.

.

25 August 2012

NAJIB PANGGIL SEMUA MENTERI : PARLIMEN BUBAR?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semuia menteri kabinet mengadapnya hari ini.
"Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang".

"Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau.

Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.

Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka.

Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.

Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri. 

24 August 2012

HUDUD - GAMBARAN SALAH : PERBETULKAN BUKAN HALANG - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ


Di wad HUSM, saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 6 Syawwal 1433H bersamaan 24 Ogos 2012M berhubung isu hudud yang sedang dijadikan 'modal politik' oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini. Di dalam kenyataan tersebut, Dr Mohd Asri dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Barangkali kenyataan beliau dipetik separuh atau sebahagian kecil, wallahualam. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Dr Mohd Asri yang saya yakin berniat ikhlas di dalam membuat teguran.  Pada saya, para ilmuan seperti beliau berhak untuk membahaskan isu dengan secara ilmiah dan bukannya membiarkan orang-orang jahil melontarkan pandangan dengan tujuan bukan untuk menimbulkan kefahaman bahkan menambahkan kekeliruan. Apapun, saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian tersebut.

Apabila Dr Mohd Asri menyatakan bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini, ingin saya nyatakan enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali. Kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif sebaik mungkin untuk mengumpul pandangan pakar-pakar bagi menjadikan enakmen ini satu kenyataan. Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alrtenatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan.  Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka. Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim! Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah SWT. Sesuai sangatlah apabila individu ini menulis, "better the devil you know than the angel you don’t..."(lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal).

Sudah 19 tahun ia dibentangkan, tempoh yang cukup panjang ini jika dinisbahkan kepada seorang manusia yang belajar, umur ini sudah menjejakkan kaki di universiti. Namun UMNO khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi UMNO yang dikatakan adil itu! Tempoh 19 tahun, satu hurufpun hudud ala UMNO masih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja UMNO tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu.

Justeru, saya menyokong kenyataan Dr Mohd Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia ; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada perjuangan menegakkan agamaNya di dunia ini Insya-Allah.

Sekian....

Salam dari saya,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
6 Syawwal 1433H / 24 Ogos 2012M

Sumber : FB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS.

GAMBAR TERBARU TOK GURU NIK ABDUL AZIZ DI HOSPITAL

Tok Guru menulis di FB nya :

Bismillah, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di HUSM hujung minggu ini. Pagi ini, saya dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan dan akhbar-akhbar termasuk Utusan Malaysia yang membawa tajuk utama "Anwar Tolak Hudud PAS.."

Di Malaysia ini, ada akhbar yang langsung tidak boleh dipercayai. Daripada sembilan berita yang ditulis, sepuluh daripadanya perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum dipercayai. Salam hormat dari saya.

FLASHBACK !! :MENGAPA GUAN ENG BERI RM500 KEPADA PARA HAFIZ

SEORANG WARTAWAN BERBANGSA CINA TANYA LIM GUAN ENG, KENAPA ANDA BERI RM500 KEPADA PENGHAFAL AL-QURAN? APA JAWAB LGE, SILA BACA:

RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu.

: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: “Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah.”

Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya.Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN.





Sumber : FB Bus Man

TOK GURU MASUK HOSPITAL? JANGAN BIMBANG

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  Kubang Kerian untuk berehat.

Setiausaha Akbarnya, Fadli Shari berkata, pemimpin itu tiba pada jam 2 petang tadi setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.

“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat sini.

Nik Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia jangan bimbang, Insya Allah Tok Guru akan sihat seperti biasa. Beliau hanya diminta berehat dari segala penat dek kerana terlalu banyak program yang beliau hadiri.

Sumber : SinarH

23 August 2012

RAKYAT PERLU LIHAT REKOD BN: SETUJU SANGAT DENGAN DR M


Blog ini sangat setuju dengan kenyataan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyeru rakyat melihat rekod pentadbiran BN (dahulunya Perikatan) sejak mereka memerintah negara kita bermula pada 1957.

Memang tepat dan benar rakyat mesti meneliti rekod dan segala tingkahlaku BN sebelum membuat keputusan menyokong atau menolak BN.

Cuba lihat beberapa pencapaian BN di bawah ini:-

1) Tanah rezab Melayu 'bertambah' dari 3 juta hektar (1957) kepada kurang 1.7 hektar sahaja sekarang ini

2) Hutang negara semakin meningkat sekarang mencecah RM437.2bilion atau 52.7% dari KDNK.

3) Pencabulan kepada sistem federalisme semakin hebat contoh penafian royalti petroleum kepada Kelantan

4) Ekonomi orang Melayu terus berada di kedudukan nazak, gagal mencapai ekuiti sebagaimana ditargetkan dalam DEB.

5) Gejala rasuah semakin parah, di mana indeks rasuah negara semakin menjunam dari kedudukan ke 56 (2010) kepada tangga 60 (2011).

6) Mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan


7) Melemahkan sistem kehakiman negara contohnya pemecatan Tun Salleh Abas dan lain-lain.

8) Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

9) Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
10) Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

11) Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

12). Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

13) Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

14) Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

15) Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

16)Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

17) Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

18) Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

19) Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

20) Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

21) Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

22) Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

23) Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

24)Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

25)Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

26) Penyenaraian sahaam FGVH di BSKL di mana sahamnya boleh dibeli oleh syarikat luar.

27) Mengamalkan kronisme dan nepotisme. Contohnya skandal NFC yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM250juta.

.............dan banyak lagio.




22 August 2012

BANDINGKAN UMNO VS DAP, SIAPA LEBIH HEBAT?


Sumber : FB Idris Md Nasir

HENTIKAN POLEMIK TENTANG HUDUD, JANGAN MASUK PERANGKAP UMNO/BN

Sudah banyak pimpinan atasan PR membuat ketetapan dan penegasan tentang isu hudud. Tetapi bila musuh iaitu Umno/BN melontarkan perang saraf tentang hudud, pimpinan PAS dan DAP terus terperangkap dengan isu mainan dan ciptaan musuh.

Umno/BN bertepuk riang dengan 'kebodohan' dan 'kelalaian' pemimpin DAP dan PAS tentang isu ini.. Padahal Umno/BN sengaja memutar dan memainkan isu ini bagi mengeruhkan suasana dan memberikan imej buruk PR di mata rakyat.

Padahal semuanya sudah jelas bahawa :-

1) Umno sentiasa berdolak dalik tentang hudud, malah ada pemimpin dengan tegas berkata hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia.
2) MCA menghina malah memperlekeh-lekehkan hukum hudud
3) PAS tetap dengan pendirian bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan ke atas ORANG ISLAM sahaja
4) DAP tetap dengan pendirian mereka menolak hukum hudud kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara namun DAP tidak pernah menghina dan mencaci hukum hudud.
5) PAS dan DAP menghormati pandangan masing-masing dan tetap akan bekerjasamaa atas dasar perjuangan menegakkan keadilan, menentang kezaliman, menentang rasuah dan sebagainya.

Jadi apa lagi yang hendak di'bising'-bisingkan oleh pimpinan PAS dan DAP. Kalau Umno/BN terus memainkan isu ini biarkan mereka ..... bila sudah letih nanti mereka sudah tentu akan diam .............

APA KHABAR? ..........DAN SELAMAT HARI RAYA

Hampir seminggu blog ini tidak diupdate lantaran kesibukan blogmaster menguruskan hal keluarga dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Didoakan semua tetamu blog ini sihat sejahtera dan mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah selepas tamat menjalani tarbiyah Ramadhan.

Insya Allah blog ini akan beroperasi seperti biasa mulai saat ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin dari warga kerga Mutaligat.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter