5) ISU MAKSIAT
Pusat Pelacuran, Pub, Kelab Malam, Rumah Urut dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di khususnya di kawasan Jalan Melaka Raya. Hotel-hotel murah tanpa berselindung dan secara terang-terangan hanya menjalankan perniagaan untuk melanggan pelacur pada kadar RM30 dan RM60 untuk sekali perkhidmatan sahaja. Hotel-hotel tersebut terletak di Jalan Bunga Raya, Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa, ianya menjadi perhentian lelaki miang untuk melempiaskan nafsu sejak 1970-an berikutan semua hotel itu menyediakan khidmat pelacur antarabangsa dan tempatan. Malangnya kerajaan negeri seolah-olah membiarkan sahaja maksiat ini berleluasa.
Statistik JAIM menunjukkan 393 anak luar nikah dilahirkan pada 2009 dan 288 pada tahun 288. Ini membuktikan bahawa perzinaan berlaku dengan begitu banyak tanpa langkah pencegahan yang konkrit dan berkesan.
6) ISU ORANG MELAYU DIPINGGIRKAN
a) Kawasan-kawasan perniagaan Melayu dirobohkan
- Kerajaan negeri Melaka telah merobohkan Bazar Mara sebanyak 22 pintu yang dianggap kawasan strategik tempat orang Melayu berniaga yang terletak di Jalan Laksamana Melaka.
- Merobohkan premis perniagaan orang Melayu di hadapan Hotel Equatorial untuk dijadikan tapak parking.
7) ISU BANJIR
Masalah banjir terus menghantui rakyat negeri Melaka. Apabila hujan lebat rakyat di kawasan sering dilanda banjir resah gelisah. Walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyelesaikan masalah ini namun ianya terus berlaku kerana masalah saliran dan parit. Hampir semua daerah di negeri ini mempunyai kawasan yang sering dilanda banjir.
8) ISU CAMPURTANGAN POLITIK DI MASJID DAN SURAU
a) Masjid dan surau di Melaka terus dicemari oleh campurtangan politik Umno. Semua AJK masjid dan surau dilantik oleh pihak berkuasa setelah mendapat ‘perkenan’ dari pemimpin Umno. Semua AJK yang dilantik mestilah diperakui oleh pemimpin Umno. Lantaran itu ada antara AJK yang dilantik terdiri dari mereka yang tidak layak dan ada yang tidak pernah berjemaah di masjid dan surau. Akibatnya terdapat kes di mana Iman dan AJK surau meletakkan jawatan beramai-ramai kerana tidak tahan dan campurtangan politik Umno.
b) Masjid dan surau dibiarkan kosong tiada pengisian kerana bimbang rakyat faham Islam yang sebenar. Ada diantara Ustaz yang sudah sekian lama mengajar di sebuah masjid di halang dari mengajar dan memberikan kuliah tanpa alasan yang konkrit seperti yang berlaku di Masjid Bukit Pegoh.
9) ISU KETUA MENTERI RASUAH
Ketua Menteri Melaka dengan tidak bermaruah terus memegang jawatannya walaupun sudah terbukti melakukan rasuah ketika perhimpunan Agung Umno lalu. SPRM pula bersekongkol ‘membersih’kan Ali Rustam dari sebarang kes rasuah.
10) ISU KEGAGALAN MELAKA MENJADI NEGERI MAJU 2010
Sebelum ini kerajaan negeri beriya-iya mahu mengisytiharkan Melaka negeri maju 2010. Namun kini setelah 3 bulan berlalu tiada pengisytiharan rasmi dibuat. Ini kerana Melaka gagal mencapai tahap minima indikator untuk layak sebagai negeri maju. Ini membuktikan kerajaan negeri hanya berangan-angan kosong sedangkan perancangan rapi tidak buat. Mereka hanya meletakkan syarat yang sememangnya tidak mungkin dicapai.
11) ISU KEMISKINAN
Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga. Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.
Adalah dijangkakan jumlah keluarga miskin di negeri Melaka ini melebihi 25 % jika Paras Garis Kemiskinan adalah RM1,500. Angka ini adalah sangat besar jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk Melaka yang jumlahnya lebih kurang 1 juta orang.
12) ISU POLITIK BN TIDAK MATANG
Terbukti BN mengamalkan politik yang tidak matang apabila terus menganggu kegiatan dan program politik yang dianjurkan oleh PR. Terbaru petugas-petugas upahan BN ‘mencuri’ banner Jamuan Tahun Baru Cina PR yang digantung di Bukit Baru.
Tahun lalu Pemuda Umno menyerang pemuda DAP dan PAS yang menjalankan kempen pendaftaran pemilih di Pasar Malam Melaka Baru. Peralatan pemuda DAP dan PR dimusnahkan manakala seorang ADUN DAP cedera.
Comments