NEGARA MAJU DAN MAKMUR TANPA RASUAH

AJK PAS Pusat Haji Mohamad Sabu berkata Malaysia akan bertambah maju dan makmur jika rasuah dapat dihapuskan.

Beliau berkata Malaysia mengalami ketirisan duit sebanyak RM28 bilion akibat rasuah yang diamalkan 0leh pentadbiran negara sekarang.

"Mana tidaknya ada komputer berharga RM5,000 dibeli dengan harga RM40,000 sebuah, skrew driver yang berharga RM8 ringgit dibeli dengan harga RM400 sebatang".

"Rasuah menjahanamkan wang negara dan rakyat yang akhirnya negara terpaksa berbelanja berlipat kali ganda disebabkan rasuah dan penyalagunaan kuasa" kata Mohammad.

Lihat sahaja bagaimana negara China berkembang maju apabila rasuah dibenteras dan dibasmi. Tidak mustahil China akan menjadi negara paling berkuasa di dunia 20 tahun akan datang.

Mohammad berkata indeks rasuah Malaysia merudum sehingga ke kedudukan 50 selepas setahun Najib memerintah.

"Kita sudah setaraf dengan negara-negara Afrika dan ini amat memalukan" tambah Mohammad yang juga bekas Ahli Parlimen selama 3 penggal.

Mohammad berkata demikian pada ceramah umum beliau Kg Pengkalan, Alor Gajah Melaka.

Comments