.

.

12 January 2013

HIMPUNAN NAJIB = HIMPUNAN KAMPIT BERAS

HIMPUNAN RAKYAT BERSAMA NAJIB RAZAK DISEMENYIH BERTUKAR MENJADI HIMPUNAN REBUT BERAS SEKAMPIT!!!!!!!

HIMPUNAN RAKYAT BERSAMA NAJIB RAZAK DIDATARAN TESCO, BANDAR RINCHING, SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN. JAM 9.30 PAGI 12HB JANUARI 2013.

Rakyat diangkut dengan bas dari merata tempat di negeri Selangor..Majoriti yang hadir ialah warga kaum India..

Pada majlis tersebut bungkusan berisi sekampit beras, gula, tepong dan tidbits telah diagih-agihkan.

Difahamkan 2 buah treler panjang berisi penuh dengan bungkusan digunakan.

Suasana menjadi kelam kabut kerana para hadirin berebut-berebut sehingga ada yang pengsan.

Untuk melayakkan hadirin mendapat sekampit beras, mereka dikehendaki memaki baju-T sama ada warna merah atau biru yang ada lambang BN dan angka 1 dengan berwajah Najib Razak.

Begitu terdesak UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak nak kumpulkan rakyat dimajlis kieramaian yang digelar HIMPUNAN RAKYAT...

Dahlah kena rasuah sekampit beras.. tetapi bersyarat pula.. kena pakai Baju T ada lambang BN angka 1 berwajahkan Najib Razak.

BERI BERAS RAKYAT REMBAT...UNDI TETAP DIBERI KEPADA PAKATAN RAKYAT!!!


Sumber : FB Bus Man

HKR : 300 je yang hadir

Esok keluar dalam Utusan Meloya hanya 300 orang yang hadir HKR

11 January 2013

KL 112 : KAWAN DI LUAR NEGARA SUDAH BERSEDIA

Kawan-kawan di luar negara sudah bersedia untuk bersama kita jam 2.00 petang esok waktu Malaysia.

Anda bagaimana?

Sumber : Buletin Setia Politik Kini

MENANTI DURIAN TAK GUGUR - JAWAPAN DR NAJIB-ROSMAH TENTANG DAKWAAN DEEPAK

Sudah berbulan-bulan Peniaga Karpet kawan baik FLOM, Deepak Jaikishan membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan yang berat dan memualkan kepada FLOM dan Najib. Namun sampai sekarang tiada jawapan dibuat oleh FLOM. Apakah FLOM mengambil pendekatan diam membisu atas nasihat APCO atau memang FLOM dan suaminya tiada jawapan konkrit.

Apa yang lebih menghairankan, berani sunggu Deepak Jaikishan (DJ) membuat tuduhan yang dahsyat itu. Sedar atau tidak DJ bahawa di Malaysia macam-macam sejarah telah berlaku. Ada orang dibunuh dengan C4 hancur berkecai, ada orang yang dibunuh puluhan tahun lalu tetapi sampai sekarang pun kesnya tidak selesai. Bukan seorang kesnya tidak selesai ramai .............Arwah Norita, Arwah Mustakizah dan lain-lain sampai hari ini entah siapa yang bertanggungjawab membunuhnya. Malah terdapat ahli-ahli politik yang dibunuh antaranya Arwah Dato Taha, Dato Mazlan Idris dan sebagainya. Tak takut ke DJ .......

Ramai beranggapan bahawa DJ berani kerana dia ada perisai dan pendinding. 'Bomoh Siam' mana yang melindunginya atau Bomoh India mana yang mementerakan beliau hingga semua samseng Kampung Dusun tak berani usik DJ. Rakyat mengharapkan supaya pihak terbabit menyaman DJ supaya nama baik PM dan FLOM yang disayangi tidak busuk di mata dunia. Jangan tambahkan busuk dan hapak kamu dengan isu ini setelah isu-isu lain berkaitan Scorpene, Altantuya dan sebagainya masih belum terjawab sepenuhnya.

Persoalannya siapa bomoh Siam dan India itu, Episod mengacau dan memaksa orang turun dari 'takhta' ini bukan baru. Tengku, Dr M, Pak Lah pernah menghadapi keadaan yang sama. Apakah ia tidak boleh terjadi kepada orang lain.

Tetapi sedarlah wahai Bomoh Siam dan India sesiapa pun yang dilantik menerajui 'kapal' ini tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kapal 'Syaitan Yang Dikenali' kerana kalau syaitan maka perangainya sudah tentu macam syaitan.

Rakyat amat berharap PM dan FLOM bersih. Jangan takut saman sahaja DJ dan semua orang membuat tuduhan supaya nama baik kamu berdua dibersihkan.


STADIUM MERDEKA DA..... BUKAN BUKIT JALIL

Orang dah putuskan hendak berhimpun di Stadium Merdeka, dia cadangkan buat di Stadium Bukit Jalil. Bengong apa. Bukan kita nak duduk di tempat duduk saja, kita nak duduk di atas padang sekali. Jadi sudah tentu ianya akan memuatkan ratusan ribu manusia. Yang lebihnya boleh bersidai di kaki lima stadium, jalan-jalan di tepi stadium dan lain-lain.

Jangan cuba kelirukan kami, kelirukan rakyat. Jangan cuba buat muslihat ........

Rakyat sudah tahu taktik licik kamu......kali ini kamu tak beri publisiti meluas, tapi rakyat semua sudah tahu.....ramai sudah merancang untuk bersantai di KL Sabtu ini ..........

10 January 2013

KALIMAH ALLAH : KENYATAAN RASMI PRESIDEN PAS


1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah” pada bulan januari 2010 yang lalu.
2. Kalimah “Allah” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
3. Kalimah “Allah” tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Ali-imran:64)
6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2013

09 January 2013

HKR 112 : STADIUM MERDEKA BOLEH GUNA


Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan pihak pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Jawatankuasa HKR ketika ini difahamkan sedang mengadakan perbincangan di Pejabat Agung PAS di sini.

Satu kenyataan rasmi oleh jawatankuasa itu akan dibuat pada sidang media khas sejurus pertemuan itu sebentar nanti.

Maklumat berhubung kebenaran pihak stadium ini juga sedang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter pimpinan Pakatan Rakyat.

Jika maklumat ini benar, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat akan berlangsung di stadium.

08 January 2013

HKR 12 JAN - PELUANG TERBUKA UNTUK ISYTIHAR DARURAT??????

Apakah Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan ini dijadikan batu loncatan untuk pihak tertentu mengisytiharkan darurat dan memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan mengekalkan kuasa mereka.

Jika itu menjadi perancangan senyap mereka maka pihak penganjur HKR mesti melakukan tindakan drastik bagi memastikan perancangan mereka tidak menjadi kenyataan. Kali ini kita melihat tidak ada kenyataan akhbar yang keras dan amaran dikenakan kepada penganjur oleh pihak berkuasa. Mereka diam seribu bahasa tanpa sebarang komen kecuali membuat kenyataan akhbar bahawa semua wartawan akan diberi tag khas sebagai pengenalan untuk mereka menjalankan tugas tanpa gangguan.

Tidak sebagaimana Himpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini yang mendapat liputan meluas dan publisiti percuma dari kenyataan pihak berkuasa kali ini HKR seolah-olah tidak ujud di mata mereka. Apakah mereka telah serik memberikan maklumat terkini melalui kenyataan-kenyataan Pak Menteri, Pak Polisi dan lain-lain.

Oleh kerana itu, kita sebagai rakyat kita mesti prihatin dan 'smart' dalam mengenali dan menganalisis strategi musuh yang licik dan berbelit-belit bagi menghalalkan semua niat dan tindakan mereka menghalang kemaraan rakyat membentuk sebuag kerajaan baru pada PRU 13 nanti.

Sesungguhnya Darurat atau Mageran bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah rakyat. Ianya hanyalah perbuatan sia-sia yang memundurkan negara kita. Banyak masa terbuang, banyak duit ter'hangus", pa yang penting

TOLONG SAHKAN MAKLUMAT INI. PUSAT TAHANAN SEMENTARA DAH SIAP, ANGGOTA DIARAH TURUN KE KL?

Tolong sahkan maklumat ini:-

1) Pusat Tahanan Sementara telah siap untuk menampung peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013

2) Anggota-anggota dari luar diarah turun ke KL dan menginap di Pulapol.

3) Latihan telah diberikan kepada anggota-anggota untuk menghadapi situasi pada 12 Jan 2013.

TOLONG SAHKAN INFO INI?????????????????

TUAN GURU UMUQ 85 TURUN HKR TAKKAN ANAK MUDA MANDOM KOT

Tuan Guru Salleh Musa yang berumur 85 tahun mengesahkan akan bersama dengan rakyat Malaysia pada Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini. Walaupun usia beliau sudah lanjut namun semangat Tuan Guru tetap hebat seperti yang ditunjukkan oleh beliau semasa Bersih 3.0 lalu.

Takkan rakyat yang lebih muda beliau takut untuk turun Sabtu ini malulah ......................

HKR 112 AKAN PANAS !!! : TANDA-TANDA AWAL SUDAH ADA

Polis meminta para wartawan media yang akan menjalankan tugas pada HKR Sabtu ini  supaya memakai tag khas yang diberi oleh Polis bagi memudahkan mereka dikenali. Apakah ini tanda-tanda HKR kali ini akan panas sebagaimana Bersih 3.0

Apakah Polis akan mengganas bagaikan orang yang dirasuk terhadap rakyat pada kali ini. 


Menurut seorang Pegawai Polis (yang dipetik dari portal Malaysiakini),  tindakan Polis memberikan tag istimewa bagi mengelakkan peristiwa seperti semasa Himpunan Bersih 3.0 berulang di mana ramai wartawan dibelasah dan dikasari oleh Polis.

Malangnya walaupun pelbagai bukti dalam bentuk video, gambar dan saksi dikemukakan kepada pihak berwajib sehingga kini tidak ada seorang pun anggota Polis yang dihadapkan ke mahkamah walaupun peristiwa itu telah berlangsung 8 bulan lalu.

Sehingga  kini walaupun AJK HKR telah memohon untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai venue HKR, namun tiada jawapan diterima.
 
Semalam Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil yang mengetuai delegasi ke pejabat pengurusan tersebut di Kuala Lumpur berkata Pakatan cuba mendapatkan kebenaran tersebut sejak dua minggu lalu namun tidak berjaya.

Katanya, sekretariat himpunan berkenaan mengutus surat kepada Tabung Amanah Warisan Merdeka pada 26 Disember tahun lalu untuk menggunakan stadium berkenaan, selain membuat panggilan telefon.

Delegasi berkenaan hadir ke pejabat berkenaan hari ini memandangkan mereka tidak mendapat apa-apa jawapan daripada permohonan tersebut.

Bagaimanapun, ketibaan mereka disambut pengawal keselamatan yang menghalang mereka daripada bertemu pengurusan berkenaan yang didakwa "sedang bermesyuarat".

Kecewa selepas menunggu lebih sejam, setiausaha AMK Julailey Jemadi kemudiannya memberitahu pemberita bahaw beliau kecewa dengan pengurusan berkenaan.

"Menyedihkan kerana layanan mereka tidak mencerminkan budaya Malaysia," katanya.

GEMPAR PROGRAM DAP TIADA ORANG DATANG???

JOM TENGOK!!!..BERITA GEMPAR BERGAMBAR!!!!!... CERAMAH UBAH ANJURAN DAP DI TRIANG, PAHANG.. 

KOSONG DAN LENGGANG...KAUM TIONGHUA SUDAH 100% TOLAK PERJUANGAN DAP/PR?????? 

Omakkau memang terkejut sungguh bila diberitahu yang ceramah UBAH anjuran DAP di Triang, Pahang malam tadi langsung tidak mendapat sambutan.

Kerusi hampir 100% kosong tanpa ada seorang pun penghuni... Kaum Tionghua sudah dikatakan menolak DAP dan berhijrah menyokong padu MCA/Gerakan/BN???????

Setahu Omakkau DUN Triang adalah kubu kuat DAP untuk sekian lama.

DUN Triang diwakili oleh parti DAP semenjak 5 penggal berturut-turut.

Kini ADUNnya ialah YB Leong Ngah Ngah.

Rupa-rupanya gambar (A) ialah suasana seblum ceramah bermula.. Dalam peringkat persediaan..Memanglah tiada penghuni dikerusi.

Gambar (B) ketika ceramah baru nak bermula... Ribuan penduduk tempatan manjoritinya dari warga kaum Tionghua hadir.

Sebab, mengikut kaji selidik para pengamat dan penganalisis politik tanah air....Hampir 80% warga Tionghua tolak MCA/Gerakan/BN.

Ada yang meramalkan jika gabungan MCA/Gerakan boleh dapat 10 kerusi parlimen.. Mereka dianggap menang.

Sebab itu salah satu sebab utama Najib Razak masih ketakutan menggeletar kepala lutut tidak berani nak bubarkan parlimen.."jangan mare haa"-OMAKKAU!!!!


Sumber : FB Bus Man

HKR GUNA STADIUM MERDEKA : JANJI TIDAK DITEPATI

Kita masih ingat bagaimana Perdana Menteri berkata bahawa sesiapa sahaja akan dibenarkan untuk menggunakan stadium jika mahu berhimpun bagi mengelakkan gangguan ketenteraman awam. Namun ianya hanyalah menanam tebu di bibir mulut apabila tiada sebarang jawapan diterima oleh jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sehingga semalam.

Media semalam melaporkan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dijadual untuk diadakan berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu ini belum ada keputusan daripada pihak pengurusan stadium terbabit.
Perhimpunan aman anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat melahirkan kekesalan itu, apabila permohonan mereka untuk menyewa, sekali gus menggunakan stadium bersejarah itu sebagai lokasi utama perhimpunan kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak mendapat maklum balas positif daripada Merdeka Heritage Trust.

Menurut Setiausaha Kerja Himpunan Kebangkitan Rakyat, Adib Ishar, permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka telah dikemukakan kepada pengurusan stadium pada 26 Disember lepas.
Bagaimanapun sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat sebarang maklum balas ataupun surat kelulusan penggunaan kemudahan itu.
Nampak jelas ketakutan dan kegusaran pihak pentadbiran Najib yang langsung tidak berani berdepan dengan rakyat dan pimpinan PR. Ajak berdebat dia takut, ajak berforum/muzakarah/debat tentang isu 'amanat' kecut perut, semuanya tidak berani. Di mana sifat seorang negarawan unggul jika pengecut dan penakut menjadi 'pakaian' Najib.
Satu kelainan yang dapat dilihat kali ini ialah pihak media pencacai dan pimpinan Umno/BN sendiri nampaknya mengambil jalan selamat dengan tidak membuat sebarang komen dan ulasan tentang HKR kerana mereka bimbang ianya akan memberikan publisiti percuma kepada HKR sebagaimana Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 di mana rakyat turun  dengan ramai lantaran publisiti meluas yang dibuat oleh media pencacai Umno/BN.
Kini mereka mengambil jalan selamat dengan berdiam diri bagi 'menyejukkan' keadaan supaya rakyat tidak sedar bahawa adanya himpunan besar di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

07 January 2013

CAKAP BERDEGAR-DEGAR, MASALAH AIR DI PARLIMEN SENDIRI GAGAL DIATASI

Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.

Beberapa blog memetik sumber mahasiswa UMP berhubung perkara itu masalah yang berlarutan itu yang berpunca daripada tekanan air yang rendah di kawasan parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Akibatnya, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Najib agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf turut memberi respons berhubung masalah tersebut.


Cakap berdegar-degar tentang Transformasi, janji ditepati, rakyat didahulukan, NKRA dan sebagainya. Tetapi masalah air yang kecil di dalam 'kelambu' sendiri pun di Pekan gagal diatasi. Macam-macam fitnah tentang air dilemparkan kepada kerajaan negeri Selangor tetapi yang pasti di Pekan sudah bertahun masalah air di UMP dan sekitarnya gagal diatasi.

Isu ini pernah diceritakan kepada saya setahun lebih yang lepas oleh seorang rakan saya yang anaknya menuntut di UMP. Malah anaknya terpaksa balik ke Melaka kerana bosan dengan ketiadaan air di kampus UMP. 

KASIHAN BLOGGER PENCACAI UMNO, RAYU SELESAI KES DI LUAR MAHKAMAH


GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.


Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah.

"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.

Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.

Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini.

Kasihan kawan lama aku semasa di Matrik USM dahulu nih. Dah lah buat kerja fitnah orang lepas tu tak dapat sediakan peguam untuk pertahankan diri. Mana pergi kawan-kawan hang pencacai Umno tu.

Aku tahu siapa hang sebenarnya. Masa hang hentam pimpinan PAS dan PR hang tak usul periksa main hentam je. Sekarang baru hang tau langit tinggi ke rendah.

Itu sebab, kalau mau bicara atau tuduh orang lain, kita mesti ada bukti supaya kita enggak bisa disaman oleh orang lain.

Nah, sekarang apa sudah jadi. Di mana perginya teman-teman kamu yang lain. Bagaimana bisa mereka menjauhkan diri dari mu. Rekan ketawa memang ramai, rekan menangis sukar dicari ................

Sumber : Zainulfaqar.

SELAGI UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION TAK MATI SELAGI ITU ISU 'AMANAT HJ HADI' AKAN DIMAINKAN


KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno kafir, namun amanatnya yang disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan oleh pihak sehingga menimbulkan kontroversi.


Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.



“Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan mereka ketika dahulu, ‘politik suku agama suku’ (politik asing agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini menjerat diri mereka sendiri.



“Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu,” katanya ketika berucap pada forum ‘Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan Umno Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin.



Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah.



Dalam perkembangan isu terbabit, Nasaruddin berkata, perlu diingat sebelum ini pada tahun 2001, Hadi pernah menyatakan kesanggupan berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan apabila tiba masanya pengerusi majlis terbabit membatalkan muzakarah itu.



“Sekarang isu ini diungkit kembali oleh Umno, dan Presiden kita (Hadi) bersedia menjelaskan amanat yang diucapkannya di stesen RTM dan TV3 namun niatnya tidak disokong kerana ada pihak yang menentang dan menyatakan penjelasan itu boleh dibuat di dalam media lain dan bukannya arus perdana.



“Sepatutnya kedua-dua stesen televisyen inilah yang memberi peluang kepada Hadi, disebabkan TV3 dan RTM yang sering memainkan isu ini dan menyerang hadi secara terang-terangan,” katanya.



Beliau berkata, apa yang lebih menghairankan juga Hadi sendiri tidak pernah menerima sebarang surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan kenyataannya itu bercanggah dengan ajaran Islam.



“Hanya ditempelak oleh dua mufti iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Hadi menarik balik amanatnya berkenaan.



“Mereka kata amanat ini sesat, Hadi kena bertaubat, sepatunya mereka beri peluang dulu, biar beliau terangkan dan selepas itu nilai kembali apa yang dinyatakan sebelum membuat tuduhan,” katanya.

Komen : Satu penjelasan yang patut memberikan kefahaman kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang sering menjadikan Kitab Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV1-9 sebagai rujukan.

Sumber : SinarHARIAN.

MANA KELIBAT ULAMA MUDA DALAM ORGANISASI UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)?

Sekretariat Ulama Muda dalam United Malay National Organization (Umno) hanyalah bayangan dan 'syok' sendiri. Ianya tidak ujud dalam struktut organisasi United Malay National Organization (Umno).

Berbeza dengan Parti Islam SeMalaysia Ulama diletakkan sebagai institusi paling tinggi mengawal halatuju dan dasar PAS. Malah ianya diperkukuhkan lagi dengan satu lagi sayap iaitu Dewan Ulama' PAS Pusat.

PAS terbukti menginstitusikan Ulama dalam perlembagaan dan struktur partinya. Ulama menjadi pengawal dan pakar rujuk dalam semua perkara. Semua keputusan besar melibatkan dasar perjuangan parti seperti Tahaluf Siyasi dan sebagainya diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Presiden tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan keputusan secara sendiri.

Berbeza dengan United Malay National Organization yang memberikan kuasa penuh kepada Majlis Tertinggi  untuk membuat keputusan. Sebenarnya keputusan Majlis Tertinggi itu adalah keputusan Presiden kerana semua Ahli MT hanya menjadi 'Yes Man' kepada Presiden, takut karier politiknya mati sekerat jalan jika membantah keputusan Presiden.

06 January 2013

SIAPA PERKECILKAN HUKUM HUDUD??


SIAPA HINA HUKUM HUDUD???


SIAPA HINA SUNNAH NABI - JANGGUT?


AL QUR'AN PERLU DITAFSIR SEMULA - SIAPA KATA?


ABOU DIABY HAFAZ 19 JUZUK


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter