.

.

01 October 2010

BN TERSEPIT : TERPAKSA AMBIL KU LI JADI CALON GALAS

BN kemungkinan besar terpaksa menamakan Ketua Umno Gua Musang, Ku Li untuk menjadi ayam sabung mereka di Galas. Mereka tiada pilihan kerana calon-calon lain dilihat tidak mampu menyekat kemaraan PAS yang semakin mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia termasuk di Galas.

Congak punya congak, pemimpin Umno tidak nampak calon lain yang mampu menyaigi calon PAS yang sebenarnya sudah dikenalpasti. Calon-calon selain Ku Li semuanya 'lembik' dan tidak mampu menewaskan PAS. Akhirnya Umno terpaksa mengambil 'sepah' setelah semua 'madu' menjadi 'madu' beracun untuk mereka.

Memang Umno sentiasa dalam dilema pada setiap kali PRK dalam memilih calon. Silap pilih calon mereka akan tersungkur seperti dalam PRK-PRK sebelum ini khususnya di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Umno sebenarnya tidak mampu untuk tewas lagi lebih-lebih lagi mereka baru sahaja dimalukan oleh rakyat Sibu beberapa bulan lalu. Umno tidak sanggup untuk tewas sekali lagi. Lantaran itu tidak hairanlah kalau Umno meletakkan Ku Li sebagai calonnya di Galas.

Jika Ku Li menang Umno akan mendabik dada bahawa Umno sudah kembali disokong rakyat Kelantan. Andai Ku Li Umno juga gembira kerana politik Ku Li di Gua Musang sudah sampai ke penghujungnya. Umno akan mendakwa bahawa Ku Li sudah menjadi besi buruk atau Kuda Tua yang sudah tidak berguna lagi. Rakyat sudah membuangnya.............

MUHYIDDIN TAKUTNYA IMEJ TERCALAR

Muhyiddin tidak mahu melantik dirinya menjadi Pengarah PRK Galas lantas 'mentaici'nya kepada Ku Li. Bagi saya semua itu adalah mainan politik Muhyiddin agar nama dan imejnya tidak jatuh andaikata BN/Umno kecundang di Galas.

Beliau memang tidak yakin 100 % BN akan menang di Galas, andaikata beliau yakin BN menang sudah tentu beliau akan memimpin jentera BN itu.

Beliau serik kerana seringkali BN/Umno tewas jika beliau menjadi Pengarahnya. Itulah sebabnya kali ini beliau menyerahkan kepada Ku Li menjadi 'panglima' perang Umno/BN.

Pada masanya jika BN tewas sudah tentu nama Ku Li akan terus lenyap kerana mereka akan mendakwa bahawa pengaruhnya sudah luntur dan sudah sampai masanya Ku Li dinyahkan dari Gua Musangd dan Umno.

30 September 2010

MAHUKAH KU LI DIPECAT UMNO?

Apakah Ku Li termakan dengan pujukan Umno melantik beliau sebagai Pengarah PRK DUN Galas?

Atau apakah Ku Li akan tetap pendiriannya menyokong tuntutan PAS dan rakyat Kelantan yang mahukan royalti diberikan kepada Kelantan? Jika itu pendirian Ku Li apakah Ku Li sanggup dipecat dari Umno?

Semua ini akan terjawab semasa kempen PRK Galas yang kemungkinan besar akan berlangsung pada pertengahan atau hujung Oktober maupun awal November.

Ku Li yang pernah derhaka kepada Umno dengan menubuhkan Semangat 46 tidak mustahil mengulangi tindakan beliau keluar dari Umno. Beliau antara pemimpin Umno yang dilihat mempunyai sedikit prinsip, berani menyatakan pendirian menyokong rakyat Kelantan dalam isu royalti.

Adalah diharapkan Ku Li akan tetap dengan pendirian asalnya menyokong rakyat Kelantan yang menuntut royalti minyak ini walaupun terpaksa berdepan dengan Umno di Galas.

Apalah salahnya beliau memimpin jentera Umno di Galas tetapi pada masa yang sama menyokong pendirian PAS dan rakyat Kelantan dalam isu royalti minyak ini. Mungkin dengan sokongan ini rakyat akan melihat Ku Li sebagai pemimpin yang tegas dan berprinsip.

UMNO TAKUT KU LI

Umno terpaksa melantik Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihanraya Umno PRK Galas. Tindakan ini dilihat sebagai luarbiasa kerana dalam PRK sebelumnya Pengarahnya mestilah Timbalan Presiden Umno ataupun Naib Presiden Umno. Terbukti Umno takut kepada Tengku Razaleigh Hamzah kerana pengaruh beliau yang kuat di Gua Musang.

Jarang sekali perkara sebegini berlaku. Sepatutnya Ku Li boleh membaca strategi Umno yang menggunakan pengaruhnya bila terdesak tetapi melihatnya macam sampah pada waktu yang lain terutama semasa pemilihan.

Adalah diharapkan Ku Li sedar dan tidak menjadikan ‘pujukan’ Umno ini sebagai batu loncatan untuk menghentam PAS dan rakyat Kelantan dalam isu royalti. Kalau sebelum ini Ku Li lantang dan senada dengan PAS dalam isu royalty ini, maka diharapkan beliau tidak membuat pusingan ‘U’ 360 darjah semasa PRK Galas nanti.

Ku Li sepatutnya sudah matang dengan sepak terajang Umno yang sentiasa menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara bagi mencapai niat dan hasrat nafsu mereka yang tamak haloba.

Walaubagaimana pun PAS tidak akan gentar dan setiasa bersiapa siaga 24 jam untuk berdepan dengan Umno/BN walau siapa calon dan Pengarah Pilihanraya Umno. Prestasi hebat dan sikap mesra PAS kepada rakyat khasnya di Galas sudah tentu menjadi senjata utama untuk menafikan BN dari merampas kerusi DUN Galas ini.

29 September 2010

MENANTI KU LI SERTAI PAS/PR?

Sejak akhir-akhir ini Ku Li kelihatan senada dengan PAS dan PR khasnya dalam isu royalti minyak Kelantan. Beliau seringkali tidak menghampakan rakyat Kelantan bila diundang memberikan ceramah tentang isu royalti minyak walaupun penganjur kerajaan negeri Kelantan atau PAS sendiri.

Tindakan beliau itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno khasnya Umno Kelantan yang melihat Ku Li seolah-olah cenderung dan menyokong PAS/PR.

Namun penantian rakyat untuk melihat Ku Li bersama PAS/PR dalam wadah politik yang sama tidak kesampaian juga. Ku Li tetap mahu bersama Umno walaupun beliau dipermainkan oleh Umno beberapa kali sejak zaman Dr Mahathir lagi. Sudah banyak kali beliau cuba menentang Presiden Umno pada pemilihan parti itu tetapi beliau seringkali tewas angkara tidak adanya demokrasi dalam Umno lantaran kegagalan beliau memperolehi 2 pencalonan minima dari Bahagian. Beliau hanya berupaya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagian beliau sendiri iaitu Gua Musang.

Namun hari ini media melaporkan bahawa Ku Li akan tetap bekerja kuat membantu Umno pada PRK Galas nanti.

Laporan itu menyebut bahawa Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala PAS pula berharap pemimin veteran Umno itu akan mengambil sikap 'low profail' dalam pilihan raya kecil Galas nanti.

Tengku Razaleigh yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu.

“Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, Umno bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kerusi yang pernah menjadi kubu BN.

Katanya, buat masa ini beliau masih sibuk dengan tugas penting yang perlu diselesaikan dulu di luar negara dan menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awalnya.

Beliau percaya timbalan ketua Umno bahagian Mat Yusoff Ab Ghani, naib ketua Datuk Nozula Mat Diah dan setiausahanya Ab Aziz Yusoff mampu berbuat demikian.

Ternyata Ku Li masih tidak mahu meninggal parti yang beliau sendiri cemuh dan kritik. Apa yang menyebabkan beliau masih sayang kepada Umno tidak pula kita ketahui. Namun begitu ahli PAS tetap menanti bila agaknya Ku Li akan menyertai PAS atau parti-parti PR yang lain????

PRK GALAS : BN PUTIH MATA

Sokongan kepada PAS semakin meningkat di seluruh negara. Itu realiti yang tidak dapat disangkal lagi. Setiap bulan ribuan rakyat memohon untuk menjadi ahli PAS terutama anak muda.

Di Kelantan sokongan rakyat kepada PAS semakin ketara sejak akhir-akhir ini ekoran kezaliman kerajaan pusat yang mendera rakyat Kelantan dengan menafikan hak mendapat royalti petroleum. Rakyat Kelantan yang menyokong PR bahkan penyokong serta ahli Umno sendiri marah kepada Umno/BN. Lantaran itu tidak syak lagi PAS akan menang pada PRK Galas ini.

Malah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan keyakinan PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Dun Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Tuan Guru menyatakan demikian berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia ditambah lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya PAS akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil nanti dari kalangan anak tempatan.

“Kita mempunyai ramai anak tempatan yang berwibawa,” ujarnya pada majlis penyerahan notebook kepada pelajar sebuah kolej di sini, sebentar tadi.

3,000 ATAU 500 ORANG ZIARAH JENAZAH CHE HASHIM?

Dalam laporan orang meninggal dunia pun Utusan cuba putarbelitkan jangan laporan lain sudah tentu mereka akan lakukan demikian.

Semalam Harakahdaily melaporkan 3,000 orang menziarahi dan menyembahyangkan jenazah Allahyarham YB Che Hashim Sulaima tetapi hari ini Utusan melaporkan hanya 500 orang sahaja yang hadir.

Yang mana satu benar 3,000 atau 500. Jauh benar beza bilangan tersebut. Kalau beza 100 atau 200 orang mungkin tersalah kira tetapi kalau sampai bezanya 2,500 orang adakah ianya salah kira atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar.

Inilah perangai Utusan yang baca boleh percaya jangan. Setiap kali program melibatkan PR sudah tentu bilangan hadirin akan dikurangkan 50-80 % dari jumlah hadirin sebenar.

Dalam laporannya hari ini Utusan menyebut bahawa kira-kira 500 penduduk di kawasan tersebut hadir pada majlis pengkebumian tersebut. Tidak pula disebut akan fakta bahawa 3,000 orang hadir semasa solat jenazah dan menziarahi jenazah Allahyarham.

Inilah 'standard' Utusan media pengampu, pembohong, fitnah, putarbelit dan sebagainya.

RAKYAT GALAS AKAN 'GIGIT' BN KERANA ISU ROYALTI

Rakyat Kelantan khususnya pengundi Galas mempunyai peluang untuk 'menggigit' BN kerana kezaliman kerajaan BN pusat menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapat royalti petroleum.

Kezaliman BN ini wajib diajar dengan pukulan maut di Galas seelok-eloknya BN dikalahkan dengan majoriti besar sehingga hilang deposit.

Orang zalim dan mabuk kuasa seperti BN ini memang susah diajak berunding kerana sikap tamak haloba yang bersarang di hati mereka sehingga tidak kisah halal haram dalam agama.

Dendam kesumat mereka terhadap rakyat Kelantan kerana memilih PAS sejak 1990 tidak pernah padam sehingga kini bermula dengan penubuhan JKKP menggantikan JKKK sehingga kemuncaknya penafian royalti petroleum ini.

Inilah sikap mereka yang tidak pernah mengamalkan demokrasi dan sistem federalisme yang menjadi anutan mereka sejak dahulu. Malangnya mereka sendiri yang melanggar segala peraturan dan perlembagaan.

Jadi memang wajar dan patut mereka dihukum dengan seteruk-teruk hukuman iaitu dengan memalukan mereka di Galas melalui kertas dan tong undi.

UMNO TIDAK PERLU LETAK CALON DI GALAS

Saya menggesa Umno supaya tidak meletakkan calon pada PRK Galas atas alasan di bawah :-

1) Peluang untuk Umno/BN menang adalah 50:50

2) Jika Umno/BN menang pun ianya tidak menjejaskan kekuatan Kerajaan Negeri Kelantan kerana jika menang BN hanya mempunyai 7 kerusi sahaja di DUN Kelantan.
3) Jika benar Umno memperjuangkan Melayu biarkan sahaja calon Melayu dari PAS menang tidak bertanding di Galas

4) Untuk menjimatkan wang kerana jika Umno/BN bertanding sudah tentu jutaan ringgit akan hangus digunakan oleh mereka untuk merasuah dan menyogok rakyat.

5) Untuk menjimatkan duit rakyat yang akan digunakan SPR untuk menguruskan PRK Galas jika ada pertandingan.

6) Untuk menjimatkan duit rakyat kerana sudah tentu jentera kerajaan akan digunakan untuk membantu Umno/BN berkempen. Agensi-agensi kerajaan ini sudah lama dipaksarela oleh Umno/BN bagi membantu mereka.

7) Rakyat boleh terus menjalankan aktiviti harian tanpa diganggu dan disibukkan dengan aktiviti kempen.

28 September 2010

KIRA-KIRA 500 AHLI PAS KELUAR PARTI DI DUN GALAS!!!

Kira-kira 500 ahli PAS keluar parti di DUN Galas kerana tidak yakin dengan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri dari beberapa orang Ketua Cawangan dan ahli-ahli PAS yang sudah lama berjuang dengan PAS.

Salah seorang jurucakap kumpulan tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka sudah muak dengan PAS dan kerajaan negeri kerana hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu mentadbir dan tidak tahu buat kerja.

Ini adalah antara contoh berita-berita yang sudah pasti akan dimuatkan di dalam media pengampu BN tidak lama lagi sebagai bahan kempen BN untuk meraih sokongan rakyat di DUN Galas.

Selain dari berita di atas kemungkinan tajuk-tajuk berita lain ialah :-

a) Kelantan negeri mundur
b) DUN Galas tiada pembangunan
c) Ramai orang miskin di DUN Galas

dan sebagainya ..............Tunggulah kemunculan penipuan dan pembohongan media pengampu ini tidak lama lagi.

CERITA MENARIK : TAUKE JUDI KATA JUDI HARAM

Menarik sungguh kisahnya apabila 'tauke' judi sendiri menyatakan haram memberikan duit judi kepada orang miskin sedangkan dialah orangnya yang mengeluarkan lesen judi, menggunakan duit judi, makan dan minum dengan hasil judi dan sebagainya. Sejak bila pula 'tauke' judi ini tahu dan mengambilkira tentang haramnya judi sedangkan sebelum ini merekalah yang beriya-iya mahu mengeluarkan lebih banyak lesen judi termasuk lesen judi bola.

Syukurlah jika mereka sudah insaf dan tidak mahu rakyat miskin makan hasil judi. Tetapi yang menariknya mengapa mereka terus membenarkan judi beroperasi di negara kita dengan memberikan lesen dari sekecil-kecil judi sehinga sebesar-besar pusat judi seperti di Genting Highland. Apakah benar mereka ini sudah insaf dan tidak mahu kepada duit judi lagi.????

Sehari dua ini riuh cerita pasal kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan RM100 judi kepada warga emas menggunakan duit dari hasil syarikat judi. Macam-macam mereka kata dan dakwa. Gelagat mereka lebih dari seorang Ulama' besar yang muktabar lagi karomah. Tetapi mereka ini tidak pula menegur bapak segala bapak judi yang mengeluarkan lesen judi sejak dahulu, kini dan diharapkan tidak selamanya.

Turun temurun lesen judi di'approve'kan oleh puak-puak mereka tidak ada pula 'ulama' dan rakan yang sewaktu dengan 'ulama' ini menegur kemungkaran ini.

Laporan Harakah tentang isu ini

Umno dengan judi macam kembar siam
Idris Ahmad

PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.

Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram.

Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad.

Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno.

Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor.

ORANG ISLAM SENTIASA BERSIAP 24 JAM - TOK GURU NIK AZIZ

"Persiapan Pas seperti biasa, kita orang Islam bersiap sedia 24 jam, selama-selamanya. Tidak mesti siap untuk pilihan raya tetapi siap sedia lawan nafsu dan godaan syaitan."

"Kita sentiasa bersiap, mati tidak ada amaran, anak dalam perut pun mati. Kita tidak keluar arahan lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu semalam.

Tok Guru berkata demikian ketika ditanya media tentang persiapan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Galas.

27 September 2010

YB CHE HASHIM MENINGGAL

Baru sebentar tadi saya mendoakan semoga ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus, dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru cepat sembuh dari penyakitnya dan kembali berkhidmat untuk Islam.

Namun beberapa saat tadi saya mendapat maklumat YB Che Hashim telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 4.34 petang tadi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan roh para anbia, syuhada dan muttaqin. Amin.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

KHURAFAT : AMABIL TINDAKAN TEGAS UNTUK BASMI

Saya mengharap pihak berwajib mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap amalan khurafat yang dilakukan individu tertentu di negeri Melaka. Gejala ini amat merbahaya kerana ianya boleh menular dan menjadi kronik jika tidak dibendung.

Hari ini media melaporkan bahawa sebuah kubur lama berusia lebih 100 tahun di Kampung Pengkalan Rama Pantai, di sini dicemari pemuja kubur yang membalut batu nisan dengan kain kuning, lilin merah dan colok serta dipenuhi bekas kemenyan yang dipercayai menjamu makhluk ghaib.

Meskipun Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bertindak tegas terhadap pemuja kubur lama seperti yang berlaku di Pulau Besar suatu ketika dulu, namun amalan itu seolah-olah berjangkit terhadap satu daripada 10 kubur lama di kampung itu.

Kubur lama itu jelas berada di kawasan bandar tetapi ia agak tersorok dari pemandangan umum akibat terlalu dibiarkan tanpa pembelaan daripada mana-mana pihak kecuali pemuja saja.

SEKOLAH MENGANDUNG : BOLEH HARAP ATAU TIDAK?

Isu buang bayi, kehamilan luar nikah dan pelbagai masalah sosial khususnya di kalangan remaja hebat diperkatakan baik oleh para menteri, isteri menteri, ahli politik dan ahli ahademik mahu pun masyarakat umum. Pelbagai saranan, pendapat, cadangan dan program baik yang masuk akal dan munasabah mahupun yang “separuh masak” dan dangkal dilaporkan di akhbar serta radio dan televisyen.

Inilah masalah yang melanda negara kita. Bukan setakat masalah sosial yang melanda tetapi masalah kecelaruan pemikiran pada pemimpin mengenai sesuatu isu dan bagaimana menanganinya. Inilah masalahnya apabila ada golongan yang sangat cepat mengeluarkan idea tetapi tidak berlandaskan fakta daripada penyelidikan yang terperinci. Walau pun masalah ini telah dikesan sejak sekian lama tetapi dek kerana sikap “ambil mudah” dan “tidak serius” maka masalah sosial itu berterusan atau berulang. Saya pernah ditanya oleh wartawan Berita Harian pada tahun 1996 mengenai isu buang bayi, tetapi setelah lebih 10 tahun masalah berkaita bukan sahaja tidak selesai atau berkurangan bahkan makin meningkat.

Sehingga ini tidak ada penyelidikan yang serius mengenai isu kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi walaupun ramai yang sedar masalah itu makin membarah. Saya dan beberapa orang rakan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah selama dua tahun (dari 2008 hingga 2009) dengan peruntukan Geran Penyelidikan Universiti yang bernilai RM70,000 itu telah dipotong kemudiannya. Menjangkakan sukarnya untuk mendapat data mengenai hal tersebut, kami telah bersetuju untuk mengambil kes yang dirujuk di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Atas beberapa sebab semua kes yang direkodkan dari tahun 2004 hingga 2008 sahaja yang telah kami ambil.

Mendapatkan geran penyelidikan untuk mengkaji isu-isu berkaitan masalah sosial kurang mendapat tempat. Proposal penyelidikan selalu ditolak oleh penal penilai dengan alasan tidak ada “produk yang boleh dikomersialkan”. Walaupun geran yang dipohon jarang mencecah jutaan ringgit sebagaimana penyelidikan dalam sains dan teknologi tetapi kebanyakannya ditolak atas alasan tadi. Demikianlah nasib proposal penyelidikan dalam bidang sains sosial kerana statusnya yang dipandang lebih rendah daripada bidang sains tulin dan gunaan. Pernah orang membuat “lawak” dengan berkata “oh penyelidikan so sial” (sangat sial).

Mengetahui kami ada menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah, salah sebuah agensi kerajaan telah menunjukkan minat terhadap penyelidikan kami. Atas minat dan saranan yang ditunjukkan oleh agensi tersebut jugalah satu kertas cadangan penyelidikan telah dikemukakan. Malangnya setelah hampir dua tahun, pihak berkenaan masih berdiam diri tidak menyatakan sama ada masih berminat atau tidak dengan proposal penyelidikan berkenaan. Antara jawapan yang diberikan ialah tiada ada wang, tidak boleh diberi terus kepada satu kempulan penyelidik sahaja dan perlu dibuat tender terbuka. Perkembangan terbaharu ialah pegawai yang ada di jabatan berkenaan diminta membuat kajian dan dan menganjurkan program sendiri bagi ujuan menangani isu tersebut.

Itulah sebahagian daripada senario yang berlaku di negara kita. “Malaysia boleh”, semua orang boleh membuat apa sahaja, dalam konteks ini pegawai yang tidak ada latar belakang sosiologi, antropologi atau psiokologi dipertanggung-jawab untuk menjalankan penyelidikan dan program bagi menangani masalah sosial yang serius itu. Dia sebabkan kurang kompetennya dan tidak ada pengalaman menjalankan penyelidikan, beliau meminta jasa baik kami agar memberikannya salinan soalselidik yang telah digunakan dalam penyelidikan kami bagi memudahkan kerjanya. Persoalannya ialah di mana “ethics” agensi kerajaan yang berpegang kepada prinsip keislaman? Ini adalah satu contoh kepincangan yang berlaku. Bagaimana hasil penyelidikan boleh dianggap boleh dipercayai dan sah jika penyelidik tidak berpegang kepada etika penyelidikan dan tidak tahu prosedur dalam penyelidikan sosial. Patutlah banyak masalah sosial tidak selesai malah bertambah serius kerana bukan sahaja pihak yang bertanggung-jawab tidak serius dengan masalah yang melanda masyarakat malah menjalankan kajian pun “pakai ikut suka” sahaja.

Menangani masalah kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi bukan sekadar membuat program dan kempen serta menyediakan sekolah untuk remaja yang berkaitan. Ini kerana langkah ini bukan sahaja berat sebelah kerana si lelaki yang bertanggung-jawab menyebabkan kehamilan dan bersubahat membuang bayi berkemungkinan besar terlepas dan tidak menjalani apa-apa program pemulihan. Selain daripada persoalan penyelidikan sosial yang tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana kos penyelidikan yang dikatakan mahal walaupun hakikatnya tidak pun mencapai jutaan ringgit, kaedah menanganinya dibuat “ikut suka” tanpa perancangan yang teliti dan didasarkan kepada data atau fakta daripada penyelidikan menjadi antara sebab mengapa masalah sosial di negara ini tidak selesai-selesai malah makin bertambah.

Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang sains sosial (sosiologi keluarga), saya kira sudah sampailah masanya pihak berkuasa meneliti semula apa yang telah dilakukan selama ini dalam menangani masalah sosial remaja dan masalah sosial yang lain. Bolehkah di letakkan harapan kepada Sekolah Harapan di Melaka itu? Apakah program atau kurikulum yang dirancangkan untuk penghuninya? Sudahkah dibuat kajian yang rapi dan terperinci sebelum sekolah itu dibuka? Ini kerana mereka yang bakal menjadi penghuninya sudah pasti datang dari latar belakan keluarga, sosioekonomi dan etnik yang berbeza. Sebab mereka hamil juga berbeza; ada yang disebabkan rogol, paksaan, sumbang mahram atau suka sama suka.

Saya berpendapat bahawa meletakkan para remaja di institusi bukanlah satu penyelesaian kepada masalah berkenaan. Saya kira semua pihak harus sedar dengan hakikat atau kenyataan sebenar dalam hidup. Remaja yang terlibat harus kembali kepada keluarga. Keluarga dan komuniti perlu memikul tanggung-jawab membimbing remaja-remaja berkenaan. Semua pihak baik remaja yang terlibat, keluarga mereka, komuniti di mana mereka tinggal dan membesar serta pihak berkuasa perlu berganding bahu menangani isu tersebut. Walau pun akan ada sebahagian daripada ahli komuniti yang mencemuh tetapi itu adalah perkara biasa dalam kehidupan. Keluarga mesti memikul tanggungjawab membimbing anak anak di samping mendapatkan kerjasama daripada komuniti dan komitmen kerajaan harus diberikan secara berterusan. Biarlah remaja kembali kepada keluarga, hidup dan memikul tanggung-jawab sebagai ahli keuarga dan komuniti sehingga mereka melahirkan anak dan membesarkan anak yang dilahirkan itu. Beri mereka kemahiran untuk membuat kerja produktif di samping didikan agama dan pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif dan penjagaan bayi. Ini penting agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang normal dalam keluarga dan komuniti setelah melahirkan anak, dan mempunyai cukup sumber pendapatan bagi menampung hidup tanpa perlu menyerah anak kepada ibu bapa angkat.

Seperti yang dinyatakan di atas, ibu bapa dan keluarga mungkin malu dengan apa yang berlaku. Ahli komuniti pula mungkin memandang serong. Akan tetapi ini adalah perkara biasa dalam kehidupan. Kesilapan dan dosa yang telah dilakukan adalah pengajaran untuk memperbaiki kehidupan seterusnya bukan sahaja oleh remaja berkenaan, malah kesilapan yang yang telah berlaku itu juga sebahagiannya disebabkan oleh kesalahan dan kelemahan keluarga, komuniti/masyarakat dan pemerintah juga yang lalai dengan tanggung-jawab mereka. Saya kira tentunya lebih silap lagi jika ibu bapa menyerahkan cucu mereka kepada orang lain atau mengambil bayi yang dilahirkan sebagai anak angkat sedangkan bayi itu adalah cucunya sendiri dan orang yang kemudiannya dipanggil kakak itu sebenarnya si ibu kandung. Lebih parah lagi ialah jika bayi itu dinasabkan kepada datuknya. Akan tetapi inilah hakikatnya yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat apabila keluarga memberitahu jiran tetangga yang dia mengambil anak angkat.

Memandangkan remaja yang terlibat perlu berhadapan dengan komuniti dan kehidupan sebenar dalam komunit dan masyarakat yang lebih besar maka saya kira dia perlu meneruskan hidup dalam masyarakat dan bukan melarikan diri atau membawa mereka keluar. Jika dia diberi peluang untuk meneruskan hidup secara normal berserta dengan bimbingan agama dan pengetahuan lain besar kemungkinan semua pihak akan mendapat faedah malah mungkin lebih berkat kerana wujudnya hubungan saling membantu. Sebaliknya jika remaja berkenaan di tempatkan di institusi, dia akan menghadapi masalah apabila keluar dari institusi, apabila dia perlu berhadapan dengan keluarga dan komuniti sekeliling yang mungkin akan terus memandang serong terhadapnya. Dia mungkin berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya malah seluruh komuniti. Dia juga perlu menyara hidupnya sendiri, tanpa sokongan ahli keluarga dan komuniti apabila keluarga sendiri “membuangnya”. Apabila hidupnya tidak menentu dan terumbang ambing kebarangkalian untuk dia mengulangi episod lama adalah tinggi.

Ibu-ibu muda yang ditemui di rumah perlindungan memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku atau yang mereka lakukan sehingga hamil dan mengandung. Mereka juga menyatakan rasa sedih, kesal dan bersalah dengan apa yang telah berlaku. Malangnya mereka meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat melihat bayi yang dilahirkan kerana ibu bapa telah menyerahkan anak tersebut kepada keluarga angkat dan dia tidak tahu siapa keluarga angkat tersebut. Walaupun sedar akan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan tetapi kesedihan itu berpanjangan apabila ibu bapa tidak mahu bercakap dengan mereka walaupun pernah membuat panggilan telefon ke institusi di mana dia di tempatkan. Menurut ibu muda itu dia tidak pasti ke mana dia akan pergi setelah keluar dari institusi tersebut. Bayangkan jika dia terus tinggal dalam keluarga dan komuniti, dia akan dapat meneruskan hidupnya secara normal, malah bayi yang dilahirkan itu juga boleh mendapat jagaan, perlindungan dan kasih sayang daripada ibu, datuk nenek dan saudara mara dekat. Sokongan sosial dari keluarga dan komuniti sangat penting kepada ibu muda dan anaknya itu. Justeru, sudah sampai masanya ibu bapa perlu mengenepikan rasa malu dan menjaga “air muka” sendiri tetapi mengabaikan tangggung jawab menjaga dan memberi sokongan kepada anak dan cucunya. Ini kerana kesilapan sianak sedikit sebanyak ada kaitan dengan kelalaian ibu bapa juga.

Pada saya sekolah harapan hanya sebuah projek peribadi tidak mempunyai asas yang kukuh dalam usaha menangani masalah sosial. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi ini adalah pandang saya berdasarkan alasan di atas. Dalam menangani masalah sosial, penyelidikan sosial yang terperinci dan sistematik perlu dilakukan dengan serius. “Bank data” mengenai isu sosial perlu dikumpul dengan sistematik agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan kepada kumpulan sasar sebelum dasar sosial digubal. Jika pihak berkuasa boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk program-program seperti “Kami Prihatin” maka apa sangatlah nilai bagi geran penyelidikan sosial yang jauh lebih rendah. Saya bimbang kos sosial akan meningkat pada masa depan jika pihak berkuasa tidak serius dengan masalah sosial yang sedang melanda sekarang. Justeru, bolehkah kita menaruh harapan kepada sekolah harapan?

Penulis adalah mantan Prof Madya dalam bidang Sosiologi Keluarga di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.- Harakahdaily
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter