.

.

14 November 2009

MOGA CEPAT SEMBUH

Saya mendoakan Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah cepat sembuh dari gering baginda.
Baginda dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur sejak 9 November lepas atas sebab-sebab kesihatan, menurut satu kenyataan dari Istana Negara malam tadi.

"Oleh yang demikian, Baginda tidak dapat berangkat menghadiri semua majlis rasmi mulai dari tarikh tersebut.

"Bagaimanapun, keadaan kesihatan baginda Tuanku telah beransur pulih dan dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam waktu terdekat," kata Istana Negara dalam kenyataan tiga peranggan itu. Laporan media ini dipetik dari Bernama.

Hamba rakyat sudah tentu sentiasa mengharapkan baginda segera sembuh dan dapat meneruskan tugas sebagai Raja Permaisuri Agung yang sentiasa mengambil berat hal ehwal hamba rakyat.

SHAH RUKH KHAN PERDAYA MELAKA?

Apa sumbangan Datuk Shah Rukh Khan kepada Melaka selepas dianugerahkan pingat Datuk oleh kerajaan Melaka.?
Berapa banyak masa, tenaga, idea dan wang ringgit yang disumbangkan Shah Rukh Khan (SRK) setakat ini?
Semua ini harus dijawab oleh Kerajaan negeri bagi menjustifikasikan kelayakan SRK mendapat gelaran Datuk. Rakyat masih tertanya-tanya apa sumbangan SRK sebelum dan selepas dikurniakan gelaran tersebut.
Dengar khabar SRK akan datang ke Melaka sekali lagi. Apakah selepas ini SRK akan dapat gelaran yang lebih tinggi dari Datuk kerana kesudiannya melawat Melaka.
Tidak hairan bagi saya kalau kerajaan negeri sekali lagi membuat kejutan menganugerahkan SRK dengan gelaran baru tersebut.

NIK AZIZ CALON SESUAI PENGERUSI PR

Cadangan Datuk Zaid Ibrahim dan keputusan poll NTV7 memang sesuai dan praktikal. Dalam blognya Zaid mencadangkan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai pengerusi PR. Saya yakin kepimpinan Tok Guru dipersetujui oleh semua komponen PR.
Namun begitu sebagai sebuah gabungan yang sentiasa mementingkan musyawarah dan kerjasama, keputusan siapa yang layak memimpin PR mesti diputuskan bersama.
Bagi saya sesiapa sahaja boleh memimpin PR asalkan semua parti bersetuju. Pemilihan Pengerusi PR ini amat penting diselesaikan secepat mungkin bagi meyakinkan rakyat bahawa PR adalah kuat dan perpaduannya erat serta tiada masalah dalaman.

JANGAN UNGKIT LAGI ISU YANG SUDAH SELESAI

Saya mengharap semua pihak termasuk pimpinan dan ahli PAS bawahan supaya tidak mengungkit lagi isu-isu yang telah selesai seperti isu kerajaan perpaduan dan isu bai'ah. Tidak ada gunanya perkara-perkara tersebut diungkit kerana PAS telah membuat keputusan bahawa semuanya sudah selesai.
Diharapkan semua pihak berdisiplin dan patuh kepada arahan dan keputusan ini.

Jangan kita terperangkap di dalam polemik dan strategi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk merobek dan meruntuhkan perpaduan dalam jemaah kita.

13 November 2009

BAI'AH : DAPAT RM10 JUTA CARI BINI BARU

Isu bai'ah nampaknya terus dimainkan oleh media pengampu BN. Apakah mereka sudah tiada isu lain yang lebih penting untuk menyerang PAS sedangkan isu ini adalah pinggiran yang tidak benar dan tentu kesahihannya. Bagi saya jikapun ada ianya tidak menyalahi Islam itu sendiri kerana di dalam Islam taklik sebegini memang dibenarkan dan ianya ujud di dalam ilmu munaqahat.
Isu yang lebih penting ialah isu rasuah politik wang yang sering dimainkan oleh BN untuk menyogok wakil rakyat lawan mereka. Mengapa isu politik wang dan rasuah ini tidak terus dibahaskan oleh media sedangkan ianya sangat bahaya sehingga boleh meruntuhkan tamadun bangsa.
Bagi saya apa yang penting di sini ialah Wakil Rakyat PAS diajar dan diingatkan tentang bahaya dan dosa melompat parti. Kalau setakat bini tertalak kerana lompat parti saya yakin akan ada wakil rakyat yang lompat parti. Ini kerana dengan RM10 juta tawaran yang diberi oleh BN atau sesiapa sahaja, sudah tentu Wakil Rakyat itu boleh mencari 4 orang bini baru yang muda dan comel 'lote'. Isunya bukan talak tiga tetapi yang penting ialah Wakil Rakyat PAS takut kepada Allah kerana mereka berjanji untuk tetap dalam perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sebab itu mereka takut untuk lompat parti takut kepada Allah dan berdosa kepadaNya.
Buktinya jelas bagaimana Wakil-Wakil Rakyat Kelantan tetap teguh mempertahankan kerusi mereka walaupun pelbagai tawaran diberi kepada mereka dengan jumlah puluhan juta ringgit. Akhirnya kerajaan Kelantan terus bertahan dari pilihanraya 2004 sehingga sekarang dengan hanya majoriti 1 kerusi ketika itu.

TAULIAH PERLEKEHKAN ILMU ULAMA?

Secara peribadi saya memang tidak bersetuju dengan peraturan bahawa guru-guru agama memerlukan tauliah untuk mengajar. Mengapa saya tidak bersetuju?
  • Menghalang penyebaran ilmu dengan meluas kepada rakyat
  • Tidak mengiktiraf ilmu para ulama' yang lulus dari Al Azhar, Madinah, IPTA tempatan dan lain-lain
  • Menyebabkan berlakunya kekurangan kelas-kelas agama dan ilmu kerana kurang tenaga pengajar
  • Ulama'-ulama terkenal dan tinggi ilmu serta hebat penyampaian tidak dapat mengajar, manakala ustaz yang ada tauliah tidak hebat cara penyampaian dan ceramahnya.
  • Minat orang ramai kepada kelas-kelas ilmu berkurangan kerana kurangnya kelas agama, ustaz yang menyampaikannya tidak hebat, penakut dan tidak menarik penyampaiannya

Bagi saya jika alasan pemantauan dikatakan menjadi penyebab mengapa tauliah diperlukan ianya tidak boleh diterima 100 % kerana orang ramai yang mendengar ceramah dan kuliahnya boleh memantau dan melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat sebarang keraguan dan percanggahan dengan Islam.

Lebih teruk lagi para ulama dan mufti juga perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terlebih dahulu sebelum dibenar menyampaikan ceramah agama ataupun khutbah di negeri ini walaupun mereka menerima pengecualian tauliahnya. Mufti pun dikawal dan diselia. Apakah ilmu beliau tidak diiktiraf. Jika demikian mengapa pula beliau dilantik menjadi mufti.

Semalam Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, hakim mahkamah atau pendaftar mahkamah syariah serta menteri atau exco yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam.

"Memang ada pengecualian syarat tauliah diberikan kepada individu tertentu tetapi untuk menyampaikan khutbah atau ceramah di Selangor, mereka yang dikecualikan juga perlu mendapatkan kebenaran daripada Jais, bukannya boleh terus buat begitu saja.

"Bagi penceramah bebas, mereka tidak tertakluk kepada pengecualian ini dan perlu mendapatkan tauliah daripada Jais," katanya ketika ditemui pemberita pada persidangan DUN Selangor di Shah Alam semalam.

Peraturan ini sebenarnya bagi saya telah mengekang perkembangan ilmu Islam sejak sekian lama. Begitu banyak masjid dan surau yang tidak menganjurkan program ilmu kerana masalah kekurangan tenaga pengajar. Ustaz-ustaz yang lulus Al Azhar, Jordan, Madinah, IPTA dan sebagainya yang jumlahnya ramai tidak dipanggil atau dibenarkan memberi kuliah atas alasan tiada tauliah. Akhirnya masjid dan surau sunyi sepi kosong tiada roh ilmu Islam.

12 November 2009

BANTUAN KERAJAAN PUSAT HANYA CUKUP UNTUK SARAPAN PAGI

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bantuan kerajaan pusat kepada rakyat negeri Selangor hanya cukup untuk sarapan pagi iaitu RM4 sebulan untuk 5 juta rakyat negeri tersebut.
Setakat ini hanya menerima RM400 juta diberikan kepada Selangor setahun berbanding sumbangan Selangor kepada Kerajaan Persekutuan melebihi 16 bilion ringgit.

Daripada jumlah itu, RM200 juta diberikan melalui Geran Jalanraya Berdasarkan Maklumat Rekod-rekod Jalanraya Malaysia (Marris), dan selebihnya sumbangan melalui Pemberian Bilangan Penduduk (Capitation Grant).

"Ini hanya cukup untuk sarapan pagi," katanya menjelaskan pemberian tersebut yang termaktub dalam Perkara 109 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Inilah satu lagi contoh semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan pusat yang ditadbir oleh BN sekarang.

BENARKAH RAKYAT TERIMA NAJIB?

Pengampu-pengampu BN sentiasa mengampu dan 'melambung' Najib dengan puji-pujian melangit kerana mereka tahu dengan bodek dan ampu karier politik mereka akan 'hidup' lama. Sebab itulah apa sahaja yang dibuat oleh ketua mereka (Presiden Umno) semua betul dan maksum.
Hari ini Utusan Meloya menyiarkan pujian melangit Noh Omar kepada Najib. Katanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah berikutan penerimaan sebahagian besar rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya benarkan rakyat sudah menerima Najib sedangkan semua rakyat sudah lama mengenali Najib sejak mula beliau menceburi politik menggantikan Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak.
Luar dalam perangai Najib, hobi Najib dan segala-galanya diketahui oleh rakyat. Jadi biarlah rakyat menilai Najib.
Adakah dengan kemenangan BN di DUN Bagan Pinang menggambarkan rakyat sudah menerima Najib dan segala dasar serta perancangannya diterima rakyat.
Memang konsep menyatupadukan rakyat dengan slogan 1Malaysia mempunyai unsur-unsur yang baik. Namun awal-awal lagi Najib gagal membuktikan slogannya itu dihayati oleh beliau sendiri. Sebagai contoh dalam isu wang ehsan Kelantan. Penyalurannya akan dibuat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan malah mungkin melalui Umno Kelantan. Bukankah ini membelakangkan konsep 1Malaysia apabila kerajaan BN tidak mengikhtiraf kerajaan negeri yang dipilih rakyat.
Macamana kita ujudkan 1Malaysia jika semangat sistem federalisme gagal diamalkan oleh kerajaan BN. Terlalu banyak diskriminasi yang dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Kegagalan menghayati konsep 1Malaysia oleh Najib dan kerajaannya dari segi hubungan dengan kerajaan negeri-negeri PR menyebabkan rakyat tidak yakin dengan konsep itu. Ianya seolah-olah retorik semata-mata.
Oleh itu saya mencadangkan kepada Najib dan kerajaan BN supaya segera membuat perubahan demi mencapai matlamat 1Malaysia.

TOK GURU SENTIASA TERBUKA

Saya tabik dan hormat pada Tok Guru kerana dari awal perlantikan menantunya menjadi CEO PMBK, beliau sentiasa bersedia bekerjasama dengan SPRM jika ada sebarang salah laku dan penyelewengan di dalam PMBK. Sifat sudah tentu tidak dapat kita lihat pada pimpinan Umno.

Sehari dua ini sekali lagi menantunya, Ariffahmi dituduh dengan pelbagai dakwaan. Bagi saya tuduhan itu perlu disiasat. Tuduhan dan dakwaan tidak semestinya betul kerana banyak yang tidak betul dan tidak ada bukti sahih. Sebab itu banyak kes rasuah dan penyelewengan di mahkamah digugurkan kerana tiada bukti ataupun kerana ada tangan-tangan ghaib yang berkuasa mengguguran tuduhan itu.

Dalam isu menantu Tok Guru ini, saya lihat terbukti Tok Guru sangat telus dan jujur. Tidak pernah beliau menghalang sebarang usaha SPRM untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk dirinya sendiri.

Syabas. Tok Guru. Insya Allah orang yang membuat tuduhan akan menerima balasan jika tuduhan itu palsu. Namun jika tuduhan itu benar maka terimalah hukuman dengan tenang dan bertaubatlah kepada Allah.

11 November 2009

TOK GURU & MENANTU TOK GURU JADI SASARAN

Selepas isu bai'ah kini isu tajaan naik haji untuk isu menantu Tok Guru pula akan dijadikan sasaran oleh media pengampu. Nampaknya satu demi satu isu diutarakan oleh media pengampu untuk memburukkan PAS di mata rakyat.
Namun saya yakin semua isu ini tidak akan memberi bekas dan kesan yang besar kepada PAS kerana Insya Allah kita tidak menyembunyikan kebenaran. SPRM boleh menyiasat segala salah laku 24 jam tanpa batasan dan halangan.
Jika benar ada masalah dan buktinya ada maka sila siasat dan bawa sesiapa yang bersalah ke muka pengadilan.
Media hari ini melaporkan bahawa Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bertekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.

BN RETAK MENANTI BELAH

Walaupun media memainkan isu bahawa PAS akan hancur dan porak peranda, namun ianya ternyata tidak benar dan meleset. Banyak media dan penganalisis politik merasakan PAS akan berada dalam kemelut hebat semasa dan selepas Seminar Pemerkasaan Parti 7 November lalu. Tetapi semuanya meleset, malah PAS lebih gagah dan padu ketika ini.
Hakikatnya sekarang bukan PAS yang berada dalam keadaan goyah dan tidak tentu hala sebaliknya MCA dan PPP, 2 komponen BN yang sedang berkecamuk dan berperang sesama sendiri.
Sebenarnya media cuba menutup isu dan masalah dalaman MCA dan PPP dengan membuat laporan negatif kepada PAS. Tetapi semuanya tidak berhasil kerana rakyat sudah faham dan celik dengan kerja-kerja 'spin' media jahat ini.
Kepercayaan dan sokongan kepada PAS sebenar tidak kurang dan masih bertahan kalaupun tidak meningkat. Sokongan ini sama atau lebih baik sedikit dari apa yang PAS peroleh pada Pilihanraya Umum 2008.
Jadi rakyat jangan mudah terpengaruh dengan media arus perdana yang jahat dan tidak beretika melaporkan berita-berita palsu dan fitnah. Adalah dinasihatkan semua kita mendapatkan berita sahih dan telus dari Harakahdaily, Malaysiakini dan lain-lain. Jangan biarkan diri kita diperkuda dan diputarbelit.

TAKZIAH BUAT DATO' KJ

Takziah diucapkan kepada Dato' Kamaruddin Jaffar diatas pemergian isteri beliau ke rahmatullah hari ini.

Moga-moga beliau sabar menempuh dugaan besar ini.

Didoakan Roh Allahyarhamah ditempat bersama para anbia, syuhada, dan muttaqin.

PASCA SEMINAR : PAS TELUS, BANYAK KERJA PERLU DIBUAT

PAS ternyata lebih telus dan berani berbanding Umno. Ketelusan dan keberanian PAS terbukti apabila media dan pemerhati dibenarkan hadir pada Seminar Pemerkasaan PAS pada 7 November lalu walaupun banyak isu dalaman yang sensitif dibincangkan.

Bagi semua isu tidak ada rahsia, rakyat dan media berhak mengetahuinya. Namun Umno terbukti tidak telus dan tertutup apabila hanya membenarkan media pengampunya sahaja yang membuat liputan pada Persidangan Umno. Selain itu Umno juga tidak membenarkan siaran langsung persidangannya ditayang di stesyen TV.

Rakyat harus menilai keterbukaan dan ketelusan PAS ini berbanding dengan Umno.

Keterbukaan PAS terbukti apabila sanggup menjemput Prof Dr Aziz Bari hadir menjadi ahli panel pada seminar tersebut sedangkan Aziz menghentam Presiden PAS dengan pelbagai label contohnya sudah hilang stim, Pak Lah versi PAS, lemah, lembut dan sebagainya.

PAS juga memberikan sepenuhnya ruang kepada peserta seminar membuat kritikan dan pandangan yang telus tanpa tapisan. Pemimpin utama PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga dikritik dan ditegur oleh peserta seminar tanpa disekat di halang. Beranikah ahli dan pimpinan Umno bawahan mengkritik Najib dan Muhyiddin secara berdepan????

Semua ini menggambarkan betapa telus dan terbukanya pimpinan tertinggi PAS.

KERAJAAN PERPADUAN TERKUNCI RAPAT

Di akhir Seminar tersebut Pengarah Seminar menegaskan bahawa isu kerajaan perpaduan (UG) telah terkunci rapat dan ianya tidak akan berbangkit lagi. Ketegasan inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi juga rakan-rakan dalam PR.

Kita tidak mahu selepas ini ada lagi individu tertentu yang berusaha untuk menimbulkan kembali isu ini yang boleh mengggangu gugat kepercayaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Jika terdapat pihak-pihak tertentu yang membangkit dan mengungkit isu ini maka sudah pasti ianya bukan datang dari pimpinan PAS sebaliknya ia dimainkan oleh musuh.

TUKAR PIMPINAN PAS

Sebelum dan semasa seminar ada ahli dan penyokong PAS yang berpendapat bahawa pimpinan PAS yang ada sekarang perlu ditukar bagi melonjak perjuangan PAS yang dikatakan semakin pudar sejak Pilihanraya Umum 2008. Dakwa mereka pimpinan atasan yang ada sekarang tidak effektif, lemah dan lesu gagal membawa PAS ke suatu darjat yang hebat. Mungkin mereka terpengaruh dengan pandangan dan idea Professor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sedemikian.

Bagi penulis pimpinan yang ada sekarang masih boleh meneruskan kepimpinannya asalkan mereka mahu berubah kearah yang lebih dinamik, tegas, berpandangan jauh dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Tidak perlu kita terburu-buru mendesak supaya mereka meletakkan jawatan kerana ianya belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang ada. Malah bagi saya masalah yang dihadapi PAS hari ini adalah kecil yang sudahpun diselesaikan.

Bak kata Presiden, ibarat perlawanan bolasepak, ianya belum habis separuh masa pertama jadi pemain dan pengurus tidak perlu ditukar tetapi boleh dikritik dan dinasihati.

Secara jujur ramai mahukan Timbalan Presiden PAS berubah sikap agar dapat membantu Presiden dalam semua hal terutama yang berkaitan dengan politik tanahair. Dalam usaha untuk merealisasikan slogan PAS FOR ALL, Timbalan Presiden mestilah bersikap lebih agresif dan dinamik mempromosikan PAS kepada seluruh rakyat.

Pimpinan PAS perlu mempunyai karisma, ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi membawa PAS ke arah itu.

Jadi secara ringkas, jika kita mahu menukar pimpinan kita boleh lakukannya pada tahun 2011 nanti iaitu pemilihan yang akan datang.

Namun begitu penyandang jawatan itu sendiri mesti dapat mengukur keupayaan masing-masing. Jika mereka rasakan tidak layak dan tiada keupayaan mereka boleh memberikan laluan kepada orang lain.

SEMINAR TIDAK CAPAI OBJEKTIF ?

Saya bersetuju dengan pandangan Uztaz Zolkharnain Abidin di dalam blognya bahawa seminar politik PAS sabtu lalu seperti "gulai yang pernah dimakan sebelum ini".

"Kalau tiada (Prof) Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu, kecuali mengulangi komitmen lama yang memang telah diketahui umum," tulis bekas exco Pemuda PAS itu dalam blognya baru-baru ini.

Sebahagian besar pembahas yang membahaskan Ucaptama Presiden tidak memberi cadangan konkrit untuk memperkasakan parti. Sebaliknya mereka lebih gemar memberikan kuliah atau berceramah, tidak menjurus kepada objektif seminar iaitu merungkaikan semua masalah yang ada.

Perkara paling penting sepatutnya dibincang ialah apakah 'root cause' atau penyebab kepada parti tidak perkasa dan bermasalah. Selepas itu pembahas sepatutnya memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Lebih dikesalkan ada pimpinan yang menghentam tetamu yang dijemput iaitu Dr Aziz Bari. Ini ibarat panggil orang makan kenduri selepas pukul tetamu kita sendiri yang sedang makan nasi kenduri.

PROMOSIKAN PIMPINAN PAS

Antara perkara menarik yang dibentangkan di dalam seminar ialah hasil kajian Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang membabitkan 2,100 responden di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur, tidak termasuk Sabah dan Sarawak yang mendapati golongan muda cuma mengenali lima pemimpin Pas iaitu, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Bekas Menteri Besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah).

Mahu atau tidak mahu kita mesti menerima hasil kajian ini secara positif. Memang tidak dapat dinafikan ramai anak-anak muda tidak mengambil peduli tentang politik apatah mengenali pemimpin politik terutama Pakatan Rakyat.

Jadi PAS perlu mengatur strategi untuk mempromosikan pimpinan PAS sebelum pilihanraya umum ke 13 agar pimpinan dikenali sebagai pemimpin yang berkarisma, berketrampilan dan sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat. Banyak program-program mendekati masyarakat dan jangan lupa gunakan sepenuhnya media yang agak terbuka untuk memperkenalkan pimpinan kita. Program-program juga mesti dipelbagaikan bagi menarik minat rakyat kepada Program dan aktiviti PAS. Program-program kebajikan dan menangani isu mesti sentiasa diutamakan.

TUBUH CAWANGAN TAMBAH KEAHLIAN

Presiden menyarankan supaya semua jentera PAS kawasan berusaha menambahkan cawangan PAS yang baru di seluruh pelusuk negara. Kekuatan PAS sebenarnya bergantung kepada jentera dan bilangan cawangan di sesuatu tempat. Jangan kita bercerita pasal kemenangan jika kita tidak mempunyai cawangan yang banyak di sesuatu DUN atau Parlimen. Bila cawangan bertambah maka sudah tentu keahlian juga akan bertambah.

Jadi gerakerja untuk menubuhkan cawangan dan menambahkan keahlian mesti dilaksanakan dengan agresif dan istiqamah.

TUBUH KELAB PENYOKONG PAS KAWASAN

Kelab Penyokong PAS juga mesti ditubuhkan di setiap kawasan bagi memastikan rakyat yang bukan Islam bersama-sama menyokong perjuangan Islam. Cabaran yang dinyatakan oleh Presiden PAS ini mesti disambut dengan serius oleh semua kepimpinan PAS Kawasan dan negeri.

Pimpinan negeri mesti memastikan setiap kawasan menubuhkan Kelab Penyokong PAS ini selewat-lewatnya akhir tahun ini. Ini amat penting bagi melatih ahli-ahli Kelab ini bersama-sama bekerja untuk memenangkan PAS pada pilihanraya umum akan datang.

GEMBLENG TENAGA HADAPI MUSUH

Sudah banyak masa kita habiskan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan kemelut dalaman parti. Sedangkan kemelut itu tidaklah besar dan kronik, Namun kemelut tetap kemelut dan perlu diselesaikan walau sebesar zarah atau atom sekalipun.

Namun saya yakin semuanya telah selesai dan tidak perlu diungkit lagi. Apa yang penting sekarang mari kita susun saf kita umpama batu bata yang menyokong antara satu sama lain membina suatu binaan yang kukuh dan tidak mampu diganggu gugat serta diruntuhkan musuh luar dan dalam.

PAS mesti mengaturkan segenap ‘resources’ yang kita ada untuk berhadapan dengan ahzab moden yang sentiasa mencari jalan untuk membantutkan perjuangan Islam kalaupun tidak menhapuskan terus obor Islam ini.

PAS tidak mampu untuk bertelagah, berselisih faham, bermasam muka dan berprasangka buruk yang semuanya adalah mainan musuh durjana yang berfikir siang malam untuk merosakkan ukhuwwah dan perpaduan kita.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS mesti halakan senjata idea, pemikiran, wang ringgit dan tenaga kita kepada musuh durjana sebenar yang bekerja siang malam untuk merosak, menzalimi dan menindas sesiapa yang dianggap musuh oleh mereka iaitu pejuang Islam, pejuang keadilan dan pejuang rakyat.

PAS mesti membebaskan rakyat Malaysia dari belenggu pemikiran jahilliyah, kehidupan mementingkan madiyah, matlamat hidup yang caca marba dan meminggirkan Islam.

PAS mesti membina satu masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada Islam, Keadilan, Demokrasi, toleransi, kerjasama dan telus. Bukan masyarakat yang mengenepikan agama, bersifat perkauman, penting diri, tiada matlamat hidup, tidak menghiraukan isu sekeliling, penakut dan pengecut, taat membabi buta dan tiada harga diri,

PAS mesti merobohkan rangkaian yang memijak Islam, rangkaian penindas dan penzalim yang bongkak dan mabuk kuasa.

HEBATKAN PROGRAM PENERANGAN TANGKIS SERANGAN BN

Seluruh jentera penerangan PAS Melaka di cadangkan memperhebatkan jentera penerangan masing-masing kerana BN semakin hebat menghentam dan mencerca serta memfitnah PAS sehari dua ini.

Banner dan risalah-risalah fitnah ditabur di merata tempat yang antara lain mengandungi unsur fitnah untuk memecahkan perpaduan di dalam PAS dan PR.

Antara tempat fitnah ini ditabur ialah di DUN Ayer Molek dan Bukit Baru.

Di harapkan seluruh jentera PAS dapat memantau dan mengambil langkah segera mengatasi masalah ini.

10 November 2009

BADRUL MEMANG LAYAK MASUK GENG KHIR TOYO

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham memang layak untuk menyertai 'Geng' Khir Toyo kerana orang yang tidak ada maruah dan harga diri selayaknya berketuakan Khir Toyo yang sifatnya lebih kurang sama sahaja.
Walaupun berbakul-bakul laporan, aduan tentang penyelewengan dan salah laku serta rasuah satu kes pun tidak disiasat dan Khir Toyo bebas ke sana ke mari. Terbaru mahligai indahnya yang didakwa berharga puluhan juta ringgit. Namun Khir Toyo tetap tersenyum dan menafikannya. Kalau beliau bermaruah sudah lama beliau meletakkan jawatannnya sebagai ADUN dan Ketua Pembangkang DUN Selangor.
Media hari ini melaporkan bahawa Khir Toyo berkata pertemuannya dengan Badrul Hisham Abdullah yang sepatutnya petang ini, telah ditangguhkan hingga esok kerana ADUN Pelabuhan Klang itu perlu menguruskan urusan keluarga hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Mohd Khir berkata pada mulanya, Badrul bersetuju bertemu di diaman Badrul di Pelabuhan Klang pada jam 5.30 petang ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan bahawa Badrul perlu menguruskan urusan keluarga di Kuala Selangor petang ini.

Berikutan itu, katanya, pertemuan beliau dengan Badrul itu ditunda hingga esok.
Memang layak Badrul 'join' dengan 'Geng' Khir Toyo, ianya tidak dapat disangkal lagi semua orang setuju.

UMNO MAIN KASAR DI MELAKA

Umno Melaka nampaknya main kasar sehari dua ini. Banyak banner digantung khasnya di DUN Bukit Baru melaga-lagakan pimpinan PAS dan juga melaga-lagakan pimpinan PAS dan Anwar Ibrahim.
Banner fitnah seperti tidak baik dan tidak manis digantung kerana ianya fitnah semata-mata dan tidak berdasarkan fakta sebenar.
Diharapkan Umno tidak menggunakan kaedah sebegini untuk mencari publisiti dan meraih sokongan. Rakyat hari ini sudah matang dan faham akan situasi politik terkini. Saya cadangkan Umno mencari kaedah lain untuk mencapai hasrat itu.
Lebih baik Umno mencari jalan untuk mendamaikan MCA yang sedang berkecamuk sekarang.

BAI'AH : TAKUT PADA ALLAH BUKAN TAKUT JATUH TALAK

Usaha pihak tertentu untuk memburukkan PAS tidak akan padam sampai bila-bila. Apa juga ruang dan peluang untuk menghentam PAS akan mereka gunakan tidak kira ianya fitnah atau pun punya fakta yang kukuh. Yang penting mereka dapat burukkan PAS di mata rakyat supaya persepsi rakyat kepada PAS merudum.
Saya tertarik dengan jawapan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Sabtu lalu ketika mengulas isu Bai'ah ini.
Kata beliau, Majlis Syura tidak pernah memutuskan cara dan kaedah berbai'ah dan isu ini adalah fitnah kepada PAS.
Secara bersahaja Tuan Guru berkata, isu paling penting dalam Bai'ah ahli PAS ialah sesiapa yang melanggar bai'ah berdosa dan ahli PAS memang berpegang teguh kepada bai'ah kerana mereka berjanji dengan Allah bukan dengan manusia.
Jika bai'ah dibuat dengan menyatakan lompat parti tertalak isteri dengan talak tiga sudah tentu ada wakil rakyat PAS yang akan lompat parti kerana dengan duit contohnya RM10 juta sudah tentu mereka boleh mencari isteri baru yang lebih cantik dan muda bukan seorang tetapi 4 orang sekali. Demikian intipati jawapan Tuan Guru Presiden.
Jadi bukannya soal jatuh talak tetapi yang lebih penting dari itu wakil rakyat PAS berpegang teguh kepada janji dan takut kepada dosa. Isu jatuh talak ini sepatutnya tidak berbangkit.

GEMBELENG TENAGA HADAPI MUSUH

Sudah banyak masa kita habiskan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan kemelut dalaman parti. Sedangkan kemelut itu tidaklah besar dan kronik, Namun kemelut tetap kemelut dan perlu diselesaikan walau sebesar zarah atau atom sekalipun.

Namun saya yakin semuanya telah selesai dan tidak perlu diungkit lagi. Apa yang penting sekarang mari kita susun saf kita umpama batu bata yang menyokong antara satu sama lain membina suatu binaan yang kukuh dan tidak mampu diganggu gugat serta diruntuhkan musuh luar dan dalam.

Mari kita aturkan segenap ‘resources’ yang kita ada untuk berhadapan dengan ahzab moden yang sentiasa mencari jalan untuk membantutkan perjuangan Islam kalaupun tidak menhapuskan terus obor Islam ini.

Kita tidak mampu untuk bertelagah, berselisih faham, bermasam muka dan berprasangka buruk yang semuanya adalah mainan musuh durjana yang berfikir siang malam untuk merosakkan ukhuwwah dan perpaduan kita.

Mari kita halakan senjata idea, pemikiran, wang ringgit dan tenaga kita kepada musuh durjana sebenar yang bekerja siang malam untuk merosak, menzalimi dan menindas sesiapa yang dianggap musuh oleh mereka iaitu pejuang Islam, pejuang keadilan dan pejuang rakyat.

Mari kita bebaskan rakyat Malaysia dari belenggu pemikiran jahilliyah, kehidupan mementingkan madiyah, matlamat hidup yang caca marba dan meminggirkan Islam.

Mari kita bina satu masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada Islam, Keadilan, Demokrasi, toleransi, kerjasama dan telus. Bukan masyarakat yang mengenepikan agama, bersifat perkauman, penting diri, tiada matlamat hidup, tidak menghiraukan isu sekeliling, penakut dan pengecut, taat membabi buta dan tiada harga diri,

Mari kita robohkan rangkaian yang memijak Islam, rangkaian penindas dan penzalim yang bongkak dan mabuk kuasa.

Pimpinan PAS harus ditukar

Terdapat saranan-saranan keras dari dalam dan khasnya dari luar supaya pimpinan PAS yang ada sekarang ditukar. Dakwa mereka pimpinan atasan yang ada sekarang tidak effektif, lemah dan lesu gagal membawa PAS ke suatu darjat yang hebat.

Bagi saya pimpinan yang ada sekarang masih boleh meneruskan kepimpinannya asalkan mereka mahu berubah kea rah yang lebih dinamik, tegas, berpandangan jauh dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Tidak perlu kita terburu-buru mendesak supaya mereka meletakkan jawatan kerana ianya belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang ada. Malah bagi saya masalah yang dihadapi PAS hari ini adalah kecil yang sudahpun diselesaikan.

Bak kata Presiden, ibarat perlawanan bolasepak, ianya belum habis separuh masa pertama jadi pemain dan pengurus tidak perlu ditukar tetapi boleh dikritik dan dinasihati.

Secara jujur ramai mahukan Timbalan Presiden PAS berubah sikap agar dapat membantu Presiden dalam semua hal terutama yang berkaitan dengan politik tanahair. Dalam usaha untuk merealisasikan slogan PAS FOR ALL, Timbalan Presiden mestilah bersikap lebih agresif dan dinamik mempromosikan PAS kepada seluruh rakyat.

Timbalan Presiden mempunyai karisma, ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi membawa PAS ke arah itu.

Jadi secara ringkas, jika kita mahu menukar pimpinan kita boleh lakukannya pada tahun 2011 nanti iaitu pemilihan yang akan datang. Namun begitu penyandang jawatan itu sendiri mesti dapat mengukur keupayaan masing-masing. Jika mereka rasakan tidak layak dan tiada keupayaan mereka boleh memberikan laluan kepada orang lain.

Kerajaan Perpaduan tutup buku - terkunci rapat

Ahli dan penyokong menyambut baik resolusi Seminar Pemerkasaan Parti yang berlangsung Sabtu lalu.

Antara resolusi tersebut ialah mengunci rapat isu Kerajaan Perpaduan di mana tidak akan ada lagi perbincangan mengenainya. Ketegasan inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi juga rakan-rakan dalam PR.

Kita tidak mahu selepas ini ada lagi individu tertentu yang berusaha untuk menimbulkan kembali isu ini.

Melaka lontarkan idea perkasakan parti

Intipati ucapan wakil Melaka pada Seminar Pemerkasaan Parti Sabtu lalu :-

  • Utarakan ciri sebuah organisasi yang perkasa dan mantap
  • Kemukakan punca dan jalan penyelesaian kepada masalah dibawah :-
    1. Kegagalan menguruskan laporan, aduan & keputusan mesyuarat
    2. Sistem Maklumat/info parti yang lemah – perkasakan Harakahdaily
    3. Jawatankuasa Disiplin
    4. ‘Guideline’ untuk berurusan dengan musuh parti iaitu Umno.
    5. Salah laku pimpinan dan ahli
    6. dan lain-lain.
  • Harapan kepada pimpinan dan seminar ini – semua kemelut selesai

09 November 2009

SEMINAR TIDAK CAPAI OBJEKTIF 100%

Saya bersetuju dengan pandangan Uztaz Zolkharnain Abidin bahawa seminar politik PAS sabtu lalu seperti "gulai yang pernah dimakan sebelum ini".

"Kalau tiada (Prof) Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu, kecuali mengulangi komitmen lama yang memang telah diketahui umum," tulis bekas exco Pemuda PAS itu dalam blognya semalam.

Sebahagian besar pembahas yang membahaskan Ucaptama Presiden tidak memberi cadangan konkrit untuk memperkasakan parti. Sebaliknya mereka lebih gemar memberikan kuliah atau berceramah, tidak menjurus kepada objektif seminar iaitu merungkaikan semua masalah yang ada.

Perkara paling penting sepatutnya dibincang ialah apakah 'root cause' atau penyebab kepada parti tidak perkasa dan bermasalah. Selepas itu pembahas sepatutnya memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Lebih dikesalkan ada pimpinan yang menghentam tetamu yang dijemput iaitu Dr Aziz Bari. Ini ibarat panggil orang makan kenduri selepas pukul tetamu kita sendiri yang sedang makan nasi kenduri.

08 November 2009

PROMOSIKAN PIMPINAN PAS

Kajian Dr Abu Hassan Hasbullah membabitkan 2,100 responden di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur, tidak termasuk Sabah dan Sarawak mendapati golongan muda cuma mengenali lima pemimpin Pas iaitu, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Bekas Menteri Besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah).
Jadi PAS perlu mengatur strategi untuk mempromosikan pimpinan PAS sebelum pilihanraya umum ke 13.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter