UMNO TAKUT KU LI

Umno terpaksa melantik Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihanraya Umno PRK Galas. Tindakan ini dilihat sebagai luarbiasa kerana dalam PRK sebelumnya Pengarahnya mestilah Timbalan Presiden Umno ataupun Naib Presiden Umno. Terbukti Umno takut kepada Tengku Razaleigh Hamzah kerana pengaruh beliau yang kuat di Gua Musang.

Jarang sekali perkara sebegini berlaku. Sepatutnya Ku Li boleh membaca strategi Umno yang menggunakan pengaruhnya bila terdesak tetapi melihatnya macam sampah pada waktu yang lain terutama semasa pemilihan.

Adalah diharapkan Ku Li sedar dan tidak menjadikan ‘pujukan’ Umno ini sebagai batu loncatan untuk menghentam PAS dan rakyat Kelantan dalam isu royalti. Kalau sebelum ini Ku Li lantang dan senada dengan PAS dalam isu royalty ini, maka diharapkan beliau tidak membuat pusingan ‘U’ 360 darjah semasa PRK Galas nanti.

Ku Li sepatutnya sudah matang dengan sepak terajang Umno yang sentiasa menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara bagi mencapai niat dan hasrat nafsu mereka yang tamak haloba.

Walaubagaimana pun PAS tidak akan gentar dan setiasa bersiapa siaga 24 jam untuk berdepan dengan Umno/BN walau siapa calon dan Pengarah Pilihanraya Umno. Prestasi hebat dan sikap mesra PAS kepada rakyat khasnya di Galas sudah tentu menjadi senjata utama untuk menafikan BN dari merampas kerusi DUN Galas ini.

Comments

joecharlie said…
Friday, October 1, 2010
PAS dah panik, Tahu kalah di Galas

Cadangan pertama keluar dari mulut Penolong Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar BN tidak bertanding demi perpaduan Pas Umno.

Katanya :

PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya

Selepas itu Nik Aziz turut mengulas cadangan Takiyudin di atas tetapi dalam nada yang agak berbeza di sini iaitu mengajak orang Melayu Islam menyertai PAS demi mengelakkan perpecahan berpanjangan orang Melayu Islam di Malaysia.

Mungkin dia secara peribadi agak malu untuk mengulas senada dengan Takiyudin kerana sebelum ini Umno telah dicopnya sebagai sekular, komunis dan tidak Islam...Biasalah....dah terlajak kata memang malulah muka nak berbaik.

Selepas itu Sayuti Omar telah menyokong cadangan tersebut lalu memuatkannya di blog beliau di sini

Kemudian Blogger Kerabu Bersuara turut memuatkan tulisan tersebut sebagai menyokong cadangan agar Kerusi GALAS diberikan kepada PAS atas nama perpaduan di sini .

Dalam hal ini nampak sangat PAS hanya melutut dan merayu apabila menyedari kerugiaan yang bakal diperolehinya. Selagi tidak ada mudarat kepada politik mereka, selagi itu cadangan yang baik seperti perpaduan Melayu Islam akan dikritik habis-habisan.

Ini kerana mereka tahu GALAS adalah kubu kuat BN dan momentum GALAS boleh menjadi penentu nasib mereka PRU akan datang.

Yang jelasnya Melayu sudah sedar keburukan Pakatan Rakyat yang ternyata pandai mengkritik tetapi gagal menunjukkan mereka lebih baik dari yang dikritik.

Baca seterusnya di Panglima Perang Cyber sini
Posted by The Unspinners at 8:19 AM