.

.

06 June 2008

RAKYAT MENGELUH, KERAJAAN BUAT DEEK JE

Macam ni matilah kita, minyak naik lepas barang naik, memang kerajaan tak berhati perut.

Kita olang memang mahu tukar kelajaan, tapi lu olang melayu tak mau ooo, sikalang semua olang kena, miak sudah naik, balang suma mau naik....

Nak buat macam mana, bayar je le.........dah terpaksa

Itulah antara cakap-cakap rakyat yang saya dengar semalam dan hari ini....

04 June 2008

SAH PAK LAH DAN NAJIB SERTA SHAHRIR PEMBOHONG

Baru semalam dan dua tiga hari lepas pemimpin-pemimpin Islam Hadhari ini berkata jangan percaya spekulasi bahawa harga minyak akan naik. Beriya-iya benar mereka terutama Najib Altantuya menafikan minyak akan naik harga.

Tetapi tiba-tiba hari ini Pak Lah Badawi mengumumkan bahawa harga minyak dinaikkan. Maka sah lah bahawa Pak Lah dan kuncu-kuncu ini memang KAKI PENIPU DAN PEMBOHONG.

Rakyat masih ingat ketika Pak Lah menipu seluruh rakyat sehari sebelum pembubaran parlimen bulan Februari dulu. Tiba-tiba keesokan harinya (tidak sampai 24 jam) Pak Lah bubarkan parlimen.

Hari ini Pak Lah sekali melakukan perkara yangs serupa, menafikan kenaikan minyak sebelum ini tetapi tiba-tiba MENAIKKAN HARGANYA pada hari ini.

MEMANG DASAR UMNO SUKA MENIPU DAN BERBOHONG.

Jadi selepas ini jangan percaya cakap-cakap mereka, dengar boleh percaya jangan, fikir dulu sebelum mempercayainya.

WAHAI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TOLONGLAH KAMI

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat dengarlah rintihan kami, rakyat marhaen yang pada hari ini menerima satu lagi mala petaka dahsyat iaitu kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Selepas ini bala seterusnya akan menghimpit kami iaitu kenaikan harga barangan pula.

Kami baru sahaja mengalami penderitaan akibat harga beras melonjak, hari ini kami sekali lagi terjelepok ke lantai lantaran pengumuman 'celupar' Imam Hadhari yang menaikkan harga minyak dan elektrik.

Pemimpin kerajaan BN yang memerintah sekarang sebenarnya sudah tidak waras, tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu bahawa rakyat sedang menderita sedahsyat-dahsyatnya. Mereka hanya memikirkan bagaimana untuk membuncitkan perut masing-masing di samping sentiasa memikirkan bagaimana untuk memuaskan nafsu perut dan bawah perut mereka.

Tolonglah kami wahai pemimpin Pakatan Rakyat (PR), usahakanlah penubuhan kerajaan PR, jangan tunggu lama-lama. Kami sebenarnya sudah tidak tahan dengan perangai buruk, bongkak dan zalim kerajaan Islam Hadhari pimpinan Pak Lah Badawi yang semakin tidak waras ini.

Kami mengimpikan sebuah kerajaan yang sentiasa menjaga kedaulatan dan kebajikan rakyat. Kami tidak tahu apa nasib kami jika Datuk Seri/Datuk/Datin/YB-YB tidak membantu kami.

TOLONGLAH KAMI

TAHNIAH PENGUNDI BN, TAKZIAH PENGUNDI PAKATAN RAKYAT

Pengumuman Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan tarif elektrik petang tadi jelas membuktikan bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang zalim dan bankrap idea untuk menjaga kebajikan rakyat.

Jelas sekali rakyat yang mengundi BN merupakan rakyat yang 'bangang' dan degil tidak mahu faham dengan hasrat Pakatan Rakyat (dulu BA dan DAP) yang membentuk kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat.

Akhirnya kita semua akan menanggung kesengsaraan bukan sahaja harga minyak dan bil elektrik naik bahkan selepas ini harga barangan juga akan melambung naik.


Laporan Malaysiakini

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.

Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun.Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.
Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion.

Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut. Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula."Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.

ELEKTRIK JUGA NAIK

Perdana menteri juga mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus.

Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.Bagi kategori-kategori lain:Tarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20.

Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60.

Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen. Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen.

Caj minimum bulnan RM7.20.Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar esok.

AYUH ANWAR SEGERAKAN PENUBUHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENYELAMATKAN RAKYAT. KAMI SUDAH TIDAK TAHAN DIDERA DAN DIZALIMI OLEH KERAJAAN BN

TANAH RIZAB MELAYU JUGA DIKORBANKAN OLEH KERAJAAN BN

Projek pembangunan komersial dan pembangunan bercampur dibenarkan untuk dibangunkan di atas beberapa tanah rizab masjid berdasarkan beberapa sebab. Demikian ulasan Perdana Menteri menjawab persoalan Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang meminta mengulas berkenaan dengan tanah rizab masjid dan rizab Institut Profesional Baitulmal (IPB) milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dibenarkan untuk dibangunkan projek pembangunan komersial yang akhirnya menjadi tempat minum arak, perjudian dan maksiat seperti di Sri Hartamas dan Bukit Damansara.

Dengan perkembangan ini tidak hairanlah jika sekiranya tanah rizab melayu akan pupus disebabkan dasar kerajaan BN yang mengutamakan pembangunan walaupun ianya mengorbankan tanah rizab melayu.

Lebih malang ada di antara tanah rizab Melayu yang dibangunkan menjadi tempat maksiat seperti kedai arak dan sebagainya. Malah kedai-kedai yang dibina tersebut samada di sewa atau mungkin dijual kepada Bukan Melayu.

Jika beginilah dasar kerajaan Islam Hadhari tunggulah saat kehancuran Orang Melayu suatu hari nanti. Mungkin Orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri.

03 June 2008

PESTA MELAKA TERUSKAN TRADISI MAKSIAT

Memang tidak dapat disangkal bahawa Pesta Melaka memberikan manfaat kepada rakyat dari segi peluang perniagaan, interaksi antara rakyat berbilang kaum dan sebagainya. Namun pada masa yang sama masih banyak program negatif dan maksiat yang dijalankan oleh pihak penganjur iaitu kerajaan negeri dan agensi-agensinya.

Acara-acara seperti pertandingan layang-layang, pertandingan kompang, pertandingan merekacipta tanglung dan sebagainya memang baik dan sesuai untuk semua peringkat umur, agama dan bangsa.

Namun kita merasakan program-program seperti pertandingan menyanyi, karaoke lebih-lebih lagi pertandingan ratu cantik tidak memberikan impak yang positif kepada pengunjung. Ia hanya menggalakkan budaya hedonisme di kalangan pengunjung dan rakyat jelata. Malah pertandingan ratu cantik (walaupun mungkin tidak mendedahkan tubuh) merupakan pertandingan yang langsung tidak bermanfaat selain hanyalah untuk bermegah dengan kecantikan seseorang.

Alasan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di dalam Blognya yang menyatakan bahawa Pesta Sungai Melaka dapat memberi peluang kepada semua golongan remaja, veteran dan seni untuk menonjolkan bakat mereka melalui acara-acara yang dianjurkan seperti pertandingan menyanyi dan karaoke serta pertandingan ratu cantik merupakan alasan yang dangkal. Ini kerana ia memberikan kesan yang negatif lebih banyak dari positif. Antara percampuran lelaki dan wanita yang keterlaluan, pendedahan aurat di kalangan wanita selain mengujudkan budaya keseronokan yang tidak mengenal masa dan tempat.

Kita mencadangkan supaya pihak penganjur dapat menyediakan program yang lebih bermanfaat pada masa akan datang dengan menggantikan program-program yang tidak berfaedah ini. Antaranya program seperti pertandingan syarahan, pertandingan rekacipta sains, pertandingan kesenian & sastera, pertandingan nasyid, pertandingan bayi comel dan sebagainya.

02 June 2008

TAHNIAH SINAR HARIAN

PAS Negeri Melaka mengucap tahniah kepada akhbar Sinar Harian di atas penerbitan Edisi Negeri Sembilan dan Melaka yang bermula hari ini. Penerbitan edisi ini amat dinantikan setelah Edisi Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Selangor diterbitkan lebih awal.

Keujudan lebih banyak akhbar Bahasa Melayu memang diperlukan demi untuk meningkatkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat.

Sinar Harian juga diharapkan dapat merealisasikan amalan kebebasan akhbar demi untuk memberikan maklumat alternatif kepada rakyat. Rakyat sebenarnya amat merindui media yang bersifat bebas dan terbuka yang tidak dikonkong oleh kerajaan.

Dewasa ini semua media arus perdana boleh dikatakan tidak memberikan peluang kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan parti pembangkang untuk membuat publisiti tentang apa juga aktiviti mereka. Malah kenyataan akhbar pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat juga jarang disiarkan.

Sinar Harian Edisi Negeri Sembilan dan Melaka dilihat mampu menjadi akhbar rakyat sebagaimana dibuktikan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor di mana cetakannya melebihi 100,000 nashkah sehari.

Kami mengharapkan Sinar Harian akan dapat menyumbang kepada pembangunan Negara samada dari segi fizikal dan pembangunan modal insan.

Selamat Maju Jaya

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MEMBELA MELAYU


Pada 3 Ogos 2005 lalu kerajaan negeri telah merobohkan Bangunan Bazar MARA jalan Laksamana di dalam Bandaraya Melaka Bersejarah. Perobohan bangunan itu melibatkan 22 perniaga Melayu yang telah lama berniaga di kawasan yang amat strategik itu.

Tujuan perobohan itu adalah untuk dijadikan kawasan lapang sebagai salah satu tempat untuk pengunjung ke sungai Melaka. (Selain itu kawasan lapang itu juga dijadikan parking untuk pengunjung gereja berdekatan.)

Namun nampaknya kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat berbangga dengan perobohan kawasan perniagaan melayu ini.

Terbaru di dalam blognya Ali Rustam mendakwa peniaga-peniaga di kawasan tersebut bersetuju dengan perobohan itu tanpa sebarang bantahan. Ali Rustam seolah-olah berbangga kerana berjaya merobohkan kawasan perniagaan melayu di tengah-tengah bandar ini.

Peniaga-peniaga tersebut hanya di bayar RM5,000 seorang, itupun setelah hampir 3 tahun kedai mereka dirobohkan. Sebelum itu mereka hanya dibayar RM1,000 seorang.

Dengan perobohan tersebut maka kawasan perniagaan Orang Melayu di Bandaraya Melaka semakin mengecil. Namun Ali Rustam gembira dengan pengecilan saiz kawasan perniagaan Melayu ini.

Apa jenis pemimpin Melayu macam ini?

MOGA USTAZ AHMAD AWANG CEPAT SEMBUH

Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, kilometer 315 kira-kira jam 4.30 petang Khamis kelmarin.
Alhamdulillah Ustaz, isterinya dan anak-anak beliau terselamat dalam kemalangan tersebut.

Kejadian berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai ketika beliau dalam perjalanan ke Ipoh untuk menghadiri mesyuarat di pejabat Badan Perhubungan PAS negeri. Kereta beliau terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kereta di hadapan berlanggar dengan sebuah kereta lain kemudian terbabas dan menggeseli sebuah treler, lalu menghalang laluan, menyebabkan kereta beliau tidak dapat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut.

Keretanya mengalami kerosakan teruk dan kini berada di Balai Polis Trafik Tapah. Beliau bersyukur tiada kecederaan berat yang dialami walaupun isteri beliau mengalami sedikit lebam dan bengkak-bengkak di bahagian lengan dan belakang akibat hentakan yang kuat ketika merempuh kereta berkenaan. Ustaz Ahmad Awang juga mengalami sakit-sakit di bahagian tengkuk, bahu serta rusuk.

Moga Ustaz cepat sembuh.

BERSEDIALAH UNTUK TERIMA 'BALA' DARI BN

Setiap hari media pengampu BN seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3 Suku, RTM (Radio TV Moyang BN) dan lain-lain memainkan 'lagu-lagu' untuk menghalalkan kenaikan harga minyak. Pelbagai alasan dicipta untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelakkan rakyat menolak hasrat kerajaan Barang Naik (BN) untuk menaikkan harga minyak.

Hari ini di dalam Utusan Meloya (UM), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata melalui mekanisme baru yang akan diperkenalkan kelak subsidi diubah ke peringkat jualan daripada di peringkat pengeluaran sekarang.

Mekanisme baru ini antara lain akan memperkenalkan sistem di mana ianya akan mengikut kemampuan pengguna. Kemungkinan pengguna yang pendapatan mereka tinggi akan dikenakan dengan harga pasaran dan pengguna berpendapatan rendah akan mendapat subsidi.

Begitulah cerdiknya kerajaan Barang Naik (BN) yang cuba mengelirukan rakyat.

Lebih malang dari itu kerajaan Barang Naik (BN) nampaknya lebih suka menjaga kebajikan syarikat berbanding kebajikan rakyat. Utusan Meloya hari ini menggunakan pandangan seorang Pensyarah UUM, Haim Hilman Abdullah untuk mengukuhkan hujah bagi menaikkan harga minyak.

Hilman dipetik sebagai berkata bahawa jika subsidi minyak tidak diberikan kepada syarikat-syarikat kecil termasuk yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS), ada kemungkinan banyak syarikat terbabit terpaksa gulung tikar.

Menurut beliau, adalah sukar bagi syarikat-syarikat itu meneruskan operasi atau bersaing di pasaran terbuka jika kerajaan tidak memberikan subsidi minyak.

‘‘Tanpa subsidi kerajaan, secara tidak langsung kos operasi dan pengeluaran akan meningkat hingga mengakibatkan barang-barang yang dijual juga mengalami kenaikan harga.

‘‘Syarikat terbabit tidak akan mampu untuk bersaing dengan syarikat multinasional di pasaran terbuka yang masih menawarkan harga yang rendah dan ini memaksa mereka menutup operasi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Meloya di sini hari ini.

Itulah bukti bahawa kerajaan BN lebih menjaga kebajikan syarikat berbanding kebajikan rakyat.

JUMLAH KUTIPAN ZAKAT MELAKA MENINGKAT SETIAP TAHUN. TAPI ORANG MISKIN TETAP RAMAI

Prestasi Kutipan Zakat Harta sehingga 29 Mei, 2008 ialah sejumlah RM 9,105,450.40 berbanding tahun 2007 sejumlah RM 5,557,975.63 iaitu peningkatan sebanyak 63.83%.

Manakala bilangan pembayar zakat bagi tahun 2008 ialah seramai 13,952 orang berbanding 13,749 orang tahun 2007, menunjukkan peningkatan sebanyak1.48% atau seramai 203 orang.

Itulah fakta yang diperolehi dari Blog Ketua Menteri Melaka. Tahniah diucapkan kepada Pusat Zakat Melaka kerana berjaya memungut zakat yang jumlahnya bertambah setiap tahun.SYABAS.

Masalahnya ialah mengapa bilangan orang miskin dan fakir miskin masih ramai di Melaka. Kemana perginya duit zakat tersebut.?

Adakah kerajaan negeri dan Pusat Zakat memberi 'pancing dan umpan' ATAU 'ikan' kepada orang-orang miskin ini.

Kalau ikan yang diberi bermakna sampai bila-bila pun mereka tidak akan keluar dari kepompong kemiskinan.

01 June 2008

KEBEBASAN MEDIA WAJIB DISOKONG OLEH SEMUA RAKYAT

Saya seperti juga blogger dan wartawan (yang berfikiran waras) menyokong akan kewujudan kebebasan media di negara kita. Sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi terhadap media wajib ditentang.

Negara yang mengamalkan sistem kuku besi dan konkongan media merupakan negara yang tidak bertamadun 'uncivilised'.

Oleh itu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para wartawan, blogger serta kumpulan rakyat prihatin hari ini yang menyertai satu perarakan spontan menyokong kebebasan media.

Perarakan tersebut - Berjalan untuk Kebebasan Akhbar - berlangsungnya selepas selesai majlis antara pihak media dan Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi.Kira-kira 150 orang menyertai perarakan sepanjang kurang dari satu kilometer - dari Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Jalan Tangsi ke Dataran Merdeka dekat situ.

Pada mulanya, kumpulan reform media- Benar - merancang untuk mengadakan perarakan dari Dataran Merdeka kepada NPC sebagai tanda perpaduan wartawan dalam memperjuangkan kebebasan media.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Benar mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan tersebut, kerana tidak dibenarkan oleh pihak polis atas alasan ia boleh mengganggu kelancaran lalulintas di kawasan tersebut.Benar berkata, beberapa wartawan dan editor juga bimbang perarakan itu boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram.

CATATAN PERJALANAN 1 010608

Saya menaiki Transnasional dari Temerloh jam 10.00 pagi di hantar oleh teman hidup tersayang dan permata hatiku Danial....menangis nak mengikut.... menuju Pudu Raya akibat kehabisan tiket 'direct' ke Melaka.

Sampai di Pudu Raya jam 12.30 setelah menumpang komuter dari Titiwangsa ke Plaza rakyat...habis RM1.20 ...untuk memajukan Komuter......

.....singgah di Pudu Raya tempat 'hinggap' ku yang 'famous' sejak memulakan pengajian di Utara Tanahair bermula pada 1986 hinggalah 1993. Tidak banyak perubahan yang berlaku di dalam hentian, cuma di bahagian luar pembangunan mungkin agak pesat berlaku.

Bertenggek sebentar di CyberCafe Pudu Raya untuk 'update' pelantar ini yang tidak dikunjungi setelah dua hari berada di Temerloh.

Alhamdulillah surau hentian ini sudah diperbesarkan. Kalau dulu mungkin tidak selesa kini lebih selesa. Saya kira ianya kini boleh memuatkan sekitar 200 orang pada satu-satu masa. Syabas pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para musafir yang singgah untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.

Saya sempat bersama-sama menunaikan solat jama' qasar zohor dan asar dan terus menjamu selera di gerai setelah mencari pekedai yang bertudung .........walau tidak sempurna..... lauk apa ya???? tempe, ikan masak lemak, petai ....cukup untuk alas perut bersama nasi separuh ......

.......jam 1.50 menaiki bas kalau tak silap NBG 5712.... meneruskan perjalanan ke Melaka pada jam 2.00 petang. Duduk 2 kerusi seorang kerana mungkin tiada yang sudi duduk bersamaku (agaknya aku makan petai 4 biji masa 'lunch' depa semua tak mau duduk berkongsi kereta denganku).

Sampai di Simpang jalan baru sekitar jam 4.05 petang.....lintas jalan tak semena-mena sebuah kereta Iswara berhenti dan mengajak ku naik. Tak duga Abang Amin rakan sekerja tuan empunya kereta tersebut. Macam berjanji pula...kalau tidak terpaksa aku menapak lebih kurang 3-4 km. Alhamdulillah sampai dirumah jam 4.15 petang. Sekian
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter