TOK GURU & MENANTU TOK GURU JADI SASARAN

Selepas isu bai'ah kini isu tajaan naik haji untuk isu menantu Tok Guru pula akan dijadikan sasaran oleh media pengampu. Nampaknya satu demi satu isu diutarakan oleh media pengampu untuk memburukkan PAS di mata rakyat.
Namun saya yakin semua isu ini tidak akan memberi bekas dan kesan yang besar kepada PAS kerana Insya Allah kita tidak menyembunyikan kebenaran. SPRM boleh menyiasat segala salah laku 24 jam tanpa batasan dan halangan.
Jika benar ada masalah dan buktinya ada maka sila siasat dan bawa sesiapa yang bersalah ke muka pengadilan.
Media hari ini melaporkan bahawa Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bertekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.

Comments

Anonymous said…
Sofi,
Jadilah menantu yang baik. jgn sebab kesombongan kita, imej mertua tercemar.
Unknown said…
Kenyataan yang perlu diterima walau apa alasanpun mertua tak boleh lantik menantu. Isu ini akan berlarutan selagi menantu masih di situ.
Minahkampung said…
sejenak merenungi kita jangan leka dan terjebak baca tulisan ini

http://penawarrinduku.blogspot.com/2009/11/ini-lah-perancangan-tersusun-melemahkan.html
Anonymous said…
Salam, salah tetap salah. Walau yg lakukannya adalah menantu mursyid am atau mursyid am sendiri. Mana boleh pertahan menantu dan dengan penuh kesombongan kata menantu kita layak dan paling sesuai. Mesti ada yg lebih layak.Jangan buta mata hati sebab yg lakukannya adalah tgna!. Mesti tegur. Nanti akan timbul PERSEPSI tak elok.