.

.

01 April 2011

Video tulen, Anwar ditahan polis?

Ketua Polis Negara menyatakan bahawa Video Porno adalah tulen. Namun tidak pula memberitahu adakah pelakon video itu Anwar atau bukan Anwar. Ternyata mereka hanya mahu menimbulkan keraguan seolah-olah dengan menyatakan video itu tulen maka pelakon itupun Anwar tulen? InI satu lagi cara uNTUK MEMBURUK-BURUKKAN ANWAR.MUNGKIN SELEPAS INI ANWAR AKAN DITANGKAP?

SAH ADUN BN RASUAH

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.

Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.


Malaysiakini

POCO-POCO : BANYAK LAGI PERKARA BESAR YANG TAK DISENTUH JK FATWA

Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab berkata isu tarian poco-poco merupakan isu nasional maka ia perlu dibincangkan di peringkat pusat supaya ia dapat diselaraskan di semua negeri.


"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini di dalam muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya,"


"Jika tidak sudah tentu negeri lain ada pandangan sendiri dan negeri lain mempunyai pendapat lain" katanya ketika dihubungi di Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Baru.


Yusof berkata bukan sahaja tarian poco-poco yang perlu difatwakan malah program-program lain yang melibatkan percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita juga hendaklah dinyatakan hukumnya.


"Hari ini di negara kita wanita dan lelaki bebas bergaul dalam program-program maksiat seperti konsert, dalam kelab malam, pub, spa dan sebagainya, tetapi mengapa tidak ada yang bagi fatwa".


"Tarian poco-poco ini mungkin dilakukan di tengah orang ramai, bagaimana dengan pergaulan bebas lain yang sekarang ini menjadi tradisi di negara kita, bila ada program akan ada perkara-perkara maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan wanita" tambah Yusof.


Beliau berkata jawatankuasa fatwa samada peringkat negeri atau pusat mesti melihat perkara yang lebih besar dari tarian poco-poco.


"Antara perkara besar yang mesti dinyatakan hukumnya ialah tentang penyebaran fitnah melalui video lucah sedangkan pihak yang mendakwa gagal membawa 4 orang saksi seperti yang dimahukan oleh Islam".


"Bagaimana pula hukum orang yang menayangkan video lucah dan porno, yang melibatkan orang Islam, mengapa perkara besar seperti ini tidak dinyatakan hukumnya" ujar Yusof yang juga merupakan Penyelia Dun Bukit Baru.


Pihak berwajib seperi Jawatankuasa Fatwa di semua peringkat mesti berani mengeluarkan hukum demi memastikan umat Islam tidak terpesong jauh dari Islam.


"Bukannya fatwa berkaitan dengan tarian poco-poco tidak penting tetapi banyak lagi perkara yang lebih besar dan mendesak perlu disentuh dan ditentukan hukumnya oleh mereka" ujar Yusof

PR BUAT KEJUTAN DI SARAWAK

PAS, PKR dan DAP akan membuat kejutan pada Pilihanraya Sarawak 16 April ini. Gabungan PR itu diyakini mampu menarik sokongan rakyat Sarawak berikutan kezaliman, kronisme, penyelewengan dan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu berkaitan tanah, kemudahan asas dan kemiskinan. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa di kawasan bandar PR mampu memintas BN seperti yang dibuktikan pada PRK Sibu tahun lalu. Siapa sangka DAP yang mewakili PR boleh menang pada PRK Sibu tersebut. Momentum dari PRK Sibu masih hangat dan ramai pemerhati percaya PR mampu menawan beberapa Dun lagi kawasan bandar besar.

SIASAT DAKWAAN HOSPITAL PUTRA BERI GAJI LAMBAT PADA PEKERJA

Sumber dalaman Hospital Putra Melaka memberitahu bahawa kakitangan hospital terbabit menerima gaji bulan Mac dengan agak lambat. Biasanya hospital terbabit memberikan gaji kepada kakitangannya pada tarikh yang sama dengan kakitangan kerajaan tetapi bulan ini gaji mereka terlewat bayar selama seminggu.


Menurut sumber itu, perkara ini tidak pernah berlaku walaupun hospital itu dikatakan mengalami masalah tidak lama dahulu.


Sudah pasti perkara ini ada sebabnya. Jika tidak kelewatan ini tidak akan berlaku.


Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil berkata, pihak SPRM diminta supaya menyiasat perkara ini kerana dibimbangi wang hospital tersebut digunakan untuk tujuan lain sehingga pekerja menjadi mangsanya.


"Nasib baik ada gaji cuma lambat, kalau terus dapat parahlah pekerja untuk menampung hidup mereka" ujar Yusof yang juga Penyelia DUN Bukit Baru.

TONTON FILEM LUCAH SAMBIL KERJA

Memalukan bagaimana pejabat sebuah suruhanjaya yang sepatutnya disegani menjadi medan menonton video dan filem lucah. Perkara terbongkar dalam sessi penyiasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock.


Laman Malaysiakini semalam melaporkan bahawa seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.


Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.


Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.

KONSERT AZHAN DAN PAK LONG DI BUKIT KATIL

PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama MTD Bukit Baru dan Badan Bertindak Menentang Perobohan PASTI dan Surau akan mengadakan Konsert Azhan Atan dan Pak Long malam esok bermula jam 9.00 malam di Perkarangan Pejabat PAS Bukit Katil.


Seluruh rakyat negeri Melaka khususnya Parlimen Bukit Katil dijemput hadir.

HI-TEA, SOLAT HAJAT DAN CERAMAH PERDANA DI BUKIT KATIL MALAM INI

PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Badan Bertindak Menentang Perobohan Surau dan PASTI akan mengadakan program Hi-Tea, Solat Hajat dan ceramah Perdana bermula jam 5.00 petang ini di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil berhadapan dengan Masjid Bukit Katil.


Program ini akan diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub. Ianya akan dimulakan dengan Hi-Tea bermula jam 5.00 petang dan diikuti dengan Solat Hajat selepas Solat Maghrib yang akan dipimpin oleh Ustaz Musa.


Seterus selepas Isyak iaitu kira-kira jam 9.15 malam ceramah perdana akan dimulakan dengan menampilkan penceramah iaitu YB Salahuddin Ayub, Pengarah PASTI Pusat Azrin Majid, Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan Ketua Penerangan PKR Negeri Hairiz Nordin.

31 March 2011

PRAYA SARAWAK : BAPAK JEMBALANG TABUR JANJI

Bapak Jembalang (bahasa yang digunakan oleh Muhyiddin Yassin) mula menaburkan janji dan rasuah di Sarawak. Seperti biasa bila tiba musim pilihanraya maka banyaklah jembalang datang masuk kampung keluar desa, naik bukit turun bukit bertemu dengan rakyat menabur janji dan memberi rasuah kepada rakyat.


Di Sarawak sejak beberapa bulan ini khasnya beberapa hari kebelakangan ini jembalang mula menabur janji dan projek bernilai ratusan juta untuk rakyat. Janji manis seperti ini memang sentiasa di lakukan pada setiap kali pilihanraya datang. Namun rakyat Sarawak terus mundur dan miskin jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan Semenanjung. Semuanya gara-gara kekayaan negeri hanya berlegar kepada pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka. Kemajuan pun banyak dikecapi di kawasan bandar, kawasan di pedalaman dibiarkan tanpa elektrik, air bersih, sekolah, jalan raya dan kemudahan asas lain.


Seperti yang kita tahu jembalang hanya tahu berjanji tetapi setiap janji sukar untuk dipenuhi.


Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memberi nasihat bahawa akan ada ‘hantu’ dan ‘jembalang’ yang datang membuat tawaran manis kepada rakyat Sarawak.


Menurutnya, pilihan raya akan datang adalah waktu seluruh rakyat Sarawak menolak ‘hantu’ dan ‘jembalang’ itu yang sebahagiannya datang dari Semenanjung dan sebahagian lagi memang lama menetap di bumi Kenyalang ini.


Beliau berkata demikian semasa serucap pada majlis minum petang di Medan Selera Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS) selepas melakukan lawatan di beberapa kampung berhampiran Sungai Sarawak, di Kuching. Memang betullah apa yang dikatakan oleh Muhyiddin. Jembalang dan hantu sudah mula datang ke Sarawak menabur janji dan membawa projek pembangunan untuk rakyat. Sedangkan janji mereka sejak zaman berzaman belum mereka tunaikan. Jembalang dan hantu juga akan membawa duit tunai untuk diagih-agihkan kepada rakayat sebagai rasuah supaya mengundi parti yang dianggotai oleh pemimpinnya yang bergelar jembalang (istilah yang digunakan oleh Muhyiddin sendiri).

SIASAT DATUK 'T' TERLEBIH DAHULU SEBELUM SIASAT PELAKON VIDEO - MUFTI PERLIS


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.
Sementara itu Mufti Perak Harussani Zakarian berkata rakaman video seks fitnah itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” kata dipetik dari lama Malaysia Insider.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

GEMPAR : TUDUHAN TERBARU ANWAR DIJANGKITI AIDS?

Tohmahan dan fitnah sedang bergentayangan di bumi Malaysia. Semuanya gara-gara orang yang tidak tahu dosa pahala, tidak percaya syurga neraka dan tidak takut kepada Allah S.W.T. Terbaru ada pihak yang mendakwa bahawa Anwar akan dikenakan dengan fitnah terbaru setelah fitnah liwat 1 & 2 dan video tidak memberi bekas kepada rakyat.


Kini menurut sumber terbabit, Anwar akan difitnah bahawa beliau dijangkiti Aids iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan sejenis, hubungan sex rambang dan sebagainya. Fitnah ini kemungkinan akan dilemparkan kepada Anwar atau isterinya semata-mata untuk memburuk-burukkan Ketua Pembangkang itu supaya dengan tuduhan ini fitnah yang beliau terbabit dengan liwat dan seks rambang akan lebih kukuh.


Tuduhan Aids bagi mereka akan menguatkan lagi bukti bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memang tidak boleh dipercayai. Paling tidak ianya akan menambahkan keraguan kepada pengundi atas pagar dan yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.


Puak-puak yang tidak takut kepada Allah ini setiap saat memikirkan apa fitnah dan tohmah yang boleh dikenakan kepada Anwar khususnya bagi menghadapi pilihanraya Sarawak. Mereka tahu dengan memburuk-burukkan Anwar rakyat Sarawak akan ragu-ragu dengan Anwar dan PR lebih-lebih lagi majoriti rakyat Sarawak tidak terdedah kepada media baru. Jadi TV dan surat khabar menjadi candu yang akan mempengaruhi pemikiran mereka. TV dan surat khabar ini akan memburuk-buruk Anwar dan PR habis-habisan, maka sudah tentu ianya tidak akan dapat dijawab dengan kekangan masa, fasiliti dan perhubungan khasnya di kawasan pendalaman.

PRAYA SARAWAK : RAKYAT JANGAN KELABU MATA

Seperti biasa bila menjelang pilihanraya BN akan merasuah pengundi dengan projek mee segera. Kali ini rakyat Sarawak bakal mendapat pelbagai projek kerajaan BN bagi mengelabui mata mereka dari pelbagai penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan Taib Mahmud.


Rakyat jangan lupa dengan limpahan kekayaan Taib Mahmud dan kesengsaraan rakyat Sarawak. Janganlah disebabkan projek mee segera dan bantuan makanan dan barangan mereka lupa akan apa yang dilakukan kerajaan BN kepada rakyat.


Media hari ini melaporkan bahawa kerajaan BN memperuntukan kira-kira RM73.8 juta untuk membaiki Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dab sekolah mubaligh di Sarawak. Persoalannya mengapa baru sekarang BN sedar akan kedhaifan kedua-dua sekolah tersebut sedangkan lebih 50 tahun ianya dipinggirkan tanpa bantuan.


Rakyat Sarawak jangan tertipu dengan mainan politik dan janji manis BN yang sentiasa cuba mengelirukan rakyat dengan janji-janji manis seperti ini. Jika mereka benar-benar mengutama dan mendahulukan rakyat sudah tentu projek sebegini telah lama dilaksanakan bukannya menunggu pada masa hampir dengan pilihanraya.

PAS MELAKA BERALIH ARAH KE TG DATU

PAS Melaka ditugaskan untuk menginfakkan tenaga dan idea di DUN Tanjong Datu, Santubong bukannya di Senadin, Miri. Sebelum ini PAS Melaka diarahkan bertugas di DUN Senadin.

30 March 2011

SAH DAP ANTI MELAYU DAN ISLAM

Ternyata DAP anti Melayu dan Islam apabila mencadangkan tambahan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). Inilah yang selalu ditohmah oleh Umno/BN kepada DAP kerana pimpinan DAP kebelakangan ini menunjukkan sikap yang amat terbuka dan telus kepada semua bangsa dan agama.

Hari ini dalam Sidang Dewan Selangor Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.


Sebelum ini kerajaan PR Pulau Pinang telah memberijkan elaun Khas kepada para Huffaz di negeri tersebut selain menambahkan peruntukan kepada aktiviti agama Islam bagi Bajet negeri.


Oleh kerana inilah Umno/BN menuduh DAP anti Islam dan Melayu.

VIDEO FITNAH : MANA ADA MUFTI YANG BERANI

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Blog ini menyokong cadangan dan saranan Asri tersebut. Namun mana ada Mufti yang berani berbuat demikian khasnya mufti kerajaan BN. Kalau ada yang berani sudah tentu umur perkhidmatan mereka tidak akan panjang.


Inilah masalahnya kerana orang yang tahu agama seperti mufti tidak berani berkata benar. Itulah sebabnya rakyat berada dalam kesesatan dan 'confuse'.


Sehingga kini tidak ada seorang pun mufti yang membuat komen tentang isu ini. Tetapi jika ianya melibatkan Umno/BN sudah tentu akan ada mufti yang sepantas kilat memberikan komen terutama yang menguntungkan Umno/BN.

PRAYA SARAWAK : MELAKA GEMPUR SENADIN

PAS Melaka akan memulakan kerja-kerja mendekati rakyat di DUN Senadin, Miri bermula 2 April ini. Kontinjen PAS akan diketuai oleh Setiausaha JPN, Bahiki Ismail dan Hj Ismail Ahmad akan memulakan gerakerja mereka sehingga pilihanraya selesai.


Manakala kontinjen PAS Kawasan akan mula bertugas di Senadin pada 8 April hingga 18 April. Kontinjen Melaka sentiasa komited untuk melaksanakan amanah PAS Pusat dan tidak pernah ketinggalan pada mana-mana pilihanraya kecil kecuali PRK Kerdau yang bertembung dengan PRK Merlimau.

NENEKKU DIHUKUM GANTUNG

Nenekku kena hukum gantung. Mungkin itu jawapan cucu kepada seorang nenek yang dihukum gantung kerana kesalahan mengedar dadah.

Media hari ini melaporkan bahawa seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 92.68 gram pada Ogos tahun 2009.

Tertuduh Mariah Hamadi, 59 dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Ogos 2009 pada jam kira-kira 3.45 petang di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan penghujahan pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat yang berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah hasil keterangan saksi-saksi pendakwa.

Sumber: Hmetrok

RAKYAT MISKIN KERANA PEMIMPIN CURI WANG MEREKA

Rakyat negara ini miskin kerana kekayaan negara di'curi' dan berlegar di kalangan pemimpin, anak-anak dan kroni mereka.


Bayangkan betapa kayanya pimpinan Sarawak sehingga mempunyai aset berbilion ringgit bersama-sama dengan anak-anak dan kroni beliau. Perkara ini tidak pernah disanggah secara rasmi oleh individu terbabit.


Semalam Ketua Pembangkang mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu membawa wang rakyat ‘lari’ hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.

"Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang(pimpinan) bawa duit kelauar, tetapi di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat,” katanya.


Memang sudah menjadi lumrah pimpinan yang tamak dan tidak takut pada Allah akan mengumpul kekayaan tanpa rasa takut dan malu. Yang pasti semua peluang di'ngap' mereka tanpa segan silu.

CERAMAH KENA PERMIT, VIDEO LUCAH TAK PERLU

Adalah dimaklumkan bahawa semua ceramah politik mesti mendapat kelulusan Polis di mana permit ceramah mesti dipohon dan diluluskan baru program ceramah halal dilaksanakan.


'Berita baik' untuk kaki video porno kerana penayangan video porno bebas dilakukan hatta di hotel mewah. Malah kemungkinan besar taukeh video porno itu akan mendapat keistimewaan.


Terbaru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang berucap atas alasan perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada polis. Ianya berlaku pada satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam


Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.


Inilah Malaysia Tanahairku.

SYAITAN BISU DAN ULAR DALAM SEMAK

Siapa yang boleh kita kategorikan sebagai Syaitan Bisu atau Ular dalam semak. Istilah Syaitan Bisu menggambarkan kepada kita perangai Syaitan iaitu menyembunyikan yang hak dan batil. Syaitan Bisu orang tidak berani berkata benar dan menegur orang lain hatta dia tahu orang itu melakukan kesalahan.

Syaitan Bisu sering menyepikan diri dalam hal-hal berkaitan agama yang melibatkan pemimpin kerajaan walaupun jelas apa yang berlaku atau kata-kata pemimpin itu bertentangan dengan Islam. Syaitan Bisu berbuat demikian mungkin kerana hendak menjaga dapur dan periuk nasi agama mereka gadaikan.


Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan sikap pemimpin agama yang berdiam diri dalam isu video fitnah.

Tuan Guru berkata golongan sepatutnya memberi respons kepada isu penayangan video lucah ini kerana ianya melibatkan serangan moral dan semua orang sepatutnya menentangnya bersama.

Beliau mempersoalkan di mana mereka ini, di saat umat Islam memerlukan mereka bercakap benar. Mereka katanya hanya berani bercakap mengkritik PAS dan PR namun bila ianya melibatkan Umno mereka berdiam diri.


Tuan Guru berkata demikian pada Programn Solat Hajat dan Ceramah Perdana Menentang Fitnah II di Shah Alam malam tadi.

29 March 2011

CERAMAH DIGANGGU, VIDEO LUCAH TAK DISERBU

PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif. Beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati Gombak 25 Mac 2011 yang berakhir dengan kekecohan. Semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.

Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu, Tampin. Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah.

Polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang. Kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai. Mereka hendak pastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.

Setakat hari ini jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.

PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri. Rakyat pula tertanya-tanya kenapa polis sibuk ganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula serbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011. Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal. Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TUKANG FITNAH DILINDUNGI, ORANG KENA FITNAH TERUS DIBURUK-BURUKKAN

Dunia sudah terbalik. Tukang fitnah disanjung dan dilindungi manakala orang yang difitnah dicaci dan diburuk-burukkan. Sedangkan mengikut Islam tukang fitnah hendaklah dikenakan qazaf jika tidak dapat membawa 4 orang saksi yang adil tidak fasik.

Dalam kes fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar, jelas tukang fitnah mendapat keistimewaan walaupun jelas melanggar undang-undang iaitu menayangkan video lucah serta menyimpan video lucah. Jelas sekali ada udang di sebalik mee berkaitan dengan fitnah ini.


Anwar pula terus diburuk-burukkan oleh media cetak dan online. Walaupun rakyat yang berfikiran waras 100 % tidak mempercayainya tetapi pihak terbabit terus menyumbat dan menghidangkan berita fitnah ini saban hari dan saat agar rakyat termakan dengan fitnah busuk ini.


Hari ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri berkata Trio Dato T boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes. Beliau berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan. Bagaimanapun, kata Nazri, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.


Nazri menjelaskan demikian kepada pemberita di lobi Parlimen semalam ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

JANGAN GANGGU PROGRAM PAS

Beberapa pihak kesal dengan tindakan Polis yang seolah-olah terus menjadi kuda tunggangan parti pemerintah apabila terus mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat (PR). Terbaru ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Gombak 2 hari lepas diberhentikan oleh Polis. Seorang ahli perniagaan Mohd Zain Fakeh, 44 dari Kg. Bukit Pulau, Bukit Baru berkata Malaysia seolah-olah sudah menjadi sebuah negara kuku besi secara total. "Sudahlah parti-parti bukan BN dinafikan hak siaran di dalam media elektronik seperti TV dan Radio serta media cetak kini ceramah umum yang kehadirannya terhad pun di halang." "Ini bermakna tidak ada satu saluran pun dibenarkan untuk parti bukan BN. Takut sungguh BN akan kehilangan kuasa. Biasanya orang yang takut kehilangan kuasa dan mabuk kuasa ini ialah orang yang penuh dengan masalah dan kejahatan." ujar Mohd Zain ketika di temui di sini pagi ini. Pekerja Swasta, Ahmad Pa'Lang, 43 dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal berkata Polis tidak serik dan tidak mahu mengambil iktibar dari kemenangan pemimpin dan ahli PAS dalam beberapa kes mahkamah yang membabitkan gangguan Polis terhadap ceramah PAS. "Kemenangan 3 pemimpin PAS iaitu Dr Hatta Ramli, Mazlan Mat Yassin dan Ustaz Nazri Ahmad yang menang kes saman ke atas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud yang menghalang ceramah PAS di Markas PAS Rompin pada seperti yang disiarkan Harakah sepatutnya menjadi pengajaran kepada Polis" "Kita ada undang-undang dan setahu saya PAS dan PR sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada, mengapa Polis terus menganggu dan mengacau ceramah PR" tanya Ahmad. Malam Jumaat lalu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak. Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan. Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR. Pada 26 Ogos 2009, Yang Arif Hakim Dato' Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasa apabila membuat serbuan dan menangkap Hatta, Mazlan dan Ustaz Nazri. Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit Polis kerana ia bukan tempat awam. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, memerintahkan Hanafi membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut. Sementara itu seorang surirumah, Mahani Osman, 41 dari Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek mengharapkan Polis tidak tunduk kepada pengaruh politik sebaliknya bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang dan budi bicara sebagai manusia. "PAS dan PR tidak pernah menimbulkan huru-hara pada program anjuran mereka. Jika ada huru-hara itu adalah disebabkan provokasi dan gangguan dari pihak yang Polis pun tahu siapa mereka." "Kami sentiasa menjaga adab dan perangai ahli kami di mana PAS tidak pernah menganggu ketenteraman awam jika PAS mengadakan program" tambah Mahani yang juga ahli PAS Cawangan Kg. Bukit Katil. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil Yusof Wahab mengharapkan Polis dapat memberikan kerjasama yang baik kepada program Hi-Tea dan ceramah perdana Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub pada 1 April ini. "Program ini diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan jadi kami mengadakan program dalam premis kami. Seperti biasa Polis tidak pernah menganggu program kami di sini, jadi kali ini kami harap program ini akan berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak". "PAS Kawasan juga mengharapkan Umno tidak mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS seperti sebelum ini, cukuplah, jangan berkelakuan seperti budak-budak tadika, kita semua sudah dewasa dan matang ." tambah Yusof.

28 March 2011

PILIHANRAYA SARAWAK : PAS MENANG 2 KERUSI?

PAS diperuntukkan 5 kerusi bagi pilihanraya negeri Sarawak kali ini. Pada pilihanraya 2006 PAS hanya bertanding 1 kerusi sahaja. Beberapa pemimpin PAS melahirkan keyakinan PAS akan membuat kejutan kali ini walaupun PAS agak baru di Sarawak. Keyakinan ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap program kebajikan dan kemasyarakatan yang dijalankan oleh PAS. Malah PAS bejaya menubuhkan banyak cawangan di Sarawak. PAS juga berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di beberapa tempat yang dianggotai oleh rakyat berketurunan Iban, dayak yang belum beragama Islam. Insya Allah dengan kerja kuat PAS, rakyat akan memberikan undi kepada PAS kerana mereka sudah muak dengan Taib Mahmud dan BN.

PILIHANRAYA SARAWAK: KONTINJEN MELAKA BERSEMANGAT TINGGI

Melaka akan menghantar kontinjej Jentera Pilihanraya Negeri ke Sarawak dalam masa terdekat. Seperti biasa Kontinjen Melaka akan memberikan sepenuh perhatian dan komitmen kepada gerakerja bagi membantu Jentera Pilihanraya Pusat dan Negeri Sarawak.

Mesyuarat Khas JPN malam tadi sebulat suara memberikan mandat kepada beberapa pimpinan JPN untuk menggalas tugas yang mencabar ini. Mereka dijadualkan bertugas di kawasan Bintulu.


Beberapa pimpinan JPN yang ditemui melahirkan keyakinan bahawa PAS akan membuat kejutan pada Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini. Mereka juga mempamerkan semangat juang yang tinggi lebih-lebih lagi kehangatan bahang Pilihanraya Kecil Merlimau masih terasa.

SYARIKAT AIR MELAKA KENA JUAL?

Ada makluman dalaman yang menyatakan bahawa Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) hampir terjual disebabkan masalah kewangan yang meruncing. Minggu lepas ada pihak yang menyatakan perbincangan telah dibuat antara pihak berkuasa, SAMB dan seorang jutawan terkenal di Malaysia. Persetujuan telah dicapai tetapi penjualan itu tidak dapat direalisasikan kerana ada halangan dari pihak atasan.


SAMB dikatakan berada dalam keadaan yang meruncing kerana dananya telah digunakan untuk perbelanjaan yang tidak ada kaitan dengan syarikat itu.


Rakyat Melaka sudah pasti tidak setuju dengan cadangan penjualan SAMB ini kerana sudah tentu harga air akan meningkat jika ianya dikendalikan 100 % oleh pihak swasta.


Untuk kesahihan berita ini tuan-puan boleh membuat risikan dan pertanyaan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

SAHAM LESAP : NAJIB MESTI LETAK JAWATAN

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Cikgu Yusof Wahab(gambar bawah) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan kerana kegagalannya menjaga kepentingan orang Melayu.

Baru-baru ini Najib mengakui saham bumiputera RM52 Bilion telah hangus dan lesap yang tinggal cuma RM2Bilion daripada jumlah asal RM54Bilion yang diperuntukkan untuk syarikat bumiputera.


"Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan bumiputera malah yang ada pun lesap"


"Seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepntingan bumiputera ini" tegas Yusof.

Yusof hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham bumiputera dan memberinya kepada pihak lain.


"Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini".

"Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini." tambah Yusof


Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalan Najib dalam isu ini. Isnin.


"Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan bumiputera".


"Dah lah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana" kata Yusof dengan kesal.


Menurut Yusof, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu" tambah Yusof.


Gambar & info : ihsan misaimerah

JANGAN HINA TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali lagi dihina. Kali ini beliau diminta supaya menonton video lucah yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim. Tergamak pemimpin itu menghina Tok Guru dengan mencadangkan beliau menonton video lucah. Penghinaan itu dilakukan oleh Naib Pengerusi PPP, Nik Sapeia. Tergamak beliau meminta Tok Guru tonton video lucah.


Video lucah seperti itu hanya layak untuk pemimpin politik yang lucah, pemimpin yang suka dengan tilam, seluar dalam dan seumpamanya.


Kita menggesa Nik Sapeia menarik balik cadangannya yang jelas menghina Tok Guru.

27 March 2011

POLITIK TILAM, SELUAR DALAM DAN VCD LUCAH

Modal tiada, idea tiada, hujah dangkal itulah yang sedang melanda Umno/BN sekarang. Mereka merasakan bahawa rakyat akan menolak mereka.
Oleh kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka mereka terpaksa mencari apa juga cara untuk menaikkan imej mereka dan pada masa yang sama cuba memburuk-buruk imej lawan mereka supaya rakyat kembali menyokong Umno/BN.

Ajak berdebat secara terbuka pun takut, berhujah dalam forum jauh sekali. Mereka hanya berani berhujah dari jauh melalui media dan TV yang sememangnya menjadi kuda tunggangan mereka.
Oleh kerana mereka sememangnya meminggirkan agama dari politik, maka apa juga tindakan yang memberikan keuntungan kepada politik mereka dikira halal, suci dan bersih. Aqidah matlamat menghalalkan cara terus menjadi anutan dan pegangan mereka tanpa memikirkan soal agama, moral dan maruah diri.
Sebab itulah TILAM, SELUAR DALAM dan kini VCD LUCAH menjadi bahan kempen mereka walaupun ianya jijik, loya dan memalukan Malaysia dan rakyatnya. Bukan sahaja agama mereka ketepikan budaya dan adat melayu yang kononnya didokong mereka juga diketepikan. Budaya Melayu yang terkenal dengan sopan santun, muafakat dan mudah dibawa berbincang sudah tidak ada dalam kamus dan otak mereka.
Maka akhirnya TILAM diusung, SELUAR DALAM dijaja dan paling baru VCD LUCAH ditayangkan secara yang aib sekali. Inilah mentaliti pemimpin yang ada sekarang yang sudah tidak ada harga diri dan maruah.
Rakyat wajib menolak pemimpin dan parti sebegini pada Pilihanraya Negeri Sarawak dan umum akan datang supaya negara kita selamat dan kembali dihormati dipersada antarabangsa.

GANGGU CERAMAH ANWAR : POLIS BELUM SERIK

Polis terus menjadi kuda tunggangan parti pemerintah apabila terus mengganggu program ceramah PR. Terbaru ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Gombak 2 hari lepas diberhentikan oleh Polis.


Ternyata Malaysia seolah-olah sudah menjadi sebuah negara kuku besi secara total. Sudahlah pari-parti bukan BN dinafikan hak siaran di dalam media elektronik seperti TV dan Radio serta media cetak kini ceramah umum yang kehadirannya terhad pun di halang. Ini bermakna tidak ada satu saluran pun dibenarkan untuk parti bukan BN. Takut sungguh BN akan kehilangan kuasa. Biasanya orang yang takut kehilangan kuasa dan mabuk kuasa ini ialah orang yang penuh dengan masalah dan kejahatan.


Malam Jumaat lalu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak.

Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.

PoliS tidak serik dan tidak mahu mengambil iktibar dari kemenangan 3 pemimpin PAS iaitu Dr Hatta Ramli, Mazlan Mat Yassin dan Ustaz Nazri Ahmad yang menang kes saman ke atas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud yang menghalang ceramah PAS di Markas PAS Rompin pada 10 Mei 2004.

Pada 26 Ogos 2009, Yang Arif Hakim Dato' Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasa apabila membuat serbuan dan menangkap Hatta, Mazlan dan Ustaz Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit Polis kerana ia bukan tempat awam.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, memerintahkan Hanafi membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut.

Adalah diharapkan Polis tidak tunduk kepada pengaruh politik sebaliknya bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang dan budi bicara sebagai manusia.


PAS dan PR tidak pernah menimbulkan huru-hara pada program anjuran mereka. Jika ada huru-hara itu adalah disebabkan provokasi dan gangguan dari pihak yang Polis pun siapa mereka.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter