.

.

23 April 2011

PR sudah lama pulaukan Utusan, MCA baru sedar sekarang

PR SUDAH LAMA MEMULAULAN AKHBAR UTUSAN KERANA IANYA MENYEBARKAN FITNAH, BOHONG DAN PENCETUS KEPADA API PERKAUMAN. SUDAH BANYAK PARTI-PARTI KOMPONEN PR MENGADAKAN PROGRAM MEMULAU UTUSAN DAN AKHBAR ARUS PERDANA LAIN. NAMUN SEKUTU UMNO BN BARU SEDAR SEKARANG BAHAWA UTUSAN ADALAH AKHBAR JAHAT. UTUSAN TIDAK PERNAH MEMIKIRKAN TENTANG HALAL HARAM MENYEBARKAN FITNAH DAN BERITA PALSU, MELETAKKAN ETIKA KEWARTAWANAN HANYA DI KAKI LIMA YANG PENTING TUAN MEREKA UMNO MESTI MEREKA PUASKAN NAFSUNYA. KINI MCA BARU SEDAR

22 April 2011

SATU LAGI PETANDA PRU 13 SEMAKIN HAMPIR

Semalam 'crew' mutaligat pusing-pusing Pekan Ayer Molek, Melaka. Sesampai di sana 'crew' kami ternampak Bilik Gerakan BN Dun Ayer Molek terang benderang. Sudah lebih setahun Bilik Gerakan itu gelap gelita di waktu malam. Tetapi kini ia terang benderang waktu malam.

'Crew' kami memberitahu bahawa setiap kali dekat dengan pilihanraya kira-kira 2 atau 3 bulan sebelum Pilihanraya kebiasaannya Bilik Gerakan ini akan dibuka siang dan malam. Sama juga seperti PRU 12 tahun 2008 dahulu, ianya dibuka siang dan malam 2 atau 3 bulan sebelum PRU 13.

Jadi bersedialah kita semua untuk berhadapan dengan PRU 13 ............dalil dan tandanya sudah jadi dalil qubra.

PARTI MANA YANG RASIS?

Ciri-ciri parti rasis:-

1) Dianggotai oleh satu kaum sahaja
2) Namanya sendiri berasaskan kepada nama kaum
3) Berjuang hanya untuk kepentingan kaumnya sahaja
4) Menggunakan perkauman sebagai senjata untuk memancing undi.

Parti mana yang memenuhi ciri-ciri di atas?

PAS - TIDAK
PKR - TIDAK
DAP - TIDAAAAAAAAAK

Habis tu parti mana?
Sendiri mau ingat la.

BANJIR KILAT MALUKAN NEGERI 'MAJU' MELAKA

Ayer Keroh : Beberapa pihak mempertikaikan status negeri maju yang diisytiharkan kepada Melaka pada 20 Oktober 2010. Terbaru kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan pentadbiran kerajaan negeri dan kawasan komersial iaitu di Melaka International Trade Centre (MITC).

Pengarah Nisa' Negeri Melaka, Mahani Osman, 41 berkata kejadian banjir kilat yang berlaku 2 hari lepas benar-benar memalukan negeri yang dikatakan berstatus negeri maju.

"Sebelum ini kejadian banjir kilat seringkali berlaku di kawasan lain, tetapi kali ini ia berlaku di kawasan yang dikatakan sangat maju dan menjadi pusat pentadbiran dan komersil iaitu di MITC".

"Terbukti mereka hanya pandai mendakwa sebagai negeri maju tetapi hakikatnya ianya tidaklah sebagaimana yang mereka dakwa, ianya cukup memalukan kita semua" ujar Mahani yang juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kejadian banjir kilat yang memalukan itu membuktikan kelekaan dan kelemahan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang gagal menguruskan saliran dan longkang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan air bertakung akibat longkang tersumbat.

"Takkanlah sudah banjir baru hendak ambil tindakan membersihkan longkang tersumbat, baru terkial-kial mencari punca kepada banjir kilat tersebut".

"Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan kerajaan negeri mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian ini yang membuktikan mereka hanya pandai mendakwa negeri maju tetapi gagal menunjukkan imej sebuah negeri maju". tambah Yusof.

"Benarlah apa yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini bahawa status negeri maju ini hanyalah syok sendiri, orang lain dan badan yang berautoriti pun tidak mengiktirafnya" jelas Yusof.

Ahmad Alang, 43 dari Ayer Keroh berkata sebagai penduduk Ayer Keroh beliau berasa malu kerana kejadian banjir kilat ini berlaku di kawasan yang dikatakan paling maju dan menjadi kebanggaan kerajaan negeri.

"MITC menjadi kebanggaan orang ramai kerana disitu ada pejabat-pejabat kerajaan, gedung perniaagaan, hotel dan sebagainya, kejadian ini amat memalukan semua orang".

"Saya yakin banjir kilat ini berlaku disebabkan kegagalan pihak berwajib menjalankan penyelenggaraan kepada longkang dan sistem perparitan".

Menurut beliau selain itu ianya mungkin juga berlaku kerana projek pembangunan di sekitar kawasan itu yang tidak terkawal menyebabkan sistem perparitan menjadi tidak terurus yang akhirnya menyebabkan longkang tersumbat.

Ahmad mencadangkan pihak berwajib memeriksa sistem perparitan dan mengambil tindakan serta merta selain dari menyediakan jadual penyelenggaran yang sistematik dan berkesan.

Rakan beliau, Amar Fauzan, 21 dari Durian Tunggal pula berpendapat kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mestilah memantau projek-projek disekitar MITC bagi memastikan ianya tidak menjejaskan sistem perparitan di kawasan tersebut.

"Sekarang ini banyak projek mereka buat di sini yang menyebabkan tanah banyak masuk ke dalam longkang dan ini menjadikan longkang tersumbat".

"Longkap pula tidak selalu dicuci dan diperiksa, jadi bila hujan lebat banjir kilat berlaku" kata Ammar.

2 hari lepas Melaka dikejutkan apabila beberapa kawasan khususnya jalan di kawasan MITC dekat Ayer keroh digenangi air selepas hujan turun dengan lebatnya selama 4 jam.

MELAKA MAJU BANJIR

Banjir kilat terus berlaku. Terbaru 2 hari lepas apabila tempat yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri dan pusat komersil iaitu MITC juga dilanda banjir kilat.


Kejadian ini sungguh memalukan Melaka 'Negeri Maju' yang diisytiharkan pada 20 Oktober 2010. Persoalannya sekarang macamana sebuah negeri yang dikatakan 'maju' tetapi penuh dengan masalah seperti banjir dan lain-lain.


Apakah negeri Melaka 'maju' dengan banjir?????


Hari ini pelbagai pihak melahirkan rasa kesal kerana kejadian banjir kilat yang amat memalukan ini. Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong berkata ia merupakan tamparan hebat kepada kerajaan negeri apabila Melaka diisytiharkan sebagai negeri maju masih lagi mengalami banjir kilat.


Khoo juga berkata lebih memalukan apabila ia berlaku di kawasan MITC yang menjadi Pusat Pentadbiran kerajaan negeri.


Khoo berkata demikian, dipetik dari media hari ini.

ISLAM TERUS DIMUSUHI

Sebuah agensi berita antarabangsa melaporkan bahawa Jerman mengarahkan seorang pengkhutbah Islam dari Jamaica meninggalkan negara ini dalam tempoh tiga hari.

Pihak berkuasa mengarahkan pengusiran terhadap Bilal Philips yang lahir di di Jamaica, tetapi membesar di Kanada itu selepas satu perhimpunan Islam diadakan di Frankfurt, kelmarin.

Philips dikritik kerana menyifatkan homoseksual sebagai jahat dan berbahaya serta menyokong pelaksanaan hukuman mati untuk mengurangkan jenayah.


Islam terus dimusuhi oleh mereka yang sememangnya mempunyai niat jahat kepada Islam. Mereka curiga dan sangsi takut nanti ramai yang memeluk atau sekurang-kurang menyokong dan simpati Islam. Apakah golongan seperti ini ada di Malaysia??????????????

21 April 2011

Fitnah terhadap Anwar berterusan

Tiba-tiba sahaja tuduhan/fitnah kepada Anwar meletup semula apabila media pengampu Umno melaporkan bahawa pelakon video porno sepadan dengan Anwar. Mereka ini sengaja menimbulkan perkara ini semula sedangkan keputusan makmal korea selatan tidak menyatakan ianya adalah benar-benar Anwar tapi hanyalah sepadam dengan Anwar.
Begitulah jahatnya mereka yang tidak kenal halal dan haram.

JAGA-JAGA ADA 52 CCTV DI SEKITAR KAWASAN MBMB

Jaga-jaga nanti video anda pula yang keluar dalam internet.....????

Media hari ini melaporkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memasang sebanyak 55 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat bandar dalam usaha berterusan mencegah jenayah dalam kawasan pentadbirannya.

Langkah itu menurut Datuk Bandar, Zainal Abu adalah selaras dengan komitmen untuk menjadikan negeri ini sebagai bandar raya selamat sesuai dengan imej Melaka sebagai negeri pelancongan. Betul ke selamat.....selalu benar kita mendengar kejadian jenayah...????

Menurutnya, pada masa sama, usaha meningkatkan pemeliharaan kawasan sejarah turut digerakkan bagi memastikan pembangunan rekabentuk bangunan dalam kawasan sejarah masih mengekalkan ciri-ciri asal.

AIRPORT MELAKA PECAH REKOD DUNIA?

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) telah memecahkan rekod dunia di mana sejak ia dibuka, ia adalah Lapangan Terbang Antarabangsa paling LENGANG DI DUNIA. Tidak ada lain-lain lapangan yang LENGANG, SUNYI dan senyap seperti LTAM

Datuk Ali mesti 'gumbira' dengan gelaran baru yang LTAM Perolehi iaitu Lapangan Antarabangsa Paling Sunyi di dunia. Kerajaan negeri boleh masukkan gelaran ini untuk mempromosikan LTAM menjadi destinasi pelancongan kerana ianya salah satu tempat pelik di dunia. Ini kerana biasanya lapangan terbang antarabangsa sibuk, bising dan hiruk pikuk. Jadi kepada sesiapa yang ingin melihat lapangan terbang paling pelik sila ke LTAM.

KENALI PENGERUSI SPR DAN AHLI-AHLINYA

Cuba lihat senarai ahli-ahli SPR yang disenaraikan di bawah beserta pengalaman-pengalaman mereka semasa berkhidmat sebelum menjadi ahli-ahi SPR.(Dihantar melalui email).

1. PENGERUSI SPR : Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof( PSM, PSD, SPMS, DCSM, DSSA, SMS, KMN, AMN )

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

25.1.1973 - 25.2.1973 Perangkawan di Jabatan Perangkaan, Kuala Lumpur
1.4.1973 - 25.2.1976 Pengajar Sambilan di Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya
2.4.1973 - 30.11.1979 Penolong Setiausaha dan Ketua Penolong
Setiausaha, Bahagian Kewangan, Perbendaharaan Malaysia
1.12.1979 - 31.8.1980 Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kontrak dan
Bekalan, Perbendaharaan Malaysia
27.9.1982 - 1.1.1985 Penyelaras Program, Pusat Latihan Komputer Negara, INTAN
2.1.1985 - 31.8.1991 Pengarah, Pusat Latihan Komputer Negara,INTAN
1.9.1991 - 31.12.1993 Timbalan Pengarah, Bahagian Latihan dan
Pembangunan Kerjaya, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pengarah,
Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia.
1.1.1994 - 31.7.1995 Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri
1.8.1995 - 31.7.2000 Pegawai Kewangan Negeri Selangor Darul Ehsan
1.7.1997 - 31.8.1998 Pemangku Presiden, Kumpulan Darul Ehsan Berhad
3.8.2000 - 30.9.2001 Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
1.10.2001 - 31.3.2004 Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
1.4.2004 - 18.3.2008 Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
19.3.2008 - 30.12.2008Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
31.12.2008 - 24.1.2016Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


2. TIMBALAN PENGERUSI SPR : Datuk Wira Hj. Wan Ahmad bin Wan Omar(DCSM,DSMZ,DPMT,DIMP,DPMS,JMN, JBK,KMN,AMN)

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

Datuk Wira Hj. Wan Ahmad memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik
pada tahun 1972 dan telah berkhidmat di SPR sejak tahun 1998.
1972 - 75 Penolong Setiausaha, Jabatan Perdana Menteri
1976 - 79 Setiausaha Kedua (Politik), Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Singapura
1979 - 82 KPSU (Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri
1982 - 86 Penasihat Politik, Kedutaan Besar Malaysia, Filipina
1986 - 89 Setiausaha Bahagian (Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri
1989 - 95 Menteri Penasihat (Politik), Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C
1995 - 98 Setiausaha Bahagian (Keselamatan/Hal Ehwal Politik),
Jabatan Perdana Menteri
1998 - 2004 Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
2004 - sekarang Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Sejak berkhidmat dengan SPR, beliau telah menyertai atau mengetuai
beberapa delegasi SPR sebagai pemerhati pilihan raya di peringkat
antarabangsa iaitu Pilihan Raya Umum Zimbabwe (1999), Pilihan Raya
Umum United Kingdom (2001), Pilihan Raya Umum Australia (2001),
Pilihan Raya Umum Germany (2003), Pilihan Raya Umum India (2004),
Pilihan Raya Presiden Kazakhstan (2004), Seminar Pilihan Raya di
Sweeden (2004), Pilihan Raya Umum Bosnia Herzegovina (2006), Pilihan
Raya Umum Thailand (2006), Seminar Pilihan Raya di Jepun (2006),
Pilihan Raya Umum Republik Mali (2007), Pilihan Raya Umum Republik
Uzbekistan (2007) dan Pilihan Raya Umum Nepal (2008)


3. SETIAUSAHA : DATUK KAMARUDDIN BIN MOHAMED BARIA
PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

1976 - 2000 Jabatan Perdana Menteri
1979 - 1981 Kedutaan Besar Malaysia, Islamabad, Pakistan
1987 - 1992 Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, New York
1992 - 1995 Kedutaan Besar Malaysia, Tehran, Iran
2000 Bahagian Industri Pertahanan,Kementerian Pertahanan
2000 - 2004 Setiausaha, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
2004 - 2005 Ketua Pengarah, Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Kementerian Pertahanan
2005 - 2010 Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia
18.10.2010 - Sekarang Setiausaha, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


4. AHLI SPR : Dato' Hj. Jamdin bin Buyong(PGDK, ASDK, KMN, ADK, BSK)

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

1963-1965 Penolong Pengarang, Bahagian Melayu, Sabah Times.
1963-1973 Pembaca berita sambilan radio/tv.
1965-1969 Pengarang, Bahagian Melayu, Sabah Times.
1965- 4.5.1970 Pengarang, Bahagian Melayu, Daily Express.
5.5.1970 Penterjemah Kanan, Biro Bahasa Malaysia, Jabatan Ketua Menteri(JKM).
1.10.1970 Pmk. Setiausaha, Biro Bahasa Malaysia, JKM.
1.10.1976 Setiausaha, Biro Bahasa Malaysia, JKM.
1.8.1986 - 31.8.1994 Ketua Biro Bahasa Malaysia, JKM merangkap
Setiausaha Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Beliau
juga seorang penceramah tentang Bahasa Malaysia Baku bagi pegawai
awam.
1.9.1994 - 19.12.1996 Pengarah, Muzium Sabah di mana beliau telah
mentransformasikan imej dan perwatakan muzium berkenaan. Beliau telah
mencetuskan ilham bagi menubuhkan Muzium Tamadun Islam Sabah di
samping pembangunan beberapa muzium terbuka di Sabah.
20.12.1996 - 23.6.2000 Pengarah, Jabatan Hal ehwal Agama Islam Negeri
Sabah merangkap Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah dengan
tanggungjawab bagi memperbaiki sistem pentadbiran dan pengurusannya.
24.6.2000 - 31.5.2001 Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri.
1.6.2001- 4.9.2001Pengarah, Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah.
5.9.2001 Bersara sebagai penjawat awam.
5.9.2001- 4.9.2002 Dilantik semula secara sementara sebagai Pengarah,
Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah.
30.10.2002- 4.9.2012 Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Terlibat secara aktif di dalam badan-badan profesional peringkat
negeri dan kebangsaan
1970-1986 Setiausaha I, Badan Bahasa, Sabah dan menjadi wakil di dalam GAPENA.
1979-2002 Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan
Malaysia dan Pengerusi beberapa Jawatankuasanya.
1993-1996 Ahli Jumaah Universiti Malaya.
1990-1997 Ahli Tribunal Hakcipta Malaysia.
1996-2000 Ahli Jawatankuasa Pengawas Pengajaran Agama Islam Sabah.
2001-2002 Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan
Pengerusi Jawatankuasa Bahasa.
2002 Ahli Majlis Penulis Pelbagai Kaum Malaysia.
Sebagai penyelidik yang aktif, beliau telah mengemukakan lebih
daripada 60 kertas kerja penyelidikan di dalam bidang kebudayaan,
bahasa, sastera dan sejarah di pelbagai seminar dan bengkel keilmuan
di peringkat negeri dan nasional. Beliau telah menulis secara prolifik
di dalam pelbagai genre, tetapi lebih dikenali sebagai penyair. Di
dalam bidang penerbitan, beliau telah terlibat secara langsung sebagai
Ketua Pengarang dan Pengarang bagi lebih daripada 10 penerbitan.
Beliau juga telah menulis beberapa buku tentang perkhidmatan awam,
bahasa, sastera dan sejarah. Puisinya diterbitkan di dalam lebih
daripada 10 antologi puisi. Beliau juga seorang pelukis dan kartunis
yang berjaya.
Atas kegigihannya yang bersungguh-sungguh dalam mengangkat martabat
bahasa dan kebudayaan kebangsaan di samping kekuatan karya kreatifnya,
beliau telah dinobatkan dan dikurniai dengan pelbagai anugerah
1971 Hadiah Sastera Malaysia.
1988 Pahlawan Bahasa, Sastera dan Budaya Sabah.
1989 Tokoh Penulis Sabah.
1994 Tokoh Penyair Islam Sabah.
1996 Tokoh Perkhidmatan Awam, KKBSN, Sabah.
2002 Tokoh Budaya Sabah.
2003 Tokoh Muzium (Anugerah Khas Permuziuman) Malaysia.
2006 Ijazah Kehormat Sarjana Sastera (Sastera) Universiti Malaysia.


5. AHLI SPR : Dato' Hj. Zainal Abidin bin Hj. Mat Said(DSAP, DIMP, DNS)

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

Dato' Hj. Zainal Abidin memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia pada tahun
1970 dan pernah berkhidmat di beberapa jabatan dan kementerian, di
antaranya seperti berikut :-

1975 - 84 Menyandang jawatan Pegawai Daerah di Kuala Lipis, Kuala
Kangsar dan Klang.
1984 - 86 Setiausaha Bahagian, Kementerian Tanah dan Pembangunan Wilayah.
1986 - 89 Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan
1989 - 94 Pegawai Kemajuan Negeri Johor
1995 - 96 Pengarah Tanah dan Galian Pahang
1996 - 98 Pegawai Kewangan Negeri Pahang
1998 - 2001 Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
2002 - sekarang Ahli, Suruhanjaya Pilihan Raya

Dato' Hj. Zainal Abidin pernah menjadi ahli dalam beberapa Lembaga.


6. AHLI SPR : Tuan Hj. Mohamad Ramji bin Alli( PPT,PPB)

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

Tuan Hj. Mohamad Ramji b. Alli mula berkhidmat sebagai Kerani Pos
dalam Jabatan Pos dan Telekomunikasi dalam bulan Mac 1967 hingga Mac
1973. Mulai Mac 1973 dia dilantik sebagai Pegawai Tadbir Sarawak dalam
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Antara jawatan di pegang ialah :

1973 - 1982 Pegawai Tadbir Sarawak Grade 111, ditugas di beberapa buat
Pejabat Daerah ;
1982 - 1985 Pegawai Tadbir Sarawak Grade 1, ditugas di beberapa buat
Pejabat Daerah ;
1985 - 1988 Pemangku Pegawai Daerah Meradong ;
1989 - 1992 Penolong Setiausaha Kementerian Perumahan Sarawak ;
1992 - 1995 Pegawai Daerah, Simunjan ;
1996 - 2004 Pegawai Daerah, Samarahan ;
Mei 2004 - Ogos 2004 Pengarah KEMAS Negeri Sarawak
Disember 2000 - Sekarang Ahli, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Semenjak dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, beliau telah
menyertai satu delegasi sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum Republik
Mali dalam bulan Jun 2007.


7. AHLI SPR : Datuk Dr.P.Manogran(PJN,DTMP,JMN,KMN)

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

03.3.1973 - 14.7.1978 PSU, Unit Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya.
15.7.1978 - 15.9.1981 Penolong Pengarah Kanan, Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU),Jabatan Perdana Menteri
16.9.1981 - 31.5.1984 Ketua Penolong Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU),Jabatan Perdana Menteri
01.6.1984 - 20.8.1985 Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perundingan,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
01.7.1987 - 02.6.1991 Ketua Penolong Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU),Jabatan Perdana Menteri
02.1.1995 - 31.3.1995 Ketua Penolong Pengarah, INTAN, JPA.
01.4.1995 - 30.9.1998 Timbalan Pengarah, INTAN, JPA.
01.10.1998 - 04.2.2001 Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, JPA.
05.2.2001 - 31.3.2004 KSU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga,
dan Masyarakat
01.4.2004 - 25.5.2006 KSU, Kementerian Sumber Manusia
29.05.2006 - Sekarang Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


8. AHLI SPR : Datuk Christopher Wan Soo Kee(PJN,DMPN,DMSM,PGPP,PSPP,KMN)

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

Datuk Christopher Wan Soo Kee mula memasuki Polis DiRaja Malaysia pada
tahun 1969 sebagai Inspektor Percubaan dan bersara dari pasukan
sebagai Pesuruhjaya Polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,Bukit
Aman. Semasa dalam perkhidmatan, beliau pernah bertugas sebagai

1970 - 1997 Pegawai Turus Cawangan Khas,Bukit Aman
1977 - 2000 Penolong Pengarah Pentadbiran,Jabatan Pengurusan,Bukit Aman
2000 - 2002 Ketua Cawangan Khas,Kuala Lumpur
2002 - 2005 Ketua Polis Negeri, Melaka
2005 - 2006 Ketua Polis Negeri, Pulau Pinang
2006 - 2008 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,Bukit Aman
2008 - sekarang Ahli, Suruhanjaya Pilihan Raya

PEMILIHAN PAS : TG HAJI HADI AKAN DITENTANG?

Riuh rendah media memperkatakan tentang Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan ditentang pada pemilihan PAS Pusat awal Jun ini. Media ini seperti biasa sentiasa mengintai peluang untuk memporak perandakan PAS. Kalau tidak porak peranda pun sekurang-kurangnya rakyat dan ahli PAS terleka dengan isu-isu sedemikian dan lupa kepada isu yang lebih besar iaitu penyelewengan, kezaliman dan kesengsaraan rakyat.


Yang peliknya media ini 'tida reti' bahasa. Dato Husam Musa yang dicalonkan untuk jawatan Presiden sudah berkali-kali membuat kenyataan bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding apa-apa jawatan kecuali Ahli Jawatankuasa sahaja. Mungkin mereka sengaja untuk membesar-besar cerita ini sekadar untuk memanaskan suasana.

Bagi ahli PAS pertandingan untuk apa jawatan sekalipun merupakan perkara biasa. Kita melihat ianya sebagai perlumbaan untuk melakukan kebajikan dan kebaikan bukan pertandingan untuk merebut pangkat di mana dengan pangkat tersebut mereka akan membina kekayaan dan empayar. Inilah bezanya PAS dan parti lain. Pertandingan di dalam PAS tidak akan memecahbelahkan parti sebab itulah PAS tidak menangguhkan pemilihan walaupun Pilihanraya dijangkakan semakin hampir. Itulah nikmat yang ada dalam PAS sebuah parti yang mendaulatkan Islam.

BANJIR : RAMALAN BLOG INI TEPAT, MITC BANJIR

Ramalan Blog ini bahawa hujan lebat semalam mengakibatkan banjir menjadi kenyataan apabila sebahagian MITC digenangi air dan menganggu lalu lintas.

Hujan lebat yang mencurah-curah selama 4 jam menyebabkan air bertakung dan lalu lintas terganggu.

Kejadian ini adalah amat memalukan kerana MITC merupakan antara pusat perniagaan dan pentadbiran yang agak sibuk di Melaka. Di situ terletak beberapa pejabat besar antaranya PKNM, SSM, Jabatan Buruh dan lain-lain. Sekali lagi kerajaan negeri Melaka gagal mengatasi masalah banjir yang terus berlarutan. Inikah sebuah negeru maju???? Bila hujan lebat sudah pasti banjir berlaku.............

20 April 2011

DATUK 'T' PUCAT LESI SEKARANG?

Penyimpan dan Penayang Video Porno, Datuk 'T' pucat lesi sekarang kerana bimbang ditahan oleh Polis kerana kesalahan menjadi kaki filem 'blue' (penyimpan dan penayang). Walaupun mereka dikatakan mempunyai imuniti tetapi siapa tahu kekebalan itu bila-bila masa boleh hilang. Jika peranan dan tugasan itu tidak memberikan untung kepada 'Tuannya' bila-bila masanya mereka boleh didakwa kerana sememangnya telah melakukan kesalahan menyimpan dan menayang filem porno dan kesalahan kedua berkaitan qazaf.


Jadi Datuk T bersedialah kamu untuk berhadapan dengan tindakan tersebut andai 'Tuan' kamu sudah tidak 'mengenali' kamu lagi.


Jangan harap ada yang menolong jika 'Tuan' kamu merasakan peranan kamu tidak diperlukan lagi dan menjadi liabiliti kepada mereka.


'Syabas' Datuk T semoga diberi petunjuk oleh Allah dan tidak mengulangi dosa besar memfitnah seseorang tanpa bukti kukuh dan saksi .............

LTAM SUNYI SEPI: KELEMAHAN KERAJAAN NEGERI, TAPI ALI SALAHKAN ORANG LAIN

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam sudah lama menjadi Gajah Putih yang seolah-olah menjadi Tugu dan perhiasan semata-mata. Sudah bertahun-tahun ianya dinaiktaraf tetapi sehingga kini ianya sunyi sepi tanpa kapalterbang. Hanya sesekali sahaja deruan enjin kapalterbang bergema, itu pun pesawat yang tidaklah besar sekadar membawa penumpang dari Riau ke Melaka. Apa sebabnya ia sunyi???

Pakatan Rakyat(PR) sudah lama membangkitkan isu pembaziran LTAM ini. Malah ianya dibangkitkan sebelum LTAM dinaiktaraf lagi. PR sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk menaiktarafkan Lapangan Terbang Batu Berendam menjadi LTAM yang kononnya mencapai spesifikasi sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Namun oleh kerana sikap bongkak dan degil kerajaan negeri pimpinan Ali Rustam duit rakyat berjumlah RM131 juta akhirnya beku begitu sahaja kerana lapangan terbang ini tidak ekonomik di mana tiada syarikat besar yang sudi beroperasi di LTAM.

MAS dan AirAsia siang-siang lagi menolak untuk beroperasi di sini atas alasan komersial di mana ia dijangkakan tidak memberi keuntungan jika mereka beroperasi di LTAM.

Jelas sekali kerajaan negeri Melaka tidak melaksanakan kajian terperinci dan tepat sebelum melaksanakan projek pembesaran lapangan terbang ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam cuai dan lemah serta lembap. Akhirnya duit rakyat berjumlah RM131 juta dibazirkan. Sedangkan dengan duit RM131 juta itu banyak lagi projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti projek mengatasi masalah banjir, menaiktaraf Hospital Melaka yang tidak cukup kelengkapan dan katil serta lain-lain projek yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat.

Kini apa yang rakyat dapat dengan LTAM. Takkanlah ia hendak dijadikan muzium kapalterbang atau cuma jadi hiasan bagi penduduk negeri Melaka sahaja.

Malangnya Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam tidak mahu bertanggungjawab. Sebaliknya beliau menyalahkan Agensi Pelancongan Negeri Melaka yang dakwanya gagal menarik syarikat-syarikat penerbangan beroperasi di sini.

Malaysiakini hari ini melaporkan Ali Rustam mengakui mengakui operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak mendapat sambutan.

Malangnya Ali tidak mahu bertanggungjawab di atas kelemahan dan kegagalan kerajaan Melaka yang gagal menarik syarikat penerbangan beroperasi di LTAM. Sebaliknya menyalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP).

Beliau dilaporan berkata bahawa kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan terbabit kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

Menurutnya BPP tidak boleh menunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk menggunakan kemudahan di LTAM.

Kita hairan mengapa pula BPP yang dipersalahkan sedangkan BPP kerjanya bukan untuk menarik syarikat penerbangan beroperasi di LTAM tetapi kerja asasnya ialah menarik pelancong datang ke Melaka.

Janganlah salahkan orang lain kalau kegagalan itu adalah kegagalan Ali dan kerajaan negeri yang tersilap percaturan membangunkan LTAM yang sememangnya dari awal tidak mempunyai nilai komersil untuk dinaiktaraf kerana lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Singapura. Pelancong lebih suka menggunakan jalan darat untuk ke Melaka berbanding dengan menaiki kapalterbang yang kosnya mungkin lebih mahal.

Isu LTAM ini pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jasin dalam Sidang Parlimen. Menteri Pengangkutan pada masa itu, Ong Tee Keat memberitahu Parlimen bahawa syarikat penerbangan Malaysia seperti MAS dan AirAsia sememangnya tidak berminat untuk beroperasi di LTAM kerana ianya tidak menguntungkan mereka.


Jadi apa langkah Ali dan kerajaan negeri sekarang, adakah mereka hendak lelong LTAM ini atau mereka hendak jadikan ia Muzium Penerbangan???

HUJAN LEBAT DI MELAKA : APAKAH BANJIR KILAT AKAN BERLAKU LAGI?

Kebiasaannya bila hujan lebat turun mencurah-curah di Melaka, maka akan berlaku banjir kilat di banyak tempat.

Sudah hampir 1 jam hujan turun dengan lebatnya di sekitar Batu Berendam. Tidak pula diketahui samada di kawasan lain hujan lebat turun atau tidak. Namun blog ini ingin mengingatkan kawan-kawan yang tinggal di kawasan yang mudah digenangi air bersedialah untuk sebarang kemungkinan.

Kita memang mengharapkan banjir tidak berlaku seperti masa lalu. Namun kuasa Allah siapa yang tahu. Didoakan semuanya selamat dan tidak ditimpa musibah lantaran hujan yang lebat ini. Amin

TARIF AIR NAIK : RAKYAT DIKENAKAN DAHULU BUKAN RAKYAT DIDAHULUKAN

Bandar Melaka : Kenaikan tarif air yang berkuasa pada 1 April lalu amat membebankan rakyat. Lebih malang lagi pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tidak membuat pengumuman khusus tentang kenaikan tarif air ini menyebabkan ramai yang terkejut dengan kenaikan mendadak bil air mereka terutama kepada keluarga besar.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata tindakan pihak berkenaan tidak mengumumkan kenaikan tarif air tersebut adalah untuk mengelakkan protes rakyat.

Kamaruddin berkata tindakan ini tidak konsisten dengan krtikan kerajaan negeri Melaka yang pernah mengkritik kenaikan tarif air di Selangor dan Kedah suatu ketika dahulu.

"Tindakan menaikkan tarif air ini ada kaitan dengan tindakan kerajaan negeri yang suka membazir, bila duit dah habis rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif untuk menampung kekurangan dana ini" ujar Kamaruddin.

Beberapa orang pengguna yang ditemui juga kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air sesuka hati.

Mat Zain Pakeh, 45 dari Bukit Baru berkata tindakan kerajaan negeri Melaka ini amat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga ramai.

"Tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang tidak prihatin terhadap masalah dan penderitaan rakyat amat dikesali. Kenaikannya bukannya sedikit tetapi melibatkan jumlah yang besar terutama pengguna yang mempunyai keluarga yang ramai dan berpendapatan rendah"

"Sebagai contoh sebuah keluarga saya sebelum ini purata bilnya tidak melebihi RM35 lebih tetapi dengan tarif baru ini bilnya mencecah hampir RM50 walaupun kadar penggunaannya lebih kurang sama sahaja"

"Kerajaan negeri dan SAMB jelas tidak berhati perut menyeksa rakyat dengan kenaikan tarif ini. Sudahlah kita terhimpit dengan harga barangan yang semakin meningkat kini harga air meningkat pula" kata Mat Zain.

"Selepas ini sudah tentu harga barangan di Melaka ini akan turut meningkat terutama barang yang dikeluarkan di Melaka yang menggunakan air yang tarifnya sudah naik" tambah beliau dengan kesal.

Yani Semail, 44 dari Bukit Pulau pula mempertikaikan tindakan menaikkan tarif air ini dengan slogan BN rakyat didahulukan.

"Mana perginya slogan rakyat didahulukan jika rakyat seringkali menjadi mangsa kerajaan, bila syarikat rugi, duit habis diboroskan rakyat dikenakan dahulu dengan menaian tarif air dan sebagaiya".

"Rakyat mesti bangkit menolak kerajaan BN yang terbukti tidak prihatin kepada masalah rakyat yang sekarang ini pun sudah susah dengan kenaikan harga barang, lepas ini kita semua kena gali telaga untuk mendapatkan air yang percuma" kata Yani dengan sinis.

Agensi kerajaan negeri, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bertindak menaikkan tarif air pada 1 April lalu tanpa membuat pengumuman rasmi. Kenaikan itu melibatkan penstrukturan semula kadar air dimana ianya dilihat amat membebankan rakyat.

Semakan wakil Harakahdaily dalam laman web SAMB juga mendapati kadar yang dicatatkan di dalam laman tersebut masih kadar lama yang dikemaskini pada 8 September 2009.

Kadar lama ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 - 40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya. Kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 - 30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1 - 35 meter padu berikutnya dan RM1.45 sen bagi setiap meter padu berikutnya

VIDEO FITNAH : DATUK 'T' LEBIH HEBAT DARI JABATAN AGAMA

'Penyelamat Ummah' Datuk 'T' sehingga kini belum dikenakan apa-apa tindakan oleh Jabatan Agama tentang tuduhan yang mereka lakukan kononnya Anwar berzina (seperti yang ditayangkan di dalam video fitnah mereka). Banyak pihak telah memberikan pandangan bahawa mereka yang membuat tuduhan tanpa membawakan 4 orang saksi adil boleh dikenakan hukuman qazaf.

Namun sehingga kini 'Penyelamat Ummah' ini bebas tidak dikenakan sebarang hukuman samada di bawah hukum qazaf atau undang-aoa nk qundang sivil antaranya mengedar dan menayangkan video porno.

Hebat sekali 'Penyelamat Ummah' ini undang-undang sivil tak kena,hukum qazaf pun tak kena .................. HEBAK

RAKYAT MELAKA AMAT TERBEBAN DENGAN KENAIKAN TARIF AIR

Kenaikan tarif air yang berkuasa pada 1 April lalu amat membebankan rakyat. Lebih malang lagi pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tidak membuat pengumuman khusus untuk rakyat menyebabkan ramai yang terkejut dengan kenaikan mendadak bil air mereka terutama kepada keluarga besar.

Tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang tidak prihatin terhadap masalah dan penderitaan rakyat amat dikesali. Kenaikannya bukannya sedikit tetapi melibatkan jumlah yang besar terutama pengguna yang mempunyai keluarga yang ramai.

Sebagai contoh sebuah keluarga di Bukit Baru yang sebelum ini purata bilnya tidak melebihi RM35 lebih tetapi dengan tarif baru ini bilnya mencecah hampir RM50.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan cukup kesal dengan kerajaan negeri dan SAMB yang jelas tidak berhati perut menyeksa rakyat dengan kenaikan tarif ini.

"Dahlah kita terhimpit dengan harga barangan yang semakin meningkat kini harga air meningkat pula"

"Selepas ini sudah tentu harba barangan di Melaka ini akan turut meningkat terutama barang yang dikeluarkan di Melaka yang menggunakan air yang tarifnya sudah naik" kata beliau dengan kesal.

Media hari ini menyiarkan kenyataan pemimpin PR yang kesal dengan kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air secara senyap tanpa memberitahu rakyat.

19 April 2011

234,647 ORANG ANAK LUAR NIKAH, SIAPA YANG MESTI BERTANGGUNGJAWAB?

Satu tulisan dalam sebuah media hari ini mengeluarkan fakta bahawa 234,647 orang anak tidak sah taraf/anak luar nikah dilahirkan dari 2006-2010 (4 tahun). Statistik diperolehi dari Jabatan Pendaftaran negara.

Woi! ramainya. Siapalah punya kerja jahat ini. Persoalannya apa yang pihak berkuasa lakukan.?

Namun dari statistik di atas terbayang kepada kita beberapa perkara :-

1) Perzinaan, bersekedudukan, rogol dan sebagainya sudah kronik dan membarah di negara kita.

2) Undang-undang ciptaan manusia gagal mengatasi masalah sosial tersebut.

3) Amar makhruf Nahi Mungkar gagal membendong gejala maksiat.

4) Terlampau banyak punca maksiat dan tempat maksiat serta program maksiat yang akhirnya menyebabkan penzina, penjenayah dan lain-lain bebas melampiaskan nafsu masing-masing tanpa takut kepada dosa dan pahala.

5) Pegangan agama yang semakin cetek dan manusia tidak takut kepada Allah untuk melakukan maksiat

6) Zina, bersekedudukan, khalwat, rogol dan sebagainya sudah mangli dan lumrah berlaku di negara kita sehingga masyarakat dan kerajaan tidak merasakan ianya suatu bencana dan bala yang maha dahsyat.

7) Nasab keturunan, maruah dan harga diri sudah tidak menjadi perkara penting kepada manusia di negara kita.

8) Maksiat zina, khalwat, rogol bukan lagi dikira dalam kadar hari tetapi dalam saat kerana terlampau banyak.

9) Kalau zina, rogol, khalwat yang menyebabkan mengandung dan melahirkan anak berjumlah 234,647 orang sudah tentu bilangan perzinaan, khalwat, rogol dan lain-lain berlipatkali ganda berlaku.

10) Kerajaan tidak serius untuk kembali kepada undang-undang Islam walaupun ternyata undang-undang ciptaan manusia gagal mengajar dan menginsafkan manusia.

DATUK 'T' DIDAPATI TIDAK BERSALAH?

Datuk 'T' didapati tidak bersalah kerana beberapa sebab :-

1) Menyimpan dan menayangkan Video Porno Fitnah untuk menegakkan 'kebenaran'.

2) Mempunyai niat yang 'baik' untuk 'menyedarkan' rakyat Malaysia

3) Mempunyai niat yang 'baik' untuk 'menyelamatkan' rakyat Malaysia dari ditipu oleh pemimpin pembangkang yang berlagak alim tetapi sebenarnya 'malaon'.

4) Berusaha dengan sedaya upaya supaya negara dan rakyat dapat 'diselamatkan' dari bahaya pemimpin yang tidak bermoral.

TUN MAHATHIR SYARIKAT MELAYU MAMPU BINA KAPAL LAUT

Parti Islam Se-Malaysia mengucap tahniah kepada syarikat NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) kerana meneroka bidang pembuatan kapal hingga berjaya menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu.

Ini menunjukkan bahawa syarikat yang dimiliki oleh orang Melayu mampu untuk mencipta suatu teknologi yang tinggi jika diberi peluang tanpa campur tangan politik. Selama ini kita tidak pernah dengar syarikat NGV Tech yang hebat dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa.

Tun Dr Mahathir sendiri tidak percaya ada syarikat Melayu mampu membina kapal laut berteknologi tinggi kerana kebiasaan dibuat oleh negara maju, katanya pada majlis pelancaran kapal tunda Mariner 1 kepada Marine Services Private Ltd (Arab Saudi) yang disempurnakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di limbungan Sijangkang Banting.

Kenyataan beliau menunjukkan inilah mentaliti yang ada kepada pemimpin negara kita sejak dahulu sampai sekarang.

Suatu ketika dahulu kita sering melihat di paparan media mengenai kehebatan Zulkifli Haron yang mendahului zaman dalam penciptaan teknologi yang canggih, sehingga beliau digelar sebagai Mc'gyver Malaysia. Bermula dengan kereta parkir sendiri, rumah pintar, kuasa solar, ternak ikan laut di tengah bandar. Beliau sudah terlibat dalam ikon reka cipta lebih daripada 20 tahun tetapi malangnya khidmatnya kurang dimanfaatkan oleh negara, sebaliknya lebih bangga dengan ciptaan negara luar.
Sekiranya Zulkifli Haron ini rakyat Jepun atau Amerika Syarikat, beliau akan menjadi jutawan seperti Bill Gates, malang sekali Saudara Zulkifli Haron ialah anak Melayu yang tinggal di Malaysia.

PAS memandang penting modal insan dan kepakaran yang Allah berikan kepada manusia, yang perlu di bangunkan dengan baik. Persoalannya kenapa modal insan ini diketepikan begitu sahaja tanpa pembelaan dengan baik.

PAS yakin jika diberi kepercayaan orang Melayu tanpa unsur pilih kasih dan penindasan, orang Melayu mampu untuk membina kapal selam yang boleh menyelam. Tetapi selagi dasar pilih kasih yang dijalankan oleh pemimpin Umno selagi itulah Melayu tidak boleh maju walaupun mempunyai inovasi yang tinggi.

Sebenarnya banyak kajian-kajian dan penemuan baru yang dibuat di Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia, malangnya ia hanya menjadi kajian ilmiah sahaja. Sedangkan penemuan-penemuan mereka adalah kontemporari. Perkara ini berlaku kerana pemimpin negara ini hanya memandang hebat apa yang datang daripada luar. Sebab itu Datuk Seri Najib sendiri pun mengambil APCO sebagai penasihat walaupun membazir wang rakyat sebanyak RM77 juta setahun. Pada hal khidmat ini boleh didapati di dalam negara ini oleh rakyat kita sendiri tanpa perlu wang negara mengalir keluar.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

MASALAH OBESITI KANAK-KANAK SEKOLAH, PERANAN SEMUA DITAGIH

Riuh satu Malaya tentang kanak-kanak sekarang ramai yang gemuk atau mengalamai obesiti. Kita cadangkan supaya :- 1) Ibu bapa pandai memilih makanan yang halal, toyyibah, berkhasiat dan tidak mendatangkan mudharat. Penjaja-penjaja diluar kawasan sekolah juga hendaklah dikawal atau dihalang dari menjaja. 2) Pihak sekolah memantau kantin supaya tidak menjual makanan yang menyumbangkan kepada obesiti 3) Ibubapa menggalakkan anak-anak beriadah. .... dan lain-lain .............

18 April 2011

Dato T tidak hairan disiasat

ADA YANG MENJANGKAKAN DATO T AKAN DISIASAT BERHUBUNG VIDEO FITNAH MEREKA. APA YANG MEREKA HAIRANKAN KALAU MEREKA DISIASATPUN? MEREKA PUNYA IMUNITI KERANA TELAH BERJAYA MENJATUHKAN IMEJ DAN KREDIBITI ANWAR. SAHAM MEREKA DALAM MENJATUHKAN ANWAR AMAT BESAR NILAINYA. KALAUPUN DISIASAT KITA JANGKA MEREKA TIDAK AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH. JIKA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH APA MEREKA HE DAK HAIRAN HUKUMAN MUNGKIN RINGAN ATAU MEREKA BOLEH BAYAR DENDA. MEREKA BANYAK WANG. APA YANG HENDAK MEREKA HAIRAN ............DATO T DITIMANG DAN DISANJUNG SEBAGAI INSAN YANG SANGAT BERJASA .....MUNGKIN BANYAK HABUAN YANG MEREKA DAPAT .......SIAPA TAHU?

BETING MARO : PAS KALAH KERANA 'OVER CONFIDENT' DAN SALAH STRATEGI

Merujuk kepada keputusan penuh mengikut saluran bagi Dun Beting Maro bolehlah kita ramalkan bahawa PAS 'over confident' dan silap strategi. Apa yang amat memelikkan kita ialah bagaimana keputusan itu boleh jadi 360 darjah terbalik.



Peti Undi Beladin yang kita menangi semasa PRU 12 dengan agak besar akhir terbalik dengan kekalahan teruk PAS di situ. Pada PRU 12 , PAS hanya menang di Peti Undi Beladin dan kalah teruk di semua peti undi lain. Kali ini ianya menjadi terbalik di mana PAS kalah teruk di Peti Undi Beladin dan menang di Peti Undi lain kecuali SK Kalok, SK Batang Maro dan SK Semarang.


Beladin mempunyai jumlah pengundi paling ramai iaitu 2655 undi, kalah teruk di Beladin bererti PAS akan kalah. Dan itulah yang terjadi. Persoalannya mengapa ia berlaku sedangkan pada PRU 12 kita menang dengan majoriti besar iaitu 353 undi.


Persoalannya :


Apakah PAS 'over confident' sehingga tidak menggempur Beladin ataupun membiarkan BN menyerang Beladin sesuka hati kerana kita yakin pengundi Beladin adalah pengundi tegar PAS?

Apakah PAS terlepas pandang dan silap strategi di Beladin oleh kerana terlampau menumpukan kepada peti undi lain yang PAS kalah teruk pada PRU 12.?


Siapa yang bertanggungjawab sehingga peluang terbaik untuk mencipta sejarah terlepas begitu sahaja?


Seperti kata blogger Cenangau, jika undi PRU 12 Peti Undi Beladin dicampurkan dengan undi PRN di Peti Undi lain PAS boleh menang bergaya dengan majoriti kira-kira 700 undi.


Walaubagaimanapun diharapkan PAS dapat membuat post mortem dengan terperinci dan telus khasnya mengapa kita kalah teruk di Beladin setelah menang agak baik pada PRU 12.


Rajah Ihsan dari Cenangau

PRN SARAWAK : NAJIB WAJAR LETAK JAWATAN KERANA PRESTASI BURUK BN

Walaupun Najib berkampung 6 hari di Sarawak semasa kempen PRN Sarawak Sabtu lalu, tetapi rakyat tetap menolak BN. Bukti Najib ditolak oleh rakyat ialah :-


1) BN hilang 8 kerusi tambahan menjadi 15 berbanding hanya 7 pada PRN 2006

2) Undi popular BN merosot dari 62 % kepada hanya 55 % iaitu kira-kira 7 - 8 %


Rakyat tetap tidak percaya kepada konsep 1Malaysia Najib dan tetap menolak BN walaupun berbilion projek pembangunan diumumkan oleh Najib.


Tidak pernah Perdana Menteri sebelum Najib duduk berkampung semasa kempen dalam sejarah PRN Sarawak. Keadaan ini menjadi bukti Najib ditolak oleh rakyat bersama-sama dengan konsep 1Malaysia beliau. Najib sepatutnya berasa malu dan wajar meletakkan jawatannya lantaran prestasi buruk beliau yang gagal memimpin BN mengekalkan rekod baik BN di Sarawak.


Jika beliau seorang yang bermaruah dan pemimpin berjiwa besar, beliau sepatutnya meletakkan jawatan atas kegagalan BN ini.

NAJIB KECUT PERUT, TERPAKSA TERIMA HAKIKAT SARAWAK BUKAN KUBU BN

Sebelum ini BN sentiasa mengharapkan Sarawak dan Sabah sebagai penyumbang kerusi Parlimen terbesar kepada BN pada setiap PRU. Seperti juga PRU 2008, BN diselamatkan untuk berkuasa di Putra Jaya kerana sumbangan kerusi dari Sarawak dan Sabah. Namun fenomena baru berlaku Sabtu lalu, di mana rakyat Sarawak mula berubah termasuk yang tinggal di pedalaman. Siapa sangka mereka boleh berubah walaupun saban hari mendapat maklumat bahawa PR jahat, pembohong, tidak pandai buat kerja dan sebagainya. Mereka tetap memberikan kepercayaan kepada PR. Peningkatan 8 kerusi PR dari 7 sebelum ini serta penurunan 8 % undi BN berbanding PRN 2006 jelas membuktikan bahawa Sarawak bukan lagi kubu kuat BN PR juga berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di mana Presiden SUPP, George Chan sendiri mengikuti jejak Kon Tsu Kon(Presiden Gerakan) dan Samy Vellu(Presiden MIC) tersungkur di kubu sendiri. Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk. PR menyapu bersih semua kerusi Dun dalam Parlimen Kuching dan juga beberapa kerusi Dun di bandar lain seperti Miri dan Bintulu. Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR, Ali Biju di Dun Krian - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP. Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru. Tidak pemerhati politik yang meramalkan Lagong akan menang di kerusi tersebut. PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak. Ini jelas membuktikan bahawa pengundi di pedalaman tidak mudah digula-gulakan oleh BN. Keadaan benar-benar menyebabkan Najib kecut perut dan kemungkinan besar tidak berani untuk mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat.

PENDUDUK TERUS BANTAH CADANGAN ROBOHKAN SURAU DAN PASTI

Penduduk Kampung Bukit Katil konsisten membantah cadangan kerajaan untuk merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Kg Bukit Katil. Jumaat lalu selepas solat Jumaay kira-kira 300 penduduk setempat mengadakan bantahan aman di hadapan Masjid Bukit Katil dengan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jauhar Dawi.


Penduduk membantah rancangan merobohkan PASTI tersebut kerana ia dibina di atas tanah wakaf yang diinfakkan oleh seorang dermawan untuk dibina pusat pendidikan tersebut. Ianya telah dibina lebih dari 15 tahun dahulu. Selain itu bantahan itu juga dilakukan kerana kerajaan mempunyai alternatif lain untuk dibuat jalan dan ianya lebih lurus dan selamat dari jalan yang dibuat di atas tapak PASTI terbabit.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Adly Zahari dalam ucapannya pada majlis bantahan itu berkata kerajaan negeri pimpinan Mohd Ali Rustam telah banyak kali melukakan hati umat Islam dengan mengambil tanah wakaf-wakaf dan dijual kepada orang bukan Islam.

"Mereka mengambil tanah wakaf dengan Bandar Melaka dan dijual kepada peniaga India, mereka mengambil tanah wakaf di Bukit Baru dan jual kepada peniaga Cina, inilah kerja Ali Rusram yang tidak kenal apa erti tanah wakaf".


"Kini mereka cuba pula mengambil tanah wakaf di Bukit Katil untuk tujuan membuat jalan, kita kesal kerana institusi yang dibina untuk mendidik anak bangsa hendak dikorbankan oleh kerajaan BN yang rakus dan jahat ini" tegas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jauhar Dawi.

Sementara itu Jauhar dalam kenyataannya selepas majlis bantahan itu menyatakan Dewan Pemuda dan Badan Bertindak Membantah Cadangan Perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil akan berjuang untuk mempertahankan kedua-dua institusi itu sehingga ianya dibatalkan oleh kerajaan BN.

"Kami konsisten untuk meneruskan bantahan ini sehingga kerajaan membatalkan niat jahat mereka ini".

"Memang ianya suatu yang tidak munasabah kerana terdapat tanah kosong yang tiada bangunan boleh dibuat jalan tidak jauh dari sini malahnya jalan yang dibina di atas tanah tersebut lebih lurus dan selamat".

Jauhar berkata cadangan untuk merobohkan PASTI ini mempunyai niat jahat hanya kerana mereka dengki dengan sambutan rakyat dan program PASTI yang dijalankan di situ.

Sehingga pihak berkenaan telah mengadakan bantahan sebanya 5 kali iaitu 4 kali di hadapan Masjid Bukit Katil dan sekali di hadapan Masjid Bukit Baru.

PRU 13 HANYA BERLAKU SELEPAS PERSEMPADANAN BARU KAWASAN PILIHANRAYA

Dari keputusan Pilihanraya Sarawak jelas sekali bahawa pengundi Cina dan pengundi dari kawasan bandar berpihak kepada PR malah peratusannya semakin meningkat. Indikator sudah tentu menjadi asas kepada BN samada akan membubarkan parlimen untuk PRU 13 atau tidak.


Banyak pihak menjangkakan Najib akan membubarkan parlimen sebulan dua lagi. Tetapi di pihak yang lain tidak yakin Najib berani berbuat demikian lebih-lebih lagi selepas keputusan Pilihanraya Sarawak yang menyaksikan undi BN merosot sebanyak 8 % dan BN juga kehilangan 8 kerusi kepada PR. Atas alasan inilah dijangkakan Najib terpaksa melambatkan PRU 13.


Seperti yang kita sedia maklum, BN sentiasa menggunakan senjata persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk menang. Ketika BN kalah teruk pada PRU 1999 mereka menggunakan senjata ini untuk menang bergaya pada PRU 2004. Mat Sabu di Kuala Kedah dan Mahfuz Omar di Pokok Sena menjadi mangsa politik kotor BN ini apabila beberapa peti undi majoriti orang Cina dimasukkan ke dalam kawasan tersebut. Namun pada PRU 2008 orang Cina inilah yang membantu Mahfuz dan Ahmad Kassim (Kuala Kedah) untuk menang dengan agak besar.


Kini BN sudah sedar bahawa pengundi Cina terus menjadi duri dalam daging kepada BN. Oleh itu adalah dijangkakan BN akan membuat persempadanan baru kawasan pilihanraya dengan mengambil peluang keadaan di mana ramai Ahli Parlimen PR melompat menjadi bebas dan ada yang digantung. Jika benar BN berkuasa untuk mengubah persempadan baru ini maka sudah tentu kemungkinan besar PRU 13 akan hanya diadakan selepas kawasan baru ini diwartakan.

17 April 2011

FITNAH DAHSYAT AKAN DIKELUARKAN MENJELANG PRU 13

Setelah fitnah jahat video porno dikeluarkan menjelang PRN Sarawak dan ianya disifatkan berjaya, ada pihak yang mendakwa fitnah dahsyat akan difabrikasi sekali lagi menjelang PRU 13 nanti. Fitnah seumpama ini sudah menjadi budaya politik Malaysia kerana ianya menguntung sesuatu pihak yang kita semua tahu. Fitnah kali ini sudah tentu lebih dahsyat kerana ia mestilah mampu untuk memenangkan parti yang suka memfitnah lebih-lebih mereka merasakan fitnah seperti ini menjadi senjata ampuh untuk memalu dan menjatuhkan imej lawan. Kaki fitnah dan sesiapa yang sanggup melakukan kerja sebegini sudah tentu mendapat laba yang besar kerana berjasa dan berbudi kepada mereka yang tamak kuasa.

VIDEO FITNAH : NADA POLIS MULA BERUBAH

Kalau sebelum ini Anwar dituduh seolah-olah beliaulah lelaki pelakon video porno oleh banyak pihak, kini Polis mula bercakap dalam nada yang berlainan. Hari ini pihak polis menyatakan bahawa laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan “Datuk T” tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya. “Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini. Pada mula-mula Video fitnah dikeluarkan tidak ada pun yang bercakap sedemikian. Tetapi sekarang lain pula nadanya. Apa muslihat mereka sebenarnya?

PRU 13 : NAJIB ADA BERANI KA?

Ramai pihak tidak berapa yakin Najib berani untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU 13 dalam jangkamasa terdekat. Ini kerana beberapa faktor yang mungkin diambil kira oleh beliau, antaranya :


1) Sokongan pengundi Cina kepada PR semakin meningkat seperti ditunjukkan di Sarawak

2) Sokongan masyarakat bandar kepada PR tidak kira kaum semakin meningkat spt di Sarawak

3) Sokongan masyarakat Iban di Sarawak kepada PR meningkat, ini bermakna Sarawak bukan lagi fixed deposit kepada PR

4) Undi tegar PAS, DAP dan PKR tetap utuh dan tidak 'swing' kepada BN

5) Pengundi mula sedar tohmahan dan pembohongan BN yang menuduh PR anti Islam dan anti Melayu.


Selain itu keputusan PRN Sarawak semalam sebenarnya tidak memberangsangkan BN kerana BN kehilangan 8 kerusi selain undinya turun 8 %. Ini amat membimbangkan Najib kerana kemungkinan beberapa kerusi Parlimen di Sarawak akan jatuh kepada PR seperi Miri, Bintulu dan lain-lain kawasan bandar besar.

SIFIR MUDAH MENGAPA PENGUNDI BANDAR MENGUNDI PR

Mengapa pengundi bandar undi PR? 1) Mereka sukar dibeli dan disogok kerana berilmu dan cerdik (tahap pendidikan tinggi) 2) Mereka sukar ditipu kerana mempunyai saluran alternatif kepada TV dan media BN 3) Minda terbuka kerana tidak jumud dan sentiasa berfikir sebelum membuat keputusan. 4) Mereka mungkin mengambil duit yang disogok tetapi tidak semestinya mengundi BN

PRU 13 JUN INI

Najib dijangka akan membubarkan parlimen Jun ini bagi memberi laluan kepada PRU 13. Antara alasan mengapa Najib membubarkan parlimen Jun ini ialah kerana :- 1) Kemenangan di Sarawak dengan majoriti 2/3 2) Sokongan orang Melayu yang masih menebal kepada BN. Najib tidak boleh menunggu lama kerana dikhuatiri orang Melayu beralih arah jika lebih lama masa diberikan kepada PR untuk menerangkan isu ini 3) Najib merasakan imejnya melalui slogan 1Malaysia terus mendapat sokongan rakyat 4) Rasuah,sogokan dan bantuan agensi-agensi tertentu terus mantap dan kukuh bagi membantu BN pada PRU 13 nanti 5) Keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang dan dijangkakan ianya akan lebih teruk pada masa akan datang 6) Pengundi India kembali menyokong BN 7) dan lain-lain ..........

ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN

Kalah atau menang perjuangan tetap diteruskan. Kemenangan Islam bukan sekadar di dunia tetapi kemenangan hakiki ialah kemenangan mempertahankan aqidah perjuangan dan dituai di Akhirat kelak.


Sebab itulah bagi PAS kalah atau menang bukan kayu ukur sebenar sesuatu perjuangan. Jika menang kita diberi amanah besar untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada makhluk kepada perhambaan kepada Allah. Jika menang kita akan diuji dengan amanah mentadbir, memerintah, menyelesaikan masalah dan memegang menjaga harta rakyat bukan membaham harta rakyat.


Jika kalah kita teruskan perjuangan hingga ke nafas dan darah terakhir. Perjuangan kita bukan setakat di dunia tetapi hingga ke Akhirat. Sebab itu kita takut untuk menggunakan cara-cara yang tidak halal di sisi Islam untuk menang. Apa guna menang kalau kita melanggar perintah Allah dan berdosa kepada Allah.

PAS PUNYA MASA DEPAN CERAH DI SARAWAK

Walaupun PAS tewas di semua kelima-lima kerusi pada Pilihanraya Negeri Sarawak semalam, namun undi yang diperolehi adalah amat memberangsangkan. Tidak seorang pun calon PAS yang hilang wang pertaruhan dan merupakan isyarat yang sangat baik.

Dun paling baik bagi PAS ialah Beting Maro di mana PAS hanya kalah 390 undi berbanding dengan lebih 800 undi pada Piliharaya Negeri 2006. Ini merupakan pencapaian yang sangat baik terutamanya orang Melayu kerana Dun itu mempunyai kira-kira lebih 80% pengundi Melayu.

PAS mestilah meneruskan gerakerja mendekati rakyat di samping memperkemaskan organisasi dan jentera parti. Insya Allah PAS akan berjaya pada pilihanraya umum ke 13 dan Pilihanraya negeri akan datang.
Berdasarkan keputusan rasmi, jumlah undi yang diterima oleh calon PAS adalah seperti beriku - Abang Ahmad Kardee Abang Masagus (Beting Maro - 2,678 undi) Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (Sadong Jaya -1,074 undi), Noraini Hamzah (Muara Tuang - 3,196 undi), Adam Ahid (Sebuyau - 1,769) dan Nani Sahari (Tanjong Dato - 1,002 undi).

KEMENANGAN BN JADI PEMANGKIN UNTUK NAJIB ADAKAN PRU 13

Kemenangan dengan majoriti 2/3 menjadi kayu ukur untuk Najib membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU 13. Kemenangan dengan 55 dari 71 kerusi disifatkan sebagai kemenangan besar oleh BN dan besar kemungkinan Perdana Menteri akan membubarkan parlimen dalam jangkamasa terdekat ini. Dalam kenyataannya malam tadi Najib berkata beliau percaya rakyat terus menyokong konsep 1Malaysia ianya menjadi penyebab untuk mengadakan PRU 13. Oleh itu PR mesti bersiap sedia untuk menghadapi BN dalam masa terdekat. Antara perkara yang mesti diselesaikan segera oleh PAS ialah :- 1) Menangkis fitnah dan pembohongan BN bahawa PR meminggirkan agama Islam dan menyanggah kedaulatan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu. 2) PAS menjadi kuda tunggangan DAP/PKR sehingga meminggirkan Islam dari dasar perjuangannya 3) PR gagal menunaikan janji dalam manifestonya. 4) Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah penipuan berkaitan dengan daftar pemilih, proses pengundian dan lain-lain. Dan banyak lagi .................
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter