BETING MARO : PAS KALAH KERANA 'OVER CONFIDENT' DAN SALAH STRATEGI

Merujuk kepada keputusan penuh mengikut saluran bagi Dun Beting Maro bolehlah kita ramalkan bahawa PAS 'over confident' dan silap strategi. Apa yang amat memelikkan kita ialah bagaimana keputusan itu boleh jadi 360 darjah terbalik.



Peti Undi Beladin yang kita menangi semasa PRU 12 dengan agak besar akhir terbalik dengan kekalahan teruk PAS di situ. Pada PRU 12 , PAS hanya menang di Peti Undi Beladin dan kalah teruk di semua peti undi lain. Kali ini ianya menjadi terbalik di mana PAS kalah teruk di Peti Undi Beladin dan menang di Peti Undi lain kecuali SK Kalok, SK Batang Maro dan SK Semarang.


Beladin mempunyai jumlah pengundi paling ramai iaitu 2655 undi, kalah teruk di Beladin bererti PAS akan kalah. Dan itulah yang terjadi. Persoalannya mengapa ia berlaku sedangkan pada PRU 12 kita menang dengan majoriti besar iaitu 353 undi.


Persoalannya :


Apakah PAS 'over confident' sehingga tidak menggempur Beladin ataupun membiarkan BN menyerang Beladin sesuka hati kerana kita yakin pengundi Beladin adalah pengundi tegar PAS?

Apakah PAS terlepas pandang dan silap strategi di Beladin oleh kerana terlampau menumpukan kepada peti undi lain yang PAS kalah teruk pada PRU 12.?


Siapa yang bertanggungjawab sehingga peluang terbaik untuk mencipta sejarah terlepas begitu sahaja?


Seperti kata blogger Cenangau, jika undi PRU 12 Peti Undi Beladin dicampurkan dengan undi PRN di Peti Undi lain PAS boleh menang bergaya dengan majoriti kira-kira 700 undi.


Walaubagaimanapun diharapkan PAS dapat membuat post mortem dengan terperinci dan telus khasnya mengapa kita kalah teruk di Beladin setelah menang agak baik pada PRU 12.


Rajah Ihsan dari Cenangau

Comments

Putra IJ80 said…
Tiga faktor yg.membuat PAS kalah di semua DUN.,Sarawak,i.e

1.Anwar mengistiharkan Bian penganut Kristian.,bakal menjadi KM.

Dgn mudah mereka BN(maaf yer UMNO X der di Sarawak) mengapi apikan"Hendak lah kamu memilih Pemimpin dari kalangan kamu".

2.TGHH terlebih sudu dari kuah.,bila memeluk Najib.,di hadapan Pengundi B.Maro.,unit BN/TV memang merancang iklan ini.

3.Hishamudin Rais(Tukar Tiub)dgn lantang menyeru/menyebut agar Kaum Dayak,Iban bangun membawa perubahan.,.

Saolah olah kedua dua kaum ini saja yg.ada di Sarawak.

Itu pun mujur kaum Cina mempunyai kuat tekat.,jika tidak DAP pun hancuss.

Lain lain ',

Sifat semulajadi Kaum Dayak,Iban,kadazan,Bedayu,etc.,mereka tidak memerlukan tanah.,kerana mereka tidak makan tanah, mereka makan Nasik macam kita.,

Jadi bila BN bagi Duit RM10 ,Nasik sebungkus dan air sekotak,mereka merasa cukup bertuah dan terhutang budi.

Semantara Malanau ,mereka hidup bawah tempurung.,Memang mereka sambut org.luar datang dgn penuh kera'ian,tapi mereka tidak faham apa yg.berlaku di luar.

Jadi PAS jangan berharap sangat dapat bertapak di Sarawak.,mau pun Sabah.,dlm jangka terdekat.,.

Wallahu'alam.

Jgn Maree!!!
Anonymous said…
dgr citer PBB sebar risalah baru bian calon KM PR dikawasan melayu... melayu mana jadi takut dibuatnya...
bukan perwakilan said…
jadi wahai sdr mutaligat..kita perlu tukar tim presiden yg juga pengarah praya sarawak.
malangnya majority ahli PAS yg mahu pembaharuan seperyi ana bukan perwakilan.
dan kebanyakan perwakilan adalah ajk kawasan yg selalu berjumpadan bermesyuarat dengan pemimpin ini.di selangor no way perwakilan akan menyokong pembaharuan kerana selalu "di motivasi" oleh PJ,PJ1,PJ2 dan PJ3.