.

.

25 February 2012

PRU 13 : ADA PETUNJUK BARU, HUJUNG 2012 ATAU AWAL 2013?


Sehingga kini ramai yang menggila meneka bila tarikh pilihanraya umum ke 13 diadakan. Dari sebulan ke sebulan mereka teka namun masih juga belum kunjung tiba. Ada yang meneka Disember tahun lepas dan lepas itu mereka kata bulan Mac depan ini. Namun nampaknya tidak juga berlaku.

Mungkinkah selepas bulan Mac tahun ini. 'Edah' untuk mengadakan pilihanraya adalah sampai Mac tahun depan. Lambat lagi setahun lebih lagi ......

Ah Jib Gor masih belum berani untuk membubarkan parlimen kerana terlampau banyak isu besar yang menggerunkan beliau dan mem besarnya, Kak Mah. Antara isu yang menjadi mimpi ngeri Ah Jib ialah isu lembu tinggal di kondominium, isu SBPA, isu Lynas, isu sokongan rakyat berketurunan Cina kepada PR dan sebagainya.

Sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh bermulanya mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara...begitu juga tarikh mesyuarat UMNO Bahagian.
Kelewatan kali ini UMNO mengumumkan tarikh berkenaan mencetuskan berbagai teka teki tentang bila pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan.
Ada yang cakap UMNO mesti 'tune' tarikh itu untuk 'slot in' pilihanraya.
Bagi tukang tilik dan ahli nujum ini dia tarikh yang dinanti-nantikan itu.
Apa yang jelas tarikh berkenaan tidak lari jauh dari tarikh mesyuarat tahun-tahun sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam.
Katanya mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun ini manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula  dari 1 Julai hingga 15 September ini.
Kalau begitu tarikhnya apakah mungkin antara sekarang hingga 1 April pilihanraya umum boleh diadakan.

Jaraknya cuma sebulan sahaja.Rasa-rasanya tidak kot.


Jadi kalau nak buat spekulasi eloklah selepas 15 September.
Namun jangan lupa lepas itu puasa dan Hari Raya Aidilfitri.
Kemudiannya Perhimpunan Agung UMNO pula.Tarikhnya belum ditetapkan lagi.
Biasanya Perhimpunan Agung UMNO diadakan bulan Oktober atau November.

Lojik akal mengatakan tidak mungkin dicelah-celah kesibukan mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara...pilihanraya nak diadakan.
Ambil kira faktor ini semua...nampak macam PRU 13 hujung tahun atau awal tahun depan.
Walaupun Haji Najib terus berteka teki dengan tarikh PRU 13 ini, apa yang jelas beliau tidak berani untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat kerana tidak yakin BN akan menang besar walaupun dengan penipuan dan penyelewengan.
Haji Najib masih berkira-kira dan mencongak.......congak mana pun sebenarnya BN berada dalam bahaya ..................akan dikuburkan oleh rakyat!!!!!

Sumber : Agdaily

24 February 2012

Datuk NAN 'gulung' padang MPK tak bagi demo LYNAS

Terbukti Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub begitu takut dengan demo Lynas sehingga pelbagai cara digunakan untuk menggagalkan demo tersebut. Walaupun beliau seolah-olah membiarkan demo berlangsung tanpa gangguan dan ingin melihat seramai mana yang datang berdemo, hakikat yang sebenarnya beliau sangat takut dan bimbang.


Dua hari menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), lokasi tapak perhimpunan yang dicadang iaitu Padang MPK(1) telah dipagar dan ditutup untuk orang ramai.

“Alasan untuk menaiktaraf padang adalah tidak masuk akal memandangkan tiada cacat celanya padang tersebut menurut pandangan ramai,” kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan.

Katanya, SAMM melihat penutupan Padang MPK(1) adalah satu tindakan bacul dan tidak 'gentleman' oleh seorang menteri besar yang telah berada di tampuk kuasa selama berbelas tahun.

Sebelum ini notis dikeluarkan kononnya padang itu akan digunakan untuk permainan Futsal.

Blog ini ingin mencadangkan kepada Adnan Yaakub supaya 'menggulung' padang tersebut supaya tidak dapat digunakan. Itupun kalau Adnan mempunyai tenaga Badang untuk gulungnya.

LTAM : Najib TEMPELAK Ali Rustam


Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melawat Melaka hari ini. Beliau tiba dengan menaiki helikopter yang mendarat di Dusun Dato Murad, Ayer Keroh berdekatan Penjara Agro. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pagi ini.

Rakyat tertanya-tanya mengapa pesawat yang membawa Perdana Menteri tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tetapi sebaliknya mendarat di Dusun Dato' Murad.

Siapa yang mencadangkan kepada Datuk Seri Najib untuk mendarat di Dusun Dato Murad? Adakah ianya atas kehendak beliau sendiri atau ada sesiapa yang tidak suka Perdana Menteri mendarat di LTAM bagi menyembunyikan keadaan sebenar betapa lengangnya LTAM.

Jika ada pihak yang cuba 'menyorokkan' LTAM dari Perdana Menteri itu tindakan yang silap kerana Perdana Menteri sudah tentu mempunyai maklumat tentang LTAM. Beliau pasti tahu betapa 'sibuk'nya  LTAM mungkin lebih kurang sama kesibukannya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London.

Malah isu ini juga sudah banyak kali dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka semasa sidang Parlimen dan ianya telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan. Sudah tentu Perdana Menteri arif tentang kegagalan LTAM menarik syarikat penerbangan beroperasi LTAM.

Jika Perdana Menteri memilih Dusun Dato' Murad sebagai tempat pendaratan pesawatnya, ini merupakan tamparan hebat kepada Mohd Ali kerana terbukti Najib sendiri tidak yakin dengan prasarana LTAM sehingga beliau tidak sudi mendarat di LTAM.

Mungkin juga Perdana Menteri tidak berpuashati dengan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah LTAM yang gagal menarik minat syarikat penerbangan beroperasi di LTAM. Atau mungkin Najib 'bengang' dengan pembaziran duit rakyat sebanyak RM240juta yang digunakan untuk menaiktaraf LTAM sedangkan pada hakikatnya projek ini tidak berdaya maju. Kegagalan ini sebenarnya membuktikan kerajaan negeri tidak membuat kajian terperinci sebelum LTAM dinaiktaraf.

KENAPA HARGA BARANG NAIK?

Kenapa harga barang NAIK? Jawapannya kerana pembaziran; ketirisan, rasuah, gaya hidup mewah dan lain-lain.

Oleh kerana duit lesap disebabkan ketirisan, pembaziran, rasuah dan lain-lain, ini menyebabkan duit kerajaan (duit rakyat) berkurangan dan akhirnya subsidi minyak ditarik, subsidi bahan makanan ditarik .....bila harga minytak naik maka harga barangan lain juga NAIK ....

NAIK SIKIT PUN NAK KECOH, BN -BARANG NAIK

Apakah rakyat masih ingin memberikan mandat kepada BN pada PRU 13 nanti sedangkan BN ternyata gagal mengawal harga barang dan harga minyak.

Rakyat terus terseksa dan terhimpit dengan kegagalan kerajaan BN ini. Rakyat yang kaya mungkin tidak terkesan dengan isu ini tetapi bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah.

23 February 2012

MANSUHKAN ISA : REGIM PENJARAKAN KAMI, RAKYAT MAHU KAMI BEBAS


Alhamdulillah, kes yang telah berlangsung selama lebih kurang dua tahun ini bermula 1 Ogos 2009 telah pun dengan begitu “cepatnya” berakhir semalam (untuk round pertama sebelum ke peringkat rayuan). Berbanding kes Protes yang saya juga terlibat sejak ditahan pada 26 Januari 2008 sehingga kini masih belum menemukan titik nokhtahnya.

Perjalanan kes ini memang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Saya tidak menemukannya dalam kes Protes.Tidak bermakna kes Protes tiada cabaran. Tetapi Protes jauh lebih teratur barangkali. Sedang kes Mansuh ISA ini misalnya Kamar bicara mahkamah yang tidak pernah TETAP sehinggalah lebih kurang 2 kali perbicaraan terakhir yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil tempat di mana Keputusan dijatuhkan. Kamar Pendakwaan yang lain. Kamar Bicara pula lain. Hatta Kamar Keputusan dan Hukuman juga lain. Hatta kami pernah “round” seluruh bangunan untuk “mencari” di mana kamar bicara untuk kami dibicarakan. Sehingga ramai yang membuat kesimpulan, “don’t worry, actually tak ada kes, that’s why kamar bicara pun tak consistant”!  Akhirnya telaan dan kesimpulan ini tidak tepat.

Majoriti kami para OKT ketika itu jelas dan faham bahawa Pendakwaan kami itu adalah sangat bersifat politik dan mala fide’. ( Saya tidak langsung berniat “contempt of court” dalam hal ini. ) Walau ada juga yang mengatakan “kita tak nampak ini merupakan Pendakwaan Politik, kerana yang terlibat bukannya pimpinan tertinggi dan kalau pun ada hanyalah mungkin Aiman Athirah selaku Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat”. Nah, sekali lagi saya sejak awal menolak sikap dan tanggapan ini. Bahkan keputusan kelmarin jelas membuktikan bersangatan kuatnya unsur “politik” dalam pendakwaan ke atas kami.

Tidak mengapa, kita tinggalkan semua pengalaman itu. Yang baik kita jadikan teladan. Yang kurang molek kita jadikan panduan dan sempadan. Kewjipan kita semua juga adalah untuk berubah, usaha mencapai tahap Itqan dalam semua urusan.

Lebih kurang seminggu menjelang keputusan bagi perbicaraan kami, saya semacam sudah kuat merasakan sesuatu yang sangat “sedih” bakal berlaku ke atas kami. Lantas dalam seminggu itu saya tegaskan ini melalui Facebook saya, “DEMI  TUHAN YANG JIWA KU BERADA DI DALAM GENGGAMAN NYA : Andai Pengkhianatan Regim Mahu Berterusan Mematahkan Semangat Kami, Dan Mahu Menundukkan Aku Atas Kesalahan Yang Aku Tidak Lakukan...MAKA INI JAWAPAN KU... InsyaAllah Aku Tidak Akan Merayu. Aku Tidak Akan Bayar Satu Sen Pun Denda. KECUALI Parti Yang Aku Dokongi Ini Dan Sahabat-Sahabat Seperjuanganku Berkehendakkan Yang Lain Dan Merekalah Yang Mengusahakannya...Bukan Aku....InsyaAllah...”.

Alhamdulillah. Pendirian saya ini disambut baik oleh sahabat saya yang juga OKT Mansuh iaitu  Nashita Mohd. Noor dan juga Norlaila Othman. Mereka juga bersama saya. Lantas kami gerakkan apa yang kami sebut sebagai “CALLING FOR SOLIDARITY” bagi memaklumkan semua teman-teman bahawa ada sesuatu yang sangat penting akan berlaku pada 22 Februari 2012 (222) yang berhubung dengan Akta Dzalim Drakonian ISA, meskipun PM Najib telah gegak gempita melaungkan Pemansuhan ISA pada 15 September 2011 yang lepas. Pada tarikh 222 kita akan Berjaya membuktikan betapa pembohong besarnya Pentadbiran Regim ini di bawah DS Najib TAR!

Dalam tempoh tersebut juga banyak hal yang kami usaha bereskan sebagai persiapan apa pun yang akan terpaksa kami hadapi menjelang 222. Ada yang darihal urusan keluarga, urusan peribadi sehinggalah ke urusan parti dan gerakan. Seolahnya kami ketika itu sedang berlumba dengan masa agar “sepeninggalan kami” ia tidak pula bakal membebankan kepada pihak yang akan kami tinggalkan.

Saya sendiri usaha memastikan Montaj Negara Berkebajikan : Tawaran PAS siap disediakan, diupload dan mula disebarkan dalam internet agar boleh sedikit sebanyak membantu usaha Kempen PRU13 kita semua. Alhamdulillah siap berkat komitmen “Back Up Team” saya dan keizinan Allah jua. Termasuk juga beberapa bahan lain untuk urusan Penerangan memandangkan tanggungjawab saya sebagai Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia.

Pada malam menjelang Hari Keputusan 222 itu, Dewan Muslimat PAS Pusat menganjurkan program Solat Hajat dan Sudut Bicara untuk kami menyatakan sepatah dua kata. Ketiga-tiga OKT Perempuan iaitu saya, Nashita dan Norlaila malam itu cukup nekad dan siap untuk hadapi apa sahaja.

Sebelum keluar rumah menuju ke mahkamah, beberapa barang keperluan peribadi kami siapkan. Di mahkamah, saudara Tian Chua sempat berseloroh “dah siap bawa berus gigi?”.. Saya senyum.

Kesedihan kami hakikatnya hilang bila begitu ramai kawan-kawan mewakili pelbagai pihak, kaum dan agama hadir menunjukkan solidarity. Kesatuan rakyat. Semangat Persaudaraan yang ketara. Dari Utara sampai ke Selatan. Timur sampai ke Barat. Ada wakil. Alhamdulillah kami semakin kuat menghadapinya. Ramai juga yang mengatakan “InsyaAllah Bebas”… hanya mampu kami balas dengan senyuman tanda cukup mengerti.

Pada saat keputusan dibacakan…saya dan 3 OKT perempuan lain tunduk menarik nafas tenang, saling bergengaman tangan….dan bila KEPUTUSAN DIDAPATI BERSALAH dinyatakan oleh Puan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad, genggaman tangan kami semakin erat..dan T E N A N G…..alhamdulillah. “Kemuliaan Jihad insyaAllah”..bisik saya perlahan sambil tersenyum memandang Kak Nash di sebelah kanan saya. Kami hanya berbalas senyum, iyya ada kepasrahan.

Saya terus catatkan ini dalam sms saya kepada beberapa sahabat, “Masakan Allah Mentakdirkan Segalanya Untuk Suatu Yang Sia-Sia. Hidup Kebangkitan Rakyat. TOLAK REGIM!” . Peguam segera bangun meminta “standown” (rehat sekejap) daripada hakim sebelum dibacakan bentuk hukuman.

Saya berpaling ke belakang….ramai kini berwajah muram, terkejut, geram dan macam-macam. Ramai juga termasuk rakan-rakan media yang tidak dapat menahan airmata masing-masing. Saya usaha menenangkan adik-adik seperjuangan saya yang kelihatan sangat sedih. YB Dr Siti Mariah Mahmud juga tidak upaya sembunyikan airmatanya. Sahabat saya Wan Joe tersenyum dan saya “thumb up ke arahnya”, dia membalas yang sama. Sahabat saya Kak Nuridah dan Kak Salbiah juga saya lihat berwajah terkilan.

Sempat berbual dengan beberapa orang termasuk Tuan Haji Mazlan dan Khairul Faizi masing-masing AJK PAS Pusat dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia. Mereka bertanya apa pendirian OKT Perempuan. Saya katakan, apa jua kami hadapi tapi kami tidak akan bayar satu sen pun denda dan rela berada di Penjara sebagai menggantikannya kecuali kalau mereka fikir ianya suatu yang tidak perlu maka kami pulangkan kepada semua. Saya hatta menunjukkan YB Dr Siti Mariah lah yang wajar dirundingi bagi pihak Muslimat PAS Pusat sebab saya di situ ketika itu hanyalah seorang OKH ( Orang Kena Hukum ).

Alhamdulillah, saudara saya Khairul Faizi nampaknya sangat memahami. Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda seluruhnya.

Saya juga difahamkan Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah sedang dalam perjalanan ke mahkamah dari airport. Programnya yang sangat padat hanya mengizinkannnya untuk menaiki penerbangan dari Kota Bharu pada jam 9.50 pagi. Beliau sempat menghubungi saya sebelum berangkat. Saya katakan, kami semua memang sangat perlukan dan harapkan kehadiran beliau.  Dan beliaulah juga antara yang menyambut kami sejurus selepas keluar meninggalkan lokap dan muncul di ruangan cafĂ© mahkamah.

Akhirnya hakim muncul semula, dan hukuman dibacakan. Pendek cerita Penjara Sehari DAN Denda RM2 Ribu Setiap Seorang. Hakim juga tidak membenarkan rayuan kecuali untuk Penjara Sehari itu. Pasukan Peguam kami minta untuk masuk ke peringkat rayuan. Maka kami serahkan kepada kebijaksanaan mereka bagi pihak kami.

Seterusnya semua OKH kini mula dipisahkan daripada keluarga dan rakan-rakan lain yang bebas. Kami “ditarik” masuk ke ruangan dalam di belakang ruang bicara untuk kemudiannya dihantar ke lokap dan diberikan tempoh masa sehingga hanya pada 3.30 petang bagi memastikan wang denda dibayar dan ANDAINYA GAGAL maka kami akan terus dihantar ke Penjara bagi tempoh SEMINGGU!

Rakan-rakan yang tak biasa terpinga-pinga apa yang berlaku. Kenapa kami tiba-tiba “diambil Polis”. Yang faham segera meninggalkan kamar bicara dan saya seolah faham mereka sedang bergegas untuk apa. YB Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia dengan wajah sebaknya, merah matanya memberi “signal” kepada saya dan saya perhatikan gerak bibirnya yang saya teka sebagai berkata “okay, don’t worry”…. Saya waktu itu serahkan segalanya kepada Allah….bukan mudah untuk mengumpulkan duit RM22K sesegera itu (dalam tempoh 2 jam setengah)… apatah lagi ramai tidak menjangka kami akan dijatuhkan hukuman…

Di bilik pengasingan suasana kelihatan para OKH cukup bersemangat. Kali pertama saya melihat wajah-wajah mereka sesemangat itu. Hampir Semua OKH (Orang Kena Hukum) Bagi Kes Mansuh ISA Kelmarin Menyatakan Kesediaan Mereka Untuk Ke Penjara Selama Seminggu Dan Tidak Mahu Membayar Denda RM2k Setiap Seorang. Pada Wajah Mereka Jelas Tergambar Kemarahan Dan Kebencian Terhadap Regim. Saya Katakan Kepada Mereka “InsyaAllah Kita Semua Bersedia Lakukannya Tanpa Paksaan. Terpulang Kepada Rakan-Rakan Kita Di Luar. Kalau Mereka Berjaya Himpunkan Sejumlah RM22K (Total sebenar ialah RM32K tetapi ada OKT yang tidak dapat hadir) sebelum Jam 3.30 Petang Maknanya Mereka Yakni Rakyat BERJAYA MEMBEBASKAN KITA. Kalau Tidak Maknanya Mereka Mahu Kita Teruskan Perjuangan Walau Di Sebalik Jeriji Besi Pengkhianatan Dan Kedzaliman Regim.

Sebelum saya kehilangan signal telefon kerana dihantar masuk ke lokap bawah tanah, saya sempat menerima panggilan daripada rakan aktivis saya Mandy Ooi dari DAP. Beliau bertanya tentang duit denda saya adakah siapa yang dah urus atau jika belum mereka akan uruskan. Saya meminta Mandy berhubung dengan YB Dr Siti Mariah. Selepas itu talian terputus.

Tiba-tiba masuk pula mesej daripada rakan media saya iaitu Lim Hong Siang dengan mesejnya berbunyi “Kalian Tidak Berseorangan”… Sungguh mesej yang ringkas itu cukup menyemarakkan semangat perjuangan kami semua yang sedang dizalimi dan dipisahkan daripada semua. “Jahanam Regim” getus saya. Saya percaya untuk kesekian kali pentadbiran Regim sedang melengkapkan “Jerat Kehancuran” mereka sendiri. InsyaAllah.

Bagi pihak semua rakan-rakan OKH, saya ucapkan terima kasih kepada semua khususnya Rakan Facebook Mandy Ooi yang telah melancarkan Kutipan Kilat bagi membantu membebaskan kami, semua rakan pimpinan, rakan aktivis dan rakan rakyat kami yang prihatin.

HAKIKATNYA....Rakyat mahu kami terus berada di luar bagi membantu usaha memastikan TUMBANGNYA REGIM YANG DZALIM INI. Hidup Kebangkitan Rakyat. TOLAK REGIM!

Aiman Athirah 
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

ABU bukan sebarang ABU dilancarkan ESOK


Masjid Tanah : Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Cawangan Melaka, Zuraidi Abdullah berkata NGO Asalkan Bukan UMNO/BN (ABU) diwujudkan adalah untuk menyedarkan rakyat mengapa kerajaan Umno/BN yang melakukan pembaziran dan penyelewengan mesti ditolak pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Ceramah Pelancaran ABU (Asalkan Bukan UMNO/BN) peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Feb ini bagi menyeru rakyat bangkit menentang UMNO/BN dari terus melakukan pembaziran sehinggakan menjejaskan kehidupan rakyat"

"Pembaziran ini berlaku ketika rakyat dipaksa untuk berhemah dalam berbelanja. Pembaziran ini juga menjadi punca ketirisan selain membantu kedudukan indeks rasuah negara mencecah paras terburuk dalam sejarah." ujar Zuraidi pada Sidang Media di Pejabat PAS Masjid Tanah di sini semalam dipetik dari blog PAS Melaka, pasmelaka.blogspot.com.

Ditanya tentang tindakan ala samseng penyokong parti tertentu di Melaka baru-baru ini, beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang bertindak ala gangsterism dan melakukan vandalisme terhadap program Pakatan Rakyat dan terhadap penyokong Pakatan Rakyat dan premis-premis kepunyaan Pakatan Rakyat di Melaka.

"Melaka juga tidak kurang hebatnya kebiadaban penyokong UMNO/BN secara jelas dan terbuka menyerang program Pakatan Rakyat seperti yang telah diadakan di Gadek dan Hutan Percha pada 12 Februari yang lepas sehingga berlaku pergaduhan kecil.

"Tidak cukup dengan itu, dengan biadapnya penyokong UMNO/BN mengganggu program Pakatan Rakyat dengan membuat bising seperti deruman motosikal dan memasang CD ceramah di sebelah program Pakatan Rakyat semata-mata ingin membuat provokasi" tambah Zuraidi.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Imran Abdul Rahman; Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Julasapiyah Kassim dan Setiausaha PAS Kawasan Asri Shaik Abdul Aziz dan pimpinan Pakatan Rakyat serta wakil ABU.

ABU akan mengadakan majlis pelancaran  peringkat negeri Melaka di Pejabat PAS Kawasan Masjid Tanah di Hujan Panas, di sini jam 9.00 malam esok. Antara pimpinan yang akan menyampaikan ucapan ialah Pengerusi SAMM, Cikgu Badrul Hisham Shaharin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ku LI dipecat dari UMNO???


Ku Li memang dari dulu kritikal dan berani menegur kepimpinan Umno. Beliau berani menyatakan apa sahaja tentang Umno.
Hari ini beliau mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

Beliau juga berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

Kenyataan-kenyataan beliau di atas amat menyakitkan Umno. Mungkinkah beliau akan dipecat dari Umno kerana ia menggugat Umno dan memalukan Umno.

22 February 2012

Umno Pelahap Hendak menang di Selangor

Umno sangat terliur untuk menang di Selangor. Sebab apa?

1) Pendapatan kerajaan Selangor punya pendapatan yang sangat banyak

2) Pendapatan PBT sangat tinggi?

21 February 2012

TOK GURU TERIMA PENJELASAN ANWAR


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pahgi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbarWall Street Journal (WSJ), bulan lalu.
Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB DarbyPark di sini kira-kira jam9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Nik Aziz baik. Kita bukan sahaja membincangkan tentang soal Israel, tetapi mengenai Pakatan Rakyat (PR) juga.
"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz.
Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.
"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.
"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya.
Kita pasti penjelasan Anwar ini memberikan penyelesaian kepada kekeliruan yang ditimbulkan oleh media pencacai Umno. Tok Guru sendiri menerima penjelasan Anwar dengan senang hati. 
Sumber : Sinar Hairan.

Anwar SELESAI JUMPA TOK GURU NIK AZIZ, APA KEPUTUSANNYA??

Anwar selesai bertemu dengan Mursyidul Am PAS sebentar tadi. Tok Guru ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Apa keputusan dan komen dari pertemuan tersebut. Hendak tahu tunggu sebentar lagi!!!
Insya Allah kedua-dua pemimpin tersebut akan membuat kenyataan akhbar tidak lamal lagi.


VANDALISME DI PEJABAT DAP : PERBUATAN PENGECUT DAN PENGKHIANAT

Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka kesal dengan perbuatan vandalisme yang mencemarkan dinding Pusat Khidmat DAP Dun Ayer Keroh di sini yang disedari semalam. 

Semalam, Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong  dan petugas-petugas Pusat Khidmat tersebut terkejut apabila mendapati dinding di tingkat bawah Pusat Khidmat tersebut disembur dengan cat merah dan hitam dengan perkataan 'ABAI' asal bukan Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab malah ia bukanlah suatu tindakan yang bijak dan professional.

"Ia merupakan budaya yang tidak baik dan pengecut kerana merosakkan harta orang lain dengan perkataan-perkataan berunsur politik murahan, tindakan ini juga sebenarnya adalah tindakan pengecut dan khianat, mereka cuba mengulangi era 60-an di zaman pemuda tahan lasak dahulu"

"Tindakan menyembur cat dengan perkataan seperti ini dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan mungkin ada kaitan dengan pihak-pihak yang takut dengan pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin hebat di Melaka".

Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San berkata perbuatan vandalisme seperti ini sebenarnya mencabar rakyat Melaka dan Pakatan Rakyat.

"Mereka cuba mengelirukan rakyat  dan cuba memberi gambaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat, perbuatan ini bukan suatu perbuatan yang sihat dan ia hanya untuk membuat kacau"

"Pihak terbabit sebenarnya takut untuk berjumpa dan berdebat di kaca TV, mereka hanya berani melakukan perbuatan sorok-sorok macam ini" ujar Goh yang juga Adun Kesidang.

Difahamkan tindakan menyembur dinding dengan perkataan 'ABAI' ini dilakukan di banyak tempat di sekitar Bandaraya Melaka terutama berdekatan pejabat dan Pusat Khidmat DAP. 

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Melaka, Abdul Rahim Ahmad juga turut hadir meninjau perbuatan khianat bersama-sama dengan beberapa penyokong Pakatan Rakyat di Pusat Khidmat DAP semalam.

20 February 2012

ROBOH RUMAH ALLAH DI MELAKA : KEZALIMAN MELAMPAU

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kecewa kerana sebuah surau di robohkan di Ujong Pasir oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

"UMNO gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan UMNO"

"Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan" ujar Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly mempersoalkan mengapa tanah-tanah wakaf sebegini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka MAIM) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Kegagalan kerajaan negeri mewartakan tanah wakaf ini menyebabkan tanah tersebut terjual kepada pihak ketiga".

"Akhirnya surau yang didirikan oleh penduduk kampung di Ujong Pasir itu dirobohkan, atas alasan Pembangunan oleh pemaju" katanya dalam posting terbaru blog peribadi beliau adlyzahari.blogspot.com.

Menurutnya Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Penghulu, Wakil Rakyat dan Ketua Menteri sendiri tidak dapat menyelamatkan sebuah surau yang menjadi tempat ibadat dan aktiviti lain di kawasan tersebut.

"MAIM dan Ketua Menteri harus bertanggungjawab terhadap perobohan surau ini" tambah Adly.

Difahamkan Adly dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohammed telah membuat lawatan ke surau tersebut baru-baru ini.

Dalam lawatan itu mereka mendapati masih terdapat banyak sejadah dan tikar sembahyang yang dibiarkan begitu sahaja bersama timbunan batu dan pasir kesan perobohan tersebut.


"Mereka tidak mengalihkan sejadah yang digunakan ketika operasi merobohkan surau tersebut"

"Surau itu dirobohkan 20 Januari lalu atas alasan tapak tanah surau itu hendak dibangunkan dan telah jatuh kepada pihak ketiga".

"Umno sering melaung-laungkan pembela Islam dan agama tetapi mereka sanggup membiarkan surau ini dirobohkan sedangkan mereka adalah parti yang berkuasa" ujar Harun yang juga Penyelia Dun Telok Mas.

ISTERI TOK GURU NIK AZIZ DAN TOK GURU HAJI HADI BOROS?

Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Prof Madya Riduan Tee Abdullah berkata beliau kecewa dengan isteri pemimpin politik yang hidup bermewah dan tidak menutup aurat.

Bekas pemimpin pelajar UKM itu berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan 'role model' kepada generasi akan datang.

Beliau kecewa, kerana  terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.

“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.


Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemim­pin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan­ ada tidak kena.


Siapakah agaknya pemimpin politik yang isterinya TIDAK MENUTUP AURAT dan hidup bermewah.

Adakah isteri Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi atau isteri siapa?????


Adakah isteri Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi yang hidup bermewah-mewah?????


Riduan juga berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.

Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.


Masalahnya sekarang ramai yang berpendapat bahawa pemimpin tidak boleh ditegur, kalau mereka atau isteri mereka kaya dan hidup bermewah itu harta mereka, rezeki mereka rakyat tak boleh tegur ..... inilah pegangan yang sebenarnya akan meruntuhkan tamadun bangsa dan meruntuhkan negara kerana apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin semuanya betul dan tidak boleh dikritik serta diberi nasihat...



Najib SETUJU DEBAT dengan ANWAR?

Chua Soi Lek lebih anak jantan dari Anwar kerana berani berdebat dengan Lim Guan Eng. Tetapi Najib hingga ke saat ini masih berdiam diri tidak berani menyahut cabaran Anwar. Mengapa Najib takut? Tuan-tuan jawab sendiri.

Guan Eng semalam mencadangkan supaya Ah Jib Gor tampil berdebat dengan Najib.  Pada pandangan Tuan-tuan agaknya bila Ah Jib Gor berani berdebat dengan Najib?

Dengan selesainya debat yang dinanti-nantikan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, - Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencontohi mereka.

"Debat ini adalah langkah pertama yang baik tetapi kecil, langkah besar
seterusnya akan tiba apabila Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Lim dalam sidang akhbar selepas debat mereka di Kuala Lumpur petang ini.

Chua yang turut hadir berkata, ia  terpulang kepada pemimpin Umno untuk memutuskan sama ada mereka ingin berdebat.

Bagaimanapun, presiden MCA berkata beliau telah bersetuju untuk berdebat semula dengan Lim, kali ini dalam bahasa Inggeris atau Melayu, yang dijangka diadakan bulan depan.

"Masa dan tarikhnya akan diputuskan tetapi tajuk akan berbeza," katanya.

lim guan eng chua soi lek debate crowdPerdebatan hari ini, yang berlangsung di penghujung persidangan
sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan  Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di ibunegara, disiarkan seara langsung.

Ditanya sama ada mereka berdoa mengelak menjawab soalan dari hadirin, Chua mempertahankan Lim dan dirinya, dengan berkata: "Hanya ada tiga minit, bagaimana kita boleh menjawab lima soalan dalam masa yang singkat." 

19 February 2012

ALI RUSTAM BUAT KEJUTAN, SAMBUT KONVOI PENERANGAN PAS PUSAT?

Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat yang melawat Melaka semalam disambut mesra oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ketua Penerangan Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man secara kebetulan disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka itu ketika mengadakan program mengedarkan risalah di Pasar Malam Paya Ikan Bukit Baru. Malah Mohd Ali juga memakai baju berwarna hijau mungkin untuk meraikan kedatangan tetamu dari PAS Pusat itu.

Dato Tuan sempat bersalaman dan bertanya khabar kepada Mohd Ali. Sebaik sahaja beliau selesai bergambar dengan beberapa orang gadis di Pasar Malam itu, Mohd Ali dengan mesra menerima Dato Tuan untuk bergambar bersamanya.

Kalau begini sambutan Mohd Ali sudah tentu selepas ini program PAS dan PR tidak lagi dikacau oleh anak buah Mohd Ali terutama ketika ceramah dan program lawatan pemimpin PR ke Melaka. Malah sebelum Mohd Ali sendiri mengacau program ceramah PAS dengan berceramah di sebelah ceramah PAS. Perangai macam budak-budak tadika.

Semoga Mohd Ali berubah perangai menjadi pemimpin yang lebih matang dan professional selepas ini. Kemesraannya semalam diharapkan berpanjangan .............

2 BEKAS PEGAWAI KANAN KERAJAAN MASUK PAS DI MELAKA


2 orang bekas Pegawai Kanan Kerajaan menyertai PAS di Melaka malam tadi. Mereka ialah bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengrah Hospital Besar Melaka, Dr Hj Khalid Kassim.

Kedua-dua mereka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka malam tadi.

Dr Khalid (gambar atas) telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
Sementara Dato' Sahak (gambar bawah) pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Kedua-dua mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.

Kemasukan kedua-dua mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN Melaka selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun. 

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas Pegawai Kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.
\
"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka" ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter