.

.

21 January 2012

Rakyat Shopping RM30, Si DIA SHOPPING RM300,000?

Rakyat diutamakan dan didahulukan.....untuk antara slogan yang selalu diucapkan oleh pengasas 1Malaysia. Hakikatnya rakyat Shopping RM3 tetapi si DIA shopping RM300,000. Ini bukan dakwaan blog ini tetapi pendedahan yang dibuat oleh media Australia.

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

darling hotel sydney australiaKalau benar dakwaan akhbar tersebut, rakyat harus membuka mata. Kalau sekali shopping RM300,000, maka banyak manalah duit si DIA ini. Mana dia dapat duit sebanyak itu.????

PR ATAU BN YANG BOLEH JAGA ISLAM DAN MELAYU?

Cuba Tuan-Puan renungkan fakta ini.

PR dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR
Siapa pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim - Islam/Melayu
Siapa pemimpin PAS - Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Islam/Melayu
Siapa pemimpin DAP - Karpal Singh (Pengerusi DAP) - Bukan Islam/Sikh

BN dianggotai oleh 14 parti 
 Siapa pemimpin  Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekember) - Datuk Seri Najib - Islam/Melayu
   Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Chua Soi Lek - Bukan Islam/Cina
   Kongres India Malaysia (MIC) - G Palanivel - Hindu/India
   Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) - Koh Tsu Kon - Bukan Islam/Cina
   Parti Progresif Penduduk (PPP) - M Kayveas - Bukan Islam/India
   Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - (PBB) - Taib Mahmud - Islam/Melayu
   Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Bukan Islam/Cina
   Parti Bersatu Sabah (PBS) - Pairin Kitingan - Kadazan/Kristian
   Parti Liberal Demokratik (LDP) - Liew Vui Keong - Bukan Islam/Cina
   Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - Joseph Kurup - Kristian/Kadazan
   Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu - Bernard Dompok - Kristian/Kadazan
   Parti Demokratik Progresif Sarawak - William Mawan Ikon - Kristian/Bumiputera Sarawak
   Parti Rakyat Sarawak(PRS) - James Masing - Kristian/Bumiputera Sarawak.

Pakatan Rakyat dipimpin 2 orang Melayu Islam hanya 1 orang bukan Islam/Cina - 2:1
Barisan Nasional dipimpin 2 orang Melayu Islam dan 11 orang bukan Islam/Pelbagai bangsa. 2:11

Pada pandangan Tuan-Puan PR atau BN yang boleh menjaga Islam dan Melayu.

20 January 2012

ISU LI@@T : ANWAR TAKKAN TERLEPAS?

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.
    
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.
Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.
    
Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.

Ini bermakna kes ini akan didengar di Mahkamah lebih tinggi. Anwar sudah tentu kena bersedia untuk menghadapi rayuan ini. Jika Anwar gagal maka kemungkinan Anwar terpaksa kembali ke rumah lamanya di Sungai Buloh. 

Najib TURUN PADANG, MENGAPA TAK PERGI PADANG BALANG DAN SENTUL?

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan memulakan kunjungan ke kawasan Parlimen Wangsa Maju.
Tinjauan pertamanya Perdana Menteri ialah ke Pasar Basah Teratai, Wangsa Maju.
Ketibaan beliau pada 9.20 pagi disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan   timbalan menteri Datuk M. Saravanan.
Walaupun hujan renyai, pengunjung pasar itu terutama kaum Cina yang sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin ini, turut berbaris menyambut ketibaan Perdana Menteri, serta mengambil peluang untuk bersalaman dengan beliau.
Antara atur cara lain Najib ialah melawat Kampung Puah Lembah di Jalan Gombak yang merupakan sebuah perkampungan tradisi yang masih mengekalkan cara hidup, budaya dan adat masyarakat Melayu, di tengah-tengah arus pembangunan kota raya.
Perdana Menteri juga dijadual melawat Sekolah Menengah (C) Chung Hwa, berdekatan dengan kampung itu, sebelum ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk bersama penduduk di situ bersolat Jumaat di Masjid Az-Zubair.
Selepas itu, beliau akan menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat di Padang Bola Sepak Sri Johor, Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan program lawatannya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci di Lembah Pantai  pada petang.
Mengapa Najib tidak turun ke Padang Balang dan Sentul bertanya khabar warga di sana. Pengerusi PPPKM Wilayah Persekutuan Datuk Bahrim A Razak tentu sedang menunggu beliau. Sepatutnya Najib berani berdepan dengan Bahrim dan 'geng'nya bagi membincangkan masalah pengambilan tanah di kawasan tersebut yang akan mengorbankan pemilikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur.

Rakyat di kawasan tersebut amat berharap untuk bertemu Najib pemimpin yang sentriasa mendahulu dan mengutamakan rakyat. Mereka harap Najib dapat membantu mereka menyelamatkan tanahair dan rumah mereka.

Exco Agama : PAS diketepikan, UMNO PALING LAYAK JAGA AGAMA


Tiga hari selepas pelantikan exco Selangor dan peralihan portfolio Hal Ehwal Islam oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, akhbar pencacai Umno, Utusan dalam laporan muka depan bertajuk "MB tak percaya PAS" mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang Datuk Dr Hasan Ali kerana sudah tidak mempercayai parti Islam itu untuk memegang urusan pentadbiran negeri itu.
Jelas sekali semua langkah yang diambil oleh PR tidak betul. Kalau Dr Yunus dilantik memegang Exco Agama mungkin beliau dikatakan tidak layak kerana bukan berpendidikan agama dan tidak setaraf dengan Dr Hassan Ali. Bila Tan Sri Khalid dilantik menggantikan Hassan menjadi Exco Agama mereka mengatakan PAS diketepikan dari jawatan yang sepatutnya dipegang Exco PAS iaitu Portfolio Agama. Memang inilah kerja mereka memporak perandakan perpaduan kerajaan Selangor dan merendah-rendahkan kemampuannya di mata rakyat.
Kita yakin walau sesiapa pun dilantik semuanya tidak layak. Hanya Umno/BN sahaja yang layak dan hebat. Sebab Umno sanggup mengambil duit zakat bagi digunakan untuk buat apa sahaja hatta tidak termasuk dalam asnaf yang layak terima zakat. Kalau orang songlap duit zakat, duit masjid dan surau orang itu layak .......Umno sanggup buat apa sahaja hatta songlap duit zakat dan masjid .........

Tan Sri mempunyai sebab tersendiri untuk memegang portfolio agama yang memang panas dengan isu JAIS, MAIS dan sebagainya.Ia juga memerlukan seseorang yang tegas, dihormati dan berpengalaman. Tidak sekadar hanya pandai bercakap tetapi mestilah berdisiplin dan berani membawa aspirasi Islam.
Apa hak Utusan untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sebagai sebuah media, kalau hendak mencacai pun mencacailah dengan telus, professional dan amanah. Jangan memfitnah, menipu, membohong dan sebagainya.

PAS MEMANG 'PAK TURUT'

Tuduhan bekas Naib Presiden PAS, Dr Hassan Ali bahawa PAS adalah 'PAS Turut' memang benar belaka tidak ada yang benar melainkan benar belaka. PAS memang istiqamah menjadi 'Pak Turut' dari dahulu, kini dan selamanya.

PAS menjadi 'Pak Turut' kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup dan mendaulatkan Islam dalam segenap kehidupan. PAS tidak sanggup untuk tidak menjadi 'Pak Turut' untuk semua urusan yang diwajibkan Islam dan ditegah Islam.

Sebab itu apa yang diperkatakan oleh Hassan Ali itu memang benar kerana selagi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh sesiapa sahaja tidak bercanggah dengan Islam maka ia wajib dituruti.

Tetapi PAS disanggup untuk jadi 'Pak Turut' dalam menjalankan kerja-kerja menindas rakyat, menzalimi rakyat, menolak hukum Allah, menjalankan kerja-kerja maksiat, rasuah, menyalahgunakan kuasa, mengumpulkan kekayaan dengan jalan tidak betul, kronisme, pemborosan, perjuangan bangsa, membakar api perkauman dan sebagainya.

19 January 2012

ISYTIHAR HARTA: NAZRI MEMBODOHKAN DIRINYA SENDIRI

NONE
Menteri yang menjaga undang-undang pula cuba memperbodohkan rakyat yang tidak bodoh. Tindakan beliau itu sebenarnya hanyalah membodohkan dirinya sendiri.

Amalan mengisytiharkan harta ini sudah lama dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara luar bagi menmbuktikan mereka bersih.

Tiba-tiba menteri Haji Najib ini mengeluarkan kenyataan dangkal untuk menunjukkan dirinya dan bossnya tidak cerdik. Rakyat akan memperbodohkan menteri ini kerana kenyataan bodohnya.


Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dipetik dari Malaysiakini hari ini.

Apakah Nazri tidak sedar rakyat hari ini sudah cerdik dan tidak bodoh seperti zaman batu. Rakyat hari ini sudah celik IT dan banyak ilmu. Janganlah Nazri cuba membodoh-bodohkan kita semua.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.


Kita semua tahu menteri-menteri dan pemimpin BN sebenarnya takut untuk mengisytiharkan harta masing-masing kerana takut timbunan harta mereka diketahui rakyat. Bila rakyat tahu harta mereka tidak sepadan dengan pendapatan mereka sudah tentu rakyat sedar bahawa pemimpin-pemimpin ini tidak lain hanyalah ingin mengumpulkan kekayaan.

Jangan bodohkan diri sendiri, walaupun niat kamu hendak membodohkan orang lain.

PENYAMUN ISYTIHAR HARTA PADA KETUA PENYAMUN

Ini cerita penyamun sama penyamun. Maka berkatalah Ketua Penyamun kepada sekelian Penyamun.

"Aku mahu tahu harta  engkau orang semua, takut harta engkau orang lebih banyak dari harta aku".

"Aku bimbang engkau kebas barang yang kita samun tanpa aku tahu, ini tak boleh jadi. Sepatutnya kepala penyamun mesti mempunyai harta yang lebih banyak dari penyamun" kata Kepala Penyamun.

Cerita ini hendak dikaitkan dengan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan bahawa beliau dan Exco Kerajaan Negeri telahpun mengisytiharkan harta-harta masing.

Menteri Besar isytihar harta pada Perdana Menteri dan Exco-exconya isytihar harta pada Mohd Hassan sendiri. Kalau setakat isytihar harta sesama sendiri baik tak payah. Rakyat tidak tahupun berapa harta yang mereka punyai. Jadi objektif isytihar harta tak kesampaian. Sudah Perdana Menteri dan Mohd Hassan akan melindungi orang bawahannya. Adakah kita yakin, Perdana Menteri dan Mohd Hassan akan melaporkan kepada SPRM mana-mana Exco dan dirinya sendiri yang punya harta lebih dari sepatutnya. Sudah tentu tidak.

Tidak perlu Mohd Hassan hendak memperbodohkan rakyat Negeri Sembilan yang tidak bodoh.

Mohd dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa PR Negeri Sembilan dalam manifestonya meniru apa yang telah dilaksanakan oleh BN termasuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Menteri Besar Negeri Sembilan cuba mengelirukan rakyat kononnya pemimpin BN juga mengisytiharkan harta. Sedangkan mereka hanya isytiharkan harta pada pemimpin BN bukan kepada umum. Berbeza dengan manifesto PR di mana pengiytiharan harta itu dibuat kepada umum supaya rakyat dapat menilai adakah harta mereka itu munasabah dengan pendapatan dan kemampuan masing-masing. Jika harta mereka jauh dari yang sepatutnya maka, maka bolehlah SPRM membuat siasatan.

Umno DAPAT 'askar' BARU?


Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan Datuk Dr Hasan Ali agar “muhasabah diri” tentang pemecatannya dan bukan menyalahkan orang lain sehingga sanggup mendakwa wujud “parasit” dalam parti Islam itu.
Sayap pemuda parti itu juga menasihatkan Hasan agar memohon maaf kepada kepimpinan PAS dan jangan sesekali menggadai maruah diri dan menjadi kuda tunggangan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Janganlah disebabkan oleh kehilangan jawatan dan kuasa menyebabkan maruah diri sanggup digadaikan dan diperkudakan oleh Umno-BN,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan.
Beliau berkata Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS negeri sepatutnya menerima keputusan pemecatannya dengan hati terbuka.
“Sekiranya wujud parasit dalam PAS seperti yang disebut (Hasan), maka sewajarnya beliau membuat laporan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk diambil tindakan susulan dan bukannya menjaja di dada-dada akhbar semata-mata untuk mengharapkan simpati.
“Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tinggi di dalam PAS dan berpengalaman sebagai seorang ahli motivasi, Datuk Hasan sepatutnya berjiwa besar untuk menerima teguran dan keputusan parti serta mengikut prosedur parti untuk merayu keputusan pemecatan beliau,” katanya yang blog ini petik dari Malaysiainsider
Bagaimanapun Mohd Sany menambah: “Tetapi beliau (Hasan) telah menunjukkan belang sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh dikawal oleh peraturan parti.”
Semalam Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan “parasit” dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Kita percaya Hassan akan terus mendapat keistimewaan untuk keluar dalam TV dan media pencacai Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan PR. Beliau menjadi Kuda Tunggangan Umno yang baru. Peranan beliau ini hanya sementara sahaja. Habis madu sepah dibuang seperti juga bekas-bekas pimpinan PAS terdahulu yang pada awalnya diarak ke sana ke mari selepas itu sunyi sepi tanpa berita.

18 January 2012

MAKSIAT DIGALAKKAN, ILMU DIHALANG

Maksiat diluluskan, tetapi majlis ilmu diharamkan.

Inilah dunia sekarang. Sudah terbalik. Manusia tidak dapat menilai yang mana baik yang mana buruk.

Mana-mana yang berkata benar menegakkan yang hak dihalang. Mereka tidak mahu mendengar pandangan dan nasihat pihak yang ingin memberi nasihat.

Lebih malang lagi, mereka tidak membenarkan rakyat menimba sedikit ilmu ataupun mendengar kuliah ilmu kerana mereka takut rakyat faham Islam dan tidak menyokong mereka. Pada masa yang sama mereka mengalakkan program maksiat dan tidak menghalangnya kerana mereka tahu orang yang pergi ke program maksiat tidak akan menentang mereka dan menyokong mereka. Biarlah rakyat terus sesat dan khayal dengan hedonisme asalkan mereka menyokong MEREKA. SIAPAKAH MEREKA?????

BR1M: Muhyiddin cuba perbodohkan rakyat yang TIDAK BODOH

Maka berkatalah Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteriitu  berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Haji Najib Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.


Sekali lagi Muhyiddin hendak memperbodohkan rakyat Malaysia yang tidak bodoh. Cuba tuan-puan lihat surat yang dipaparkan ini. Adakah bukan bertujuan untuk meraih undi rakyat. Tak perlulah Muhyiddin menafikan semua itu, rakyat bukan bodoh seperti yang disangka oleh Tukang memperbodohkan orang iaitu pemimpin Umno.

Haji Najib tubuh INSTITUT WASATIYAHALMONGGOLI

Perdana Menteri Tuan Haji Najib berkata sebuah institut baru akan ditubuhkan sebagai inisiatif terbaru kerajaan mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.


Institut itu dinamakan Institut Wasatiyah. Hebat Haji Najib nampaknya, selepas ini akan ramai orang-orang kampung yang termakan dan tertelan umpan istilah-istilah Arab seperti ini yang dilihat seolah-olah mahu kepada Islam. Tetapi hakikatnya institut sebegini hanyalah untuk membuatkan rakyat semakin keliru kepada Islam. Kalau Pak Lah mengelirukan umat Islam dengan Hadharinya, Tuan Haji menggunakan istilah Wasatiyah. Nanti akan ada penemuan-penemuan baru bagi mengelirukan rakyat. Antaranya mungkin hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana tidak kondusif, Bahaya Ekstrisme Agama, Jangan hampiri Islam Pluralisme, Jangan Sokong Pemimpin Homoseksual dan sebagainya.


Siapalah agaknya yang 'bertuah; dipilih mengepalai Institut ini. Kepada pengampu-pengampu Haji Najib cepatlah tonjolkan diri supaya dipilih. Sebelum ampu Najib, ampulah Jamil Khir dahulu. Lulus dengan Jamil Khir maka mungkin akan dipilih oleh Tuan Haji Najib.


Ada kengkawan yang mencadangkan Najib menamakan Istitut itu sebagai Institut Wasatiyahalmonggoli. Kata mereka nama itu lebih sedap dan sesuai.


Institut ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selain itu Haji Najib juga turut mengumumkan penubuhan Kursi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.

Presiden Umno itu juga berkata penubuhan Institut Wasatiyah itu nanti akan berperanan memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang serta keadilan sosial.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di Kuala Lumpur 2 hari lalu yang dihadiri oleh kira-kira 300 delegasi dari dalam dan luar negara.

Utusan 'sedekah' duit pada Anwar?

Akhbar pencacai Umno, Utusan memang sebuah akhbar yang 'pemurah' sebab itu ia suka menabur fitnah. Bila orang yang difitnah saman dan Utusan kalah, akhbar pencacai ini terpaksa membayar sejumlah wang kepada orang yang difitnah. Hebat sekali Utusan memang pemurah.


Ketua Pengarang, Editor dan sesiapa yang terlibat dengan fitnah ini sememangnya tidak takut kepada dosa memfitnah yang besarnya lebih hebat dari membunuh. Bayangkan selagi fitnah itu terlekat pada pemikiran pembaca dan pembaca memanjangnya fitnah itu kepada orang lain, maka rantaian dosa itu terpaksa ditanggung ...........masya Allah. Macamana nak minta maaf tu????


Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.

Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut."

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara."

Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja."

Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Tahniah Dr Yunos, Exco baru Selangor

Tahniah buat Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunos Khairi yang dilantik sebagai Exco baru kerajaan Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS minggu lalu.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.

Perlantikan Dr Yunos menamatkan spekulasi siapa pengganti Hassan Ali. Ramai yang menjangkakan bahawa Dr Rani akan dilantik menjadi Exco tetapi sebaliknya PAS menamakan Dr Yunos.

RM10 bilion untuk Rakyat, RM40 bilion untuk kroni.

Timbalan Perdana NFC Muhyiddin Yassin berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM300 juta setahun untuk subsidi gula manakala kira-kira RM10 bilion setahun pula untuk subsidi diesel dan petrol serta banyak lagi subsidi lain dibayar kerajaan bagi memastikan beban harian rakyat dikurangkan.

"Kalau syarikat-syarikat minyak ini mengenakan harga minyak diesel dan petrol mengikut harga pasaran, RM10 bilion ini mesti keluar daripada poket kita (rakyat). Tetapi tuan-tuan tahu tak, siapa bayar RM10 bilion ini? Kerajaan yang bayar.

"Tak baikkah kerajaan BN?" soal Muhyiddin sambil disambut gemuruh "baik" oleh masyarakat yang membanjiri setiap sudut Dewan Masyarakat Tawau." katanya.

Ini jawapan kepada pertanyaan Muhyiddin itu. Memang kerajaan BN baik. Buktinya kepada rakyat mereka beri RM10bilion untuk subsidi diesel dan petrol TETAPI kepada KRONI iaitu Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) untuk menjana elektrik mereka beri RM40bilion. Manakala wang yang tiris akibat RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA dan KETIDAKCEKAPAN MENTADBIR lesap sebanyak RM20bilion. Baik sungguh kerajaan MUhyiddin NFC ini.

17 January 2012

Caj RM2 satu bilik : Kerajaan Negeri Melaka mengemis?


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Melaka, Aizat Baharuddin berkata pemansuhan caj warisan 5% oleh kerajaan Melaka dan di gantikan pula dengan caj bayaran RM2 satu bilik untuk satu malam merupakan suatu tindakan bagaikan pengemis.

"Langkah itu bagaikan memerah duit rakyat setelah membeli 1.76juta Kincir Angin berkebolehan 'tidak berpusing', RM8 juta Eye on Malaysia yang lesap tinggal tapak kerana hutang, monorel 15juta yang mampu bergerak sambil 'berhenti-henti' akibat kerosakan, Kapal Selam RM12.6 juta yang mampu terapung di atas tanah...dan lain-lain"

"Mungkin Melaka sudah tidak ada duit maka terpaksalah caj ini dikenakan"ujar Aizat.

Sementara itu Blog Pemudabukitkatil pula menyatakan bahawa Ketua Menteri Melaka boleh diibarat seperti pengemis yang melukut ditepi gantang dengan mengenakan caj RM2 walaupun telah memansuhkan cukai warisan sebanyak 5% yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2011 yang lalu namun cukai tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha hotel.

Tindakan mengenakan cukai sebanyak 5% itu membebankan kepada mereka yang menginap. Jika Melaka benar-benar negeri maju, mengapa perlu ada caj warisan? Kerajaan Melaka selalu membuat perbandingan dengan Kerajaan Kelanatan namun kerajaan Kelantan tidak pula mengenakan caj warisan seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa Kelantan negeri yang mundur.

Peliknya negeri maju ada caj warisan. Adakah caj tersebut semat-mata untuk menampung hutang kerajaan Melaka yang kian menggunung atau untuk diisi dalam kocek pemimpim dari parti yang memerintah? Jika benar-benar maju, tidak perlu adakan caj warisan atau kutipan RM2 ini. Ia mencerminkan kerajaan pimpinan Ali Rustam makin kekurangan duit.

Mohd Ali berkata, pengusaha perlu menjelaskan caj tersebut setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). 

Beliau berkata, satu Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan akan ditubuhkan bagi melicinkan proses pelaksanaan caj berkenaan.

Satu kenyataan Ketua Menteri yang tidak konsisten dan seperti lidah biawak adalah tindakan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan sedangkan beliau sendiri yang menghapuskan caj warisan dan mengapa perlu diwujudkan jawatankauasa pelaksaan ini. Ini membuktikan mereka tetap akan laksanakan tapi dengan cara lain.

Ia seperti istilah menginap pada pandangan Ketua Menteri Melaka, "Kami tidak akan menginap dihotel tetapi akan menginap di rumah". Ini bermaksud walaupun tidak menginap dihotel ia tetap menginap dirumah. Tetapi pada masa yang sama akan cuba masuk hotel walau tidak menginap. Inilah cakap-cakap pemimpin yang tidak bertamadun

SIAPA TAK SETUJU JANJI 100 HARI PR MEMANG 'CERDIK'?

Siapa yang tidak setuju dan tidak suka dengan janji PR ini memang tidak cerdik dan tidak siuman.

Apa yang mereka kita pun tak tahu. Orang yang waras akan menyokong PR kerana komitmen PR untuk melaksanakan 10 janji mereka selepas 100 hari memerintah Malaysia.

BN selepas 54 tahun memerintah pun gagal melaksanakan apa yang dijanjikan oleh PR ini.

BERSIH 3.0 JADI KENYATAAN, PAK SAMAD JADI KETUANYA?

Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.

Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

“Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain,” katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak.

Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan “rancangan utama” Bersih.

“Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.



Blog ini yakin jika Pak Samad dilantik menjadi Ketua Bersama akan lebih ramai rakyat yang akan bersama dengan Bersih 3.0. Majoriti rakyat Malaysia akan bersama Bersih 3.0 menuntut reformasi terhadap sistem pilihanraya negara kita yang masih belum telus dan professional.

SIAPA TAK MAHU HARGA MINYAK DAN TARIF ELEKTRIK TURUN?

Siapa tidak mahu harga minyak dan tarif elektrik turun? Orang itu mungkin tidak waras. Siapa yang tidak waras? Orang yang tidak mahu harga minyak dan tarif elektrik turun?

Hakikatnya siapa yang tidak mahu harga minyak dan tarif elektrik TURUN? Mereka ialah rakyat akan MENGUNDI BN. Rakyat yang MENGUNDI PR, jika PR menang, harga minyak dan tarif elektrik akan diTURUNKAN.

Orang yang tidak suka harga MINYAK DAN ELEKTRIK turun memang tidak cerdik. Mereka menjebik bibir menyatakan itu semua karut dan PEMBOHONG. Menurut mereka negara akan BANGKRAP kalau harga minyak dan elektrik dikurangkan atau diturunkan. Mereka tidak sedar sekarang pun hutan negara kian meningkat.

Macamana PR boleh turunkan harga minyak dan elektrik???? Pemimpin BN tidak boleh fikir. Mereka hanya fikir apa projek hendak dilaksanakan kerana dengan projek tersebut mereka dapat untung, dapat komisen, dapat habuan.


Dari mana PR hendak dapatkan duit untuk beri subsidi bagi mengurangkan harga minyak dan elektrik?

  • Memastikan tiada KETIRISAN wang negara sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara setiap tahun kira-kira RM20bilion akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan mentadbir.
  • Menghentikan subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) - kroni BN sebanyak RM40bilion setahun.
  • Pentadbiran yang bersih dan TIDAK BOROS mampu menyelamatkan wang rakyat dari dibazirkan seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang.
Logik atau tidak perkara di atas. Hanya orang yang tidak mahu minyak dan tarif elektrik turun sahaja yang menyatakan ianya tidak logik.

Pemimpin kerajaan negeri-negeri PR sudah membuktikan bagaimana mereka berjaya mentadbir kewangan negeri masing-masing dengan baik. Buktinya :-

1) Tidak ada seorangpun pemimpin kerajaan negeri PR dan adun mereka disabitkan dengan rasuah semenjak mereka mentadbir - Kelantan (lebih 21 tahun). Selangor, Pulau Pinang dan Kedah (lebih 3 tahun) dan Perak (dibawah pentadbiran PR selama 8 bulan).

2) Kerajaan negeri-negeri PR telah dipuji oleh Ketua Audit Negara kerana kecekapan dan ketelusan mereka menguruskan kewangan negeri masing-masing. Selangor berjaya membayar semua hutangnya kepada kerajaan pusat. Pulau Pinang, Kedan dan Kelantan berjaya membayar hutang mereka kepada pusat mengikut jadual. Selangor mempunyai rezab kewangan lebih dari RM1bilion. 

3) Program-program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan negeri-negeri PR terbukti amat berjaya walaupun di Kelantan dan Kedah hasil negeri terhad. Tetapi oleh kerana pentadbiran mereka tidak boros maka mereka berjaya menjalankan program kebajikan untuk rakyat.

BR1M RM500 : Berbaloikan pemberian 28 sen SEHARI dengan KESENGSARAAN RAKYAT

Kerajaan 1Malaysia melaung-laungkan betapa pemurahnya mereka apabila memberikan bantaun one-off sebanyak RM500 Ahad lalu. Mereka tidak sedar bahawa rakyat hari ini sudah cerdik dan mempunyai pemikiran yang terbuka dan ke depan. Walaupun mereka berduyun-duyun datang menerima duit tersebut mereka sebenarnya sedar bahawa itu adalah hak mereka bukan hak BN. Duit itu bukan duit BN tetapi duit rakyat hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat dan hasil negara.

Pemimpin BN jangan pula merasakan itu duit mereka. Rakyat tahun 60-an dan 70-an boleh ditipu tetapi bukan rakyat di era sekarang.

Jika kita buat pengiraan kita dapati RM500 ini diberi dalam 5 tahun sekali (inipun baru kali pertama). Maknanya RM100 setahun (365 hari). Atau sehari hanya 28 sen. Cukupkah perbelanjaan 28 sen sehari. Berbaloikan 28 sen sehari dengan harga barangan semakin meningkat, harga minyak tidak turun-turun dan sebagainya.

Berbaloikah 28 sen jika satu hari kita makan nasi, beli minyak kenderaan, guna air, elektrik dan sebagainya.  Berbaloikah 28 sen dengan perbelanjaan kita membeli ikan dan sayur, bayar tambang bas sekolah anak, bayar buku dan pelbagai yuran di awal tahun persekolahan dan segala macam bayaran yang terpaksa ditanggung oleh semua rakyat. Setahun sekali pula terpaksa bayar road tax kereta dan motorsikal padahal di negara-negara lain road tax yang hanya dibayar sekali bagi sebuah kenderaan.

Adalah lebih baik kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat pada jangka panjang antaranya menurunkan bil air, tarif elektrik, menurunkan harga minyak, menurunkan cukai yang tidak munasabah, mengkaji kadar tol dan sebagainya. Itu adalah lebih bermakna dari memberi sebanyak 28 sen sehari untuk 5 tahun sekali.

16 January 2012

HENDAK TAHU SIAPA 'PARASIT' dalam PAS, Baca di bawah?

Bekas Naib Presiden PAS yang dipecat, Hassan Ali menyatakan bahawa beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan siapa 'parasit' di dalam PAS. Siapa 'parasit' itu? Ternyata Hassan tidak dapat menerima pemecatan yang dikenakan kepadanya atas kesalahan dirinya sendiri yang tidak berdisiplin dan tidak menerima keputusan jemaah.

Dalam PAS memang semuanya 'parasit' iaitu 'parasit' kepada Umno. Itulah sifat pemimpin dan ahli PAS iaitu akan berusaha untuk menumbangkan Umno/BN pada PRU 13 nanti.

Mungkin Hassan Ali cuba memporakperandakan PAS dengan mengungkit perkara lama dengan iaitu pertelingkahan dan perselisihan yang pernah berlaku dalam PAS dan gerakan Islam di kampus pada era 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an.

Beliau cuba untuk 'membongkar' semula cerita tentang kumpulan IRC, JIM, Abim dan sebagainya. Hassan mula menuduh ujudnya kumpulan 'Anwarisme' dan menyatakan bahawa kumpulan 'Anwar' ini cuba meng'Anwar'kan PAS.

Semua ahli PAS tahu asal usul pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Kebanyakan mereka memang berasal dari kumpulan tertentu sebelum menyertai PAS. Tetapi bila mereka menyertai PAS, mereka ditarbiah menjadi ahli PAS dan tidak lagi memberikan wala' kepada kumpulan lama mereka. Jadi tidak perlulah Hassan Ali mengungkit cerita lama ini kerana ianya sudah selesai puluhan tahun dahulu.

Ahli PAS tahu siapa yang berasal dari Abim, JIM, IRC hatta Umno. Tetapi isu ini tidak berbangkit lagi. Ahli dan pemimpin PAS sudah matang. Tidak perlulah Hassan Ali hendak mengungkit cerita ini.

Semua keputusan dibuat secara syuro dan berjemaah. Malah Majlis Syura Ulama' menjadi badan tertinggi bagi menentukan hala tuju parti.

Parasit di dalam PAS ialah mereka yang tidak menerima keputusan jemaah, mereka yang membuat keputusan sendiri, mereka yang ada kepentingan diri, mereka yang mengeluarkan kenyataan secara terbuka, mereka yang tidak mahu berbincang dalam mesyuarat tetapi lebih suka membuat kenyataan media. Mereka inilah 'parasit' yang sebenar. Parasit ialah ahli parti yang ego, besar kepala dan merasakan diri mereka hebat dan pandai, lebih pandai dari jemaah, kepimpinan jemaah dan majlis syura.

Parasit seperti mesti dibunuh dari parti, mesti dibuang dari parti dan mesti dicantas dari parti. Kalau hendak tahu siapa parasit yang sebenar orang itu ialah AHLI PARTI YANG DIPECAT DARI PARTI. ORANG ITULAH PARASIT YANG TULEN YANG MEMBAHAYAKAN PARTI. Kini PARASIT itu telah dibuang dari parti yang sedang terlolong-lolong keseorangan mencari belas ihsan dan simpati.

RAMAI AHLI PAS KELUAR PARTI KERANA ISU HASSAN ALI?

Benarkah ramai ahli PAS akan meninggalkan parti itu atas alasan tidak bersetuju dengan pemecatan bekas Naib Presiden PAS, Dr Hassan Ali.?

Bermula dengan 'lakonan' di Gombak dengan kira-kira 100 orang 'PAS' keluar parti semalam, kita menjangkakan selepas episod-episod menipu rakyat ini akan lebih hebat di seluruh negara. Maka ramailah 'penyangak-penyangak' politik akan mengaku menjadi ahli PAS dan berebut-rebut untuk mendapat sedikit upah dari lakonan tersebut.

Maka akan ujudlah istilah-istilah yang tidak pernah ujud dalam seperti Ketua Zon, Ketua Ranting, Ketua Bahagian, Pengerusi Dun, Pengerusi Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan macam-macam lagi. Dari istilah-istilah itu jelaslah kepada kita bahawa ianya hanyalah lakonan dan penipuan kerana jawatan-jawtana yang disebutkan itu sendiri tiada dalam organisasi PAS Negeri, Kawasan, Cawangan dan lain-lain.

Blog ini yakin apabila Hassan Ali memulakan road shoad untuk menghentam PAS tidak lama lagi maka ramai-ramai pelakon-pelakon 'ad hoc' ujud. Skrip dan taktik lama ini sudah menjadi tradisi bagi Umno.

Pemimpin PAS dan ahli-ahlinya sudah biasa dengan taktik lawak ini. Mereka tidak sedikit risau kerana jumlah mereka yang menyertai PAS setiap bukan ratusan malah kadang-kadang mencecah ribuan dalam masa sebulan sehingga PAS terpaksa meminda proses pemprosesan keahlian supaya lebih cekap, pantas dan effisien.

BR1M : Hanya 27 sen SEHARI, 5 tahun RM500

Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai semalam.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Februari ini.


Sebagai rakyat, kita mesti mengambil bantuan tersebut ia adalah hak kita sebagai pemvayar cukai walaupun kita tahu bantuan hanya 5 tahun sekali itupun menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Jika tidak ada pembangkang yang kuat dan kesungguhan kerajaan negeri-negeri PR menjalankan program kebajikan belum tentu BR1M ini ujud.


Jika dihitung dengan teliti sebenarnya bantuan ini hanya berjumlah 27 sen sehari. Formulanya seperti di bawah :-


RM500 dalam masa 5 tahun (1825 hari).
1 hari = 500/1825 
         = RM0.27 ( 27 sen)


Apalah yang boleh dibuat dengan 27 sen sehari sedangkan kita membelanjakan puluhan ringgi malah ratusan ringgit sehari. Apakah yang boleh kita buat dengan bantuan 27 sen sehari di saat harga barangan melambung tinggi sekarang.


Sebenarnya apa yang rakyat mahukan :-

  1. Ketegasan dan komitmen kerajaan untuk menurunkan harga barangan dengan apa juga langkah supaya rakyat tidak terbeban. 
  2. Ketegasan dan komitmen kerajaan untuk menurunkan harga minyak bagi memastikan kos pengeluaran dan pengangkutan menurun dan dengan itu harga barangan boleh diturunkan dan dikawal.
  3. Menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan bagi membantu rakyat termiskin meneruskan kehidupan mereka
  4. Ketegasan dan komitmen kerajaan berkongsi wang negara dengan rakyat melalui program merakyatkan ekonomi negara seperti langkah yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor

4 jam DIEKORI PAK BELANG, HANYA ALLAH TEMPAT BERSERAH

Alhamdulillah dan syukur, mungkin itulah perkataan yang dapat diucapkan oleh anak beranak di Perak yang diekori seekor harimau yang seolah-olah ingin menjadikan mereka hidangan sarapan pagi. Mana tidaknya Pak Belang tersebut mengekori 2 beranak tersebut sehingga 4 jam. Apa motifnya mungkin Pak Belang itu yang tahu. 
Dua beranak, Rohani Osman, 50, dan Mastura Kamaruddin, 16, berdepan detik mencemaskan apabila terserempak dan diekori seekor harimau belang ketika keluar menoreh getah di kawasan Padang Ragut, Kampung Changkat Jambu di sini, semalam.

Bagaimanapun, pak belang yang mengekori mereka selama kira-kira empat jam sehingga ke dalam hutan itu, ditembak mati anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang menyertai operasi menyelamat dua beranak itu.

Rohani berkata, dia ditemani anaknya tiba di kebun getah pada jam 8 pagi dan ketika mula menoreh pokok pertama, dia terkejut apabila ternampak seekor harimau sedang memerhatikan mereka hanya dalam jarak tujuh meter sahaja.

Menurutnya, kerana terlalu takut, dia dan anaknya cuba menjauhi harimau berkenaan, tetapi diekori sehinggalah tiba di puncak bukit.

“Saya ditemani anak menunggang motosikal dari rumah di kampung Chuar Hilir dan memang rutin harian saya bersama suami menoreh getah di kebun berhampiran kawasan Padang Ragut.

“Ketika mula menoreh pokok pertama, saya ternampak seekor harimau dengan ketinggian sehingga paras pinggang berada tidak jauh dari lokasi kami menoreh.

“Saya memberitahu anak saya dan kami mula bergerak secara berundur dan menyorok di sebalik pokok, tetapi harimau itu tetap tidak mahu berganjak.

“Setiap kali kami bergerak, harimau itu akan turut bergerak dan memerhatikan kami dan kadangkala saya membaling apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan termasuk ranting kayu serta batu.

“Kami melarikan diri sehinggalah tiada tempat lagi untuk dituju dan berasa sangat penat kerana sudah berjalan beberapa jam tanpa henti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Katanya, mereka bernasib baik kerana anaknya membawa telefon bimbit dan sempat menelefon salah seorang anak saudara untuk meminta bantuan.
“Nasib baik harimau itu tidak menerkam, walaupun berada dalam jarak dekat dan kami berasa sangat takut melihat mulutnya sentiasa ternganga memandang ke arah kami.
“Kami sudah lari terlalu jauh dan sudah tidak tahu di mana kami berada sehinggalah tiba di puncak bukit.
“Kami lega apabila harimau itu akhirnya ditembak mati dan kami diselamatkan orang kampung serta pasukan penyelamat,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.
Manakala, Mastura berkata, pada awalnya dia tidak mahu menemani ibunya pergi menoreh getah tetapi memandangkan bapanya tidak sihat dia terpaksa akur.

“Sebelum ini saya memang tidak pernah menemani ibu menoreh getah tetapi hari ini (semalam) ibu memujuk untuk menemaninya kerana bapa tidak sihat dan memandangkan hari cuti sekolah saya mengikutinya.

“Memang tidak sangka kejadian menakutkan ini akan berlaku dan sebelum ini hanya mendengar cerita mengenai ada harimau di kawasan ini tetapi orang kampung tidak pernah terserempak.

“Kali ini kami sendiri melihat harimau dari jarak dekat, bahkan diekori binatang liar ini dan keadaan itu amat mencemaskan,” katanya.
Sumber : SH

Ong Tee Keat sertai PKR?

Mungkin satu lagi kejutan akan berlaku menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Seorang lagi bekas pemimpin MCA akan menyertai PKR selepas Chua Jui Meng dan beberapa yang lain. Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat besar kemungkinan akan menyertai Parti komponen PR andai beliaiu disingkirkan dari menjadi calon BN di Parlimen Pandan.

Ong awal-awal menyatakan akan mempertahankan kerusi Pandan walaupun MCA membuang beliau. Maknanya beliau akan bertanding mewakili parti lain atau mungkin menjadi calon Bebas.

Memang tidak janggal jika Tee Keat menyertai mana-mana parti PR kerana beliau memamg seorang yang berkarisma dan berpengalaman dalam politik sejak dari alam kampus lagi.

Bekas Menteri Pengangkutan ini enggan berterus terang tentang langkah politik beliau seterusnya dan berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.

"Saya akan jelaskan perkara itu apabila sampai masanya. Untuk sementara waktu ni, saya memberi tumpuan terhadap tugas saya sebagai ahli parlimen, membantu orang di kawasan berkenaan," katanya dipetik dari Malaysiakini.

15 January 2012

Dr RANi GANTI EXCO BARU SELANGOR?


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membuat keputusan hari ini calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Calon favourite sudah tentu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang juga merupakan Adun Meru. Calon lain yang mungkin dipilih ialah Adun Bangi, Dr Shafei Abu Bakar dan Adun Sijangkang, Dr Mohd Yunos Khairi.
Sumber terdekat membayangkan Dr Rani dipilih berdasarkan kedudukan beliau dalam parti dan juga pengetahuan beliau dalam bidang agama walaupun beliau seorang doktor perubatan. Beliau mampu dan sering menyampaikan tazkirah dan khutbah di masjid-masjid dan surau-surau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor esok.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Semalam, Dewan Harian PAS Pusat bermesyuarat di Alor Setar. Antara topik yang dibincangkan adalah pengganti Hasan Ali.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam tadi Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Media hari ini menyiarkan keputusan Hasan itu.

Sebelum ini, beberapa pimpinan utama PAS meminta Hasan merayu termasuk Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Pada 13 Januari lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan Hasan digugurkan daripada menjadi exco kerajaan negeri ekoran dipecat daripada PAS.

SAH HASSAN ALI TAK BUAT RAYUAN?


Media hari ini melaporkan bahawa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.
Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.
“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.
Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.
Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.
“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.
“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” katanya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.
“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.
Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu.
Bagi blog ini memang sewajarnya seorang ahli yang tidak mahu tunduk kepada dasar parti dan sering membuat kritikan terbuka kepada parti memang elok keluar dari parti dan berjuang dalam medium yang lain. Hassan Ali sejak kebelakangan ini seringkali mengkritik secara terbuka PAS dan ini tidak sepatutnya berlaku kerana beliau boleh mengemukakannya di dalam mesyuarat PAS Pusat. Beliau sebelum dipecat adalah AJK PAS Pusat yang dipilih dalam muktamar tahun lepas
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter