Najib TURUN PADANG, MENGAPA TAK PERGI PADANG BALANG DAN SENTUL?

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan memulakan kunjungan ke kawasan Parlimen Wangsa Maju.
Tinjauan pertamanya Perdana Menteri ialah ke Pasar Basah Teratai, Wangsa Maju.
Ketibaan beliau pada 9.20 pagi disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan   timbalan menteri Datuk M. Saravanan.
Walaupun hujan renyai, pengunjung pasar itu terutama kaum Cina yang sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin ini, turut berbaris menyambut ketibaan Perdana Menteri, serta mengambil peluang untuk bersalaman dengan beliau.
Antara atur cara lain Najib ialah melawat Kampung Puah Lembah di Jalan Gombak yang merupakan sebuah perkampungan tradisi yang masih mengekalkan cara hidup, budaya dan adat masyarakat Melayu, di tengah-tengah arus pembangunan kota raya.
Perdana Menteri juga dijadual melawat Sekolah Menengah (C) Chung Hwa, berdekatan dengan kampung itu, sebelum ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk bersama penduduk di situ bersolat Jumaat di Masjid Az-Zubair.
Selepas itu, beliau akan menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat di Padang Bola Sepak Sri Johor, Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan program lawatannya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci di Lembah Pantai  pada petang.
Mengapa Najib tidak turun ke Padang Balang dan Sentul bertanya khabar warga di sana. Pengerusi PPPKM Wilayah Persekutuan Datuk Bahrim A Razak tentu sedang menunggu beliau. Sepatutnya Najib berani berdepan dengan Bahrim dan 'geng'nya bagi membincangkan masalah pengambilan tanah di kawasan tersebut yang akan mengorbankan pemilikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur.

Rakyat di kawasan tersebut amat berharap untuk bertemu Najib pemimpin yang sentriasa mendahulu dan mengutamakan rakyat. Mereka harap Najib dapat membantu mereka menyelamatkan tanahair dan rumah mereka.

Comments