Tiga hari selepas pelantikan exco Selangor dan peralihan portfolio Hal Ehwal Islam oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, akhbar pencacai Umno, Utusan dalam laporan muka depan bertajuk "MB tak percaya PAS" mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang Datuk Dr Hasan Ali kerana sudah tidak mempercayai parti Islam itu untuk memegang urusan pentadbiran negeri itu.
Jelas sekali semua langkah yang diambil oleh PR tidak betul. Kalau Dr Yunus dilantik memegang Exco Agama mungkin beliau dikatakan tidak layak kerana bukan berpendidikan agama dan tidak setaraf dengan Dr Hassan Ali. Bila Tan Sri Khalid dilantik menggantikan Hassan menjadi Exco Agama mereka mengatakan PAS diketepikan dari jawatan yang sepatutnya dipegang Exco PAS iaitu Portfolio Agama. Memang inilah kerja mereka memporak perandakan perpaduan kerajaan Selangor dan merendah-rendahkan kemampuannya di mata rakyat.
Kita yakin walau sesiapa pun dilantik semuanya tidak layak. Hanya Umno/BN sahaja yang layak dan hebat. Sebab Umno sanggup mengambil duit zakat bagi digunakan untuk buat apa sahaja hatta tidak termasuk dalam asnaf yang layak terima zakat. Kalau orang songlap duit zakat, duit masjid dan surau orang itu layak .......Umno sanggup buat apa sahaja hatta songlap duit zakat dan masjid .........
Tan Sri mempunyai sebab tersendiri untuk memegang portfolio agama yang memang panas dengan isu JAIS, MAIS dan sebagainya.Ia juga memerlukan seseorang yang tegas, dihormati dan berpengalaman. Tidak sekadar hanya pandai bercakap tetapi mestilah berdisiplin dan berani membawa aspirasi Islam.
Tan Sri mempunyai sebab tersendiri untuk memegang portfolio agama yang memang panas dengan isu JAIS, MAIS dan sebagainya.Ia juga memerlukan seseorang yang tegas, dihormati dan berpengalaman. Tidak sekadar hanya pandai bercakap tetapi mestilah berdisiplin dan berani membawa aspirasi Islam.
Apa hak Utusan untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sebagai sebuah media, kalau hendak mencacai pun mencacailah dengan telus, professional dan amanah. Jangan memfitnah, menipu, membohong dan sebagainya.
Comments
Begitu juga kalau kita pecat orang kita yang naik dok situ apakah patut di panggil layak .???? Nampak benar tuuu.....
Tapi kalau buat sementara sebelum pengganti yang benar layak dok tempat tu o.k..lah...jangan pula macam kadok naik junjung sudah lah...Maaflah, Pakcu sekadar beri pandangan kalau songsang delete sajalaaaah.....
Nah ambiklah kau , sekarang PAS jaga portfolio adat istiadat melayu.
PKR jaga portfolio agama .
Mulut hasan ali bukan busuk tapi masin . Sudahnya PAS yang jilat balik ludah mereka . Maka jadilah barua dalam pakatan.
PAS cuma tukang kumpul orang buat ramai jer . Kalau nak buat demo , buat ceramah , panggil jer keldai-keldai PAS.