PRU 13 HANYA BERLAKU SELEPAS PERSEMPADANAN BARU KAWASAN PILIHANRAYA

Dari keputusan Pilihanraya Sarawak jelas sekali bahawa pengundi Cina dan pengundi dari kawasan bandar berpihak kepada PR malah peratusannya semakin meningkat. Indikator sudah tentu menjadi asas kepada BN samada akan membubarkan parlimen untuk PRU 13 atau tidak.


Banyak pihak menjangkakan Najib akan membubarkan parlimen sebulan dua lagi. Tetapi di pihak yang lain tidak yakin Najib berani berbuat demikian lebih-lebih lagi selepas keputusan Pilihanraya Sarawak yang menyaksikan undi BN merosot sebanyak 8 % dan BN juga kehilangan 8 kerusi kepada PR. Atas alasan inilah dijangkakan Najib terpaksa melambatkan PRU 13.


Seperti yang kita sedia maklum, BN sentiasa menggunakan senjata persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk menang. Ketika BN kalah teruk pada PRU 1999 mereka menggunakan senjata ini untuk menang bergaya pada PRU 2004. Mat Sabu di Kuala Kedah dan Mahfuz Omar di Pokok Sena menjadi mangsa politik kotor BN ini apabila beberapa peti undi majoriti orang Cina dimasukkan ke dalam kawasan tersebut. Namun pada PRU 2008 orang Cina inilah yang membantu Mahfuz dan Ahmad Kassim (Kuala Kedah) untuk menang dengan agak besar.


Kini BN sudah sedar bahawa pengundi Cina terus menjadi duri dalam daging kepada BN. Oleh itu adalah dijangkakan BN akan membuat persempadanan baru kawasan pilihanraya dengan mengambil peluang keadaan di mana ramai Ahli Parlimen PR melompat menjadi bebas dan ada yang digantung. Jika benar BN berkuasa untuk mengubah persempadan baru ini maka sudah tentu kemungkinan besar PRU 13 akan hanya diadakan selepas kawasan baru ini diwartakan.

Comments