 orang lah mana ada 1 setengah pula" kata Badrul yang lebih dikenali dengan Cikgu Bard.

Dalam program itu juga Cikgu Bard mempromosikan sebuah buku yang cukup sensitif berkenaan dengan isu Altantuya di mana ianya dijual beserta dengan 2 keping CD dengan harga RM15.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kg Pengkalan Alor Gajah.
FAKTA RINGKAS
Rogol - 7 kes sehari
Bunuh - 1.5 kes sehari
Rompak - 41 kes sehari
Motosikal hilang - 6 biji sehari.

NEGARA MAJU DAN MAKMUR TANPA RASUAH

AJK PAS Pusat Haji Mohamad Sabu berkata Malaysia akan bertambah maju dan makmur jika rasuah dapat dihapuskan.

Beliau berkata Malaysia mengalami ketirisan duit sebanyak RM28 bilion akibat rasuah yang diamalkan 0leh pentadbiran negara sekarang.

"Mana tidaknya ada komputer berharga RM5,000 dibeli dengan harga RM40,000 sebuah, skrew driver yang berharga RM8 ringgit dibeli dengan harga RM400 sebatang".

"Rasuah menjahanamkan wang negara dan rakyat yang akhirnya negara terpaksa berbelanja berlipat kali ganda disebabkan rasuah dan penyalagunaan kuasa" kata Mohammad.

Lihat sahaja bagaimana negara China berkembang maju apabila rasuah dibenteras dan dibasmi. Tidak mustahil China akan menjadi negara paling berkuasa di dunia 20 tahun akan datang.

Mohammad berkata indeks rasuah Malaysia merudum sehingga ke kedudukan 50 selepas setahun Najib memerintah.

"Kita sudah setaraf dengan negara-negara Afrika dan ini amat memalukan" tambah Mohammad yang juga bekas Ahli Parlimen selama 3 penggal.

Mohammad berkata demikian pada ceramah umum beliau Kg Pengkalan, Alor Gajah Melaka.

ADA ILMU TETAPI SEMBUNYIKAN KEBENARAN

Memang ramai orang yang cerdik pandai bertaraf ulama', professor dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang berani bercakap benar dan berani menegakkan kebenaran.
Terutama di akhir zaman ini ramai yang mementing 'fulus', kedudukan dan pangkat sehingga sanggup menutup mulut dan berdiam diri walaupun kemungkaran berlaku dihadapan mata.
Mereka inilah sebenarnya orang yang menyesatkan orang ramai kerana mereka dijadikan alasan mengapa orang jahil tidak mahu menerima kebenaran.
Orang jahil akan menjawab Ulama' dan ustaz itu pun menyokong parti atau kumpulan tertentu engkau apa tahu. Itulah jawapan yang kita terima bila kita cuba berhujah dengan mereka.
Sebab itulah Allah amat murka kepada orang yang berilmu tetapi kita bercakap benar dan menutup kebenaran kerana kepentingan diri.

SERANGAN KEPADA ANWAR DAN PR TUTUP PEKUNG BN

Serangan bertali arus media terhadap Anwar dan PR sebenarnya adalah untuk menutup pekung BN khasnya MCA yang sedang menghadapi situasi kronik sekarang. Inilah taktik dan strategi mereka untuk mengabui mata rakyat.
Saya yakin serangan ini tidak meninggalkan bekas kepada Anwar dan PR kerana rakyat sudah kenal siapa sebenarnya Zahrain dan rakan-rakan lompatnya.
Utusan Meloya boleh sahaja memfitnah sesiapa sahaja tetapi mereka jangan lupa bahawa rakyat sudah cerdik untuk menilai yang hak dan batil.

19 March 2010

SPEAKER HARAM SAMAN SPEAKER SAH ATAU SEBALIKNYA

Tidak tahu mana satu yang sah mana satu yang haram. Caca marba, huru hara, fening lalat kita semua dengan situasi yang berlaku di Perak. Semuanya angkara rompakan kuasa yang dilakukan oleh BN yang dikepalai oleh kepala 'penyamun tarbus'.

Kini semuanya caca marba. Masing-masing mengaku dirinya pemegang jawatan yang sah.

Hari ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dari BN R.Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh V. Sivakumar kerana didakwanya menyamar sebagai Speaker.

Ganesan berkata tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini adalah satu bentuk jenayah penyamaran.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh tengah hari ini, beliau berkata Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan.

"Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September 2009 kemudiannya memutuskan bahawa pelucutan jawatan Sivakumar sebagai Yang DiPertua Dewan Negeri adalah sah dan mengesahkan pelantikan saya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Negeri Perak baru,” katanya.

Beliau berkata tindakan Sivakumar menyamar sebagai Speakar itu juga berupa satu tindakan menghina mahkamah.

Semalam, YB V.Sivakumar mengaku bahawa beliau masih Speaker yang sah dan akan menghalang Menteri Besar 'mahkamah' Zambry Kadir dari menghadiri sidang DUN.

Inilah akibatnya apabila BN yang tamakkan kuasa melakukan apa sahaja untuk merompak kuasa. Akhirnya Sidang DUN jadi caca marba dan melucukan.

MALAYSIA SEMAKIN BUSUK DI MATA DUNIA, SALAH SIAPA?

Nama Malaysia semakin busuk di mata dunia. Kalau sebelum ini ahli-ahli Parlimen Australia dan beberapa pimpinan negara mengkritik Malaysia berkaitan dengan pendakwaan kepada Anwar kini Parlimen United Kingdom pula melakukan lebih dari itu.

Dewan Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul beliau Corbyn berkata Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat.

"Oleh itu kami amat risau berhubung caj dan pertuduhan yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim dan ingin nyatakan bahawa perbicaraan beliau melanggari piawaian antarabangsa berkaitan konsep keadilan dan mendaulatkan undang-undang.

"Kami menyedari perbicaraan yang dihadapi beliau sekarang adalah hampir sama dengan perbicaraan pada 1998 di mana tindakan badan kehakiman di kutuk dan dikritik oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa," kata Corbyn.

Beliau juga berkata usul yang di bawanya adalah susulan kepada usaha berterusan komuniti global berhubung kes fitnah terhadap Anwar seperti mana yang telah dilakukan oleh pertubuhan antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch serta tokoh-tokoh terkemuka Komanwel termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, Michael Danby dan 59 Ahli Parlimen Australia
. Dipetik dari greenboc
Ulasan saya : Siapa yang hendak dipersalahkan dalam hal ini. Bagi saya mudah sahaja untuk membersihkan segala daki, kotoran dan najis ini gugurkan pendakwaan terhadap Anwar serta merta. Dengan bukti dan hujah peguam Anwar semasa perbicaraan baru-baru ini saya kira kes itu boleh digugurkan.

ANWAR 'ABAI" SEORANG RAKYAT, BN ABAI SEMUA RAKYAT

Utusan Meloya terus memainkan peranannya meracuni fikiran rakyat dengan pendedahan demi pendedahan terhadap kepimpinan PR. Satu demi satu isu berkaitan PR ditelanjanginya. Kekadang sampai naik mual dan loya kita membacanya. Utusan melayan rakyat Malaysia bagaikan budak hingusan yang baru merangkak-rangkak belajar membaca.
Utusan sebenarnya masih belum sedar bahawa zaman ini adalah zaman IT, zaman dunia tanpa sempadan dan langit terbuka. Utusan masih bermimpi seolah-olah kita masih berada dalam tahun 50-an dan 60-an lagi.
Hari ini Utusan mendedahkan seorang OKU di kawasan Permatang Pauh kesal dengan kerajaan PR Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh (Anwar lah tu) yang menurutnya langsung tidak membela golongan OKU sepertinya. Baik sungguh Utusan Meloya ini sanggup membantu kerajaan negeri dan Anwar mengenalpasti OKU di kawasan tersebut. Lain kali dedahkan semua perkara sebegini supaya tidak perlulah jentera JKKK dan parti mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuam. Serahkan sahaja kepada Utusan untuk membuat kajian dan mengenalpasti golongan seperti ini. Selepas kerajaan negeri dan Anwar bolehlah membantu mereka ini selepas Utusan melaporkannya di dada akhbar yang tidak bermaruah ini.
Saya ingin menarik perhatian Utusan dan rakyat Malaysia bahawa BN bukan sahaja tidak memberikan perhatian kepada seorang OKU tetapi mereka membiarkan seluruh rakyat Malaysia tertindas dan dizalimi. Buktikan apa kerajaan buat berkenaan perkara di bawah :-
1) Harga barangan yang sentiasa naik tidak turun-turun
2) Kos pendidikan yang semakin naik
3) Kos perubatan yang tinggi khasnya di Hospital Swasta. Hendak pergi ke Hospital Kerajaan semua amat susah untuk jumpa pakar
4) GST yang mungkin diperkenalkan tahun depan
5) Tarif elektrik yang mungkin naik lagi
6) Bilangan orang miskin yang masih ramai (Sepatutnya Paras Garis Kemiskinan ialah RM1500 bukan RM750)
7) Kes jenayah yang semakin menakutkan
8) Maksiat berleluasa
Dan banyak lagi........

MELAKA SEMUA ADA, MAU APA LAGI CAKAP LE?

Negeri Melaka ini semua ada. Cakap sahaja.....
Mau Eye On - Ada. cuma tak berpusing sahaja. Boleh tengok jangan naik. Sudah kena sita
Mau Kincir Air - Ada. tapi tak boleh pusing. Rehat sekejap kot
Tempat pelacuran - berlambak. Sebab kerajaan negeri biarkan sahaja tiada tindakan drastik untuk tutup
Kelab Malam, Dangdut, Disko - Bagai cendawan lepas hujan
Arak - Semua pekan ada. Ada 7 Eleven ada lah arak
Judi - Magnum, Toto, Damacai dan lain-lain. Semua Pekan Kecil ada
Kaki Rasuah - Ada. Kepala segala perasuah pun ada di sini
Kaki Pembazir - Di sinilah lubuk para pembazir. Macam-macam dibuat tetapi banyak yang rugi

Nanti Sambung lagi .........................

JUAL GAJET SEKS : MELAKA PUN ADA OOO!

"Selama ini saya menjangkakan hanya di Kuala Lumpur sahaja ada di jual gajet seks. Rupa-rupanya di Melaka pun ada." kata Amid seorang penduduk Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil.

Beliau berkata demikian apabila ditunjukkan laporan sebuah akhbar harian tentang isu tersebut.

Akhbar itu hari ini melaporkan bahawa tindakan sebuah premis menjual peralatan seks secara terbuka membawa padah apabila diserbu dalam operasi sepasukan anggota polis di sebuah pusat membeli belah di Bandar Hilir, kelmarin.

Serbuan dilakukan jam 2.30 petang berkenaan selepas menerima maklumat awam berjaya merampas sejumlah 26 unit peralatan seks termasuk alat kelamin lelaki bergetar dan rantai kunci berbentuk kemaluan.

Difahamkan, premis terbabit turut menyalahgunakan lesen perniagaan ubat-ubatan untuk menjual gajet seks berkenaan sejak beberapa tahun lalu, dan pernah diserbu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata dalam serbuan berkenaan pihaknya merampas pelbagai peralatan seks yang dipamerkan di premis terbabit selain menahan seorang jurujual wanita berusia 21 tahun untuk membantu siasatan.

"Kesemua peralatan yang dirampas terbabit dianggarkan bernilai RM4,000 dan dibawa masuk dari negara luar untuk dijual di negeri ini," katanya di Bandaraya Melaka, semalam.

Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

ORANG ASLI LEBIH CELIK POLITIK DARI JKKK UMNO

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mewakili Parti Islam Semalaysia mengucapkan tahniah kepada orang asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya pada 18 Mac 2010 kerana menuntut hak mereka yang dicabul.

"Penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai dua ribu orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak. "

"Nampaknya orang asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN. Walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini berkata:

"Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan." tambah Ustaz Idris.

Beliau berkata kejayaan orang asli yang mengumpulkan hampir 2 ribu orang ke Putrajaya merupakan satu perkembangan yang baik. Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti orang asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalanraya.

Menurutnya selama ini orang asli hanya menjadi pemerhati dari jauh dan dilihat oleh pemimpin BN sentiasa menyokong tindakan kerajaan. Hari ini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insyaAllah.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri. Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

REKOD DUNIA : MENTERI BESAR DIHALANG HADIRI SIDANG DUN

Menteri Besar 'mahkamah', Zambry Abdul Kadir mencipta satu lagi rekod dunia apabila menjadi Ketua Kerajaan pertama di halang dari menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dikepalai oleh beliau sendiri.

Speaker DUN Perak yang sah, YB V Sivakumar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Zambry akan dihalang dari menghadiri Sidang DUN Perak akan datang seperti yang diputuskan sebelum ini.

Sivakumar dalam kenyataannya semalam menyatakan bahawa Zambry mungkin menjadi Menteri Besar yang sah di sisi Mahkamah tetapi itu tidak bermakna Ganesan Speaker haram BN automatik menjadi Speaker yang sah.

ADUN Tronoh itu yakin bahawa beliau masih menjadi Speaker yang sah kerana perlantikan Ganesan pada Sidang DUN lalu adalah tidak sah dan tidak mengikut peraturan.
Persidangan DUN Perak akan datang dijangka akan tegang sekali lagi sebagaimana persidangan sebelum ini yang menyaksikan 2 DUN berlangsung di tempat berasingan.

ZAHRAIN JADI PELURU BERPANDU BARU

Seperti yang kita sedia maklum setiap kali pemimpin atau ahli PR melompat menyertai BN atau keluar parti sudah tentu 'mamat' atau 'minah' itu akan digunakan sebagai peluru berpandu untuk menghentam PR. Macam-macam cerita dikeluarkan oleh kaki lompat tersebut untuk memburuk-burukkan PR. Itu memang kerja mereka.
Lihat sahaja apa dilakukan oleh Ezam, Zahid Mat Arip, Lokman Nor Adam, Ruslam Kassim dan lain-lain. Mereka digunakan sepuas-puasnya untuk menghentam PKR sewaktu mereka keluar parti. Kini mereka senyap sepi tidak diperlukan lagi bagaikan habis madu sepah dibuang.
Inilah yang berlaku kepada Zahrain, Zulkifli Nordin dan lain-lain yang sekarang ini seolah-olah menjadi ayam tambatan Umno/BN. Macam-macam cerita mereka lemparkan kepada PR. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan mereka ini sebagai tentera upahan. Memang layak gelaran itu untuk mereka.
Saya yakin rakyat sebenarnya sudah faham dan muak dengan tindakan Umno/BN ini. Apa yang dilaporkan oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan itu sudah tentu hanya tinggal tulisan sahaja kerana rakyat sudah faham dan mengerti bahawa semuanya omongan kosong. Hanya golongan tertentu sahaja yang percaya sepenuhnya. Majoriti rakyat sudah tidak mempercayainya lagi. Para pembeli nombor ekor pun hanya percaya keputusan nombor ekor sahaja berita-berita lain mereka sudah tidak percaya.

18 March 2010

MUKA TAK MALU, KOKOK BERDEGAR-DEGAR EKOR BERGELUMANG TAHI

Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.
Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis,
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.
Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.
"Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan."Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'."Ini karektor dia (Zahrain).
Yang menariknya Bayan Baru menulis kepada pemimpin yang dia sendiri label sebagai komunis dan cauvinis semata-mata untuk meminta gelaran," katanya.
Sumber : TV Selangor

SENARAI AHLI PARLIMEN BN YANG LOMPAT PARTI?

Ahli Parlimen 'lompat' Zahrain Hashim hari ini mendedahkan nama-nama berikut sebagai antara ahli-ahli parlimen BN yang didakwa melompat parti dari BN kepada PR menjelang 16 September 2009.

Mereka ini terdiri dari Ahli-ahli Parlimen yang dilihat tidak berpuashati dengan kabinet yang ditubuhkan Najib. 5 dari 8 Ahli Parlimen ini datang dari Sabah.
Mereka ialah :-

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan),
Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis),
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan),
Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau),
Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).
Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat),
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut),
Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang),

Zahrain berkata demikian ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

USAHA TUTUP MULUT ANWAR DI PARLIMEN

Jemaah menteri akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.

Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada ‘One Israel’

Mungkin antara usaha untuk menutup mulut Anwar di Parlimen. Sebagaimana yang kita sedia maklum Anwar sememangnya terkenal dengan kelantangan beliau mendedahkan fakta dan statistik serta bukti yang nyata terhadap segala pendedahannya. Mungkin oleh kerana itulah BN cuba untuk menutup mulut Anwar melalui hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan parlimen ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata: “Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan kabinet berhubung dakwaan itu kerana kami berpendapat ia adalah keterlaluan.

"Jawatankuasa khas itu kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan perlu diambil ke atas ketua pembangkang kerana meluahkan kenyataan palsu di dalam Dewan, khusus berhubung perkara yang tidak benar mengenai perdana menteri,” katanya.
Ditanya mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas Anwar jika beliau didapati bersalah, Nazri berkata beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi.

Sumber : Malaysiakini

TOLAK PENDAFTARAN AUTOMATIK KERANA TAKUT

Bagi saya keputusan Kerajaan menolak kaedah pendaftaran pemilih secara automatik adalah kerana kerajaan takut kalah pada pilihanraya akan datang kerana mereka tahu golongan muda adalah cenderung menyokong PR.
Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan telah menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, nazri Aziz, keputusan itu dicapai kerana rakayt tidak seharusnya dipaksa untuk keluar mengundi.

Katanya, kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan 'freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision'. Kita anggap jika mereka tak mahu daftar, itu salah satu pilihan mereka untuk tidak mahu ambil bahagian," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Fong Po Kuan.
Ini bukan soal paksaan, tetapi ini adalah soal kewajipan rakyat menunaikan hak menjadi pemilih bagi menentukan kerajaan yang akan dibentuk melalui Pilihanraya. Saya tidak faham bagaimana kerajaan boleh memberikan alasan emeh sebegini. SPR setiap kali mengeluarkan kenyataan kesal kerana rakyat tidak mendaftar tetapi sebaliknya tidak mahu berusaha untuk memastikan semua rakyat yang layak mendaftar melalui sistem pendaftaran automatik ini. Terbukti kerajaan dan SPR bersekongkol tidak mahu semua rakyat menjadi pemilih.

RM64 JUTA HANGUS UNTUK CETUSKAN PERKAUMAN SEMPIT

RM64 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2010 untuk Biro Tata Negara (BTN) akan hangus begitu sahaja semata-mata untuk tujuannya tidak lain adalah untuk membakar semangat perkauman.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad yang bangun mencelah ucapan YBLim Kit Siang di Parlimen hari ini sambil memberikan fakta tersebut yang menurutnya wang tersebut tidak lain hanya digunakan untuk menaikkan semangat perkauman Melayu sempit tajaan Umno.
YB Lim dalam jawapan kepada celahan Dr Dzul itu berkata beliau sangat bersetuju dengan kenyataan YB Dr Dzul tentang sikap Umno/BN yang menjiwai slogan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama membazirkan RM64juta wang rakyat untuk mengapi-apikan semangat Melayu sempit melalui Program BTN.

ARAK DIHIDANG DALAM JAMUAN PEMIMPIN UMNO?

Seorang Menteri kanan dari Umno dikatakan tidak senang dengan kenyataan Ahli Parlimen Machnag, Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke amerika syarikat,
seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.

Saya harap rakyat dapat menilai kenyataan YB Saifuddin ini supaya mereka tidak terpedaya dengan lakonan pemimpin Umno.
Sila tanya dan selidiki kenyataan YB Saifuddin, benar atau tidak. Bagi saya kenyataan YB Saifuddin ini adalah kenyataan yang bertanggungjawab!!!!

Kenyataan YB Saifuddin saya petik dari Malaysiakini. Gambar di atas adalah hiasan sahaja tidak ada kena mengena dengan posting ini.


KETUA PEMUDA UMNO PENGECUT - KIT SIANG

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini takut untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Ipoh Timor, YB Lim Kit Siang.
Semasa membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada parlimen hari ini, YB Lim bertanya kepada Khairy yang bangun mencelah. Soalan YB Lim ialah bersediakan semua Menteri termasuk PM dan TPM serta ahli-ahli Parlimen BN menegakkan ketuanan rakyat bukannya ketuanan Melayu.
Khairy dilihat cuba berdalih dan tidak berani untuk menjawab soalan tersebut samada bersetuju atau tidak bersetuju. Pertikaman lidah antara Lim dan Khairy berlanjutan beberapa minit. Ahli-ahli Parlimen lain turut masuk campur termasuk Ahli Parlimen Kapit, Padang Besar dan lain-lain.
YB Lim berkali-kali bertanya tetapi tidak ada jawapan diberi.
Selepas itu, sekali lagi dewan gamat apabila Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof mempersoalkan siapa yang meminda perlembagaan menyebabkan perlembagaan menjadi caca marba dan menjejaskan hak rakyat dan Raja-Raja Melayu.

MASA BERLALU PANTAS, PR MESTI MUHASABAH DIRI

Masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik kita sudahpun melewati masa 2 tahun selepas PRU 12 yang menyaksikan Tsunami politik di negara kita.
Persoalannya sekarang setelah kita memerintah 4 buah negeri dalam masa 2 tahun ini kecuali Kelantan ( 20 tahun), adakah kita berjaya mentadbirnya dengan baik dan yang lebih penting berjaya memenangi hati raykat. Dengan kata lain adakah rakyat menerima kita dan adakah mereka sedar dan insaf bahawa kita adalah lebih baik dari BN.
Jika kita telah melakukan pelbagai program yang baik tetapi rakyat terbanyak tidak sedar dan tidak faham maka kita takut segala program yang kita lakukan itu tidak memberi kesan kepada mereka. Malah rakyat merasakan kita tidak melakukan apa-apapun. Inilah dibimbangi oleh para pendokong PR.
Dari itu adalah diharapkan perkara ini dapat dikaji dengan lebih mendalam dan tepat.

AWASI WABAK DENGGI

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905Saya mengharapkan kita semua berjaga-jaga dengan wabak denggi yang merebak sekarang ini. Minggu lalu 4 orang lagi meninggal dunia akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac, walaupun jumlah kes menurun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu.

Tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan jumlah 38 yang maut setakat tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Dr. Mohd. Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu ”sindrom kejutan denggi”.

Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di ”kawasan panas”.

"Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

eliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama daripada orang ramai.

Beliau juga berkata, mereka yang mengalami gejala demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan dan para pengamal perubatan yang mengendalikan kes juga diminta segera melaporkan kes-kes denggi yang disyaki supaya tindakan segera boleh diambil.

Sumber : Bernama

DAPAT 'PELINCIR' MARUAH TERGADAI

Ramai pemerhati politik berpendapat, peristiwa melompat parti di kalangan Ahli Parlimen dan ADUN yang berlaku baru-baru ini berkemungkinan di sebabkan mereka mendapat 'pelincir' atau upah.
Ini tidak mustahil kerana jika diperiksa latarbelakang mereka yang terlibat, sememangnya mereka bukanlah pejuang tulen yang tahan uji dan pernah diuji. Ada antara mereka memang mempunyai masalah dalam pelbagai segi.
Jadi bila ada sahaja 'pelincir' yang kemungkian ditawarkan kepada mereka apa lagi bagaikan orang mengantuk disorong bantal, sauk sahaja tanpa memikirkan impaknya.
Tidak hairan mereka ini boleh bertukar lagak dan karekter dalam masa yang singkat. Semalam bukan kuat menghentam Umno/BN hari ini menjadi penyokong hangit Umno/BN kadang-kadang mereka lebih Umno dari orang Umno.
Pelincir ini mungkin berupa wang, projek, pangkat dan sebagainya.
Itulah masalahnya bila maruah dan harga diri diletakkan setaraf dengan nafsu sendiri.

ZAHRAIN HEBAT, SAH JADI KUDA KAYU UMNO

Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim memang hebat. Kalau sebelum ini beliau jarang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen namun semalam selepas sahaja menjatuhkan maruahnya iaitu melompat parti, beliau bagaikan singa lapar bercakap dengan semangat menghentam Anwar dan PR dalam ucapannya membahaskan Titah ucapan Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong.
Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada Anwar dan PR namun Zahrain tidak memberi peluang kepada Ahli Parlimen PR menjawab dan mencelah. Cuma Gobalakrishnan sahaja yang diberi peluang itupun selepas Ahli Parlimen Padang Serai menjerit dan mengherdik beliau beberapa kali.
Komen Anwar terhadap kenyataan Zahrain :
Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap “cerita” Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata. “Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).
“Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.
“Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka,” tegas Anwar.
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN. “Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti.
”Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN). “Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti,” komen beliau.

Komen Anwar saya petik dari Tranungkite (Tulisan Wfauzdin)

17 March 2010

MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

Sebelum ini jarang sekali pemimpin tertinggi kita memuji diri sendiri atau seumpama masuk bakul angkat sendiri. Tetapi perkara itu sering berlaku sekarang. Mungkin kerana terdesak atau memang tiada orang yang hendak memujinya maka terpaksa puji diri sendiri.
Budaya puji diri sendiri memang tidak baik. Malah budaya memaksa orang lain memuji kita pun tidak baik. Jika kita melakukan kerja dengan baik dan ikhlas biarlah tidak ada yang memuji kerana kita tahu pujian itu boleh memakan diri sendiri dan menyebabkan seseorang itu mudah perasan, merasa dirinya hebat dan sebagainya.
Sebab dalam Islam bila kita dipuji kita kena beristighfar dan bila kita dikeji kita kena muhasabah diri kita sendiri kerana mungkin kejian itu adalah benar.
Peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri dan para tetamu blog ini.

ORANG ASLI BANGKIT ORANG MELAYU LENGIT

Jelas sekali Orang Asli sedar dan insaf akan hak mereka di tanahair kita ini. Mereka bangkit menuntut hak mereka yang sedikit demi sedikit terhakis.

Malangnya ada orang Melayu yang kononnya terpelajar tidak sedar dan tidak insaf betapa hak mereka sebagai rakyat direntap oleh kerajaan hari ini. Hak berhimpun secara aman, hak untuk mendapatkan biasiswa, hak kebebasan (hapuskan ISA), hak bersuara, Hak kebebasan media dan lain-lain telah lama hilang. Dalam hal pengambilan tanah umpamanya orang Melayu tidak perasan bahawa mereka tiada hak untuk mempertahankan tanah mereka dari diambil setelah akta tanah dipinda suatu waktu dahulu. Cuma mereka boleh pertikaikan dari segi harga sahaja. Semua ini seolah-olah tidak disedari oleh orang Melayu. Akhirnya mereka ditindas dan dizalimi oleh.

Berlainan dengan Orang Asli. Hari ini lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

PAPARKAN IKLAN ANDA DI BLOG INI

KEPADA PARA TETAMU BLOG INI YANG INGIN MEMAPARKAN IKLAN MEREKA DI BLOG INI SILA SMS ATAU EMAILKAN kepada 019-682 1318 atau sofiwahab@gmail.com . KOS BOLEH DIRUNDINGKAN.

MEB GAGAL JIKA RASUAH, KRONISME DAN SALAHGUNA KUASA TIDAK DIBASMI

Setelah gagal mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan akan melancarkan dasar baru yang dinamakan Model Ekonomi Baru (MEB).

MEB, menurut Timbalan Perdana Menteri menjadi instrumen penting untuk merobohkan tembok perkauman dan perasan prasangka di antara kaum di negara ini.

Muhyiddin Yassin berkata di bawah MEB, semua kaum akan mempunyai peranan dan peluang yang sama untuk menggilap potensi masing masing serta bersaing secara adil dalam sektor ekonomi.

Beliau percaya apabila setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama mendapat jaminan hak yang adil, perpaduan dan keharmonian kaum dapat direalisasikan.

Tujuan dan objektif MEB ini baik, namun begitu bagi saya ianya akan gagal jika kerajaan gagal membasmi rasuah, kronisme dan salah guna kuasa. Faktor inilah sebenarnya yang menggagalkan DEB dahulu.

Banyak peluang perniagaan dan projek-projek dibolot oleh kroni-kroni BN sehingga menafikan hak peniaga-peniaga atau usahawan yang berpotensi dan kompeten. Faktor ini menyebabkan projek-projek itu di'Ali Baba'kan selain berlaku ketirisan dan sebagainya. Amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga menjadi penyebab kegagalan DEB. Akhirnya kroni-kroni menjadi jutawan dan hidup senang lenang.

Usahawan yang berdaya maju dan kompeten tertinggal di belakang dan akhirnya tutup kedai. Kekayaan dan projek dibolot oleh sejumlah kecil peniaga dan usahawa yang rapat dengan orang tertentu. Bumiputera yang layak tidak mendapat tempat kerana amalan kronisme dan rasuah.

Saya yakin jika amalan negatif seperti di atas tidak diamalkan sekurang-kurangnya DEB tidaklah gagal sebegitu teruk. Jika kerajaan mengulangi skrip yang sama dalam pelaksanaan MEB perkara yang sama mungkin berulang.

Namun begitu sebagai rakyat kita mahu melihat dan mengkaji dahulu dasar, perancangan dan intipati MEB. Apakah ianya benar-benar boleh diterima atau tidak kita kaji dan teliti dahulu.

AHLI MCA WAJAR BUBAR PARTI

Sebagai orang luar saya ingin memberikan cadangan kepada ahli-ahli MCA yang akan memilih kepimpinan baru pada 28 Mac ini.
Cadangan saya ialah pilihlah pemimpin baru yang tidak pernah mempunyai kontroversi dalam apa juga isu. Kalau pemimpin tersebut didakwa dan dituduh terlibat dengan pelbagai masalah jangan pilih mereka.
Namun begitu ramai mendakwa sebahagian besar pemimpin utama yang menawarkan diri untuk bertanding mempunyai masalah terutama pimpinan atasan.
Jadi kalau begitu nasihat saya ialah ahli MCA tidak perlu memilih sesiapa tetapi yang penting BUAT CADANGAN SUPAYA MCA DIBUBARKAN dan ahli-ahli MCA ramai-ramai masuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) atau PKR atau DAP.

PR boleh dijadikan sandaran untuk mereka memperjuangkan hak masing-masing. Apa lagi yang hendak mereka perolehi dari MCA jika semua pimpinan parti itu hanya mementing diri dan pangkat semata-mata.
Tidak ada gunanya berjuang dalam parti yang jijik, kotor dan korup. Lebih baik kita membuat anjakan paradigma untuk memastikan perjuangan kita berada di landasan yang benar demi kepentingan negara dan rakyat jelata.
Kita lihat kerajaan BN yang didokong oleh MCA ditunjangi oleh Umno juga bermasalah. 50 tahun lebih mereka memerintah, BN masih mengamalkan cara politik lama iaitu menggunakan asas perkauman untuk mendapatkan sokongan. Sedangkan rata-rata rakyat bercakap tentang politik baru iaitu melampaui sempadan perkauman, bangsa, ideologi dan agama.
Parti-parti politik yang berjuang atas asas perkauman seperti Umno, MCA dan MIC sewajibnya dibubarkan kerana merekalah selama ini menanamkan bibit-bibit perkauman yang menyebabkan semangat ini terus menebal di kalangan rakyat.
Jadi sudah sampai masanya ahli MCA membubarkan parti itu pada 28 Mac ini sebagai perintis kepada pembubaran parti-parti perkauman sempit lain seperti Umno dan MIC.

MCA KETANDUSAN PEMIMPIN BERKALIBER

Keputusan bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting bertanding jawatan Presiden MCA membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa MCA ketandusan pemimpin berkaliber. Keputusan tersebut dilihat benar-benar memberikan tamparan hebat kepada MCA yang gagal menyelesaikan kemelut politik dalaman parti sejak sekian lama.

Kepimpinan Tee Keat ternyata tidak dihormati oleh pimpinan pusat dan negeri serta juga ahli bawahan. Apa juga keputusan yang dibuat oleh Tee Keat ditentang secara terang-terangan ataupun secara senyap.

Keputusan sebahagian besar Jawatan Kuasa Pusat (CEC) yang terpaksa meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan semula merupakan langkah terakhir kerana semua keputusan sebelum itu tidak dituruti oleh Jawatankuasa Pusat (CEC).

Jelas sekali tidak ada seorang pun pemimpin yang mampu menyatupadukan MCA hatta campurtangan Muhyiddin Yassin serta Najib sendiri tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya MCA terpaksa mencari jalan lain iaitu meminta bekas Presiden Ong Ka Ting keluar dari 'persaraan' dan kembali menyingsing lengan di gelanggang politik.

Rakyat melihat senario ini dari dekat dan mereka sudah tentu dapat menafsirkan situasi ini. Antara lain rakyat melihat bahawa sebahagian besar kepimpinan MCA yang ada sekarang lebih mementingkan pangkat, kedudukan dan kuasa dari kepentingan negara dan rakyat. Masing-masing mahu menjadi Presiden. Sebab itu mereka tidak boleh berdamai, asyik mencari kesalahan orang lain untuk menjahanamkan antara satu sama lain.

Kemelut ini saya kira sukar untuk diselesaikan hatta kemenangan berpihak kepada Ka Ting sekalipun.

Kepada rakyat semua, lihatlah bagaimana gelagat pemimpin BN dan parti komponennya. Mereka meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat dan negara.

16 March 2010

PEMILIHAN MCA : YANG TUA MASIH KUAT NAFSU

Yang tua masih bernafsu, yang muda tak dapat sabar, yang betina menggedik-gedik, yang tak layak mengada-ngada. Itulah tafsiran yang dapat saya buat terhadap perkembangan perebutan kuasa dalam MCA sehingga ada yang sudah pencen dari politik pun keluar dari kepompong persaraan menawarkan diri untuk bertanding walaupun dirinya sendiri sudah expired dan lapuk.

Hari ini kuda tua MCA yang berasa awal, Ong Ka Ting tanpa segan silu kembali ke arena politik kerana beliau melihat inilah masanya untuk beliau kembali disanjung dan mendapat pangkat serta kuasanya kembali.

Walaupun sudah mengumumkan persaraanya suatu ketika dulu tetapi kerana peluang untuk berkuasa dan mendapat pangkat terhidang kembali maka tanpa rasa malu menebalkan muka menawarkan diri untuk bertanding jawatan no 1 dalam MCA.

Berselindung di sebalik alasan remeh dan biasa digunakan iaitu kemahuan dan desakan ahli hari ini Ka Ting mengesahkan yang beliau akan bertanding merebut jawatan tersebut. Setakat ini beliau dan Tee Keat sudah mengesahkan penyertaan mereka pada 28 Mac ini.

SIAPA PEMBOHONG TV3 SUKU ATAU PKR

TV3 suku menyiarkan laporan bahawa 50 orang ahli PKR Cabang Kuala Selangor keluar dewan ketika mesyuarat agung Cabang tersebut semalam. Malah mereka menghentam kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengetuai cabang tersebut.

Tetapi selepas semalam Setiausaha Kepimpinan PKR Selangor, Hamidi Hassan berkata tiada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang parti itu.

Beliau menegaskan mereka yang mendakwa kononnya ‘meninggalkan’ mesyuarat itu, sebenarnya tidak berada di dewan ketika mesyuarat AGUNG cabang berkenaan yang berlangsung pada 14 Mac 2010.

Dalam satu kenyataan media, Hamidi yang juga wakil pemerhati bagi mesyuarat cabang berkenaan menyatakan kenyataan kononnya 50 ahli PKR cabang itu keluar dewan, langsung tidak benar.

Katanya, kehadiran mesyuarat itu seramai 241 orang, jauh lebih dari mencukupi dari keperluan mesyuarat iaitu 30 orang, malah jumlah kehadiran jauh lebih baik berbanding mesyuarat sebelum ini.

Beliau juga memberi penjelasan bahawa panggilan notis bertarikh 25 Februari 2010 telah dikeluarkan dan diiklankan dalam sebuah akhbar bagi mengelakkan masalah notis tidak sampai melalui pos.

JADI SEBENARNYA SIAPA YANG BERBOHONG TV TIGA SUKU ATAU SETIAUSAHA PKR.

Hati kecil saya berbisik bahawa, biasanya TV 3 Suku lah yang SENTIASA BERBOHONG DALAM ISU-ISU POLITIK SEPERTI INI.

CIKGU ABDUL SAMAD PULANG KE RAHMATULLAH

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Cikgu Abdul Samad Abdul Rani ( Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Bukit Gantang ) yang pulang kerahmatullah

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Kawasan Bukit Gantang dan Perak. Allahyarham Cikgu Abdul Samad seorang pejuang gigih yang tidak kenal penat lelah, masa dan tenaga sentiasa istiqamah kepada perjuangan menegakkan Islam.
Allah mewaqafkan masa, harta dan dirinya kepada perjuangan Islam sejak sekian lama dan menjadi contoh tauladan kepada kita semua.
Allahyarham telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

PEMANDU BOT MELAKA RIVER CRUISE DIAM MEMBISU

"Saya lihat pada masa ini pemandu yang mengendalikan bot Melaka River Cruise hanya memandu bot dan tidak bercerita bagi menerangkan kepada pelancong tentang bangunan dan keunikan flora serta fauna yang terdapat di sepanjang Sungai Melaka.

"Pihak pengurusan serta kerajaan negeri harus mengenal pasti kaedah dan cara yang sesuai untuk meningkatkan perkhidmatan Melaka River Cruise agar ia lebih diminati pelancong pada masa depan," kata Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen

Menurutnya, antara kemudahan baru yang dicadangkan termasuk menyediakan pemandu bot yang mahir menguasai pelbagai bahasa bagi memberi taklimat kepada pengunjung sepanjang menyusuri sungai itu.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa selama hampir dua jam menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka malam tadi.

Melaka River Cruise yang dimiliki Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka menyediakan 40 bot untuk perkhidmatan menyusuri Sungai Melaka sejauh 4.5 kilometer dari Taman Rempah ke muara sungai.

Pada masa ini, kira-kira 60,000 orang menaiki Melaka River Cruise dalam tempoh sebulan.

KUASA RAKYAT DITAKUTI BN

Terbukti BN mula berasa gerun dan takut kepada kuasa rakyat. Kalau sebelum pilihanraya umum 2008 dahulu kerajaan BN berani bertindak sewenang-wenangnya dalam apa juga dasar dan program yang hendak diperkenalkan kini kerajaan BN lebih berhati-hati dan takut.
Lihat sahaja bagaimana takutnya kepada rakyat apabila mereka terpaksa menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru, menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol dan juga pindaan kepada cukai hartanah. Paling baru kerajaan BN menangguhkan bacaamn kali kedua dan kedua GST di parlimen dua hari lalu.
Ini membuktikan kepada kita bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju kerajaan dan negara. Rakyat mesti faham bahawa mereka berhak dan berkuasa membuat percaturan dalam apa juga isu. Buktinya sudah terhidang di depan mata kita dengan penangguhan beberapa keputusan yang jelas menjejaskan rakyat.
Jadi rakyat mesti sentiasa peka kepada semua rancangan dan dasar kerajaan supaya kita tidak mudah diperdaya oleh kerajaan.
Paling penting bagi memperkuatkan lagi kuasa rakyat, saya menyeru kepada semua rakyat supaya memilih PR pada pilihanraya umum ke 13 akan datang, Insya Allah kerajaan PR yang memerintah pusat dan negeri tidak akan menindas rakyat dengan kenaikan harga minyak dan sebagainya.

MOHSIN BILA NAK LETAK JAWATAN, SOLAT HAJAT MASUK HARI KE 4

Bila agaknya Ahli Parlimen Bagan Serai hendak meletakkan jawatannya. Sehingga kini walaupun beliau sudah berani bercakap kepada media tetapi beliau kecut perut untuk berdepan dengan rakyat dan pengundinya di Bagan Serai. Difahamkan beliau sudah lebih seminggu bersembunyi, sekarang beliau keluar dari persembunyian dan menghadiri sidang parlimen yang sedang berlangsung.
Manakala di Bagan Serai pengundinya sudah mengadakan solat hajat masuk hari keempat. Ianya akan diteruskan sebagaimana dijadualkan selama 7 hari berturut-turut.

PRESIDEN PENCEN IKUT BERTANDING

MCA memang haru biru dan huru hara (pinjam perkataan Almarhum Tengku Abdul Rahman). Mana tidaknya Presidennya yang pencen pun mahu ikut bertanding jawatan tertinggi parti itu. Ini semua lantaran ketidakpuasan hati ahli-ahlinya kepada pucuk pimpinan yang ada sekarang yang tidak lagi diyakini ahlinya.
Maka Presiden pencen nampaknya ingin mencuri peluang untuk kembali menjadi Presiden parti itu.
Bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting kemungkinan besar akan mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Presiden MCA pada perhimpunan parti itu 28 Mac ini.
Sumber dalaman memberitahu Presiden pencen itu akan membuat pengumuman itu sedikit masa lagi.
Saya menjangkakan sesiapa juga yang menang pada 28 Mac ini, ianya tidak akan dapat menyelesaikan masalah dalaman MCA kerana parti itu sudah busuk sampai ke usus seperti juga Umno. Ka Ting, Tee Keat, Tiong Lai, Soi Lek atau sesiapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden nanti sudah pasti akan berdepan dengan masalah besar. Silap haribulan MCA akan terus berkubur.

ARAK PERCUMA DI MELAKA RAYA : APA TINDAKAN KERAJAAN NEGERI?

Banner Program Pakatan Rakyat sering direntap dan dimusnahkan walaupun diletakkan di kawasan premis Pejabat PAS, DAP atau PKR. Namun banner seperti di sebelah ini tiada siapa yang kacau malah seolah-olah digalakkan pula.
Apakah banner PR lebih bahaya dari banner di sebelah ini.
Malang sekali kerajaan negeri Melaka langsung tidak ambil peduli tentang program maksiat dan melalaikan seperti ini. Tidak ada langsung tanda-tanda kerajaan negeri telah insaf daripada membiarkan gejala maksiat berlaku di negeri ini.
Walaupun anak luar nikah dilahirkan 393 tahun lepas, namun ia sedikitpun tidak merunsingkan mereka.
Sebagai manusia kita risau dengan perangai manusia sekarang. Namun bagi Umno/BN mereka tidak kisah. Mereka lebih takut kalau rakyat faham agama dan menolak mereka.
Banner ini dirakamkan oleh blogger Kijang59 di sekitar Taman Melaka Raya. Saya menggesa pihak kerajaan negeri dan MBMB mengambil tindakan dengan segera, terutama isi kandungan banner ini yang jelas tidak bermaruah dan menggalakkan orang melakukan maksiat.

Sumber : http//:Kijang59.blogspot.com

AHLI PARLIMEN PR KELUAR DEWAN

Ahli-ahli Parlimen PR sebentar tadi bertindak keluar Dewan dalam persidangan Dewan Rakyat kerana tidak berpuashati dengan keputusan Speaker yang tidak membenarkan usul Menteri Dalam Negeri dibahaskan.
Kementerian berkenaan membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan.

PELIK TAPI BENAR : EKONOMI PULIH BLR NAIK

Ini cerita negera Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir. Memanda menteri perdananya mengumumkan bahawa ekonomi negara tersebut semakin pulih dan baik. Tetapi bank-bank di dalam negara tersebut mengumumkan bahawa BLR dinaikkan.
Pada kebiasaanya jika ekonomi sesebuah negara dalam keadaan baik, bank-bank tidak akan menaikkan kadar BLRnya. Tetapi di negeri Pasir Bedengung lain pula ceritanya.
BANK tempatan negara tersebut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing sejajar langkah Bank Negara Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis minggu lalu.

Mendahului senarai, Malayan Bedengung Bank (MBB) menyemak semula BLRnya daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Bank terbesar negara itu berkata, kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Bedengung Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus.

Sementara itu, CIMBedengung Group bank kepunyaan adik memanda menteri perdana mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMBedengung Bank dan CIMBedengung Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai minggu lepas.

EKONOMI PULIH, APA SALAH TOLONG RAKYAT

Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan seringkali mendakwa ekonomi Malaysia telah pulih dan meningkat. Kerajaan mengumumkan bahawa keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat tahun 2009 mencatat pertumbuhan positif sebanyak 4.5 peratus, iaitu lebih baik daripada unjuran 3 peratus. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia.
Jadi jika benar ekonomi kita semakin baik maka saya amat mengharapkan kerajaan dapat mengembalikan pulangan dari peningkatan ekonomi ini kepada rakyat dengan tidak menaikkan :-
1) Harga Minyak
2) Tarif elektrik
3) Tambang Bas
4) Harga barangan
5) Cukai (tidak mempekenalkan GST sampai bila-bila pun)
6) Bayaran perkhidmatan dan utiliti
Contohilah kerajaan Selangor yang memperuntukkan RM56 juta bagi pelaksanaan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) fasa 1 yang bermula tahun lepas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim baru-baru ini berkata, peruntukan itu disediakan untuk membiayai tujuh program teras di bawah MES ini.

Tujuh projek itu adalah Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Program Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu, Program Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas, Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral, program Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Program Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

Saya yakin kerajaan pusat sudah tentu berupaya melakukan pelbagai projek kebajikan yang baik kerana dana kerajaan pusat lebih banyak. Namun begitu kita semua kesal kerana kerajaan lebih suka menjalankan projek-projek mega yang tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat.

Selain itu kerajaan juga kerap kali dilihat lebih mesra kroni dan korporat berbanding dengan projek mesra rakyat.



NAIK JANGAN TAK NAIK, RAKYAT SEMUANYA KAYA RAYA

Bermula 1 Mei depan, tambang bas ekspres bagi semua destinasi di Sarawak akan mengalami kenaikan sehingga 20 peratus.

Pengerusi Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA), Lau Khing Seng berkata, kenaikan itu dibuat kerana peningkatan kos operasi yang semakin meningkat dan terpaksa ditanggung oleh semua syarikat bas.

Masalahnya sekarang kerajaan negeri dilihat tidak melakukan apa-apa usaha untuk meringankan beban rakyat apabila tambang bas ini dinaikkan kelak. Apakah kerajaan hanya membiarkan rakyat terus dibebankan dengan kenaikan ini. Tidak adakah cara lain untuk mengelakkan kenaikan ini?

Rakyat mesti menilai 'performance' kerajaan Sarawak yang dilihat tidak peka kepada masalah rakyat. Terjemahkan protes anda di peti-peti undi pada Pilihanraya negeri yang bakal berlangsung nanti.

PAS CAWANGAN KG MUSAI KEMBALI SEGAR

Kalau tahun lepas kita dikejutkan dengan pengumuman bekas Ketua PAS Cawangan Kg Musai, Senin Tompang yang keluar dari PAS menyertai Umno, kini kita mendapat berita gembira di mana PAS Cawangan Kg Musai yang 'pengsan' berbelas tahun kembali aktif.
Semasa di bawah pentadbiran Senin dahulu PAS Cawangan ini bagaikan hidup segan mati tak mahu, kini cawangan ini kembali aktif.
Malam tadi saya sempat merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan ini di rumah Ayahanda Ismail Daud. Kehadirannya amat menggalakkan di mana kira-kira 30 ahli PAS cawangan ini hadir. Beberapa orang ahli di kalangan muslimat juga turut hadir
Dari raut wajah mereka terpancar tekad dan azam untuk meneruskan kesinambungan obor perjuangan PAS.

Ketua PAS Cawangan tersebut Encik Abu Bakar berkata, PAS Cawangan akan diaktifkan semula dengan mengadakan beberapa program seperti usrah, kuliah dan program kebajikan. Saya mendoakan cawangan ini kembali aktif bagi memastikan perjuangan Islam dapat diteruskan.

15 March 2010

PDRM : SEMUANYA BARU, HARAP MEREKA UBAH PDRM SUPAYA LEBIH PROFESSIONAL

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein mengesahkan kepada media hari ini bahawa akan berlaku peralihan dalam pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.
Hishamuddin berkata perubahan itu sebagai “peluang bagi melihat lembaran baru dalam sejarah polis.

Beliau berkata bahawa beliau sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdagangan dan lain-lain.
Jadi menurutnya, tidak perlulah media dan orang ramai membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas.
Bagi saya sesiapa yang memegang tampuk kekuasaan dalam PDRM adalah isu nombor dua, isu paling penting ialah mereka mesti berusaha untuk mengembalikan imej dan professionalisme PDRM yang terjejas teruk di mata rakyat sekarang ini.
Isu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tindakan mereka bila berhadapan dengan rakyat mesti diselesaikan dengan segera.

Satu lagi imej negatif yang dilihat ialah sikap Polis yang didakwa tunduk kepada kehendak politik Umno/BN. Jika semua isu ini dapat dibaiki saya yakin Polis akan kembali dihormati dan disanjungi oleh semua orang.

TAHNIAH BUAT CHONG WEI

Memang sejak dari kecil saya meminati sukan Badminton selain dari Bolasepak. Namun minat saya kepada Bolasepak sedikit terjejas selepas berlakunya skandal rasuah dalam Piala Malaysia pada era 80-an dan 90-an dulu.

Malam tadi kita mendapat berita gembira di mana anak didik Datuk Haji Misbun Sidek iaitu Datuk Lee Chong Wei berjaya membawa kembali kejuaraan perseorangan lelaki All England selepas menundukkan pemain muda Jepun Kenichi Tago dengan straight set 21-19, 21-19.

Kemenangan manis ini sudah tentu diraikan oleh rakyat Malaysia dengan gembira setelah menunggu lebih dari 6 tahun selepas Hafiz Hashim menjuarai kejohanan berprestij itu pada tahun 2004 lalu.

Tahniah buat 2 Datuk iaitu Datuk Lee dan Datuk Misbun kerana mengharumkan nama negara.

dondangsayang.com GANTI MyMalaysia.com

Adlyzahari.blogspot.com menukilkan catatan ringkas di bawah :-

Najib perkenalkan 1 Malaysia
Muhyiddin perkenalkan My Malaysia.
Oleh kerana Najib tak mahu My Malaysia mengatasi 1 Malaysia, maka My Malaysia terpaksa tutup kedai.
Laman Blog Muhyiddin (My Malaysia) tidak boleh dibuka lagi.
1 Malaysia ke, My Malaysia ke, pi mai, pi mai, tang tu jugak
Ulasan saya :
Kalau betullah MyMalaysia ditutup kerana ada pihak dengki kepada MY (Muhyiddin Yassin) itu sesuatu yang malang kerana tidak sepatutnya blog/web kepunyaan Timbalan Perdana Menteri ditutup. Bukankah beliau juga mempunyai hak untuk bersuara dan menyampaikan idea dan pandangan beliau kepada rakyat.
Saya cadangkan kepada Muhyiddin supaya memilih nama lain untuk blog/webnya jangan guna MY mungkin ianya sensitif sebab bunyinya lebih hebat dan professional dari 1Malaysia. MyMalaysia kan lebih sedap dan professional.
Muhyiddin boleh guna nama Dondangsayang.blogspot.com/dondangsayang.com atau melayudeli.com dan sebagainya. Saya yakin tidak akan ada orang yang marah ......

JANGAN UNDI BN JIKA TIDAK MAHU GST DIPERKENALKAN

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Bagi saya mudah sahaja untuk kita menghalang supaya GST ini tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu JANGAN UNDI BN PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI.

Jika rakyat terus mengundi dan memilih BN dan BN menjadi kerajaan pusat selepas PRU 13 saya yakin GST ini kemungkinan besar akan digunapakai sebagaimana kehendak BN sebelum ini.

Rakyat mesti bijak membuat penilaian dan pemilihan. Ini kerana saya yakin PR tidak akan menguatkuasakan GST ini jika mereka diangkat menjadi kerajaan pusat. Ini terbukti apabila banyak program dan projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri-negeri PR sekarang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

Kepada rakyat saya harapkan mereka boleh berfikir dengan waras pada PRU 13 nanti. Mahu susah atau sebaliknya.


JASA BN KEPADA RAKYAT SELEPAS 50 TAHUN

Rakyat perlu membuat penilaian terhadap rekod Barisan Nasional (BN) yang berjaya menerajui negara ini selama lebih 50 tahun dengan baik , itulah permintaan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang disiarkan di dalam media arus perdana hari ini.

Beliau berkata, mereka tidak seharusnya terpengaruh sehingga beralih sokongan kepada pembangkang semata-mata kerana rasa tidak puas hati berkaitan isu-isu kecil. Bagi saya ini bukan soal politik semata-mata. Namun ia mesti dilihat dari skop yang lebih luas. Sesiapa juga yang memerintah jika gagal menjalankan amanah dengan baik mesti ditukarkan dengan kerajaan baru yang dapat menjaminkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Saya tidak menafikan akan jasa-jasa pemimpin Perikatan dan BN kepada rakyat Malaysia. Memang banyak jasa mereka kepada rakyat negara ini.
Cuma saya ingin mengutarakan beberapa 'jasa' BN yang mungkin tidak akan dilupai oleh rakyat Malaysia yang sama-sama difikirkan oleh rakyat samada mereka masih yakin kepada BN untuk menjadi kerajaan atau mesti beralih arah kepada PR bagi membuat perubahan. Antara 'jasa-jasa' kerajaan sekarang ialah :-

1) Menghadkan kuasa raja-raja Melayu dengan membuat pindaan perlembagaan di zaman Tun Mahathir
2) Menghapuskan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin
3) Menafikan hak rakyat untuk mendapat pendidikan secara percuma.
4) Menafikan hak rakyat untuk mendapat bantuan kesihatan secara percuma.
5) Mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri dari segi bantuan dan wang royalti petroleum
6) Menberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat
7) Gagal memastikan DEB dicapai di mana ekuiti bumiputera terus jauh berbanding bukan bumiputera
8) Rasuh terus meningkat dan membimbangkan. Indek rasuah negara terus merudum dan memalukan
9) Terus mengamalkan undang-undang drakonian seperti ISA, OSA dan lain-lain.
10) Meminggirkan Islam dari sistem pentadbiran dengan mengamalkan undang-undang ciptaan Lord Reid, Sistem Ekonomi Riba dan sebagainya
11) Membunuh rakyat di Memali di mana sehingga kini kerajaan tidak pernah memohon maaf kepada waris As-Syahid Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya yang terbunuh pada peristiwa hitam 19 Nov 2985
12) Gagal memastikan SPR dan SPRM benar-benar telus di mana ianya terus dikritik oleh rakyat sendiri
13) Gagal mempertahankan kredibliti dan imej sistem kehakiman apabila ianya terus dikritik oleh rakyat dan negara luar
14) Gagal mempertahankan tanah orang Melayu apabila sedikit demi sedikit ianya terlepas kepada orang lain seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan lain-lain.
15) Terus mengamalkan pembaziran dan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan duit rakyat hangus begitu sahaja.
16) Gagal memastikan aqidah umat Islam dipelihara dengan sebaiknya apabila Mufti Perak mendakwa ratusan ribu orang Islam murtad.
17) Gagal mengujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari semangat perkauman sempit di mana Umno, MCA dan MIC masih terus mengamalkan politik perkauman.
Dan lain-lain.

Jadi untuk 50 tahun kedua ini adalah diharapkan sesiapa juga yang menjadi kerajaan samada PR atau BN mereka mesti menyelesaikan perkara-perkara yang digariskan di atas demi masa depan rakyat negara kita.

14 March 2010

TANAH MELAYU BANYAK LAGI BILA NAK 'RAMPAS'

Tanah orang Melayu di Melaka ini masih luas dan banyak. Saya cadangkan kepada kerajaan negeri supaya membangunkan tanah orang Melayu dengan apa juga projek yang terlintas di kepala pimpinan Kerajaan negeri.
Bukan apa, ada projek ada masyuk, itu yang penting. Jadi apa jua projek yang terfikir di kepala kalian cepat-cepatlah bangunkannya. Nanti kalau ditakdirkan Melaka jatuh ke tangan PR, kerajaan mungkin susah kerana tiada hasil
Kalau kerajaan negeri tidak ada duit, pinjamlah dengan kerajaan pusat supaya hutang kerajaan negeri terus meningkat berbilion-bilion. Andaikata Melaka jatuh ke tangan PR, biarlah hutang tersebut ditanggung oleh PR.
'Rampas'lah tanah rakyat atas apa juga alasan untuk buat taman reakreasi atau apa-apa juga. Yang penting kerajaan dapat duit, rakyat menderita.
Apa yang hendak dikisahkan kepada rakyat, pandai-pandailah mereka cari makan. Yang penting .....masyuk.

PENGAMATAN POLITIK P RAMLEE TAJAM

Pengamatan politik Allahyarham Tan Sri P Ramlee amat tajam sehingga beliau mampu menghasilkan filem-filem yang penuh dengan pengajaran dan sindiran kepada pemerintah sekarang.

Antara adegan yang jelas ialah babak di mana Raja Passola bersidang di bawah pokok kerana kuasanya dirompak oleh musuh politiknya.

Babak kedua ialah dalam filem Semerah Padi di mana hukum hudud iaitu sebatan dijalankan kepada pesalah zina.

Babak ketiga ialah dalam filem Bujang Lapok di mana Sudin cuba mengeja tulisan di papantanda di hadapan sekolah dewasa.

"Alif Mim Nun Wau, Alif tendang Wau, Sarkas" Sudin.

Sudin seolah-olah menyamakan Umno dengan SARKAS.

Babak seterusnya ketika P Ramlee melelong Mr Penasihat di mana tiada seorang pun mahu membeli Mr Penasihat yang sebelum itu asyik meminta komisen dari bosnya.

Dalam babak ini P Ramlee cuba menyindir pemimpin kerajaan dan pegawainya yang antara perangai mereka ialah meminta 'persen' /komisen dari sebarang projek yang diajukan kepada mereka.

P Ramlee seolah-olah tahu bahawa hukum hudud tidak dijalankan oleh kerajaan sekarang; adanya Sidang bawah pokok di DUN Perak dan Umno menjadi parti SARKAS.

Idea asal : Ustaz Hamid Derani, Penceramah PAS dari Kelantan.

PAS TAK 'HERAN' ORANG KELUAR PARTI

Bagi saya orang hendak keluar parti boleh keluar. Orang yang keluar parti memang insan yang tidak sepatutnya berada dalam parti kerana mereka sudah tidak bersedia untuk mendokong dan taat kepada parti. Apa guna mereka ada dalam parti tetapi berperanan bagaikan duri dalam daging.

Lebih baik lagi jika yang keluar parti itu adalah orang yang tidak maruah dan sanggup menggadai maruah diri dibeli dengan wang ringgit. Jika benar mereka yang keluar parti kerana rasuah dan tawaran tertentu maka saya ucapkan silalah keluar kerana parti tidak memerlukan orang yang maruahnya lebih teruk dari binatang boleh dijual beli. Orang seperti ini hanya layak duduk dalam Umno kerana Umno adalah parti rasuah dan parti busuk sampai ke usus seperti yang dinayatakan oleh Tun Mahathir.

PAS tidak sedikit pun goyah jika ada yang keluar parti. PAS pernah kehilangan Presiden dan Naib Presidennya kerana keluar parti. Namun PAS tetap utuh hingga ke hari ini. Kita yakin perjuangan PAS yang berlandaskan akidah dan perjuangan Islam tetap dipelihara oleh Allah. Bayangkan jika PAS tidak dipelihara Allah adakah ahli-ahli dan pimpinannya boleh tahan dengan ujian seperti dibunuh (Memali), ditangkap (ISA), dipukul (FRU), ditahan (biasa dah), didiskriminasi dan sebagainya.

Namun semua kita harungi sebagai mehnah dan tribulasi perjuangan sebagaimana Rasul dan Nabi-Nabi Allah yang sentiasa berhadapan dengan pemerintah yang zalim. Insya jika kita tidak menang di dunia kita akan menang di Akhirat.

ISU MELAKA BAHAGIAN 4

5) ISU MAKSIAT

Pusat Pelacuran, Pub, Kelab Malam, Rumah Urut dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di khususnya di kawasan Jalan Melaka Raya. Hotel-hotel murah tanpa berselindung dan secara terang-terangan hanya menjalankan perniagaan untuk melanggan pelacur pada kadar RM30 dan RM60 untuk sekali perkhidmatan sahaja. Hotel-hotel tersebut terletak di Jalan Bunga Raya, Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa, ianya menjadi perhentian lelaki miang untuk melempiaskan nafsu sejak 1970-an berikutan semua hotel itu menyediakan khidmat pelacur antarabangsa dan tempatan. Malangnya kerajaan negeri seolah-olah membiarkan sahaja maksiat ini berleluasa.

Statistik JAIM menunjukkan 393 anak luar nikah dilahirkan pada 2009 dan 288 pada tahun 288. Ini membuktikan bahawa perzinaan berlaku dengan begitu banyak tanpa langkah pencegahan yang konkrit dan berkesan.

6) ISU ORANG MELAYU DIPINGGIRKAN

a) Kawasan-kawasan perniagaan Melayu dirobohkan

  • Kerajaan negeri Melaka telah merobohkan Bazar Mara sebanyak 22 pintu yang dianggap kawasan strategik tempat orang Melayu berniaga yang terletak di Jalan Laksamana Melaka.
  • Merobohkan premis perniagaan orang Melayu di hadapan Hotel Equatorial untuk dijadikan tapak parking.

7) ISU BANJIR

Masalah banjir terus menghantui rakyat negeri Melaka. Apabila hujan lebat rakyat di kawasan sering dilanda banjir resah gelisah. Walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyelesaikan masalah ini namun ianya terus berlaku kerana masalah saliran dan parit. Hampir semua daerah di negeri ini mempunyai kawasan yang sering dilanda banjir.

8) ISU CAMPURTANGAN POLITIK DI MASJID DAN SURAU

a) Masjid dan surau di Melaka terus dicemari oleh campurtangan politik Umno. Semua AJK masjid dan surau dilantik oleh pihak berkuasa setelah mendapat ‘perkenan’ dari pemimpin Umno. Semua AJK yang dilantik mestilah diperakui oleh pemimpin Umno. Lantaran itu ada antara AJK yang dilantik terdiri dari mereka yang tidak layak dan ada yang tidak pernah berjemaah di masjid dan surau. Akibatnya terdapat kes di mana Iman dan AJK surau meletakkan jawatan beramai-ramai kerana tidak tahan dan campurtangan politik Umno.

b) Masjid dan surau dibiarkan kosong tiada pengisian kerana bimbang rakyat faham Islam yang sebenar. Ada diantara Ustaz yang sudah sekian lama mengajar di sebuah masjid di halang dari mengajar dan memberikan kuliah tanpa alasan yang konkrit seperti yang berlaku di Masjid Bukit Pegoh.

9) ISU KETUA MENTERI RASUAH

Ketua Menteri Melaka dengan tidak bermaruah terus memegang jawatannya walaupun sudah terbukti melakukan rasuah ketika perhimpunan Agung Umno lalu. SPRM pula bersekongkol ‘membersih’kan Ali Rustam dari sebarang kes rasuah.

10) ISU KEGAGALAN MELAKA MENJADI NEGERI MAJU 2010

Sebelum ini kerajaan negeri beriya-iya mahu mengisytiharkan Melaka negeri maju 2010. Namun kini setelah 3 bulan berlalu tiada pengisytiharan rasmi dibuat. Ini kerana Melaka gagal mencapai tahap minima indikator untuk layak sebagai negeri maju. Ini membuktikan kerajaan negeri hanya berangan-angan kosong sedangkan perancangan rapi tidak buat. Mereka hanya meletakkan syarat yang sememangnya tidak mungkin dicapai.

11) ISU KEMISKINAN

Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga. Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.

Adalah dijangkakan jumlah keluarga miskin di negeri Melaka ini melebihi 25 % jika Paras Garis Kemiskinan adalah RM1,500. Angka ini adalah sangat besar jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk Melaka yang jumlahnya lebih kurang 1 juta orang.

12) ISU POLITIK BN TIDAK MATANG

Terbukti BN mengamalkan politik yang tidak matang apabila terus menganggu kegiatan dan program politik yang dianjurkan oleh PR. Terbaru petugas-petugas upahan BN ‘mencuri’ banner Jamuan Tahun Baru Cina PR yang digantung di Bukit Baru.

Tahun lalu Pemuda Umno menyerang pemuda DAP dan PAS yang menjalankan kempen pendaftaran pemilih di Pasar Malam Melaka Baru. Peralatan pemuda DAP dan PR dimusnahkan manakala seorang ADUN DAP cedera.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter