LTAM : Najib TEMPELAK Ali Rustam


Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melawat Melaka hari ini. Beliau tiba dengan menaiki helikopter yang mendarat di Dusun Dato Murad, Ayer Keroh berdekatan Penjara Agro. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pagi ini.

Rakyat tertanya-tanya mengapa pesawat yang membawa Perdana Menteri tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tetapi sebaliknya mendarat di Dusun Dato' Murad.

Siapa yang mencadangkan kepada Datuk Seri Najib untuk mendarat di Dusun Dato Murad? Adakah ianya atas kehendak beliau sendiri atau ada sesiapa yang tidak suka Perdana Menteri mendarat di LTAM bagi menyembunyikan keadaan sebenar betapa lengangnya LTAM.

Jika ada pihak yang cuba 'menyorokkan' LTAM dari Perdana Menteri itu tindakan yang silap kerana Perdana Menteri sudah tentu mempunyai maklumat tentang LTAM. Beliau pasti tahu betapa 'sibuk'nya  LTAM mungkin lebih kurang sama kesibukannya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London.

Malah isu ini juga sudah banyak kali dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka semasa sidang Parlimen dan ianya telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan. Sudah tentu Perdana Menteri arif tentang kegagalan LTAM menarik syarikat penerbangan beroperasi LTAM.

Jika Perdana Menteri memilih Dusun Dato' Murad sebagai tempat pendaratan pesawatnya, ini merupakan tamparan hebat kepada Mohd Ali kerana terbukti Najib sendiri tidak yakin dengan prasarana LTAM sehingga beliau tidak sudi mendarat di LTAM.

Mungkin juga Perdana Menteri tidak berpuashati dengan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah LTAM yang gagal menarik minat syarikat penerbangan beroperasi di LTAM. Atau mungkin Najib 'bengang' dengan pembaziran duit rakyat sebanyak RM240juta yang digunakan untuk menaiktaraf LTAM sedangkan pada hakikatnya projek ini tidak berdaya maju. Kegagalan ini sebenarnya membuktikan kerajaan negeri tidak membuat kajian terperinci sebelum LTAM dinaiktaraf.

Comments

Anonymous said…
Helikopter bole mendarat di mana2 kaw lapang...tak perlu landasan...jimat. PM pun nak pergi kaw yg berhampiran Dusun Datuk Murad sekitar Ayer Keroh. Jauhnya klau dia mendarat di LTAM....tak ekonomi mcm pemikiran penulis?