Malam Jumaat lalu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak.
Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.
Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.
PoliS tidak serik dan tidak mahu mengambil iktibar dari kemenangan 3 pemimpin PAS iaitu Dr Hatta Ramli, Mazlan Mat Yassin dan Ustaz Nazri Ahmad yang menang kes saman ke atas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud yang menghalang ceramah PAS di Markas PAS Rompin pada 10 Mei 2004.
Pada 26 Ogos 2009, Yang Arif Hakim Dato' Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasa apabila membuat serbuan dan menangkap Hatta, Mazlan dan Ustaz Nazri.
Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit Polis kerana ia bukan tempat awam.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, memerintahkan Hanafi membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut.
Adalah diharapkan Polis tidak tunduk kepada pengaruh politik sebaliknya bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang dan budi bicara sebagai manusia.PAS dan PR tidak pernah menimbulkan huru-hara pada program anjuran mereka. Jika ada huru-hara itu adalah disebabkan provokasi dan gangguan dari pihak yang Polis pun siapa mereka.
Comments