PAS CAWANGAN KG MUSAI KEMBALI SEGAR

Kalau tahun lepas kita dikejutkan dengan pengumuman bekas Ketua PAS Cawangan Kg Musai, Senin Tompang yang keluar dari PAS menyertai Umno, kini kita mendapat berita gembira di mana PAS Cawangan Kg Musai yang 'pengsan' berbelas tahun kembali aktif.
Semasa di bawah pentadbiran Senin dahulu PAS Cawangan ini bagaikan hidup segan mati tak mahu, kini cawangan ini kembali aktif.
Malam tadi saya sempat merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan ini di rumah Ayahanda Ismail Daud. Kehadirannya amat menggalakkan di mana kira-kira 30 ahli PAS cawangan ini hadir. Beberapa orang ahli di kalangan muslimat juga turut hadir
Dari raut wajah mereka terpancar tekad dan azam untuk meneruskan kesinambungan obor perjuangan PAS.

Ketua PAS Cawangan tersebut Encik Abu Bakar berkata, PAS Cawangan akan diaktifkan semula dengan mengadakan beberapa program seperti usrah, kuliah dan program kebajikan. Saya mendoakan cawangan ini kembali aktif bagi memastikan perjuangan Islam dapat diteruskan.

Comments