.

.

01 January 2011

3 PEMIMPIN DEWAN PEMUDA JASIN DITAHAN POLIS


Bandar Hilir, Melaka : 3 orang pemimpin Dewan Pemuda PAS Jasin ditahan Polis di Dataran Ayer Keroh awal pagi tadi atas tuduhan mengedarkan risalah tanpa permit yang melanggar akta mesin cetak dan penerbitan.

Ketiga-tiga mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Aminuddin Abdul Jalil (gambar), 40; Bendahari Dewan Pemuda PAS Jasin, Rashidi Ismail, 32 dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Jasin, Daud Dalip, 24.

Mereka telah ditahan pada jam 12.15 pagi tadi selepas selesai mengedarkan risalah di Dataran Ayer Keroh pada Program Ekspedisi bertemu rakyat sempena sambutan tahun baru 2011.

Aminuddin berkata sebaik sahaja selesai mengedarkan risalah mereka telah ditahan oleh seorang Pegawai Polis, ASP Mohamed Yusoff Basha dari Balai Polis Ayer Keroh.

"Kami telah disoal siasat di Balai Polis Ayer Keroh sehingga jam 2.45 pagi dan dipindahkan ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir".

"Soal siasat tersebut berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari baru kami dibebaskan dengan jaminan Polis" kata Aminuddin yang juga merupakan bekas Calon PAS Dun Sungai Rambai pada Pilihanraya Umum 2008.

Menurutnya, penahanan itu tidak melemahkan semangat beliau dan rakan-rakannya untuk terus membongkar segala penyelewengan dan salah laku kerajaan negeri Melaka dan kerajaan pusat.

Beliau berkata demikian sebaik dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini petang ini.

Daud dalam kenyataannya pula kesal dengan tindakan Pegawai Penyiasat Polis yang tidak membenarkan mereka menunaikan solat subuh sehingga waktu solat hampir habis baru dibenarkan.

"Saya minta untuk solat subuh tetapi Polis tidak benarkan sehingga 5 minit hendak habis waktu baru saya dibenarkan untuk solat subuh".

"Ini merupakan satu tindakan yang zalim dan melanggar hak asasi saya sebagai orang Islam, lebih malang lagi Pegawai itu pun Islam juga" kata Daud dengan nada kesal.

Rashidi pula berkata tindakan Polis menahan mereka merupakan tindakan yang tidak masuk akal kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sepatutnya bebas menyuarakan pandangan dan idea masing-masing.

"Kami tidak menerima sebarang bantahan atau cemuhan dari para pengunjung Dataran Ayer Keroh itu, cuma pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPTHJ) yang bersikap kasar menghalau kami".

Menurutnya penahanan beliau bersama rakan-rakannya ini merupaka satu pencabulan kepada kebebasan bersuara rakyat dan ini melambangkan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang tidak bebas dan sentiasa mencengkam rakyat.

Kira-kira 30 orang pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hadir pada program Ekspedisi Dakwah yang bermula pada jam 11.00 malam tadi. Program tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek.

TAHUN BARU 2011 : RAKYAT MESTI BERAZAM BENTUK KERAJAAN BARU YANG LEBIH BAIK

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Tanpa disedari tahun masehi sudah menjangkau kepada 2011. Kerajaan yang mentadbir negara kita masih belum berubah. Rasuah berleluasa, penyelewengan jadi wirid, diskriminasi jadi mainan, kezaliman jadi pakaian, penindasan tanpa had dan segala satu macam perkara yang semakin hari semakin menekan kita semua.

Jika rakyat tidak bangkit membuat perubahan kita bimbang negara kita akan hancur dan terus malap dari segi ekonomi, sosial, pembangunan, hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan. Undang-undang dipinggirkan begitu sahaja. Yang diadili hanyalah orang bawahan, orang atasan walaupun membunuh, merogol, rasuah dan sebagainya terlepas.

Malaysia dan rakyatnya mesti diselamatkan. Penyelamatnya ialah kita sendiri sebagai rakyat yang mempunyai kuasa undi untuk menukar kerajaan negeri dan pusat.

Slogan Konvensyen PR 19 Disember lalu yang menggariskan program PR dalam 100 hari memerintah jelas membuktikan komitemen PR untuk membuat perubahan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya adalah suatu azam yang benar dan menjanjikan suatu perubahan yang pasti buat pembentukan sebuah Malaysia yang lebih baik.

Sempena tahun baru 2011, dengan rendah hati dan penuh kesyukuran saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua warganegara Malaysia dari berbagai bangsa, agama dan warna kulit serta ideologi.

Tahun baru 2011, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menanamkan sikap peka sensitif terhadap apa juga yang berlaku di sekeliling kita.

Tahun 2010 banyak memberi keinsafan kepada kita, bagaimana rakyat terus ditipu dan dimomok-momokkan dengan pembangunan dan kesenangan hidup oleh kerajaan. Tetapi pada hakikatya rakyat terus terhimpit dengan kenaikan harga minyak, barangan dan sebagainya.

Kerakusan kerajaan Umno BN menaikkan harga minyak dan barang, menanamkan semangat perkauman rasis yang sempit, menyalahgunakan kuasa, memporak-perandakan institusi kehakiman, menginjak-injak maruah dan terus menodai hak rakyat adalah sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh dimaafkan.

Kronologi salah laku kerajaan Umno BN andai difilemkan sudah tentu tidak cukup untuk ditayangkan sepanjang tayangan filem biasa. Andai disirahkan mungkin sehari satu malam pun tidak tamat.

Sifat buruk seperti fitnah, rasuah, pembaziran, gila kuasa, tamak, yang terus menjadi wirid harian kerajaan seolah-olah ianya tidak berkesudahan selepas 53 tahun pemerintahan Umno BN.

Oleh kerana itu tidak ada jalan lain bagi rakyat untuk menyelamatkan negara dan rakyat selain dari bangkit menyedarkan rakan, jiran, saudara, taulan dan sesiapa sahaja untuk menukarkan kerajaan BN yang ada sekarang kepada kerajaan PR dengan menggunakan kuasa undi mereka pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Salam Hormat

Sofi Wahab
Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

31 December 2010

PRK TENANG : PROJEK MEE SEGERA DAH DATANG

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil melaporkan dalam facebooknya bahawa projek 'mee segera' mula dijalankan di DUN Tenang semata-mata untuk merasuah pengundi di sana supaya menyokong BN.

Setiap kali Pilihanraya tidak kira Umum atau Kecil, taktik menjalankan projek 'mee segera' memang menjadi amalan BN. Malangnya rakyat negara kita masih tidak faham dan mudah tertipu dengan rasuah dan sogokan seperti ini.

Gambar diatas dipetik dari facebook Faizi di mana di sebatang jalan di Tenang kelihatan jentera-jentera berat sedang menurap jalan tersebut.

MALUNYA AKU MENGAKU RAKYAT MALAYSIA

Seorang rakan menyatakan betapa malu dia apabila berkunjung ke luar negeri kerana sering dilemparkan dengan pertanyaan yang sukar untuk dijawab?

Soalan pertama yang sering ditanya kepada beliau ialah benarkan pemimpin negara anda terlibat dengan pembunuhan seorang wanita berbangsa Mongolia?????

Soalan kedua pula ialah benarkan seorang pemimpin negara anda merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia.

Sehingga kini menurut beliau, dia gagal untuk menjawab soalan tersebut kerana pemimpin yang dituduh berkaitan kedua-dua isu itu tidak menyaman orang yang membuat tuduhan tersebut.

Menurutnya ramai rakan-rakannya dari luar negara berasa pelik dan ragu kerana pemimpin berkenaan sehingga kini takut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah. Maksudnya mereka tidak berani membersihkan namanya di mahkamah.

Beliua memberitahu saya bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia beliau merayu pemimpin terbabit supaya membersihkan nama masing-masing seberapa segera supaya nama baik Malaysia dapat kekal harum di seluruh dunia.

SEBARKAN PROGRAM 100 HARI PR KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Saya merayu kepada seluruh penyokong dan ahli PAS serta PR supaya memastikan Program 100 hari pemerintahan PR disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka tahu apa yang akan dilaksanakan oleh PR jika diberi peluang memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Pastikan setiap rumah, setiap rakyat menatap dokumen itu supaya mereka faham bahawa PR bukannya bercakap kosong tetapi akan membuktikan apa yang dijanjikan.

Buktinya sebahagian besar manifesto PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan telah ditunaikan. Program kebajikan di negeri PR berjalan dengan baik jauh lebih baik berbanding negeri-negeri BN.

Inilah bukti bahawa PR bukan hanya pandai berjanji kepada rakyat tetapi berusaha sedaya upaya untuk menunaikannya seperti yang dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah PR.

Jadi ayuh tuan-puan rancangkan program sebarkan program 100 hari tersebut. Senang sahaja tubuhkan skuad untuk mengedarkan dokumen itu sepertimana syarikat-syarikat perniagaan mengedarkan iklan-iklan mereka. Fotostat program itu banyak-banyak (ringkasannya lebih baik) dan edarkan.

Sofi Wahab

KERAJAAN MELAKA TIDAK PATRIOTIK?

Genaplah seminggu tersiarnya laporan mengenai cadangan Kerajaan Negeri Melaka menukar kereta rasmi bagi kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)nya pada tahun depan.

Malangnya, impak penyiaran berita itu sama sekali berbeza dengan laporan serupa yang pernah tersiar di media kira-kira dua tahun lalu. Berita yang melibatkan perkara sebegitu penting bagi sebuah kerajaan hanya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang ulasan atau laporan susulan mana-mana media arus perdana.

Ia hanya muncul sekali itu dan terus menghilang dari paparan media. Bahkan, tidak mustahil jika dikatakan sebahagian besar rakyat negara ini langsung terlepas pandang akan perkara itu.

Sedangkan berita disiarkan minggu lalu itu bukan berasaskan kenyataan atau maklumat tidak rasmi dari sumber tertentu. Ia sebaliknya dipetik secara bertanggungjawab dari kenyataan dibuat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri.

Sebuah akhbar arus perdana pada 21 Disember memetik beliau sebagai berkata, kerajaan negeri pimpinannya mencadangkan penggunaan kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6 bagi kegunaan Exco, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai undang-undang dan pegawai kewangan. Ia bagi menggantikan kereta jenis Proton Perdana Eksekutif yang digunapakai kini.

Sebetulnya cadangan sedemikian bukan lah suatu yang pelik atau layak diperbesarkan. Menukar kereta baru tidak lebih suatu rutin kerajaan, terutama apabila sampai tempoh tertentu penggunaan kenderaan rasmi sedia ada.

Di atas berbagai sebab, termasuk kos penyelenggaraan, keselesaan penggunaan dan seumpamanya, keperluan menukar kepada kereta baru tidak sukar dirasionalkan. Alasan diberikan Mohd Ali juga melibatkan rasional sama.

“Sejak 10 tahun lalu kenderaan rasmi jenis Proton Perdana Eksekutif digunakan Exco, tetapi kita terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi akibat pelbagai kerosakan,” katanya.

Sebelum ini pun rakyat tidak begitu mengambil pusing tindakan mana-mana kerajaan menukar kereta rasmi, walau seberapa kerap mereka berbuat demikian atau melibatkan apa juga jenama pembuatan kenderaan terbabit.

Namun itu cerita sebelum 2008, atau lebih tepat lagi sebelum berlakunya tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan negeri Perak yang ketika itu diperintah Pakatan Rakyat (PR). Apabila langkah kerajaan negeri itu menukar kereta rasmi dimanipulasi para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan diseret secara negatif oleh media-media talibarut parti itu, maka ia seakan menjadi kes pemula kepada pertikaian rakyat terhadap tindakan sedemikian.

Dalam ertikata lain, jika tidak kerana kerakusan BN dan kegelojohan media dikuasainya memperbesarkan langkah kerajaan Perak itu, maka isu penukaran kereta rasmi kerajaan tidak sepatutnya menjadi isu.

Malangnya, agenda biasa pemerintahan yang telah sekian lama dilakukan BN sendiri itu telah dimanipulasi secara tidak bertanggungjawab. Tanpa tangguh kerajaan PR Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.

Keadaan diburukkan menerusi perlumbaan media-media talibarut BN yang sengaja menyorot dan membuat tinjauan susulan isu berkenaan secara negatif. Komen dan ulasan pelbagai pihak sengaja ditonjol dari perspektif memburukkan kerajaan PR.

Alasan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi diberikan Nizar turut dipertikaikan. Bahkan, kenyataan pihak pengurusan Proton turut dipetik semata-mata untuk menafikan produk keluarannya berisiko mengalami kerosakan agak kerap seperti didakwa.

Ia sekaligus bagai menafikan fakta perbelanjaan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan ditanggung kerajaan Perak antara 2004 hingga 2008 sepertimana dimaklumkan Nizar.

Kini, kita tertunggu-tunggu bila lagi pihak pengurusan tertinggi pengeluar kereta nasional itu akan menafikan dakwaan Mohd Ali pula. Jika benar bagai didakwa mereka ketika menyangkal kenyataan Nizar dua tahun lalu, tempoh seminggu yang telah berlalu kini sepatutnya lebih dari cukup untuk mereka tampil dengan penafian sama.

Tidak cukup setakat itu, pertikaian terhadap tindakan kerajaan PR Perak dulu turut diseret sehingga membabitkan isu patriotisme terhadap negara. Telah menjadi dasar kerajaan sejak beberapa tahun lalu untuk menjadikan kereta Proton sebagai kenderaan rasmi pembesar kerajaan.

Justeru, tindakan Perak menukarkannya dengan kereta import dianggap tidak patriotik. Pelbagai pihak tampil mengecam kerajaan negeri itu kononnya membelakangkan kereta nasional.

Malah isu itu secara tersirat semacam sengaja diseret bagi memberikan gambaran menakutkan tentang kemungkinan identiti negara tergugat sekiranya PR mengambil alih kuasa di peringkat Pusat.

Kini, sekali lagi kita tertunggu-tunggu bila lagi penilaian dan label sama dilontarkan kepada Mohd Ali dan kerajaan Melaka pula. Bukankah kereta baru pilihan mereka juga bukan model buatan tempatan?

Ke mana pula hilangnya nilai patriotisme yang kononnya amat dipertahankan para pemimpin dan penjuak BN dua tahun lalu? Ataukah dalam perkiraan mereka, asal saja sesuatu itu dibuat BN, semuanya dikira okay, walau pun dianggap amat negatif sekiranya perkara sama dibuat parti lawan.

Jika begitu halnya, dan setakat ini memang pun itulah hakikatnya, maka BN jangan salahkan orang jika dinilai sebagai bersikap dwi-piawai, hipokrit, lidah bercabang, talam dua muka dan berbagai label seumpamanya.

Sumber : Harakahdaily.

ISU YB TEO : WANITA MUSLIM MASUK MASJID TAK TUTUP AURAT MEREKA TAK BISING


Sekali lagi Utusan memanipulasikan isu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching mencemarkan kesucian masjid. Kalau dahulu YB Teo dikatakan mencemarkan masjid kerana memberikan tazkirah di surau, kali ini beliau dikatakan mencemarkan kesucian masjid kerana memakai baju ketat bersenamrobik di perkarangan masjid.

Saya sendiri menghubungi Nazir Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong yang juga merupakan sahabat baik saya iaitu Haji Azman Idris untuk mendapat komentar beliau.

Haji Azman berkata isu itu bukanlah perkara besar cuma ianya di'spin'kan oleh Utusan untuk mendapatkan 'political mileage'. Utusan dengan 'bangganya' menyatakan bahawa umat Islam begitu marah dengan tindakan YB Teo ini sedangkan di kawasan Taman Cheras Jaya sendiri tidak ada seorang pun yang marah dan tidak senang dengan tindakan YB Teo.

Bila saya melihat gambar YB Teo yang dikatakan berpakaian ketat itu, jelas sekali pakaiannya SAMA seperti pakaian yang dipakai oleh sesetengah wanita-wanita Umno dan Puteri-puteri Umno ketika bersenam robik. Malah ada wanita-wanita Islam yang masuk masjid tidak menutup aurat dan berpakaian ketat. Mengapa Umno dan Utusan tidak 'bising' dengan hal ini.

Ternyata isu ini di'spin'kan Utusan untuk membangkitkan kebencian umat Islam kepada DAP dan PR.

Gambar : YB Teo dan saf kepimpinan Masjid tersebut. Haji Azman berdiri 3 dari kanan.

BN PENING KEPALA NEGERI PR AKAN ADAKAN PILIHANRAYA BERASINGAN

Saya amat menyokong andainya negeri-negeri PR tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen Malaysia. Tidak ada gunanya kita membazirkan wang rakyat dengan mengadakan pilihanraya awal sebelum 'edah'nya berakhir.

Andaikata Pilihanraya Umum pada diadakan pada tahun 2011 ini bermakna ianya dilaksanakan 2 tahun lebih awal dan sudah tentu kerajaan negeri yang berkuasa sekarang tidak dapat melaksanakan perancangan dan manifesto mereka sepenuhnya.

Kerajaan pusat berkuasa untuk membubarkan Parlimen dengan memberikan nasihat kepada Yang Dipertuan Agong tetapi bagi DUN ianya adalah dibawah bidang kuasa Sultan negeri masing-masing atas nasihat Menteri-Menteri Besar negeri berkenaan.

Jadi tidak syak lagi BN akan berhadapan dengan situasi berbeza kali ini di mana pilihanraya umum akan diadakan dalam 2 fasa iaitu pilihanraya Parlimen dan DUN negeri-negeri BN dan yang kedua pilihanraya negeri-negeri PR.

30 December 2010

BUKU MENUJU PAS BARU : POLEMIK INI TIDAK HARUS DIPANJANG - JANGAN BERI PELURU KEPADA MUSUH

Saya mengharapkan semua pihak tidak memanjangkan polemik mengenai buku PAS Baru yang sedang hangat diperkatakan. Buku itu bukanlah sebuah buku yang dikeluarkan oleh PAS tetapi ia hanya sebuah buku yang ditulis oleh seorang AJK PAS Pusat iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa. Ini adalah hasil dari pemikiran beliau.

Saya yakin pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS sudah cukup tarbiah dan kefahaman untuk menilai buku tersebut. Jika benar ianya bertentangan dengan aspirasi dan hala tuju perjuangan PAS saya cadangkan buku itu tidak dijadikan panduan dan teks serta tidak juga sebagai sumber rujukan kepada ahli PAS.

Ia hanyalah pandangan peribadi penulis yang tidak maksum dan sudah tentu mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain. PAS sejak dahulu lagi meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dan ianya sudah mula diterima oleh rakyat Malaysia berbilang kaum.

Saya mencadangkan kepada pimpinan PAS supaya membuat penegasan (jika perlu) tentang buku ini, samada ianya tidak bertentangan dengan perjuangan PAS atau sebaliknya.

Bagi saya tidak ada salahnya Mujahid melemparkan pandangan beliau kerana ianya bukan pandangan PAS tetapi HANYALAH PANDANGAN PERIBADI.

SYABAS : MAHFUZ LETAK JAWATAN

Saya mengucapkan syabas kepada YB Dato Mahfuz Omar jika benar beliau meletakkan jawatan Pengerusi Syarikat GLC, Kedah Sato Sdn Bhd kerana tidak berpuashati dengan tindakan syarikat tersebut yang memberikan tender dengan tidak mengikut peraturan.

Tindakan Hj Mahfuz ini wajar dicontohi kerana beliau dilihat bertanggungjawab terhadap apa juga kesalahan syarikat lebih-lebih ianya berkait dengan integriti dan undang-undang.

Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Malangnya di negara kita amalan seperti ini jarang kita dengar kerana kebanyakan Pengerusi syarikat malah menteri yang melakukan salah laku dan penyelewengan tetap mahu meneruskan tanggungjawabnya memegang jawatan penting yang disandangnya.

29 December 2010

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia di atas kejayaan pasukan kita menewaskan Indonesia dengan agregate 4-2.

Kejayaan merupakan suatu yang manis setelah kita dirundung malang dengan performance pasukan kita yang sekian lama malap.

Semoga kejayaan ini akan diteruskan dari sekarang hingga bila-bila.

TAWARAN 100 HARI : HANYA ORANG TIDAK WARAS YANG TOLAK

Bagi saya hanya orang tidak waras yang menolak tawaran program 100 hari PR memerintah. Ini kerana semua program yang ditawarkan itu benar-benar memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Orang yang tidak waras sahaja menolak tawaran kebajikan tersebut. Antara tawaran yang jelas memberikan kelebihan dan meringankan beban rakyat ialah tawaran penghapusan tol dan menaikkan elaun guru-guru sebanyak RM500.

Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini.

Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik.

10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara.

Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang.

Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa negara akan muflis sekiranya apa yang dicadangkan oleh PR dalam janji 100 hari itu dilaksanakan juga merupakan lemparan dakwaan yang meleset.

Negara akan bertambah bankrap sekiranya sokongan terus diberikan kepada BN untuk memerintah negara.

Dengan kuasa yang ada pada BN maka rasuah akan berleluasa, korup dan penyelewengan akan bertambah parah.

Rakyat akan menjadi mangsa apabila harga barangan dinaikkan hasil dari tindakan pemimpin BN yang tidak cekap mentadbir negara.

Selama ini pun kita telah merasai bagaimana kenaikan harga barangan keperluan yang memberi kesengsaraan kepada rakyat dalam jangkamasa panjang.

Sekiranya kita tidak mahu kuasa disalahgunakan oleh BN yang memimpin, maka rakyat mesti yakin dan mengubah sokongan mereka secara drastik kepada PR.

Fakta : Bagaimana PR selamatkan duit rakyat untuk pulangkan kepada rakyat? Jawapannya menghapuskan subsidi kepada syarikat penjana bebas IPP (RM20 bilion dapat diselamatkan); menghapuskan rasuah, penyelewengan (Selamatkan RM20 bilion setahun); menghentikan projek-projek membazir seperti (Pembinaan Menara Warisan, baik pulih rumah Najib - RM65juta dan lain-lain).

PRK TENANG : UMNO/BN TIDAK SETENANG DULU

Umno/BN berada dalam keadaan tidak setenang dulu berikutan beberapa perkembangan terbaru yang jelas tidak memihak kepada mereka. Walaupun Tenang dikatakan kubu kuat BN di mana ianya pernah diwakili oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek tetapi kelihatan cuak dan cemas kerana rakyat terutama bukan Melayu semakin hari semakin ramai menolak BN.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata perkembangan terbaru menunjukkan pengundi Cina di kawasan tersebut menunjukkan sambutan yang positif kepada PAS dan PR. Mereka sudah muak dengan perangai MCA dan pemimpinnya.

Menurut Mazlan, pada Pilihanraya Umum lalu, PAS memenangi 3 peti undi di DUN Tenang. Fakta ini menunjukkan bahawa PAS mempunyai kekuatas asas di kawasan tersebut.

Walaupun Umno/BN kelihatan selesa dengan sokongan pengundi Melayu tetapi belum tentu dapat mengekalkan sokongan seperti yang mereka perolehi pada PRU 2008. Ini kerana pada masa tersebut jentera PR tidak sepadu sekarang. Selain itu isu-isu semasa seperti isu kenaikan harga minyak, kenaikan harag barangan dan isu Felda serta isu-isu lain sudah tentu akan melahirkan undi protes di kalangan pengundi atas pagar terhadap BN.

Mazlan dalam ucapannya di Bukit Beruang malam tadi melahirkan keyakinan bahawa PR akan membuat kejutan di Tenang walaupun ramalan awal menunjukkan BN akan mudah mempertahankan kubu kuat mereka itu.

Menurut daftar pemilih yang dikeluarkan Jun tahun ini, ia mempunyai sejumlah 14,592 pengundi dengan 7,042 atau 48.26 peratus Melayu, 5,635 atau 38.62 peratus Cina dan 1,754 atau 12.02 peratus India.

Konstitusi seumpama ini menjadi 'pelambung penyelamat' untuk BN
terus 'terapung' sewaktu tsunami politik 2008 tetapi undi

majoriti, termasuk di Tenang, berkurangan secara signifikan.

Bagaimanapun, keputusan beberapa pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas dilihat sebagai menunjukkan bahawa BN sokongan rakyat kepada BN telah pulih. Pakatan perlu membuktikan di Tenang bahawa ia bukanlah sebuah trend nasional.

28 December 2010

SIAPA SONGLAP WANG JUDI PULAU PINANG

Umno memungut wang RM100 pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang kepada warga emas sebab kononnya ia wang judi. Tetapi sehingga kini wang yang dikutip itu masih belum dipulangkan kepada kerajaan Pulau Pinang.

Kalau betul itu wang judi mengapa Umno kebas dan tidak pulangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Sah Umno tidak kira wang judi haram atau halal mereka kebas.

Fakta : Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa wang tersebut adalah lebihan dari perbelanjaan negeri bukannya wang judi.

Sumber : Ceramah Mazlan Aliman 28 Dis Bukit Beruang

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

Siapa yang menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura?

Siapa yang menyerahkan Tanah keretapi tanah melayu kepada Singapura?

Tanah orang Melayu tinggal hanya 1.7 % Selepas 50 tahun diperintah BN. Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng memperketatkan undang-undang supaya tanah orang Melayu tidak mudah diambil oleh kaum lain.

Sumber : Ceramah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman 28 Dis di Bukit Beruang.

PAS KAWASAN BUKIT KATIL SUMBANG DERMA UNTUK PRK TENANG

PAS Kawasan Bukit Katil sebentar tadi menyerahkan derma pilihanraya untuk PAS Negeri Johor bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Tenang.

Derma itu diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman.

Insya Allah PAS Kawasan akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu PAS di DUN Tenang. Mari kita bersama-sama berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada PAS dan PR pada PRK Tenang ini.

SIRI PEMBOROSAN KERAJAAN NEGERI MELAKA

1) Monorail-dilancarkan pada 20 Oktober 2010. Hari ini monorail sudah rosak tidak boleh digunakan. RM15 juta wang rakyat hangus. Bila ditanya kepada Ali Rustam apa rancangan untuk monorail ini. Beliau menjawab kita akan beli monorail satu lagi dari China.

2) Jam bunga di hadapan MBMB - RM500,000. Apa pentingnya jam ini untuk rakyat. Bila rakyat mohon untuk peruntukan kebajikan dan lain-lain pimpinan kerajaan menjawab tiada wang.

3) Jabatan Kebajikan Negeri Melaka tidak mampu membayar bantuan kebajikan kepada penerima pada Disember ini. Sepatutnya bayaran untuk bulan Disember di bayar pada hujung November tetapi sehingga kini ianya belum dibayar lagi. Semua ini kesan pemborosan kerajaan negeri.

4) Wang peruntukan setiap DUN ialah RM325,000 tetapi sehingga kini wang ini tidak dilaporkan kepada rakyat ke mana perginya DUN ini.

Sumber : Ceramah ADUN Ayer Keroh - YB Khoo Poay Tiong

BN -BARANG, PR - PRICE REDUCE

BN barang naik itulah acronym yang sesauai dengan BN kerana gagal mengawal kenaikan harga minyak dan barangan.

PR - Price Reduce. Insya Allah dengan kemenangan PR harga minyak akan diturunkan, bayaran tol dihapuskan, harga barang akan dikawal.

ROBOH SURAU DAN PASTI : TERKINI SURAU SELAMAT PASTI TETAP KENA ROBOH

Info terkini yang diperolehi pagi tadi bahawa pihak berkuasa akan tetap merobohkan PASTI Bukit Katil walaupun surau terselamat dari pelan rancangan terbaru. Lebih malang lagi rumah Hj Berahim dan Ustaz Mazlan juga terlibat dengan pelan terbaru ini.

Terbukti bahawa pelan asal sudah 2 kali berubah, maknanya memang ianya boleh diubah. Keputusan pihak berkuasa mengubah pelan ini sekali lagi membuktikan bahawa mereka sememangnya merancang untuk merobohkan PASTI Jaya Insan ini.

Setelah penduduk membantah keras perobohan surau dan PASTI, kini mereka mengubah pelan asal dengan membatalkan perobohan surau tetapi mengekalkan niat buruk mereka mahu merobohkan PASTI.

Insya Allah pihak penduduk akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi meneruskan bantahan terhadap niat jahat mereka untuk merobohkan PASTI, rumah Haji Berahim dan Ustaz Mazlan.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan balasan setimpal kepada pihak yang berhati busuk mahu merobohkan PASTI dan rumah sahabat-sahabat kita ini.

BAPAK RASUAH KETUAI FELDA, JAGA-JAGA WANG FELDA!!!

Pengumuman bapak rasuah, Isa Samad menjadi Pengerusi Felda benar-benar menghina masyarakat Felda. Semua orang tahu Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah rasuah oleh Umno sehingga digantung 6 tahun oleh Umno. Namun beliau yang sepatutnya dikenakan hukuman rasuah oleh mahamah diselamatkan oleh Umno dengan tidak dihadapkan ke mana-mana mahkamah di negara kita. Ini kerana Umno merasakan rasuah bukanlah dosa besar dan bukan kesalahan bagi Umno.

Kini Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda sebuah agensi yang mempunyai dana dan aset yang banyak di mana semuanya atas titik peluh peneroka Felda.

Perlantikan Isa sebenarnya suatu penghinaan yang sangat besar kepada masyarakat Felda kerana sepatutnya agensi seperti itu mesti diketuai oleh seorang yang bersih, amanah dan berakhlaq bukannya bekas kaki rasuah dan bapak rasuah.

Tidak adakah orang lain yang lebih bersih dari Isa untuk dilantik ke jawatan itu???. Anak-anak peneroka Felda sendiri yang jumlahnya ratusan ribu patut dilantik ke jawatan itu bukannya seorang bekas perasuah
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter