MENANTI DURIAN TAK GUGUR - JAWAPAN DR NAJIB-ROSMAH TENTANG DAKWAAN DEEPAK

Sudah berbulan-bulan Peniaga Karpet kawan baik FLOM, Deepak Jaikishan membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan yang berat dan memualkan kepada FLOM dan Najib. Namun sampai sekarang tiada jawapan dibuat oleh FLOM. Apakah FLOM mengambil pendekatan diam membisu atas nasihat APCO atau memang FLOM dan suaminya tiada jawapan konkrit.

Apa yang lebih menghairankan, berani sunggu Deepak Jaikishan (DJ) membuat tuduhan yang dahsyat itu. Sedar atau tidak DJ bahawa di Malaysia macam-macam sejarah telah berlaku. Ada orang dibunuh dengan C4 hancur berkecai, ada orang yang dibunuh puluhan tahun lalu tetapi sampai sekarang pun kesnya tidak selesai. Bukan seorang kesnya tidak selesai ramai .............Arwah Norita, Arwah Mustakizah dan lain-lain sampai hari ini entah siapa yang bertanggungjawab membunuhnya. Malah terdapat ahli-ahli politik yang dibunuh antaranya Arwah Dato Taha, Dato Mazlan Idris dan sebagainya. Tak takut ke DJ .......

Ramai beranggapan bahawa DJ berani kerana dia ada perisai dan pendinding. 'Bomoh Siam' mana yang melindunginya atau Bomoh India mana yang mementerakan beliau hingga semua samseng Kampung Dusun tak berani usik DJ. Rakyat mengharapkan supaya pihak terbabit menyaman DJ supaya nama baik PM dan FLOM yang disayangi tidak busuk di mata dunia. Jangan tambahkan busuk dan hapak kamu dengan isu ini setelah isu-isu lain berkaitan Scorpene, Altantuya dan sebagainya masih belum terjawab sepenuhnya.

Persoalannya siapa bomoh Siam dan India itu, Episod mengacau dan memaksa orang turun dari 'takhta' ini bukan baru. Tengku, Dr M, Pak Lah pernah menghadapi keadaan yang sama. Apakah ia tidak boleh terjadi kepada orang lain.

Tetapi sedarlah wahai Bomoh Siam dan India sesiapa pun yang dilantik menerajui 'kapal' ini tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kapal 'Syaitan Yang Dikenali' kerana kalau syaitan maka perangainya sudah tentu macam syaitan.

Rakyat amat berharap PM dan FLOM bersih. Jangan takut saman sahaja DJ dan semua orang membuat tuduhan supaya nama baik kamu berdua dibersihkan.


Comments