Haji Najib tubuh INSTITUT WASATIYAHALMONGGOLI

Perdana Menteri Tuan Haji Najib berkata sebuah institut baru akan ditubuhkan sebagai inisiatif terbaru kerajaan mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.


Institut itu dinamakan Institut Wasatiyah. Hebat Haji Najib nampaknya, selepas ini akan ramai orang-orang kampung yang termakan dan tertelan umpan istilah-istilah Arab seperti ini yang dilihat seolah-olah mahu kepada Islam. Tetapi hakikatnya institut sebegini hanyalah untuk membuatkan rakyat semakin keliru kepada Islam. Kalau Pak Lah mengelirukan umat Islam dengan Hadharinya, Tuan Haji menggunakan istilah Wasatiyah. Nanti akan ada penemuan-penemuan baru bagi mengelirukan rakyat. Antaranya mungkin hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana tidak kondusif, Bahaya Ekstrisme Agama, Jangan hampiri Islam Pluralisme, Jangan Sokong Pemimpin Homoseksual dan sebagainya.


Siapalah agaknya yang 'bertuah; dipilih mengepalai Institut ini. Kepada pengampu-pengampu Haji Najib cepatlah tonjolkan diri supaya dipilih. Sebelum ampu Najib, ampulah Jamil Khir dahulu. Lulus dengan Jamil Khir maka mungkin akan dipilih oleh Tuan Haji Najib.


Ada kengkawan yang mencadangkan Najib menamakan Istitut itu sebagai Institut Wasatiyahalmonggoli. Kata mereka nama itu lebih sedap dan sesuai.


Institut ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selain itu Haji Najib juga turut mengumumkan penubuhan Kursi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.

Presiden Umno itu juga berkata penubuhan Institut Wasatiyah itu nanti akan berperanan memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang serta keadilan sosial.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di Kuala Lumpur 2 hari lalu yang dihadiri oleh kira-kira 300 delegasi dari dalam dan luar negara.

Comments