NAJIB TAK BERANI JAWAB KUTUKAN MAHATHIR

Perdana Menteri Najib Razak pada Rabu malam hanya berdiam diri apabila diminta pemberita mengulas kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad padanya baru-baru ini.


Jelas sekali beliau tidak berani menjawab segala tuduhan dan kritikan Mahathir. Najib memang seorang yang cukup berhati-hati bila berdepan dengan media. Beliau takut tersilap cakap. 

Ditanya berhubung kenyataan Mahathir bahawa pentadbirannya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu, Najib hanya tersenyum dan terus berjalan.

Sebelum ini beliau juga telah menolak mengulas kritikan Mahathir, perdana menteri keempat.

Sehari sebelumnya, Najib memberitahu pemberita akan mengulas perkara itu pada lain masa.

Mahathir pada 18 Ogos menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Abdullah.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Comments