ZAHRAIN HEBAT, SAH JADI KUDA KAYU UMNO

Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim memang hebat. Kalau sebelum ini beliau jarang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen namun semalam selepas sahaja menjatuhkan maruahnya iaitu melompat parti, beliau bagaikan singa lapar bercakap dengan semangat menghentam Anwar dan PR dalam ucapannya membahaskan Titah ucapan Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong.
Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada Anwar dan PR namun Zahrain tidak memberi peluang kepada Ahli Parlimen PR menjawab dan mencelah. Cuma Gobalakrishnan sahaja yang diberi peluang itupun selepas Ahli Parlimen Padang Serai menjerit dan mengherdik beliau beberapa kali.
Komen Anwar terhadap kenyataan Zahrain :
Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap “cerita” Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata. “Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).
“Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.
“Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka,” tegas Anwar.
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN. “Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti.
”Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN). “Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti,” komen beliau.

Komen Anwar saya petik dari Tranungkite (Tulisan Wfauzdin)

Comments