BAI'AH : TAKUT PADA ALLAH BUKAN TAKUT JATUH TALAK

Usaha pihak tertentu untuk memburukkan PAS tidak akan padam sampai bila-bila. Apa juga ruang dan peluang untuk menghentam PAS akan mereka gunakan tidak kira ianya fitnah atau pun punya fakta yang kukuh. Yang penting mereka dapat burukkan PAS di mata rakyat supaya persepsi rakyat kepada PAS merudum.
Saya tertarik dengan jawapan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Sabtu lalu ketika mengulas isu Bai'ah ini.
Kata beliau, Majlis Syura tidak pernah memutuskan cara dan kaedah berbai'ah dan isu ini adalah fitnah kepada PAS.
Secara bersahaja Tuan Guru berkata, isu paling penting dalam Bai'ah ahli PAS ialah sesiapa yang melanggar bai'ah berdosa dan ahli PAS memang berpegang teguh kepada bai'ah kerana mereka berjanji dengan Allah bukan dengan manusia.
Jika bai'ah dibuat dengan menyatakan lompat parti tertalak isteri dengan talak tiga sudah tentu ada wakil rakyat PAS yang akan lompat parti kerana dengan duit contohnya RM10 juta sudah tentu mereka boleh mencari isteri baru yang lebih cantik dan muda bukan seorang tetapi 4 orang sekali. Demikian intipati jawapan Tuan Guru Presiden.
Jadi bukannya soal jatuh talak tetapi yang lebih penting dari itu wakil rakyat PAS berpegang teguh kepada janji dan takut kepada dosa. Isu jatuh talak ini sepatutnya tidak berbangkit.

Comments