.

.

22 August 2014

BUBAR DUN SELANGOR : SIAPA YANG DIPERSALAHKAN?

Kemelut politik di Selangor masih jauh dari jalan penyelesaian sebenar. Walaupun PR menghantar satu nama untuk menggantikan TS Khalid Ibrahim, ianya belum tentu mendapat perkenan Sultan. Malah jika diajukan nama yang kedua pun belum tentu Sultan akan perkenan juga.

Malah lebih teruk dari itu kemungkinan Dun akan dibubarkan juga jadi kenyataan. Kuasa untuk membubarkan Dun terletak kepada TS Khalid dan perkenan Sultan. 

Jadi siapa yang harus dipersalahkan kerana memperjudikan mandat rakyat dengan begitu mudah tanpa memikirkan risiko dan kesan kepada rakyat dan kestabilan politik Selangor. PKR yang begitu ghairah memecat TS Khalid sebenarnya sudah tersalah langkah. Mereka sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya dalam Sidang Dun yang lalu, tetapi mengapa mereka tidak melakukan perkara demikian. Atau mereka menunggu sehingga sidang Dun akan datang iaitu pada November 2014. Tidak perlu tergesa-gesa menjatuhkan TS Khalid. Kini siapa yang susah. Rakyat juga semakin meluat dengan permainan politik yang dilihat seolah-olah tidak mengutamakan rakyat.

Jika benar Dun akan dibubarkan siapa yang sebenarnya bersalah yang menyebabkan Pilihanraya terpaksa diadakan dan akan menelan puluhan juta duit rakyat. SIAPA SALAH????


Semakin dekat dengan tarikh kembalinya sultan ke Selangor, semakin kuat kemungkinan rakyat negeri bakal menghadapi pilihan raya negeri.

Sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan salah satu pilihan utama untuk menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

"Pembubaran DUN adalah salah satu dari senario yang akan dicadangkan (menteri besar) kepada sultan.

"Ada beberapa lagi senario yang boleh dipilih oleh sultan," kata sumber tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Antara senario lain yang mungkin terjadi ialah peralihan kuasa yang licin dari Khalid kepada calon pilihan sultan.

Sumber sama turut mengesahkan pertemuan Khalid masih tidak berubah, iaitu 27 Ogos ini walaupun sultan dilaporkan akan pulang lebih awal.

Sementara itu satu sumber kerajaan negeri sebaliknya menyatakan sultan mungkin keberatan untuk membubarkan DUN.

Beliau menyatakan sultan mungkin akan memilih pilihan paling baik dan lancar bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut hal berkenaan dan menasihatkan semua pihak menunggu baginda berangkat pulang.

Jumaat lalu, Khalid menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan pembubaran DUN.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam Jumaat lalu.

Abdul Khalid sehingga kini enggan mengulas perkara demikian dan hanya tersenyum ketika ditemui pemberita bertanyakan hal itu sejak Isnin lalu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar baru.

~ Mkini.

21 August 2014

NAJIB TAK BERANI JAWAB KUTUKAN MAHATHIR

Perdana Menteri Najib Razak pada Rabu malam hanya berdiam diri apabila diminta pemberita mengulas kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad padanya baru-baru ini.


Jelas sekali beliau tidak berani menjawab segala tuduhan dan kritikan Mahathir. Najib memang seorang yang cukup berhati-hati bila berdepan dengan media. Beliau takut tersilap cakap. 

Ditanya berhubung kenyataan Mahathir bahawa pentadbirannya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu, Najib hanya tersenyum dan terus berjalan.

Sebelum ini beliau juga telah menolak mengulas kritikan Mahathir, perdana menteri keempat.

Sehari sebelumnya, Najib memberitahu pemberita akan mengulas perkara itu pada lain masa.

Mahathir pada 18 Ogos menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Abdullah.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Penafian Presiden PAS Menerima Titah Mengenai Isu MB Selangor

PIhak Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan.
Pihak kami ingin menjelaskan bahawa Dato Seri Tuan Guru telah memohon mengadap Ke Bawah DYMM Tuanku pada hari raya keempat semperna Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan dari Ke Bawah DYMM mengenai isu MB Selangor.
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS

~ FB

20 August 2014

Letak Jawatan Atas Rasa Tanggungjawab Perlu Dibudayakan - Penganalisis

Sebaik sahaja berita disiarkan mengenai peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid susulan kemalangan di tapak kerja landasan MRT di Kota Damansara yang meragut nyawa tiga pekerja warga Bangladesh, semalam, ramai yang memuji tindakan beliau.

Rata-rata menyifatkan Azhar telah menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan "mendukung integriti dan tanggungjawab", suatu kualiti yang amat jarang dapat dilihat di negara ini, baik di sektor awam mahupun swasta.

Kecuali beberapa kes, termasuk apabila pemimpin MCA melepaskan jawatan susulan skandal seks, tindakan melepaskan jawatan untuk mengambil tanggungjawab bagi kesalahan peribadi atau kegagalan organisasi sememangnya bukan budaya di Malaysia.

Sebaliknya tindakan serupa tidak lagi asing di beberapa negara luar seperti India, Jepun mahupun Korea dan antara yang terbaharu tindakan Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won yang meletak jawatan atas rasa bertanggungjawab susulan insiden feri karam yang meragut nyawa lebih 300 penumpang.

Kerana itu, 'kejutan' yang dibuat oleh Azhar semalam ini disifatkan bukan sahaja wajar dicontohi, malah perlu menjadi satu budaya yang harus dilaksanakan di negara ini.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan keputusan Azhar jelas menunjukkan integriti beliau sebagai seorang ketua yang berani mengambil tanggungjawab di atas kegagalan organisasi semasa di bawah pemerhatian beliau.

"Ini tindakan yang perlu kita tabik, satu tindakan yang perlu dicontohi bukan sahaja oleh pengurusan atasan syarikat lain tapi juga pemimpin kerajaan dan perkhidmatan awam.

"Tetapi dalam kebanyakan kes di Malaysia tidak begitu kerana hingga ada yang turun naik mahkamah pun masih tidak mahu meletakkan jawatan," katanya kepada Bernama.

Dr Mohd Tap turut mengenepikan pandangan sesetengah pihak yang melihat tindakan Azhar seolah-olah mengambil jalan mudah dengan meninggalkan tanggungjawabnya 'yang belum selesai'.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan tindakan yang betul kerana dengan cara itu juga akan memudahkan siasatan kes berkenaan dilakukan tanpa adanya campur tangan pihak yang berkepentingan.

Bagaimanapun, tegas beliau, rasa tanggungjawab Azhar di atas kejadian itu yang dizahirkan dengan peletakan jawatan beliau tidak boleh diterjemah sebagai 'tindakan orang yang bersalah' kerana siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam kes itu.

"Tindakan dia (Azhar) meletak jawatan itu ok, tapi tidak boleh salahkan dia dalam kes ini, sebaliknya siasatan menyeluruh perlu dibuat, yang paling mustahak perlu dilihat sama ada pihak pengurusan telah meletakkan semua prosedur keselamatan dalam syarikat itu atau sebaliknya.

"Kalau prosedurnya lengkap, tetapi ada pihak yang tidak patuh kepada prosedur, maka bukan salah pengurusan, sebaliknya kesalahan adalah pada pihak yang tidak ikut prosedur itu, baik pekerja, kontraktor atau sub-kontraktor," katanya.

Penganalisis Sosial Tan Sri Lee Lam Thye pula berpendapat tindakan melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab merupakan "perbuatan yang terhormat" dan perlu menjadi budaya di negara ini.

Beliau juga menyifatkan Azhar sebagai seorang yang benar-benar mengotakan janjinya kerana sebelum ini pernah mengakui amat menitik berat soal keselamatan pekerjaan dan akan bertanggungjawab penuh di atas sebarang insiden yang berlaku di tapak pembinaan MRT.

"Susulan itu saya sentiasa mengikuti perkembangan projek MRT ini dan bila berlaku kejadian itu dan semalam beliau buat keputusan letak jawatan, beliau membuktikan yang dia seorang yang menghormati kenyataannya sebelum ini," kata Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Kata Lee, dengan tindakan Azhar diharap dapat menyuburkan budaya akauntabiliti dan menghakis sikap suka menuding jari yang sering menjadi amalan apabila timbulnya sesuatu isu di negara ini.

Azhar, 53, mengumumkan untuk meletakkan jawatan petang semalam susulan insiden tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh mati selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara kelmarin.

Bermula esok, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp akan dipangku oleh Haris Fadzilah Hassan, yang ketika ini merupakan Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah.

Siasatan awal mendapati kontraktor yang terlibat tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) keselamatan secara menyeluruh, mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja-pekerja berkenaan.

-- BERNAMA


Gambar hanya hiasan sahaja

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BUKIT KATIL 23 OGOS


Tuan-puan dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil pada Sabtu 23 Ogos 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil. Perasmian oleh Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa.


Insya Allah Dato Husam akan menyampaikan pandangan beliau tentang halatuju PAS dan PR pasca krisis perlantikan MB Selangor yang masih belum berakhir.

Sila sebarkan kepada pencinta politik untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

17 August 2014

PAS SEBULAT SUARA SOKONG AZIZAH DAN AZMIN

Mesyuarat PAS Pusat sebentar menyokong Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor.

Syabas PAS ....sangkaan bahawa berlaku pergeseran hebat dalam PAS akhirnya meleset ....
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter